14
51 2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) ISSN 1511 5828 PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI PENDEKATAN PROJEK Noor Ashikin binti Mohd Yusop¹ Norazizah binti Abdul Rahman² Muhd Fariz bin Ismail³ Yazid bin Abdul Manap 4 1 Unit Peperiksaan dan Penilaian 2 Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Pendidikan 3 Jabatan Sains ¹²³ 4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meneroka elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes. Data kajian diperoleh sepenuhnya melalui pemerhatian dan dokumen tidak rasmi yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Peserta kajian terdiri daripada dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus kanak-kanak yang berusia 4+ dan 5+ di sebuah tadika di negeri Perak. Penghuraian dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas serta tatacara pelaksanaan penyiasatan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa pendidik di peringkat awal kanak-kanak perlu melakukan transformasi amalan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang penerokaan mengikut inisiatif, minat dan inkuiri kanak-kanak. Kata Kunci: Pendekatan Projek, Inisiatif Kanak-kanak, Inkuiri, Sains, Penyiasatan. _________________________________________________________________________

PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

  • Upload
    hahanh

  • View
    242

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

51

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK

MENERUSI PENDEKATAN PROJEK

Noor Ashikin binti Mohd Yusop¹

Norazizah binti Abdul Rahman²

Muhd Fariz bin Ismail³

Yazid bin Abdul Manap4

1Unit Peperiksaan dan Penilaian 2 Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Pendidikan

3 Jabatan Sains

¹²³4Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,

Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak

menerusi Pendekatan Projek. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai

kes. Data kajian diperoleh sepenuhnya melalui pemerhatian dan dokumen tidak rasmi yang

dihasilkan oleh kanak-kanak. Peserta kajian terdiri daripada dua orang pendidik berserta dua

kumpulan fokus kanak-kanak yang berusia 4+ dan 5+ di sebuah tadika di negeri Perak.

Penghuraian dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen pelaksanaan penyiasatan secara

inisiatif kanak-kanak ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat

radas serta tatacara pelaksanaan penyiasatan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa

pendidik di peringkat awal kanak-kanak perlu melakukan transformasi amalan pengajaran dan

pembelajaran dengan memberi peluang penerokaan mengikut inisiatif, minat dan inkuiri

kanak-kanak.

Kata Kunci: Pendekatan Projek, Inisiatif Kanak-kanak, Inkuiri, Sains, Penyiasatan.

_________________________________________________________________________

Page 2: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

52

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

PENGENALAN

Penyiasatan secara inisiatif merupakan proses pembelajaran yang memberi peluang

penerokaan dan pembinaan pengetahuan baharu menerusi persoalan yang ditimbulkan oleh

kanak-kanak sendiri. Menurut Helm dan Katz (2011), pembelajaran menerusi penyiasatan

mendalam mengenai sesuatu topik dapat meningkatkan daya intelektual serta memberi

peluang pengaplikasian kemahiran proses sains asas oleh kanak-kanak. Malah, menerusi

pengalaman penyiasatan yang dilaksanakan menerusi aktiviti penerokaan di dalam dan luar

bilik darjah dapat membina semula konsepsi sains kanak-kanak terhadap sesuatu fenomena

(Helm & Katz, 2011; Harlen, 2014).

Selain itu, pendidik turut memainkan peranan penting sebagai perancang aktiviti penyiasatan

yang bersesuaian dengan tahap dan minat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Dengan itu,

pendidik bertindak sebagai pendengar, pemerhati serta memahami setiap tingkah laku dan

idea kanak-kanak bagi menyokong pengalaman pembelajaran yang berkesan menerusi

penyiasatan (Azizah Zain, 2015; Helm & Katz, 2015). Malah, jaringan interaksi sosial yang

wujud di antara kanak-kanak dengan pendidik, pakar, ibu bapa dan rakan sebaya juga

merupakan elemen penting yang turut menyokong pembentukan dan penguasaan

pengetahuan baharu dalam proses penerokaan dan penyiasatan kanak-kanak (Noriati, Pong

& Sharifah Fakhriah, 2012).

Noor Miza (2015) beranggapan bahawa kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti

pembelajaran secara inisiatif sendiri lebih cemerlang dalam penguasaan kemahiran asas di

peringkat akhir pra sekolah berbanding kanak-kanak yang mengikuti pembelajaran secara

didaktik. Situasi ini disebabkan pembelajaran secara inisiatif memberi kebebasan kepada

kanak-kanak untuk terlibat secara aktif dalam semua aktiviti di sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran. Malah, kanak-kanak belajar menerusi pengalaman yang dibina dari

perasaan ingin tahu, bukan pembelajaran dalam bentuk arahan atau aktiviti yang dirancang

oleh pendidik Harlen, 2014).

Oleh itu, pendidik di peringkat prasekolah disarankan untuk melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran berasaskan projek. Hal ini berikutan pembelajaran berasaskan projek

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengemukakan idea, membuat keputusan

dalam memainkan peranan utama semasa aktiviti projek. Walau bagaimanapun, pelaksanaan

pembelajaran berasaskan projek ini adalah lebih berstruktur kerana topik, bentuk projek dan

hasil pembelajaran telah ditetapkan oleh pendidik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012;

Noor Miza, 2015).

Sementara itu, Pendekatan Projek yang diasaskan oleh Katz dan Chard (2000) memberi

peluang penerokaan pembelajaran kepada kanak-kanak secara autentik dalam membina

pengetahuan tentang dunia mereka. Kanak-kanak menjalankan aktiviti projek menerusi

penyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak

menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan sesuatu penerokaan dan penyiasatan (Helm

& Katz, 2011; Noor Miza, 2015).

Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana Pendekatan Projek membentuk

penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak. Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat

Page 3: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

53

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

dan panduan kepada pendidik di peringkat awal kanak-kanak tentang elemen-elemen inisiatif

kanak-kanak yang boleh diaplikasikan agar peranan aktif kanak-kanak diutamakan serta

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta bermakna.

PERNYATAAN MASALAH

Tidak dinafikan bahawa Kurikulum Prasekolah berfokus untuk melahirkan kanak-kanak yang

berkebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin. Seterusnya melahirkan

generasi yang mampu menghadapi cabaran serta berkeupayaan menyelesaikan masalah

menerusi aktiviti penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak. Namun, kajian-kajian terdahulu

kurang membincangkan tentang elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak.

Sehubungan itu, pendidik di peringkat awal kanak-kanak kurang memahami kaedah

pelaksanaan pembelajaran secara inisiatif kanak-kanak. Malah, pendidik lebih yakin

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang lebih berstruktur serta mengikut perancangan.

Sehubungan itu, kajian ini ingin meneroka tentang elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif

kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek.

BATASAN KAJIAN

Skop kajian ini adalah berfokus kepada penyiasatan kanak-kanak menerusi Pendekatan

Projek bagi menangani kerangka alternatif. Kanak-kanak yang terlibat adalah seramai 15

orang yang berusia berusia 4+ hingga 5+ tahun di sebuah tadika di kawasan Tanjung Malim,

Perak. Kajian ini juga melibatkan dua orang pendidik yang bertindak sebagai fasilitator dalam

melaksanakan aktiviti projek bersama kanak-kanak. Oleh kerana jumlah peserta kajian adalah

kecil dan terhad di sekolah yang terlibat sahaja, maka pengumpulan data menerusi

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen berkaitan bidang yang diselidiki juga adalah

terhad.

Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada penyiasatan menerusi

Pendekatan Projek yang dipraktiskan oleh kanak-kanak dan pendidik tadika di seluruh

Malaysia. Walau bagaimanapun, penyelidik mengambil inisiatif untuk meneroka dan

memahami proses pelaksanaan Pendekatan Projek dalam kalangan pendidik yang

berpengalaman lima tahun dan ke atas agar dapat dijadikan panduan kepada pendidik lain.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah untuk meneroka penyiasatan yang dijalankan secara inisiatif kanak-kanak

menerusi Pendekatan Projek. Justeru, kajian ini bertindak untuk meneroka elemen-elemen

pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini ingin meneroka: Apakah elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak?

Page 4: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

54

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

TINJAUAN LITERATUR

“Project Approach” dalam kajian ini merupakan satu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang diketengahkan oleh Katz dan Chard (2000). Perkataan “Project Approach”

digunakan oleh Katz dan Chard adalah bagi menggambarkan bahawa aktiviti projek boleh

diimplemetasikan dalam pendidikan awal kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia,

2010; Kementerian Pelajaran Malaysia, 2016) menerusi pelbagai cara, bergantung kepada

komitmen, pilihan yang ada dan kekangan yang dihadapi oleh pelaksana, khasnya para

pendidik. Definisi “project” yang dinyatakan oleh Katz dan Chard (2000) adalah:

…refer to an in-depth study of a particular topic usually undertaken by whole

class working on subtopics in small groups, sometimes by a small group of

children within a class and occasionally by an individual child. The key of a

project is that it is an investigation – a piece of research that involves children

in seeking answers to questions they have formulated themselves or in

cooperation with their teacher and that arise as their investigation proceeds.

(Katz dan Chard, 2000, ms.2)

Berdasarkan definisi tersebut, dapat ditafsirkan bahawa pendekatan projek merupakan

penyiasatan mendalam kanak-kanak terhadap sesuatu topik berdasarkan persoalan yang

dikemukakan oleh mereka sendiri atau hasil perbincangan dengan pendidik. Malah aktiviti

projek ini boleh melibatkan penyertaan kesemua kanak-kanak, kumpulan kecil atau secara

individu.

Sehubungan itu, aktiviti projek sebagai satu “approach” dalam pendidikan awal kanak-kanak

adalah merujuk kepada kepelbagaian cara yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan bukannya satu set teknik atau pengajaran atau urutan aktiviti yang rutin

dan telah ditetapkan (Katz & Chard, 2000). Lantaran itu, Pendekatan Projek menekankan

aspek kebertanggungjawaban pendidik terhadap kanak-kanak secara individu dan juga

seluruh kumpulan kanak-kanak dalam sesuatu bilik darjah.

Tiga Fasa Pelaksanaan Pendekatan Projek

Setiap penerokaan menerusi Pendekatan Projek dilaksanakan dalam tiga fasa utama. Aktiviti

projek bermula dengan persoalan yang dicetuskan oleh kanak-kanak dalam fasa pertama.

Semasa fasa pertama, pendidik menggunakan teknik perbincangan untuk mengenal pasti

pengalaman dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Di samping itu, pendidik turut dapat

mencungkil minat kanak-kanak terhadap sesuatu topik menerusi pembinaan web kanak-

kanak. Malah, segala persoalan kanak-kanak dikumpul dan dicatat oleh pendidik untuk tujuan

penerokaan dan penyiasatan kanak-kanak.

Seterusnya, untuk fasa kedua kanak-kanak mendapatkan informasi berkaitan topik yang

dipilih untuk diterokai menerusi pelbagai sumber seperti buku, video, gambar dan internet.

Seterusnya, kanak-kanak menjalankan aktiviti penyiasatan terhadap persoalan yang telah

dikemukakan oleh mereka pada fasa pertama dengan menjalankan kajian lapangan dan

bertemu pakar. Pada peringkat ini, pengetahuan kanak-kanak semakin berkembang dengan

Page 5: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

55

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

pengumpulan maklumat yang banyak menerusi khidmat pakar dan perkongsian maklumat

dari rakan sebaya yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk lukisan, model, cerita dan

lakonan.

Fasa yang terakhir, merupakan aktiviti kemuncak bagi pelaksanaan sesuatu projek. Dalam

fasa ini, kanak-kanak membina model atau lakonan berkaitan pembinaan projek yang dipilih

untuk dipersembahkan kepada para pelawat pada hari kemuncak projek. Di samping itu,

kanak-kanak turut mempersembahkan maklumat yang telah diperolehi sepanjang aktiviti

projek bermula dari fasa pertama hingga ketiga (Katz, Chard & Kogan, 2014).

KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang telah dibincangkan, hasil kajian ini diharap dapat memberi

maklumat dan panduan kepada pendidik dan penyelidik baharu tentang senario pelaksanaan

Pendekatan Projek dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Maklumat ini boleh digunakan

untuk menambah baik mutu pelaksanaan aktiviti projek dengan mengamalkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira minat dan persoalan kanak-kanak.

Adalah diharap, pendidik dan penyelidik dapat mengenal pasti bagaimana sesuatu

penyiasatan difokuskan dan dilaksanakan secara inisiatif kanak-kanak.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian pelbagai kes (multiple case design) oleh Yin (2015) dipilih bagi kajian ini

adalah untuk menghuraikan pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif yang dijalankan oleh

kanak-kanak dalam lingkungan konteks sebenar proses pengajaran dan pembelajaran

menerusi Pendekatan Projek. Sehubungan itu, kes dalam kajian ini adalah merujuk kepada

aktiviti projek yang dijalankan oleh kanak-kanak dalam Projek Sabun dan Projek Darah

(Rajah 1). Himpunan dua kes tunggal ini merupakan suatu unit yang dianalisis secara holistik

dalam kajian ini.

Rajah 1. Himpunan kes bagi aktiviti Projek Sabun dan Projek Darah

Page 6: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

56

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Peserta Kajian

Peserta kajian yang terlibat adalah terdiri daripada dua orang pendidik dan dua kumpulan

fokus yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 4+ dan 5+. Kanak-kanak kumpulan

fokus berusia 4+ adalah seramai sepuluh orang menjalankan aktiviti Projek Darah manakala

Projek Sabun dilaksanakan oleh lima orang kanak-kanak berusia 5+. Pemilihan peserta

adalah secara persampelan bertujuan iaitu individu-individu yang dipilih dalam kajian memiliki

ciri-ciri tertentu yang dapat membantu penyelidik memperoleh maklumat yang banyak bagi

menjawab persoalan kajian. Contohnya, ciri pendidik yang terlibat dalam kajian ini adalah

berpengalaman dalam pelaksanaan Pendekatan Projek. Sementara itu, kanak-kanak yang

terlibat dipilih berdasarkan penglibatan aktif serta dapat mengemukakan idea secara spontan

semasa aktiviti dalam bilik darjah dengan mengambil kira saranan daripada pendidik.

Instrumen

Bagi mendapatkan data ini, pemerhatian menerusi rakaman video dijalankan di sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, data turut diperoleh dalam

bentuk dokumen seperti lakaran dan tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebagai

sokongan terhadap dapatan data pemerhatian.

Prosedur Pengumpulan Data

Pemerhatian dilakukan oleh penyelidik secara kritikal bagi tujuan penginterpretasian data-

data “non-verbal” yang diperoleh menerusi segala aktiviti, peristiwa serta tingkah laku peserta

kajian. Oleh itu, bagi tujuan merekod pemerhatian, rakaman video terhadap aktiviti yang

dijalankan oleh peserta kajian adalah dalam lingkungan masa 30 minit hingga 1 jam.

Penggunaan alat perakam video oleh penyelidik disedari oleh peserta kajian kerana

diletakkan di bahagian belakang bilik darjah dan perakam MP3 juga diletakkan di atas meja

kanak-kanak. Tempoh rakaman berlangsung selama sepuluh bulan untuk melengkapkan

Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 dalam Pendekatan Projek.

Selain itu, penyelidik juga membuat catatan pemerhatian berbentuk catatan lapangan bagi

mendapatkan pemahaman dan huraian terperinci berkaitan pelaksanaan aktiviti penyiasatan

kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Penyelidik membuat catatan lapangan dengan

berpandukan prinsip umum yang digariskan oleh Bryman (2012) iaitu (1) menulis dengan

ringkas dan pantas sebaik sahaja melihat atau mendengar sesuatu yang berkaitan dengan

kajian, (2) kemudiannya menulis semula dalam bentuk transkripsi dengan lebih terperinci

pada waktu malam semasa ingatan masih segar. Di samping itu, data juga diperoleh daripada

dokumen tidak rasmi yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak yang berbentuk lakaran, buku

catatan, model serta gambar aktiviti penyiasatan yang relevan dengan kajian ini.

Page 7: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

57

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Analisis Data

Proses penganalisisan data bermula dengan menyusun data-data yang dikumpul dalam

bentuk yang berfungsi setelah melalui proses analitikal. Data-data yang diperoleh dari sumber

pemerhatian dan dokumen dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan

tema, dengan mematuhi tiga proses utama yang dikemukakan oleh Miles dan Huberman

(1994) iaitu (1) mereduksi data, (2) mengorganisasi data dan (3) verifikasi serta membuat

kesimpulan (Rajah 2).

Rajah 2. Penganalisisan data

Proses penyaringan atau reduksi terhadap data-data yang dikumpul dilakukan agar data-data

yang kurang releven dapat diasingkan. Seterusnya proses pengekodan data dilakukan

menggunakan kaedah “provisional coding” iaitu dengan menentukan kod-kod tema yang

berkaitan dengan fokus kajian dengan lebih awal berdasarkan pembacaan soroton kajian. Di

samping itu, kaedah “pattern coding” turut dilakukan iaitu dengan menghimpunkan kod-kod

yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama untuk tujuan penganalisisan data dalam peringkat

kedua.

Fasa kedua dalam proses penganalisisan data adalah merupakan proses mengorganisasi

dengan mempersembahkan data dalam bentuk jadual. Seterusnya, lima orang panel pakar

dilantik untuk semakan dan pengesahan ketepatan maksud yang telah ditafsirkan bagi setiap

tema, subtema, kategori, subkategori dan indikator yang digunakan dalam dapatan kajian ini.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat elemen yang membawa kepada penyiasatan

secara inisiatif kanak-kanak iaitu (1) soalan kanak-kanak, (2) pemilihan bahan dan alat radas

dan (3) tatacara pelaksanaan penyiasatan.

Soalan Kanak-kanak

Terdapat dua jenis bentuk soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak iaitu (1) soalan

berbentuk keinginan untuk menjalankan penerokaan terhadap sesuatu perkara yang menarik

Page 8: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

58

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

perhatian dan (2) soalan berbentuk untuk menjalankan penyiasatan atau aktiviti hands-on

(Jadual 1)

Jadual 1

Senarai soalan kanak-kanak

Kes

Sabun

Bentuk soalan Senarai soalan

Penerokaan

i. strawberi “apakah rasa buah strawberi?” (PE (2) O/RV-15/2/16,

perenggan 15)

“kenapa buah strawberi perlu dibasuh?”.(PE (2) O/RV-

15/2/16, perenggan 18).

ii. biji benih “apakah titik-titik yang ada kat buah strawberi?” (PE

(2) O/RV-15/2/16, perenggan 15)

“cikgu, biji benih tu apa? (PE (4) O/RV-22/2/16,

perenggan 15)

Penyiasatan

i. Roti “cikgu macam mana nak buat roti?” (PE (6) O/RV-

2/3/16, perenggan 6).

“kenapa dia naik nie cikgu? dan “kenapa ada bau

busuk? (PE (7) O/RV-3/3/16, perenggan 16)

“kenapa dia jadi besar” (PE (7) O/RV-3/3/16, perenggan

22).

Kes Darah

Bentuk

soalan Senarai soalan

Penerokaan

i. Haiwan “cikgu, boleh tak kita google nak tengok

koala?” (PF (1) O/RV-21/6/16, perenggan

8).

“kenapa binatang boleh bergerak?” (PF

(1) O/RV-21/6/16, perenggan 9).

Penyiasatan

i. Tulang “boleh tak kita tengok tulang, cikgu?”

(PF (1) O/RV-21/6/16, perenggan 10)

“darah ni dari mana?” (PF (6) O/RV-

14/7/16, perenggan 3).

Dalam kes Sabun, soalan-soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak 5+ memandu

penerokaan tentang buah strawberi yang menarik perhatian mereka serta penyiasatan

mendalam tentang perkara yang menyebabkan adunan roti berbau agak busuk dan menjadi

besar apabila dibiarkan terdedah selama lima belas minit. Di samping itu, soalan kanak-kanak

4+ membawa kepada aktiviti penerokaan yang menjurus kepada minat mereka terhadap

koala serta pergerakannya. Selain itu, soalan kanak-kanak turut menggambarkan keinginan

untuk melakukan penyiasatan terhadap warna tulang dan penghasilan darah.

Page 9: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

59

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Pemilihan Bahan Dan Alat Radas

Kanak-kanak menggunakan daya inisiatif mereka sendiri untuk menentukan cara penerokaan

sesuatu penyiasatan. Perkara ini dapat diperhatikan menerusi peluang yang diberikan oleh

pendidik kepada kanak-kanak dalam mengemukakan idea tentang pemilihan penggunaan

bahan dan alat radas untuk menjalankan sesuatu penyiasatan.

Data pemerhatian mendapati penggunaan alat radas dan bahan yang digunakan dalam

sesuatu aktiviti penyiasatan adalah berdasarkan cadangan kanak-kanak. Manakala, pendidik

berfungsi sebagai perancah dalam menyediakan sumber untuk memenuhi keperluan kanak-

kanak. Contohnya, kanak-kanak 5+ telah mencadangkan penggunaan bahan-bahan seperti

buah strawberi dan roti manakala pinggan sebagai alat radas yang turut digunakan dalam

penyiasatan berkaitan pertumbuhan kulat (PE (5) O/RV-1/3/16, perenggan 8). Malah, terbukti

bahawa pada hari penyiasatan dijalankan (PE (6) O/RV2/3/16, perenggan 7), pendidik telah

menyediakan bahan-bahan seperti yang telah disenaraikan oleh kanak-kanak (DTRA 20,

2/3/16) (Gambar Foto 1).

Gambar Foto 1. Bahan-bahan yang digunakan untuk menyiasat pertumbuhan kulat

Sementara itu, kanak-kanak 4+ mencadangkan kepada pendidik agar menggunakan seekor

ayam sebagai bahan ujikaji untuk memudahkan mereka melihat struktur tulang (PF (4) O/RV-

28/6/16, perenggan 15). Oleh itu, data pemerhatian mendapati (PF (6) O/RV-14/7/16,

perenggan 1) pendidik telah membawa seekor ayam sebagai bahan ujikaji. Pemerhatian juga

mendapati kanak-kanak berkeupayaan melakarkan serta menyenaraikan struktur fizikal yang

mudah dan dikenali seperti kepala, ekor, kaki, peha dan sayap (DTRA21, 14/7/16) (Gambar

Foto 2).

Page 10: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

60

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Gambar Foto 2. Ayam yang digunakan dalam penyiasatan tentang tulang

Selain itu, kanak-kanak 4+ turut mencadangkan biji kacang, plastik, tanah dan air digunakan

semasa aktiviti penyiasatan percambahan biji benih. Kanak-kanak turut menjelaskan bahawa

air, udara dan tanah diperlukan oleh biji benih untuk hidup. Manakala plastik dipilih untuk

dijadikan sebagai tempat semaian biji benih (PF (1) O/RV-1/2/16, perenggan 11).

Sehubungan itu, pendidik menyediakan bahan-bahan dan alat radas seperti yang dinyatakan

oleh kanak seperti biji benih kacang merah, tanah, plastik dan air (Gambar Foto 3). Walau

bagaimanapun, pendidik turut menyediakan kapas bagi tujuan memanipulasikan medium

untuk semaian biji benih (DTRA22, 31/3/16). Data pemerhatian menunjukkan bahawa kanak-

kanak diberi kebebasan untuk memilih dan menggunakan bahan dan alatan yang disediakan

untuk melakukan proses percambahan biji benih (PF (2) O/RV-31/3/16, perenggan 18).

Gambar Foto 3. Bahan dan alat radas untuk penyiasatan percambahan biji benih

Tatacara Pelaksanaan Penyiasatan

Cetusan idea kanak-kanak dalam merancang tatacara penyiasatan percambahan biji benih

(PF (1) O/RV-1/2/16, perenggan 12). Contohnya, kanak-kanak 4+ mengemukakan idea

bahawa dalam langkah pertama, mereka perlu memasukkan biji kacang ke dalam beg plastik

(Gambar Foto 4). Langkah seterusnya adalah memasukkan tanah ke dalam beg plastik

tersebut. Akhirnya, mereka merancang untuk menyiram air pada setiap pagi dan sebelum

berakhirnya waktu persekolahan (DTRA14, 31/3/16). Selain itu, mereka turut membuat

keputusan untuk meletakkan biji-biji benih tersebut di lokasi yang mudah mendapat cahaya

Page 11: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

61

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

matahari (DTRA15, 31/3/16) (Gambar Foto 5). Justeru, aktiviti penyiasatan sebenar (PF (2)

O/RV-31/3/16, perenggan 18) telah dijalankan oleh kanak-kanak seperti berikut:

Gambar Foto 4. Kanak-kanak menyiram air setelah memasukkan biji benih dan tanah ke

dalam plastik

Gambar Foto 5. Kanak-kanak meletakkan biji benih di tempat yang mudah terdedah dengan

cahaya matahari seperti digantung pada (a) cermin tingkap, (b) atas lantai dan (c) atas meja.

Selain itu, data pemerhatian (PE (8) O/RV-7/3/16, perenggan 6) mendapati kanak-kanak 5+

turut mengemukakan idea mengenai langkah-langkah dalam melaksanakan penyiasatan

tentang pertumbuhan kulat pada pelbagai jenis bahan makanan. Antara bahan makanan yang

menjadi pilihan kanak-kanak dalam ujikaji ini ialah buah-buahan, kek, nasi dan biskut.

Kanak-kanak turut memberi justifikasi terhadap pemilihan bahan seperti plastik yang

digunakan dalam penyiasatan tersebut. Kanak-kanak menjelaskan bahawa plastik digunakan

sebagai alat pembungkusan sampel makanan tersebut agar tidak terdedah kepada bahan

cemar yang terdapat dalam udara. Di samping itu, tempoh pelaksanaan pemerhatian

terhadap sampel makanan tersebut turut dicadangkan oleh kanak-kanak kepada pendidik.

Kanak-kanak menyatakan bahawa pemerhatian terhadap kehadiran kulat perlu dijalankan

pada setiap hari dan direkodkan dalam buku jurnal mereka (PE (8) O/RV-7/3/16, perenggan

9).

Data pemerhatian (PE (12) O/RV-19/4/16, perenggan 2) mendapati pelaksanaan penyiasatan

sebenar adalah seperti yang dirancangkan iaitu semua sampel makanan dimasukkan ke

dalam plastik yang kemudiannya ditutup rapi agar tidak terdedah kepada habuk dan udara

a b c

Page 12: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

62

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

(Gambar Foto 6). Kemudian, bahan-bahan tersebut diletakkan di atas meja yang terdapat

dalam bilik darjah. Akhirnya, kanak-kanak melakukan pemerhatian dan merekod

pertumbuhan kulat yang terdapat pada sampel makanan mengikut jumlah hari yang telah

ditetapkan (Gambar Foto 7).

Gambar Foto 6. Kanak-kanak memasukkan sampel makanan ke dalam beg plastik

Gambar Foto 7. Kanak-kanak melakukan pemerhatian dan merekod pertumbuhan kulat

Perbincangan Dapatan Kajian

Dapatan kajian mendapati soalan kanak-kanak merupakan elemen yang membawa kepada

penerokaan dan penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak yang dijalankan menerusi

Pendekatan Projek. Kanak-kanak mengemukakan soalan di sepanjang proses pengajaran

yang berlaku. Kajian mendapati terdapat pelbagai bentuk soalan yang dikemukakan

antaranya soalan yang berbentuk ingin meneroka tentang sesuatu perkara dan soalan yang

berbentuk ingin melakukan penyiasatan secara “hands-on”. Walau bagaimanapun, didapati

kanak-kanak perlu menjalankan beberapa siri penerokaan sebelum sesuatu penyiasatan

dijalankan. Hal ini berikutan sikap ingin tahu kanak-kanak sentiasa berubah. Oleh itu, pendidik

perlu memastikan kecenderungan minat kanak-kanak terhadap topik yang ingin disiasat.

Selain itu, soalan-soalan yang bernas dan boleh diuji sahaja dipilih untuk disiasat oleh kanak-

kanak (Helm & Katz, 2011; Katz, Chard & Kogan, 2014).

Selain itu, dapatan menunjukkan bahawa kanak-kanak bersama pendidik melakukan

perbincangan dan mengenal pasti soalan-soalan yang akan melalui siri-siri penerokaan dan

penyiasatan. Dalam erti kata lain, siri penerokaan kanak-kanak hanya melibatkan pencarian

maklumat secara mendalam tentang sesuatu konsep yang ingin dikaji, menerusi pembacaan

buku, perbincangan dalam bilik darjah, kerja lapangan dan internet (Helm & Katz, 2015).

Page 13: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

63

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Manakala penyiasatan adalah merupakan aktiviti “hands-on” yang melibatkan penggunaan

bahan dan alat radas serta penggunaan kemahiran proses sains dalam aktiviti pengumpulan

data (Azizah Zain, 2015). Malahan, kanak-kanak bertindak memilih sendiri bahan dan alat

radas yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu penyiasatan.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa sesuatu penyiasatan ditentukan

oleh pendidik dengan berpandukan soalan kanak-kanak. Hal ini disebabkan kanak-kanak

tidak dapat mengemukakan idea secara jelas tentang aktiviti penyiasatan yang bersesuaian

selaras dengan soalan yang dikemukakan oleh mereka sendiri.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sesuatu aktiviti penerokaan dan penyiasatan menerusi Pendekatan Projek

dilihat bersesuaian bagi pembentukan pengetahuan dan konsep baharu yang diterokai sendiri

oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran kanak-kanak menerusi aktiviti penyiasatan,

perbincangan dan kajian lapangan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

menggunakan inisiatif sendiri dalam mencari maklumat baharu tentang sesuatu topik yang

diminati. Penyediaan aktiviti penyiasatan yang tepat oleh pendidik adalah penting bagi

mengekalkan minat serta motivasi kanak-kanak untuk bertindak aktif sebagai perantis muda

dalam menyiasat sesuatu perkara yang diterokai.

Page 14: PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI ... filepenyiasatan mendalam terhadap sesuatu topik yang diminati. Malah, kanak-kanak menggunakan inisiatif kendiri dalam melakukan

64

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

RUJUKAN

Azizah Zain. (2015). Pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan Dalam Meningkatkan

Komunikasi dan Kemahiran Sosial Kanak-kanak Prasekolah. (Tesis Doktor Falsafah

tidak Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bryman, A. (2012). Social research methods (4th ed.), 379-414. United States: Oxford

University Press.

Harlen, W. (2014). Helping Children’s Development of Inquiry Skills. Inquiry in Primary

Science Education (IPSE), 1, 1, 5-19. Diperolehi dari

http://www.esera2013.org.cy/conference.

Helm, J. H., & Katz, L.G. (2011). Young investigators: The project approach in the early years.

Teachers College Press.

Helm, J. H & Katz, L.G. (2015). Becoming young thinkers: Deep project work in the classroom.

Teachers College Press.

Katz, L. G, & Chard, S. C. (2000). Engaging children's minds: The project approach.

Greenwood Publishing Group.

Katz, L. G, Chard, S. C. & Kogan, Y. (2014). Engaging Children’s minds: The project

approach-third edition. United Stated of America: Praeger.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

2010. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expand sourcebook.

(2nd ed). Thousand Oaks: California.

Noor Miza Abdul Rahman. (2015). Pembinaan Modul Berasaskan Pendekatan Projek Untuk

Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi Murid Tadika (Tesis Doktor Falsafah tidak

diterbitkan). Universiti Sains Malaysia).

Noriati Rashid, Pong, Y.B. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan alam belajar.

Selangor: Oxford Fajar.

Yin, R. K. (2015). Qualitative research from start to finish. New York: The Guilford Publication.