49
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN MATRICULATION NO : 770218015450002 IDENTITY CARD NO. : 770218-01-5450 NAMA : ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN TELEPHONE NO. : 013-7018071 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ASSIGM SEMESTER AKHIR - GRED A

Citation preview

Page 1: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

MATRICULATION NO : 770218015450002

IDENTITY CARD NO. : 770218-01-5450

NAMA : ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN

TELEPHONE NO. : 013-7018071

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU

Page 2: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

Sejarah Sekolah

Pada tahun 1899, sebuah sekolah telah dibina di sebuah kampong yang bernama

Kampung Makam. Ianya terletak kira – kira 1.5 km dari Bandar Kota Tinggi. Pengasasnya

ialah Encik Awang Perancis. Memandangkan perkembangan dan pertambahan penduduk yang

begitu pesat, maka ia telah dipindahkan ke Jalan Idris pada tahun 1900. Kemudian, sekolah

tersebut telah dinamakan Sekolah Melayu Kota Tinggi. Dari sinilah bermulanya perkembangan

sekolah ini.

Pada tahun 1926, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah di Jalan Omar bagi

menampung murid – murid lelaki dan perempuan. Kemudian, pada tahun 1939, sebuah sekolah

telah dibina khas untuk murid perempuan. Namun, pada tahun kedua, sekolah tersebut telah

dicantumkan di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mohd Zain bin Hamzah dan sekolah ini

telah dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi.

Kini, pada tahun 2012, ia baru ditabdir dalam masa tiga bulan oleh Puan Nurlia binti

Mohamad setelah Tuan Haji S. Othman bin S. Nong bersara pada 13 November 2011 yang

lalu. Beliau dibantu oleh Puan Hajah Sa’uma binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan 1,

Puan Hajah Noraarshidah binti Sarpan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan

Puan Aazizah binti Hassan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah Kebangsaan Bandar dengan Bandar Kota tinggi hanya 1.5 km. Sekolah

ini terletak di pesisiran Sungai Johor berhampiran Balai Polis Trafik Kota Tinggi yang telah

terbiar dan berada di sebelah kanan sebelum melalui jambatan ke Bandar Kota Tinggi.

Page 3: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Logo Sekolah

Makna Disebalik Logo Sekolah

Obor – Penyuluh hidup

Pen – Melakarkan pelajar berinisiatif, kreatif dan inovatif

Keris – Sedia menghadapi cabaran

Bunga Padi – Bermuafakat dan kerjasama

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Objentif Kualiti Sekolah

1. Pelaksanaan 100% Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Rancangan Pelajaran

Tahunan kecuali berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah.

2. Memastikan Pencapaian Murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Mencapai 65%

Lulus Keseluruhan atau Peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan

pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR.

Page 4: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

3. Memastikan 1005 murid Sekolah Kebangsaan Bandar mendapat perkhidmatan

Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya

melainkan berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah.

4. 100% Aduan dan Maklumbalas Pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan

dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan.

5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit.

Kemudahan Sekolah

Antara kemudahan – kemudahan yang dapat disediakan oleh pihak Sekolah

Kebangsaan Bandar, ialah:

a) Kantin

b) Padang Serbaguna

c) Pusat Sumber

d) Makmal Komputer

e) Bilik Sains

f) Dataran Perhimpunan

g) Bengkel Kemahiran Hidup

h) Bilik Pendidikan Seni Visual

i) Bilik Akses Kendiri

j) Bilik Tayang

k) Bilik Gerakan

l) Bilik Kaunseling

m) Bilik Linus

n) Surau

o) Bilik Pemulihan Khas

p) Bilik PJK

q) Tandas

r) Taman Permainan

s) Bilik JQAF

t) Bilik Kokurikulum

u) Pejabat Guru

Page 5: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

PELAN BANGUNAN SEKOLAH DAN LOKASI BILIK SENI VISUAL

Stor Am

B. Pengawas

6 Terbilang

6 Gemilang

B. Servis

Tandas Tandas Bilik JQAFStor AmStor Am

Tandas Tandas Bilik SeniSPBTBilik Sukan

DewanDewanDewan B. Servis

Tangga

Tandas Tandas Bilik SeniSPBTBilik Sukan

Tangga

DewanDewan DewanDewanB. Servis

Persalinan

B. Kesihatan

Kedai Buku

B. Keselamata

n

B. Servis

Tandas Tandas Pejabat Guru

Pejabat Guru

B. Akses Kendiri

P. AksesP. Akses Kelas Pemulihan

6 Cemerlang

B. Servis

Kantin Guru

Kelas Pemulihan

2 Bijak1 Cerdik1 BijakStorTandas

Bilik Jamuan

Bilik Jamuan

Dewan Makan

Dewan Makan

KantinKedai Buku

Tangga Tangga

Pra Sek 1B. PPSMIMakmal Komputer

Bilik LINUS

Tangga5 Gemilang

TandasStorB. SukanPra Sek 2Tangga5 Terbilang

Tangga

TandasB. Pekerja5 Cemerlang

Bengkel KH

Makmal Sains

Tangga

Surau

Tangga

TandasB. MuzikMakmal Komputer

B. Gerakan

Bilik Cetak

Tangga

TandasPejabat SK BandarPerpustakaan

B. TayangTangga

4 Terbilang

4 Gemilang

4 Cemerlang

Tangga

Taman Orkid

Sekolah

GELANGGANG PERMAINAN SERBAGUNA

SUSUR GAJAH

Pos Pengaw

al

PINTU MASU

Pondok Wakaf

Garaj

Basikal

Rumah Pam

Pondok Wakaf

Garaj

Kereta

DATARAN ILMIAH / TAPAK PERHIMPUNAN

SUSUR GAJAH

Page 6: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

PELAN LOKASI SEKOLAH

JLN

KG

TE

MB

IOH

JLN

KG

TE

MB

IOH

S U N G A I J O H O R

Pondok Wakaf

DARI JALAN KOTA TINGGI DARI JOHOR BAHRU

JALAN TAJUL

JALAN TAJUL

JALAN OMAR

JALAN IDRIS

SJK (T) JALAN TAJUL

PADANG JALAN JOHOR

JLN KG TEMBIOH

RU

MA

H K

AK

ITA

NG

AN

SJK (T) JALAN TAJUL

BALAI POLIS TRAFIK

BANGUNAN TERBIAR

KEDAI BASUH KERETA

JALAN TAY KIA HENG

DEWAN WARISAN

KEDAI MAKAN

KEDAI MAKAN

Page 7: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

PELAN BILIK SENI VISUAL

A

B

C

D

E

Page 8: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

PETUNJUK:

MEJA DAN KERUSI SUDUT PAMERAN

KABINET RODA PEMUTAR TEMBIKAR

PARA GANTUNG TEKSTIL MEJA GURU

PINTU MASUK TANUR ELEKTRIK

SINGKIPAPAN PAMERAN GANTUNG

A PEJABAT GURU SENI B STOR

C BILIK CETAKAN D BILIK TEMBIKAR

E BILIK TEKSTIL PAPAN TULIS

KOMPUTER MESIN PENCETAK

Page 9: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

PENGURUSAN BILIK SENI

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan

penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama

guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana

dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja

kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.

Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang

sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah

disusun mengikut jenisnya seperti:

• unsur seni

• menggambar / melukis

• warna

• lukisan alam semulajadi

• seni huruf dan sebagainya.

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia atau guru kanan juga perlu

mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai

kemudahan yang lengkap, menarik dan menekankan aspek – aspek keselamatan. Di dalam

pengurusan bilik seni, aspek – aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah

seperti berikut:

1. Aspek Fizikal

Aspek fizikal adalah merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang

disediakan di sekolah:

a) Trapuitik

Bilik seni hendaklah menarik apabila masuk, mempunyai ciri – ciri keindahan ,

mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik seni perlulah menampilkan suasana yang

menyeronokkan apabila kita masuk. Ia akan terjelma suasana yang harmonis, ceria

dan semangat kepada murid – murid dan guru untuk berada lebih lama kerana

terasa seolah – olah berada dalam sebuah rumah sendiri, serta wujudnya perasaan

saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu berusaha bersama

dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Page 10: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

Suasana Dalam Bilik Yang Trapuitik

b) Perabot dan Papan Maklumat

Bilik seni yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam

atau papan putih, papan kenyataan untuk memaparkan notis semasa, jadual waktu,

jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan , sudut mata pelajaran, sudut

bacaan atau rujukan, kata – kata motivasi termasuklah cara – cara penggunaan

laman web, komputer, CD dan LCD. Selain itu, ruang yang selesa, perabot yang

sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual seperti

meja dan kerusi kerja untuk guru dan murid – murid serta ianya sesuai untuk

semua aktiviti pendidikan seni visual yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah

murid. Ia juga hendaklah mempunyai ciri – ciri yang ada bahagian pengajaran dan

pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Jika boleh, jangan guna

kerusi plastik tetapi lebih baik guna bangku yang tidak bersandar. Susunan meja

dan kerusi dalam bilik seni hendaklah memberi kemudahan kepada murid – murid

untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti

berkumpulan. Murid akan mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah

berinteraksi dengan guru.

Page 11: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

Pintu Masuk Bilik Seni Yang Terdapat Papan Maklumat dan Hiasan.

c) Cahaya

Cahaya yang mencukupi sama ada cahaya semula jadi atau cahaya sumber

daripada lampu yang dipasang. Cahaya juga hendaklah dapat menerangi ruang

bilik seni. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan

pencahayaan dalam bilik.

Contoh:

Pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang.

d) Peredaran Udara

Bilik seni juga perlu mempunyai peredaran udara yang baik dan secukupnya

supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid. Pintu dan

tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang secukupnya. Arah

pergerakan angin dan udara juga harus diketahui.

Page 12: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

Tingkap dapat memberi peredaran angin dan udara ke dalam dan luar sesebuah

bilik.

Tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang.

e) Stor

Stor adalah tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan

pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh dijadikan tempat menyimpan hasil

kerja murid sama ada di dalam bilik stor atau di dalam almari.

f) Panel dan Rak Pameran

Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi

semasa hasil dari kerja – kerja murid. Sebaiknya semua bidang perlu ada

dipamerkan iaitu Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.

Page 13: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

Bahan Pameran Hasil Kerja Murid

Bahan Pameran Kraf

Panel pameran murid.

Panel dan rak pameran hasil kerja murid

Page 14: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

g) Kemudahan Asas

Beberapa sinki air dan punca elektrik hendaklah diubahsuai agar dipasangkan di

tempat yang sesuai dengan aktiviti pendidikan seni visual.

h) Poster Keselamatan

Poster keselamatan perlulah ada agar guru dan murid sentiasa berhati – hati

semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

i) Warna

Warna dinding dan lantai haruslah harmoni. Untuk menonjolkan bahagian –

bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau

lantai digunakan. Warna yang cerah akan menyebabkan bilik kelihatan terang.

Warna yang terang juga menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya.

j) Bahan dan Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Di dalam bilik seni juga hendaklah disediakan bahan pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai seperti carta, buku – buku dan lain – lain. Alat pengajaran dan

pembelajaran seperti LCD projektor, komputer, pencetak dan lain – lain juga perlu

ada.

Contoh:

Page 15: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan.

k) Pejabat Guru PSV

Sebaik – baiknya, di bilik seni juga terletaknya pejabat guru PSV. Ini adalah

supaya ia dapat memudahkan segala pengurusan PSV sama ada dari segi

Pengurusan Fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Page 16: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

2. Aspek Sosial

Aspek sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid

dengan murid, terutamanya di dalam bilik darjah.

a) Interaksi Murid

Pada kebiasaannya, murid – murid di dalam sebuah bilik darjah mempunyai latar

belakang dan sifat yang berbeza – beza. Ada murid yang pendiam atau pemalu

serta tidak suka untuk bergaul dengan murid yang lain. Guru hendaklah bijak

dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid – murid

dengan menunjukkan sikap yang baik dan adil semasa melaksanakan peraturan

bilik darjah. Bilik seni ini pula hendaklah dapat memudahkan murid dapat

bergerak dengan bebas serta menggalakkan interksi murid dengan murid dan

murid dengan guru.

Dalam pendekatan pemusatan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru

kepada murid yang lebih dikenali sebagai komunikasi sehala dan interaksi guru

dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala. Selain itu, interaksi

interaksi guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid dikenali

sebagai komunikasi pelbagai hala.

b) Kemudahan Aktiviti Kumpulan

Ruang di dalam bilik seni perlulah selesa supaya aktiviti dalam kumpulan dapat

dijalankan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu, aspek sosial ini juga

dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik seni di

mana guru menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak

boleh lakukan dengan sistematik seperti, cara murid masuk atau keluar bilik seni.

Contohnya, keluar ke tandas. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan

dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya, murid mestilah berada di dalam

kumpulan masing – masing dan tidak merayau – rayau di dalam bilik seni serta

cara murid untuk mendapatkan bahan – bahan pembelajaran. Contohnya,

mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas dari guru.

Page 17: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

3. Aspek Emosi

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid – murid terhadap guru mereka.

Suasana ini akan menimbulkan jenis – jenis tingkah laku murid yang ditentukan

oleh gaya guru mengajar dan sifat guru itu sendiri. Mengikut kajian, suasana

emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang

mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta

menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, mengamalkan sikap

demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana emosi ini boleh diwujudkan dan

disenangi oleh murid dengan:

I) memenuhi kehendak mental untuk keperluan berfikir.

II) memenuhi kehendak fisiiologi iaitu memuaskan deria.

III) membentuk suasana yang meransang kreativiti.

a) Hiasan Dalaman

Seni hiasan dalaman ialah seni menyusun atur perabot dan mereka hiasan

dalaman supaya ia lebih selesa, harmoni dan sesuai dalam bilik darjah serta

membantu suasana pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat

menggalakkan lagi interaksi antara murid.

b) Ruang

Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan serta

jenis dan jumlah perabot yang akan digunakan. Saiz perabot juga perlu

diambil kira kerana perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik seni

yang kecil. Susunan dan pemilihan perabot akan menentukan ruang dalam

bilik. Bentuk bilik juga perlu sama ada bentuk segi empat sama atau segi

empat tepat dan sebagainya. Ini adalah supaya susunan yang di hasilkan dapat

menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif

supaya dapat merangsang pembelajaran murid.

Page 18: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

c) Peragaan Hasil Kerja

Guru hendaklah menyediakan ruang dan kelengkapan yang bersesuaian untuk

memperagakan dan mempamerkan hasil kerja murid. Cara ini akan dapat

membina kepuasan dan keyakinan dalam diri murid dalam menghasilkan kerja

seni.

Page 19: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Empat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual

1. Menggambar

Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan

kemahiran murid. Ia dapat membina pengetahuan dan kemahiran menggambar

melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar.

Melalui asas – asas menggambar, guru seharusnya dapat menghasilkan pelbagai

jenis aktiviti menggambar.

a) Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang

dihasilkan di atas permukaan rata.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi

warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan

pemberitahuan imej mental seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk

menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu

artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau

objek.

b) Teknik – Teknik Menggambar

Page 20: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Teknik Kolaj

Teknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan

dari gubahan bahan – bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan

manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaaan seperti kertas

atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan

yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada

kandungan dan penyampaian gambar.

Contoh:

Teknik Catan

Apabila kita mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara untuk

menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat

poster, cat emulsi, cat gloss dan lain – lain. Berbagai jenis berus atau alat

improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu

permukaan.

Contoh :

Teknik Stensilan

Dalam teknik stensilan, rupa bentuk

gambar dikeluarkan dari alat stensil

dengan sesuatu cara supaya

meninggalkan ruang kosong di atas alat

stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atau stensil yang diletakkan atas

kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan

Page 21: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat

garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Contoh:

Teknik Cetakan

Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya

cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau

skrin. Ada pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan

boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan

dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh

bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, “strawboard” dan “polyfoam”.

“Polyfoam” adalah bahan yang mudah untuk diukir. Cara gambar diukir dan

sifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan.

Contoh:

Page 22: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Teknik Gosokan

Krayon boleh digunakan untuk digosok di atas kertas yang diletakkan di atas

sesuatu permukaan yang kasar. Contohnya diatas objek dengan jalinan yang

berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

Kita boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk

mendapat gambar yang menarik. Lubang itu memberi kesan kepada sifat garis

luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Contoh:

Teknik Resis

Teknik resis ini menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama

lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin atau pun “cow gum”.

Teknik ini boleh menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan

untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti

kertas. Warna air boleh disapukan diatasnya.

Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Proses membuat

batik adalah satu contoh teknik resis.

Page 23: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

Teknik Gurisan

Teknik gurisan dihasilkan dengan menggunakan satu alat yang tajam untuk

mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.

Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis – lapis

supaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras atau

tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada

krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras

dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang

dihasilkan.

Contoh:

Teknik Mozek

Page 24: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun dan menambah bahan – bahan

seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain – lain ke atas sesuatu

permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan

tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih akan

memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan

yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang

dihasilkan.

Contoh:

Teknik Percikan

Teknik percikan ini adalah dengan memercikkan bahan warna dari sesuatu

alat. Contohnya, warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan

bertitik – titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh

digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau

kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan

berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

Page 25: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

2. Membuat Rekaan dan Corak

Corak bermaksud struktur susunan ulangan pada cetakan atau pada jalinan kain .

Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan serta

dibuat secara terkawal atau bebas. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak boleh didapati daripada:

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting.

Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.

Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.

a) Jenis Susunan Corak

Penuh

Turun satu suku

Turun tiga suku

Turun separa

Sisik ikan

Page 26: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Selang seli

Tapak dam dan tapak catur

Siku keluang

Pucuk rebung

Orgee

Page 27: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Batu bata

Tunggal

Berpusat

Sendeng

Berombak

Jidar

Berjalur

Cerminan

Page 28: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

b) Teknik Corak

a. Corak Terancang

b. Corak Tidak Terancang

3. Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini menjelaskan tentang aktiviti - aktiviti membentuk yang ditujukan

kepada murid sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail,

stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Ia akan dapat dilihat

bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan persembahan hasil kerja.

Bidang ini juga menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek

seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan

CORAK TERANCANG

LUKISAN

KALIGRAFI

CATAN

CETAKAN

KOLAJ

RESIS

CAPAN

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Page 29: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

aspek – aspek ini, murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka

bentuk dan membina sesuatu model.

Bidang ini juga mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai bahan, alat

dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara

kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan. Bidang

kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti

seperti:

a. Arca timbul

b. Arca asemblaj

c. Arca mobail

Page 30: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

d. Arca stabail

e. Origami

f. Model

Page 31: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

g. Diorama

h. Boneka

i. Topeng

Tema dan Subjek

a. Alam semulajadi

Page 32: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

c. Aliran dan tema sejagat

d. Keperluan dan pengalaman harian

4. Kraf Tradisional

a) Definisi

Perusahaan atau kerja – kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran

kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang

diwarisi turun temurun mengikut kaum masing – masing.

b) Jenis Kraf Tradisional

Alat domestik

Merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi

kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat

tradisional pada ketika itu.

Contoh:

Alat permainan

Wau adalah salah satu contoh permainan tradisi yang dimainkan untuk

mengisi masa lapang. Pada kebiasaannya, wau dimainkan selepas

menuai padi. Sehingga kini, wau masih dimainkan di Kelantan,

Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Pahang dan Johor. Terdapat

pelbagai nama wau di Malaysia termasuklah Wau Barat dan Wau

Bayan.

Page 33: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

Alat mempertahankan diri

Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut

keperluan masyarakat Melayu tradisional terutama di Zaman Kerajaan

Melayu Melaka dan hingga kini masih menggunakan senjata seperti

keris, pedang, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, rencong Aceh, Sewar,

Badik, Beladau, Jembiah Lading, lembing dan sumpit.

Contoh:

Batik

Page 34: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Batik sudah terkenal di seluruh gugusan Melayu dan dianggap sebagai

bidang kraf tangan tradisional terunggul. Batik tradisi dan moden

mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan

kesenian Malaysia. Batik tulis, batik canting dan batik lukis merupakan

kaedah membuat batik dan diminati ramai.

Contoh:

Seni tekat

Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau

tekat bersuji dan sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama

ada ditekat, disulam atau disuji, hiasannya dibentuk dalam keadaan

timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi

dengan mempulur.

Contoh:

Tembikar

Seni ini telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan

penemuan tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai

Perak. Ia dihasilkan dengan berbeza dari segi bentuk, corak dan teknik

pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si

pembuat. Bentuk persamaannya hanyalah dari segi susunan motif,

ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah dengan permukaan

berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.

Page 35: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh:

Anyaman

Ia merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuan,

bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku – pakis ribu – ribu atau bahan –

bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu

menggunakan teknik selang – seli helaian antara satu sama lain.

Contoh:

Kelarai

Ia adalah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui

proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang

tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang

lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra

digunakan untuk menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah

Page 36: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan

tepat.

Kelarai ini diantaranya ialah:

i. Kelarai berakar

ii. Kelarai beras patah

iii. Kelarai bunga cengkih

iv. Kelarai tampuk manggis

v. Kelarai bunga mempelas

vi. Kelarai anak ikan

vii. Kelarai kepala lalat

viii. Kelarai mata punai

ix. Kelarai sisik kelah

x. Kelarai tapak harimau

Contoh:

Ukiran

Seni ukiran kayu adalah sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang

digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi

kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran ini adalah hasil

kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat

yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Ia diperlihatkan

melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, sampan, perabot,

senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.

Contoh:

Page 37: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

5. Kesimpulan

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah

untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi

pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan

alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4 bidang dalam seni visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan,

membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional adalah bertujuan

untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi dan konsep visual murid

untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga selaras dengan

perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,

psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan

persepsi visual.

Murid akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik.

Mereka juga mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,

kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah

dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer. Apa yang guru

perlu pentingkan dan ambil berat ialah pemerhatian secara aktif, interaksi yang

kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan

menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Page 38: HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

RUJUKAN