9
148 OUM TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGENALAN Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama- sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dlam Bilik Seni. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan bagaimana menguruskan bilik pendidikan seni visual; 2. menggambarkan keadaan bilik seni yang sesuai dengan menggunakan pelan bilik; 3. menjelaskan bagaimana mengendalikan buku stok dan senarai inventori bilik pendidikan seni visual; 4. menjelaskan bagaimana menjana iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif dari aspek fizikal, emosi dan sosial; 5. menyenaraikan prosedur pengurusan alat dan bahan pendidikan seni; dan 6. menghasilkan contoh borang penyimpanan stok. GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Pengurusan Pendidikan Seni

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengurusan Pendidikan Seni

148

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dlam Bilik Seni.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan bagaimana menguruskan bilik pendidikan seni visual;

2. menggambarkan keadaan bilik seni yang sesuai dengan menggunakan pelan bilik;

3. menjelaskan bagaimana mengendalikan buku stok dan senarai inventori bilik pendidikan seni visual;

4. menjelaskan bagaimana menjana iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif dari aspek fizikal, emosi dan sosial;

5. menyenaraikan prosedur pengurusan alat dan bahan pendidikan seni; dan

6. menghasilkan contoh borang penyimpanan stok.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Page 2: Pengurusan Pendidikan Seni

149

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

10.1 PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 10.1: Kelas Pendidikan Seni

Sumber: http://bi-lingual.com/School/virtualtourgyoshu.htm Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, anda hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

� unsur seni;

� menggambar / melukis;

� warna;

� lukisan alam semulajadi;

� seni huruf dan sebagainya. Di dalam pengurusan bilik seni, anda harus beri aspek-aspek berikut perhatian yang sewajarnya:

� keselamatan;

� kebersihan;

� susunan perabot;

� pameran hasil kerja;

� kelengkapan bilik seni;

� pengagihan tugas;

� pengumpulan alat / bahan; dan

� jadual waktu penggunaan bilik seni.

Page 3: Pengurusan Pendidikan Seni

150

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

10.1.1 Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual

Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) berikut merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai.

Rajah 10.2: Contoh pelan Bilik Seni

Page 4: Pengurusan Pendidikan Seni

151

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 10.3: Bilik Seni saiz bilik darjah

10.1.2 Buku Stok dan Senarai Inventori

Pengendalian buku stok merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni dan menjadi tanggungjawab guru kanan mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menguruskannya dengan sempurna dan kemaskini. Perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:

Page 5: Pengurusan Pendidikan Seni

152

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(a) Semua alat/bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.

(b) Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat/bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat/bahan habis guna. Setiap jenis alat/bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan berbuat demikian, maka ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

(c) Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat/bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

10.1.3 Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual Dari Aspek Fizikal, Emosi dan Sosial

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. (a) Aspek fizikal

Rajah 10.4: Bilik Seni

Sumber: http://www.brookfieldschool.co.uk/images/Art/art_room.jpg

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.

(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Pengurusan Pendidikan Seni

153

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.

(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Aspek Sosial

Rajah 10.5: Murid berinteraksi

Sumber: http://www.blackrockps.vic.edu.au/about_brps/Tour_art.html

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:

(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;

(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif;

(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;

(iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan

(v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

Page 7: Pengurusan Pendidikan Seni

154

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(c) Aspek Emosi

Rajah 10.6: Guru mengajar kelas seni

Sumber: http://dragons1.k12.ar.us/dragons/WCOBBWEB/art%20class.jpg

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan:

(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;

(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;

(iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan

(iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

10.2 PENGURUSAN ALAT DAN BAHAN SERTA BAHAN RUJUKAN

10.2.1 Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan

Anda boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan dalam bilik pendidikan seni:

1. Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan.

2. Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah.

3. Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya.

Page 8: Pengurusan Pendidikan Seni

155

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4. Membuat inventori dalam buku stor.

5. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan.

10.2.2 Contoh Borang Penyimpanan Stok

(a) Borang stor untuk peralatan kekal

Rajah 10.7: Contoh borang stor untuk peralatan kekal (b) Borang stok untuk peralatan tidak kekal

Bil. Item (Peralatan tidak kekal)

Bil. unit Tarikh masuk

Tarikh lupus

1. 2. 3.

Berus lukisan (keras- saiz 4) Kertas lukisan (½ imperior)

32 dozen 20 dozen

10/3/01 12/1/03

2/12/03 8/10/03

Jumlah Item: ____

Catatan:

Rajah 10.8: Contoh borang stor untuk peralatan tidak kekal

RUMUSAN

Studio atau bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Ia seberapa boleh diasingkan atau dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh berusaha untuk mewujudkan iklim studio Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran dan pengajaran.

GLOSARI

Inventori — Stok kawalan alatan

Rapor — Mesra dan peramah

Bil. Item ( Peralatan kekal ) Bil. unit Tarikh masuk Tarikh lupus

1. 2. 3. 4.

Meja guru Kerusi guru Almari kayu

2 2 4

12/5/03 12/5/03 12/5/03

2/12/03

8/10/03

Jumlah Item:___

Catatan:

Page 9: Pengurusan Pendidikan Seni

156

OUM

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Spesifikasi — Mengikut ciri atau pengkhususan

Futuristik — Masa hadapan

Fisiologi — Keperluan diri

UJIAN 1

Anda dikehendaki mencadangkan satu pelan bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif.

UJIAN 2

Sila hasilkan sebuah buku stok yang sesuai bagi mengawal peralatan dan perabot bilik Pendidikan Seni Visual.