refleksi gerko

Embed Size (px)

Citation preview

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 29 September 2011 : Keempat belas : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Ujian Kecergasan

Pada minggu yang keempat belas, pensyarah GERKO kami telah mengadakan ujian kecergasan bagi setiap guru pelatih yang menyertai GERKO petanque. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengukur serta menguji tahap kecergasan fizikal pelajar. Ujian yang diadakan ialah larian sejauh 2.4 di dalam kampus IPG. Sebelum memulakan larian, kami dikehendaki mengambil kiraan nadi rehat serta melakukan regangan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Walaupun ujian ini meletihkan namun ia dapat menyedarkan pelajar tentang kondisi kecergasan badan pelajar. Pensyarah telah mengambil masa yang diambil setiap pelajar apabila menamatkan larian sejauh 2.4 kilometer itu. Selepas itu, kami dikehendaki untuk mengambil kadar nadi latihan apabila tamatnya larian tersebut.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 4 Ogos 2011 : kelapan : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Pembentangan Sejarah Petanque

GERKO Petanque telah dimulakan dengan pengenalan sejarah petanque oleh kumpulan pertama. Melalui pembentangan itu, saya baru ketahui bahawa permainan ini bermula dari zaman purba Greece. Masyarakat purbaGreece direkodkan telah bermain permainan membaling syiling, kemudian batu-batu datar, dan diikuti dengan permainan bola batu, yang disebut sebagai spheristics . kemudian ia berkembang ke Negara Rom, Provence, Perancis sehinggalah ia diperkenalkan di Malaysia pada 1989 oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz. Setelah beberapa bulan dimainkan akhirnya sukan ini dirasmikan sebagai salah satu acara sukan Negara pada 22 Mac 1990 oleh Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu. Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara sukan baru dalam kategori sukan untuk semua. Sejarah ini telah memberikan saya sedikit gambaran tentang bermulanya permainan ini.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 11 Ogos 2011 : Kesembilan : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Pembentangan Kemahiran memegang bola

Kemahiran memegang bola sangat penting sebelum memulakan permainan petanque ini agar bola yang dibaling itu dapat dihampirkan dengan jek. Pada minggu yang kesembilan ini, semua ahli Petanque telah didedahkan dengan teknik atau kemahiran memegang bola dengan tepat dengan pembentangan dri kumpulan kedua. Bola atau dikenali juga sebagai boules. Untuk memegang bola, sebaikbaiknya bola digenggam dengan tangan hala ke bawah. Cara ini mewujudkan genggaman yang kuat pada bola supaya jarak dan arah yang diperlukan dapat dikawal agar bola sedapat mungkin dihampirkan kepada jek. Saya berasa sangat seronok kerana memperoleh ilmu yang berguna ketika tutorial petanque diadakan. Melalui penbentangan tersebut, saya dapat membaling boules dengan baik dan saya akan mempraktikkannya pada permaianan petanque yang seterusnya.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 18 Ogos 2011 : Kesepuluh : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Pembentangan Pengurusan Gelanggang

Pada minggu lalu telah diadakan pembentangan mengenai dengan teknik memegang bola, minggu ini pula kumpulan ketiga telah menyampaikan sedikit maklumat tentang pengurursan gelanggang. Pengurusan gelanggang juga penting diketahui agar kita tahu dimana tempat yang sesuai untuk permainan petanque. Petanque boleh dimainkan diatas mana-mana permukaan kecuali permukaan konkrit atau jubin atau tempat yang paling sesuai untuk bermain ialah dipermukaan yang berbatu halus. Gelanggang dapat dibahagikan kepada tiga iaitu gelanggang terbuka bermaknaukurannya bebas, gelanggang bersempadan (15 mx 4m) dan terrain yang merupakangelanggang bersempadan lengkap yang dikelilingi oleh penghadang. Kepentingan pengetahuan ini adalah supaya saya dapat mengenal pasti dimana tempat yang sesuai untuk dijadikan gelanggang petanque.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 25 Ogos 2011 : Kesebelas : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Pembentangan Kemahiran balingan

Pembentangan Kemahiran balingan telah menerangkan teknik-tekniknya pada minggu yang kesebelas. Saya sangat seronok kerana saya dapat menambahkan lagi ilmu balingan bola dan seterusnya saya dapat untuk mencuba membaling bola petanque. Pemain boleh membaling bola mengikut cara yang disukai tetapi tidak boleh mengangkat kaki ketika sedang membaling bola. Ini kerana, petanque sendiri membawa makna meletakkan kedua-dua kaki bersama. Teknik balingan ialah lambungan tinggi(the high lob), ia adalah teknik yang sukar dan lebih berkesan. Cara balingan ialah melemparkan bola beberapa kaki dihadapan bola pasukan lawan agar meluncur dan mengenainnya.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 9 September 2011 : Kedua belas : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Pembentangan posisi badan

Pembentangan Posisi badan telah ditayangkan pada minggu kedua belas. Posisi badan juga penting ketika bermain petanque ini. Pemain perlu berdiri tegak didalam bulatan. Sebelum membaling bola, Untuk mendapat lebih imbangan, kedua kaki hendaklah dibuka sedikit. Pegang bola dengan tangan menyisi badan, tentukan titik dimana bola ingin dijatuhkan. Kemudian bengkokkan kaki dan betulkan kembali sebaik bola dibaling tinggi ke udara. Selain daripada berdiri, pemain juga boleh membaling dalam keadaan mencangkung dengan kaki dijingkitkan sedikit. Selepas mengetahui segala teknik ini, saya dapat bermain dengan cara dan kemahiran yang betul dan ini membuat saya berasa sangat teruja. Saya berharap agar saya boleh mempraktikkan teknik-teknik yang telah dipelajari.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 15 September 2011 : Ketiga belas : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Pembentangan kemahiran shooting

Minggu ketiga belas ini, kumpulan keenam telah member penerangan mengenai dengan kemahiran shooting. Saya tidak tahu bahawa didalam permainan ini terdapat juga kemahiran shooting. Selain daripada ilmu yang diberi oleh pensyarah, melalui pembentangan dari setiap kumpulan juga mampu meningkatkan kemahirankemahiran permainan pentanque. Shooting merupakan lontaran terus bola dan kemudiannya memukul bola pihak lawan untuk menjauhkannya daripada jek. Situasi ini situasi terbaik dan dianggap pencapaian memuaskan. Kemahiran ini dapat ditingkatkan dengan melakukan latihan dengan lebih kerap. Saya sangat berharap supaya pengalaman yang diperolehi boleh digunakan pada masa hadapan.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Khamis : 7 Oktober 2011 : Kelima belas : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Amali Kemahiran Petanque

Untuk minggu kelima belas, pensyarah Gerko Petanque telah menjalankan suatu ujian mengenai kemahiran petanque yang wajib diduduki oleh semua ahli Gerko Petanque. Ujian ini bagi menguji sejauh manakah tahap penguasaan guru pelatih terhadap kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari. Ujian ini mengambil kira posisi badan pelajar sebelum, semasa dan selepas membaling bola. Selain itu, teknik memegang dan membaling bola merupakan aspek yang penting. Hal ini kerana jika pelajar tidak dapat menguasai kemahiran itu maka pelajar tersebut tidak dapat bermain dengan baik. Saya berasa sangat gembira apabila dapat melakukan amali petanque dengan baik dan lancar. Tanpa tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah, tidak mungkin saya dapat lakukan dengan jayanya.

Nama No. Matrik

: Nor Izzati Bt Roselan : 0610/1960

No. pengenalan: 920924-06-5210 Kelas Ambilan Hari Tarikh Minggu Pensyarah : PPISMP Semester 3 Matematik A : Jun 2010 : Sabtu : 8 Oktober 2011 : Kelima belas : Encik Musaidi Bin Mustafa Puan Noor Haniza Bt Hashim Tajuk refleksi : Bengkel Petanque

Pada hari Sabtu lalu iaitu 8 Oktober 2011, semua ahli Petanque terlibat dengan Sukan Petanque Untuk Semua Peringkat Negeri Perlis. Program ini telah dijalankan di Gelanggang Petanque, Stadium Kangar dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Pelajar PISMP Semester 2 Gerko Petanque telah berganding bahu dengan pelajar PPISMP semester 3 Gerko Petanque untuk menjadi penganjur program ini. Selain itu, pelajar PPISMP semester 3 dan 1 telah terlibat dalam pertandingan petanque yang turut disertai oleh pelajar dari UniMaP, SMK Perlis dan Ahli Persatuan Petanque Perlis. Selepas pendaftaran peserta, kami telah menyertai aktiviti senamrobik selama 30 minit. Walaupun terasa penat namun ia amat menggembirakan semua peserta. Tamat sahaja senamrobik kami menikmati sarapan kemudian menerima sedikit taklimat dari jurulatih petanque. Melalui program seperti ini, saya pelajari bagaimana untuk menguruskan atau menganjurkan sesuatu program sukan apabila menjadi guru di sekolah kelak. Di sini saya turut sertakan gambar-gambar ketika berlangsungnya aktiviti tersebut.

Kain rentang untuk program Petanque.

Peserta melakukan senamrobik.

Jurulatih Petanque sedang memberi sedikit taklimat.

Perlawanan antara wakil IPG Perlis dengan wakil dari UniMaP.