Penggunaan Teknik Terapi Bermain Bagi Murid Hyperaktif

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Penggunaan Teknik Terapi Bermain Bagi Murid Hyperaktif

    1/3

    PENGGUNAAN TEKNIK TERAPI BERMAIN BAGI MURID HYPERAKTIF (ADHD)

    Persatuan Terapi Bermain mentakrifkan terapi bermain sebagai pnggunaan

    secara sistematik model tereotikal untuk membentuk proses interpersonal. Ini

    dilakukan apabila pakar terapi bermain terlatih menggunakan kuasa teerapeutik

    bermain, untuk membantu murid mencegah atau menyelesaikan masalah

    psikososial dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan optimum (Mok Soon

    Sang, 2011)

    Oleh itu, terapi bermain menggunakan model-model teori untuk mencipta satu

    proses interpersonal dimana guru menggunakan cara bermain untuk membantu

    murid menyelesaikan cabaran psikososial dan mencapai pertumbuhan

    optimum. Terapi bermain berpeluang untuk mendiagnosis seseorang. terapi ini

    dapat diperhatikan melalui bermain menggunakan alat permainan dan ianya

    digunakan untuk mengenalpasti gangguan tingkah laku seseorang.

    Pelan rawatan melalui terapi bermain digunakan sebagai intervensi asas

    untuk pelbagai keadaan kesihatan mental seperti pengurusan marah, kesedihan,

    trauma, modifikasi gangguan tingkah laku, misalnya kebimbangan, depresi, attention

    deficit hyperactivity(ADHD), autism, perkembangan kognitif, sosial dan fizikal yang

    kurang kondusif, pembelajaran lewat dan tingkah laku bermasalah.

    Pengaplikasian terapi bermain untuk murid hiperaktif (ADHD) mengambil kira

    beberapa kriteria untuk disesuaikan dengan mereka

    supaya membantu mereka mengendalikan aktiviti yang berlebihan, melatih

    kemampuan murid memberikan perhatian kepada aktiviti tertentu, meningkatkan lagi

    keupayaan kendiri mereka dalam menunggu giliran serta mengendalikan sikap

    agresif mereka. Oleh itu, terapi bermain boleh digunakan dalam membantu murid

    hiperaktif (ADHD) dengan menggunakan prosedur seperti berikut:

    1. Tujuan dan matlamat bagi setiap sesi terapi bermain harus spesifik berdasarkan

    keadaan murid, dilakukan dengan berperingkat, berstruktur dan secara berterusan.

    Salah satu perkara yang perlu diperhatikan terhadap murid ADHD ini ialah sensitiviti

    mereka terhadap perubahan sehingga kita perlu membantu menciptakan rutin untuk

    mereka. Dalam hal ini, guru perlu membina satu carta yang konsisten yang

  • 8/12/2019 Penggunaan Teknik Terapi Bermain Bagi Murid Hyperaktif

    2/3

    meibatkan aturan waktu, aturan bermain, tempat dan jumlah alat permainan.

    Pemilihan ini juga perlu melihat kepada keadaan muridsama ada keupayaan dan

    kemahiran mereka serta tingkah laku yang ingin guru capai.

    Sebagai contoh guru menyediakan jadual permainan, mengkhususkan

    peralatan yang boleh digunakan dan menetapkan peraturan permainan yang

    adil. Bagi murid ADHD, guru melatih mereka untuk bersama menunggu giliran

    mereka demi mencapai matlamat permainan yang dijalankan oleh guru.

    2. Permainan yang digunakan hendaklah dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil

    dengan tahap dan cara pengajaran yang sama. Hal ini kerana, mereka sukar untuk

    mengorganisasikan masa mereka dan oleh itu, guru harus bijak dalam menjadikan

    permainan tersebut sebagai sub komponen.

    Sebagai contoh, dalam permainan doh yang melibatkan murid mengambil doh,

    mengambil acuan doh serta mengambil alas murid untuk membina doh

    dilakukan oleh guru secara berperingkat dan bukannya sekali gus. Oleh itu,

    murid dapat mengorganisasikan aktiviti murid untuk menjadi lebih teratur dan

    terkawal.

    3. Terapi yang hendak dijalankan juga hendakalah dilakukan dalam beberapa

    peringkat iaitu yang pertama, dengan seorang murid dalam satu tempat yang

    khusus seperti di dalam bilik kaunseling, kemudian melibatkan murid lain dalam

    permainan bersama dengan rakannya yang lain. Seterusnya, ia akan membawa

    kepada penglibatan kelompok yang lebih besar. Permainan sosial ini harus

    dirancang guru untuk membantu murid mengembangkan kebolehan berinteraksi

    dengan rakan yang lain.

    Sebagai contoh, murid ADHD diberi peluang untuk bermain doh secara

    bersendirian. Kemudian, guru menjalankan aktiviti bermain doh dengan murid-

    murid yang lain seterusnya membawa murid di luar kelas untuk aktiviti

    membina istana pasir. Kawalan guru secara berperingkat dalam membantu

    murid ADHD ini mengawal sikap agresif dalam diri serta menjaga ketrampilan

    bersosial.

  • 8/12/2019 Penggunaan Teknik Terapi Bermain Bagi Murid Hyperaktif

    3/3

    4. Terapi bagi murid ADHD tidak hanya dilakukan dengan menggunakan terapi

    inisahaja kerana penghidap ADHD ini merupakan gangguan

    yang berkaitan otak, oleh itu, ia dilakukan bersama-sama dengan terapi yang

    lain, seperti terapi farmakologi. Perancangan program terapi yang dijalankan juga

    seharusnya disusun dengan sistematik dan berstruktur.

    5. Terapi bermain juga dijalankan oleh guru yang berpengalaman dan terlatih

    kerana ia melibatkan keupayaan guru menangani murid ADHD yang memerlukan

    kesabaran dan ketabahan yang tinggi.

    6. Kejayaan pelaksanaan terapi bermain juga ditentukan oleh hubungan murid

    ADHD dengan keluarga mereka. Hal ini berkaitan dengan proses pemelihara

    peribadi yang terbentuk sepanjang terapi dijalankan dengan kehidupan sebenar

    murid.

    7. Selain itu, pelaksanaan terapi bermain bagi murid ADHD ini harus sentiasa

    diingatkan dengan memperkenalkan peraturan dan pengendalian aktiviti

    murid.Hal ini berbeza dengan murid biasa yang diberi peluang untuk

    mengeksplorasi permainan yang dijalankan oleh guru.

    8. Akhir sekali, terapi bermain yang dilakukan untuk murid ADHD dapat

    mengurangkan atau menghilangkan tingkah laku agresif, tingkah laku

    menyakitkan diri sendiri, dan mengurangkah tingkah laku yang tidak

    bermanfaat.Hal ini dapat dilakukan dengan melatih murid membuat pergerakan

    tertentu seperti bertepuk tangan, merentangkan tangan, menyusun blok serta

    bermain permainan yang lain. Dengan memperkenalkan gerakan dan alat

    permainan yang pelbagai, guru berupaya mengalihkan sikap agresif dalam diri

    murid ADHD seperti menggangu rakan-rakan semasa pengajaran dan

    pembelajaran berlansung atau berlari di dalam kelas.