27
CONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina bt Dani, PhD Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Abstrak Psikolinguistik ialah ilmu yang menggarap hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia, yang sekali gus menjadi pemacu nilai budi. Nilai budi ini disalurkan melalui subdisiplin psikolinguistik, iaitu psikolinguistik teoretis, perkembangan, sosial, pendidikan, eksperimen, terapan, dan neuropsikolinguistik berdasarkan topik khusus seperti pemerolehan bahasa, pemelajaran bahasa, pertalian pengetahuan bahasa dengan penggunaan bahasa, perbedaan bahasa manusia dengan haiwan, dan hubungan bahasa dengan otak dan pemikiran. Pengenalan Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda tentang seseorang atau kelompok orang sebagai baik dan berharga. Budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, sifat baik, perbuatan baik, dan kebajikan. Tidak banyak yang terfikir bahawa psikolinguistik boleh menjadi pemacu nilai budi. Sebagai contoh, dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak belajar konsep waktu, ruang, dan sebab-akibat terlebih dahulu kerana keperluan untuk berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Kanak-kanak akan menguasai konsep yang perlu secara beransur-ansur sehinggalah kanak-kanak mencapai usia kira-kira 6 - 7 tahun. Dengan menggunakan bahasa pertama, kanak-kanak belajar menjadi anggota 1

Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

  • Upload
    vudung

  • View
    239

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

CONTOH MAKALAH KUMPULAN

Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi

Che Ibrahim bin Salleh, PhDNoor Aina bt Dani, PhD

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Abstrak

Psikolinguistik ialah ilmu yang menggarap hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia, yang sekali gus menjadi pemacu nilai budi. Nilai budi ini disalurkan melalui subdisiplin psikolinguistik, iaitu psikolinguistik teoretis, perkembangan, sosial, pendidikan, eksperimen, terapan, dan neuropsikolinguistik berdasarkan topik khusus seperti pemerolehan bahasa, pemelajaran bahasa, pertalian pengetahuan bahasa dengan penggunaan bahasa, perbedaan bahasa manusia dengan haiwan, dan hubungan bahasa dengan otak dan pemikiran.

Pengenalan

Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda tentang seseorang atau kelompok orang sebagai baik dan berharga. Budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, sifat baik, perbuatan baik, dan kebajikan. Tidak banyak yang terfikir bahawa psikolinguistik boleh menjadi pemacu nilai budi. Sebagai contoh, dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak belajar konsep waktu, ruang, dan sebab-akibat terlebih dahulu kerana keperluan untuk berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Kanak-kanak akan menguasai konsep yang perlu secara beransur-ansur sehinggalah kanak-kanak mencapai usia kira-kira 6 - 7 tahun. Dengan menggunakan bahasa pertama, kanak-kanak belajar menjadi anggota masyarakat. Bahasa pertama menjadi wahana untuk mengungkapkan perasaan, keinginan, dan pendirian. Kanak-kanak belajar pula bahawa ada bentuk bahasa yang tidak dapat diterima oleh anggota masyarakatnya, dan bahawa dia tidak boleh mengungkapkan perasaannya dengan sewenang-wenang. Percakapan yang dituturkan dengan sewenang-wenang oleh seorang kanak-kanak masih boleh dimaafkan, tetapi kanak-kanak tersebut mesti mulai belajar bahawa terdapat nilai budi masyarakat yang perlu diberikan perhatian dan dituruti, yang berubah mengikut kehendak zaman.

Psikolinguistik

Psikolinguistik terdiri daripada gabungan dua ilmu, iaitu psikologi dan linguistik. Pada tahun awal penyebarannya, psikolinguistik dikenali sebagai psikologi bahasa. Psikologi

1

Page 2: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya yang berhubung dengan perlakuan manusia. Linguistik lebih dikenali sebagai ilmu yang berkaitan dengan bahasa. Berbanding psikologi, masyarakat lebih memahami ilmu linguistik. Pada dasarnya, kedua-dua ilmu, iaitu psikologi dan linguistik mempunyai pendekatan dan tujuan kajian yang berlainan tetapi sama-sama menjalankan pengkajian bahasa. Elemen psikologi yang dipentingkan dalam psikolinguistik ialah proses yang berlaku sewaktu manusia bertutur dan memahami pertuturan. Elemen linguistik pula ialah penggunaan bahasa. Psikolinguistik menggabungkan elemen psikologi dengan linguistik. Sebab itulah maka ada pendapat yang mengatakan bahawa psikolinguistik terletak di sempadan antara ilmu psikologi dengan linguistik. Hal ini bermakna, psikolinguistik mengambil sedikit elemen psikologi dan sedikit elemen linguistik. Pendek kata, perkara yang dipelajari dalam psikolinguistik ialah proses yang mendasari kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa.

Kadang-kadang psikolinguistik dianggap sebagai satu kajian tentang bahasa dan minda, namun yang jelas ialah psikolinguistik menghubungkan ilmu psikologi dengan linguistik. Bagi mereka yang berminat terhadap ilmu psikolinguistik, tujuan kajian adalah untuk mengkaji struktur dan proses yang mendasari kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa. Pengkaji bukan hanya berminat dengan interaksi bahasa sesama manusia, malah berusaha untuk menerobos ke dalam diri manusia dan mengkaji proses yang sedang berlaku ketika individu bertutur dan memahami bahasa.

Pemacu Nilai Budi

Pemacu ialah perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan atau perisian lain. Dalam konteks kertas kerja ini, ilmu psikolinguistik dianggap sebagai alat atau perkakas yang dapat menggesa pengamal menyalurkan nilai budi terhadap golongan sasar secara sedar atau tidak sedar.

Nilai Budi Psikologis dan Linguis

Psikologis dan linguis sama-sama terlibat dalam kajian psikolinguistik. Kedua-duanya boleh diklasifikasikan sebagai saintis sosial. Mereka lebih dikenali sebagai psikolinguis. Pendekatan kajian yang digunakan adalah sama kerana semua saintis sosial bekerja dengan tatacara yang sama. Mereka memulakan kajian dengan membentuk hipotesis dan mengakhiri kajian dengan menguji hipotesis. Sebagai contoh, psikolinguis mungkin membuat hipotesis bahawa pertuturan orang yang sedang menghidap penyakit sistem saraf akan bersepai mengikut susunan yang tertentu. Berdasarkan hipotesis tersebut, psikolinguis menganggap bahawa binaan pertuturan yang paling baharu dipelajari oleh si pesakit adalah yang paling cepat lenyap daripada ingatannya. Kemudian hipotesis akan diuji berdasarkan data yang dikutip daripada pertuturan si pesakit. Pada ketika inilah pendekatan yang digunakan oleh psikologis dan linguis nampak berlainan kerana psikologis menguji kebenaran hipotesis kajian bersandarkan eksperimen yang terkawal, yang dijalankan dengan berhati-hati. Sebaliknya, linguis menguji hipotesis kajiannya

2

Page 3: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

bersandarkan senarai semakan beberapa ujaran spontan yang dituturkan oleh si pesakit. Pendekatan kajian psikologis dan linguis dari segi tatacara adalah sama dan ini merupakan satu nilai yang baik. Meskipun peringkat pengujian kebenaran hipotesis kedua-dua belah pihak adalah berlainan, secara logik pendirian ini dipertahankan kerana kumpulan masing-masing telah menetapkan nilai untuk membolehkan kesahan sesuatu hasil kajian.

Linguis berpendapat bahawa ketegaran situasi eksperimen kadang-kadang boleh mengabui keputusan sesuatu kajian. Tetapi ada pihak lain yang berpendapat bahawa tiada mana-mana cara yang dianggap betul atau salah jika satu pihak sanggup bekerjasama dan berminat dengan penemuan pihak yang kedua. Tambahan pula, hasil kajian kedua-dua belah pihak dapat menjadi satu kelebihan kerana menggunakan dua pendekatan untuk satu subjek, iaitu psikolinguistik. Sekiranya keputusan kajian daripada kedua-dua belah pihak berpadanan, maka hal ini merupakan satu petanda yang membawa kemajuan dalam ilmu psikolinguistik.

Subbidang Psikolinguistik

Dalam banyak hal, psikolinguistik boleh diumpamakan seperti hydra, iaitu seekor ular yang mempunyai banyak kepala. Ini demikian kerana subjek yang boleh diterokai dalam psikolinguistik seperti tiada hadnya (Aitchison, 1998). Tanenhaus (1988), seorang psikologis berpendapat bahawa menulis satu pandangan yang koheren tentang psikolinguistik samalah dengan usaha mencantumkan satu muka daripada identikit polis. Seseorang tidak dapat menggunakan kesemua cebisan gambar, tidak kira mana satu cebisan yang dipilih, cantuman yang terhasil tidaklah nampak betul sangat. Dalam keadaan yang seperti ini, orang yang pakar dalam bidang identikit sangat diperlukan supaya hasil cantuman menggambarkan wajah orang yang dicari.

Psikolinguistik telah berkembang dengan pesat sehingga melahirkan beberapa subbidang yang merangkumi psikolinguistik teoretis, psikolinguistik perkembangan, psikolinguistik sosial, psikolinguistik pendidikan, neuropsikolinguistik, psikolinguistik eksperimen, dan psikolinguistik terapan.

Psikolinguistik Teoretis membicarakan teori bahasa seperti teori mekanis dan teori mentalis. Golongan mekanis berpegang pada nilai bahawa proses pembelajaran perlu mengikuti prinsip rangsangan dan gerak balas. Rangsangan boleh jadi tingkah laku atau kebajakan yang memacu gerak balas. Golongan mentalis pula menilai minda sebagai pemacu proses pembelajaran yang utama. Psikolinguistik Perkembangan membicarakan pemerolehan bahasa melalui konteks dan situasi yang berlainan. Sebagai contoh, ada pemerolehan bahasa yang terhasil daripada peniruan. Di sini saya memberi gambaran seorang kanak-kanak yang belum lancar bercakap melihat abangnya menendang bola. Sambil menendang bola abangnya berkata,’Tendang bola...’ ‘tendang bola’. Kanak-kanak meniru dengan berkata, ‘Dang la...’ ‘dang la...’ Sekiranya kanak-kanak selalu mendengar abangnya menyebut frasa di

3

Page 4: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

atas, peniruan semakin mantap sehinggalah kanak-kanak boleh berkata, ‘Tendang bola’. Kualiti kekerapan mendengar ujaran si abang merupakan nilai yang pada akhirnya mendatangkan kebajikan dengan cara menambah kosa kata kanak-kanak berkenaan.

Psikolinguistik Sosial membicarakan aspek sosial bahasa. Sebagai contoh, Anak Melayu berkawan dengan anak Jawa. Di rumahnya, anak Melayu menghitung barang permainannya dengan menggunakan kata bilangan Jawa seperti iso, duwo, telu, papat, dan seterusnya. Kata bilangan tersebut dipelajari menerusi pergaulan sehari-harian dengan rakan sebayanya, iaitu anak Jawa. Kemampuan anak Melayu mengungkapkan fikiran sendiri menunjukkan nilai budinya. Dengan kata lain, nilai, iaitu perilaku mempelajari bahasa dalam situasi tidak formal sebegini memberi kebajikan kepada si anak untuk bergaul dengan lebih rapat sesama rakan sebaya.

Psikolinguistik Pendidikan membicarakan aspek pendidikan, terutama peranan bahasa dalam pengajaran membaca, kemampuan komunikatif, dan pengetahuan tentang peningkatan berbahasa seperti memperbaiki proses penyampaian buah fikiran. Misalnya, istilah dan konsep komunikatif berasal daripada tulisan Hymes (1972) yang pertama merumuskan definisi kemampuan komunikatif sebagai kemampuan untuk berkomunikasi dengan sesama manusia. Dalam berkomunikasi, yang dipentingkan bukan hanya bentuk bahasa dan makna kata yang tersurat, tetapi juga makna yang tersirat dalam suatu lakuan bahasa; yakni apa yang menjadi akibat atau kesan yang ditimbulkan oleh seorang penutur kepada pendengar. Ditinjau daripada pihak penutur, kita kenal lakuan bahasa tersurat, yakni: mengatakan sesuatu dalam erti “berkata”. Dengan mengucapkan lakuan bahasa tersurat, seorang penutur mengungkapkan nilai tersurat. Setiap wacana antara dua pihak selalu bermaksud untuk mencapai sesuatu tujuan daripada pihak penutur, dan suatu kesan pada pihak pendengar. Ini relevan dengan tujuan pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa yang dirumuskan sebagai “berkomunikasi secara wajar”.

Neuropsikolinguistik membicarakan hubungan bahasa dengan otak manusia. Usaha untuk memahami kerumitan kemampuan kognitif manusia telah dimulai berabad-abad yang lalu, dan hingga kini usaha tersebut tidak pernah berhenti. Salah satu saranan untuk meneliti kemampuan dan proses mental adalah dengan meneliti bahasa. Bahasa dikatakan berhubung erat dengan otak sebelah kiri manusia. Seorang ahli bernama Dr. Paul Broca mengatakan bahawa kemampuan berbahasa manusia berpusat di otak sebelah kiri. Broca melaporkan penemuannya bahawa luka atau sakit di bahagian depan otak sebelah kiri manusia mengakibatkan artikulasi kata yang kurang terang, bunyi ujaran yang kurang baik, ayat yang tidak gramatis, dan ketidaklancaran dalam berbicara. Mesikipun demikian, penderita penyakit tersebut mampu mengungkapkan ayat-ayat yang bermakna, sesuai dengan tujuan yang ingin disampaikan. Penyakit seperti ini dalam kalangan ahli neurologi disebut afasia Broca. Sebaliknya, kalau ada kerosakan di otak bahagian belakang, maka penutur mengucapkan bunyi ujaran yang lancar dan tidak terputus-putus, tetapi tidak ada maknanya bagi pendengar. Orang ini kehilangan kemampuan pemahaman, dan terjadi suatu pemisahan antara sintaksisi dengan makna semantik. Ini dibuktikan dalam ayat yang benar bentuknya, tetapi tidak ada makna sama sekali, atau berisi makna semantik yang sangat minimum, sehingga boleh dikatakan sukar dimengerti orang. Daerah otak bahagian belakang yang luka itu disebut daerah Wernicke sempena

4

Page 5: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

nama pengkajinya, Carl Wernicke. Jelas kepada kita betapa tinggi nilai budi kedua-dua pengkaji tersebut kerana penemuan mereka telah mengubah persepsi masyarakat umum tentang otak manusia yang sebelum ini dianggap oleh golongan behaviouris sebagai kotak hitam.

Psikolinguistik Eksperimen memperihalkan eksperimen dalam semua bidang yang melibatkan bahasa dan perangai berbahasa. Psikolinguistik Terapan pula memperihalkan penerapan subdisiplin psikolinguistik yang lain ke dalam bidang yang tertentu, seperti psikologi, linguistik, pendidikan, pengajaran dan pembelajaran bahasa, pengajaran membaca, neurologi, psikiatri, dan komunikasi. Kedua-dua subbidang ini menyerlahkan nilai budi yang merangkumi akal, kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, sifat baik, perbuatan baik, dan kebajikan.

Topik Penting dalam Psikolinguistik

Daripada banyak topik yang terangkum dalam psikolinguistik, lima yang popular adalah seperti yang berikut:

1. Pemerolehan bahasa pertama,2. Pembelajaran bahasa kedua,3. Pertalian pengetahuan bahasa dengan penggunaan bahasa, 4. Perbezaan bahasa manusia dengan komunikasi haiwan, dan5. Hubungan bahasa dengan otak dan pemikiran manusia.

1. Pemerolehan Bahasa Pertama

Adakah manusia pandai berbahasa kerana Tuhan menganugerahi manusia pengetahuan linguistik yang semula jadi? Atau adakah manusia mampu mempelajari bahasa kerana manusia ialah makhluk yang paling pintar, yang mahir menyelesaikan berbagai-bagai masalah? Inilah persoalan yang cuba dijawab oleh ahli psikolinguistik. Ahli psikolinguistik menumpukan perhatian kepada cara kanak-kanak memperoleh bahasa pertama (psikolinguistik perkembangan). Di samping pemerolehan bahasa pertama, ahli psikolinguistik juga berminat dengan proses memperoleh bahasa yang datang kemudian (pembelajaran bahasa kedua). Psikolinguistik perkembangan telah berkembang luas dan merupakan subbidang yang paling banyak ditulis dalam jurnal, teks, dan monograf.

Pemerolehan bahasa pertama dikatakan berlaku jika kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bahasa untuk kali yang pertama. Kanak-kanak yang dapat menguasai satu bahasa disebut ekabahasawan. Kalau yang diperoleh itu dua bahasa melalui proses pendedahan dua bahasa secara serentak, maka kanak-kanak itu disebut dwibahasa. Kalau yang diperoleh lebih daripada dua bahasa secara serentak, maka kanak-kanak itu disebut gandabahasa.

5

Page 6: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

Kanak-kanak yang menggunakan bentuk ujaran yang betul tidak semestinya sudah menguasai bahasa pertamanya kerana ujaran kanak-kanak boleh mengandungi erti yang lain daripada yang sebenar. Kanak-kanak boleh disebut menguasai bahasa pertamanya setelah kanak-kanak menguasai beberapa unsur penting yang ada kaitan dengan perkembangan kognitifnya. Konsep seperti waktu, ruang, dan sebab-akibat penting dalam penguasaan bahasa pertama kanak-kanak. Sebagai contoh, Nababan (1992) telah mengamati perkembangan bahasa seorang kanak-kanak perempuan yang berumur tiga tahun. Nababan menamakan kanak-kanak itu ‘Ani’. Ani mengucapkan ayat yang berikut pada waktu dan di tempat yang berlainan.

“kelmarin Ani pergi kebun binatang”.

kelmarin membawa maksud: waktu yang lampau, iaitu sebulan yang lalu, suatu hari cuti, atau seminggu yang lalu.

Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak akan belajar konsep waktu, ruang, dan sebab-akibat terlebih dahulu kerana keperluan untuk berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Kanak-kanak akan menguasai konsep yang perlu secara beransur-ansur sehinggalah kanak-kanak mencapai usia kira-kira 6 - 7 tahun. Dengan menggunakan bahasa pertama, seorang kanak-kanak belajar menjadi anggota masyarakat. Bahasa pertama menjadi wahana untuk mengungkapkan perasaan, keinginan, dan pendirian. Kanak-kanak belajar pula bahawa ada bentuk bahasa yang tidak dapat diterima oleh anggota masyarakatnya, dan bahawa dia tidak boleh mengungkapkan perasaannya dengan sewenang-wenang. Percakapan yang dituturkan dengan sewenang-wenang oleh seorang kanak-kanak masih boleh dimaafkan, tetapi kanak-kanak tersebut mesti mulai belajar bahawa terdapat norma masyarakat yang perlu diberi perhatian dan dituruti, yang berubah mengikut zaman. Sebagai contoh, pada zaman dahulu seorang kanak-kanak tidak dibenarkan sama sekali mengungkapkan pendiriannya atau memberi cadangan (“Oh, kamu tahu apa? kamu masih budak-budak!”).

Kanak-kanak yang normal akan memperoleh bahasa pertamanya dalam jangka waktu umur antara dua hingga enam tahun. Pemerolehan bahasa tetap berlaku walaupun bahasa yang didengar oleh kanak-kanak tidak gramatis atau mengandungi kesalahan struktur dan kosa kata. Mengikut Chomsky (1965), si anak bukan sahaja memperoleh rangsangan lalu memberikan tindak balas, bahkan minda kanak-kanak dilengkapi dengan alat pemerolehan bahasa yang semula jadi. Chomsky menamakan alat ini LAD atau Language Acquisition Device. LAD inilah yang membezakan manusia dengan haiwan dan merupakan ciri khas minda manusia yang tidak terdapat pada makhluk jenis lain. LAD mengandungi tatabahasa sejagat. Oleh itu, banyak ciri tatabahasa bahasa pertama tidak perlu dipelajari secara sedar. Diandaikan bahawa struktur dan pola bahasa yang ada dalam minda kanak-kanak adalah sama bagi semua bahasa di dunia dan bersifat sejagat.

6

Page 7: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

Mengikut Chomsky, oleh sebab semua orang mempunyai LAD, maka seorang kanak-kanak tidak perlu menghafal dan meniru pola ayat bahasa ibundanya tetapi masih mampu menguasai bahasa tertentu. Kanak-kanak dapat mengucapkan suatu ayat yang baharu dengan menerapkan kaedah tatabahasa yang diketahuinya secara tidak sedar melalui LAD.

Clark dan Clark (1977) pernah mempersoalkan jumlah bahasa yang dibawa sejak lahir dan yang dipelajari oleh kanak-kanak. Untuk menjawab pertanyaan ini mereka membandingkan dua pandangan yang bertentangan, iaitu pandangan Chomsky dan golongan Empirisme yang mengatakan bahawa bahasa yang dipelajari adalah hasil daripada pengalaman, sama dengan ketrampilan yang lain seperti berjalan, berbasikal, memandu kereta, dan bersopan-santun dalam masyarakat. Clark dan Clark mengambil sikap berkecuali. Mereka mengatakan bahawa tidak perlu wujud pertentangan antara kedua-dua pandangan tersebut sebab pihak yang mana benar atau salah tidak penting, tetapi lebih banyak persoalan tentang jumlah bahasa yang dibawa sejak lahir dan yang diperoleh daripada pembelajaran. Sudah tentu terdapat alat pemerolehan bahasa yang dibawa sejak lahir kalau kita dapat mempelajari sesuatu bahasa.

Peringkat pemerolehan bahasa yang dinyatakan dalam teks ini ialah peringkat linguistik yang terdiri daripada bebelan (vokalisasi), pertuturan satu kata (holofrasa), pertuturan dua dan tiga kata (telegrafik), dan perkembangan ayat kompleks. Terdapat perbezaan penghasilan pertuturan dalam kalangan kanak-kanak, kebanyakan perbezaan ini berakhir apabila kanak-kanak mencapai umur 4 atau 5 tahun. Meskipun masih ada struktur pasif dan kompleks yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak, apabila berumur 4 atau 5 tahun mereka telah dapat menghasilkan kebanyakan struktur bahasa yang berguna dalam interaksi seharian. Fenomena ini berlaku di seantero dunia tanpa mengira bahasa apa sekalipun. Sewaktu berusia 9 atau 10 tahun baharulah semua struktur bahasa ibunda diperoleh kanak-kanak.

Mengikut Aitchison (1999), kajian secara saintifik tentang pemerolehan bahasa bermula pada Januari, 1800 apabila seorang budak ditangkap di kawasan hutan berhampiran desa Saint-Sernin di daerah Aveyron, Perancis. Budak itu dianggarkan berusia 11 atau 12 tahun. Ketika ditemui budak itu berkeadaan bogel dan mengeluarkan suara seperti bunyi binatang, suara yang dikeluarkan dari tekak. Kelakuannya liar dan kelihatan seperti telah lama hidup bersendirian. Mungkin budak itu telah dibuang ke dalam hutan tetapi bila dan berapa umurnya pada waktu kejadian itu tidaklah dapat ditentukan kerana usaha mengesan latar belakang budak itu mengalami jalan buntu.

Kes Victor telah mendapat perhatian pelajar Perancis. Kes Victor menjadi tajuk perbahasan yang hangat antara pengikut Descartes dengan pengikut John Locke. Descartes percaya sejak lahir manusia mempunyai idea tertentu dalam minda. John Locke pula percaya manusia lahir tanpa idea tertentu dalam minda. Rumusan kajian Itard terhadap Victor antara lain ialah manusia dilahirkan seperti kain putih yang kosong.

7

Page 8: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

Pengalaman yang diperoleh daripada alam persekitaran dan masyarakatlah yang mencorakkan kain putih itu. Ternyata rumusan Itard ini menjurus pada falsafah yang diutarakan oleh John Locke.

Kes Victor, budak liar dari Aveyron merupakan kes anak yang dibuang, perbuatan yang bukan dianggap ganjil di beberapa tempat di dunia, terutama jika si anak disyaki terencat akal. Walaupun Victor hidup di dalam hutan, dia bebas merayau ke sana ke mari dan dapat pula membina kemahiran hidup yang sesuai dengan suasana rimba. Tetapi terdapat kes kanak-kanak yang diasingkan daripada masyarakatnya sendiri, dikurung dan disekat kebebasannya. Perbuatan ini berlaku kepada seorang budak perempuan, iaitu Genie.

Genie ditemukan pada akhir tahun 1970-an di sebuah bandar raya di Amerika Syarikat. Ketika ditemukan dia berusia kira-kira 13 tahun 6 bulan. Genie telah dikurung selama 12 tahun dalam bilik kecil di rumahnya oleh ayahnya. Selepas diselamatkan dan diajar bertutur, pertuturan Genie menampakkan sedikit kemajuan walaupun sudah lama mencapai peringkat dua-tiga kata (telegrafik). Pertuturannya tidak menggunakan ayat yang betul dan tiada artikel/kata sandang (the, a, an) dan kata sendi (in, on, of, at). Tetapi Genie dapat menyampaikan makna yang rumit seperti apabila dia teringat kisah silamnya dia akan berkata, Father take piece wood. Hit. Cry. Seperti kanak-kanak yang lain, Genie menggunakan bahasa untuk menyatakan permintaannya, bermain, dan berbohong. Cuma bezanya ialah Genie mengambil masa yang lama untuk sampai ke peringkat pertuturan dua-tiga kata (telegrafik). Kanak-kanak yang normal sampai ke peringkat telegrafik ketika berumur 1 tahun 6 bulan, sedangkan Genie sudah berumur 14 tahun. Seperti Victor, Genie tidak mampu mencapai peringkat pemerolehan bahasa yang sepatutnya meskipun mendapat penjagaan yang sempurna selepas diselamatkan oleh pihak yang berkuasa.

Pada tahun 1942, Marie Mason melaporkan satu kes yang berkaitan dengan Isabelle. Akibat dikurung bersama ibunya yang pekak dan bisu, budak itu hanya mula belajar bahasa selepas dibebaskan pada usia 6 ½ tahun. Dalam masa kurang daripada 2 tahun, Isabelle telah dapat menyesuaikan dirinya dengan hiruk-pikuk masyarakat manusia selepas 6 tahun berada dalam dunia yang terasing, sepi, dan ketakutan: Kanak-kanak ini kini sudah boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa selepas 6 ½ tahun berada dalam dunia isyarat yang primitif bersama ibunya yang pekak dan bisu. Pencapaian yang ditunjukkan oleh Isabelle sangat berbeza daripada Victor dan Genie.

Kes Helen, budak perempuan yang pekak dan buta juga telah mendapat perhatian para ilmuan. Helen Keller ialah seorang kanak-kanak yang pekak dan buta sejak pada peringkat awal perkembangan bahasanya. Helen dilahirkan normal, tetapi penyakit yang teruk menyebabkan dia pekak dan buta ketika berumur 19 bulan. Sebelum tragedi itu, Helen telahpun melalui peringkat awal pemerolehan bahasa. Setakat itu sahajalah pendedahan bahasa yang diperolehnya. 6 tahun kemudian, iaitu ketika Helen berumur 7 tahun, Anne Sullivan Macy diupah oleh ibu bapa Helen untuk mengajar Helen bercakap.

8

Page 9: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

Macy disyorkan menjadi guru bahasa Helen oleh Alexander Graham Bell, pencipta telefon. Walaupun Helen cacat, usaha Macy mengajar bahasa melalui deria sentuhan membuahkan hasil. Melalui deria sentuhan, Helen belajar bertutur dengan menyentuh alat artikulasi seperti bibir, lidah, dan anak tekak gurunya, Macy, ibu bapanya, dan orang lain. Selanjutnya, Helen belajar mentafsir dan menghasilkan Braille. Helen bergraduat daripada Radcliffe (Universiti Harvard) dengan kepujian kelas pertama dan menjadi pensyarah. Di samping berkhidmat untuk orang cacat, Helen juga menjadi penulis.

Bagaimanakah Helen boleh mencapai tahap kefasihan bahasa seperti yang dilakukannya itu? Mungkin juga kejayaannya itu kerana adanya pendedahan bahasa yang diterimanya ketika masih kecil. Selepas 6 tahun tidak didedahkan kepada bahasa, Helen mengambil masa yang lama untuk mempelajari perkataan yang pertama, iaitu water. Mungkin peringkat awal pengalaman bahasanya mempunyai kesan struktural yang berfaedah kepada otaknya, dan kesan struktural ini telah membolehkan Helen memperoleh bahasa pada kemudian hari.

2. Pembelajaran Bahasa Kedua

Pembelajaran bahasa kedua terjadi dengan bermacam-macam cara, untuk tujuan bermacam-macam, dan pada peringkat kebahasaan yang berlainan. Kebanyakan orang percaya bahawa kanak-kanak lebih cekap mempelajari bahasa kedua berbanding dengan orang dewasa. Pendapat ini berdasarkan pemerhatian ke atas pelajar muda yang dapat menguasai bahasa kedua dengan lebih cepat daripada orang dewasa.

Terdapat dua faktor dalam pembelajaran B2, iaitu psikologi dan sosial. Di bawah faktor psikologi, terdapat pemprosesan intelektual yang merangkum eksplikasi, induksi, daya ingatan, dan kemahiran motor. Apabila struktur dan peraturan bahasa kedua dijelaskan kepada pelajar dengan menggunakan bahasa ibundanya, maka cara ini disebut eksplikasi. Apabila struktur dan peraturan bahasa kedua dipelajari menerusi penemuan kendiri, maka cara ini disebut induksi. Daya ingatan penting dalam pembelajaran bahasa. Seseorang yang mempunyai daya ingatan yang telah rosak akibat kecederaan tidak dapat belajar bahasa ibundanya dengan sempurna, apatah lagi bahasa kedua. Sebutan yang betul pula mempunyai hubungan dengan keupayaan seseorang mengawal alat-alat artikulasinya seperti rahang, bibir, lidah, dan anak tekak. Kemahiran motor yang berkaitan dengan pertuturan patut dilatih sewaktu usia seseorang masih muda. Di bawah faktor sosial, terdapat dua situasi, iaitu situasi semula jadi dan situasi bilik darjah. Pembelajaran bahasa kedua berdasarkan situasi semula jadi lebih sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka banyak terdedah kepada aktiviti sosial rakan sebaya yang menggunakan bahasa kedua. Situasi bilik darjah lebih sesuai untuk orang dewasa kerana mereka telah cukup matang dengan persekitaran pembelajaran yang formal.

Terdapat lima matra dalam pembelajaran bahasa kedua. Lima matra tersebut ialah Mod Bahasa: Bertutur-Membaca; Makna: Objek Sebenar/Situasi-Terjemahan; Tatabahasa: Induksi–Eksplikasi; Psikologi: Mentalis–Behaviouris; dan Linguistik: Mentalis–Strukturalis. Dimensi ini tidak merangkumi semua aspek dan teori bahasa tetapi telah

9

Page 10: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

terbukti mengandungi prinsip utama yang perlu diterapkan dalam pembelajaran bahasa kedua.

3. Pertalian Pengetahuan Bahasa dengan Penggunaan Bahasa

Pakar linguistik lebih berminat untuk menghuraikan pengetahuan bahasa seseorang daripada mengkaji cara pengetahuan bahasa digunakan berdasarkan situasi yang sebenar. Jadi, bagaimanakah kita menghubungkan pengetahuan bahasa dengan penggunaan bahasa? Boleh dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang telah belajar sesuatu bahasa boleh melakukan tiga perkara yang berikut:

1 Memahami ayat atau ‘decode’ } PENGGUNAAN

2 Menghasilkan ayat atau ‘encode’ } BAHASA

3 Menyimpan pengetahuan linguistik } PENGETAHUANBAHASA

Kebanyakan pakar linguistik tulen lebih berminat dengan perkara ketiga (menyimpan pengetahuan linguistik) daripada yang pertama atau kedua.

Sewaktu seseorang mendengar sesuatu percakapan, bunyi percakapan diubah kepada konsep yang dapat difahaminya. Sewaktu seseorang mendengar orang lain bercakap dalam bahasa ibundanya, serangkaian bunyi percakapan itu dicantumkan menjadi kata-kata, seterusnya kata-kata bersatu pula menjadi frasa dan ayat. Tetapi, jika orang itu mendengar orang lain bercakap dalam bahasa yang tidak diketahuinya, yang didengar hanyalah serangkaian bunyi percakapan yang tidak bermakna. Dia tidak tahu letaknya batas kata, frasa, atau ayat. Akibatnya, pembatasan bunyi percakapan tidak dapat dilakukan kerana si pendengar tidak memahami tanda akustik bahasa tersebut. Si pendengar perlu mengetahui bahasa tersebut supaya dapat memancang bunyi percakapan berdasarkan suku kata yang betul. Makna sesuatu percakapan juga tidak akan difahami jika kita tidak mengetahui bahasa tersebut. Dalam usaha untuk memahami percakapan, pendengar perlu menggunakan pengetahuan linguistiknya untuk mengenali bunyi percakapan. Seseorang juga perlu menggunakan strategi tertentu supaya bunyi percakapan dapat disimpulkan menjadi mesej yang bermakna. Pakar komunikasi pernah menggambarkan proses yang terjadi sewaktu seseorang mendengar bunyi percakapan. Mengikut golongan ini, pendengar akan mengubah bunyi percakapan menjadi konsep. Sesudah proses ini selesai, bunyi percakapan yang pada asalnya terdiri daripada ayat tidak lagi diingat secara harfiah.

Secara umum, terdapat tiga tahap bunyi percakapan yang telah dikenal pasti, iaitu tahap pendengaran, fonetik, dan fonologi. Pada tahap pendengaran, pendengar menerima serangkaian bunyi percakapan, lalu menganalisis tanda akustik percakapan itu dengan singkat sebelum menyimpan hasilnya dalam memori. Pada tahap ini, belum ada potongan bunyi yang bermakna yang telah dikenal pasti. Kemudian, pada tahap fonetik, pendengar

10

Page 11: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

meneliti semula tanda akustik yang penting. Tanda itu dimasukkan ke dalam kelompok memori fonetik. Pada tahap fonologi, pendengar mengingat peraturan linguistik bahasanya dan membuat padanan berdasarkan kendala linguistik yang sedia ada. Hasil mutakhir ini dimasukkan ke dalam memori jangka pendek. Hal ini bermaksud, apabila mendengar sesuatu penyataan, pendengar akan memetik maklumat baru lalu menyimpannya dalam ingatan. Apabila mendengar sesuatu soalan, pendengar akan mencari maklumat yang berpadanan dengan soalan itu dan mendapatkan satu jawapan. Apabila mendengar sesuatu arahan atau permintaan, pendengar akan membuat keputusan yang bersesuaian dengan arahan atau permintaan itu mengikut kemahuannya. Apabila mendengar sesuatu ayat, pendengar akan memikirkan tindakan yang sepatutnya diambil, kemudian melakukannya. Terdapat proses mental yang membolehkan pendengar bertindak balas berdasarkan tafsiran ayat. Katakanlah seorang pendengar cuba memahami ayat yang berikut:

Ayat 1: Lelaki tua itu menyalakan cerutnya

Selepas mendengar ayat 1, si pendengar cuba memahami susunan ayat. Susunan perkataan ialah 1 lelaki 2 tua 3 itu 4 menyalakan 5 cerutnya. Untuk memahami susunan perkataan yang terdapat dalam ayat 1, seseorang perlu mengecam dan memastikan golongan kata yang terlibat. lelaki, tua, itu, bergabung membentuk 1 unit -satu frasa- yang menunjukkan satu entiti; cerutnya menunjukkan satu entiti yang lain; dan menyalakan menyatukan kedua-dua frasa itu menjadi unit yang lebih besar – satu ayat – yang menandakan satu peristiwa.

Pemahaman bermula dengan mengenal pasti struktur permukaan sesuatu ayat, iaitu perkataan, susunan, dan golongan kata. Kemudian pendengar perlu membina satu tafsiran untuk ayat 1. Apakah bentuk tafsiran ini? Sebelum dapat membuat tafsiran ayat, kita perlu bertanya apakah makna yang terkandung dalam ayat 1. Ayat 1 yang berbunyi, “Lelaki tua itu menyalakan cerutnya” merupakan cebisan maklumat yang memaparkan perkara yang berikut:

a. lelakib. lelaki itu tuac. cerutd. cerut itu kepunyaannya (lelaki tua)e. dia (lelaki tua) menyalakannya (cerut)

Idea utama dalam ayat 1 ialah (e) dia menyalakannya. Idea (a) hingga (d) wujud untuk menegaskan ‘lelaki’ dan ‘-nya’. ‘lelaki’ dikatakan tua; ‘-nya’ ialah cerut kepunyaan lelaki tua. Penerangan ini menggambarkan struktur dalaman ayat 1.

Bagaimanakah manusia menghasilkan bahasa? Penghasilan percakapan mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba menghasilkan percakapan, yakni bertutur. Sewaktu menghasilkan sesuatu percakapan, semua operasi pemahaman - fonologi, sintaksis, semantik, dan penyuntingan sosial mesti dilaksanakan. Tetapi kali ini

11

Page 12: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

susunan komponen tatabahasanya didahului oleh operasi semantik, kemudian diikuti oleh operasi sintaksis, dan akhir sekali baharulah operasi fonologi.

Operasi semantik dalam proses penghasilan percakapan ialah pemilihan perkataan yang sesuai dengan idea atau makna yang dihasratkan. Operasi sintaksis pula ialah pemilihan pola ayat yang sesuai dan dalam pola ayat inilah segala perkataan yang terpilih itu disusun. Operasi fonologi pula melibatkan penerbitan idea dalam bentuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sistem pertuturan - lidah, bibir, tenggorok dan seumpamanya.

Bahasa yang digunakan oleh penutur itu pula bergantung pada pendengarnya. Penutur mungkin menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan syarat si penutur dan si pendengar mengetahui bahasa berkenaan. Demikianlah perkataan yang digunakan oleh penutur berbeza-beza mengikut taraf si pendengar. Hal inilah yang disebut penyuntingan sosial dalam penghasilan percakapan.

Semua operasi tadi melibatkan keputusan yang dibuat secara tidak sedar dan dilaksanakan dengan serta merta. Segala operasi mental yang rumit dan kesukaran ketika membuat keputusan untuk menghasilkan sesuatu percakapan tidak ketara.

Dapatlah disimpulkan bahawa penghasilan percakapan melibatkan unit bahasa yang berlainan - fitur, segmen, morfem, kata, klausa, dan ayat. Unit-unit bahasa wujud dalam tatabahasa. Perkaitan yang sedemikian rupa menunjukkan bahawa sewaktu bercakap, kata-kata distruktur menjadi frasa sintaksis yang lebih besar. Kata-kata sedia tersimpan dalam memori sebelum fitur, segmen, atau perkataan disebarkan menjadi frasa atau sintaksis. Penyimpanan perkataan mesti berlaku terlebih dahulu sebelum sesuatu penghasilan percakapan kerana kita tidak memilih satu kata sahaja daripada kosa kata dalam fikiran kita lalu menyebutnya. Pada kebiasaannya, kita memilih beberapa perkataan, kemudian menyusun keseluruhan frasa atau ayat.

4. Perbezaan Bahasa Manusia dengan Komunikasi Haiwan

Dalam alam haiwan terdapat ciri komunikasi seperti kicauan, siulan sisit, desir, ngauman, dengkusan, gerak isyarat, salakan, dan bunyi dengung. Haiwan berkomunikasi dengan berbagai-bagai cara tetapi bukan semua bersifat semula jadi. Seperti juga manusia, haiwan mempunyai banyak sebab untuk menyampaikan maklumat: mendapatkan makanan, mencari pasangan, memberi amaran, atau menggertak yang lain, dan sebagainya.

Kebanyakan haiwan menggunakan bunyi isyarat, tapi ada juga yang mengggunakan cara yang lain untuk berkomunikasi. Bahan yang menerbitkan bau mungkin digunakan sebagai isyarat, contohnya semut. Semut meninggalkan kesan kimia supaya rakannya dapat mengekori laluannya semasa mencari makanan. Isyarat visual pula digunakan oleh anjing untuk menggertak atau menarik perhatian: menyeringai gigi dan menggerak-gerakkan ekor.

12

Page 13: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

Jenis komunikasi yang paling kompleks di hutan belentara turut melibatkan primat yang lebih tinggi kebolehannya. Richard Seyfarth dan Dorothy Cheney melaporkan bahawa monyet vervet yang liar membuat bunyi yang khusus, yang lebih rumit daripada yang pernah diketahui manusia. Sebagai contoh, bunyi panggilan amaran daripada monyet ini seakan-akan khusus untuk pemangsa. Satu jenis bunyi yang kasar menunjukkan ‘awas, helang menuju ke mari!’, jenis bunyi kasar yang lain pula menunjukkan ‘Awas, harimau bintang menuju ke mari!’.

Bunyi panggilan burung antara lainnya memberitahu bahawa burung itu sedia untuk mengawan, memberi amaran, dan mempertahankan kawasan. Seperti yang telah dikaji, bunyi panggilan burung dan lagu spesies yang tertentu sebahagian besarnya bersifat semula jadi. Namun bunyi panggilan dan lagu burung tidak akan terhasil kecuali anak burung terdedah dengan bunyi suara burung yang lebih dewasa. Yang menjadi minat pelajar bahasa ialah keupayaan spesies burung yang tertentu seperti burung kakaktua dan burung tiung, untuk meniru pertuturan manusia dengan kejelasan yang menakjubkan. Seekor burung boleh meniru satu siri frasa dan ayat , seperti, “Hello, how are you?’ dan “Get away from there!” Tetapi burung jarang dapat mengeluarkan satu ucapan berdasarkan konteks yang relevan. Ada burung yang boleh bertutur tetapi tiada seekor pun yang faham maksudnya. Juga burung tidak dapat menghasilkan ujaran selain yang dilatih.

Mari kita lihat pula cara lebah madu memberitahu lebah yang lain tentang kewujudan makanan di sekitar sarangnya. Lebah madu menggunakan deria pengelihatan dan sentuhan. Seekor lebah yang balik ke sarang akan melaporkan kepada lebah yang lain tentang makanan melalui beberapa siri pergerakan untuk memberitahu jarak sumber madu itu. Jika jauh, berapa jauh dan di mana arahnya. Lebah yang lain boleh memahami mesej bukan sahaja dengan melihat pergerakan tetapi juga dengan sentuhan, iaitu dengan merasa gerakan sesungut lebah peninjau. Yang lebih menarik, lebah peninjau yang balik daripada mencari sumber makanan tidak menunjukkan tariannya dengan serta merta sebaik sahaja sampai ke sarang. Lebah peninjau berihat dahulu dan hanya mempamerkan tariannya apabila ada penonton. Tarian yang dilakukan agak khusus, kerana dapat memberitahu lebah yang lain sudut yang mesti dipilih berdasarkan arah matahari sewaktu terbang meninggalkan sarang.

Seorang ahli etologis (sebab-sebab) Universiti Princeton, James Gould mendapati bahawa lebah madu bukan sahaja mampu menari dengan tepat untuk memberitahu lebah yang lain di mana makanan telah ditemukan. Dalam beberapa eksperimen, makanan diletakkan di sudut luar daripada tempat yang biasa dikunjungi oleh lebah madu. Lebah madu masih boleh mengetahui lokasi makanan yang baru itu. Masih belum ada penjelasan yang cukup tentang tingkah laku lebah yang telah dikenal pasti ini.

Bolehkah isyarat komunikatif yang semula jadi yang digunakan oleh haiwan di hutan belantara dianggap sebagai bahasa? Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat ciri bahasa manusia dan membandingkannya dengan isyarat komunikatif haiwan. Satu ciri bahasa manusia yang paling penting ialah kreativiti. Dengan menggunakan kata, seseorang berupaya mencipta sturktur ayat yang mudah, seperti ‘Lelaki itu lari’. Kita

13

Page 14: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

boleh membuat ayat yang lebih kompleks dengan menambah objek pada ayat: ‘Lelaki itu bermain gitar’. Kita boleh juga menambah klausa relatif pada ayat tadi: Lelaki yang membeli basikal itu bermain gitar’. Kita boleh tanya soalan:’Adakah lelaki yang membeli basikal itu bermain gitar?’ Kita boleh membuat ayat pasif: ‘Gitar itu dimainkan oleh lelaki yang membeli basikal’. Kita boleh membentuk struktur abstrak tentang peristiwa yang belum berlaku: ‘Jika semalam hujan, tentu saya telah membeli payung’. Bagi ayat yang terakhir ini, apa yang paling menakjubkan ialah tiada satu pun peristiwa yang diperkatakan itu, sama ada ‘hujan turun’ atau ‘membeli payung’ benar-benar berlaku.

Apabila kita melihat komunikasi haiwan, adalah jelas bahawa komunikasi itu sama ada ditentukan oleh keperluan biologi atau keselamatan. Satu isyarat mempunyai makna yang tetap. Kombinasi isyarat yang boleh membentuk struktur yang lebih kompleks tidak berlaku. Ujaran yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang berumur 2 tahun sekali pun tidak dapat ditandingi oleh haiwan. Walaupun haiwan memang mempunyai cara untuk menambah maklumat, maknanya lebih bersifat kuantitatif, bukan kualitatif. Sebagai contoh, bunyi yang semakin kuat bermakna lebih banyak bahaya, gerakan ekor yang lebih cepat mungkin bermakna lebih seronok, dan lebih banyak mengubah sudut tarian boleh mengemaskan petunjuk pemberian arah. Komunikasi haiwan agak khusus dan stereotaip. Panggilan atau isyarat atau bau mempunyai makna yang tetap, dan apa-apa sahaja cara yang digunakan oleh haiwan untuk berkomunikasi, tidak melibatkan penggabungjalinan yang kreatif atau struktur kompleks yang biasa terdapat dalam bahasa manusia.

Ketiadaan kreativiti bahasa adalah benar walaupun pada haiwan yang berpeluang diajar menggunakan bahasa manusia. Tiada haiwan, sama ada dalam keadaan semula jadi atau yang pernah dilatih menggunakan bahasa manusia menunjukkan kebolehan linguistik lebih daripada kebolehan berbahasa kanak-kanak yang berusia 1 tahun 6 bulan atau 2 tahun.

5. Hubungan Bahasa dengan Otak dan Pemikiran Manusia

Hubungan bahasa dengan otak manusia ialah pencarian tentang asas neurologi bahasa manusia. Soalan yang biasa diajukan adalah seperti yang berikut:

a. Apakah struktur anatomik yang mendasari perkembangan dan penggunaan bahasa?

b. Di manakah tempat rumus bahasa disimpan di dalam otak?

Kajian yang pesat telah dijalankan untuk mengenal pasti daerah tertentu dalam otak manusia yang berkaitan dengan kebolehan linguistik yang khusus. Bahagian utama otak terbentuk daripada tisu yang bersambung-sambungan. Bahagian otak yang penting ialah medula, pons, talamus, korteks, dan korpus kalosum. Medula dikaitkan dengan fungsi fizikal seperti pernafasan, degup jantung, pemindahan dan kodinasi pergerakan, tindak balas spontan, penghadaman, dan emosi. Pons pula dikaitkan dengan refleksi manakala

14

Page 15: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

talamus dikaitkan dengan pertuturan dan bahasa. Jika talamus terjejas akan berlakulah pengulangan kata yang tidak disengaja dan kesukaran untuk menamakan objek. Korteks terbentuk daripada enam lapisan tisu yang berkedut dan bengkok. Korteks juga disebut ‘benda kelabu’. Dianggarkan bahawa terdapat lebih kurang 10 bilion sel dalam otak manusia. Korteks terdiri daripada dua hemisfera. Kedua-dua hemisfera disambungkan oleh tisu yang dipanggil ‘korpus kalosum’. Korpus kalosum bukan sahaja menyambungkan kedua-dua hemisfera, bahkan berperanan menyelaraskan proses mental kedua-dua hemisfera.

Hemisfera kiri dan hemisfera kanan kelihatan seperti sebiji walnut yang bersambung, setiap satu ialah cerminan imej bagi yang lain. Hemisfera kiri bertugas mengawal bahasa, operasi logik, analitik, dan metamatik. Hemisfera kanan bertugas mengawal emosi, mengecam muka, dan mengenali struktur benda. Dalam psikolinguistik, yang lebih dipentingkan ialah daerah otak yang terlibat dengan bahasa. Daerah bahasa terletak di hemisfera kiri, yang terdiri daripada Broca, Wernicke, dan girus sudut.

Kedudukan daerah Broca berdekatan dengan jalur motor yang mengawal pergerakan otot lidah, bibir, rahang, lelangit lembut, dan anak tekak. Mengikut Steinberg (1995), apabila sesuatu perkataan dibaca, maklumat tentang perkataan itu bergerak dari mata ke medan visual, kemudian beralih ke girus sudut, iaitu transit untuk pertuturan, pembacaan, dan penulisan. Di sinilah maklumat tentang perkataan itu dihubungkaitkan dan seterusnya auditori perkataan itu diaktifkan di daerah Wernicke. Struktur asas pertuturan diterbitkan di daerah Wernicke untuk ditafsir maknanya (pemahaman) dan dihantar ke daerah Broca untuk diproses sebelum dihantar ke daerah jalur motor yang mengawal organ artikulasi (penghasilan).

Dalam topik yang selanjutnya, kecelaruan berbahasa yang dikenali sebagai afasia turut diberikan tumpuan. Kajian saintifik tentang afasia telah dirintis oleh Paul Broca. Afasia ialah satu istilah yang menjelaskan kekacauan berbahasa akibat kerosakan tisu otak. Kecederaan akibat sesuatu kemalangan dan strok dapat menyebabkan kerosakan tisu otak.

Afasia Broca bercirikan pertuturan yang bermakna tetapi telah diringkaskan. Pertuturan orang dewasa yang menghidap afasia Broca mirip pertuturan kanak-kanak pada peringkat telegrafik. Afasia Wernicke bercirikan pertuturan yang mirip cakap yang tidak berasas. Sebutan dan tatabahasa betul tetapi tidak mengandungi makna. Afasia yang lain ialah konduksi, anomik, apraksia, global, dan disleksia.

Ilmu yang dimaksudkan dalam konteks psikolinguistik ialah psikologi dan linguistik yang mempunyai kaitan dengan bahasa. Dalam otak manusia terdapat fakta mental yang dihubungkan dengan bunyi linguistik sebagai pewujud. Umpamanya, jika individu mendengar perkataan ‘b-u-r-u-n-g’, maka konsep atau terbit dalam otaknya, kemudian konsep itu dikaitkan dengan bayangan bunyi ‘b-u-r-u-n-g’ sebagai pewujud. Pewujud dipakai untuk menerbitkan konsep tertentu. Jika penutur A ingin mengemukakan satu

15

Page 16: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

konsep kepada pendengar B, maka konsep tersebut membuka pintu untuk pewujud yang serupa, iaitu bayangan bunyi yang masih berada dalam otak yang berupa fenomena psikologi. Kemudian, otak mengirim satu impuls yang sama dengan bayangan bunyi tadi kepada deria yang mengaktifkan gelombang bunyi yang bergerak dari mulut A (penutur) ke telinga B (pendengar). Dari telinga B, gelombang bunyi bergerak terus ke otak B dalam bentuk impuls dan terjadilah pula proses psikologi yang menghubungkan bayangan bunyi ini dengan konsep yang sama. Jika B bertutur dan A mendengar, maka proses yang sama akan berlaku.

Bahasa merupakan hasil proses pemikiran dan perkaitan antara peribadi. Sebagai hasil proses pemikiran, bahasa merupakan saksi bagi proses yang berkaitan, yang berlaku dalam akal fikiran manusia. Khususnya, pengekodan atau penjanaan sesuatu buah fikiran atau mesej bermakna pewujudan buah fikiran atau mesej itu dalam kata atau bunyi bahasa yang kita dengar, tetapi yang tersusun menurut peraturan tertentu dan mendukung makna tertentu.

Terdapat beberapa teori yang dikaitkan dengan bahasa dan pemikiran. Antaranya ialah Relativiti Kebahasaan yang berdasarkan kajian Sapir terhadap orang India Paiute. Whorf pula membandingkan kebudayaan India Hopi dengan kebudayaan Eropah. Sapir dan Whorf melihat peranan bahasa dalam lingkungan masyarakat dan bagaimana bahasa yang digunakan boleh mempengaruhi pemikiran sesuatu kelompok masyarakat. Turut dimuatkan ialah teori Mekanis, teori mentalis, dan pendekatan Interaksionis yang masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap bahasa dalam situasi pembelajaran.

Kesimpulan

Psikolinguistik ialah ilmu yang dianggap sebagai alat untuk pengamalnya menyalurkan nilai budi terhadap golongan sasaran melalui subdidiplin seperti psikolinguistik teoretis, psikolinguistik perkembangan, psikolinguistik sosial, psikolinguistik pendidikan, neuropsikolinguistik, psikolinguistik eksperimen dan psikolinguistik terapan.

Antara topik yang popular dalam psikolinguistik ialah pemerolehan bahasa pertama, pembelajaran bahasa kedua, pertalian pengetahuan bahasa dengan penggunaan bahasa, perbezaan bahasa manusia dengan komunikasi haiwan, dan hubungan bahasa dengan otak dan pemikiran manusia.

Berdasarkan subdisiplin psikolinguistik dan topik yang dibincangkannya, dapatlah disimpulkan bahawa psikolinguistik ialah ilmu yang menghuraikan proses psikologi yang terjadi apabila manusia bertutur dan memahami bahasa, iaitu pada masa mereka membina pengetahuan berbahasa, dan dalam konteks ini jugalah psikolinguistik menjadi pemacu nilai budi.

16

Page 17: Pengertian Psikolinguistikvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH MAKALAH... · Web viewCONTOH MAKALAH KUMPULAN Psikolinguistik Pemacu Nilai Budi Che Ibrahim bin Salleh, PhD Noor Aina

BIBLIOGRAFI

Abdul Chaer. (2003). Psikolinguistik Kajian Teoretik. Jakarta: RINEKA CIPTA

Aitchison, Jean. (1998). The Articulate Mammal: An Introduction to Psycholinguistics. London: Routledge.

Altman, Gerry T. M. (1997). The Ascent of Babel: An Exploration of Language, Mind, and Understanding. Oxford: Oxford University Press.

Chomsky, Noam. (1965). Aspects of the Theory of Syntax. Cambridge: The MIT Press.

Chomsky, Noam. (1972). Language and Mind. New York: Harcourt Brace Jovanovich.

Chomsky, Noam. (2006). Language and Mind (third edition). New York: Cambridge University Press.

Clark, Herbert H. dan Eve V. Clark. (1977). Psychology and Language: An Introduction to Psycholinguistics. New York: harcourt Brace and Jovanovich, Inc.

Kramsch, Claire. (2007). Language and Culture. New York: Oxford University Press.

Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Sapir, Deward. (1970). Language: An Introduction to the Study of Speech. London: A Harvest Book.

Scovel, Thomas., (2004). Psycholinguistics. New York: Oxford University Press.

Soenjono Dardjowidjojo. (2007). Psikolinguistik. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Steinberg, Danny D. (1990). Psikolinguistik: Bahasa Akal Budi dan Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (penterjemah: Azhar M. Simin).

Widdowson, H.G., (2000). Linguistics. Hong Kong: Oxford University Press.

17