8
DIMENSIKOOP 29 BIL. 46 JULAI 2015 Farahaini Mohd Hanif Pusat Konsultasi dan Penyelidikan Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi Faktor-faktor Kenaikan Harga Barangan Harga adalah satu nilai tukar sesuatu barangan mahupun perkhidmatan dalam nilai ringgit dan sen. Harga merupakan salah satu elemen penting dalam pemasaran sesuatu produk kerana harga yang ditetapkan akan menentukan nilai jualan dan keuntungan yang diperoleh oleh sesuatu organisasi, hasil daripada jualan produk atau perkhidmatan tersebut. Penetapan harga yang terlalu tinggi akan mengurangkan jualan, namun jika harga diletakkan terlalu rendah ia akan mengurangkan keuntungan yang diperoleh. Harga yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak disebut harga pasaran. Pada harga tersebut jumlah barang yang ditawarkan sama dengan jumlah barang yang diminta. Dengan demikian harga Kenaikan harga barangan keperluan sejak akhir-akhir ini memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Isu kenaikan harga barang ini secara langsung menyumbang kepada kos sara hidup yang lebih tinggi. Secara teorinya semakin tinggi kos sara hidup, semakin kurang kuasa beli pengguna tersebut. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar dan keadaan ini akan menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli dan juga kualiti hidup mereka. Kesan dan kadar inflasi yang tinggi akan memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak dan tepung. Inflasi juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian dalam pasaran. Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Feb 2014 sehingga Januari 2015 menunjukkan kenaikan keseluruhan sebanyak 0.5 peratus. Kenaikan ini adalah lebih ketara apabila dilihat pada barangan makanan dan minuman bukan alkohol serta minuman alkohol dan tembakau iaitu masing-masing pada kadar 2.7 peratus dan 10.6 peratus pada tempoh yang sama. Bagi warga kota yang berhadapan dengan kos sara hidup yang sememangnya tinggi, kenaikan ini turut memberi kesan yang lebih mendalam terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila peningkatan pendapatan tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup. pasaran disebut juga sebagai harga keseimbangan (equilibrium). Faktor terpenting dalam pembentukan harga adalah kekuatan permintaan dan penawaran. Permintaan dan penawaran akan berada dalam keseimbangan pada harga pasaran jika jumlah yang diminta sama dengan jumlah yang ditawarkan. Harga yang terbentuk untuk suatu barang dan perkhidmatan merupakan hasil interaksi antara penjual dan pembeli. Harga yang terjadi sangat dipengaruhi oleh kuantiti barang yang ditransaksikan. Dari aspek pembeli (permintaan) semakin banyak barang yang ingin dibeli akan meningkatkan harga, sementara dari aspek penjual (penawaran) semakin banyak barang yang akan dijual akan menyebabkan turunnya harga.

Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

  • Upload
    others

  • View
    68

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

29

DIMENSIKOOP

29BIL. 46 JULAI 2015

Farahaini Mohd HanifPusat Konsultasi dan Penyelidikan

Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

Faktor-faktor Kenaikan Harga Barangan

Harga adalah satu nilai tukar sesuatu barangan mahupun perkhidmatan dalam nilai ringgit dan sen. Harga merupakan salah satu elemen penting dalam pemasaran sesuatu produk kerana harga yang ditetapkan akan menentukan nilai jualan dan keuntungan yang diperoleh oleh sesuatu organisasi, hasil daripada jualan produk atau perkhidmatan tersebut. Penetapan harga yang terlalu tinggi akan mengurangkan jualan, namun jika harga diletakkan terlalu rendah ia akan mengurangkan keuntungan yang diperoleh.

Harga yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak disebut harga pasaran. Pada harga tersebut jumlah barang yang ditawarkan sama dengan jumlah barang yang diminta. Dengan demikian harga

Kenaikan harga barangan keperluan sejak akhir-akhir ini memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Isu kenaikan harga barang ini secara langsung menyumbang kepada kos sara hidup yang lebih tinggi. Secara teorinya semakin tinggi kos sara hidup, semakin kurang kuasa beli pengguna tersebut. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar dan keadaan ini akan menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli dan juga kualiti hidup mereka.

Kesan dan kadar inflasi yang tinggi akan memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak dan tepung. Inflasi juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian dalam pasaran.

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Feb 2014 sehingga Januari 2015 menunjukkan kenaikan keseluruhan sebanyak 0.5 peratus. Kenaikan ini adalah lebih ketara apabila dilihat pada barangan makanan dan minuman bukan alkohol serta minuman alkohol dan tembakau iaitu masing-masing pada kadar 2.7 peratus dan 10.6 peratus pada tempoh yang sama. Bagi warga kota yang berhadapan dengan kos sara hidup yang sememangnya tinggi, kenaikan ini turut memberi kesan yang lebih mendalam terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila peningkatan pendapatan tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.

pasaran disebut juga sebagai harga keseimbangan (equilibrium).

Faktor terpenting dalam pembentukan harga adalah kekuatan permintaan dan penawaran. Permintaan dan penawaran akan berada dalam keseimbangan pada harga pasaran jika jumlah yang diminta sama dengan jumlah yang ditawarkan. Harga yang terbentuk untuk suatu barang dan perkhidmatan merupakan hasil interaksi antara penjual dan pembeli. Harga yang terjadi sangat dipengaruhi oleh kuantiti barang yang ditransaksikan. Dari aspek pembeli (permintaan) semakin banyak barang yang ingin dibeli akan meningkatkan harga, sementara dari aspek penjual (penawaran) semakin banyak barang yang akan dijual akan menyebabkan turunnya harga.

Page 2: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

DIMENSIKOOP

3030 BIL. 46 JULAI 2015

Rajah 1, menunjukkan model permintaan dan penawaran. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan harga di Malaysia, antaranya:

1. Permintaan Tinggi terhadap Barangan Makanan Import

Kebanyakan makanan import mempunyai permintaan yang tinggi disebabkan oleh kedudukan negara Malaysia yang bukan merupakan sebuah negara pengeluar makanan. Oleh itu, negara terpaksa mengimport makanan dari luar negara yang mengawal sepenuhnya harga berdasarkan pelbagai faktor termasuk cuaca. Menurut statistik dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pada 2014 sahaja, negara terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion hanya semata-mata untuk tujuan mengimport makanan. Kebergantungan Malaysia terhadap negara lain untuk bekalan makanan meletakkan negara dalam pergolakan harga pasaran dunia.

Perubahan iklim dunia yang mengancam pengeluaran hasil tani, telah memberi kesan kepada negara yang sedang mengurangkan eksport bahan makanan untuk memenuhi permintaan tempatan. Sebagai contoh, apabila negara Vietnam dilanda bencana banjir beberapa tahun yang lepas, negara itu telah mengurangkan eksport beras, akibatnya membawa kepada pengurangan jumlah beras yang dihasilkan. Bagi negara pengeluar gandum pula, musim kemarau yang berlarutan membawa kepada pengurangan pengeluaran gandum. Oleh itu, bagi mencapai keseimbangan dalam import dan

Rajah 1: Model Permintaan dan Penawaran

Model permintaan dan penawaran menujukkan bagaimana harga dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran sesuatu barangan. Apabila keluk penawaran meningkat dari D1 ke D2, tetapi penawaran kekal, harga juga akan meningkat dari P1 ke P2

eksport makanan adalah satu perkara yang amat kritikal untuk memastikan pengguna mendapat barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

2. Harga Ditentukan oleh Struktur Pasaran

Kerajaan tidak melaksanakan kawalan harga ke atas semua barangan kerana Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Terbuka iaitu harga pasaran akan dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Persaingan yang sengit dalam kalangan peniaga akan menyebabkan penurunan harga barangan kerana pengguna mampu untuk memilih peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah. Namun jika terdapat monopoli dalam kalangan peniaga, harga barangan akan dimanipulasikan kerana kurangnya pesaing.

Di Malaysia, melalui Akta Kawalan Harga 1946, terdapat mekanisme penetapan harga secara campur tangan langsung oleh pihak kerajaan yang dipanggil mekanisme harga ditadbir. Mekanisme ini dilaksanakan kepada dua kumpulan barangan iaitu kumpulan barangan pertama dan kumpulan barangan kedua. Kumpulan barangan pertama ialah barangan yang tersenarai di bawah akta itu sendiri seperti beras, tepung, daging, gula, gas dan bahan api iaitu harga runcit barangan berkenaan akan ditentukan oleh pihak kerajaan. Manakala kumpulan barangan kedua pula ialah barangan yang memerlukan kelulusan kerajaan sebelum harga barangan tersebut diubah. Sebagai contoh, barangan dalam kategori bekalan air, elektrik, tembakau, dan perkhidmatan pengangkutan.

Namun, penetapan harga melalui kuasa pasaran dilihat sebagai alternatif yang lebih berdaya saing. Ini adalah kerana, pengguna akan menjadi lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka berikutan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu akan sentiasa berubah. Situasi ini akan menuntut sikap pengguna supaya lebih berjimat cermat dan menghargai sumber yang terhad serta dengan sendirinya dapat memupuk sikap tidak membazir.

Kebimbangan pengguna dalam penetapan harga melalui kuasa pasaran ialah apabila berlaku kenaikan harga yang melampau atau tidak rasional. Kenaikan harga jualan akibat daripada peningkatan kos pengeluaran bukanlah sesuatu perbuatan yang salah. Namun, kenaikan harga tersebut perlulah setara dengan struktur kos sesuatu barangan berkenaan.

Page 3: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

31

DIMENSIKOOP

31BIL. 46 JULAI 2015

Oleh itu, penguatkuasaan perlu memainkan peranan dalam memastikan peniaga tidak menindas pengguna. Ini kerana, sering berlaku peniaga cenderung mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang apabila kerajaan mengumumkan penyelarasan subsidi. Sebagai contoh, apabila kerajaan membuat penyelarasan kepada harga gula dengan kenaikan harga sebanyak 30 peratus, segelas teh tarik tidak sepatutnya dinaikkan harga dengan kadar yang sama. Ini kerana sebahagian kecil sahaja penggunaan gula dalam penyediaan minuman tersebut.

3. Kejatuhan Nilai Mata Wang Ringgit

Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah jatuh menjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai pengguna, kita perlu membeli pelbagai keperluan dari luar negara kerana barang tersebut tidak dapat dihasilkan di dalam negara.

4. Bencana Alam

Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah RM8 sekilo manakala cili merah juga mencecah harga sehingga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak kebelakangan ini, negara pengeluar makanan terutama negara seperti Thailand, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Ini menyebabkan hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan terpaksa mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut meningkat. Sehubungan itu, rakyat Malaysia terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal harganya. Malaysia juga turut mengalami masalah bencana alam apabila berlakunya tanah runtuh di Cameron Highland dan banjir besar di Kelantan dan beberapa negeri pantai timur yang lain

pada penghujung tahun 2014 yang melihatkan kenaikan harga makanan seperti sayuran dan hasil perikanan yang naik secara mendadak di negeri-negeri tersebut.

5. Sikap Peniaga

Terdapat peniaga yang bersikap tamak serta sering mencari alasan untuk menaikkan harga barang. Demi mengaut keuntungan yang lumayan, terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan menyorokkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung. Mereka enggan menjual barangan keperluan tersebut lalu menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna yang beranggapan stok barangan tersebut telah habis di pasaran. Apabila ini berlaku peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut untuk mengambil untung secara berlebihan.

Kegiatan mengambil untung yang berlebihan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila peniaga amat pantas untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan apabila berlakunya kenaikan harga minyak, tol , tarif elektrik dan air. Walaupun sesetengah kenaikan mempunyai justifikasi seperti kenaikan tambang pengangkutan akibat kenaikan harga minyak, namun kadar yang dikenakan adalah terlampau tinggi dan tidak berkadaran dengan nilai kenaikan harga minyak, tol, tarif elektrik dan air. Sikap tidak bertanggungjawab peniaga ini merupakan masalah utama yang memberi kesan negatif kepada kemajuan sosioekonomi masyarakat itu sendiri.

Selain sikap peniaga, peranan orang tengah juga penting dalam rangkaian produk dan perkhidmatan terutamanya barangan makanan. Mereka bertindak dalam menentukan harga dan bekalan barang yang di jual di pasaran. Orang tengah ini biasanya berada dalam kedudukan yang amat selesa kerana mereka menjana keuntungan besar daripada kedua-dua pihak pengeluar dan pengguna. Terdapat orang tengah yang bertindak sebagai kartel dengan membeli barang pada harga yang rendah daripada pengeluar dan menjual semula barangan tersebut pada harga yang tinggi kepada pengguna dengan memberi alasan kos pengendalian dan pemasaran merupakan punca kenaikan besar harga barang tersebut. Operasi kartel ini harus dikaji dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi penghalang kepada kemasukan pasaran tempatan dan mengurangkan persaingan.

Page 4: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

DIMENSIKOOP

3232 BIL. 46 JULAI 2015

6. Perkembangan Populasi Dunia

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa penduduk di Malaysia mencatatkan populasi sebanyak 30.4 juta sehingga Disember 2014. Manakala jumlah populasi dunia pada tahun 2015 adalah dijangka seramai 7.2 bilion dan diramalkan terus meningkat sehingga 20 peratus dengan menjadikan jumlahnya 8.4 bilion menjelang 2050 seperti yang dilaporkan dalam Laporan United Nation Population Division.

Peningkatan populasi penduduk ini sudah pasti diiringi dengan peningkatan keperluan makanan. Ini menimbulkan masalah kerana kesan pencemaran alam dan pemanasan bumi akan mengurangkan bekalan makanan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jika ini terus berlaku, maka generasi akan datang akan berhadapan dengan krisis bekalan makanan. Implikasi daripada penawaran bekalan makanan dunia yang terganggu telah menyebabkan harga makanan global meningkat secara mendadak. Akibat daripada krisis makanan dunia yang berlaku pada tahun 2009 telah menyaksikan lebih sejuta manusia pernah berada dalam keadaan kelaparan di seluruh dunia.

di bawah perjanjian General Agreement on Trade in Services (GATS). Malaysia turut terikat secara undang-undang untuk mengurangkan perlindungannya ke atas pasaran domestik.

GATS bertujuan untuk mempromosikan perdagangan global dan mengalihkan halangan perdagangan dengan menggalakkan penswastaan. Daripada pengalaman yang lepas kita dapat melihat bahawa penswastaan berkait langsung dengan peningkatan harga barangan. Implikasi dari GATS juga telah menyebabkan pasaran menjadi lebih agresif dan berdaya saing tinggi. Pada masa yang sama, barangan luar negara telah memasuki pasaran tempatan dengan harga yang cukup kompetitif yang menyebabkan pengguna pada ketika ini lebih cenderung untuk boros dalam perbelanjaaan. Kemudahan kredit seperti kad kredit dan skim bayaran mudah mengakibatkan pengguna kadang kala berbelanja secara berlebihan atas jenama dan teknologi. Dalam jangka masa yang panjang, situasi ini akan menggalakkan pengguna untuk berbelanja secara hutang. Kesan langsung daripada pasaran pengguna yang terlalu aktif ini akan mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan kerana wujudnya permintaan yang tinggi.

Langkah Mengatasi Isu Kenaikan Harga Barang

Isu kenaikan harga barang boleh diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membendung masalah ini daripada terus berleluasa. Ini adalah kerana kenaikan harga barang yang tidak terkawal akan menyebabkan ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik yang boleh mengancam keharmonian negara.

i) Peranan Kerajaan

Penetapan harga barangan yang dikawal sepanjang masa oleh kerajaan untuk barangan seperti minyak masak, gula, tepung gandum dan gas LPG. Sementara itu, terdapat juga harga barangan yang dikawal pada musim-musim perayaan tertentu seperti Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Krismas, Deepavali dan Hari Gawai.

Rajah 2: Populasi Malaysia sehingga Disember 2014

Kesan Globalisasi

Globalisasi memberi impak terhadap perubahan cara perniagaan yang dijalankan pada masa ini. Jumlah perdagangan global terutamanya bagi barangan makanan adalah sangat besar dan terdapat peningkatan yang signifikan dalam kuantiti makanan dan jenis makanan yang didagangkan. Malaysia merupakan negara yang menganggotai World Trade Organization yang terikat dengan beberapa perjanjian global, dan

Page 5: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

33

DIMENSIKOOP

33BIL. 46 JULAI 2015

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah mengambil pelbagai langkah dan juga menguatkuasakan akta-akta seperti Akta Kawalan Harga dan Pencatutan serta Akta Persaingan, gerakan pematuhan tanda harga, menambah baik jaringan pengedaran serta mempertingkatkan penglibatan hypermarket dan koperasi. Sepanjang tempoh Ops Harga dilaksanakan sehingga 7 Mei 2015, sebanyak 476,756 premis perniagaan telah diperiksa dan mencatatkan 3,007 kes di seluruh negara.

Bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, KPDNKK juga telah melaksanakan:

a) Kempen penurunan harga yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Januari 2014. Kempen ini turut melibatkan lebih 957 buah pasar raya di seluruh negara dan penjimatan yang di tawarkan meliputi lebih 4,000 jenis barang keperluan rumah.

b) Kementerian turut melaksanakan “Anugerah Kedai Harga Patut” (AKHP) bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk memilih kedai yang menawarkan harga barangan yang berpatutan dan perkhidmatan yang baik.

c) Selain itu, kerajaan telah mewujudkan 131 buah “Kedai Rakyat 1 Malaysia” (KR1M) yang menawarkan sebanyak 397 produk berjenama 1 Malaysia pada kadar harga yang lebih rendah sehingga 50 peratus berbanding barangan sama yang berjenama.

d) Terdapat juga program “Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia” (KKR1M) yang menjual sebanyak 219 jenis pakaian dan tekstil pada harga 10 hingga 70 peratus lebih murah daripada barangan yang sama kualiti. Pada masa ini, sebanyak 22 buah KKR1M telah beroperasi di Malaysia.

Selain itu, kerajaan juga perlu menfokuskan semula kepada pelan pembangunan mega untuk pertanian yang tertumpu kepada pengeluaran makanan asas seperti padi, sayuran dan buah-buahan dan bukannya hanya tertumpu untuk membangunkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Kerajaan juga perlu menformulasikan polisi pertanian yang mencerminkan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia dan bukannya secara spesifik kepada keperluan swasta yang lebih mementingkan

keuntungan. Adalah penting untuk kerajaan Malaysia memastikan jaminan sekuriti makanan yang merujuk kepada kewujudan bekalan makanan dan kemampuan untuk merperolehnya adalah antara syarat penting untuk melayakkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

Pihak kerajaan juga perlu meningkatkan kecekapan pasaran produk terutamanya produk makanan dengan mengurangkan penglibatan dan peranan orang tengah dalam pengedaran makanan. Konsep ‘pasar tani’ adalah satu contoh baik dalam menghapuskan penglibatan orang tengah dan perlu diperluaskan di seluruh Malaysia. Ini akan memudahkan pengeluar menjual barangan mereka secara terus kepada pengguna dan mereka akan dapat menikmati produk tani yang bermutu pada harga yang berpatutan.

ii) Peranan Pengeluar/Peniaga dan Organisasi

Selain daripada peranan kerajaan, adalah penting untuk setiap peniaga mahupun organisasi yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan supaya lebih jujur dan amanah dalam menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing. Sikap ingin mengaut keuntungan yang melampau (profiteering) sering ditunjukkan oleh peniaga dan merupakan satu masalah besar dan kompleks pada masa kini. Masalah mengaut keuntungan ini sering dikaitkan dengan peranan orang tengah dan kartel.

Adalah penting untuk pengeluar memilih saluran pemasaran pengguna yang boleh meminimumkan kos dan sekaligus dapat mengekalkan harga yang berpatutan kepada pengguna. Saluran pemasaran membawa maksud pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Secara ringkasnya, wujud saluran pemasaran yang dapat memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, dengan kuantiti yang diharapkan. Rajah 3 menunjukkan empat jenis saluran pemasaran yang sering digunakan oleh pengeluar. Semakin banyak saluran yang perlu dilalui oleh sesuatu produk, maka semakin tinggi kos barangan tersebut dan seterusnya akan mengakibatkan harga barangan akan meningkat. Sekiranya kebanyakan barang atau perkhidmatan boleh dibeli terus daripada pengeluar seperti yang ditunjukkan dalam Saluran 1,

Page 6: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

DIMENSIKOOP

3434 BIL. 46 JULAI 2015

Saluran 1 Pengeluar

Pengeluar

Ejen

Peruncit

Pengguna

Pengguna

Pengguna

Pengguna

Peruncit

PeruncitPemborang

Pengeluar

Pengeluar

Saluran 3

Saluran 2

Saluran 4

Rajah 3: Saluran Pemasaran Pengguna

pengguna akan dapat menikmati harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan barangan yang terpaksa melalui pelbagai peringkat seperti di Saluran 4.

iii) Peranan Rakyat Sebagai Pengguna

Pengguna pada masa kini harus menilai kembali perbelanjaan yang dibuat dan seharusnya menumpukan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sahaja. Aktiviti yang membazir seperti meminum arak, berjudi dan merokok seharusnya dihentikan kerana bukan sahaja mahal tetapi membahayakan kesihatan. Sekiranya seseorang itu membelanjakan RM 30 seminggu untuk membeli rokok, maka dalam setahun beliau telah membelanjakan hampir RM 1,560 yang boleh dijadikan simpanan, pelaburan ataupun untuk membiayai insurans kesihatan. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia dalam setahun akibat daripada aktiviti merokok atau meminum arak dan ramai lagi yang menderita kerana penyakit berkaitan arak seperti kerosakan hati, keganasan domestik mahupun kemalangan yang disebabkan pemandu mabuk. Selain itu, perbelanjaan yang boleh dikurangkan adalah seperti perbelanjaan atas telefon pintar. Berdasarkan statistik suku tahun ke-4 (2014) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM), pengguna di Malaysia menghantar hampir 49.5 juta SMS dalam tempoh sepanjang tahun 2014. Sekiranya setiap SMS dicaj sebanyak 10 sen, ini bermakna rakyat Malaysia membelanjakan RM 49.5 juta hanya untuk perkhidmatan SMS, ini tidak termasuk perbelanjaan panggilan dan pelan data Internet untuk menggunakan kemudahan Whatsapp, Facebook, Instagram dan aplikasi-aplikasi dalam talian lain yang kini hampir

menjadi keperluan kepada setiap pengguna telefon pintar. Pada hujung 2014, terdapat 3.36 juta pelanggan kediaman merangkumi hampir 53 peratus daripada jumlah isi rumah melanggan perkhidmatan ASTRO. Dengan kos bulanan pakej termurah adalah sekitar RM 40, kebanyakan pengguna membayar purata bil sebanyak RM 100 sebulan. Ini merupakan contoh perbelanjaan yang boleh dielakkan atau dikurangkan. Pengurangan dalam perkhidmatan ini membolehkan penjimatan setiap bulan dibuat dan wang tersebut boleh digunakan untuk membiayai keperluan asas harian. Pengguna juga boleh melakukan penjimatan dengan bercucuk tanam sayur-sayuran contohnya untuk menjimatkan perbelanjaan harian. Cadangan ini pernah dipraktikkan pada tahun 1970-an melalui rancangan Buku Hijau. Pengguna juga digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan perbelanjaan minyak petrol.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia dalam setahun akibat daripada aktiviti merokok atau meminum arak dan ramai lagi yang menderita kerana penyakit berkaitan arak seperti kerosakan hati

Page 7: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

35

DIMENSIKOOP

35BIL. 46 JULAI 2015

iv) Peranan Koperasi dalam Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Dalam usaha sama yang lebih menyeluruh, pengguna juga boleh membentuk koperasi pengguna dengan objektif penubuhannya yang lebih menjurus kepada memberi barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada ahli dan bukannya atas dasar keuntungan semata-mata. Koperasi pengguna boleh menyediakan barangan dan perkhidmatan yang setanding dengan apa yang ditawarkan di pasaran tetapi pada harga yang lebih murah dan berpatutan. Di luar negara, terdapat banyak koperasi pengguna yang berjaya seperti Koperasi Mondragon di Sepanyol, JA Zenchu di Jepun dan The UK Cooperative di United Kingdom. Koperasi pengguna boleh membantu sektor pertanian terutamanya dengan membekalkan pengguna terus dengan barangan segar dan keperluan asas dari pembekal tanpa perlu melalui mekanisme pasaran. Jika koperasi boleh berurusan terus dengan pengeluar tanpa menggunakan orang tengah, maka kenaikan harga barang akan dapat dikurangkan. Koperasi juga boleh menjadi agen pemasaran barangan keperluan, ahli-ahli koperasi yang mengeluar atau menghasilkan barangan boleh terus menjual produk mereka kepada koperasi. Pemasaran, pembungkusan dan pengedaran produk akan diuruskan sepenuhnya oleh koperasi. Ini bukan sahaja akan menguntungkan koperasi tetapi juga ahli koperasi secara spesifik dan pengguna secara amnya.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, peningkatan harga barang adalah realiti yang harus diharungi oleh penduduk sesebuah negara terutamanya penduduk yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kebanyakan penduduk di Malaysia hari ini menjalankan kerja sampingan semata-mata untuk menampung kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Peningkatan harga barang adalah tidak sejajar dengan peningkatan dalam kenaikan gaji kerana hampir keseluruhan gaji diperuntukkan untuk membeli keperluan barangan harian, membayar sewa rumah atau pinjaman perumahan dan kenderaan.

Gaji minimum sebanyak RM 900 adalah tidak mencukupi sekiranya hanya seorang daripada ahli keluarga yang bekerja. Kemungkinan implikasi negatif akan terus menjadi barah kepada masyarakat kita pada hari ini kerana ibu bapa sibuk mencari nafkah sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak di rumah. Walau bagaimanapun, pengguna perlu melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan besar kepada gaya hidup mereka mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka dalam berbelanja.

Sehubungan itu, pihak pengeluar/peniaga dan organisasi juga perlu bersama-sama dalam membantu golongan pengguna dan pihak kerajaan untuk mengatasi

Page 8: Peranan Pengguna, Kerajaan Dan Koperasi

DIMENSIKOOP

3636 BIL. 46 JULAI 2015

Rujukan

Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad., & Mohammad Fadzli Hashim. (2011). Kesan kitaran ekonomi terhadap peningkatan kadar indeks jenayah di Malaysia. (Jilid 1). Dicapai daripada http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/ perkemVI/PERKEM2011-1-3B5.pdf.

Hazayani Zakaria. (2014, Disember 13). Harga barang naik masalah kehidupan rakyat-UMcedel. Utusan Online. Dicapai daripada http://www.utusan.com/Berita_Ekonomi/20131213/be_22/Harga-barang-naik-masalah- kehidupan-rakyat-UMcedel/.

Jabatan Perangkaan Malaysia.(2015). Indeks harga pengguna Malaysia. Dicapai daripada https://www.statistics. gov.my/dosm/index.php?r=column/pdfPrev&id=RkF4OXMwM05XNC9Ha3IxcTVCZHJCQT09.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.(2014). Perangkaan agromakanan 2014. Dicapai daripada http://www.moa.gov.my/documents/10157/010b6921-c643-421d-aef1-29ae379f6f85.

Mohammad A.Hamid.(2014, Disember 3). Kenaikan harga barang : di mana kesudahannya?. Utusan Online. Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20131203/dn_15/Kenaikan-harga-barang-dimana- kesudahannya/#ixzzQEWbR.

Muhammad Hisyam Mohamad.(2014). Peranan pengguna dalam menangani masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Berita Harian Online. Dicapai daripada http://www.beritaharian/com.my/ekonomi/peranan- pengguna-dalam-menangani-masalah-kenaikan-harga-barangan-dan-perhidmatan/.

Noor Hartini Saari .(2014). Implikasi kenaikan kos sara hidup gugat kebahagian. Dicapai daripada http://www.ikim. gov.my/index.php/ms/utusan-malaysia/8835-implikasi-kenaikan-kos-sara-hidup-gugat-kebahagiaan.

masalah kenaikan harga barang dan perkidmatan ini. Mereka perlu memastikan bukan hanya mementingkan keuntungan sahaja, tetapi perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara keseluruhannya. Ini boleh dianggap sebagai satu tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama. Pihak pengeluar boleh memilih saluran pemasaran yang menguntungkan mereka dan juga pengguna. Penggunaan ejen atau orang tengah hanya akan meningkatkan kos barangan, oleh itu pihak pengeluar boleh memilih untuk memasarkan terus barangan mereka kepada pengguna. Pengguna juga boleh menubuhkan koperasi sebagai entiti perniagaan yang lebih mementingkan kepentingan anggota di samping mengaut keuntungan yang kemudiannya disalurkan semula kepada anggota dalam bentuk dividen, rebat dan lain-lain. Koperasi

boleh melaksanakan tanggungjawab sosial dengan bertindak sebagai agen pemasaran dan pengedaran terus kepada pengguna untuk mengurangkan kos sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kerajaan semestinya mempunyai tanggungjawab dalam membantu golongan yang berhadapan dengan kesulitan hidup akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara melampau serta berterusan melalui mekanisme pengawalan dan penguatkuasaan garis panduan dan undang-undang yang telah digubal untuk tujuan tersebut. Di samping itu, pemberian subsidi dalam bentuk subsidi harga, Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dan bantuan-bantuan lain diharap akan diteruskan untuk mengurangkan beban rakyat dalam mengharungi kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.