prosiding azizah

  • View
    234

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

wee

Text of prosiding azizah

Format Proposal_Kajian_PPG.doc.docx

KEBERKESANAN TEKNIK BUTANG BAJU DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENAMBAHAN NOMBOR PERPULUHAN

DENGAN NOMBOR BULAT

Noor Azizah Binti Hashim

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melakaayuninojie@gmail.comAbstrakKajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan Teknik Butang Baju, untuk membantu subjek meningkatkan kefahaman dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Subjek kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah di pinggir bandar Melaka. Tinjauan awal menunjukkan subjek menghadapi masalah semasa menyusun nombor perpuluhan dan nombor bulat dalam bentuk lazim. Hasil ujian pra didapati hanya seorang subjek memperolehi markah 40%, seorang 20% dan selebihnya 0%. Dalam kajian ini, data dikumpul dengan menggunakan Ujian Pra dan Pos, semakan buku latihan dan temu bual. Melalui semakan buku tulis subjek didapati subjek membuat kesalahan menyusun mengikut nilai tempat dan kecuaian menambah. Manakala hasil temu bual pula mendapati, terdapat miskonsepsi terhadap perbezaan antara nombor perpuluhan dan nombor bulat. Hasil kajian mendapati, dengan menggunaan Teknik Butang Baju, terdapat peningkatan kefahaman subjek dalam kemahiran tersebut. Hasil analisis Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan iaitu seramai 4 orang subjek memperolehi markah 100% manakala selebihnya memperoleh markah 80%. Justeru itu penggunaan Teknik Butang Baju ini, amat sesuai digunakan untuk meningkatkan kefahaman dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat.

Kata Kunci

Teknik Butang Baju, nombor perpuluhan, nombor bulat dan penambahan.PengenalanPada tahun ini pengkaji diamanahkan oleh pentadbir sekolah untuk mengajar 3 buah kelas bagi matapelajaran Matematik. Salah satu daripadanya ialah kelas tahun 5. Pengkaji mula mengajar murid kelas ini ketika mereka masih lagi di tahun 4. Hasil pemerhatian pengkaji mendapati murid kelas ini terdiri dari kalangan murid-murid yang lemah. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga daripada tiga buah kelas tahun lima yang ada di sekolah ini. Antara masalah yang dihadapi oleh murid ( selepas ini disebut subjek kajian ) kelas ini ialah ketika mempelajari kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Sepanjang pemerhatian pengkaji mengajar di kelas ini, subjek kajian mudah lupa, bersikap cuai dan belajar sambil lewa. Muridmurid yang berpencapaian rendah dalam Matematik tidak mahir dalam penambahan dengan mengumpul semula (Sofwan, 2010). Tanpa penguasaan yang baik di tahap satu, masalah ini pasti akan berlarutan ke tahap dua. Menurut Amar Sadi (2007), dua kesilapan yang biasa berlaku adalah berkaitan dengan kedudukan nombor dalam bentuk lazim dan proses mengumpul semula. Murid yang menghadapi masalah ini akan mengalami masalah menulis kedudukan nombor dan menambah dengan mengumpul semula. Keadaan ini akan menyebabkan murid sukar untuk menguasai konsep tambah dan seterusnya membantutkan penguasaan murid untuk tajuk-tajuk lain. Hal ini disokong oleh Chua (2005), di mana kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam menjawab soalan penambahan ketika proses mengumpul semula. Pengajaran Matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran Matematik yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar (pedagogi) dan gaya pembelajaran murid ( psikologi ) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para guru.

Selain daripada itu, menurut Nagaraja a/l Palaniappan, Jayakumar a/l Supramaniam dan Thanaletchumy a/p Kuttianan ( 2007 ) dalam kajian mereka yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Perpuluhan Dalam Operasi Tambah Bagi Murid-Murid Tahun 5 Melalui Kad Petak pula, mendapati bahawa alat yang sesuai dan bimbingan guru yang baik dapat meningkatkan kefahaman murid. Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran subjek kajian menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat menggunakan Teknik Butang Baju.Metodologi KajianKumpulan sasaran

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah di pinggir Bandar Melaka. Merupakan sebuah sekolah Gred A yang mempunyai 533 orang murid. Subjek kajian dipilih berdasarkan pemerhatian guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan mereka terdiri daripada murid tahun 5, di mana kesemuanya belajar di kelas ketiga daripada 3 buah kelas tahun 5 yang terdapat di sekolah ini. Prestasi akademik subjek kajian berada pada tahap yang sangat lemah. Seramai 10 orang subjek kajian telah dikenalpasti, di mana 8 daripadanya ialah lelaki manakala selebihnya adalah perempuan. Murid lelaki semuanya berbangsa Melayu manakala murid perempuan masing-masing terdiri daripada seorang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Tiga daripada subjek kajian iaitu dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan India merupakan bekas murid pemulihan matematik. Pelaksanaan tindakan . Kajian ini akan dijalankan mengikut Model Kemmis dan McTaggart ( 1988 ). Di dalam model ini terdapat empat elemen utama iaitu :TINDAKAN 1 - Mereflek

Langkah pertama ialah melakukan refleksi terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran yang lalu serta pengkaji juga membuat pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Didapati, subjek kajian menghadapi masalah melakukan penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat. TINDAKAN 2 - Merancang

Pengkaji menjalankan ujian pra dengan tujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam sebab masalah ini berlaku. Seterusnya pengkaji menganalisis hasil ujian tersebut bagi mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh subjek kajian. Sebagai menyokong hasil dapatan daripada analisis ujian pra, pengkaji juga memeriksa latihan yang dibuat oleh subjek kajian di dalam buku tulis mereka. Didapati kesalahan yang sering dilakukan oleh subjek kajian ialah kesalahan menyusun soalan dalam bentuk lazim, kesalahan mengubah soalan dan juga kecuaian. Langkah seterusnya ialah mengadakan sesi temubual dengan subjek kajian. Temubual berstruktur ini dijalankan secara lisan dalam suasana yang santai bagi memberikan subjek kajian perasaan tenang dan tidak menganggapnya sebagai satu ujian. Hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati ada subjek kajian yang tidak dapat membezakan antara nombor bulat dan nombor perpuluhan. Kebanyakan subjek kajian menyatakan bahawa perkara paling penting dalam penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah tanda tambah itu sendiri.Setelah mengetahui sebab subjek kajian tidak dapat menguasai kemahiran tambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat ini, pengkaji mula merangka dan merancang strategi seterusnya iaitu teknik yang akan digunakan bagi mengatasi masalah ini. Pengkaji membuat keputusan untuk menggunakan Teknik Butang Baju di mana subjek kajian akan menyusun nombor pada ruangan yang betul sebelum menambah nombor tersebut.

+

Rajah 1 : Teknik Butang Baju

Rajah 1 menunjukkan gambarajah Teknik Butang Baju. Titik di tengah berfungsi sebagai pemisah dan subjek kajian diingatkan bahawa nombor yang tidak mempunyai titik perpuluhan iaitu dikenali sebagai nombor bulat harus diletak di depan manakala bahagian belakang ( selepas titik ) ditambah dengan 0.

TINDAKAN 3 - BertindakSetelah mengetahui punca permasalahan dan merancang strategi untuk mengatasinya maka, pengkaji mula bertindak menggunakan strategi yang dirancang bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Murid-murid diajar menggunakan Teknik Butang Baju bagi menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat.Intervensi pertama ( letak titik letak sifar ).Intervensi pertama ini dijalankan dengan memperkenalkan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Subjek kajian disuruh menyebut ayat tersebut berulang kali dan ditanya tentang perbezaan antara nombor perpuluhan dan nombor bulat. Subjek kajian diingatkan bahawa titik perpuluhan bagi nombor bulat tidak kelihatan kerana ianya berada di belakang digit terakhir. Subjek kajian juga diingatkan bahawa sekiranya diletakkan titik maka perlu ditambah 0 ( sifar ) di belakang titik. Pada peringkat ini, pengkaji menyuruh subjek kajian menyebut secara berulang kali iaitu letak titik letak sifar. Tujuannya agar subjek kajian dapat mengingat dengan baik.Intervensi kedua ( jom tulis semula ).

45.63 + 12 =

Rajah 2 : Soalan asal 45.63 + 12.0 =

Rajah 3 : Soalan tulis semulaRajah 2 menunjukkan soalan asal yang diberi kepada subjek kajian setelah menjalankan intervensi pertama. Setelah menyebut secara berulang kali, subjek kajian diminta menulis semula soalan dengan meletakkan titik perpuluhan dan sifar pada nombor bulat. Rajah 3 menunjukkan soalan yang telah ditulis semula oleh subjek kajian. Dapat diperhatikan berlaku perbezaan ketika menulis nombor 12.

Intervensi ketiga (Menambah menggunakan Teknik Butang Baju)Subjek diajar tentang Teknik Butang Baju dalam intervensi ketiga. Subjek kajian diajar melukis butang baju terlebih dahulu sebelum diajar menyusun kembali ayat matematik ke dalam bentuk lazim menggunakan teknik butang baju. Setelah itu, barulah subjek kajian menambah seperti biasa bagi mendapatkan jawapan.TINDAKAN 4 MemerhatiSetelah melalui kesemua proses intervensi, satu ujian pos diadakan dan subjek kajian menggunakan strategi baru iaitu Teknik Butang Baju bagi menjawab ujian ini. Tujuan ujian pos ini diadakan ialah untuk membuat perbandingan prestasi subjek kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan dan untuk menilai sejauh mana teknik ini membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Soalan yang diberi kepada subjek kajian bagi ujian pos ini ialah sama seperti soalan ujian pra. Cara Mengumpul DataUjian Pra

Satu ujian