26
COOPERATIVE PHILOSOSOPHY,PRINCIPLES & PRACTICES MCCK 3013 PUAN NAJMAH NAWAWI WAN KAMALRUZAMAN BIN WAN IBRAHIN 217995 CHE WAN RAZIN BIN CHE WAN HAMZAH 217981 MUHAMMAD FAREEZ BIN MOHD SAID 217976

peranan suruhanjaya koperasi malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

COOPERATIVE PHILOSOSOPHY,PRINCIPLES & PRACTICES

MCCK 3013

PUAN NAJMAH NAWAWI

WAN KAMALRUZAMAN BIN WAN IBRAHIN 217995CHE WAN RAZIN BIN CHE WAN HAMZAH 217981MUHAMMAD FAREEZ BIN MOHD SAID 217976

Page 2: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

ISI KANDUNGAN1.0 PENGENALAN SKM.....................................................................................................................2

2.0 OBJEKTIF SKM…………………………………………………………………………………...4

3.0 FALSAFAH SKM………………………………………………………………………………….4

4.0 VISI SKM………………………………………………………………………………………………………………………………………5

5.0 MISI SKM …………………………………………………………………………………………………………………………………….5

6.0 PIAGAM PELANGGAN ………………………………………………………………………………………………………………….5

7.0 FUNGSI SKM…………………………………………………………………………………………………………………………………7

8.0 PERANAN SKM…………………………………………………………………………………………………………………………...8

9.0 PERKHIDMATAN…………………………………………………………………………………………………………………………9

10.0 STATISTIK

10 KOPERASI TERBAIK……………………………………………………………………………………………10

11.0 PENDAFTARAN KOPERASI………………………………………………………………………………………………………..11

12.0 PEMBUBARAN KOPERASI…………………………………………………………………………………………………………12

13.0 PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN………………………………………………………………………………14

14.0 GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN KOPERASI…………………………………………………………………………17

15.0 KHIDMAT AKAUN DAN PENGAUDITAN KOPERASI……………………………………………………………………21

16.0 KHIDMAT NASIHAT KOPERASI…………………………………………………………………………………………………22

17.0 DEKLARASI PUTRAJAYA…………………………………………………………………………………………………………..23

1

Page 3: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

2

Page 4: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

1.0 PENGENALAN SKM.

Pada tahun 2003, cadangan penubuhan SKM bagi menggantikan Jabatan Pembangunan

Koperasi telah dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia bagi membolehkan agensi itu

memainkan peranan dalam membangunkan masyarakat Bumiputera di Negara ini. Cadangan

penubuhan ini diluluskan kabinet pada 2 mac 2005 dan seterusnya oleh Parlimen pada 25

April 2005. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah

diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan

Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK). Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922,

jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk

menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen

Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of

1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan

Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya

kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi

(JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan

digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983).

Akta Koperasi 1993 (Act 502) kemudiannya telah digubal bagi menyatukan undang-undang

koperasi di seluruh Malaysia dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diluluskan oleh Kerajaan bagi tujuan mengukuhkan

sektor koperasi agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pembangunan dan

penyelian koperasi di negara ini. Dahulunya dikenali dengan Jabatan Pembangunan Koperasi

Malaysia (JPK) yang mengawal selia koperasi ditukar menjadi sebuah suruhanjaya, sebuah

badan berkanun dengan Akta tubuhnya sendiri. SKM bertujuan memperkemaskan

perundangan dan mengukuhkan pengawal selia keatas sektor koperasi dalam menghadapi

cabaran pembangunan sosioekonomi. Matlamat utama SKM adalah untuk memastikan

kedudukan kewangan dan sistem operasi koperasi yang kukuh dan selamat, memastikan

3

Page 5: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

kestabilan sektor tersebut serta menggalakkan pembangunan sektor koperasi yang terancang

lagi mapan sebagai sektor ketiga yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Penubuhan SKM juga akan membantu usaha melaksanakan pelan tindakan di bawah Dasar

Koperasi Negara (DKN)

SKM ditubuhkan untuk memastikan koperasi-koperasi mempunyai kedudukan kewangan dan

operasi yang kukuh dan selamat. Ini boleh dicapai melalui pengawalseliaan ke atas semua

koperasi berdaftar termasuk koperasi asas tani dan perikanan yang dahulunya dibawah

seliaan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM). Pengawalseliaan secara berbeza diamalkan ke atas sektor koperasi, di mana koperasi

berisiko tinggi yang meliputi koperasi kredit dan koperasi bersaiz besar dikawal selia dengan

lebih ketat dan rapi. Peraturan-peraturan seperti keperluan modal minimum, tahap minimum,

tahap minimum mudah tunai dan peraturan-peraturan lain bagi mengawasi aktiviti pemberian

pinjaman, aktiviti pemberian deposit, pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan sebagainya

dikenakan ke atas koperasi berisiko tinggi ini. Bagi kkoperasi yang lain pula,

pengawalseliaan lebih menekankan tentang penerapan nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi.

SKM bertanggungjawab mengekalkan kestabilan dalam sektor koperasi untuk memastikan

koperasi dapat menyediakan perkhidmatan kepada anggota dan kepentingan anggota tidak

tergugat. Lazimnya, ketidakstabilan dalam sektor koperasi timbul apabila koperasi

mengalami ketidakstabilan mudah tunai.bagi mencapai kestabilan dalam sektor koperasi,

SKM telah mewujudkan satu bentuk kemudahan mudah tunai kepda koperasi-koperasi yang

dinamakan Dana Mudah Tunai Pusat (Central Liquidity Facility). Di bawah dana ini,

koperasi-koperasi tertentu seperti koperasi kredit dan koperasi bersaiz besar dikehendaki

mencarum sejumlah peratusan daripada liabiliti layak ke dalam dana ini.

Bagi memudahkan koperasi memainkan peranan dengan lebih aktif, SKM bertanggungjawab

menyediakan persekitaran yang kondusif dengan memperluaskan akses kepada pembiayaan

untuk membangunkan perniagaan dan aktiviti koperasi dan membuat pindaan kepada

peruntukan undang-undang yang menghalang perkembangan koperasi. Usaha ini dijalankan

dengan mewajibkan semua koperasi mendepositkan lebihan dana mereka ke dalam Akaun

Deposit Koperasi (Cooperative Deposit Account).

Dana ini penting bagi membangunkan satu pasaran kewangan yang tersendiri dan kukuh bagi

sektor koperasi, sebagaimana pasaran kewangan yang terdapat di dalam sektor perbankan.

Kaedah ini mempunyai persamaan dengan Tabung Modal Pusingan (diwujudkan dibawah

4

Page 6: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

Akta Kewangan 1957) yang memperoleh dana daripada kerajaan dengan tujuan untuk

memberi kemudahan pinjaman kepada koperasi untuk mengembangkan aktivitinya.

SKM meneruskan peranan JPK dalam menggalakkan pembangunan gerakan koperasi yang

terancang dan mapan melalui perancanagn strategik untuk meningkatkan keupayaan dan

kecekapan koperasi-koperasi di samping menggalakkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip

koperasi.

SKM diterajui oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab memastikan undang-

undang dalam sektor koperasi dilaksanakan sepenuhnya. Lembaga Pengarah SKM

dipengerusikan oleh seorang Pengerusi Eksekutif.

2.0 OBJEKTIF SKM

Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur

menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah

pencapaian objektif sosio-ekonomi Negara.

Mengalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mampan.

Mengekalkan keyakinan dalam gerakan koperasi.

3.0 FALSAFAH SKM

SKM komited memajukan koperasi melalui persekitaran yang kondusif bagi membangunkan

koperasi yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan Negara.

SKM memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan

proses kerja yang dinamik untuk membantu mencapai dasar-dasar pembangunan

koperasi.

Anggota kerja SKM diberi latihan dan diterapkan dengan nilai-nilai murni serta

jaminan kemajuan kerjaya supaya mereka berkhidmat dengan kompeten, ikhlas,

berintegriti dan penuh komitmen.

5

Page 7: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

SKM memastikan koperasi dikawal selia secara berterusan dan profesional

berlandaskan Akta dan Peraturan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap

gerakan koperasi.

4.0 VISI SKM

"Peneraju Kecemerlangan Koperasi Bagi Menjadikannya Penyumbang Berkesan

Kepada Pembangunan Negara"

5.0 MISI SKM

Koperasi yang kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti.

Peningkatan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi.

Modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan

6.0 PIAGAM PELANGGAN

6.1 Objektif Kualiti

Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif kualiti SKM telah ditetapkan seperti

berikut:

Memastikan pendaftaran koperasi dilaksanakan dalam tempoh 28 hari bekerja dan

pendaftaran pindaan Undang-undang Kecil Koperasi dilaksanakan dalam tempoh 38

hari bekerja dari tarikh penerimaan Dokumen Permohonan yang lengkap dan

sempurna sehingga tarikh Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi dan tarikh Sijil

Perakuan Pendaftaran Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi dikeluarkan dan

diposkan kepada koperasi.

Memastikan akaun koperasi yang lengkap dan sempurna diaudit dalam tempoh 55

hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh Laporan Juruaudit dan tarikh

Laporan Pengurusan Juruaudit ditandatangani dan diposkan kepada koperasi.

6

Page 8: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

Memastikan permohonan pinjaman/pembiayaan TMP-JPK yang lengkap dan

sempurna diberi keputusan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh penerimaannya

sehingga tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP-

JPK dan diposkan kepada koperasi.

Memastikan aduan yang diterima mengenai koperasi diambil tindakan dan

diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penjelasan diterima sehingga

tarikh surat aduan dijawab dan diposkan kepada pengadu.

Memastikan proses pembatalan koperasi diselesaikan dalam tempoh 70 hari bekerja

dari tarikh perakuan pembatalan diterima sehingga tarikh Perintah Pembatalan

Koperasi oleh Pengerusi Eksekutif SKM dan diposkan kepada pemegang harta.

6.2 Dasar Kualiti

SKM bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, efisien dan

berkualiti dalam masa yang dijanjikan, bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan.

Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan dan proses

penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

Untuk mencapai objektif tersebut, SKM melaksanakan sistem pengurusan kualiti

selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2008 di kalangan kakitangan SKM yang juga

melibatkan komitmen pihak pengurusan atasan.

SKM sentiasa mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam organisasi serta

berusaha ke arah mengatasi kekurangan tersebut dengan melaksanakan

penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan.

Semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri sentiasa bertanggungjawab

memantau dan mengkaji prestasi di Bahagian/ Negeri masing-masing dan akan

mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera sekiranya prestasi kurang

daripada yang disasarkan.

Dasar kualiti disampaikan kepada warga SKM melalui kaedah-kaedah komunikasi

seperti poster, mesyuarat, perbincangan dan intranet. Dasar kualiti sentiasa disemak

semula sepanjang masa supaya sesuai dengan kehendak organisasi.

7

Page 9: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

7.0 FUNGSI SKM

7.1 Fungsi- fungsi SKM ialah :

I. Untuk menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi.

II. Untuk bertanggungjawab dalam memantau,menyelia dan mengawal selia koperasi

dan sektor koperasi.

III. Untuk menggalak dan mempromosikan pembangunan koperasi yang kukuh dan

teratur.

IV. Untuk memelihara dan prinsip koperasi.

V. Untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya.

VI. Untuk mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi.

VII. Untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim

pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia

untuk koperasi.

VIII. Untuk menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan

koperasi dan sektor koperasi.

IX. Untuk menjalankan apa-apa fungsi dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain

seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam

Warta.

8.0 PERANAN SKM

8.1 Memastikan kedudukan kewangan dan system operasi koperasi kukuh dan

selamat.

Membuat peraturan yang berbeza dan lebih ketat terhadap koperasi berisiko tinggi

khususnya koperasi kredit.

8

Page 10: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

Melalui pengawalseliaan dan pemantauan ke atas semua koperasi termasuk dalam 583

koperasi asas tani atau asas perikanan yang buat masa ini dikawal selia oleh LPP dan

LKIM.

Penyelia seragam semua jenis koperasi iaitu memastikan pembangunan seimbang

dalam semua sektor koperasi, memperoleh kemudahan pembiayaan yang sama dan

meningkatkan rantaian nilai dalam aktiviti perniagaan.

8.2 Memastikan kestabilan dalam sektor koperasi.

Menyediakan kemudahan mudah tunai kepada koperasi yang memerlukan

pengwujudan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat iaitu Koperasi kredit dan koperasi

bersaiz besar akan mencarum sejumlah peratus wang sumbangan ke dalam CLF.

Koperasi yang mempunyai masalah kecairan boleh meminjam daripada CLF. SKM

boleh melantik koperasi-koperasi yang layak untuk mentadbir CLF. SKM

menentukan syarat dan terma peminjaman CLF. SKM akan menanggung risiko kredit.

Buat masa ini kemudahan mudah tunai disediakan oleh kerajaan secara ad-hoc.

Mengelakkan risiko sistemik dalam sektor koperasi akibat kegagalan satu atau lebih

koperasi besar.

8.3 Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk koperasi menjalankan aktiviti.

Memperluaskan akses kepada pembiayaan oleh koperasi.

Lebihan dana semua koperasi didepositkan kepada Akaun Deposit Koperasi iaitu

semua koperasi hendaklah mendepositkan wang berlebihannnya yang tidak digunakan

untuk kegunaan semasa ke dalam Akaun Deposit Koperasi(CDA). Koperasi yang

memerlukan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan boleh meminjam

daripada CDA. SKM boleh melantik koperasi-koperasi yang layak untuk menubuh

dan menguruskan CDA. Terma dan syarat pinjaman ditentukan oleh koperasi yang

terpilih. Risiko kedit ditanggung oleh koperasi yang dilantik. Membayar pulangan

atas jumlah yang didepositkan dalam CDA.

Mewujudkan sistem kewangan koperasi tersendiri.

Pindaan kepada peruntukan undang-undang yang menghalang perkembangan

koperasi.

9

Page 11: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

Menyediakan insentif-insentif untuk menggalakkan aktiviti koperasi.

8.4 Memastikan pembangunan sektor koperasi yang terancang dan mampan.

Merangka polisi dan langkah strategik untuk tingkatkan keupayaan dan efisiensi

koperasi.

Menggalakkan penerapan nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi.

Mengumpul maklumat sektor koperasi untuk meningkatkan kerjasama sesame

koperasi dan diantara koperasi dengan sektor swasta.

Melaksanakan pelan tindakan di bawah Dasar Koperasi Negara(DKN).

8.5 Mentadbir pendaftaran dan pembatalan koperasi.

Meneruskan fungsi JPK bagi pendaftaran dan pembatalan koperasi

9.0 PERKHIDMATAN.

9.1 Perkhidmatan-perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh SKM.

i. Pendaftaran koperasi.

ii. Pembiayaan Tabung Modal Pusingan.

iii. Geran Bantuan Pembangunan Koperasi.

iv. Khidmat akaun dan Pengauditan.

v. Khidmat nasihat perundangan.

10.0 STATISTIK 10 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2013.

Bil. Nama KoperasiKedudukan Tahun Sebelumnya

2012 2011 2010 2009 2008

1 Koperasi Permodalan Felda Malaysia 1 1 2 2 2

10

Page 12: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

Berhad.

2Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Berhad (Bank Rakyat)2 2 1 1 1

3Koperasi Peserta-Peserta Felcra

Malaysia Berhad.4 4 - - 3

4KoperasiAngkatan Tentera Malaysia

Berhad.5 5 3 3 4

5Koperasi Tunas Muda Sungai Ara

Berhad.17 8 10 9 5

6Koperasi Kebangsaan Permodalan

Tanah Berhad3 3 4 4 8

7Koperasi Kakitangan Petronas

Berhad (KOPETRO)6 7 7 6 6

8Angkatan Koperasi Kebangsaan

Malaysia Berhad (Angkasa)13 10 6 8 9

9Koperasi Bank Persatuan Malaysia

Berhad8 9 9 11 13

10Koperasi Serbausaha Makmur

Berhad.7 12 5 5 7

11.0 PENDAFTARAN KOPERASI

11.1 Panduan Penubuhan Koperasi.

11

Page 13: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan

kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana

kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu

menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk

mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran koperasi.

11.2 Permohonan Menubuhkan Koperasi

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

1. Menghubungi pejabat SKM.

Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah

SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh

diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web SKM.

2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat

SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.

3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja.

Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja

seramai sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk.

11.3 Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:

i. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.

ii. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-

undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang diperlukan.

12

Page 14: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

iii. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan

koperasi.

iv. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur,

nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa Penaja

hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah mendaftarkan diri

untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan.

v. Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan.

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh bagi

mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

12.0 PEMBUBARAN KOPERASI

5. Suruhanjaya boleh membatalkan pendaftaran sesuatu koperasi dalam

keadaan berikut:

(a) Apabila Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen

69D(3) Akta [perenggan 71(1)(a) Akta];

(b) Apabila menerima suatu permohonan yang dibuat oleh tiga per empat

daripada anggota sesuatu koperasi [perenggan 71(1)(b) Akta];

(c) Selepas suatu pemeriksaan telah dibuat di bawah seksyen 64 atau 68

atau selepas sesuatu siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 66

Akta [perenggan 71(1)(c) Akta]; atau

13

Page 15: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

(d) Apabila keanggotaan koperasi kurang daripada lima belas orang

[subseksyen 72(1) Akta].

6. Menurut subseksyen 71(2) Akta, mana-mana anggota koperasi boleh merayu

kepada Menteri bagi pembatalan di bawah subseksyen 71(2) Akta iaitu dalam

tempoh dua bulan dari tarikh perintah tersebut dikeluarkan. Sekiranya tiada rayuan,

maka perintah itu hendaklah mula berkuatkuasa apabila tempoh itu tamat. Jika

terdapat rayuan, maka perintah itu tidak boleh dikuatkuasakan melainkan jika dan

sehingga ia disahkan oleh Menteri.

7. Bagi pembatalan di bawah subseksyen 72(1) Akta, tiada rayuan boleh dibuat

dan perintah pembatalan tersebut hendaklah berkuatkuasa serta merta. Perintah

pembatalan dikeluarkan bersekali dengan pelantikan Pelikuidasi.

8. Perintah pembatalan pendaftaran koperasi di bawah subseksyen 71(1) Akta

dikeluarkan bersama-sama perintah di bawah subseksyen 71(5) Akta bagi memberi

kuasa kepada Pemegang Harta untuk menjaga buku-buku dan dokumen-dokumen

dan melindungi atau melupuskan harta koperasi sehingga perintah pembatalan

pendaftaran tersebut dikuatkuasakan.

13.0 PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN

TMP telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985 bertujuan

14

Page 16: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.

13.1 Syarat Kelayakan Memohon

Syarat-syarat permohonan adalah :-

I. Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya

Koperasi Malaysia;

II. Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;

III. Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju;

IV. Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993,Peraturan-

peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;

V. Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa

telah diaudit dan;

VI. Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi

13.2 Jenis-Jenis Pinjaman /Pembiayaan.

1. Modal pusingan

a) Pengguna;

b) Pekerja-pekerja kontrak;

c) Perkhidmatan;

d) Ar-rahnu/kredit.

2. Pembangunan Hartanah

a) Pinjaman sementara

b) Bayaran premium

c) Kos pembangunan.

3. Pemilikan Harta

a) Membeli tanah /bangunan/kilang

b) Ubah suai /baik pulih

15

Page 17: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

c) Pembinaan bangunan

4. Pengangkutan (pembelian kenderaan)

5. Asas tani

6. Pertanian

7. Perindustrian

8. Mesin /jentera

13.3 Pembiayaan/ Pinjaman Yang Ditawarkan.

13.4 Kriteria Permohonan Yang Dipertimbangkan

16

  Bil.   Jenis

Pembiayaan

 Jumlah Pembiayaan    Tempoh

       Pembiayaan

     (Maks. Tahun)

  1.   Tanpa Cagaran  ≤ RM50,000        5

  2.   Bercagar  RM50,001 ≤ RM10 juta        20

Page 18: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

13.5 Kriteria Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan.

17

i. Untuk membiayai projek ekonomi yang dilaksanakan dan

dimajukan oleh koperasi sendiri.

   

ii. Wang pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti mana

yang diluluskan.

   

iii. Sebarang perubahan tujuan penggunaan perlu mendapat kelulusan

Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP terlebih dahulu.

Page 19: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

18

i.

Per

mo

hon

an

pe

mbi

aya

an

unt

uk

me

mbi

aya

i

pro

jek

yan

g

dila

ksa

nak

an

ole

h

ana

k

sya

rika

t

kop

era

si,

ata

u

pih

Page 20: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

 

   

  

   

   

.

 

 

19

i.

Per

mo

hon

an

pe

mbi

aya

an

unt

uk

me

mbi

aya

i

pro

jek

yan

g

dila

ksa

nak

an

ole

h

ana

k

sya

rika

t

kop

era

si,

ata

u

pih

Page 21: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

BIDANG Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Berhad(ANGKASA)

1. Latihan Asas

i. Pra Pendaftaran

ii. Pendidikan Anggota

iii. Kursus Wajib

Pra Pendaftaran(Peserta: Bakal anggota dan Jawatankuasa Penaja)

Kursus Wajib (Peserta:Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), CEO/Pengurus) Contoh Kursus Wajib:

Wajib 1 : Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi.

Wajib 2 : Pengurusan Kewangan Koperasi

-Kursus wajib 2 ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap kaedah bagi menilai prestasi koperasi dan mengurus modal kerja koperasi dengan berkesan.

Wajib 3:Pengurusan Strategik.

Wajib Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD):Tatacara Perakaunan Dan Pengauditan Koperasi.

-Memberi kefahaman berkaitan peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit Dalaman.

i. Kursus Wajib (*sehingga 2013)(Peserta: Ahli Lembaga Koperasi ( ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), CEO/Pengurus)

Contoh Kursus yang ditawarkan:-Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK).-Kursus Pengurusan dan Pengendalian TASKA (Tahap 1,2 dan 3).-Kursus Untuk Pengusaha TASKA Di Rumah.

ii. Pendidikan Anggota(Peserta: Anggota termasuk koperasi sekolah).

20

i.

Page 22: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

-Kecuali koperasi sekolah

2. Latihan Kemahiran

i. Kemahiran Asas

ii. Kemahiran Lanjutani. Perundangan koperasi,

dasar, promosi dan galakan(Peserta: ALK/Pengurusan)

ii. TOT Perundangan koperasi

(Peserta: Pegawai Latihan MKM, ANGKASA, Bank Rakyat dan koperasi-koperasi besar)

i. Pengetahuan mengikut jawatan di koperasi - kemahiran lanjutan(Peserta: ALK,JAD, Kakitangan Pengurusan/ Operasi)

ii. TOT ALK/Staf Pengurusan/ Pengembang Koperasi

Pengetahuan mengikut Jawatan di koperasi – kemahiran asas (Peserta: ALK,JAD, Kakitangan Pengurusan dll)

Contoh Latihan Kemahiran:

- Latihan Amali Pengasuhan (Pra KAAK).- Bengkel Kemahiran Pengasuh TASKA.

3. Latihan Teknikal (7 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA:

i. Peruncitan dan pemborongan

ii. Perkhidmatan kewangan

iii. Pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan

iv. Perladanganv. Pertanian dan

industri asas tani

Pusat Latihan Kecemerlangan

Koperasi(PULAKOP)

(Sabah/Sarawak)

Pengetahuan dan Kemahiran Asas (Peserta: ALK, Pengurusan)

(Program berbentuk Class based)

Peringkat Teknikal(Peserta: ALK, Pengurusan)

(Program berbentuk Field based)

21

i.

Page 23: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

vi. Telekomunikasivii. Pembangunan

hartanah

4. Latihan Profesional-

i. Sijil-Sijil Pengurusan Koperasi (SPK) merupakan satu program yang diperkenalkan untuk memberi pendedahan tentang gerakan koperasi di Malaysia.

ii. Diploma-Diploma Pengurusan Koperasi (Sepenuh Masa) yang merupakan kursus jangka panjang di MKM di mana program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para pemimpin, anggota dan kakitangan koperasi di mana program ini membolehkan mereka menimba ilmu dan menjawat jawatan yang lebih tinggi.

- Diploma Profesional Pengauditan Koperasi MKM –ICMA.

- Diploma Pengurusan Koperasi (e-JJ).

- Diploma Pascasiswazah Pengurusan Koperasi (e-JJ)

iii. Ijazah-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi MKM-UUM merupakan program jangka panjang.

Sijil (Taska)

22

i.

Page 24: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

iv. Sarjana-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran ((Pengurusan Koperasi) MKM-OUM (e-JJ)

(Peserta:ALK, Anggota, Kakitangan koperasi, Individu)

5. Aktiviti Berasaskan Pengetahuan

(SKM)

i. Konsultasi

ii. Khidmat Nasihat

iii. Penerbitan

iv. Kolokium, Seminar dan Konvensyen

(Peserta: Gerakan koperasi, Agensi Kerajaan & subsidiari koperasi)

(MKM)

i. Penyelidikan

ii. Konsultasi

iii. Khidmat nasihat

iv. Latihan peringkat antarabangsa (peserta tempatan /luar negara)

v. Penerbitan

vi. Kolokium, Seminar dan Konvensyen

(Peserta: Gerakan koperasi, Agensi Kerajaan & subsidiari koperasi)

(ANGKASA)

i. Penyelidikan (kajian khusus)

ii. Konsultasi (pra audit, sekkop & usahawan)

iii. Khidmat nasihat

iv. Latihan peringkat

antarabangsa

(peserta tempatan

/luar negara)

v. Penerbitan

vi. Kolokium, Seminar dan Konvensyen

(Peserta: Gerakan koperasi, Agensi Kerajaan & subsidiari koperasi)

23

i.

Page 25: peranan suruhanjaya koperasi malaysia

24

i.