21
REFLEKSI Dalam Bina Insan Guru Fasa I ini, saya dikehendaki untuk mengikuti satu perkhemahan selama empat hari tiga malam iaitu dari 22 Februari hingga 25 Februari 2011. Saya bersama ahli kumpulan saya dikehendaki membuat laporan tentang program ini. Setelah selesai menghadiri perkemahan ini, saya telah memperoleh pelbagai faedah. Antaranya ialah dapat menguji ketahanan fizikal saya melalui aktiviti-aktiviti yang lasak seperti kembara, berkayak, berenang dan menyelam. Aktiviti seperti ini sangat sesuai kepada bakal guru kerana seorang guru itu perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat untuk mendidik anak bangsa tambahan pula kebanyakan guru yang baru perlu mengajar dalam pedalaman yang sememangnya akan mempunyai bebanan kerja yang banyak.dan mencabar. Selain itu, saya juga telah dapat input-input yang berguna hasil daripada LDK yang dijalankan. Antaranya ialah Ia dapat menguatkan semangat dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berdisiplin. Bak kata Tuan Haji Ariffin bahawa kerja adalah satu tanggungjawab, setiap kerja yang kita dapat adalah amanah. Oleh itu, apa yang saya dapat pelajari disini ialah saya perlu mengamalkan etika kerja yang saya terima tidak kira ketika masih pelajar atau sudah menjadi guru dan perlu mengutamakan kualiti kerja tidak kira susah mana kerja tersebut. Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat sedikit kekurangan. Salah satunya ialah tentang tapak perkhemahan iaitu di belakang maktab. Perkhemahan di belakang maktab ini menjadikan semangat perkemahan itu tidak rasa sepenuhnya kerana suasana tapak perkemahan itu tidak seperti perkemahan yang selalu dilakukan orang ramai dan ianya berdekatan dengan taman perumahan guru. Di sebabkan hal tersebut, saya rasa perkhemahan ini menjadi tidak begitu sukar kerana semua kemudahan sudah ada disekeliling contohnya ada bekalan elektrik dan kawan-kawan saya yang tidak terlibat

CONTOH REFLEKSI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CONTOH REFLEKSI

REFLEKSI

Dalam Bina Insan Guru Fasa I ini, saya dikehendaki untuk mengikuti satu perkhemahan selama empat hari tiga malam iaitu dari 22 Februari hingga 25 Februari 2011. Saya bersama ahli kumpulan saya dikehendaki membuat laporan tentang program ini. Setelah selesai menghadiri perkemahan ini, saya telah memperoleh pelbagai faedah. Antaranya ialah dapat menguji ketahanan fizikal saya melalui aktiviti-aktiviti yang lasak seperti kembara, berkayak, berenang dan menyelam. Aktiviti seperti ini sangat sesuai kepada bakal guru kerana seorang guru itu perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat untuk mendidik anak bangsa tambahan pula kebanyakan guru yang baru perlu mengajar dalam pedalaman yang sememangnya akan mempunyai bebanan kerja yang banyak.dan mencabar.

Selain itu, saya juga telah dapat input-input yang berguna hasil daripada LDK yang dijalankan. Antaranya ialah Ia dapat menguatkan semangat dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berdisiplin. Bak kata Tuan Haji Ariffin bahawa kerja adalah satu tanggungjawab, setiap kerja yang kita dapat adalah amanah. Oleh itu, apa yang saya dapat pelajari disini ialah saya perlu mengamalkan etika kerja yang saya terima tidak kira ketika masih pelajar atau sudah menjadi guru dan perlu mengutamakan kualiti kerja tidak kira susah mana kerja tersebut.

Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat sedikit kekurangan. Salah satunya ialah tentang tapak perkhemahan iaitu di belakang maktab. Perkhemahan di belakang maktab ini menjadikan semangat perkemahan itu tidak rasa sepenuhnya kerana suasana tapak perkemahan itu tidak seperti perkemahan yang selalu dilakukan orang ramai dan ianya berdekatan dengan taman perumahan guru. Di sebabkan hal tersebut, saya rasa perkhemahan ini menjadi tidak begitu sukar kerana semua kemudahan sudah ada disekeliling contohnya ada bekalan elektrik dan kawan-kawan saya yang tidak terlibat juga boleh membantu kalau diminta pertolongan kerana jarak antara tapak perkhemahan dengan asrama kami adalah sangat dekat.

Selain itu, dalam program ini saya mengalami beberapa kesulitan iaitu tentang perkongsian khemah yang agak ramai iaitu satu khemah seramai lapan orang. Saya menjadi sukar untuk tidur kerana terpaksa tidur berhimpit. Disebabkan itu, saya menjadi agak mengantuk pada siang hari kerana kurang tidur lebih-lebih lagi apabila duduk dan mendengar ceramah.

Page 2: CONTOH REFLEKSI

Oleh yang demikian, bagi saya program ini banyak memberi faedah dan input-input yang sangat berguna. Segala penat lelah saya mengikuti perkhemahan ini saya harapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri saya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang berusaha menjayakan program ini kerana telah banyak bersusah payah untuk menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan saya ingin meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang program ini berjalan.

Sekian, wasalam.REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun 2009. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.

Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut.

BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak, “water confident”, “jungle trecking”, latihan dalam kumpulan(LDK), memancing, masakan rimba, kawad kaki, “BBQ”, dan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.

Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini.

Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari

Page 3: CONTOH REFLEKSI

orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal meneruskan agenda mesyuarat.

BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti “water confident”, saya terpaksa menyelam didalam air dan berenang di Tasik Kenyir. Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya.

Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu.

Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.

Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir, kami semua iaitu seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan pula masing-masing diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, tukang masak, penolong tukang masak, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau “rotation” tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. Pendedahan ini merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya terutama apabila saya menjadi ketua kumpulan. Ketika itu saya sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua kebajikan, tugas dan banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua. Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di alam pekerjaan kerana saya sedar

Page 4: CONTOH REFLEKSI

bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin. 

Aktiviti pagi iaitu akiviti berkawad di padang juga mempunyai objektif tersendiri. Berdasarkan pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan semua telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti. Ketika berkawad pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua mesti berkumpul di padang kawad. Arahan yang diberikan oleh pensyarah merupakan satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini penting kerana sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ketika di insitut atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam 7.45 lagi dan ini bermakna untuk sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika dilihat sekarang, ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke kuliah dan ini merupakan satu fenomena yang amat merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah merubah saya dan rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kami.

Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya rasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air tasik kenyir, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar

ceramah mengenai Etiket Sosial / Social Etiquette bersempena dengan kursus Bina Insan

Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Auditorium TAZA pada 12 Ogos 2011 yang lepas.

Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahmud Bin Jusuh ini mengambil masa kira-

kira 2 jam setengah, iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sebenarnya

saya sentiasa menanti-nantikan seminar bengkel ini, selepas saya mengikuti program

khidmat komuniti di SMK Perinssen pada beberapa minggu yang lepas, kerana saya yakin

dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam

bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi

daripada aktiviti ini.

Sememangnya seminar ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri

saya sebagai seorang bakal guru dalam senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam

banyak aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa hidup beragama merupakan elemen

Page 5: CONTOH REFLEKSI

yang terpenting dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana ia akan menjadi panduan

hidup iman kita sepanjang hayat. Kalau kita tidak mempunyai sebarang kepercayaan dan

agama dalam hidup kita, kita akan berasa sangat pasif, gelisah dan terganggu apabila kita

melanda dilemma kehidupan atau cabaran dalam kehidupan kita. Jadi, agama diibaratkan

sebagai suluh lampu dan berperanan untuk menyuluh kehidupan kita serta memandu kita

agar menjalani kehidupan pada hala jalan yang betul, halal dan benar.

Selain itu, saya juga sedar bahawa dasar dan latar keluarga yang sihat dan

seimbang juga amat penting dalam penbentukan seorang insan yang beretika

sosial. Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahmud, saya dapat

mempelajari bahawa ajaran keluarga merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada

pembentukan insan yang mempunyai etika sosial. Sememangnya hidup dengan beretika

harus dimulakan pada ibu bapa terlebih dahulu kerana merekalah yang melahirkan, menjaga

dan mendidik kita sejak dari kita lahir lagi. Ini bermakna kita meluangkan paling banyak masa

untuk bersama dengan mereka. Jadi, sekiranya ibu bapa memberikan didikan keluarga yang

sempurna kepada anak-anak mereka, seperti membantu anak-anak membanding beza

antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua

perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan

masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang ramai.

Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat

mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya

sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang

sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifattawaduk, atau sikap merendah diri

tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan

tidak sombong, terutamanya terhadap orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren

daripada kita. Kalau tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong,

lawa, dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang teruknya,

sekiranya kita dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah

bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan orang yang

semacam itu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan

pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul

dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias

terhadap orang itu.

Malah, sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa

berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada

Page 6: CONTOH REFLEKSI

rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam.Berpenampilan sempurna ini

sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada

orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan

pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan

dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian

dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita

haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang

ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian

berdasarkanimpression sebagai seorang guru. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat,

ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di

luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga

seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita

haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan.

Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat mendalam

terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks ini, ia merujuk

kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar

penerangan Encik Mahmud, saya sedar bahawa sebagai sorang manusia yang hidup

masyarakat, kita haruslah mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan dan cara

bermakan yang betul, terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Oleh itu, kita

haruslah menjadikan prinsip “satu hari satu kawan” sebagai amalan dan pegangan hidup kita.

Sebagai seorang guru yang inisiatif, kitalah yang harus memulakan sesebuah hubungan

persahabatan. Janganlah kita tunggu orang lain mengambil tindakan terlebih dahulu, tetapi

kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk berkenalan dengan orang lain.

Oleh yang yang demikian, saya sedar bahawa untuk menjayakan sesebuah

hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang betul dan

sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh

setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Yang pertama sekali,

pastikan kedua-dua pihak bersedia untuk diperkenalkan. Orang yang diperkenalkan haruslah

memandang mata yang menerima perkenalan tetapi jangan terlalu lama. Jika kita berjabat

tangan dengan orang lain, janganlah kita berjabat terlalu lama ataupun terlalu lekas menarik

tangan seperti kita jijik dengan tangan orang tersebut. Yang paling penting sekali, kita

haruslah jujur dalam perhubungan dan tidak melakukan apa-apa yang akan

merosakkan perhubungan tersebut.

Page 7: CONTOH REFLEKSI

Iktibar lain yang saya dapat daripada seminar ceramah ini termasuklah kita haruslah

mempunyai tatacara dan tatatertib makanan yang betul dan tepat.Antara kekuatan yang

saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan

etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara

makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, cara berpakaian yang

sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Yang lebih spesifik lagi,

saya tahu bahawa semasa menjamu makanan di high table, saya perlu menunggu pelayan

menarik kerusi dan selepas duduk dia akan meletakkan napkin di atas paha, dan banyak lagi

Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan

sayasebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam

suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri makan

malam di hotel dan sebagainya.

Malah, saya juga sedar bahawa kita haruslah mempunyai tatacara perbualan

sosial yang betul dan sesuai demi memulakan, mengekalkan dan memajukan sesebuah

perhubungan. Dalam seminar ceramah tersebut, terdapat 11 jenis prinsip yang terkandung

dalam tatacara perbualan sosial. Antaranya termasuklah kita perlulah menggunakan prinsip

berhenti, lihat, dengar barulah bercakap. Janganlah kita menjadi “jurujual” ataupun “jet-

plane”. Jangan pula kita membuat bising seperti “concorde” pula. Sepatutnya kita perlu

bercakap dengan orang yang berada di kiri dan di kanan kita. Malah,kawalan mata dan

anggota adalah amat penting sekali agar orang berada selesa berkomunikasi dengan kita.

Kita juga perlu peka dengan sekeliling kita. Kalau orang yang kita bercakap itu hanya

menjawab “ya... tidak...” sahaja, ia bermaksud orang itu tidak berminat tentang topik yang

dibincangkan. Oleh yang demikian, topik perbualan kita haruslah sesuai dan berpatutan.

Janganlah kita membincangkan perkara-perkara yang tidak sesuai seperti hal-hal peribadi,

agama, politik, dan sebagainya, kecuali topik-topik berkenaan adalah minatnya. Sebaliknya,

kita boleh membincangkan topik-topik seperti muzik, makanan, buku, berkebun, dan lain-lain

semasa kita berbual atau bersosial dengan orang lain. Namun, apa yang paling penting

dalam tatacara perbualan sosial ialah hormat-menghormati. Contohnya, kita patut mematikan

telefon bimbit semasa makan dan berkomunikasi, selaras dengan apa yang diperkatakan

oleh Encik Mahmud: “Dalam sesebuah perhubungan, yang tua dihormati, menghormati

yang tua satu kewajipan; dengan yang sebaya kesantunan dan dengan yang muda

kasih sayang”. Dengan mengamalkan semua ini, pasti ia akan memberikan impak positif

terhadap negara kita apabila semua pelancong yang melawat ke negara kita memuji rakyat

Page 8: CONTOH REFLEKSI

Malaysia bersopan-santun, beretiket sosial dan bersahsiah murni. Dengan itu, nescaya imej

baik negara kita akan meningkat dan disanjung di persada dunia.

Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang

diperkatakan oleh Encik Mahmud sepanjang seminar ceramah etiket sosial ini. Semua

pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang

guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa

yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk

menyertai aktiviti ini.

 yang berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan kepada kami selaku bakal-bakal guruyang akan mendidik anak bangsa kelak. Terdapat beberapa kelebihan dan kekuranganyang dapat dikenalpasti melalalui penganjuran ceramah dan bengkel ini. Kelebihan-kelebihan serta kekurangan-kekurangan semasa pelaksanaan program ceramah danbengkel ini adalah seperti yang berikut.KELEBIHANMelalui penganjuran bengkel dan ceramah ini, terdapat banyak input daninformasi yang berguna yang dapat kami aplikasikan dalam kehidupan seharianterutama apabila kami bergelar guru kelak. pertamanya, melalui ceramah yangdisampaikan oleh En Rosli bin Abdul Wahab iaitu mengenai ciri-ciri guru inovatif kamidapat mengetahui mengenai maksud guru inovatif iaitu guru yang suka akan perubahandan sering berusaha untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Melalui ceramahyang disampaikan, kami dapat mengenalpasti beberapa ciri guru yang berinovatif.Pertamanya, guru tersebut boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Membuat keputusan ialah satu proses memilihsatu bentuk tindakan dari dua atau lebih alternatif. Kedua, guru yang bersifat inovatif  juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka atau diatassesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain. Guru berinovatif iniperlu menerima komen orang lain tanpa mengira komen tersebut samada ia berbentukpujian atau kritikan. Ini adalah kerana ia merupakan sebahagian dari akauntabiliti danmerupakan cara yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri. Guru berinovatif jugatidak boleh mengelakkan diri dari masalah, malah mereka perlu menyelesaikan setiappermasalahan yang dihadapi dengan cara yang paling baik. Masalah ialah satu situasidimana apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang diingini. Untuk menjadi seorangguru yang berinovasi, kita perlu mempunyai ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan diatas. Kelebihan lain semasa ceramah ini disampaikan ialah, kami dapat mengetahuicara-cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang berkesan kepadapendengar. Penceramah ini menggunakan strategi yang pelbagai dalam

 menyampaikan ceramah beliau supaya intipati yang disampaikan dapat difahami olehkami. Mereka juga menyelitkan beberapa unsur kecindan supaya kami dapat mengikutiprogram ini dengan jayanya tanpa rasa bosan atau mengantuk. Ceramah mengenaiperanan JPN dan pengoperasinnya juga banyak memberikan input berguna kepadakami bakal-bakal guru. Ini adalah kerana, pihak JPN dan pihak sekolah mempunyaiperkaitan yang sangat rapat dalam mengendalikan sesuatu program yang berkaitansekolah. Contohnya, seorang guru yang ingin berpindah perlu berurusan dengan pihakJPN terlebih dahulu sebelum

Page 9: CONTOH REFLEKSI

melalui prosedur-prosedur yang lain. Begitu juga bagiseorang guru yang baru melangkah kedalam dunia keguruan, mereka juga perlumendaftarkan diri di JPN yang berhampiran terlebih dahulu. Kami juga boleh mencubakerjaya sebagai seorang pegawai JPN sekiranya kami ingin mencari dan mencubapengetahuan baru kelak.KEKURANGANTerdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa programini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengurusan. Semasa ceramah pertamadijalankan oleh penceramah undangan iaitu En Rosli bin Abdul Wahab, penghawadingin dalam Dewan Zaaba tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan kamiberasa rimas dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa penyampaian ceramahtersebut. Masalah ini berlarutan sehingga selesai sesi ceramah pertama. Kebanyakanahli jawatankuasa yang mengendalikan program ini telah cuba untuk mencaripenyelesaian seperti memanggil juruteknik yang bertugas namun masalah ini tidakdapat diselesaikan. Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana pelatih-pelatih PISMP keluar dan masuk ke dewan sesuka hati. Perkara ini menyebabkanberlaku sedikit gangguan kepada pelatih-pelatih lain yang sedang mendengar ceramahyang disampaikan. Semasa sesi kedua ceramah disampaikan pula, terdapat sedikitkesulitan dimana pihak ahli jawatankuasa program ini tidak dapat menyediakan laptopuntuk penceramah. Oleh sebab itu, berlaku gangguan masa dan perkara ini

 menyebabkan sesi ceramah yang kedua dimulakan tanpa mengikut tentatif yangdisediakan.PENAMBAHBAIKANTerdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan olehkami kerana terdapat banyak kekurangan yang berlaku semasa program ceramah danbengkel diadakan pada kali ini, antaranya dari segi teknikal, iaitu penghawa dingin yangtidak berfungsi, kami telah menukar tempat untuk menjalankan program ceramah danbengkel ini ke bilik serbaguna 1 IPG Kampus Darulaman. Disini kami dapat melihatsemua pelatih dapat mendengar ceramah dengan tekun kerana bilik yang kami pilih inisangat kondusif. Ceramah sesi kedua bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Penambahbaikan kedua pula ialah melalui teguran kepadapelatih-pelatih yang kerap keluar ke tandas. Antara teguran ialah supayamengurangkan pergerakan keluar masuk dan menghormati jemputan semasamenyampaikan ceramah. Bagi penambahbaikan ketiga pula ialah, ahli jawatankuasaprogram perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang dianggap perlu sepertilaptop. Ini untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan yang boleh menyebabkankelewatan program. Diharapkan melalui cadangan penambahbaikan yang diutarakan,permasalahan yang sama tidak akan berulang untuk program seterusnya.CADANGAN / RUMUSANProgram Ceramah dan Bengkel ini merupakan program yang amat bagus dansesuai kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak.program ini banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami bakal-bakalguru. Saya mencadangkan pada masa akan datang agar program ini diteruskan danaktiviti yang lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan dipelbagaikan bagi melatihdan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada kami.

LAPORAN SEBELUM BIG

Pada semester kali ini iaitu semester dua, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam

Page 10: CONTOH REFLEKSI

program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Masjid Kampung Sabak untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Kami telah bergabung dengan kumpulan Pendidikan Islam untuk menjalankan program BIG ini. Kami telah menghantar seorang wakil iaitu Encik Amran Bin Mohd Noor selaku penyelaras program untuk bertemu dan berbincang tentang akitiviti BIG ini pihak dengan jawatankuasa masjid. Pihak Jawatankuasa Masjid Kampung Sabak telah memberi maklum balas yang positif dengan niat suci kami iaitu mahu mengadakan gotong-royong membersihkan masjid mereka. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

LAPORAN SEMASA BIG

Kami telah berkumpul di perkarangan Institut Perguruan seawal jam 8.30 pagi lagi sebelum berlepas ke tempat program. Setelah semua peserta tiba, penyelaras telah memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan perjalanan ke sana. Disebabkan bilangan peserta yang ramai iaitu 60 orang, kami disyorkan berkongsi kereta untuk mengelakkan kesesakan tempat parkir ketika tiba di Masjid Kampung Sabak.

Kami berlepas secara konvoi tepat pada jam 9.00 pagi dan tiba di Masjid Kampung Sabak 20 minit kemudian. Sebelum kami memulakan program gotong-royong, penyelaras telah memberikan taklimat tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan di masjid tersebut. Di antara tugasan yang kami laksanakan ialah seperti membersihkan kawasan dalam masjid (tempat solat), mengelap cermin tingkap dan pintu, mencuci bilik air dan tempat wuduk, membuang sisa-sisa bahan binaan masjid dan menebas semak-samun di kawasan luar pagar masjid. Untuk memudahkan perlaksanaan tugasan, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan dalam masjid dan kumpulan luar masjid.

Kami telah melaksanakan tugasan masing-masing setelah taklimat selesai diberikan oleh penyelaras. Semua peserta telah menjalankan tugasan masing-masing dengan tekun. Semua tugasan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan kawasan masjid yang sebelum ini kelihatan kurang ceria telah menjadi lebih ceria.

Pada jam 10.45 pagi, kami berehat sebentar untuk menikmati minuman pagi dan kuih-muih yang telah disediakan oleh pihak masjid. Ketika minum, kami sempat berbual-bual mesra dengan Jawatankuasa Masjid Kampung Sabak. Mereka berterima kasih kepada kumpulan kami yang telah sudi menghulurkan tenaga untuk menceriakan masjid mereka dan berharap agar kegiatan seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang.

Setelah berehat selama setengah jam, kami meneruskan semua kerja-kerja gotong-royong yang belum selesai dilaksanakan. Kami menjalankan kerja-kerja

Page 11: CONTOH REFLEKSI

akhir seperti mengemas semua segala peralatan yang digunakan. Kawasan masjid kini kelihatan bersih dan ceria kerana tiada lagi kelihatan sampah yang bersepah-sepah di sana-sini. Kami berasa bangga kerana dapat mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat.

LAPORAN SELEPAS

Sebelum program berakhir, kami telah melancarkan tabung derma kilat di kalangan kami untuk memungut dana

bagi didermakan kepada masjid tersebut. Kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang derma. Wang itu

telah diserahkan oleh penyelaras program ini kepada Imam Tua masjid sebelum kami bersurai. Imam Tua

masjid sungguh berasa terharu di atas sumbangan tenaga dan kewangan kepada masjid tempat beliau

bertugas.Beliau berharap agar program seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang.

Penyelaras program pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami yang bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Katanya lagi, jika tiada sokongan daripada kami semua, maka program di masjid ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar. Penyelaras juga berterima kasih kepada pihak jawatankuasa masjid yang membenarkan perlaksanaan program ini dijalankan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran PGSR di bawah subjek Bina Insan Guru. Sebelum bersurai, kami bersalam-salaman dengan beberapa orang ahli jawatankuasa masjid. Jelas terbayang bahawa mereka berasa begitu bangsa dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh kumpulan kami.

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU,

(KHIDMAT MASYARAKAT) DI SK SAYONG, KUALA KANGSAR,

KUMPULAN PISMP H3 AMBILAN JANUARI 2010,

8 OGOS 2010.

REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 10 Jun 2011, Unit Pengajian Melayu ambilan November 2008 telah mengadakan program bergotong-royong membersihkan Masjid Kampung Sabak, Pengkalan Chepa.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan pihak pengurusan masjid telah berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah kami laksanakan. Ketika menjalankan program tersebut, saya dapat merasakan bahasa sikap bekerjasama amatlah penting dalam masyarakat untuk menjayakan sesuatu tugasan yang banyak di kawasan yang agak luas. Jika dilaksanakan sendirian, tugasan boleh disiapkan tetapi akan memakan masa yang agak lama.

Page 12: CONTOH REFLEKSI

Sesungguhnya program BIG ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap diri saya. Sebabnya ialah saya berpeluang menjalankan tugasan dalam suasana yang menyeronokkan bersama-sama rakan sekuliah. Selain itu, saya juga dapat merasai kepuasan dari segi hasil usaha gotong-royong yang mendatangkan faedah kepada masyarakat setempat. Saya bangga kerana disebabkan usaha kami, kawasan masjid dapat dibersihkan dan diceriakan dalam masa lebih kurang dua jam sahaja. Pihak ahli jawatankuasamasjid juga pastinya berasa gembira kerana kedatangan kami telah dapat membantu mereka menjaga kebersihan kawasan masjid tersebut.

Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah semangat bergotong-royong amat penting dalam kehidupan seharian kita untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Oleh itu kita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat hendaklah menyertai sebarang kegiatan gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal untuk memantapkan lagi hubungan sesama manusia. Kita akan berpeluang untuk mengenali orang ramai yang samsama-sama menyertai program yang dijalankan.

REFLESKI BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 3: KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA

Ameelia Nazirah Binti Mohd Shafiee NO. K/P 910908-08-5888 KELAS Pengajian Melayu

Pada 3 dan 4 Mac 2012, saya telah berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pulau Aman bagi melaksanakan tugasan yang memerlukan kami untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan penduduk di Pulau Aman tersebut. Program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan teliti ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, berjaya berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Saya telah melaksanakan program BIG ini bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas saya iaitu Tahun 2 Pengajian Melayu dan tutor kesayangan saya, iaitu Puan Arbakyah binti Hassan.

Sepanjang mengikuti program tersebut, saya merasakan program BIG kali ini merupakan satu pengalaman aktiviti BIG yang paling menyeronokkan berbanding dengan pengalaman-pengalaman sebelum ini. Hal ini kerana aktiviti kali ini dijalankan di luar kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dan saya telah menjelajah di sebuah pulau yang tidak pernah saya lawati sebelum ini. Walaupun sebelum melaksanakan program ini memerlukan kerja tambahan seperti membuat kertas kerja dan perancangan teliti seperti tempahan tempat penginapan dan sebagainya, namun hasil usaha yang telah

Page 13: CONTOH REFLEKSI

dilakukan oleh pelajar-pelajar Pengajian Melayu telah membuahkan hasil dengan memperolehi keseronokkan sepanjang berada di sana dan melaksanakan aktiviti BIG tersebut.

Pada hari Sabtu pagi, saya bersama-sama dengan pelajar Pengajian Melayu telah berkumpul di kawasan Gelanggara institut seawal pukul 8.00 pagi bagi menunggu pemandu bas untuk menghantar kami di Jeti Pulau Aman. Perancangan awal jadual bertolak, pelajar-pelajar ini dikehendaki bertolak pada pukul 8.00 pagi. Namun begitu, sedikit perubahan waktu bertolak telah berlaku kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Maka waktu bertolak pada hari tersebut telah dilewatkan sehingga 8.30 pagi.

Walaupun kelewatan yang berlaku tersebut bukanlah sesuatu yang telah dirancang, namun begitu saya masih merasakan kelewatan seperti itu boleh diatasi. Perancangan masa hendaklah dibuat dengan lebih teliti agar pembaziran masa dapat dielakkan. Sebagai contoh, kita boleh melakukan Perancangan Kedua, di mana ia merupakan satu perancangan yang dilakukan sekiranya satu masalah atau lebih berlaku dalam Perancangan Pertama. Sekiranya terdapat kelewatan bas selama 10 minit, maka pelajar-pelajar boleh bersarapan ringan terlebih dahulu di kafe Institut terlebih dahulu sebelum bertolak. Setiap pelajar perlu mengambil sarapan sebelum bertolak kerana tenaga diperlukan apabila tiba di sana, di samping dapat mengisi perut bagi mengelakkan kelaparan sepanjang kita bertolak dari Institut ke Jeti Pulau Aman dan seterusnya ke Pulau Aman.

Sepanjang pelaksanaan program BIG ini, saya berasa sangat seronok dan bersyukur kerana berpeluang untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat bersamasama dengan penduduk setempat di pulau tersebut. Aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang telah dilakukan oleh saya dan rakan-rakan sekelas adalah seperti membuat aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan luar surau iaitu kawasan kubur, membersihkan bahagian dalaman surau seperti Bilik Mesyuarat dan tempat solat bagi wanita dan lelaki, dan bergotong-royong membersihkan kawasan di persisiran Pantai Pulau Aman dengan mengutip beberapa sampah yang bertaburan di persisiran pantai tersebut. Masa yang telah diperuntukkan oleh kami untuk melaksanakan program ini adalah selama 10 jam, maka 10 jam ini telah dibahagikan sama rata, iaitu 5 jam aktiviti khidmat masyarakat dilakukan pada hari Sabtu dan 5 jam berikutnya telah digunakan untuk membuat amal kebajikan pada hari Ahad. Kedua-dua hari ini telah digunakan dengan sebaik-baiknya bagi membuat aktiviti kebajikan dengan penduduk setempat.

Page 14: CONTOH REFLEKSI

Bukan itu sahaja, bagi pandangan saya, aktiviti BIG yang dijalankan kali ini telah membuka peluang saya dalam merealisasikan keinginan saya untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat yang dapat membina hubungan jalinan mesra dengan sesuatu masyarakat terhadap sesuatu masyarakat di suatu tempat atau di suatu organisasi. Jika sebelum ini saya mempunyai keinginan membuat khidmat masyarakat bersama-sama dengan di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Rumah Orang Tua yang bersifat organisasi, maka pada hari tu saya telah berpeluang untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan kelompok masyarakat di Pulau Aman.

Tambahan lagi, program khidmat masyarakat yang dijalankan ini telah melatih diri saya bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga telah melatih diri saya sebagai seorang bakal guru dan tanggungjawab sebagai seorang masyarakat di dalam negara. Profession keguruan bukan sahaja merupakan satu profession yang memerlukan kemahiran sosial yang tinggi, malah ia juga merupakan suatu profesion yang memerlukan individu guru mempunyai dan memupuk rasa tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial yang saya maksudkan ini adalah satu rasa bertanggungjawab dalam membentuk nilai-nilai positif dan melakukan suatu kebajikan atau khidmat dalam suatu masyarakat seperti bekerjasama dan membantu dengan penduduk di suatu tempat. Oleh itu, sekiranya kita berjaya memupuk rasa tanggungjawab sosial dengan sesuatu kelompok masyarakat, maka kita juga dapat memupuk rasa tanggungjawab sosial terhadap murid-murid di sekolah di mana kita akan berasa bertanggungjawab penuh ke atas murid-murid untuk mendidik dan menyayangi mereka untuk membentuk mereka menjadi insan yang berjaya.

Program BIG yang telah dijalankan ini juga telah berjaya membina hubungan baik antara saya bersama-sama dengan rakan sekelas. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan yang berorientasikan kepada nilai kerjasama ini telah mewujudkan satu interaksi daripada satu individu kepada satu individu lain. Interaksi yang telah terhasil daripada hubungan kerjasama ini menjadika saya semakin rapat dengan teman-teman sekelas. Kami telah bergembira bersama, makan bersama dan melakukan pelbagai aktiviti secara bersama. Perkara yang dilakukan secara bersama ini secara tidak langung telah membina satu perasaan yang sama, iaitu satu perasaan yang memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, aktiviti-aktiviti dan interaksi positif ini sedikit sebanyak telah mengurangkan jurang antara saya dan rakan-rakan sekelas, sekaligus menjadikan saya lebih positif terhadap mereka dan hubungan semakin rapat.

Page 15: CONTOH REFLEKSI

Program BIG ini juga telah berjaya memupuk hubungan erat antara para menti dan mentor, iaitu puan Arbakyah binti Hassan selaku mentor bagi kelas saya, iaitu Pengajian Melayu. Jika sebelum ini saya kurang membina komunikasi seperti berbual dengan mentor saya, namun begitu semasa melibatkan diri dalam sepanjang program tersebut, sedikit sebanyak komunikasi antara kami dapat dibina dan diwujudkan. Hubungan ini tidak semestinya daripada aspek komunikasi, tetapi pemupukan hubungan erat yang dimaksudkan ini juga adalah seperti dapat mengenali dan mengeratkan hubungan bersama-sama dengan ahli keluarga mentor juga merupakan suatu pembentukkan jalinan yang mesra. Hasil hubungan harmonis antara mentor dan menti ini telah mewujudkan rasa kekeluargaan dalam kalangan pelajar Pengajian Melayu.

Program Bina Insan Guru kali ini juga telah melatih kami sebagai seorang guru dalam membina hubungan dan jalinan mesra dengan masyarakat di tempat tersebut. Jika ingin diulas dalam konteks yang umum, perkara yang ingin saya fokuskan di sini adalah bakal guru seperti saya dapat melatih diri bukan sahaja dari konteks bersosial seperti berkomunikasi, tetapi termasuklah membina dan merapatkan hubungan dengan sesuatu masyarakat. Ianya telah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk membina dan merapatkan hubungan mesra dan positif dengan saudara seagama. Apabila saya bersama-sama dengan rakan sekelas dapat membina dan menjalinkan hubungan mesra ini, banyak perkara dapat dilakukan dilaksanakan dengan mudah kerana masing-masing mudah utnuk memberikan kerjasama. Bukan itu sahaja, khidmat masyarakat yang tekah diberikan ini telah mewujudkan rasa mesra antara pihak saya dan penduduk di Pulau Aman, terutamanya dengan Ketua Kampung kerana beliau banyak memberikan kerjasama yang erat kepada saya dan rakan-rakan bagi menjayakan program BIG ini.

Perasaan kecintaan kepada alam sekitar juga berjaya dibina semasa saya bersama-sama dengan rakan-rakan melaksanakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persisiran pantai di Pulau Aman, saya mendapati, terlalu banyak sampah seperti plastik, polisterin dan botol-botol kosong telah dibuang dan dijumpai di persekitaran persisiran pantai tersebut. Keadaan tersebut telah memberi kesedaran kepada saya bahawa masyarakat di negara kita masih tidak mempunyai rasa kecintaan yang mendalam terhadap alam dan tidak mempunyai rasa untuk menjaga kebersihan negara dan alam semula jadi. Jika diteliti dengan betul, negara kita telah banyak melaksanakan program yang berorientasikan kepada penjagaan alam sekitar dan bumi, seperti

Page 16: CONTOH REFLEKSI

progam kelestarian yang giat dilancarkan dan dikalankan di setiap Institut Pendidikan Guru, Program Kitar Semula, One Hour, Program Penjagaan Sungai dan lain-lain lagi. Bukan sahaja telah menjalankan kempen, malah terdapat juga program-program ini dilaksanakan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Namun begitu, setelah saya melihat masalah pembuangan sampah-sampah yang tidak terpakai ke dalam laut dan sungai dan hasilnya terdampar di persisiran pandai, telah membuatkan saya sedar bahawa program yang dijalankan oleh beberapa pihak untuk menjaga alam di negara ini tidak berjaya mengubah mentaliti masyarakat negara. Jika sebelum ini saya merasakan program yang dijalankan itu berjaya, namun sekarang ini persepsi saya berada di sebaliknya. Oleh itu, keadaan ini telah memberi kesedaran kepada saya untuk bertanggungjawab penuh dalam memulihara dan memelihara alam sekitar kita.

Secara keseluruhannya, aktiviti khidmat masyarakat yang telah dijalankan telah memberi kesedaran kami tentang realiti sebenar kehidupan, iaitu tentang perkara yangt berlaku pada alam sekitar, dan kepentingan dari aspek pembinaan hubungan yang sihat kerana remaja masa kini tidak lagi mengambil berat dalam pembinaan atau menjalinkan hubungan positif dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah dengan masyarakat. Selain daripada, kerja-kerja yang telah dilakukan ini juga telah membentuk jati diri sebagai seorang guru, iaitu membentuk sikap yang bertanggungjawab, prihatin, baik hati, dan sebagainya. Kesemua nilai-nilai ini penting untuk disemai dalam diri setiap guru. Saya dan rakan-rakan sekelas dapat merasai keseronokkan dan kepuasan daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh BIG itu. Oleh itu, melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan juga telah membentuk kerjasama antara saya dan rakan-rakan, bukan sahaja rakan sekelas malah dapat mengeratkan silaturahim dengan penduduk di Pulau Aman. Program BIG ini telah berjaya membentuk kempimpinan dalam kalangan guru pelatih di samping memberikan kesedaran kepada saya mengenai kepentingan guru dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Sekiranya mahu mendidik seseorang, diri sendirilah yang perlu didik terlebih dahulu. Sekiranya guru itu sendiri positif, maka positiflah generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.