REFLEKSI kt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mmmmm

Citation preview

REFLEKSI

NAMA :MUHAMAD FARHAN BIN MOHD TAUFIKNO. K/PENGENALAN: 920727-05-5291Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Kajian Tindakan. Tugasan ini mengenai perancangan Kajian Tindakan yang akan dilaksanakan pada masa akan dating serta kepentingannya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, menyediakan satu penulisan kritis tentang penggunaan kemahiran-kemahiran ini dalam proses. Tugasan ini telah dilaksanakan sepanjang menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan cara perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah. Saya juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada pelajar dan guru mengenai hasil pengumpulan data yang telah saya lakukan. Saya banyak mendapatkan cadangan dan panduan-panduan asas melaksanakan kajian tindakan daripada guru pembimbing iaitu Puan Faiza Bt Kasron. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.

Manakala refleksi selepas melakukan tugasan ini, saya dapati ada perubahan pada diri saya terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif dalam keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak. Saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pelaksanaan P&P yang berkesan. Saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan berkolaborasi dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan berbincang dengan rakan-rakan lain. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pensyarah, guru kaunseling, guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh.Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin berkongsi bersama yang mana saya berasa sangat bangga kerana berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu saya turut berasa gembira kerana berpeluang mengambil pengalaman melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri. Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru yang lebih baik. Selain itu saya turut berasa terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan oleh guru pembimbing, Puan Faiza yang tidak pernah jemu membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan dan tidak kedekut dalam berkongsikan ilmu dan pendapat beliau. Juga kepada pensyarah pembimbing iaitu Cik Halimatun Saadiah yang banyak membantu menambahkan idea-idea bernas dalam menyiapkan tugasan ini.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari maklumat dan info-info yang berkaitan daripada buku-buku rujukan. Saya banyak merujuk nota-nota internet dan pendapat serta panduan daripada guru-guru di sekolah. Saya akui wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa menjalani praktikum. Seterusnya saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Apakah pengajaran yang telah diperoleh hasil daripada tugasan ini? Hasil keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat apabila saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya telah beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan semasa pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing dan membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran dalam kelas. Akhirnya, saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai pendidik yang ingin memberikan ilmu melalui P&P yang baik dan berkesan perlu menguasai serta memikirkan masalah yang dihadapi oleh murid dan kaedah pengajaran yang boleh di aplikasikan. Secara umumnya, untuk menjadi seorang guru yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kaedah pengajaran yang dianggap sesuai dengan tahap pelajar. Guru harus memahami segala pengetahuan yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas murid pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Intihanya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam meperolehi pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang yang dianggap berkesan dalam pelaksanaan P&P dalam bilik darjah. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran saya di dalam kelas pada masa akan datang.

Sekian.