3
PENGENALAN Peranan seni dalam pendidikan Bersyukur dengan ciptaan Tuhan. Setiap benda ciptaan Tuhan ada kelebihannya yang tersendiri dan patut dihargai dan dipelihara. Contohnya, alam yang diberikan Tuhan kepada kita. Jika kita menilai dari aspek keindahan alam, ini adalah berkaitan dengan seni. Sesuatu yang indah merupakan titik bermulanya inspirasi seni. Meningkatkan daya persepsi, estetika dan kreativiti kanak-kanak terhadap nilai kesenian. Paling mudah adalah mengapresiasikan sesuatu seni yang terdapat di negara kita. Dalam seni visual bolehlah dikaitkan dengan ukiran. Seni muzik pula boleh dikaitkan dengan alat muzik tradisional sesuatu kaum di Malaysia. Manakala seni pergerakan pula boleh juga dikaitkan dengan seni mempertahankan diri ataupun tarian tradisional sesuatu kaum. Adalah mudah untuk guru mengaitkan dan menerapkan kesenian dalam sesuatu matapelajaran yang diajar. Melahirkan murid yang mampu mengaplikasikan kesenian dalam kehidupan seharian dan kerjaya. Jika kita melihat secara terus di sini, kesenian telah diserapkan di dalam jiwa murid- murid melalui matpelajaran yang diajar. Mereka menjadi insan yang kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Murid juga akan menjadi insan yang bersifat holistic. Ini kerana mereka telah didedahkan deang pelbagai jenis seni secara tidak langsung iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Konsep seni muzik, pergerakan dan visual Seni muzik dipelajari berasaskan otak kiri dan otak kanan mengikut teori pembelajaran yang diketengahan oleh kebanyakan

Peranan Seni Dalam Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peranan Seni Dalam Pendidikan

PENGENALAN

Peranan seni dalam pendidikan

Bersyukur dengan ciptaan Tuhan. Setiap benda ciptaan Tuhan ada kelebihannya yang tersendiri dan patut dihargai dan dipelihara. Contohnya, alam yang diberikan Tuhan kepada kita. Jika kita menilai dari aspek keindahan alam, ini adalah berkaitan dengan seni. Sesuatu yang indah merupakan titik bermulanya inspirasi seni.

Meningkatkan daya persepsi, estetika dan kreativiti kanak-kanak terhadap nilai kesenian. Paling mudah adalah mengapresiasikan sesuatu seni yang terdapat di negara kita. Dalam seni visual bolehlah dikaitkan dengan ukiran. Seni muzik pula boleh dikaitkan dengan alat muzik tradisional sesuatu kaum di Malaysia. Manakala seni pergerakan pula boleh juga dikaitkan dengan seni mempertahankan diri ataupun tarian tradisional sesuatu kaum. Adalah mudah untuk guru mengaitkan dan menerapkan kesenian dalam sesuatu matapelajaran yang diajar.

Melahirkan murid yang mampu mengaplikasikan kesenian dalam kehidupan seharian dan kerjaya. Jika kita melihat secara terus di sini, kesenian telah diserapkan di dalam jiwa murid-murid melalui matpelajaran yang diajar. Mereka menjadi insan yang kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Murid juga akan menjadi insan yang bersifat holistic. Ini kerana mereka telah didedahkan deang pelbagai jenis seni secara tidak langsung iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Konsep seni muzik, pergerakan dan visual

Seni muzik dipelajari berasaskan otak kiri dan otak kanan mengikut teori pembelajaran yang diketengahan oleh kebanyakan tokoh muzik (Dalcroze, Orff, Suzuki, Kodaly dan Gordon). Focus utama dalam mempelajari muzik ialah berdasarkan penghayatan menggunakan deria dengar. Oleh itu murid akan dapat menggunakan kemahiran berfikir dan menghayati secara berperingkat

Pergerakan adalah terhasil daripada proses meniru imaginasi yang menggunakan kedua belah otak kiri dan kanan menurut Einstein. Pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya terhasil daripada proses menaakul imaginasi mengikut pertimbangan rasiona tentang apa yang ingin kita lakukan. Kemahiran pelbagai dan pergerakan-pergerakan menarik adalah dihasilkan oleh otak yang kreatif (Gardner). Manakala pada pandapat Torrance, 1969 pula mengatakan bahawa otak yang kreatif digunakan oleh murid untuk mengatasi pelbagai masalah dengan menggunakan kebolehan mereka.

Page 2: Peranan Seni Dalam Pendidikan

Apabila kanak-kanak melalui satu pengalaman, mereka membuat pengamatan dan pentaksiran. Ini membolehkan otak kiri dan kanan mereka diaplikasikan (Bersoon, 1982). Mengikut pendapat Eisner, 1980 pula mengatakan bahawa kanak-kanak cuba untuk membina satu konsep yang sempurna. Ini berlaku apabila mereka berhadapan dengan masalah membina kemampuan dalam membuat sesuatu huraian. Menurut Feldman, 1976 pula perubahan nilai manusia yang berlaku dari masa ke semasa adalah hasil daripada kegiatan seni yang memainkan peranan penting. Akhir sekali, kita melihat pendapat Brown 1980. Brown menyatakan bahawa pengamatan kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kebolehan mereka. Mereka juga akan dapat membuat perbezaan berkenaan objek tampak yang ada di sekeliling mereka.

Secara kesimpulan, melalui pendapat-pendapat yang telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh di atas, kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya penggunaan otak kiri dan otak kanan untuk menghayati dan mengaplikasikan sesuatu nilai estetika. Oleh itu, otak kiri dan otak kanan penting untuk diransang dalam menerapkan sesuatu nilai kesenian dalam sesuatu P&P.