13
1.0Pengenalan Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh. 2.0 Kepentingan Imaginasi, Emosi, Ekspresi dan Kreativiti 1

Seni dalam pendidikan

  • Upload
    shareen

  • View
    41

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

iSL

Citation preview

Page 1: Seni dalam pendidikan

1.0 Pengenalan

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk

keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang

tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya

membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai

keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-

murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok

menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk

mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan

merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi

social yang terjalin melalui deria sentuh.

1

Page 2: Seni dalam pendidikan

2.0 Kepentingan Imaginasi, Emosi, Ekspresi dan Kreativiti

2.1 Kepentingan Imaginasi

Menurut Russell (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses ialah

untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif

terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Sepanjang proses untuk

mengenali kemahiran tersebut, seni mengambil peranan yang sangat penting kerana

dapat mengembangkan pacaindera melalui pelbagai cara. Antara cara yang boleh guru

gunakan ialah imaginasi.

Imaginasi memberi gambaran yang menyenangkan ke dalam fikiran dengan

menjadikan segala sesuatu lebih sempurna daripada apa yang diketahui sebelum ini,

imaginasi menghalang kita untuk berpuas hati dengan keadaan sekarang mahupun

keberhasilan masa lalu, dan terus mendorong kita untuk mengejar kesenangan yang

belum pernah dicuba untuk atau keutamaan yang ideal.

Pengabungan seni dalam mata pelajaran yang lain dapat melahirkan kanak-

kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat

penilaian dan bijak membuat keputusan.

2.11 Semasa menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina:

Sebelum menceritakan kisah kura-kura dengan Sang Arnab, guru mengarahkan

pelajar mengimaginasi keadaan semasa pertandingan berlaku. Guru boleh memberikan

masa kepasa pelajar untuk meramalkan keputusan pertandingan sebelum

menceritakan kepada pelajar.

2

Page 3: Seni dalam pendidikan

2.2 Kepentingan Emosi

Emosi berkait rapat dengan Intellegence – dikaitkan dengan keupayaan mental

melakukan proses kognatif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan

masalah. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau “neurology” mendapati

emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).

Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami

oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Pelajar boleh

berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosialselain meningkatkan keyakinan diri.

Mata pelajaran pendidikan seni dan juga menganjurkan semangat bekerjasama di

dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Ini telah memberi peluang pelajar belajar

bagaiman untuk berinteraksi, membina keyakinan diri, bertoleransi dan berkerjasama

dalam kumpulan.Guru yang penyayang dan ceria akan mendidik pelajar yang dapat

menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial. Mereka lebih

bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati.

2.21 Semasa menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina:

Semasa bercerita, guru boleh mengemukakan beberapa soalan seperti berikut

untuk mengembangkan emosi dan perasaan mereka. Antaranya seperti:

a) Apakah perasaan anda apabila kura-kura berjalan dengan lambat manakala

Sang Arnab berlari dengan cepat?

b) Andaikan anda ialah kura-kura, adakah anda akan putus asa atau meneruskan

pertandingan walaupun dipandang rendah?

3

Page 4: Seni dalam pendidikan

c) Ramalkan perasaan anda selepas memenangi pertandingan tersebut.

2.3 Kepentingan Ekspresi

Menurut Kamus Dewan Bahasa pula, ekspresi merupakan pandangan air muka

yang memperlihatkan perasaan atau emosi seseorang. Ekspresi adalah proses

ungkapan emosi atau perasaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai pengungkapan atau

proses menyatakan atau memperlihatkan perasaan diri atau emosi.

Peranan ekspresi dalam pendidikan seni adalah sama dengan peranan emosi.

Ekspresi dapat dijadikan medium bagi individu untuk mengekspresikan diri dan

perasaan, seterusnya menginterpretasikan ekspresi tersebut kepada hasil seni yang

kreatif. Tambahan pula, elemen ekspresi dalam pendidikan seni membolehkan individu

melahirkan perasaan dan mengikut imaginasi mereka, seterusnya meningkatkan

pertumbuhan kognitif dan intelek individu.

Pelajar boleh mengembangkan pengalaman, meneroka dan merasai perasaan

serta berinteraksi dengan persekitaran mereka. Ini sekaligus menggalakkan

pertumbuhan positif kanak-kanak.

Contohnya, melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan

emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu

menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam

bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti

melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

4

Page 5: Seni dalam pendidikan

Ekspresi membolehkan pelajar meluahkan perasaan dan imaginasi mereka

sekaligus menggalakkan daya kreativiti kanak-kanak. Di samping itu, juga

membolehkan pelajar meneroka dan merasai pengalaman sekaligus menggalakkan

pertumbuhan kognitif.

2.31 Contoh Penerapan Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Cina

Selepas bercerita, pelajar boleh meluahkan perasaan dan pendapat sendiri

terhadap cerita tersebut. Jika boleh, murid memberikan pendapat sendiri dan

mengubahkan cerita berpandukan idea masing-masing. Pengubahan cerita haruslah

mempunyai sebab yang manasabah dan ekpresi emosi yang positif.

2.4 Kepentingan Kreativiti

Daya kreatif pelajar boleh dilantik melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan

konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta

kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi

lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan

kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga

mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni

melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea,

pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif,

menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan

fleksibel.

5

Page 6: Seni dalam pendidikan

Contoh penerapan dalam kreativiti dalam mata pelajaran lain ialah memlalui

latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan

aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

2.41 Contoh Penerapan Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Cina

6

Page 7: Seni dalam pendidikan

3.0 Perancangan Pengajaran Bahasa Cina

Topik : Cerita Perlumbaan Kura-kura dengan Sang Arnab

Bilangan Pelajar : 20 orang

Tahun : 3

Cara Mengajar : Bercerita

Bahan bantu mengajar : Boneka sarung tangan

Nilai :Kita tidak harus memandang rendah kepada orang

lain.

7

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu

sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk

mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas.

Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira

sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia

memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang

Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan

muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa

yang terjadi.

Page 8: Seni dalam pendidikan

3.1 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar

Saya memilih boneka sarung tangan Sang Arnab sabagai watak utama semasa

mengajar cerita perlumbaan antara kura-kura dengan Sang Arnab. Ini adalah untuk

menarik perhatian murid supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap

pengajaran.

Semasa mengajar, guru boleh sambil bercerita sambil memainkan boneka, ini

dapat memenuhi fitrah naluri kanak-kanak yang suka bermain. Konsep pembelajaran

saya adalah belajar sambil bermain. Kanak-kanak tidak berasa bosan kerana aksi-aksi

boneka tersebut dapat menceriakan suasana semasa pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang sesi bercerita berjalan, saya akan menggunakan boneka tersebut

untuk membuat pergerakan dan reaksi seperti berlari, tidur dan sombong. Dengan

adanya reaksi tersebut, akan menimbulkan rasa seronok dan teruja melihat aksi boneka

yang dipersembahkan. Di sampin itu, selepas bercerita, saya boleh mengarahkan

beberapa orang murid mempersembah semula cerita tersebut dengan menggunakan

boneka tersebut. Murid boleh mencipta dialog masing-masing dan mempersembahkan

dengan cara yang berlainan. Objektif aktiviti ini adalah untuk mengembangkan kreaviti

dan memberikan ruang serta peluang bagi meluahkan idea sendiri.

Dengan adanya bantuan boneka sarung tangan, guru dapat menjalankan

dengan lancar kerana perhatian murid tertumpu pada boneka dan menikmati cerita

tersebut dengan gembira. Oleh itu, penggunaan kreativiti dengan berpandukan Seni

Dalam Pendidikan adalah sangat berkesan.

8

Page 9: Seni dalam pendidikan

3.2 LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA CINA

LANGKAH 1: Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, iaitu kain berwarna kuning dan pink, gunting, benang, jarum dan mata palsu.

LANGKAH 2:Melakar rupa asas arnab di atas sekeping kertas A4 dan menguntingkan dalam bentuk tersebut.

9

Page 10: Seni dalam pendidikan

LANGKAH 3:Seterusnya, lakar rupa asas sepasang telinga arnab di atas “Hard Cardborad” dan menguntingkannya.

LANGKAH 4:Memasukkan carborad tersebut ke dalam telinga yang telah siap dijahit.

10

Page 11: Seni dalam pendidikan

LANGKAH 5:Menjahit telinga yang telah siap dipotong ke badan arnab yang telah siap dijahit.

LANGKAH 6:Rupa boneka sarung tangan arnab telah siap dihasilkan, seterusnya ialah menjahit mata di atas arnab tersebut.

11

Page 12: Seni dalam pendidikan

Langkah 7: Selepas menjahit mata di atas arnab, boneka sarung tangan pun telah siap dihasilkan. Memeriksa boneka tersebut supaya berfungsi dengan baik.

12

Page 13: Seni dalam pendidikan

4.0 Rumusan

Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. murid -murid akan belajar

menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau

“sequential”. Aktiviti seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan

imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan

mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses

mengimaginasi.

Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid

menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang

hendak mereka lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari

segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya

pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di

sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang

sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

13