26
PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN SEJARAH KEDAH BIN ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN SEJARAH

KEDAH BIN ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu
Page 3: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu
Page 4: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN SEJARAH

KEDAH BIN ALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Dan Pembangunan

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2008

Page 5: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu
Page 6: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dan Menguasai Sekalian Alam.

Istimewa ditujukan kepada kekasih hati anakanda, bondaku Pn.Sawiyah Bt Idris

Yang tersayang , isteriku ,Pn.Hjh.Zahriyah Bt Awang

Permata Hatiku , Aniza Bt Kedah

Terima kasih kepada kalian yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa yang

sentiasa memberi sokongan ,galakan dan kesabaran. Tidak dapat untukku jelaskan

dan ungkapkan dengan perkataan semoga Allah sentiasa melindungi dan

dipanjangkan umur kalian bertiga.

Juga,

Buat rakan-rakan yang banyak membantu , berkorban masa ,dan sentiasa

memotivasikan untuk menguatkan sokongan terhadap penulisan tesis ini. Terima

kasih atas kesudian kalian mendengar segala masalah .

Anggaplah ini sebagai permulaan bagi kejayaan masa depan.

Jasa dan budi kalian amatlah dihargai.

Page 7: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

yang tulus ikhlas kepada penyelia projek Prof. Madya Dr. Baharin bin Abu yang

telah memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh penyediaan projek ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada para pensyarah, tenaga

pengajar dan kakitangan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang

telah mencurahkan ilmu serta kerjasama yang telah diberikan semasa pengajian saya

di sini. Penghargaan juga diberikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Pengetua Sekolah

Menengah Tasek Utara Johor Bahru, Pengetua Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru,

Pengetua Sekolah Menengah Sultan Ismail Johor Bahru, Pengetua Sekolah

Menengah Mohd Khalid Johor Bahru, Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar Johor

Bahru, Pengetua Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru, dan

Pengetua Sekolah Menengah Infant Jesus Convent Johor Bahru kerana memberikan

kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kajian. Terima kasih juga kepada guru-

guru yang terlibat memberikan maklum balas sehingga projek ini disiapkan.

Page 8: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

v

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru-guru mata

pelajaran Sejarah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap

penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran dan menentukan tahap

pengaplikasian konsep dan amalan Penyeliaan Klinikal serta melihat keberkesanan

penyeliaan pengajaran. Kajian tinjauan ini dijalankan melalui soal selidik ke atas 7

buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru. Responden kajian terdiri daripada 37 orang

guru. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis melalui perisian ‘Statistical

Package For Social Sciences’(SPSS 11.5 for Windows). Min, peratusan, dan sisihan

piawai digunakan dalam menganalisis data. Ujian-t dan ANOVA Sehala pada aras

signifikan α = 0.05 telah digunakan dalam menguji hipotesis. Dapatan kajian

mendapati sikap penerimaan guru Sejarah berada pada tahap tinggi, dan tahap

pengaplikasian Penyeliaan Klinikal berada pada tahap sederhana. Manakala tahap

keberkesanan penyeliaan berada pada aras tinggi. Walau bagaimanapun, masih

terdapat ruang untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan

profesion perguruan, perkongsian maklumat, dan memberi bantuan dalam pengajaran

dapat dilakukan dari aspek penyeliaan pengajaran. Kajian lanjutan untuk melihat

kemahiran dan kesediaan penyelia untuk menyelia perlu dijalankan untuk

memperbaiki keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah.

Page 9: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

vi

ABSTRACT

The purpose of the study is to investigate teaching supervision among History Teachers at 7 Premier Schools in the District of Johor Bahru. The study examines the acceptance of History Teachers towards the teaching supervision and to determine the level of application of the concept and practice of Clinical Supervision and also to identify the effectiveness of teaching supervision. This research was carried out via questionnaires where 37 respondents took part in the questionnaire. The data was gathered quantitatively and analyzed by Statistical Package for Social Sciences (SPSS 11.5 for Windows). Mean value, percentages and standard deviation were used to analyze the data. T-test and One-way ANOVA at ( alpha ) α = 0.05 have been used to test the hypothesis. The research found that teachers’ acceptance towards the supervision in teaching was high while the application level of Clinical Supervision was moderate. But the level of the effectiveness of supervision was high. However there are still many rooms to improve the quality of teaching, strengthen the teaching profession, and information sharing. Assistance in teaching can be extended in the aspect of the teaching and supervision. Further studies are needed to look at the skills and the supervisor’s readiness to supervise, to improve the effectiveness of teaching supervision in schools.

.

Page 10: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

TAJUK i

DEKLARASI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN

iv333333333333333hkSENARAI ISTILAH / SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

Page 11: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

viii

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Kajian 10

1.10 Kerangka Konsep kajian 11

1.11 Kesimpulan 13

2 SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Konsep Penyeliaan 15

2.3 Kepentingan Kajian 16

2.4 Kriteria Dalam Penyeliaan 18

2.5 Pendekatan dan Model Penyeliaan 24

2.6 Proses Lima Tahap Goldhammer 26

2.7 Panduan Menggunakan Penyeliaan Klinikal 31

2.8 Sikap Terhadap Penyeliaan Pengajaran 34

2.9 Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran 36

2.10 Kesimpulan 41

3 METODOLOGI KAJIAN 42

3.1 Pendahuluan 42

3.2 Reka Bentuk Kajian. 43

3.3 Lokasi Kajian 44

Page 12: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

ix

3.4 Instrumen Kajian 45

3.5 Kajian Rintis 47

3.6 Prosedur Kajian 48

3.7 Analisis Data 49

3.8 Kesimpulan 51

4 ANALISIS KAJIAN 52

4.1 Pendahuluan 52

4.2 Latar Belakang Responden 53

4.3 Deskriptif Item 57

4.4 Analisis Tahap 64

4.5 Analisis Perbandingan 65

4.6 Kesimpulan 72

5 ULASAN DAN PERBINCANGAN 73

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 75

5.3.1 Perbezaan sikap penerimaan para guru Sejarah daerah 76

Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan

jantina, pengalaman dan kelulusan akademik guru

5.3.2 Tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam 79

pengajaran Sejarah oleh pengetua atau wakilnya

Page 13: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

x

5.3.3 Keberkesanan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru 81

Sejarah di daerah Johor Bahru

5.4 Cadangan Penyelidik 83

5.5 Cadangan Lanjutan 85

5.6 Kesimpulan 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 95

Page 14: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Populasi 44

3.2 Taburan item daripada Aspek Penerimaan Penyeliaan

Pengajaran, Pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dan

Keberkesanan Penyeliaan

47

3.3 Kaedah Analisis Data 50

3.4 Analisis Rumusan Min 50

4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

sekolah

53

4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 54

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut etnik 54

4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

kelulusan ikhtisas

54

4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

pengalaman mengajar

55

Page 15: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

xii

NO.

JADUAL TAJUK HALAMAN

4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

penyelia yang paling kerap menyelia

56

4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut cara

penyeliaan yang pernah dialami

57

4.8 Maklumbalas responden terhadap setiap item sikap

penerimaan

58

4.9 Maklumbalas responden terhadap setiap item konsep dan

amalan Penyeliaan Klinikal

59

4.10 Maklumbalas responden terhadap setiap item keberkesanan

penyeliaan pengajaran

61

4.11 Analisis min dan tahap penerimaan guru terhadap

penyeliaan dan amalan Penyeliaan Klinikal

65

4.12 Analisis Ujian-t perbandingan penerimaan guru terhadap

penyeliaan mengikut jantina

66

4.13 Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan

penerimaan guru terhadap penyeliaan mengikut kelulusan

ikhtisas

67

4.14 Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan

penerimaan guru terhadap penyeliaan mengikut

pengalaman mengajar

68

Page 16: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

xiii

SENARAI CARTA

NO.

CARTA TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Konsep Kajian

12

Page 17: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

xiv

SENARAI ISTILAH / SINGKATAN

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

GPK - Guru Penolong Kanan

HEM - Hal Ehwal Murid

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Page 18: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 68

B Surat Kebenaran JPNJ Untuk Menjalankan Kajian 103

C Surat Kebenaran KPM Untuk Menjalankan Kajian 105

D Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 107

Page 19: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh

seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu guru bertujuan

untuk melihat dan memantau keberkesanan pengajaran di samping

memperkembangkan potensi diri serta dapat menangani kekurangan dan kelemahan

yang sedia ada. Selain itu, penyeliaan penting dalam mendorong, menyelaras, dan

membimbing guru supaya mereka berupaya melakukan semua fungsi berkaitan

pengajaran dengan sebaik-baiknya, agar berkesan, serta efektif. Di pihak pengurusan

Page 20: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

2

sekolah, penyeliaan pengajaran merupakan satu alat atau mekanisme yang digunakan

untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran (Muaz Abd.Karim, 2000).

Penyeliaan yang dilakukan membolehkan seseorang penyelia dan guru yang

diselia lebih memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka

untuk dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

3/1987, bertarikh 11 November 1987 KP(BS)8591/Jld. 11(77) yang bertajuk

‘Penyeliaan Pengajaran di Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah’(Rujuk

lampiran). Di samping berperanan sebagai pemimpin profesional sekolah,

tanggungjawab utama seseorang pengetua adalah untuk memastikan kejayaan

pelaksanaan kurikulum berlaku melalui proses pengajaran-pembelajaran oleh para

guru di sekolahnya. Pada masa yang sama para pengetua berserta para pentadbirnya

harus memastikan proses penyeliaan pengajaran dilaksanakan seperti yang

diamanahkan oleh pihak Kementterian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti penyeliaan pengajaran menjadi salah satu isu utama senarai tugas

serta tanggungjawab seseorang pengetua yang telah dimandatkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia. Ia perlu dilaksanakan secara bersistem dan berlandaskan

hubungan profesionalisme guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Penekanan

kepada aspek ini sepatutnya menjadi amalan para pemimpin pendidikan masa

kini(Sergiovanni dan Starrat, 2002; Glickman, Gordon dan Ross-Gordon, 1995; dan

Muaz Abd Karim, 2000).

Penyeliaan pada masa kini lebih bercorak perbincangan dan berbentuk

klinikal turut memfokuskan kepada peningkatan pengajaran apabila adanya interaksi

Page 21: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

3

atau melalui perbincangan dan pertukaran idea antara penyelia dan guru Surat

pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, 11November 1987 KP(BS)8591/Jld.11(77).

1.2 Latar Belakang Masalah

Sergiovanni dan Starrat (2002), menyatakan bahawa penyeliaan adalah satu

aktiviti yang memfokuskan kepada peningkatan pengajaran apabila adanya hubungan

yang disengajakan dan saling berinteraksi antara organisasi kepimpinan, profesion

pendidikan dan pengajaran. Pihak pentadbiran dan para pendidik harus mahir serta

memahami kepentingan penyeliaan agar matlamat memaksimumkan kaberkesanan

pengajaran-pembelajaran itu tercapai.

Semua guru harus mempunyai tanggapan baik terhadap proses penyeliaan

yang dijalankan atas mereka. Manakala Glickman (1995) mengatakan penyeliaan

berperanan sebagai penggerak kepada perubahan sikap guru, keyakinan diri dan

mempertingkatkan kesedaran guru ke arah mewujudkan atmosfera sekolah yang

efektif. Tanner dan Tanner (1987) pula menitikberatkan Penyeliaan Klinikal dalam

program penyeliaan pengajaran khususnya dalam pengembangan profesionalisme

para guru. Satu bentuk penyeliaan pengajaran yang bercorak perbincangan dan

bimbingan serta nasihat amat diperlukan dalam penambahbaikan dan peningkatan

prestasi pengajaran. Di sekolah didapati para pengetua atau wakil yang diberi kuasa

Page 22: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

4

untuk menyelia tidak melakukannya secara sistematik, tetapi hanya melakukannya

kadang kala dan menyemak buku persediaan mengajar sahaja (Hashim Hamad,

2000).

Dalam dunia pendidikan masa kini sekolah biasanya lebih mementingkan

hasil prestasi akademik pelajar berbanding proses untuk menghasilkan ‘output’

tersebut. Mulai bulan Februari 2005, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah

mewajibkan pihak sekolah menghantar laporan penyeliaan sebulan sekali berbanding

tiga bulan sekali seperti sebelumnya. Justeru, sesuatu bentuk penyeliaan pengajaran

yang bercorak perbincangan, bimbingan dan nasihat amat diperlukan dalam

penambahbaikan dan peningkatan prestasi pelajaran. Ini membuktikan bahawa aspek

penyeliaan semakin diambil berat dalam dunia pendidikan kini.

Para pengetua mempunyai tanggungjawab yang besar atas kemajuan

pelajaran dan semua staf bawah pimpinannya. Alma Harris (2003) berpendapat

bahawa sebagai seorang pemimpin pengajaran, pengetua harus mengetahui

perkembangan dan penilaian guru serta bervisi jauh dan mempunyai akauntabiliti

dalam profesion. Mereka harus berperanan sebagai penggerak utama dalam

melicinkan proses penyeliaan di sekolah-sekolah agar semua guru mempunyai sikap

penerimaan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran, serta memandang positif

terhadap penyeliaan demi pembangunan pengajaran.

Sebuah akhbar tempatan pernah melaporkan bahawa 60% daripada guru di

Malaysia takut untuk diselia (Mohd Nor Mohd Zain, 1999). Fenomena ini akan

bertambah serius jika para penyelia tidak mengaplikasikan langkah penyeliaan yang

Page 23: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

5

sewajarnya ketika menjalankan penyeliaan dan sukar untuk keberkesanan pengajaran

para guru. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk menilai penyeliaan

pengajaran guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyeliaan pengajaran merupakan satu usaha yang dilakukan untuk

membimbing guru berfungsi sebagai pengajar yang efektif dan berketrampilan dalam

profesion, namun terdapat juga guru yang bukan sahaja takut serta ragu-ragu untuk

diselia malah kurang percaya serta yakin terhadap kesignifikanan proses penyeliaan

dalam menyumbangkan profesionalisme keguruan. Terdapat sebilangan guru masa

kini merasakan bahawa mereka sudah cukup terlatih di institut-institut perguruan

serta di universiti-universiti dan mereka tidak perlu diselia lagi. Ada juga guru yang

ragu-ragu terhadap kewibawaan, kebolehan, kemahiran, dan kepakaran penyelia

dalam penyeliaan(Ramaiah, 1995). Walau bagaimanapun terdapat juga guru yang

berpandangan positif dan yakin bahawa penyeliaan akan membawa manfaat dalam

meningkatkan keberkesanan pengajaran sekiranya ia dapat dilakukan dalam suasana

berkerjasama(Zainuddin Muhammad, 1998). Sebenarnya, penyeliaan pengajaran

bukan sahaja sekadar menilai, tetapi juga menyokong dan membantu guru dalam

proses pengajaran.

Page 24: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

6

Di samping itu, beberapa kajian telah dijalankan menjelaskan ketidakyakinan

guru terhadap proses penyeliaan. Antaranya adalah seperti pandangan daripada

Bajunid, Ibrahim Ahmad (1995) yang mengatakan bahawa penyeliaan masih belum

dapat memperoleh kepercayaan para guru serta pandangan Muaz Abd Karim (2002)

pula mengatakan bahawa terdapat ramai guru masih ragu-ragu terhadap penyeliaan

yang dijalankan terhadap mereka.

Hasil pembuktian kajian-kajian yang dinyatakan di atas jika diteliti

menjelaskan hakikat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyeliaan

dilihat sebagai satu bentuk pemantauan dan bukan berbentuk perbincangan (Sullivan

dan Glantz , 2000). Penyeliaan yang dijalankan seharusnya lebih berbentuk klinikal

daripada ‘developmental’ (Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.3 , 1987). Tanggapan ini

haruslah diperbetulkan segera.

Oleh yang demikian kajian ini dibuat untuk mengkaji dan menilai penyeliaan

pengajaran dalam kalangan guru-guru. Kajian dijalankan terhadap guru-guru Sejarah

di tujuh buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru bertujuan untuk mempertingkatkan

proses dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu

sikap penerimaan para guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap pengaplikasian

Penyeliaan Klinikal, dan keberkesanan penyeliaan pengajaran.

Page 25: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini diharap dapat mencapai objektif berikut :-

i) Mengenalpasti sikap penerimaan guru Sejarah di 7 buah Sekolah

Kawalan di Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran dan

menentukan perbezaan sikap penerimaan guru Sejarah ini terhadap

penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina, pengalaman, dan

kelulusan akademik.

ii) Menentukan tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam

pengajaran Sejarah.

iii) Mengkaji keberkesanan penyeliaan pengajaran terhadap

profesionalisme pengajaran Sejarah daerah Johor Bahru.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif pada bahagian 1.3, persoalan berikut

dikemukakan bagi memperoleh penjelasan:

i) Apakah sikap penerimaan guru Sejarah di 7 buah Sekolah Kawalan di

Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran dan adakah terdapat

perbezaan sikap penerimaan berdasarkan jantina, pengalaman, dan

kelulusan akademik guru.

Page 26: PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN · PDF filePenyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu

8

ii) Apakah tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam pengajaran

Sejarah.

iii) Adakah penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru Sejarah di daerah

Johor Bahru berkesan?

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian di atas, tiga hipotesis nol ( Ho )

dibina seperti di bawah :

Hipotesis 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan guru

Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina

guru.

Hipotesis 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan guru

Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan

pengalaman.

Hipotesis 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran

berdasarkan kelulusan akademik.