65
8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 1/65 PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Bagi memahmi proses penguasaan dan pembelajaran bahasa manusia dan bagi membantu kita BELAJAR BAHASA KEDUA Kita telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ibu itu berlaku di kalangan kanak-kanak secara tidak formal, yakni tidak perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya  berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Bukan itu sahaja yang berlaku. Kita mesti mempunyai dorongan dan sikap yang sihat untuk dapat belajar dengan berkesan. Dorongan dan sikap yang sihat ini menjadi faktor sosial dan budaya. Tegasnya ada perbezaan yang besar antara memperolehi bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua. Bahasa pertama dikuasai secara tidak formal. Ia tidak perlu diajar dan kanak-kanak pandai tanpa pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa dan mereka akan pandai dengan sendirinya. Kita terpaksa  belajar bahasa kedua melalui rancangan dan kaedah tertentu. Di sini kita tumpukan pula  perhatian kita kepada pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini mungkin memberi kita  pengetahuan mengenai masalah penting dan sukar diatasi di negara ini. Misalnya, pengajaran  bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada anak-anak Melayu mungkin tidak menimbulkan masalah besar. Tetapi, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada kaum pendatang yang tinggal di Malaysia ini, masih belum menghasilkan kejayaan yang dijangka. Kita tidak  perlu membuat kajian yang mendalam. Sekali imbas kita dapat melihat bahawa kaum mendatang ini tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Dengan kaedah, bahan, guru dan masa yang diberi, maka sebenarnya sangat aneh kenapa orang bukan Melayu tidak cepat, bahkan tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan fasih. Walau bagaimanapun, mungkin ada masalah guru kerana di mana-mana terdapat kekurangan guru bahasa Melayu. Juga, ada guru bukan Melayu yang masih belum fasih atau baik pencapaian bahasanya, ditugaskan mengajar bahasa Melayu. Mungkin salah satu dari masalah yang besar ialah, bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa memperlajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas. Masalah ini dihadapi oleh kedua-dua murid Melayu atau bukan Melayu. Dengan kata lain, bahasa yang diajar itu tidak mengambil kira lingkungan kebudayaannya di mana ia dituturkan. Pengajaran dan pembelajaran mana-mana bahasa kedua itu, hendaklah dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup, iaitu perlulah diajar bahasa yang dipertuturkan hari-hari. Dengan itu maka dapatlah dikatakan yang pembelajaran bahasa Melayu di Malaysia oleh kaum bukan Melayu itu hendaklah dengan menggunakan dialek yang betul-  betul dituturkan supaya mereka dapat menggunakannya di luar kelas. Apa yang diajar di sekolah itu jarang benar dapat digunakan di luar kelas tanpa merasa janggal. Selalunya bahasa yang diajar berbentuk bahasa pesuratan dan ia tidak dipakai dalam perbualan hari-hari, walaupun oleh orang Melayu sendiri.

NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 1/65

PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN

BAHASA MELAYU 

Bagi memahmi proses penguasaan dan pembelajaran bahasa manusia dan bagi membantu kita

BELAJAR BAHASA KEDUA 

Kita telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ibu itu berlaku di kalangan kanak-kanak 

secara tidak formal, yakni tidak perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya

 berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Bukan itu sahaja yang berlaku. Kita mestimempunyai dorongan dan sikap yang sihat untuk dapat belajar dengan berkesan. Dorongan dan

sikap yang sihat ini menjadi faktor sosial dan budaya. Tegasnya ada perbezaan yang besar antara

memperolehi bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua. Bahasa pertama dikuasai secaratidak formal. Ia tidak perlu diajar dan kanak-kanak pandai tanpa pembelajaran. Kanak-kanak 

hanya perlu didedahkan kepada bahasa dan mereka akan pandai dengan sendirinya. Kita terpaksa belajar bahasa kedua melalui rancangan dan kaedah tertentu. Di sini kita tumpukan pula perhatian kita kepada pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini mungkin memberi kita

 pengetahuan mengenai masalah penting dan sukar diatasi di negara ini. Misalnya, pengajaran

 bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada anak-anak Melayu mungkin tidak menimbulkan

masalah besar. Tetapi, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada kaum pendatangyang tinggal di Malaysia ini, masih belum menghasilkan kejayaan yang dijangka. Kita tidak 

 perlu membuat kajian yang mendalam. Sekali imbas kita dapat melihat bahawa kaum mendatang

ini tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Dengan kaedah, bahan, guru dan masayang diberi, maka sebenarnya sangat aneh kenapa orang bukan Melayu tidak cepat, bahkan tidak 

dapat mempelajari bahasa Melayu dengan fasih. Walau bagaimanapun, mungkin ada masalah

guru kerana di mana-mana terdapat kekurangan guru bahasa Melayu. Juga, ada guru bukanMelayu yang masih belum fasih atau baik pencapaian bahasanya, ditugaskan mengajar bahasa

Melayu.

Mungkin salah satu dari masalah yang besar ialah, bahasa Melayu yang diajar itu amat formal

dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga

murid-murid terpaksa memperlajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka

tuturkan di luar kelas. Masalah ini dihadapi oleh kedua-dua murid Melayu atau bukan Melayu.Dengan kata lain, bahasa yang diajar itu tidak mengambil kira lingkungan kebudayaannya di

mana ia dituturkan. Pengajaran dan pembelajaran mana-mana bahasa kedua itu, hendaklah

dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup, iaitu perlulah diajar bahasa yang

dipertuturkan hari-hari. Dengan itu maka dapatlah dikatakan yang pembelajaran bahasa Melayudi Malaysia oleh kaum bukan Melayu itu hendaklah dengan menggunakan dialek yang betul-

 betul dituturkan supaya mereka dapat menggunakannya di luar kelas. Apa yang diajar di sekolahitu jarang benar dapat digunakan di luar kelas tanpa merasa janggal. Selalunya bahasa yang

diajar berbentuk bahasa pesuratan dan ia tidak dipakai dalam perbualan hari-hari, walaupun oleh

orang Melayu sendiri.

Page 2: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 2/65

PROSES MENJADI DWIBAHASA

Tadi telah dibincangkan proses penguasaan bahasa secara teori behaviorisme dan secara biologis.Sekarang marilah pula kita lihat dari segi sosiolinguistik pula tentang pembelajaran bahasa di

kalangan orang dewasa. Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini, kita akan menumpukan

 perhatian kepada proses pembelajaran bahasa kedua oleh mereka yang sudah dewasa, ataumereka yang sudah melebihi jangkamasa yang subur untuk perkembangan bahasa secara

semulajadi. Jadi pembelajaran bahasa asing itu tidak lagi berlaku secara semulajadi.

Pembelajaran itu perlulah berlaku dalam satu lingkungan sosial di mana bahasa itu dituturkan,iaitu di dalam kegiatan sesuatu kebudayaan tertentu. Proses menjadi dwi-bahasa ini dapat

dikatakan proses menghilangkan keasingan yang dirasai oleh seseorang pelajar dalam

kebudayaan bahasa yang dipelajari itu. Dalam hal ini linguistik dan sosiologi saling berjalinan.

Sebenarnya ini merupakan suatu masalah persepaduan yang amat kompleks di mana seseorang pelajar itu mencuba meresapkan ciri-ciri kebudayaan, iaitu di mana bahasa itu dituturkan. Dalam

hal ini lakuan kebudayaan dan linguistik yang sudah ada padanya, iaitu dari bahasa ibunya,

sentiasa mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua tersebut. Si pelajar itu terpaksa

menguasai lakuan yang baharu dan terpaksa memilih dalam mempergunakan yang baharu atauyang lama itu mengikut keperluan konteks. Gangguan dari sesuatu unsur bahasa ibu sentiasa

 berlaku semasa seorang dewasa mempelajari satu bahasa lain. Ini dapat kita perhatikan dari satucontoh bahawa dalam mempelajari bahasa Inggeris, seorang Melayu harus dipengaruhi oleh

lakuan sebutan dalam bahasa Melayu. Misalnya dalam menyebut bunyi t sudah tentu seseorang

Melayu tidak akan menyebutnya dengan aspirasi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.

Umpamanya dia akan menyebut perkataan hat sebagai [hat] sahaja dan tidak [hath] sebagaimanayang diucapkan oleh orang Inggeris. Sebagai satu contoh lagi di mana proses pembelajaran

 bahasa itu dapat dikatakan satu proses menguasai lakuan baharu, maka dapat pula dilihat seorang

 penutur bahasa Melayu akan terus mempergunakan katapartikel lah walaupun dia bertutur dalam bahasa Inggeris. Umpamanya I want to go homelah jelas menampakkan kepada kita bahawa

unsur lakuan dalam ayat bahasa Melayu seperti lah dipindahkan ke bahasa Inggeris. Oleh yang

demikian bagaimanakah agaknya orang dewasa itu mempelajari pola-pola bahasa kedua itu?

MEMBENTUK LAKUAN BAHASA MELALUI LATIHAN

Di sini kita mengambil tauladan dari bagaimana bahasa pertama itu dikuasai. Mengikut teori

 behaviorisme, lakuan itu terbentuk melalui lakuan yang diulang dan dikukuhkan. Oleh itu

sebagai orang dewasa, kita terpaksa berlatih untuk mempelajari bahasa kedua. Kita terpaksa berlatih dengan begitu rapi lebih-lebih lagi dalam bahagian di mana lakuan bahasa ibu kita

mengganggu pembentukan lakuan bahasa yang sedang dipelajari. Oleh itu mempelajari bahasa

ini mungkin dapat dikatakan suatu proses mempelajari lakuan baharu, samalah seperti seorangyang biasa memandu kereta di sebelah kanan jalan dan kemudian terpaksa memandu di sebelah

kiri jalan. Dalam hal ini terdapat kecenderungan untuk mempergunakan lakuan yang lama. Oleh

itu di mana perlu lakuan yang sama itu diperkenalkan dahulu dan kita harus berhati-hati supayamempelajari mempergunakan lakuan yang baharu atau yang tidak sama dengan dalam bahasa

kandungannya. Proses mempelajari bahasa itu menumpukan perhatian kepada proses

 pembelajaran perbezaan dan persamaan di antara kedua lakuan bahasa itu.

Page 3: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 3/65

Keperluan Latihan

Kita dapat perhatikan bahawa perkara yang penting sekali dalam hal pembelajaran bahasa kedua

itu ialah latihan. Walau bagaimanapun haruslah diketahui bahawa latihan itu hanyalah

merupakan satu bahagian sahaja daripada seluruh proses menjadi dwibahasa. Latihan yangdemikian mencakupi latihan mendengar, pendedahan terhadap penggunaan bahasa itu, berfikir,

 bercakap sama dengan menggunakan satu bahan pengajaran yang tersusun rapi ataupun dengan

menggunakan bahan yang dibentuk secara rambang. Tidaklah termasuk pada akal bahawa ada bahasa yang dapat ipelajari tanpa latihan. Ini tidaklah pula bermakna bahawa latihan itu sahaja

yang penting kerana sebenarnya ada unsur-unsur lain yang terlibat. Latihan memanglah dapat

membentuk lakuan. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa lakuan juga dapat

terbentuk di luar dari apa yang kita katakan latihan, tetapi contoh begitu sangat sukar didapati,iaitu mungkin melalui satu teori dan teknik pembelajaran yang baharu yang tidak dapat kita

gambarkan di sini.

Dorongan untuk Mempelajari Bahasa Kedua

Kita cuba bincangkan kenapa agaknya orang menjadi dwi-bahasa. Misalnya, seorang penjaja ais

kacang bangsa India di Pulau Pinang fasih menggunakan bahasa kandungnya Tamil, bijak 

 berbahasa Melayu, tahu bercakap Cina dialek Hokkien dan juga dia boleh berbahasa Inggeris

sedikit-sedikit. Bahkan ini merupakan suatu ciri umum bagi ramai di antara penduduk PulauPinang. Walau bagaimanapun orang India ini tidaklah berpangkat tinggi. Seorang pegawai tinggi

 pula hanya pandai berbahasa Inggeris dan Melayu yang dikuasainya sebagai bahasa kandung.

Kalau kita ke tempat lain, di Balik Pulau misalnya, terdapat pula penduduk Melayu yang hanyatahu menggunakan bahasa kandungnya sahaja dan tidak tahu menuturkan bahasa lain. Terdapat

 pula penduduk Cina di Paya Terubung yang hanya tahu bahasa Cina sahaja dan tidak yang lain.

Apakah sebabnya setengah manusia perlu bertutur lebih dari satu bahasa dan setengahnya tidak?

Di Pulau Pinang keadaan begini timbul kerana mereka berbilang kaum, jadi setiap kaum

mengekalkan bahasanya untuk berhubung dengan anggota masyarakatnya. Di samping itumereka perlu menuturkan bahasa lain untuk berhubung dengan anggota masyarakat dari kaum

lain. Ternyata di sini bahawa di bandar Pulau Pinang keadaannya memang menyenangkan.

Sesiapa sahaja akan dapat mempelajari dua tiga bahasa dengan mudah. Tetapi mereka yang

tinggal di tempat lain di pulau itu, tidaklah mengetahui bahasa lain daripada bahasa kandungnyauntuk berhubung dengan kaum lain, kalau adapun, mungkin melalui bahasa Melayu pasar. Hal

ini memberitahu kita kenapa manusia mesti mempelajari bahasa lain dari bahasa kandungnya.

Pokoknya, berjuta-juta manusia cuba mempelajari bahasa lain kerana ingin berhubung denganorang lain. Seseorang yang masuk ke dalam sesebuah masyarakat baharu itu tentu dianggap

asing. Selalunya keasingan ini akan beransur hilang apabila dia telah fasih dalam bahasa yang

dituturkan oleh masyarakat yang menerimanya itu.

Page 4: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 4/65

Penerimaan ke dalam Masyarakat Baharu

Perhubungan dalam sesuatu masyarakat itulah yang akan dapat menghilangkan segala ciri

keasingan yang dirasai oleh seseorang asing itu. Orang asing itu tadi sentiasa dikelilingi

lingkungan yang asing. Oleh itu dia akan mencuba untuk mengatasi masalah ini denganmenghilangkan unsur keasingan ini dan menjadi salah seorang anggota dari masyarakat baharu

itu pula. Dalam hal ini memang boleh didapati bahawa ada orang yang tidak pernah bergaul

dengan anggota masyarakat lain merasa tidak perlu mencuba untuk menghilangkan unsur keasingan ini. Ada penduduk mendatang di Malaysia yang boleh hidup terasing. Mereka tinggal

dalam masyarakat kaum sendiri, bersekolah, bekerja dan bergaul dengan tidak sedikit pun

memerlukan penggunaan bahasa Melayu. Pernah ditemui seorang tua Tamil di Pulau Pinang

yang bekerja sebagai nelayan yang pergi ke laut berseorangan pada tiap-tiap hari. Dia menjualhasil tangakapannya kepada seorang India lain. Walaupun umurnya sudah 53 tahun (menurut

kawannya kerana dia tidak memahami bahasa Melayu) dia tidak tahu bertutur bahasa Melayu

sepatah pun. Dia tidak pernah dan tidak perlu berhubung dengan penutur lain dari penutur bahasa

Tamil dalam seumur hidupnya.

Peringkat Pencapaian yang Perlu

Walau bagaimanapun, tentu diakui ramai, bahawa keperluan mempelajari sesuatu bahasa asing

itu dan juga peringkat kecapaiannya bergantung pada dorongannya sendiri. Jelas sekali doronganmempelajari bahasa Melayu sebagai keperluan kelulusan untuk melanjutkan pelajaran dan

mendapat pekerjaan atau penetapan dalam jawatan menjadi faktor mendorong kaum lain

mempelajari bahasa Melayu. Ramai pula yang terdorong mempelajari bahasa Inggeris untuk tujuan yang sama. Bagi ahli politik kefasihan dalam bahasa Inggeris memberi kemungkinan yang

lebih luas dalam tindak-tanduknya. Ada pula golongan yang mempelajari bahasa untuk 

mengeksploit, misalnya penjajah Inggeris yang datang ke Tanah Melayu dahulu mempelajari bahasa Melayu semata-mata u tuk mengeksploit ekonomi dan pentadbiran di Tanah Melayu.

Tetapi dalam mempelajari sesuatu bahasa itu, maka amat mustahak seseorang itu mengekalkan

dorongan pembelajaran itu. Hanya mereka yang betul-betul berminat dan berkesanggupan sertayakin bahawa bahasa itu akan membantunya maka dia akan berjaya dalam usaha tersebut.

Memang benar bahawa bahasa kedua itu amat penting untuk perhubungan, walaupun secara

amnya perhubungan masih boleh berlaku tanpa bahasa. Sebenarnya perhubungan tanpa bahasaitu amat terhad. Hanya mereka yang ingin terus tinggal sebagai orang asing dalam sebuah mas

arakat itu sahaja yang akan terus tidak memperdulikan keperluan bahasa kedua itu. Walaupun

kemahiran dalam bahasa kedua itu dapat dianggap opsyenal, tetapi ternyata bahawa perhubunganakan menjadi terhad dan kaum pendatang itu tidak akan dapat menjadi sebagai sebahagian dari

masyarakat itu tanpa menggunakannya. Satu contoh kecil, marilah kita lihat masyarakat Gurkha

yang dahulunya bekerja sebagai askar upahan Inggeris di Malaysia. Sekarang ada yang tinggal diMalaysia berjaja bermacam jenis manik dan batu perhiasan di kaki lima kedai dalam bandar-

 bandar besar. Mereka memang suatu masyarakat yang terasing. Mereka tidak pernah mencuba

 bercampur dan tidak pernah menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung dengan masyarakat

tempatan, selain daripada hubungan jual beli yang amat terhad itu. Akibatnya, mereka terus

Page 5: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 5/65

terasing. Pencapaian bahasa Melayu mereka amat rendah sekali.

PEMELIHARAAN BAHASA KANDUNG

Dalam usaha mempelajari bahasa kedua untuk sesuatu tujuan, maka selalulah terdapat konflik diantara pemeliharaan bahasa kandung, dan pembelajaran bahasa kedua. Dalam sebuah kajian

untuk ijazah Sarjana Sastera di Universiti Malaya, pada tahun 1971, Mohd. Khalid cuba melihat

keperluan pemeliharaan bahasa Melayu sebagai bahasa kandung di kalangan mereka yangmempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah. Dari golongan pelajar yang dikaji,

tidak ada mereka yang betul-betul lancar dalam kedua-dua bahasa tersebut. Mereka hanya lancar 

dalam bahasa kandung dan mereka bergantung kepada bahasa Inggeris, untuk kepentingan

akademik. Kemahiran kedwibahasaan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan pola-pola persekolahan yang telah dialami oleh pelajar tersebut. Dalam kebanyakan hal mereka salah

faham dalam menganggarkan darjat kemahiran mereka. Umumnya terdapat mereka yang

menyangka bahawa mereka itu lebih atau kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Walau

 bagaimanapun boleh dibuat satu generalisasi bahawa kemahiran mereka dalam bahasa kandungmemang cukup baik, manakala kemahiran mereka dalam bahasa kedua tidaklah sempurna.

Kedominan bahasa kandung dalam suasana tidak formal didapati wujud dalam kalangan ramai

 pelajar itu. Mereka selalu terpaksa mematuhi tekanan sosial yang terbit dari kedominan itu. Fakta

ini juga merupakan sebab yang membolehkan terpeliharanya bahasa kandung di kalangan

 pelajar-pelajar tersebut sungguhpun terdapat serangan yang hebat dari bahasa kedua dalamsuasana formal yang dialami oleh mereka ketika menjalani pengajian di universiti. Di samping

itu, nilai peribadi mereka terhadap bahasa kandung menjadi faktor pendorong yang kuat ke arah

 pemeliharaan bahasa tersebut.

Kedominan bahasa Melayu dalam masyarakat di sekitar pelajar ini jelas menjadi faktor dalam

 pemeliharaan bahasa kandung itu. Mereka memberi alasan bahawa pendirian mereka disebabkanadanya keadaan ini. Sehingga kedominan bahasa Melayu wujud sebagai kenyataan dalam semua

 bidang hidup dalam negara ini, maka selama itulah mereka perlu menjadi dwibahasa untuk 

menampung keperluan mereka dalam semua bidang. Oleh kerana pentingnya faktor-faktor sosiobudayanya dalam sebarang fenomena mengenai bahasa dan penggunaannya, maka dalam

mencari sebab-sebab mengapa setengah golongan penutur mempunyai nilai dan sikap tertentu

terhadap bahasa, maka kita harus mengingati suasana sosial dan faktor- faktor yang wujud. Oleh

sebab nilai ekonomi, sosial serta ilmiah yang tinggi diberi pada bahasa Inggeris, maka itulahsebabnya ia wujud mempersaingi bahasa Melayu. Penutur akan terus terpaksa mempelajarinya

 bagi mencapai cita-cita ekonomi dan sosial mereka. Kalau kedominan itu tidak dapat diatasi oleh

 bahasa Melayu maka selama itulah ia akan terus memberi kuasa dorongan dan sikap yang positif  bagi orang mempelajari bahasa Inggeris.

Akhirnya boleh dikatakan bahawa di kalangan pelajar yang dikaji itu, bahasa kandung memangsedia dominan dan penggunaannya sentiasa terpelihara sungguhpun tidak semua suasana yang

disertai oleh pelajar itu mempunyai corak kedominan bahasa kandung yang serupa dengan

keadaan pada keluarga masing-masing. Selagi kedominan bahasa Melayu terpelihara dalam

keluarga, besar kemungkinannya bahawa bahasa itu akan terpelihara penggunaannya sekalipun

Page 6: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 6/65

lebih ramai orang Melayu menjadi dwibahasa atau sekalipun masyarakat di sekitar keluarga

memperlihatkan kedominan bahasa itu pada dokumen sahaja. Tetapi, kalau corak kedominan itu

 berubah dalam suasana keluarga dan rumahtangga, besar kemungkinannya bahawa penutur- penutur yang dwibahasa tidak lagi akan mengetahui bahasa mana bahasa kandung mereka.

Dalam perkataan lain, sekiranya perkara tersebut berlaku, mungkin akan terdapat peralihan atau

 perubahan dalam corak kedominan bahasa- bahasa dan bahasa Melayu tidak akan terpeliharasebagai bahasa dominan lagi. Hipotesis ini dapat kita sokong dengan apa yang dapat kita

 perhatikan di kalangan penutur Melayu. Ramai juga penutur Melayu yang sudah merasa

 penguasaan bahasa kandungnya lemah kerana perkembangan bahasa itu semasa kecilnya ditekandengan terjadinya pemakaian bahasa Inggeris yang berleluasan di dalam suasana keluarga.

FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

Selama ini kita hanya berbincang mengenai teori bagaimana bahasa kandung dikuasai oleh

kanak-kanak dan bahasa kedua dipelajari oleh orang dewasa. Setelah melihat faktor-faktor sosial

dan biologis yang membantu dan menghalang penguasaan dan pembelajaran bahasa, marilah kitacuba melihat kemungkinan kejayaan usaha mempelajari sesuatu bahasa kedua tersebut.

Dari penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa ada beberapa unsur tertentu perlu wujud bagi

menghasilkan pembelajaran bahasa kedua:

a. Motif  b. Keupayaan

c. Sikap

d. Peluange. Lingkungan

Dalam hal ini kita menganggap bahawa segala pelajaran yang dipakai untuk mengajar itu cukup baik dan gurunya terlatih. Pendek kata semua faktor lain sempurna. Dengan itu baharulah kita

dapat melihat sama ada kejayaan pembelajaran itu dapat dicapai atau tidak.

Motif 

Motif itu timbul dari tujuan kenapa seseorang itu ingin mempelajari bahasa kedua. Kalau adatujuannya maka lahirlah motif yang mendorongnya. Di Malaysia ini boleh dikatakan semua

 pelajar mempunyai motif tinggi untuk belajar bahasa Melayu kerana ianya Bahasa Nasional dan

 juga menjadi keperluan untuk memegang jawatan dalam sektor kerajaan. Ia juga penting untuk  pelajaran tinggi serta keperluan sosial yang tertentu. Jadi motif itu timbul dari tujuan untuk 

mencapai tujuan-tujuan ini. Demikian juga para pelajar dan orang-orang tertentu mempunyai

motif untuk belajar bahasa Inggeris, untuk mendapat peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negeri. Itulah sebabnya mereka mendapat motif untuk mempelajari

 bahasa-bahasa tersebut. Motif itu juga mungkin terbit dari keinginan memelihara identiti dan

 budaya sesuatu kaum, seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Cina yang mempelajari

 bahasa Mandarin.

Page 7: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 7/65

Keupayaan

Mungkin pernah kita mendengar bahawa ada orang yang pandai bertutur banyak bahasa. Begitu

 juga sebaliknya, ada orang yang tidak berjaya mempelajari bahasa lain walaupun diberi pengajaran yang rapi. Ini bermakna ada orang yang mempunyai keupayaan dalam mempelajari

 bahasa dan ada orang yang tidak. Keupayaan ini berhubung rapat dengan kecerdasan otak 

seseorang itu. Ada orang yang telah dengan sendirinya mempunyai kecerdasan otak dan berkeupayaan tinggi dalam mempelajari bahasa dan ada yang tidak mampu. Walau

 bagaimanapun, seseorang itu berkeupayaan mempelajari bahasa apa pun. Tetapi peringkat

kejayaannya tentulah berlainan. Selalunya, keupayaan ini semakin berkurangan apabila orang itu

menjadi lebih lanjut umurnya, iaitu apabila ia telah melangkaui jangka masa yang subur untuk  perkembangan bahasa tersebut secara semulajadi. Misalnya, kanak-kanak yang pindah dari satu

masyarakat ke suatu masyarakat yang menuturkan suatu bahasa lain, akan dengan mudah dapat

mempelajari bahasa yang baharu ditemuinya itu. Tetapi proses itu akan menjadi lebih sukar bagi

orang yang sudah meningkat umurnya. Kanak-kanak akan lebih mudah mempelajari bahasaasing itu, tetapi kita boleh melihat dengan nyata bagaimana orang-orang dewasa gagal

mempelajari bahasa. Ramai di antara penduduk Malaysia pada hari ini datang dari negara lain,seperti Cina dan India. Kebanyakan dari kaum pendatang ini masih belum lagi dapat menguasai

 bahasa Melayu di Malaysia. Mungkin salah satu dari sebabnya ialah kerana pembelajaran bahasa

Melayu sebagai bahasa kedua itu telah terhalang sebab mereka sudah kehilangan keupayaan.

Pendek kata mereka hanya cuba mempelajarinya setelah dewasa.

Sikap

Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap dalam mempelajari sesuatu bahasa itu.

Mereka yang merasa bahawa sesuatu bahasa lain itu penting dan mereka mesti mempelajarinyaakan mempunyai sikap yang sihat dalam mempelajari bahasa tersebut. Dalam sikap ini kita dapat

melihat dari segi psikologi sama ada seseorang itu merasa bahawa pembelajaran bahasa itu akan

mendatangkan faedah kepadanya, serta tidak mengancam kedudukan atau identitinya. Kita akandapat melihat ada ramai di antara para pentadbir Inggeris di Tanah Melayu sebelum merdeka,

yang tidak merasa perlu mempelajari bahasa Melayu. Sikap mereka mungkin tidak memandang

yang bahasa Melayu itu memberi faedah, sementara itu ada pula golongan yang mungkin

menentang, kerana memikirkan identiti mereka akan terancam dengan mempelajari bahasa lainyang akhirnya menyerap mereka ke dalam kebudayaan bahasa yang dipelajari itu.

Peluang

Kita mungkin mudah memahami hal peluang ini. Misalnya, ramai pelajar Melayu sekarang yangtinggal di sekolah-sekolah luar bandar yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk belajar 

 bahasa Inggeris. Kalau diajar bahasa Inggeris, selalunya peluang itu tidaklah sempurna. Lagipun

suasana di sekelilingnya tidak menyokong pembelajaran di luar kelas. Mereka lulus dari sekolah

tanpa pengetahuan bahasa Inggeris yang lengkap. Kalaulah mereka mendapat peluang untuk 

Page 8: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 8/65

mempelajari bahasa Inggeris, mungkin mereka juga akan dapat menguasainya. Jadi peluang juga

merupakan satu faktor penting dalam mempelajari bahasa. Kadang-kadang peluang ini mungkin

tidak wujud disebabkan perbelanjaan yang mahal yang mungkin tidak mengizinkan orang itu belajar. Kadang- kadang ketiadaan guru, buku teks, masa dan peralatan yang sempurna akan

menghalang pembelajaran bahasa tersebut. Jadi untuk menjayakan pembelajaran bahasa itu maka

 perlulah adanya peluang untuk belajar, baik dari dalam mahupun dari luar kelas.

Lingkungan

Lingkungan di mana pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu dan suasana

 politik tentu sekali akan dapat juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa. Misalnya,

masyarakat yang bersimpati tentu akan membantu mendorong seseorang itu belajar. Di Malaysiasekarang seluruh lingkungan di negara ini bersimpati, malah menggalakkan pembelajaran bahasa

Melayu. Tetapi mungkin lingkungan keluarga akan menghalangnya. Kalau ada individu yang

tidak bersimpati dengan pembelajaran bahasa Melayu, maka anak yang balik dari sekolah harus

tidak dapat dorongan di dalam keluarga. Mungkin ini kadang-kadang berlaku dengan tidak disedari. Ibu bapa yang ingin anak-anaknya belajar bahasa Cina harus menyuruh anaknya belajar 

 bahasa Cina pula di rumah dan dihalang mempelajari bahasa Melayu. Mungkin juga ibu bapa itutidak fasih berbahasa Melayu dan suka pula memakai bahasa Inggeris atau bahasa lain. Dengan

itu lingkungan keluarga seperti itu tidak boleh dianggap sebagai lingkungan yang dapat

membantu dalam mempelajari bahasa Melayu. Jadi kanak-kanak itu tidak hidup dalam

lingkungan yang sihat untuk belajar bahasa Melayu.

KEMUNGKINAN KEJAYAAN MEMPELAJARI BAHASA KEDUA

D.N. Larson dan W.A. Smalley (1972) membutirkan tujuh perkara yang dapat memberi sedikit

 penjelasan mengenai kemungkinan berhasilnya pembelajaran bahasa kedua itu.

1. Pelajar yang mempunyai keupayaan yang tinggi, serta diberi peluang yang baik dan

mempunyai motif yang kukuh dan sikap yang sihat serta belajar dalam lingkungan masyarakatyang mendorong, maka usahanya dalam pembelajaran bahasa itu tentu sekali akan berjaya.

2. Seorang yang mempunyai motif tinggi dan diberi peluang baik, tetapi tidak mempunyai

keupayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa, akan mencapai kejayaan yang baik juga,lebih-lebih lagi kalau masyarakat sekelilingnya itu mendorongnya.

3. Seorang yang mempunyai motif yang tinggi serta ada sikap dan keupayaan baik, tetapi kurang berpeluang, harus juga mencapai kejayaan yang agak baik kalaulah ada individu di sekelilingnya

yang memberi sokongan kepada pembelajarannya itu.

4. Kalau seorang pelajar itu berpeluang baik untuk belajar bahasa dan mempunyai keupayaan

tinggi, maka kejayaannya bergantung pada motifnya. Motifnya itu akan bergantung kepada

lingkungan kebudayaan di sekelilingnya. Hanya mereka yang dapat mengatasi masalah ini yang

 berjaya.

Page 9: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 9/65

5. Kalau seorang pelajar itu bermotif tetapi tidak mempunyai keupayaan, sikap dan peluang

untuk belajar maka dia harus gagal. Kalaulah kebudayaan dan masyarakat sekelilingnyamembantu maka ada juga sedikit harapan untuk mendapat sedikit kejayaan.

6. Kalau seorang pelajar itu mendapat peluang baik untuk belajar bahasa tetapi tidak mempunyaikeupayaan dan motif, maka dia akan gagal. Peluang yang diberi kepadanya akan sia-sia.

Kebudayaan yang menyokong pembelajaran itu juga akan membosankannya.

7. Pelajar yang berkeupayaan tinggi, tetapi tidak bermotif dan juga tidak diberi peluang akan

gagal. Walau bagaimanapun lingkungan yang menyokong mungkin membantunya mencari

motif, kalau tidak dia akan gagal.

Faktor-faktor ini perlulah wujud sebelum kejayaan sepenuhnya tercapai. Tetapi, sekiranya

faktor-faktor ini tidak menyokong maka pelajar itu tentu akan gagal. Faktor-faktor yang wujud

dengan tidak sepenuhnya harus menyebabkan pencapaian yang berbeza-beza.

Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari bahasa secara

 berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara tidak sedar dan tidak perlu

diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan kepada pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan

terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut. Jadi para sarjana cuba mencari jawapan bagaimana

ini boleh berlaku. Ada dua aliran yang mencuba menganalisa dan menerangkan fenomena ini.Ada sarjana yang berfikir bahawa bahasa itu serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini dikuasai

oleh kanak-kanak secara meniru segala lakuan pertuturan ibu bapanya. Kemudian terdapat pula

sarjana yang memikirkan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa itu kerana ianya sudahterancang untuk berkembang dalam kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Kanak-kanak yang

terdedah pada bahasa akan dengan sendirinya mempunyai keupayaan untuk memperolehi

 bahasa. Teori pertama itu dipanggil teori behaviorisme dan yang kedua itu dipanggil teori biologis.

TEORI BEHAVIORISME

Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang

mengkaji mengenai teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang beranggapan bahawa

 pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan. Teori psikologi inimenyelidik lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut satu persatu tetapi

cukuplah bagi kita sekadar membincangkan teori behaviorisme ini yang bersangkutan dengan

kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa

dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan

manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah jugalakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan

dari kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.

Page 10: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 10/65

Watson

Dalam kurun ke-19, aliran kajian psikologi di Amerika mulai bergerak berpisah dari pemikiran

tradisi sarjana- sarjana psikologi di Eropah. J.B. Watson, profesor psikologi di John Hopkins

University telah membuat kajian dan menulis artikelnya: Psychology as the Behaviorist View(1913). Dia hanya mengkaji lakuan dan telah membezakan antara lakuan sedar dan yang tidak 

sedar. Dengan mengetepikan sesuatu yang subjektif maka dia telah dapat melakukan kajian

terhadap lakuan sedar. Inilah sumbangannya yang terbesar, iaitu penolakannya terhadap pembezaan jasad dan fikiran, yakni ia mengetepikan apa yang berdasarkan agakan tanpa bukti

yang dapat dilihat nyata. Inilah yang dipegang oleh ahli psikologi sebagai lakuan itu. Dengan itu

semua ahli psikologi menumpukan perhatian kepada lakuan atau gerak-gerak yang dapat

diperhatikan secara objektif. Mereka ini selalu mengkaji lakuan binatang dan mereka sukamenjalankan analisa mengikut rangsangan dan tindakbalas, dan dengan memberi penegasan

terhadap pembelajaran sebagai bidang tumpuan pengkajian mereka itu.

Guthrie

Di samping sarjana ini kita dapati pula E.R. Guthrie yang menjadi profesor psikologi diUniversity of Washington. Dalam bukunya The Psychology of Learning (1935), dia memberi

 perhatian terhadap pendapat berikut, bahawa pembelajaran itu berlaku dengan adanya

rangsangan yang diikuti dengan tindakbalas. Dengan kata lain apa yang dimaksudkan olehnya

ialah kalau sesuatu lakuan itu terjadi dalam satu keadaan tertentu, maka semasa kita beradadalam keadaan itu pada masa yang lain, tentulah kita akan membuat lakuan yang sama. Apabila

terjadi rangsangan dan tindakbalas secara berulangan maka terhasillah pembelajaran. Ternyata

 bahawa kenyataan seperti ini mempunyai kekurangan dari segi pembelajaran. Katakanlahseorang itu disuruh mengisi teka silang kata. Dia akan mengisi kata-kata dalam teka silang itu

dan akan menyelesaikan masalah itu kalau ianya mudah. Tetapi kalau teka silang itu sukar dan

dia tidak dapat membuatnya, maka dia akan meninggalkannya setelah bosan. Pada satu masalain, dia diberi teka silang kata yang sukar juga tidak dapat dibuatnya dan oleh itu terus

ditinggalkannya. Dalam hal ini dapatkah kita mengatakan dia sudah mempelajari sesuatu? Pada

hal dia tidak menyelesaikan teka silang kata itu dan ternyata dia tidak mempelajari sesuatu apa pun. Menurut teori behaviorisme, kalau dia memberi tindakbalas yang sama, maka berlakulah

 pembelajaran. Dalam hal ini ternyata tidak terjadi proses pembelajaran yang dikatakan tersebut.

Skinner 

Dalam teori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli psikologi yang masyhur sekali ialah

B.F. Skinner. Skinner merupakan seorang sarjana teori behaviorisme dan mengajar di HarvardUniversity. Skinner telah mengkaji dan memperbaiki teori behaviorisme itu. Mengikutnya

 pembelajaran itu berlaku kalau ada rangsangan dan tindakbalas yang berulangan. Dalam hal ini,

 beliau membuat eksperimen dengan menggunakan binatang, salah satu darinya ialah denganmenggunakan merpati. Merpati itu dikurung dalam kotak. Di dinding kotak itu ada swis. Apabila

swis itu dipatuk terbukalah satu lubang untuk memberi makanan. Ini telah ditafsirkan oleh

seorang sarjana psikologi sebagai keadaan yang dapat dipadankan dengan pembelajaran lakuan

di kalangan binatang, termasuk manusia. Apabila merpati itu lapar dan mematuk swis itu, maka

Page 11: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 11/65

timbullah rangsangan dan diberi balasan dengan makanan. Ini tidak jauh berbeza dari yang

disebut oleh Watson dan Guthrie, tetapi apa yang berbeza ialah tentang konsep pengukuhan.

Pengukuhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini

menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapatkan hadiah yang sama. Oleh

sebab itu lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran. Dengan itu terjadilah pembelajaran.

Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat membezakan dua jenis pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindakbalas. Pertama ialah lakuan automatis yang tetap.

Contoh lakuan automatis yang paling mudah ialah lutut akan terangkat apabila diketuk oleh

doktor. Itu merupakan satu lakuan yang ada rangsangan (ketuk) dan ada tindakbalas (kaki

terangkat). Lakuan seperti ini dianggap sebagai tindakbalas automatis dan berlaku secara tidak sedar dan ianya tetap. Kedua ialah lakuan operan. Bagi beliau kebanyakan lakuan yang kita

lakukan ialah sejenis operan. Lakuan automatis ini akan hanya berlaku sekiranya ada rangsangan

tetapi lakuan operan akan berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain,

rangsangannya tidak semestinya menerbitkan tindakbalas tertentu yang tetap, seperti berjalan, bercakap dan lain-lain. Misalnya, lakuan menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu

melibatkan makanan, tetapi juga kerana rasa lapar, lingkungan sosial dan beberapa lingkunganatau suasana yang berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu

ialah yang dikatakan pembelajaran menurut syarat. Syarat itu timbul dari lingkungan yang

menjadi rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza dari lakuan sebagai

tindakbalas otot secara automatis.

Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan lebih lanjut tentang

 proses pembelajaran dengan menggunakan unsur rangsangan, tindakbalas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya

 pendapat ahli psikologi ini, maka ianya dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam

sistem pembelajaran bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi teori behaviorisme ini melengkapkan apayang diperlukan oleh para pendidik. Dengan itu lahirlah pendapat yang mengatakan bahasa itu

adalah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan binatang

mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969). Sejak Skinner, ramai lagi ahli psikologi yangmengkaji bagaimana pembelajaran berlaku. Ada di antara mereka yang mengkaji bagaimana

kanak-kanak menguasai bahasa dan apa implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran

 bahasa.

KRITIKAN TERHADAP TEORI BEHAVIORISME

Banyak lagi usaha lain yang memperbaiki konsep Skinner dalam usaha mencari jawapan bagaimana bahasa dipelajari dan ini ternyata mempunyai implikasi terhadap prinsip dan kaedah

PPpengajaran dan pembelajaran bahasa. Chomsky (1967) dengan keras mengkritik Skinner.

Sebenarnya sejak Skinner, memang ramai ahli psikologi lain yang melanjutkan kajian dalam bidang ini sehingga menimbulkan golongan neobehaviorisme, iaitu yang sudah mula bergerak 

meninggalkan teori behaviorisme.

Page 12: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 12/65

Dalam kritiknya itu, Chomsky menyatakan bahawa teori behaviorisme itu hanya sebuah

dongeng. Baginya, behaviorisme tidak memberi tempat yang sewajarnya pada akal atau otak manusia. Behaviorisme tidak mengindahkan tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai

 bahasa. Beliau menegaskan tentang pentingnya faktor lingkungan kebudayaan dalam penguasaan

 bahasa itu. Ianya tidak dapat berlaku dalam keadaan yang kosong dari segi sosiobudaya.Mungkin kalau diketahui dengan jelas bagaimana cara kanak-kanak menguasai bahasa, maka

ianya mungkin lebih bermanfaat kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini ternyata lebih

memberi untung dari kajian bagaimana lakuan terbentuk di kalangan binatang.

Dalam mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa, maka tidaklah dapat dinafikan

kanak-kanak banyak menguasai lakuan lisan atau bukan lisan melalui pemerhatian biasa dan

meniru-niru lakuan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidaklah belajar melaluisesuatu perancangan bahasa yang rapi dari ibu bapa.

Pada peringkat majunya kanak-kanak itu pandai mengeluarkan ayat-ayat yang belum pernah

didengarnya dahulu, atau memahami ayat-ayat tersebut. Kebolehan ini menunjukkan ada proses penting yang tak bersangkut paut dengan maklumat balik dari lingkungan bahasa. Penguasaan

yang dikatakan berlaku mengikut pembentukan lakuan lisan melalui pengukuhan itu sama sekaliditolaknya. Menurutnya proses penguasaan bahasa itu jelas menunjukkan bahawa pengukuhan,

 pemerhatian biasa dan sifat semulajadi yang ingin tahu, bergabung dengan sifat mahu meniru

merupakan faktor penting, memberi kemungkinan untuk kanak-kanak membuat generalisasi,

hipotesis dan memproses maklumat dalam suatu cara istimewa dan amat kompleks. Semuanyaini sukar diperikan. Ia mungkin terpendam dan mula berkembang menurut kematangan sistem

saraf bayi itu. Pendapat ini banyak memberi pengaruh terhadap cara pengajaran dan

 pembelajaran bahasa, tetapi pengaruh sepenuhnya belum begitu ketara pada masa ini.

TEORI BIOLOGIS

Chomsky dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah menumpukan banyak perhatian kepada

unsur yang terpendam dalam manusia dan bukannya terhadap sesuatu lakuan yang dapat dilihat

sahaja. Mereka beranggapan bahawa manusia sejak lahirnya sudah mempunyai kebolehan untuk memperolehi sistem perhubungan yang dipakai oleh manusia, iaitu bahasa. Kebolehan ini

dipanggil Jentera Penguasaan Bahasa (Chomsky 1965). Kanak-kanak yang terdedah kepada

sesuatu bahasa itu mempunyai keupayaan yang semulajadi untuk merumus dan membentuk 

hukum nahu bahasa tersebut. Ini bermakna, kalau tidak ada pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku. Misalnya ada ceritanya tidak dapat bercakap apabila dijumpai.

Jadi kanak-kanak tidak akan memperolehi bahasa sekiranya ia dipisahkan dari masyarakat

manusia, sebab Jentera Penguasaan Bahasa itu tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses.Mereka juga telah mendapati bahawa ada satu jangka masa yang subur untuk bahasa

 berkembang dan sekiranya masa ini terlangkau, maka pemerolehan bahasa juga akan terhalang.

Page 13: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 13/65

Jadual Pemerolehan Bahasa

Salah satu dari teori E.H. Lenneberg (1967) mengenai pemerolehan bahasa ialah bahawa semua

kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang agak 

sama. Ini menyokong bahawa kebolehan untuk berbahasa itu berkembang telah sedia adaterjadual secara biologis. Pembentukan pertuturan dan perkembangan bahasa membuktikan

adanya sesuatu yang sudah terjadual dari segi biologi. Nampaknya apabila sudah sampai

masanya maka seseorang anak itu akan dengan serta merta menjadi tertarik terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia dapat menajamkan pancainderanya. Dengan itu dia mula

mengerti dan memilih bunyi yang penting dan mengetepikan segala yang lain, seperti yang

diperhatikan oleh Lenneberg.

Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ini bergantung kepada suatu

 jadual biologi dan bukan terbit dari rangsangan yang datang dari lingkungan. Misalnya anak 

yang lahir dari ibu bapa yang pekak dan bisu tentu sekali tidak mempunyai lingkungan bahasa,

tetapi mereka juga akan mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain dan perkembangannya dapat dijangka seolah-olah telah terjadual. Jadi apakah maksud

 bahasa itu suatu fenomena biologi? Ini membawa dua implikasi yang pertama ialah bahawakanak-kanak itu tidaklah bergantung kepada ibu bapanya untuk mengajarnya sesuatu bahasa.

Kanak- kanak mempunyai keupayaan merumus dengan sendiri dan kita tidak akan dapat

mengajarnya, walaupun sekiranya kita mahu berbuat begitu. Implikasi yang kedua ialah

 perkembangan bahasa ini hanya terbatas kepada hubungan dengan jenis makhluk yang dikenalisebagai manusia sahaja. Manusia melahirkan bayi dengan keadaan yang tidak berupaya, yakni ia

terpaksa dijaga dan disusui. Tetapi anak binatang boleh terus makan sendiri dan berlari setelah

 beberapa saat sahaja ia dilahirkan. Otak manusia memakan masa yang panjang untuk membesar,dan hal ini dapat memberi keupayaan untuk bahasa tumbuh dan berkembang. Mungkin itulah

sebabnya bahasa boleh berkembang. Sebaliknya anak binatang hanya membesar dari segi jasad

sahaja dan tidak dari kebolehan lain. Dia sudah lengkap sejak lahir.

Daya Kefahaman Lebih Asas dari Bertutur 

Lenneberg telah membezakan antara kemahiran memahami dan bertutur. Dia mengatakan

kebolehan memahami bukan hanya wujud sebelum kebolehan bertutur tetapi sebenarnya ia lebih

dasar dan mudah. Dia menunjukkan yang dalam peringkat awal kanak-kanak dapat mengenali

dan terus membezakan pola-pola pertuturan yang berlainan. Misalnya kebolehan kognitif dikalangan kanak-kanak pekak yang tidak terdedah pada bahasa pendengaran itu adalah sama

 pantas dengan kanak-kanak biasa. Ini menunjukkan kebolehan itu telah wujud. Kehilangan salah

satu dari pancaindera, tidaklah mencatatkan kebolehan asas berbahasa itu.

Dari yang Umum Menuju yang Khusus

Kanak-kanak mula memberi nama kepada barang-barang pada sesuatu peringkat yang tertentu

dalam perkembangan bahasa. Ianya merupakan kemuncak proses-proses yang dilalui dengan

 perlahan semasa umurnya meningkat lapan belas bulan apabila kanak-kanak itu mula

mengetahui nama-nama barang. Di antara dua puluh empat hingga tiga puluh bulan kanak-kanak 

Page 14: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 14/65

tadi melalui proses memberi nama kepada barang-barang. Semasa dia mencapai umur lebih

kurang tiga puluh bulan kanak-kanak tadi akan mempunyai perbendaharaan kata lebih kurang

100 perkataan dan mempunyai kemungkinan untuk memahami antara 2,000 sampai 3,000 perkataan lain. Sebenarnya, ianya belumlah lagi tahu menggunakan perkataan-perkataan

tersebut. Proses menamakan barang-barang itu merupakan satu dari aktiviti luar biasa yang

menunjukkan adanya perkembangan bahasa. Tetapi proses ini amat kurang difahami pada masaini. Apa yang kita tahu hanyalah ia terjadi pada peringkat umur yang sama di kalangan kanak-

kanak. Faktor yang bertanggungjawab terhadap perkembangan ini dan perjalanan sistem saraf 

yang menjadi dasar kejadian itu, tidaklah diketahui dan mungkin akan memakan masa yang panjang sebelum ianya diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun dapat kita perhatikan

 bahawa ada arah tertentu dalam hal ini, iaitu kanak-kanak sentiasa menamakan barang-barang

dari yang umum kepada yang tertentu dan khusus. Misalnya kanak-kanak mungkin mula-mula

memanggil segala makanan dengan `mamam' dan kemudiannya menjadi lebih khusus danmembezakannya kepada `susu', `nasi', `lauk', `kuih' dan sebagainya. Mereka mempelajari benda-

 benda sebagai satu golongan dahulu dan kemudian baharu ia mengetahui anggota-anggota atau

 bahagian golongan itu.

PERINGKAT PENGUASAAN BAHASA

Masalah memahami perkembangan penguasaan bahasa melibatkan perkara-perkara yang lebih

abstrak dan rumit. Pada hakikatnya, inilah yang kita maksudkan dengan bahasa sebagai suatu

fenomena perkembangan biologi. Hal ini menolak peranan lingkungan sahaja dalam perkembangan bahasa. Kita dapat melihat bahawa kanak-kanak tidaklah mempelajari bahasa

dengan meniru-niru percakapan ibu bapa. Pertuturan kanak- kanak itu sebenar-benarnya keluar 

dari daya ciptaan mereka sendiri. Rangkaikata-rangkaikata seperti, `abah gi', `dah bis' dan lain-lain merupakan gabungan-gabungan pertuturan yang dibuat oleh kanak-kanak itu sendiri dan

 bukanlah merupakan pertuturan yang mereka dengar dan tiru dari ibu bapa. Apa yang selalu

diperhatikan berlaku ialah sebaliknya, iaitu ibu bapa yang selalunya meniru-niru kanak-kanak itu. Kita bukanlah guru mereka dan kita tidak pernah bersikap hendak mengajar nahu dan pola

 bahasa kepada anak-anak kita.

Pemerolehan Bahasa Melalui Pendedahan

Kanak-kanak tidak akan dapat memperolehi sesuatu bahasa melainkan kalau mereka

mendengarnya dan fungsi kita hanya bercakap, lebih banyak lebih baik. Selain dari itu, fungsisokongan moral juga amat kecil sebab biologi kuat memainkan peranannya. Biologi

mengambilalih tugas selanjutnya samalah seperti organ-organ tubuhnya menghadamkan

makanan selepas makan. Semuanya berlaku sebagai sesuatu yang sudah sedia terbina. Anak tersebut memerlukan bahasa untuk hidup sama seperti ianya memerlukan makanan. Maklumat

yang diterimanya dari pertuturan kita dapat dianggap sebagai bahan mentah yang masuk melalui

saluran pendengarannya terus ke pusat sistem saraf dan dianalisa kepada unsurnya dan kemudiandibina kembali sebagai suatu kemahiran bahasa yang amat kompleks. Bagaimana proses ini

 berlaku? Kita masih jahil dalam bidang ini dan kita hanya boleh mengagak sahaja. Bayi manusia

dilahirkan dengan tidak berupaya dan terpaksa membesar. Berat otak bayi manusia semasa

dilahirkan hanya lebih kurang 25% daripada otak orang dewasa. Ini membolehkan proses

Page 15: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 15/65

tumbesaran kematangan otak berlaku dalam satu jangkamasa yang panjang selepas lahir. Oleh

sebab sistem araf berkembang maka proses perkembangan bahasa boleh berlaku.

Jadual Pemerolehan Mengikut Umur 

Menurut Lenneberg (1967) perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak melaluilapan peringkat:

1. Semasa berumur tiga bulan, kanak-kanak hanya dapat mengangkat kepada meniarap. Diameletakkan semua berat badannya pada sikunya. Kanak-kanak kurang menangis pada masa ini

dan dia boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi vokal yang kadang-kadang berpanjangan

antara lima belas sampai dua puluh saat.

2. Semasa berumur empat bulan, kepala kanak-kanak itu mula kukuh dan tegap dan kanak-kanak 

mula menggemari barang- barang permainan. Tindakbalas kepada suara manusia lebih tajam,

matanya mencari si penutur kadang-kadang kanak-kanak itu akan ketawa.

3. Pada masa berumur lima bulan, kanak-kanak tersebut boleh duduk tegap. Dia mula menyebut

 bunyi konsonan di antara bunyi vokal tersebut. Tetapi dari segi akustik bunyi-bunyi itu berbezadari bunyi bahasa.

4. Semasa kanak-kanak yang berumur enam bulan ia mula boleh bertupang tangan semasa

duduk. Kebolehan mengagah bertukar kepada pengeluaran bunyi-bunyi yang berciri sukukataseperti ma, mam, da, dak, di, dan dik dan lain-lain.

5. Pada masa berumur lapan bulan kanak-kanak mula boleh berdiri sambil berpegang kepadadinding. Pengulangan bunyi- bunyi menjadi lebih kerap dan pola lagu menjadi lebih nyata dan

 pertuturan mula digunakan untuk menyatakan kemahuan dan perasaan.

6. Semasa berumur sepuluh bulan kanak-kanak itu mulai merangkak dan kadang-kadang berdiri

tegak. Kanak-kanak mula mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dan mula meniru bunyi dan

membezakan bunyi yang berlainan yang didengarnya.

7. Semasa berumur dua belas bulan kanak-kanak mulai belajar berjalan-jalan dan bunyi yang

serupa dengan bunyi bahasa mula diterbitkan dan perkataan seperti mak, abah, mamam, mula

disebut. Pada masa ini juga kanak-kanak tersebut mulai memahami arahan.

8. Semasa berumur lapan belas bulan kanak-kanak tersebut mulai berjalan. Dia sudah

mempunyai antara tiga hingga lima puluh perkataan. Kefahamannya bertambah baik dan diamula menggabungkan dua perkataan untuk menjadi rangkaikata. Semasa umurnya meningkat

dua tahun pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap dan dia dapat merumuskannya dengan

 bersendirian. Proses ini berterusan hingga umurnya menjadi baligh apabila bahasanya menjadisempurna.

Page 16: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 16/65

Kekenyalan Berakhir 

Masa tamat peringkat kesuburan untuk belajar bertutur ini mungkin juga mempunyai sesuatu

kepentingan dalam perkembangan bahasa tersebut. Alam mesti mengadakan perimbangan di

antara kekenyalan sistem saraf bagi memungkinkan dia belajar. Selepas itu sistem itu menjadimantap. Oleh sebab itu perlulah diberi masa yang agak sesuai untuk bahasa berkembang dan

 proses itu harus berhenti setelah mencapai peringkat yang sempurna. Selalunya ia berlaku setelah

ia menjadi baligh dan mula memainkan peranannya dalam masyarakat secara aktif. Pembakuanitu menjadi perlu supaya bahasa yang dituturkan itu berdasarkan suatu sistem sahaja yang dapat

difahami oleh semua anggota masyarakat itu. Kalau ia terus berkembang, maka haruslah ia

menjadi sukar untuk difahami oleh kebanyakan anggota masyarakat yang ramai itu.

Sebagaimana yang kita tunjukkan tadi pemerolehan bahasa bermula semasa kanak-kanak 

 berumur dua tahun, iaitu semasa otaknya tumbuh menjadi 60% dari otak orang dewasa. Masa ini

 juga merupakan masa progres yang rapi berlaku untuk berjalan dan kemahiran-kemahiran motor 

yang lain, iaitu suatu ciri yang penting berhubung dengan kemahiran-kemahiran lain dankemahiran bahasa. Di antara perkara yang penting dalam perkembangan otak melibatkan

 pembesaran bahagian kiri hemisfera otak waktu anak itu berumur sepuluh tahun. Sebabnya yangsah tidaklah diketahui. Tetapi salah satu daripada kepentingannya ialah untuk membolehkan

kemahiran bertutur itu menjadi matang.

Dapat kita perhatikan bahawa ada satu ciri yang selalu berlaku dalam perkembangan bahasa.Selalunya bayi menunjukkan yang mereka faham setengah perkataan dan arahan- arahan

semenjak mereka berumur dua belas bulan lagi walaupun mereka tidak dapat mengeluarkan

sepatah perkataan pun. Kita dapat memperhatikan bahawa proses memahami dalam sesuatu bahasa itu mendahului proses bertutur. Dalam suatu kajian terhadap seorang kanak-kanak yang

sakit otak kerana jangkitan semasa dalam kandungan, menunjukkan yang dia tidak dapat bertutur 

dengan baik. Walau bagaimanapun, dalam ujian-ujian yang dijalankan, dia dapat memahami perintah seperti `Ambil kotak itu!' dan `Masukkan ke dalam botol', dan di samping itu dia boleh

menjawab soalan mengenai cerita-cerita yang didengarnya. Ini menjelaskan prinsip penting

 bahawa kemahiran memahami itu mendahului kemahiran bertutur. Bukan itu sahaja, bahkan ialebih mudah dan lebih dasar. Dengan lain perkataan, ada sesuatu yang istimewa dalam pertuturan

yang dapat kita fahamkan sebagai pengetahuan berkenaan dengan sesuatu bahasa, yang mungkin

sudah wujud semasa awal dalam kehidupan kanak-kanak lagi. Dari sini dapatlah disimpulkan

 bahawa proses bermula semasa kanak-kanak itu berumur dua tahun dan berakhir lebih kurangsemasa ia berumur dua belas tahun.

Setelah mencapai peringkat itu maka, bahasa kanak-kanak itu dianggap sudah lengkap dalamserba serbinya. Memang betul bahawa kanak-kanak, bahkan orang dewasa sendiri masih terus

 belajar. Tetapi apa yang mereka pelajari itu hanya merupakan gaya, atau peluasan dari segi

 pemakaian, atau sesuatu makna yang baharu sahaja. Sebenarnya, dari segi nahunya, bahasa itusudah cukup lengkap, tetapi pemerolehan lain akan terus berlaku.

Page 17: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 17/65

Bagaimana Kanak-Kanak Melayu Mempelajari Pragmatik  

Zuraini binti Ramli

Jabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa

Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.0 Pendahuluan

Seseorang bayi dari saat kelahirannya telah mula berhubung dengan orang-orang dalam

 persekitarannya melalui tangisan. Tangisan menjadi satu cara untuk memberitahu keperluannya,

seperti lapar, mengantuk atau sakit. Sungguhpun demikian, tangisan belum boleh dikatakansebagai bahasa kerana bentuk tersebut tidak mempunyai pola teratur yang secara berulang-ulang

dapat menyampaikan fikiran dan perasaan dengan tepat. Apabila bunyi-bunyi yang dikeluarkan

oleh alat artikulasi manusia disusun mengikut hukum-hukum yang ada dalam sesuatu bahasa, barulah pengguna bahasa dapat berkomunikasi sesama mereka.

Menurut Piaget (1926), ‘…human cognitive development is achieved through maturationalstages, with our thought processes and patterns changing systematically as we age’. Beliau

melihat perkembangan bahasa kanak-kanak dalam dua jenis, iaitu :

i) Bahasa yang bertumpu pada diri sendiri yang disebut bahasa egosentrik (egocentric language).ii) Bahasa yang ditujukan kepada orang lain yang disebut bahasa perhubungan (socialized

language).

Bahasa jenis pertama, iaitu bahasa yang bertumpu pada diri sendiri merupakan situasi berbahasa

kanak-kanak yang sama sekali tidak mempedulikan orang di sekitarnya atau pada orang yang

mendengarnya. Dia bercakap dengan dirinya sendiri dan tentang dirinya sendiri. Kanak-kanak  juga kadangkala menghubungkan sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya dengan perkara

yang sedang dilakukannya itu, tetapi orang berkenaan hanya menjadi penonton sahaja.

Bahasa egosentrik dilahirkan dengan tiga cara, iaitu pengulangan, monolog dan monologtumpuan. Bahasa egosentrik jenis pengulangan merupakan percakapan kanak-kanak yang

diulang secara terus menerus, sama ada pada peringkat kata atau suku kata. Contohnya,

Kakak nak mandi, man man di.

Kakak nak mandi, man man di.

Pengulangan tersebut dibuat untuk tujuan keseronokan dan tidak bermaksud apa-apa.

Bahasa egosentrik jenis monolog pula ialah percakapan kanak-kanak yang seolah-olah

menggambarkan kepada kita bahawa dia sedang berfikir, dan fikiran itu dilahirkan dalam bentuk  bunyi dan kemudian dalam bentuk kata. Manakala jenis monolog tumpuan dapat dilihat apabila

kanak-kanak bercakap seorang diri, dan dia menghubungkan butir percakapannya dengan orang

yang ada berhampiran dengannya.

Page 18: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 18/65

Jenis perkembangan bahasa yang kedua pula ialah bahasa perhubungan. Dalam jenis tersebut,

kanak-kanak bertukar fikiran dengan orang lain dengan berbagai-bagai cara, seperti bercerita,

 bertengkar, mengulas, dan bertanya. Dalam situasi ini, kanak-kanak telah mula berkeupayaanuntuk memberi fokus kepada pelbagai aspek dalam pelbagai situasi. Justeru, mereka telah mula

 berfikir tentang menjalinkan perhubungan dengan orang lain, dengan cara menghasilkan

 pelbagai bentuk komunikasi dengan audiens yang berbeza (Piaget, 1926).

2.0 Catatan Ringkas Tentang Bagaimana Kanak-Kanak Melayu Mempelajari Pragmatik 

Jika dilihat tahap-tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak, beberapa pandangan telah

dikemukakan oleh beberapa pengkaji yang berbeza. Umumnya, peringkat pemerolehan bahasa

kanak-kanak hampir sama. Kebanyakan pengkaji menghubungkan tahap pemerolehan bahasadengan melihat perkembangan usia dengan pergerakan deria motor kanak-kanak. Mangantar 

Simanjuntak (1987, 188-239) membahagikan peringkat pemerolehan bahasa kepada beberapa

tahap, iaitu tahap membabel atau mengagah, tahap holofrasa, tahap ucapan dua kata, tahap

 permulaan tatabahasa, tahap menjelang tatabahasa penuh dan akhirnya, tahap kecekapan penuh.Menurut Kess, J. F. (1976: 58) pula, tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak dilihat mengikut

usia. Pemerolehan bahasa melibatkan pemerolehan pelbagai aspek dalam bahasa, antaranyafonologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Kanak-kanak bermula dengan sesuatu yang lebih

umum dan kategori yang tidak dikenal pasti, seterusnya persepsi dan klasifikasi mereka

 berkembang dan berubah mengikut masa.

Kanak-kanak mula berinteraksi dengan orang di sekelilingnya semenjak mereka dilahirkan lagi.

Walau bagaimanapun, hanya pada usia dua tahun dan ke atas, kebanyakan kanak-kanak mula

 boleh bertutur dalam bentuk ayat. Tahap in merupakan tahap pemerolehan sintaksis. Dalamtahap tersebut, kanak-kanak dilihat sudah mula mempelajari pragmatik dalam perbualan mereka.

Mereka mula memahami konteks dalam perbualan, melalui pelbagai teknik berinteraksi, seperti

teknik bercerita, bertengkar dan berbahas, bekerjasama, menyatakan keinginan, mengkritik,memerintah atau meminta, bertanya, mengulas, melarang, dan mengajak. Berikut dihuraikan

 bagaimana kanak-kanak Melayu mempelajari aspek pragmatik dalam interaksinya dengan orang

di sekeliling. Data yang dipaparkan merupakan data yang diperoleh daripada pemerhatianterhadap kanak-kanak perempuan Melayu bernama Ainin Sofiya (singkatannya Sofiya atau Nin),

ketika berusia antara 1 hingga 3 tahun.

2.1 Bercerita

Melalui teknik bercerita, Sofiya memberitahu sesuatu kepada pendengarnya yang boleh menarik 

minat pendengar tersebut. Kebiasaannya, dia bercerita tentang pengalamannya, sama ada yang pernah berlaku pada dirinya ataupun yang berbentuk imaginasi. Ketika bercerita berkaitan

 pengalamannya, Sofiya selalunya bercerita tentang dirinya dan orang-orang yang berada di

sekitarnya, khususnya keluarga terdekat atau rakan-rakan di taska. Contohnya:

1) Danish ada rambut botak. Rambut ayah dia pun botak jugak.

2) Kakak rajin, kakak dah sidai tuala kakak dengan tuala adik.

Page 19: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 19/65

Perkataan pun dan rajin bukan sahaja bertujuan memberi penegasan, tetapi juga untuk menarik 

 perhatian pendengar. Sebagaimana yang dinyatakan sebelumnya, penceritaan juga dibuat

 berdasarkan khayalan atau imaginasi kanak-kanak. Selalunya, Sofiya berimaginasi tentang perkara-perkara tertentu yang pernah dilihatnya pada orang-orang di sekitarnya yang lebih

dewasa atau berdasarkan gambar atau cerita yang pernah dilihat atau ditonton. Kadangkala

imaginasi terhasil akibat keinginannya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh:

3) Nanti kakak nak jadi pengantin macam Mak Busu, cantik.

4) Nanti kakak nak bilik kakak macam ni, ada bantal Barney (sambil menunjuk gambar dalammajalah).

2.2 Bertengkar dan Berbahas

Dalam teknik bertengkar dan berbahas, Sofiya cenderung untuk mempertahankan pendapat atau

kepercayaannya, sama ada dengan rakan-rakan atau orang lain yang lebih dewasa. Kadangkala,

dalam situasi pertengkaran dan perbahasan itu, dia merujuk pandangan orang lain untuk mendapatkan pengesahan.

5) Opah: Pandai cucu Opah, nanti dapat nombor satu.

Sofiya: Bukan cucu Opah, kakak cucu atok, kan bu?

6) Opah: Kakak pakai baju Opah ya?Sofiya: Mana ada. Ini baju kakak. Opah besar.

2.3 Bekerjasama

Melalui teknik bekerjasama, Sofiya mengajak kanak-kanak lain untuk melakukan sesuatu, seperti bermain, melukis, dan membaca buku. Sebagai contoh:

7) Sofiya: Syafiq, jom kita main boling.

Syafiq: Sofiya duduk kat situ, Syafiq susun bola.

Selain itu, Sofiya juga adakalanya menunjukkan keinginan bekerjasama dengan orang dewasa,seperti ketika memasak lauk dan membeli belah. Contoh perbualan di bawah diambil ketika

Sofiya melihat ibunya menumbuk bawang di dapur.

8) Sofiya: Biar kakak masukkan bawang putih.

Page 20: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 20/65

2.4 Menyatakan Keinginan

Keinginan merupakan naluri yang telah ada dalam diri manusia semenjak mereka dilahirkan.

Berbahasa menjadi salah satu medium untuk menyatakan keinginan tersebut. Justeru, pernyataan

keinginan merupakan bentuk bahasa yang paling awal dikuasai oleh kanak-kanak. Dalam kesSofiya, dia boleh menyebut perkataan mama dan ayah pada peringkat yang lebih awal. Dia juga

 boleh menyebut perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perbuatan asas dalam kehidupan.

Kebanyakan perkataan tersebut berbentuk kata kerja seperti makan, minum, dan mandi, yangdikeluarkan dalam bentuk satu suku kata. Selalunya, dia mengharapkan tindak balas daripada

orang yang mendengar, sama ada tindak balas dalam bentuk bahasa ataupun perbuatan.

Contohnya:

9) Nak nen/tek (susu).

10) Nak andi (mandi).

2.5 Mengkritik 

Menjadi kebiasaan kepada Sofiya untuk mengkritik atau menegur perbuatan atau kelakuan orang

lain yang dirasakannya tidak betul. Cara ini membolehkannya menimbulkan gerak balas sama

ada secara positif atau negatif kepada orang lain. Misalnya:

11) Sofiya: Ayah nyanyi salah, bukan macam tu!

Dalam contoh (11), kritikan ditujukan terus kepada orang yang menjadi sasarannya. Ada juga

situasi yang kritikan dinyatakan secara tidak langsung, iaitu diujarkan kepada orang lain.

Contohnya:

12) Sofiya: Ibu, ayah nyanyi macam tu bu. Lagu kakak lain.

2.6 Memerintah atau Meminta

Jika dilihat bahasa yang digunakan dalam interaksi kanak-kanak, teknik memerintah dan

meminta merupakan teknik yang paling kerap digunakan, terutama antara umur dua hingga limatahun. Memerintah atau meminta boleh dianggap sebagai kesinambungan daripada teknik 

menyatakan keinginan, kerana ia merupakan peringkat perkembangan yang agak tinggi dan

 bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. Ketika berusia kurang daripada 3 tahun, ayat yangdiujarkan merupakan ayat perintah kerana Sofiya masih belum menguasai kata-kata silaan dan

 permintaan. Contohnya:

13) Sofiya: Ayah, pasang kipas!

14) Sofiya: Ibu, buat Milo kakak!

Page 21: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 21/65

Penggunaan kata silaan dan permintaan boleh menghaluskan suasana permintaan tersebut Pada

usia 3 tahun, Sofiya sudah mampu menggunakan perkataan tolong, dan ayat yang diujarkan juga

lebih panjang. Ini menunjukkan bahawa dia sudah menguasai dan memahami aspek pragmatik dengan lebih baik. Contohnya:

15) Sofiya: Ibu, tolong kakak warnakan ni.

16) Sofiya: Ibu, kakak penat, tolong dukung kakak.

Adakalanya, ayat perintah atau permintaan dihasilkan dalam bentuk ayat penyata. Sebagai

contoh:

17) Sofiya: Ibu, kakak nak pakai lipstick.

Jika ayat tersebut disanggah, kanak-kanak akan mengulangi pernyataan tersebut dengan lebih

 bersungguh-sungguh. Jelas bahawa keinginan mereka juga kadangkala dizahirkan dengan cara

tersirat. Contohnya:

18) Sofiya : Ibu, kakak nak pakai lipstick.Ibu : Malam-malam orang tak pakai lipstick.

Sofiya : Kakak nak pakai lipstick jugak!

2.7 Bertanya

Bertanya merupakan teknik yang seringkali digunakan oleh Sofiya untuk memenuhi naluri ingintahunya tentang pelbagai perkara di sekelilingnya. Dalam bahasa, ada dua jenis ayat tanya, iaitu

ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup (Nik Safiah Karim et al., 1996 :427). Ayat tanya

terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak,sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Manakala, ayat

tanya tertutup pula ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan.

Selain daripada bertujuan untuk mendapatkan jawapan, kadangkala pertanyaan orang dewasa

dilahirkan untuk mendapatkan pengesahan, menyuruh atau mengejek. Namun begitu, bagi

Sofiya, teknik bertanya merupakan teknik yang digunakan untuk membolehkan dia benar-benar 

mengetahui sesuatu perkara itu. Setiap pertanyaannya perlu dijawab dengan jelas, sama adamenggunakan ya, tidak atau jawapan dalam bentuk yang lain. Oleh itu, pertanyaan Sofiya boleh

 berbentuk pertanyaan terbuka dan tertutup. Walau bagaimanapun, bentuk pertanyaan yang lebih

awal digunakan ialah pertanyaan terbuka, tentang nama, tempat dan arah. Contohnya seperti:

19) Sofiya: Apa ni bu?

20) Sofiya: Itu apa?

Page 22: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 22/65

Pertanyaan di atas timbul apabila Sofiya mula mengenal alam sekelilingnya dan mempunyai

dorongan untuk mengetahui nama benda-benda. Ini menunjukkan bahawa dia sudah mulamempunyai pengetahuan kognitif.

Dari segi penguasaan kata ganti nama tanya, didapati bahawa kata tanya apa dikuasai lebih awaldaripada siapa. Hal ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal, Sofiya melihat semua yang

terdapat di sekelilingnya sebagai benda, dan belum ada perbezaan antara kategori manusia dan

 bukan manusia. Kata tanya siapa mula digunakan apabila dia tahu membezakan antara manusiadan bukan manusia. Contohnya, jika mendapat baju atau mainan yang baru, dia akan bertanya

siapakah yang membelikan barang tersebut untuknya. Sebagai contoh:

21) Sofiya: Siapa belikan baju ni?

22) Sofiya: Siapa beli buku ni bu?

Dalam contoh di atas, selalunya pertanyaan itu diungkapkan untuk dia mengetahui siapakah yangmembelikannya barang tersebut. Secara tidak langsung, hal ini juga menunjukkan bahawa dia

sudah pandai menghargai pemberian orang lain kepadanya.

Kata tanya mana dikuasai lebih kemudian, iaitu pada usia lebih kurang dua tahun. Contohnya:

23) Sofiya: Mana kasut kakak?

24)) Sofiya: Mana beg kakak?

25) Sofiya: Bu, kita nak pergi mana?

26) Sofiya: Ibu beli dekat mana?

Contoh-contoh di atas memperlihatkan perkataan mana merujuk kepada makna arah dan maknatempat, dan hal ini sama dengan bahasa orang dewasa. Dalam contoh ayat (26), selalunya

 pertanyaan itu diungkapkan selepas contoh ayat-ayat (21). Contoh ayat (26) ini juga

mengukuhkan lagi kenyataan bahawa Sofiya sudah pandai menghargai pemberian orang lain.

Apabila mencapai usia tiga tahun, Sofiya sudah mula menggunakan pertanyaan sebab musabab,

dengan menggunakan kata tanya kenapa.

27) Sofiya: Kenapa ayah tinggal kakak?

28) Sofiya: Kenapa baby Harith menangis? (Harith ialah anak jiran sebelah)

Pertanyaan tertutup mula digunakan pada usia lebih kurang tiga tahun juga. Kebanyakan

 persoalan yang ditanyakan adalah berkenaan dengan diri sendiri atau keluarga terdekat.

Contohnya:

Page 23: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 23/65

29) Sofiya: Cantik tak rambut kakak?

30) Sofiya: Kita nak pergi jalan ke ayah?

31) Sofiya: Perut Mak Busu ada baby ke bu?

2.8 Menjawab

Teknik menjawab merupakan teknik yang berkaitan dengan teknik bertanya yang dihuraikan

sebelum ini. Dalam konteks ini, pertanyaan daripada orang lain menjadi penggerak utama dalam

membentuk perhubungan dua hala. Sofiya akan menjawab berdasarkan pada pertanyaan yangdiajukan. Untuk pertanyaan terbuka, tumpuan akan diberikan kepada fokus soalan. Jarang dilihat

Sofiya ketika berusia dalam lingkungan dua tahun, menjawab dengan menggunakan ayat yang

 penuh, melainkan menjawab dengan satu perkataan sahaja. Contohnya:

32) Ibu: Kakak dah mandi?

Sofiya: Dah.

33) Ayah: Kakak makan apa?

Sofiya: Biskut.

Apabila mencapai usia tiga tahun, Sofiya sudah mula memberikan jawapan yang lebih panjang,

serta dapat juga dilihat penggunaan kata nama arah dan kata bilangan dalam jawapannya.

Kadangkala jawapan untuk satu-satu pertanyaan diberi dalam bentuk beberapa ayat. Jawapanyang diberikan juga adakalanya terbentuk dalam ayat yang sempurna. Misalnya:

34) Ibu: Kakak dah mandi?Sofiya: Kakak dah mandi, ayah mandikan kakak.

35) Ibu: Mana mainan adik?Sofiya: Kakak dah simpan dalam bakul mainan.

36) Ibu: Kakak beli apa?

Sofiya: Kakak beli banyak, gula, coklat, air kotak.

Bagi soalan berbentuk pertanyaan tertutup pula, pada peringkat umur 1½ hingga 2 tahun,

 jawapan diberikan sama ada dengan anggukan atau gelengan kepala, atau dengan mengulangsebahagian pertanyaan. Contohnya:

37) Ayah: Ainin nak Ribena?Sofiya: Nak Ribena.

Apabila berusia 3 tahun, kebanyakan jawapan untuk pertanyaan tertutup adalah dalam bentuk 

nak dan tak nak sahaja. Contohnya:

Page 24: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 24/65

38) Ibu: Sofiya nak makan nasi?

Sofiya: Nak.

39) Ibu: Kakak nak Milo?

Sofiya: Tak nak.

Jawapan untuk bentuk ayat tanya tertutup, iaitu ya dan tidak biasanya lahir apabila Sofiya

menyahut panggilan seseorang. Contohnya:

40) Ibu: Kakak!

Sofiya: Ya bu!

Seawal usia dua tahun, Sofiya dilihat telah mula menggunakan jawapan negatif tidak. Kata-kata

yang digunakan ialah kata nafi tidak (tak) dan bukan. Keupayaan menggunakan kata nafi ini

merupakan lanjutan daripada keengganan terhadap sesuatu yang sebelum ini dinyatakan dalam

 bentuk tangisan atau gerak-geri, sewaktu masih bayi. Apabila sudah boleh berbahasa, keupayaantersebut dipindahkan dalam bentuk bahasa.

2.9 Mengulas

Tatkala Sofiya sudah pandai berbahasa, dia mula menunjukkan keupayaan untuk membuatulasan tentang sesuatu perkara. Kebanyakan perkataan yang digunakan terdiri daripada kata

adjektif dan adverba, menunjukkan bahawa dia sudah berupaya mengekspresikan perasaannya

terhadap sesuatu perkara yang dialaminya. Contoh-contoh ayat di bawah diujarkan oleh Sofiyaketika dia berusia antara 2½ hingga 3 tahun.

41) Sofiya: Cantiknya baju ibu.

42) Sofiya: Ibu bawa kereta lajulah.

Terdapat juga ulasan yang dibuat berbentuk perbandingan, sama ada perbandingan setara

ataupun berlawanan. Misalnya:

43) Sofiya: Kakak ada warna, adik tak ada.

44) Sofiya: Sufi sayang adik Kimi dia, kakak pun sayang adik kakak.

2.10 Melarang

Jika diperhatikan, larangan dalam bahasa terbahagi kepada dua, iaitu larangan halus dan larangan

kasar. Larangan kasar menggunakan perkataan jangan, manakala larangan halus menggunakan

 perkataan usah dan tak usah. Dalam bahasa kanak-kanak, bentuk larangan yang digunakan ialah

 jangan. Pada usia 1½ hingga 2 tahun, bentuk yang digunakan oleh Sofiya ialah angan. Bentuk 

Page 25: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 25/65

 penuh jangan hanya mula boleh dilafazkan pada sekitar usia 3 tahun. Contohnya:

45) Sofiya: Anganlah, Nin punya!

46) Sofiya: Adik, jangan kacau ibu solat dik.

2.11 Mengajak 

Teknik terakhir yang akan dibincangkan ialah teknik mengajak. Teknik ini dilihat sebagai satu

cara Sofiya membina hubungan yang mesra dan rapat dengan seseorang. Pada tahap sebelum

 berbahasa lagi, Sofiya sudah mempamerkan teknik mengajak dengan cara tersenyum,

menganggukkan kepala atau memberikan mainannya kepada seseorang. Menjelang usia 2 hingga3 tahun, dia sudah mula menggunakan perkataan yang bertujuan untuk mengajak seperti meh

(mari) dan jom (mari). Contohnya dalam ujaran-ujaran yang dihasilkan oleh Sofiya di bawah:

46) Sofiya: Meh kakak sikat rambut adik!

47) Sofiya: Ibu jomla naik atas.

3.0 Kesimpulan

Berdasarkan huraian dan contoh-contoh yang diberikan, dapat diperhatikan bahawa Sofiyamempelajari pragmatik melalui interaksinya dengan orang-orang di sekeliling. Sewaktu

menggunakan teknik bercerita, dia belajar bagaimana untuk berkongsi pengalamannya ataupun

menyatakan keinginannya terhadap sesuatu perkara. Dalam teknik-teknik yang lain seperti bertengkar dan berbahas, bekerjasama, menyatakan keinginan, mengkritik, memerintah atau

meminta, bertanya, mengulas, melarang, dan mengajak, didapati bahawa Sofiya menguasai

kemahiran berkomunikasi untuk pelbagai tujuan dan keperluan. Jelas dapat dilihat bahawa dalamusia antara 1½ hingga 3 tahun, dia memahami konteks dalam perbualan. Di samping itu, dia turut

memahami bilakah masa yang sesuai untuk dia menjadi pembicara atau pendengar dalam satu-

satu perbualan atau komunikasi.

Dapatan ini bersesuaian dengan pandangan Clark (2003), iaitu;

”Learning a language requires proficient use for all sorts of everyday purposes – from greetingsto gossip, from simple requests at the table to telling of a joke, from giving instructions to telling

a story. To do any of these things requires knowing how to use one’s language. One has to know

the appropriate ways to address others, depending on age, sex, relationship, and status. One alsohas to know how to get the other’s attention, how to take turns, and how to talk about the topic in

question in that language. These are all skills on constant display in conversations, and it seems

reasonable to suppose that children acquire these skills from conversation.”

Page 26: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 26/65

Dari segi penggunaan kata ganti nama diri pula, ganti nama diri pertama muncul lebih awal

daripada bentuk ganti nama yang lain. Kanak-kanak Melayu biasanya membahasakan dirimereka dengan nama sendiri, atau gelaran dan pangkat dalam keluarga, seperti kakak atau abang.

Perkataan saya hanya muncul jika kanak-kanak itu pergi ke taska atau tadika, dan dalam kes

Sofiya, dia menggunakan ganti nama saya di taska, tetapi di rumah, ganti nama kakak tetapdigunakan. Hal ini biasa berlaku dalam masyarakat Melayu kerana ibu bapa sering memanggil

anak mereka dengan nama anak tersebut atau gelaran dalam keluarga. Oleh sebab kanak-kanak 

mudah meniru atau mengulang apa yang didengarnya, ganti nama tersebut terus digunakan untuk merujuk dirinya sendiri. Selain itu, ganti nama kita juga telah mula digunakan seawal umur 3

tahun, sebagaimana dalam contoh (25) dan (30). Ini bermakna, kanak-kanak sudah memahami

konsep adanya orang lain dalam hidupnya, dan bukan hanya berkenaan dirinya sahaja. Perkataan

kita bersifat inklusif, iaitu merangkumi orang yang bercakap dan yang diajak bercakap. Oleh itu,dalam mendidik anak-anak dalam kalangan keluarga Melayu, semangat ’kekitaan’ itu penting,

sesuai dengan kebudayaan Melayu yang memberi tumpuan kepada hidup berkerabat dan

 bermasyarakat.

Biasanya, bentuk ganti nama kedua muncul lebih lambat dalam perbendaharaan kata kanak-

kanak Melayu. Perkataan awak, kamu atau engkau hanya digunakan apabila kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan. Bagi ganti nama diri ketiga pula, perkataan dia mula

digunakan sewaktu berumur 3 tahun seperti dalam contoh (44). Kata ganti nama ketiga yang lain

seperti mereka pula, biasanya dikuasai lebih lewat.

Daripada pelbagai teknik berinteraksi dalam kalangan kanak-kanak Melayu yang dihuraikan,

dapatlah disimpulkan bahawa kanak-kanak dapat menghayati dengan sendirinya pelbagai aspek 

 bahasa, sama ada dari segi sistem, struktur ataupun tatabahasa sosialnya. Aspek pragmatik jelasdapat dilihat apabila kanak-kanak memahami konteks perbualan. Dengan kata lain, mereka tahu

dan faham bila ketika yang sesuai untuk mereka bercakap atau membalas percakapan orang lain.

Semuanya ini berlaku tanpa latih tubi yang formal sebagaimana yang digunakan dalam pengajaran bahasa di sekolah. Ini membuktikan bahawa pemerolehan bahasa pertama berlaku

melalui proses-proses penyerapan. Sungguhpun demikian, peniruan merupakan satu proses yang

seringkali digunakan oleh kanak-kanak untuk memperolehi bahasa. Oleh itu, contoh penggunaan bahasa yang baik dan bersopan dalam kalangan ibu bapa perlulah ditunjukkan, agar dapat

melahirkan generasi yang berpekerti mulia.

Bibliografi

Page 27: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 27/65

Asmah Haji Omar. 1993. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Clark, Eve V. 2003. First Language Acquisition. Cambridge: Cambridge University Press.

Kess, J. F. 1976. Psycholinguistics Introductory Perspective. New York: Academic Press.

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

 Nik Safiah Karim et al. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Piaget, J. 1926. The Language and Thought of The Child. New York: Harcourt, Brace.

PELAKSANAAN TINDAK UJARAN

Page 28: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 28/65

1. PENGENALAN

Seperti dinyatakan dalam Bab III, pemahaman terhadap ujaran boleh berhenti apabila ujaran itu

dimengerti, atau dilanjutkan dengan suatu tindakan. Bila kita mendengar ujaran atau membacasuatu wacana yang isinya merupakan pemberitaan belaka, maka pada umumnya kita hanya

memahami saja apa yang diujarkan atau ditulis dalam wacana tersebut. Jikalau, misalnya, kita

mendengar ujaran

(1) Para pendukung Mbak Gema sudah mulai berdatangan

maka kita boleh diam saja atau memberikan tanggapan verbal, tetapi tidak ada kewajiban bagikita melakukan sesuatu setelah memahami ujaran tersebut. Akan tetapi, pada suatu suasana lain,

tidak mustahil bahawa pemahaman terhadap ujaran memerlukan tanggapan yang berupa

tindakan. Apabila, misalnya, kita mendengar ujaran

(2) Tolong pintunya ditutup

maka kita tidak cukup hanya memahami makna ayat (2), tetapi kita juga harus melakukan suatu

 perbuatan tertentu, yakni, menutup pintu yang dimaksudkan.

Dengan kata lain, pemahaman terbagi atas dua bahagian (Clark dan Clark 1977): (1) pemahamanuntuk memahami makna suatu ujaran (sudah dibahas di Bab III), dan (2) pemahaman bagi

melaksanakan makna ujaran tersebut. Bab IV membahas bahagian kedua dari dua bahagian ini,

yakni, pelaksanaan tindak ujaran.

Bab ini adalah langkah lanjutan setelah orang memahami ujaran yang baru saja didengarnya.

2. TUJUAN UJARAN

Dalam menghasilkan ujaran, manusia pastilah mempunyai tujuan, bahkan waktu kita sedang

 berbual-bual dan berjalan-jalan ke sana kemari sekalipun. Tujuan tadi berupa pemberian

informasi kepada pendengar.

Kalau dalam suatu wacana dialog, misalnya, kita menemui ayat

(1) Pak Wijoyo sekarang ada di Leipzig

maka kita sebagai pendengar akan menangkap makna ujaran tersebut tetapi kita tidak akan

 berbuat apa-apa, seperti menutup pintu atau membuka jendela. Yang akan kita lakukan adalahmenangkap makna tersebut dan kemudian menyimpannya dalam memori kita. Pada suatu masa

lain, mungkin informasi ini diperlukan. Sebagai contoh, apabila, pada suatu hari ada orang hari

 bertanya Di mana Pak Wijoyo, ya, sekarang.

Page 29: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 29/65

Ayat (1) juga mengandung perpaduan satu proposisi dengan proposisi lain. Ini bermaksud, ada

argumen Pak Wijoyo dan predikasi ada di Leipzig dan keterangan waktu sekarang. Di samping

itu, orang yang menghasilkan ujaran ayat (1) juga mempunyai anadaian-andaian tertentumengenai pengetahuan orang yang diajak bicara, si interlokutor. Pembicara pasti berandaian,

misalnya, bahawa pendengar mengenali Pak Wijoyo itu. Yang tidak dia ketahui adalah apa yang

terjadi padanya, yakni, keberadaan dia di Leipzig pada masa ini.

Dengan demikian, suatu ujaran itu mengandung di dalamnya tiga unsur: (a) tindak ujaran (speech

acts), muatan proposisi (propositional content), dan muatan tematik (thematic content). Marilahkita lihat ketiga-tiga unsur ini lebih lanjut.

a. Tindak Ujaran

Konsep mengenai tindak ujaran (Speech Acts) mulai dipikirkan oleh seorang profesor Universiti

Oxford, John L. Austin, dalam syarahannya di Universiti Harvard tahun 1955. Syarahan ini

kemudian diterbitkan menjadi buku dengan judul How to Do Things with Words pada tahun

1962 setelah beliau meninggal. Karya beliau tersebut kemudian dilanjutkan oleh salah satumahasiswa Amerikanya, J.R. Searle, yang kemudian menerbitkan buku Speech Acts (1969) (Mei

1998: 1051; Mei 2002: 92).

Searle membahagi tindak ujaran ke dalam lima kategori (Searle 1969: 34; Mey 2002: 120): (a)

representatif, (b) direktif, (c) komisif, (d) ekspresif, dan (e) deklarasi. Tindak ujaran yang berupa

representatif adalah pernyataan (assertions) tentang suatu keadaan di dunia. Dari segi pembicaraapa yang dinyatakan itu mengandung kebenaran. Oleh sebab itu, jikalau pembicara berkata

(2) Katanya, Abu Hamzah mempunyai empat isteri

maka ayat tadi dari segi pembicara menyatakan suatu proposisi yang benar.

Pada tindak ujaran direktif, pembicara melakukan tindak ujaran dengan tujuan agar pendengar melakukan sesuatu. Wujud tindak ujaran ini dapat berupa pertanyaan seperti dalam (2),

 permintaan sangat lunak seperti dalam (3), sedikit menyuruh seperti dalam (4), atau sangat

langsung dan kasar seperti dalam (5).

(2) Apa kamu harus merokok di sini?

(3) Mbok kamu mampir kalau ke Jakarta.

(4) Ayo, dong, dimakan kuihnya.(5) Pergi kamu!

Tindak ujaran komisif sebenarnya boleh dianggap sama seperti tindak ujaran direktif, hanya sajaarahnya berbeza. Dalam ujaran direktif, si pendengarlah yang diharapkan melakukan sesuatu.

Dalam tindak ujaran komisif, “perintah” itu diarahkan kepada pembicara sendiri. Kerana itu, ada

yang menganjurkan agar kedua jenis tindak ujaran ini dijadikan satu menjadi obligatif (Mei2002:

121). Namun pada umumnya orang masih memisahkan kedua-duanya. Kata-kata seperti berjanji,

 bersumpah, bertekad termasuk dalam kategori komisif seperti terlihat pada contoh-contoh

Page 30: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 30/65

 berikut:

(6) Saya berjanji akan mencintaimu lebih lama daripada selamanya.(7) Saya bersumpah untuk membalas kematian adik saya.

(8) Kami bertekad untuk menuntut anggota DPR hadir pada tiap sidang.

Tindak ujaran ekspresif digunakan oleh pembicara bila dia ingin menyatakan keadaan psikologis

dia mengenai sesuatu, misalnya, menyatakan rasa terima kasih, takziah (bela sungkawa),

menyampaikan ucapan selamat, dan juga mengumpat. Berikut adalah beberapa contoh tindak ujaran ekspresif:

(9) Mohon maaf, Bu, kami tidak boleh ikut membantu.

(10) Selamat, ya, semoga anakmu lahir selamat, cantik atau tampan.(11) Terima kasih, Oom, atas kiriman uangnya.

(12) Gila, barang busuk begini dibeli!

Tindak ujaran deklarasi menyatakan adanya suatu keadaan baru yang muncul oleh kerana ujaranitu. Ayat seperti (13) menyatakan bahawa kedua orang itu telah menjadi suami-isteri, sedangkan

ayat (14) merujuk pada dijatuhkannya hukuman terhadap orang itu.(13) I hereby pronounce you husband and wife.

(14) Dengan ini kami menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun.

Satu hal yang perlu dicatat dalam tindak ujaran ini adalah bahawa bagi menyatakan (13) dan (14)seseorang harus memiliki wewenang bagi melakukannya. Hanya padri Kristian yang dapat

mengucapkan ayat (13) dan hanya hakimlah yang berhak mengucapkan (14). Tanpa wewenang

itu, kedua ayat ini tidak mempunyai nilai. Syarat seperti ini dikenal dengan istilah, syaratkelayakan (felicity condition).

 b. Muatan Proposisi

Dalam muatan proposisi (propositional content) pendengar meramu satu proposisi dengan

 proposisi yang lain; makin lama makin meninggi sehingga terbentuklah suatu pengertian yangmenyeluruh dari proposisi-proposisi tersebut. Seandainya kalimat yang kita dengar adalah

(15) Ira menyanyi lagu popular Kopi Dangdut.

maka terbentuklah hierarkhi proposisi mengenai argumen Ira dan lagu populer Kopi Dangdut

dengan predikasi menyanyi. Lagu itu sendiri adalah lagu yang populer. Ramuan antara dua

argumen dan predikasi ini membentuk pengertian yang menyeluruh seperti yang diungkapkanoleh ayat (15).

c. Muatan Tematik 

Muatan tematik merujuk pada pengertian akan adanya dua jenis informasi dalam ayat, yakni,

Page 31: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 31/65

informasi lama dan informasi baru. Perhatikan ayat berikut.

(16) Apa Ira yang menyanyi lagu Kopi Dangdut?

Pembicara yang mengucapkan ayat (16) pastilah berandaian bahawa ada orang yang

menyanyikan lagu Kopi Dangdut. Dia juga berandaian bahawa pendengar memiliki pengetahuanseperti itu pula. Andaian seperti inilah yang dinamakan informasi lama, yakni, informasi yang

diandaikan oleh pembicara berada pada kesadaran pendengar pada saat ayat itu diujarkan. Yang

tidak diketahui adalah apakah yang menyanyikan lagu itu Ira. Inilah informasi baru yangdisampaikan oleh pembicara, dan kerana ayat ini berupa pertanyaan maka memerlukan

tanggapan dari pendengar.

Dari gambaran pada Bahagian 1.1 – 1.2 tampak bahawa pada waktu berujar tiga faktor di atas

terkandung dalam ujaran itu. Dari contoh (16) dapat kita rinci hal-hal berikut:

1. Dari segi tindak ujaran, ayat (16) adalah suatu ka-limat direktif, yakni, ayat yang memerlukan

suatu tindakan yang berupa jawapan verbal.

2. Dari segi muatan proposisi, ayat ini mengandung dua argumen dan predikasi.3. Dari segi muatan tematik, ayat ini mengandung informasi lama (yakni, adanya seseorang yang

menyanyikan lagu Kopi Dangdut) dan informasi baru (yakni, Ira yang menyanyikan lagu itu).

Dalam bentuk skema, orang mengungkapkan tujuan pembicaraan dengan menggunakan unsur-

unsur berikut:

a. Representatif 

 b. Direktif 1. Tindak Ujaran c. Komisif 

d. Ekspresif 

e. Deklarasi

Unsur komunikasi 2. Muatan Proposisi

3. Muatan Tematik 

3. LANGKAH UMUM DALAM PELAKSANAAN UJARAN

Langkah apa yang kemudian harus dilaksanakan oleh pendengar setelah memahami suatu ujaran

tergantung pada macam ujaran yang didengar. Dari teori tindak ujaran kita ketahui bahawa

ujaran hanya boleh representatif, direktif, komisif, ekspresif, atau deklarasi. Bila ujaran yang kitadengar adalah representatif, maka kita memang tidak diharapkan untuk bertindak apa-apa

kecuali, mungkin, untuk menyimpan makna ujaran itu dalam memori kita. Oleh sebab itu,

seandainya ujaran yang kita dengar adalah

(17) Pak Wijoyo sudah merakamkan tiga VCD

maka kita tidak diharapkan berbuat apa-apa kecuali memahami ujaran itu dan menyimpannya

Page 32: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 32/65

dalam memori kita yang suatu saat mungkin akan diperlukan. Seandainya beberapa minggu

kemudian ada orang yang bertanya berapa VCD yang dirakkan oleh Pak Wijoyo, maka informasi

yang telah tersimpan (yakni, tiga VCD) dapat diretrif sebagai jawaban. Tidak mustahil pula bahawa anda sudah lupa. Dalam hal ini maka informasi yang pernah masuk itu tentunya tiada

lagi; kerananya anda tidak dapat menyawab pertanyaan tersebut.

Bila tindak ujaran yang didengar adalah sebuah pertanyaan, maka tentunya kita akan tahu apakah

 pertanyaan itu memerlukan jawapan seperti pada contoh di atas, atau hanya jawapan yang berupa

ya atau tidak, bukan atau belum. Ayat seperti (18) hanya memerlukan jawapan ya atau tidak,sedangkan (19) memerlukan jawapan yang lebih informatif.

(18) Apa kamu mau ikut? \

(19) Siapa yang mendirikan Kebun Raya Bogor?

Bila tindak ujarannya berupa perintah, maka kita akan melaksanakan (atau tidak mahu

melaksanakan) perintah itu. Begitu pula bila tindak ujaran itu ekspresif, maka kita memberikan

respons yang selayaknya. Marilah kita lihat pelaksanaan ujaran-ujaran itu.

4. PELAKSANAAN UJARAN

Oleh kerana tindak ujaran ada berjenis-jenis, maka eloklah kita lihat tindak ujaran ini satu

 persatu.

a. Pelaksanaan Tindak Ujaran Representatif 

Kerana tindak ujaran representatif hanyalah merupakan pernyataan mengenai sesuatu, makayang perlu kita lakukan adalah menghimpun muatan proposisi dan memahami mana yang

merupakan informasi lama dan mana yang baru. Dalam menghimpun muatan proposisi ini kita

cari mana argumennya dan mana predikasinya; siapa yang menjadi pelaku dan siapa yangmenjadi penderitanya; mana yang memodifikasi yang mana (mata air atau air mata), dst.

Kemudian kita mencari pula mana dari informasi yang didengar itu yang lama dan mana yang

 baru. Untuk lebih jelasnya, marilah kita lihat ayat berikut

(20) Sari yang menyanyi lagu Fly Me to the Moon.

Begitu mendengar ayat (20) pertama-tama kita menentukan jenis tindak ujaran apa yangdinyatakan oleh ayat itu. Dari wujud sintaktiknya jelas tampak bahawa tindak ujaran itu adalah

tindak ujaran yang representatif. Setelah kemudian kita memperhatikan muatan proposisinya,

kita membagi ayat itu ke dalam dua kelompok informasi: (a) lama, dan (b) baru. Dari ayat ini jelas dapat dirasakan bahawa pembicara pasti mengandaikan bahawa pendengar tahu akan

adanya orang yang menyanyi lagu Fly Me to the Moon. Informasi inilah yang merupakan

informasi lama yang diandaikan diketahui oleh pendengar. Sementara itu, ada informasi lainyang merupakan tambahan pada informasi lama, yakni, orang yang menyanyikan lagu itu, Sari.

Dalam bentuk skema kedua informasi itu dapat digambarkan begini:

Page 33: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 33/65

a. Informasi lama: X menyanyi lagu Fly Me to the Moon.

 b. Informasi baru: X = Sari

Informasi baru, bersama informasi lama, inilah yang kemudian disimpan dalam memori kita.

Akan tetapi, orang tidak selalu berbicara secara eksplisit terus-menerus. Ada kalanya pembicara

tidak memberikan informasi itu secara lengkap dan eksplisit. Perhatikan ayat berikut.

(21) The man was murdered. A knife lay nearby.

(22) The man was murdered. The knife lay nearby.

Frasa a knife pada (21) menunjukkan bahawa si pembicara sama sekali tidak mempunyai fikiran

atau kecurigaan bahawa pisau itu adalah alat yang digunakan oleh si pembunuh. Dia hanya

sekadar menyatakan adanya pisau di dekat mayat itu. Sebaliknya, pada (22) pembicaramempunyai kecurigaan terhadap pisau itu sebagai alat yang digunakan oleh si pembunuh.

Kerana itu, dia menggunakan frasa the knife, bukan a knife.

Suatu informasi yang secara terselinap dimasukkan dalam suatu ujaran dinamakan implikatur.Oleh sebab itu, pada ayat (21) ada implikatur yang menyatakan bahawa pisau tersebut tidak 

dicurigai sebagai alat pembunuhan. Sebaliknya, pada (22) implikaturnya adalah bahawa pisautersebut dicurigai dipakai sebagai alatnya.

Dalam contoh berikut tampak pula adanya implikatur.

(23) Dia masuk ke kamar dan diambilnya sebuah buku.

(24) John has stopped beating his wife.

Implikatur yang terdapat pada (23) adalah bahawa di kamar itu ada beberapa buku dan dia

mengambil salah satu buku itu. Pada (23) implikaturnya adalah bahawa (a) John pastillah orang

yang sudah berkeluarga, dan (b) dia dikenal sebagai orang yang suka memukuli isterinya.Ayat sanggahan sebenarnya sama dengan ayat representatif. Hanya saja dalam ayat seperti ini,

informasi barunya bukan dalam bentuk positif tetapi negatif. Perhatikan kalimat berikut.

(25) Bukan Sari yang menyanyi lagu Fly Me to the Moon.

Informasi lamanya sama seperti (20), yakni, adanya seseorang yang menyanyi lagu Fly Me to the

Moon. Bezanya hanyalah bahawa informasi baru pada (20) adalah X = Sari sedangkan pada (25)X # Sari ( X bukan Sari).

Baik implikatur mahupun ayat negatif seperti di atas tetap saja dapat kita simpan dalam memorikita kerana kedua-duanya merupakan ayat representatif.

 b. Pelaksanaan Tindak Ujaran Direktif 

Tindakan ujaran direktif, seperti dinyatakan di atas, sebenarnya dapat dibagi menjadi tiga

kelompok yang lebih kecil: (a) pertanyaan dengan jawapan ya, tidak, bukan atu belum, (b)

Page 34: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 34/65

 pertanyaan yang memerlukan jawapan mana, (si, meng)apa, dan (c) perintah bagi melakukan

sesuatu.

i. Pelaksanaan untuk Pertanyaan Ya atau Tidak 

Pertanyaan yang diistilahi dengan Pertanyaan Ya atau Tidak, yang dalam bahasa Inggris umumdirujuk dengan istilah Yes or No Questions, sebenarnya juga memiliki informasi lama seperti

 pada ayat representatif, baik yang biasa mahupun yang sanggahan. Perhatikan contoh-contoh

 berikut:

(26) Ira yang menyanyi lagu Kopi Dangdut.

(27) Bukan Ira yang menyanyi lagu Kopi Dangdut.

(28) Apa Ira yang menyanyi lagu Kopi Dangdut?

Kalau kita mendengar tiga ayat di atas akan kita rasakan bahawa ketiga-tiganya memiliki

informasi yang sama, yakni, adanya seseorang yang menyanyikan lagu Kopi Dangdut. Beza

antara (26) dan (27), seperti dinyatakan sebelumnya, adalah bahawa pada (26) X = Ira sedangkan pada (27) X # Ira.

Begitu pula dengan ayat (28). Beda antara (28) di satu pihak dengan (26-27) di pihak lain adalah bahawa informasi baru pada (28) belum diketahui. Kerana itu, cara mengimbau semula informasi

dari mental kita dan kemudian menerapkannya juga berbeza. Pada waktu kita mendengar (28),

otak kita “berputar” bagi mencari informasi yang pernah masuk ke dalam benak kita mengenai

seseorang yang menyanyi lagu itu. Jikalau dalam kotak memori kita pernah masuk dan tersimpansuatu informasi yang menyatakan bahawa memang Ira yang menyanyi lagu itu, maka informasi

itu akan kita imbau. Dengan sendirinya, jawapan terhadap pertanyaan itu pastilah Ya. Bila dalam

memori kita ternyata kita dapati informasi yang pernah masuk dan tersimpan adalah FahmiSahab, bukan Ira, maka kita akan menjawabnya dengan Bukan.

Dengan singkat prosedurnya adalah sebagai berikut (Clark dan Clark 1977: 103):

a. Representasikan ayat yang didengar: menyanyi (X, Y)

 b. Cocokkan representasi tersebut dengan informasi yang anda miliki: menyanyi (X, Y).c. Bandingkan kedua representasi tersebut:

i. Nyatakan Truth Index pada Benar 

ii. Bila tidak cocok, ubahlah menjadi Salah

d. Berikan respon sesuai dengan Truth Index pada c.

ii. Pelaksanaan untuk Pertanyaan Mana atau Apa

Istilah Pertanyaan Mana atau Apa yang diperkenalkan di sini sebagai padanan Inggris WH-

Questions dilandasi oleh argumentasi bahawa mana dapat mewakili berbagai macam pertanyaan

(di mana, ke mana, bagaimana) dan apa dapat pula mewakili apa, siapa, berapa, kenapa ataumengapa.

Berbeza dengan Pertanyaan Ya atau Tidak, Pertanyaan Mana atau Apa tidak menanyakan benar 

tidaknya suatu proposisi, tetapi mencari suatu butir informasi tertentu. Oleh kerana itu, prosesnya

tidak hanya mencocokkan antara informasi baru yang sedang dicari dengan informasi lama yang

Page 35: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 35/65

telah tersimpan dalam mental kita seperti pada Pertanyaaan Ya atau Tidak. Pada Pertanyaan

Mana atau Apa, begitu kita mendengar pertanyaan tersebut kita mencari dalam memori kita bagi

menemukan butir informasi yang diperlukan. Perhatikan contoh berikut.

(29) Siapa yang memimpin Perang Paderi? ???

Setelah mendengar ayat (29) kita akan pertama-tama merepresentasikan ayat tersebut: mana

yang merupakan informasi lama – seseorang, X, memimpin suatu perang yang dikenal dengan

nama Perang Paderi.??? Kemudian, kita cermati satu demi satu informasi-informasi yang telahtersimpan dalam memori kita untuk menemukan informasi yang cocok dengan informasi lama

ini. Hasil dari pencarian itu merupakan jawaban terhadap (29). Bila dalam memori kita antesiden

itu memang tersimpan, maka jawaban kita adalah Imam Bondjol. Bila ternyata memori kita

kosong dalam hal ini, maka jawabannya boleh Aduh, siapa, ya atau Lupa aku.

Secara umum dapatlah dikatakan bahawa untuk melaksanakan tindak ujaran mana atau apa

dilakukan proses berikut:

a. Tentukan representasi ayat yang didengar.

 b. Carilah dalam memori suatu antesiden yang cocok dengan informasi lama pada ayat.c. Imbaulah informasi tersebut sebagai jawapan.

Sering pula terjadi bahawa informasi yang dicari itu tidak dengan mudah didapati. Semakin

sukar informasi itu diperoleh, semakin lamalah waktu yang diperlukan. Tidak mustahil pula bahawa kita gagal. Perhatikan contoh-contoh pertanyaan berikut yang mempunyai gradasi

kesukaran yang berbeza-beza:

(30) Siapa presiden pertama Indonesia?

(31) Siapa Perdana Menteri India yang sangat terkenal pada zaman Soekarno?

(32) Siapa raja Inggeris yang turun takhta untuk bernikah dengan wanita biasa?

Jawaban untuk Pertanyaan mana atau apa juga dapat dipengaruhi oleh faktor eksternal. Suatu

 pertanyaan yang sama dapat memunculkan jawapan yang berbeza-beza, meskipun penjawabnyaitu sama. Perhatikan ayat berikut:

(33) Di mana Stesen Gambir?

Jikalau pertanyaan itu muncul di Jakarta, maka informasi baru yang akan kita sampaikan sebagai

 jawaban adalah Di Jalan Medan Merdeka Timur. Akan tetapi, kalau pertanyaan itu munculnya di

Surabaya atau Bandung, maka jawapannya adalah Di Jakarta.Bahawa dalam mental kita terdapat lebih dari satu jawaban sebenarnya adalah suatu hal yang

 biasa. Perbezaan mahupun jenis jawapan yang diimbau untuk diberikan memang dapat banyak 

dipengaruhi tidak hanya oleh faktor eksternal tetapi juga faktor internal. Seorang mahasiswi pondok yang mendapat pertanyaan (34) melalui telefon daripada seorang teman lelakinya

(34) Kamu buat apa malam Minggu ini?

Page 36: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 36/65

mempunyai beberapa pilihan bagi menjawabnya. Jikalau memang dia sudah ada rancangan untuk 

 pulang menjenguk ibunya yang sakit, yang tentunya sudah tersimpan dalam memori dia, dia

akan berkata (35). Kalau dia tidak mempunyai rancangan dan semacam mengharapkan untuk diajak pergi, dia mungkin akan mengatakan (36). Jikalau dia tidak suka lelaki itu, mungkin saja

dia mencari alasan seperti (37); kalau dia agak bermain sedikit, boleh saja dia menjawabnya

dengan (38).

(35) Mahu menengok emak, katanya lagi sakit.

(36) Tidak ada apa-apa. Kenapa?(37) Aku mahu belajar; banyak ujianlah.

(38) Ikut apa soalan engkau seterusnya.

iii. Pelaksanaan untuk Ayat Perintah

Ayat perintah umumnya mewakili tindak ujaran direktif yang langsung. Pada umumnya respons

terhadap tindak ujaran ini berupa perbuatan untuk melakukan sesuatu. Ambillah contoh berikut:

(39) Masukkan kad kredit itu ke dompet.

Begitu mendengar ayat (39) yang kita lakukan adalah menentukan tujuan dari ayat tersebut.

Dalam hal ini, ada suatu keadaan di mana suatu kad kredit tidak berada di dalam dompet tetapi

kemudian harus masuk ke dalam dompet tersebut. Ertinya, proposisi mengenai kedua argumen

ini harus serasi dengan predikasinya.

Langkah berikutnya adalah bagi mengamati keadaan saat ini, yakni, adanya kad kredit yang tidak 

ada di dalam dompet. Dari kedua objek ini, mana yang mempunyai status yang lebih kekal danmana yang lebih mudah digerakkan. Hal ini penting untuk disadari kerana perbuatan kita

melaksanakan tindak ujaran ini dipengaruhi oleh konsep tersebut. Langkah terakhir adalah bagi

melaksanakannya dengan berpedoman pada konsep di atas. Dalam hal ini, kita mengambil kadkredit itu dan dimasukkan ke dalam dompet. Dengan langkah-langkah ini maka selesailah tugas

kita melaksanakan tindak ujaran direktif ini.

Konsep yang berkaitan dengan kekekalan dan pergerakan ini perlu diperhatikan agar kita

melaksanakannya sesuai dengan cara yang digunakan oleh orang lain mana pun. Seandainya

 perintah itu adalah

(40) Masukkan pena itu ke kole di meja

maka kita secara instingtif tahu bahawa dari kedua benda itu, kole lebih kekal daripada pena.Kerana itu, cara kita melaksanakan ayat (40) adalah bukan dengan meletakkan pena itu di meja

lalu menyusupkan kolenya sampai akhirnya pena itu masuk ke kole. Lumrahnya, pena itu kita

 pegang dan kemudian kita masukkan ke dalam kole di meja. Hasil akhir boleh saja sama, yakni, pena itu berada di dalam kole.

Perbuatan-perbuatan lain dalam melaksanakan tindak ujaran direktif macam ini juga sama. Kalau

kita membubuh gula untuk minuman teh yang sedang kita buat, maka sudunyalah yang kita

Page 37: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 37/65

gerak-gerakkan, bukan suduya kita pegang erat lalu gelasnya yang kita goyang-goyang. Kalau

kita menangkap papan yang terlepas, maka pemegangnyalah yang kita putar-putarkan, bukan

 papannya, dst.

c. Pelaksanaan Tindak Ujaran Komisif 

Seperti dinyatakan sebelumnya, tindak ujaran komisif berbeza daripada tindak ujaran direktif 

hanya dalam arahnya, direktif kepada si pendengar, komisif pada diri si pembicara. Perhatikan

contoh berikut:

(41) Saya berjanji bagi membiayai persekolahan kamu.

Kata kerja seperti berjanji, bersumpah, dan bertekad menandai jenis ujaran ini. Setelah ujaran inididengar, maka pendengar mencari muatan proposionalnya dan menentukan pula mana yang

 berupa informasi lama dan mana yang baru. Tampak di sini bahawa yang baru adalah janji bagi

membiayai sekolah seseorang. Informasi lamanya adalah si pembicara, saya.

Kerana tindak ujaran komisif tidak menanyakan atau memerintahkan sesuatu maka tidak ada

 perbuatan yang harus dilakukan. Seperti halnya dengan tindak ujaran representatif, pelaksanaantindak ujaran komisif juga hanya berupa penyimpanan informasi ini pada memori kita saja.

d. Pelaksanaan Tindak Ujaran Ekspresif 

Kerana tindak ujaran ekspresif menyatakan keadaan psikologis seseorang, maka pelaksanaannya

 pun bukan berupa perbuatan, khususnya perbuatan fizikal. Perhatikan contoh berikut:

(42) Bu, saya ikut berdukacita; semoga arwah Bapak diterima di sisi Tuhan.

(43) Selamat, ya, semoga panjang umur dan bahagia selalu.

(44) Sial, kamu, ada hutang tak mahu bayar.

Setelah kita memahami muatan proposisional serta muatan tematik ayat (42), maka kita sebagai

 pendengar hanyalah diam, menyimpan makna ayat itu dalam memori kita. Kalau ada pelaksanaan, umumnya hanya berupa respons yang verbal seperti “Terima kasih” atau ungkapan-

ungkapan yang lain.

Begitu juga dengan ayat (43), paling-paling pelaksanaannya hanyalah dalam bentuk ucapan“Terima kasih” dsb. Untuk (44) mungkin tidak perlu ada reaksi apa-apa. Pendengar boleh hanya

akan menyimpan makna (44) dalam memori saja.

e. Pelaksanaan Tindak Ujaran Deklarasi

Kerana dalam tindak ujaran deklarasi diperlukan adanya syarat kelayakan (felicity condition)

agar ayat yang diucapkan itu bermakna, maka langkah tambahan dalam memahami dan

kemudian melaksanakan ujaran ini adalah untuk meyakinkan diri bahawa si pembicara itu

Page 38: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 38/65

memang mempunyai wewenang untuk mengatakan apa yang dia katakan. Dalam contoh (45)

 berikut

(45) I hereby pronounce you husband and wife

 pendengar (dalam hal ini boleh juga kedua pengantin itu) akan menganggap ayat itu bermaknahanya apabila si pembicara, I, memang mempunyai wewenang untuk menikahkan orang. Kalau

tidak, maka pelaksanaan dari ujaran itu tidak akan dianggap sah. Dengan kata lain, pelaksanaan

tindak ujaran deklarasi hanya dapat dilakukan apabila syarat kelayakannya dipenuhi.

5. PELAKSANAAN UJARAN TAK LANGSUNG

Seorang ibu yang telah kesal dengan anaknya yang berumur tujuh tahun mungkin tidak akan

secara langsung menyuruh anaknya mengambil tuala yang dia letak di lantai. Dia akan

mengucapkan ayat seperti (46)

(46) Tony, berapa kali mama telah bilang untuk tidak menaruh tuala di lantai?

Mendengar ayat seperti itu, Tony tentunya tidak akan menjawab dengan ayat “Lima kali, Mak”

atau “Tak ingat, Mak, berapa kali.” Dia menyedari bahawa ibunya sedang marah dan

menyuruhnya mengambil tuala itu.

Pada peristiwa lain, keluarga orang Inggeris yang sedang makan dan sang ayah berkata kepada

anaknya

(47) Could you pass me the salt?

tidak pula akan dijawab dengan Yes, I could atau No, I couldn’t dan diam sesudah itu kerana diatahu bahawa ayahnya bukan sedang menanyakan kemampuan atau ketidakmampuan dia

memberikan garam.

Ujaran-ujaran seperti ini dinamakan ujaran tidak langsung, ertinya, apa yang dinyatakan dengan

apa yang dimaksudkan tidak sama. Ujaran seperti ini lebih sukar untuk dilaksanakan kerana ada

satu fasa tambahan yang harus dilalui, yakni, fasa untuk memindahkan makna literal ke makna

yang tidak langsung ini. Tetapi bagaimana kita manusia dapat memahami ujaran seperti ini dankemudian melaksanakannya? Dalam hal ini, prinsip yang dinamakan Prinsip Kooperatif sangat

membantu.

1. Prinsip Kooperatif 

Dalam perilaku kehidupan sehari-hari, manusia sebenarnya mengikuti prinsip kooperatif.

Bayangkan apa yang akan terjadi kalau waktu memandu motokar, orang tidak mengikuti prinsip

ini. Waktu kita memegang steremg, kita tahu bahawa pemandu-pemandu lain pun mengikuti

 prinsip yang sama, yakni, jalan di sebelah kiri, waktu mahu belok memberi tanda, waktu parkir 

Page 39: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 39/65

motorkar berada di antara dua garis parkir, dsb. Dengan masing-masing mengikuti aturan main,

maka lalu lintas boleh berjalan. Tentu saja, ada kalanya (bahkan sering) orang melanggar, dan

 bila pelanggaran dilakukan, pasti akan ada sesuatu yang terjadi, seperti sungutan, kesesakan, atau bahkan berlanggar.

Dalam kita berkomunikasi, kita juga mengikuti prinsip seperti ini. Prinsip yang dinamakanPrinsip Kooperatif (Co-operative Principle) ini pertama kali dikemukakan oleh ahli falsafah H.

Paul Grice pada serentetan kuliahnya tahun 1967. Pada da-sarnya prinsipel ini memberikan

landasan mengapa manusia dapat saling berkomunikasi. Landasan ini disebut sebagai mak-sim(maxim). Grice memberikan empat jenis maksim (Grice 1975; Thomas 1998: 176-179; Mey

2001: 71-79)

i. Maksim Kuantiti

Maksim ini menyatakan bahawa sebagai pembicara informasi yang kita berikan haruslah

seinformatif mungkin, tetapi jangan lebih dan jangan kurang informatif daripada yang

diperlukan. Kalau informasinya kurang lengkap akan terjadi salah faham. Perhatikan contoh berikut:

(48) A: Tadi malam saya lihat Pak Mulyadi sama perempuan.

B: Ah, masak. Apa tak takut ketahuan isterinya.

A: Ya, tidaklah, bukankah perempuan

itu isterinya.

Dalam percakapan ini ada pelanggaran maksim kuantitas kerana informasi yang diberikan oleh A

kurang dari yang seharusnya. Kerana kurangnya informasi ini maka B menjadi salah menger-ti.Sebaliknya, ayat (49) juga melanggar maksim kuantitas tetapi dalam pengertian yang terbalik.

Kalau Pak Mulyadi adalah orang yang sudah kita kenal, maka informasi seperti pada ayat (49)

ini berlebihan.(49) Tadi malam saya lihat Pak Mulyadi – itu, guru kita, yang mengajar fonetik dan kaedah dan

yang rambutnya gondrong itu – sama perempuan.

Dengan perkataan lain, pada maksim ini informasi yang diberikan hendaknya pas – tidak 

kebanyakan dan tidak kesedikitan.

ii. Maksim Kualiti

Maksim ini membimbing orang untuk tidak mengatakan apa yang menurut dia tidak benar; kita

 juga hendaknya tidak mengatakan sesuatu yang tidak ada bukti kebenarannya. Kalau seorang pembicara mengujarkan sesuatu dan menurut dia sendiri saja sudah tidak benar, pegangan apa

yang dapat dipakai oleh pendengar untuk memahami ujaran itu? Sebagai misal, kalau pembicara

tahu bahawa Pak Wijoyo tidak ada di Jakarta kerana dia sedang berada di Leipzig, maka ayat(50) melanggar maksim kualiti.

(50) Pak Wijoyo sekarang ada di Jakarta

Page 40: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 40/65

Begitu pula kalau dia tidak tahu di mana Pak Wijoyo berada, maka ayat (50) juga melanggar 

maksim kualitas. Dalam hal yang mana pun pendengar tidak akan pernah tahu apakah yang

diucapkan oleh interlokutor dia itu benar atau tidak. Dengan de-mikian, komunikasi pastilahterganggu.

iii. Maksim Hubungan

Pada maksim ini kita diharapkan untuk memberikan informasi yang relevan terhadap tujuan

 percakapan. Seandainya kita baru saja membeli mobil baru, dan kita menggambarkan mobil itukepada teman kantor maka informasi seperti (51) tidaklah rele-van.

(51) … kereta itu warnanya merah. Cap catnya kalau tak salah Danapaint, nombor 3021, dan

 pencair yang dipakai bukan pencair cap butterfly yang tinnya hijau, tetapi yang merah …dst.

Informasi mengenai cap cat, nombor cat, warna tin untuk pencair, dsb itu tidak relevan, dan juga

 berlebihan, dalam konteks gambaran kereta baru itu. Gambaran seperti ini telah keluar dari

tujuan percakapan tadi.

Begitu juga kalau menurut pembicara si pendengar tidak tahu siapa Mujio itu, maka ayat (52)tidak mempunyai makna bagi pendengar; baru setelah ditambah dengan informasi yang relevan

seperti pada (53) komunikasi tadi tidak terganggu.

(52) Mujio mendapat pekerjaan di Trakindo(53) Mujio, anak saudara saya yang baru lulus D-III (Diploma Tiga), mendapat pekerjaan di

Trakindo.

iv. Maksim Cara

Dalam berkomunikasi, orang juga harus mengungkapkan pikirannya secara jelas. Beza antara perkataan akan dan dapat, misalnya, dapat menimbulkan gejolak yang besar bila presiden

memakai perkataan dapat sedangkan yang dikutip oleh media masa adalah perkataan akan seperti

dalam ayat (54) berikut

(54) Presiden akan memberhentikan Panglima ABRI.

Pembicara juga harus menghindar dari ayat-ayat yang taksa. Bila yang memprotes adalah wanitamuda, sedangkan perianya ada yang muda dan ada yang tua, maka kita memakai ayat (55) dan

 bukan (56)

(55) Men and young women were protesting the new marriage law

(56) Young men and women were protesting the new marriage law

kerana pada (56) terkandung ketaksaan, yakni, (a) boleh perianya saja yang muda, tetapi juga (b)

 boleh kedua-duanya.

Orang pada umumnya juga menghindari kekacauan dalam menyatakan peristiwa. Ayat seperti

Page 41: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 41/65

(57) akan sangat mengganggu pengertian si pendengar.

(57) Kemarin kami ke Puncak. Sebelum itu, singgah dulu di Kebun Raya Bogor. Di Puncak kamimenginap semalam. Udaranya enak juga, tidak terlalu dingin. Di Kebun Raya kami lihat bunga

 bangkai yang kebetulan sedang mekar. Vila yang kami sewa cukup bersih. Bunga bangkai itu ….

2. Pelaksanaan Ujaran dan Prinsip Kooperatif 

Apa kaitan antara prinsip kooperatif di satu pihak dengan pelaksanaan ujaran di pihak lain?

Kaitannya adalah bahawa dalam berbahasa orang tidak selamanya menyatakan apa yang

dimaksudkan secara rinci dan eksplisit. Perhatikan contoh percakapan berikut: waktu telefon

 berdering, mama di kamar, dan anaknya, Dony, di suatu tempat:

(58)

Mama: Don, tuh diangkat telefonnya.

Dony: Lagi beol, Ma.

Dari segi sintaksis, kedua ayat itu tidak ada hubungannya sama sekali. Akan tetapi, keranaadanya maksim hubungan yang menekankan adanya informasi yang relevan untuk mencapai

tujuan percakapan maka mamanya tahu apa yang dimaksudkan oleh Dony. Bahkan akan sangat

aneh kalau percakapan itu berbunyi seperti (59).

(59)

Mama: Don, tu telefon berdering; angkatlah.

Dony : Mama, Dony lagi beol. Kerana itu, Dony tidak boleh mengangkat telefon itu.

Percakapan seperti (58) tidak hanya tidak langsung, tetapi juga mengandungi implikatur tertentu.

Jawapan Dony mengandungi implikasi bahawa dia tidak dapat mengangkat telefon itu kerana diasedang buang air besar di kamar mandi.

Orang juga dapat “melanggar” maksim untuk tujuan-tujuan tertentu. Misalnya, Pensyarah A danB sedang berbicara tentang kualiti para mahasiswa. Pensyarah A ingin tahu bagaimana

kemampuan seorang mahasiswi tertentu:

(60)A: Bagaimana si Dina, Tuan?

B: (Dengan tersenyum-senyum) Wajahnya cantik, tubuhnya juga boleh tahan.

Jawapan B di sini melanggar) maksim kualiti. B tahu apa yang ditanyakan oleh A tetapi mungkin

 jawapan lurusnya tidak akan enak didengar (misalnya, mahasiswi itu tidak pandai). Daripada

mengatakan yang negatif, dia memilih yang positif, wajah yang cantik, tubuh yang bagus, dsb.

Seorang profesor yang diminta untuk menulis surat perakuan untuk mantan mahasiswanya yang

sedang mencari biasiswa melanjutkan pengajiannya sebenarnya kurang mahu menyokongnya

kerana kemampuan akademik mahasiswa ini hanya lulus saja, meskipun dia rajin. Kerana

Page 42: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 42/65

sebagai seorang ahli akademik dia harus jujur, tetapi dia juga tidak mahu mengatatakan hal-hal

yang akan mengurangi peluangnya memperolehi biasiswa, dia dapat menulis begini:

(61) Tommy adalah mahasiswa yang rajin, selalu hadir dalam kuliah. Saya amati dia juga sangat

serius dalam belajar. Beberapa kali saya dapati dia di perpustakaan untuk mencari bahan-bahan

yang wajib dibaca. Namun keseriusannya ini tidak membuat dia terpencil daripada mahasiswayang lain kerana saya lihat dia dapat bergaul dengan para mahasiswa lain … dsb, dst.

Perhatikan bahawa pada surat perakuan di atas, sama sekali sang profesor tidak menyinggungkemampuan akademik dia, padahal dalam pengajian justeru inilah yang diperlukan. Dengan

 perkataan lain, profesor ini telah melanggar beberapa maksim: maksim kualiti (kerana dia tidak 

memberikan gambaran cukup informatif), maksim hubungan (kerana dia tidak memberikan

informasi yang relevan untuk tujuan surat itu), dan maksim cara (kerana dia, secara sengaja,tidak jelas dalam memberikan informasi).

Teori Grice mengenai Prinsip Kooperatif ini sangat berpengaruh dan mendapat tanggapan yang

luas. Orang berbantah untuk membela atau mengritik teori ini. Sanggahan yang umumdilontarkan adalah bahawa teori ini adalah seperti mengatur bagaimana manusia harus berperi

laku dalam kehidupan dunia (Thomas 1998: 176-179). Banyak manusia yang berkomunikasidengan melanggar aturan Grice dan hal ini dilakukan bukan dalam rangka melangar maksim itu.

Dalam kehidupan sehari-hari sering kita dengar ujaran atau wacana dengan pemikiran yang tidak 

runtun atau pemberian informasi yang tidak jelas, dsb.

4. 3 Langkah-langkah dalam Pelaksanaan Ujaran Tak Langsung

Dari gambaran di atas dapatlah disimpulkan bahawa ujaran taklangsung memerlukan

 pemprosesan yang lebih rumit dan lebih lama sebelum dapat dilaksanakan. Secara singkat prosestersebut adalah:

a. Tentukan makna yang langsung terlebih dahulu. b. Tentukan apakah makna langsung ini yang dimaksudkan.

c. Sekiranya bukan, tentukan makna tak langsungnya dengan memperhatikan prinsip kooperatif 

dan aturan percakapan yang lain.d. Ambil langkah untuk melaksanakan tindak ujaran ini sesuai dengan makna yang ditentukan

 pada c.

BAGAIMANA MANUSIA MEMAHAMI UJARAN 

1. PENGENALAN

Dalam Bab II dipaparkan bagaimana manusia mempersepsi bunyi yang didengar melalui

telinganya. Bunyibunyi itu kemudian membentuk sukukata dan daripada sukukata terbentuklah

Page 43: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 43/65

 perkataan; rentetan perkataan yang mengikut kaedah tertentu membentuk frasa, dan daripada

frasafrasa itu terbentuklah klausa. Setelah diberi intonasi klausa ini menjadi ayat. Deretan ayat

yang memiliki hubungan makna membentuk wacana.

Persoalan yang kita hadapi adalah bagaimana manusia dapat memahami perkataan frasa, klausa,

ayat atau wacana yang mereka dengar. Dengan kata lain, bagaimana kefahaman dapat terbentuk?Bagi membahas masalah ini perlu terlebih dahulu difahami jenis serta definisi mengenai konsep

ini.

Dari sudut pandangan ilmu psikolinguistik, ada dua jenis kefahaman (Clark & Clark 1977).

Pertama, adalah kefahaman yang berkaitan dengan pemahaman terhadap ujaran yang kita

dengar. Kedua, adalah kefahaman yang berkaitan dengan tindakan yang perlu dilakukan setelah

 pemahaman itu terjadi. Untuk jenis yang pertama, kefahaman dapat didefinisikan sebagai suatu proses mental apabila pendengar mempersepsi bunyi yang dikeluarkan oleh seorang penutur dan

mengunakan bunyibunyi itu bagi membentuk suatu interpretasi tentang apa yang kiranya

dimaksudkan oleh penutur tadi. Secara mudah dapat dikatakan bahawa kefahaman adalah

 pembentukan makna daripada bunyi.

Setelah pemahaman terhadap ujaran itu terjadi, pendengar menentukan apakah ada tindakan yang perlu dilakukan sesuai dengan apa yang dia fahami. Proses mental ini dinamakan pelaksanaan

ayat (utilization of sentences). Bab III membahaskan kefahaman ayat sedangkan pelaksanaan

ayat dibahaskan dalam Bab IV.

2. STRUKTUR DALAM DAN STRUKTUR LAHIR 

Dalam kebanyakan hal makna suatu ujaran dapat difahami daripada urutan perkataan yang

terdapat pada ujaran tersebut, atau daripada ciriciri tertentu masingmasing perkataan yang

digunakan. Ayat seperti

(1) Lelaki tua itu masih dapat bermain tenis.

dapat difahami dengan lengkap daripada urutan perkataanperkataan yang kita terdengar ataulihat. Siapa pun yang mendengar ayat ini akan memberikan interpretasi makna yang sama, yakni,

adanya seorang lelaki, lelaki itu tua, dia dari dulu sampai sekarang bermain sesuatu, dan sesuatu

itu adalah tenis.

Pada kasus yang lain, tidak mustahil bahawa suatu ayat yang tampaknya sederhana ternyata

memiliki makna yang rumit. Dalam ayat (2), misalnya,

(2) Lelaki dan wanita tua itu masih dapat bermain tenis

kita tidak yakin apakah lelaki itu juga tua seperti si wanita atau hanya wanitanya saja yang tuasedangkan lelakinya tidak. Interpretasi ini muncul kerana adjektif tua dapat berfungsi sebagai

 pembatas hanya kepada kata nama wanita saja atau pada frasa lelaki dan wanita. Apabila kita

menggunakan rajah pohon, frasa lelaki dan wanita tua dalam ayat (2) dapat memiliki bentuk (2a)

atau pun

Page 44: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 44/65

(2b).

(2a) FN

FN N Khub N Adj

Lekaki dan wanita tua

(2b) FN

 N Khub FN N Adj

Lelaki dan wanita tua

Beberapa contoh lain dalam bahasa Inggeris dapat menggambarkan secara lebih jelas bahawa

 pemahaman suatu ujaran tidak selalu dapat dilakukan hanya daripada kewujudan ayat yang kitadengar atau lihat. Ayat Inggeris seperti:

(3) Flying saucers can be dangerous

(4) John loves Mary more than his brother (5) The shooting of the hunter was terrible

adalah taksa. Ayat (3) boleh berarti “menerbangkan piring boleh berbahaya” atau “piring terbang boleh berbahaya”; begitu pula ayat (4) yang boleh berarti “cinta John pada Mary lebih mendalam

daripada cinta dia kepada adiknya” atau “cinta John pada Mary lebih mendalam daripada cinta

adiknya pada Mary.” Dengan perkataan lain, yang cinta Mary boleh hanya John saja atauadiknya pula. Pada ayat (5) kita bertanyatanya apakah penembakan terhadap pemburu itu yang

 buruk ataukah tembakan dari pemburu itu yang buruk.

Daripada contohcontoh di atas tampak bahawa makna suatu ayat ternyata tidak hanya ditentukan

oleh kewujudan permukaan yang kita dengar atau lihat saja tetapi bahkan terutama oleh

representasi yang mendasarinya. Dengan perkataan lain, suatu ayat tidak hanya memiliki struktur 

lahir tetapi juga struktur dalam. Lihat lagi perbahasan mengenai soal ini dalam Bab I.

Perbedaan antara struktur lahir dengan struktur dalam ini sangat penting untuk pemahaman ayat

kerana proses mental yang dilalui oleh manusia dalam menanggapi ayatayat seperti ini berbedadengan ayatayat yang tidak taksa. Meskipun konsep struktur dalam vs struktur lahir kini sudah

tidak diikuti lagi oleh penggagasnya (Chomsky 1996), dalam kaitannya dengan kefahaman

ujaran kedua konsep ini rasanya masih sangat bermanfaat. Seseorang dapat memahami suatuayat hanya apabila dia memahami apa yang terkandung dalam ayat itu, bukan hanya terlihat atau

terdengar daripada ayat tersebut.

Page 45: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 45/65

3. PROPOSISI

Waktu kita mendengar suatu ujaran, yang kita dengar memang serentetan bunyi yangmembentuk sukukata, dan daripada sukukata menjadi perkataan, dari perkataan menjadi frasa,

dan seterusnya. Akan tetapi, bagi memahami ujaran itu kita perlu meramu bunyi dan

 perkataanperkataan itu sehingga terbentuklah representasi makna yang mendasarinya. Unitunitmakna pada ayat dinamakan proposisi (Clark dan Clark 1977: 11). Lobner mendefinisikannya

sebagai a set of the referents of all referring elements and how they are linked (Lobner, 2002:

2329 dan 99122). Dengan kata lain, untuk memahami suatu ayat kita perlu memahami proposisiyang dinyatakan oleh ayat tersebut.

Proposisi terdiri daripada dua bahagian: (a) hujahan, yakni, perkara atau halehwal yang

diperkatakan, dan (b) predikasi, yakni, pernyataan yang dibuat mengenai hujahan. Ada beberapa jenis proposisi seperti berikut:

Ayat Unit Verbal Namaan

(6) a. Marsudi menyanyi. menyanyi Marsudi(6) b. Santi sakit. sakit Santi

(6) c. Sari sedang menulis tesis. Sedang menulis tesis Sari(6) d. Agus di Sumbawa. di Sumbawa Agus

(6) e. Fivien memberi saya kado. Memberi Fivien, saya, kado

Pada contoh (6) menyanyi, sakit, sedang menulis, di Sumbawa, dan memberi adalah predikasisedangkan Marsudi, Santi, Sari, tesis, Agus, dan Fiviensayakado adalah hujahan. Proposisi pada

(6a) mempredikati kegiatan menyanyi oleh Marsudi; pada (6b) mempredikati keadaan sakit si

Santi; pada (6c) mempredikati kegiatan menulis tesis oleh Sari, dst.

Kerana hujahan boleh apa atau siapa saja dan predikat juga boleh bermacammacam, maka

 proposisi umumnya digambarkan dengan formula:x {y,z}

yang berarti “fungsi x terhadap y dan z”.

Suatu ayat boleh mengandungi lebih daripada satu proposisi. Dalam ayat

(7) Orang tua itu mencuri basikal saya

terdapat proposisiproposisi berikut:(a) Seseorang mencuri basikal

(b) Seseorang itu adalah orang

(c) Orang itu tua(d) Basikal itu basikal saya

(e) Kala yang menyatakan masa lalu (meskipun ini tidak terwujud tetapi dapat dikesan dalam

ayat (7)).

Pengertian mengenai proposisi ini penting untuk kefahaman kerana yang kita fahami daripada

suatu ayat sebenarnya adalah proposisiproposisi itu – kenyataan bahawa ada orang, orang itu tua,

orang itu mencuri basikal, basikal yang dicuri adalah basikal milik saya, dsb.

Page 46: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 46/65

Seorang pendengar menerima masukan yang berupa rentetan perkataan yang disusun secara

linear. Dari susunan linear itu pendengar membentuk suatu susunan proposisi yang sifatnyahierarkis, langkah demi langkah daripada hierarki yang rendah menuju ke hierarki yang lebih

tinggi. Begitu kita mendengar sebuah kata, proses mental kita mulai bekerja dan membentuk 

makna untuk perkataan ini dengan memanfaatkan ciri-ciri yang ada pada perkataan itu. Pada saatkita mendengar perkataan orang muncullah dalam benak kita ciri-ciri semantik [+manusia],

[+lelaki], [+perilaku negatif], dsb. Perkataan tua menambahkan ciri [+berumur lanjut], dan

 perkataan itu menambahkan lagi ciri [+definit] (dan bukan [+generik]). Pengurutan perkataanorang, kemudian tua, dan kemudian itu (dan bukan orang langsung kepada itu, dan kemudian

tua!) membentuk suatu hierarki proposisi pada tataran frasa yang menyatakan bahawa lelaki

tersebut adalah orang yang sudah berumur lanjut, dan orang ini adalah orang yang sudah kita

ketahui identitinya.

Proses ini berjalan lebih lanjut: ada sebuah baskal dan basikal itu kepunyaan saya; orang itu

melakukan perbuatan, yakni, perbuatan mencuri, dst. sehingga ayat (7) akhirnya dapat difahami

dengan benar.

Yang sering terjadi pada manusia adalah bahawa begitu suatu proposisi ayat difahami, katakatayang mewakilinya menjadi tidak penting lagi. Kita bahkan sering lupa katakata apa persisnya

yang dipakai oleh penutur tadi. Hal ini terbukti dengan kenyataan bahawa jikalau kita perlu

menyatakan proposisi tersebut, belum tentu kita menggunakan perkataanperkataan dan urutan

yang sama.

4. KONSTITUEN SEBAGAI REALITI PSIKOLOGIS

Dalam analisis bahasa, kita selalu berhadapan dengan konsep pemenggalan ayat menjadi

 berberapa bahagian yang masingmasingnya dinamakan konstituen. Dalam ayat (7) di atas,

misalnya, kita menganalisis ayat ini menjadi dua bahagian, kemudian bahagianbahagian ini kita penggalpenggal lagi sehingga akhirnya tidak ada lagi yang dapat dipenggal menjadi lebih kecil.

Rajah pohon yang umum diberikan adalah seperti pada halaman berikut.

Tampak daripada rajah pohon ini bahawa K terdiri dari FN dan FV; FV terdiri dari V dan FN;

FN pertama terdiri daripada FN dan PEN dst. Dari segi psikolinguistik pertanyaan yang muncul

adalah apakah pemenggalan ayat seperti ini memiliki realiti psikologis atau hanyalah suatu cara

yang diguakan oleh ahli linguistik bagi memenggalmenggalayat. Dengan perkataan lain, apakahkonstituen memiliki realiti psikologis?

Konstituen bukanlah hanya sekedar penggalan ayat yang sifatnya arbitreri saja. Pemenggalanayat menjadi konstituen

AFN FV

FN PEN V FN

 N ADJ N POS

Page 47: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 47/65

Orang tua itu mencuri basikal saya

mempunyai landasan psikologis mahupun sintaktik yang kuat. Pertama, konstituen adalah satukesatuan yang utuh secara konseptual. Frasa namaan orang tua itu dalam gambar rajah di atas

memiliki satu makna konseptual yang utuh kerana frasa ini dapat digantikan dengan konstituen

lain yang berupa hanya satu perkataan, misalnya, Alex atau dia. Penggantian satu perkataa untuk frasa namaan ini menunjukkan bahawa frasa ini mengandungi satu kesatuan makna. Kedua,

 pemenggalan kelompok kata di luar konstituen akan mengganggu kefahaman kita. Cubalah kita

 baca petikan (A) berikut dengan berhenti sejenak hanya pada tiap tanda /.

A. Kaedahkaedah / penyakit ini memang / sukar. Para / mahasiswa sering kurang / dapat

menggunakan kaedah / ini dengan sempurna. Kaedah / yang paling sukar adalah kaedah / rekaan.

Perbedaan / darjah kesukaran dalam / pengamalan kaedah / kedua hingga keenam / ini didugakerana /adanya tuntutan / yang berbeda dalam / darjah pengolahan / kognitifnya …

Sekarang bacalah petikan di atas yang disajikan berdasarkan pemenggalan konstituen yang benar 

seperti pada (B) berikut dengan tanda / / untuk hentian yang agak lebih lama:

B. Kaedahkaedah penyakit ini / memang sukar //. Para mahasiswa / sering kurang dapatmenggunakan / kaedah ini dengan sempurna //. Kaedah yang paling sukar / adalah / kaedah

rekaan //. Perbedaan darjah kesukaran / dalam pengamalan kaedah kedua hingga keenam ini /

diduga / kerana adanya tuntutan / yang berbeda / dalam pengolahan kognitifnya …

Dari (A) dan (B) di atas dapat kita rasakan bahawa cara membaca pada (A) membuat kita

menjadi pendengar yang sukar memahami kutipan ini. Sebaliknya, cara pada (B) memudahkan

kita memahami isi kutipan tersebut.

Ketiga, yang kita simpan dalam memori kita bukanlah perkataanperkataan yang bebas daripada

konstituennya, tetapi kesatuan makna daripada masingmasing konstituen. Daripada ayat (7) diatas tidak mungkin kita menyimpan informasi yang menyatakan bahawa basikal yang dicuri itu

tua kerana yang tua adalah orang yang mencuri basikal itu. Oleh sebab itu, yang tersimpan dalam

memori kita pastilah orang itu dengan ciriciri ketuaannya. Untuk basikal kepemilikan bagi basikal itulah yang akan tersimpan, yakni, bahawa basikal itu milik saya. Penyelidikan yang

dilakukan oleh Ammon (1968 dalam Clark & Clark 1977) juga menunjukkan bahawa orang

mudah mengingat perkataanperkataan yang berada dalam satu konstituen yang sama. Apabila

ada ayat yang diberi sebagai:

(8) The polite actor thanked the old woman who carried the black umbrella

orang mudah ingat bahawa si actorlah yang polite dan womanlah yang old dan tidak sebaliknya.

Dengan gambaran di atas jelaslah tampak bahawa konstituen memegang peranan yang sangat penting dalam usaha kita memahami suatu ujaran.

5. STRATEGI DALAM MEMAHAMI UJARAN

Page 48: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 48/65

Dalam mamahami suatu ujaran, ada sekrangkurangnya tiga faktor yang ikut membantu kita.

Pertama adalah faktor yang berkaitan dengan pengetahuan dunia. Sebagai anggota masyarakat,

kita telah hidup bersama dengan alam sekitar kita. Alam sekitar ini memberikan kepada kita pengetahuanpengetahuan tentang kehidupan di dunia. Sebahagian dari pengetahuan ini bersifat

universal sedangkan sebahagian yang lain khusus mengenai masyarakat tempat kita tinggal.

Pengetahuan umum bahawa gajah berbadan besar membuat kita menganggap gajah yangmempunyai saiz seekor kambing adalah gajah kecil. Sebaliknya, pengetahuan kita bahawa semut

 berbadan kecil membuat kita berkata bahawa semut yang panjangnya dua sentimeter adalah

semut yang besar, dsb. Dengan demikian, ungkapan gajah kecil dan semut besar harus difahamidalam konteks tentang pengetahuan dunia.

Tidak jarang pula pengetahuan dunia ini merupakan satu-satunya faktor yang membantu kita

memahami isi suatu ujaran. Dalam ayat Inggeris yang telah kita lihat sebelumnya

(9) He bought a pair of horse shoes

(10) He bought a pair of alligator shoes

kita fahami bahawa horse shoes pastilah kasut yang dipakai oleh kuda sedangkan alligator shoes

adalah kasut yang dibuat dari kulit buaya. Pemahaman seperti ini sematamata berdasarkan pengetahuan tentang dunia di mana kita hidup, yakni, bahwa di dunia kita ini kuda memang

 banyak yang memakai kasut dan tidak ada buaya yang memakai sepatu. Kulit buaya memang

 banyak yang dipakai untuk membuat kasut dan tidak ada kasut yang dibuat dari kulit kuda.

Pengetahuan tentang dunia yang sifatnya tidak universal adalah pengetahuan yang spesifik 

terdapat pada budaya atau masyarakat tertentu. Dalam masyarakat Jawa, misalnya, ada

 perhitungan hari yang berdasarkan kalendar Jawa. Menurut kalendar Jawa, satu minggu ituterdiri daripada lima hari: pon, paing, manis, wage, dan kliwon. Dalam kombinasinya dengan

kalendar nasional yang terdiri dari tujuh hari akan ada suatu hari Khamis yang bercampur dengan

wage. Khamis wage itu adalah Khamis sebelum Jumaat, dan Jumaat sesudah Khamis wageadalah Jumaat kliwon. Dalam budaya Jawa, malam Jumaat kliwon (yakni, Khamis wage malam)

adalah malam yang menyeramkan kerana pada malam ini banyak setan, jin, dan orang halus lain

menampakkan diri.

Kaitannya dengan kefahaman bahasa tentulah jelas: suatu ayat yang berbunyi Ini malam Jumaat

kliwon, kan? harus difahami sebagai suatu pertanyaan yang mempunyai implikasi spiritual yang

menakutkan.

Pengetahuan tentang dunia memiliki darjat yang berbeda-beda: ada yang universal (seperti gajah

itu besar dan semut itu pastilah kecil), ada yang lokal (seperti kalendar Jawa di atas), dan ada pula yang aksidental. Yang terakhir ini mencakupi adanya suatu peristiwa dalam sejarah

kehidupan suatu masyarakat sehingga hanya orang-orang yang mengetahuinya pada saat itu atau

yang mengetahuinya daripada sumber-sumber lainlah yang dapat memahaminya. Orang yanglahir jauh sesudah tahun 50-an tidak akan tahu makna daripada ayat Jangan pulang malam-

malam, ya, nanti boleh menjadi seperti Sum Kuning kerana peristiwa tentang Sum Kuning

(wanita penjual jamu yang dirogol oleh empat orang anak muda pegawai tinggi di Yogyakarta)

terjadi dalam tahun 50-an.

Page 49: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 49/65

Pengguna bahasa Inggeris di Indonesia belum tentu tahu pula makna ayat Inggeris I’ll give you

my John Hancock kalau dia tidak tahu sejarah Amerika di mana pada saat deklarasi kemerdekaanada satu orang pendukung yang kerana sangat ghairahnya memberikan sokongan kuat dengan

memberikan tandatangan yang sangat besar ukurannya. Dengan demikian, ayat Inggeris I’ll give

you my John Hancock berarti “Saya beri kamu sokongan yang sangat kuat.”

Di samping pengetahuan tentang dunia, dalam memahami ujaran kita juga dibantu oleh faktor-

faktor sintaktik. Seperti dinyatakan dalam Bahagian 3 di atas, ayat terdiri daripada konstituen.Konstituen ini juga memiliki struktur tertentu. Struktur konstituen inilah yang membantu kita

memahami ujaran. Dengan perkataan lain, kita menggunakan strategi-strategi sintaktik bagi

membantu kita memahami suatu ujaran. Strategi-strategi ini adalah:

1. Setelah kita mengenal pasti perkataan pertama daripada suatu konstituen yang kita dengar,

 proses mental kita mulai mencari perkataan lain yang selaras dengan perkataan pertama dalam

konstituen tersebut. Seandainya perkataan pertama yang kita dengar adalah orang, maka kita

mencari perkataan lain yang secara sintaktis boleh berkolokasi dengan perkataan ini. Perkataan- perkataan ini boleh jadi tua, besar, bodoh, atau itu. Proses seperti ini terjadi kerana kita sebagai

 penutur asli bahasa Melayu secara intuitif tahu bahawa perkataan seperti orang hampir selaludiikuti oleh sesuatu yang lain untuk boleh menjadi suatu konstituen. Kerana itu, kita

mengharapkan adanya perkataan lain yang menyusul.

2. Setelah mendengar perkataan yang pertama dalam suatu konstituen, perhatikan apakah perkataan berikutnya mengakhiri konstruksi itu. Seandainya setelah pekrataan orang muncullah

 perkataan yang, maka kita membuat kesimpulan bahawa konstruksi orang yang tidak mungkin

membentuk suatu konstituen. Oleh kerana itu, benak kita masih mengharapkan adanya perkataanatau perkataan-perkataan lain yang mengikutinya lagi. Ini adalah kerana secara intuitif kita juga

tahu bahawa perkataan yang pastilah membentuk ayat kecil, maka kita mengharapkan

munculnya ayat kecil itu. Apabila ayat kecil tadi muncul, misalnya, Orang yang mencari kamulegalah kita kerana dengan adanya ayat kecil ini maka terciptalah suatu FN.

Dalam bahasa Inggeris, apabila kita mendengar perkataan the maka kita mengharapkanmunculnya kata namaan. Apabila kemudian yang muncul adalah perkataan two, kita masih terus

 berharap. Kemudian muncul perkataan very, yang juga bukan namaan. Minda kita masih belum

mahu menerima tiga perkataan ini sebagai FN. Kemudian muncullah perkataan beautiful,yang

 juga bukan namaan. Hanya setelah perkataan girls girls terdengar, maka legalah minda kitakerana the two very beautiful girls sempurna memenuhi syarat sebagai FN.

3. Setelah kita mendengar suatu kata kerja, carilah jenis serta bilangan argumen yang selarasdengan kata kerja tersebut. Jikalau kata kerja yang kita dengar adalah, misalnya, kata kerja

memukul, maka kita pasti mengharapkan adanya satu argumen, yakni, benda atau makhluk yang

dipukul. Oleh sebab itu, setelah kita mendengar ungkapan

(11) Dia memukul …

 pastilah kita mengharapkan sebuah kata nama seperti pencuri atau meja kerana tidak mungkin

Page 50: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 50/65

ada suatu ayat yang berakhir dengan kata kerja seperti pada (11). Tidak mustahil bahawa yang

muncul bukanlah kata nama tetapi penjodoh bilangan seperti sebuah atau seorang. Apabila

seorang muncul sesudah memukul maka kita masih mengharapkan sebuah kata nama keranaseorang dalam memukul seorang belum merupakan suatu konstituen. Akan tetapi, dalam hal ini

harapan kita sudah lebih terbatas lagi kerana seorang hanya mungkin diikuti oleh kata nama yang

 berciri [+manusia].

Jikalau yang kita dengar adalah, misalnya, kata kerja terletak, maka kita mengharapkan adanya

suatu lokasi untuk entiti yang diletakkan kerana tidak ada suatu perbuatan meletakkan dengantidak menyangkut pula tempat di mana benda tersebut ditempatkan. Dengan demikian jika yang

kita dengar hanyalah

(12) Sampul surat Bulog (Badan Urusan Logistik) itu terletak …kita masih mengharapkan adanya satu atau dua kata nama yang lain sehingga terbentuklah,

misalnya, ayat (12a)

(12a) Sampul surat Bulog (Badan Urusan Logistik) itu terletak di atas meja Akbar.

Tidak mustahil bahawa setelah kita mendengar suatu perkataan, ada beberapa kemungkinan yang boleh muncul. Ambillah perkataan percaya. Setelah mendengar perkataan ini, ada tiga

kemungkinan yang boleh muncul: (a) sebuah kata nama seperti dalam (Saya) percaya dia, (b)

sebuah kata sendi seperti pada (Kami) percaya pada Tuhan, dan (c) sebuah klausa relatif seperti

 pada (Saya) percaya bahawa Si Anu suka …. Minda kita bersedia dengan tiga kemungkinan ini.

4. Tempelkanlah setiap perkataan baru pada perkataan yang baru saja mendahuluinya. Strategi

ini berkaitan dengan kenyataan bahawa kewujudan ayat memang dalam bentuk linear sehingga perkataan yang mengikuti biasanya menjelaskan perkataan yang mendahuluinya. Perhatikan

contoh berikut:

(13) buku sejarah kebudayaan Indonesia

Ikutilah langkah-langkah perkembangan fikiran berikut: (a) Ini apa? – buku, (b) buku apa? –  buku sejarah; (c) sejarah apa? – sejarah kebudayaan; (d) kebudayaan bangsa mana? – 

kebudayaan bangsa Indonesia.

Meskipun prinsip ini sangat umum, kadang-kadang kita tersilap. Setelah mendengar perkataanInggeris the horse dan kemudian kata kerja raced kita mengira bahawa kata kerja ini adalah

 predikat dari the horse kerana secara intuitif kita tahu bahawa sesudah subjek wujudlah predikat.

Ketersilapan ini diperkuat oleh perkataan-perkataan berikutnya, yakni, past the barn sehinggaterbentuklah “ayat”

(14) The horse raced past the barn.

Akan tetapi, kita kemudian mendengar kata kerja fell selepas perkataan barn sehingga

terbentuklah ayat (14a)

Page 51: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 51/65

(14a) The horse raced past the barn fell.

Tambahan perkataan fell meruntuhkan strategi kita yang awal kerana ternyata predikat kepada

the horse bukanlah kata kerja yang terdekat, raced, tetapi malah yang paling jauh, fell. Dalamkasus seperti ini jumlah waktu yang diperlukan bagi memproses ayat

(14a) lebih panjang kerana setelah sampai pada perkataan fell kita terpaksa kembali lagi kedepan dan mengulang semua interpretasi yang kita buat sebelumnya.

5. Gunakanlah perkataan atau konstituen pertama daripada suatu klausa bagi mengenal pastifungsi klausa tersebut. Seandainya kata yang kita dengar adalah jikalau, meskipun, atau ketika,

maka pastilah akan ada klausa utama dalam ayat tersebut. Contoh:

(15) Jikalau kamu setuju, …(16) Ketika kami di Medan, …

6. Dalam bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, imbuhan juga dapat memberikan bantuan

dalam pemahaman. Perhatikan dua ayat berikut:

(17) I know the boys’ cook.(18) I know the boys cooked.

Dalam bahasa lisan pemahaman apakah anak-anak itu mempunyai tukang masak atau malah

mereka sendiri yang masak tergantung pada ada tidaknya akhiran –ed selepas cook. Tanpaakhiran, kita fahami bahawa anak-anak itu mempunyai tukang masak dan saya kenal tukang

masak itu. Dengan imbuhan -ed, pengertian kita adalah bahawa anak-anak itu melakukan masak-

memasak sendiri.

Dalam bahasa lisan, prosodi (tekanan kata, intonasi) juga dapat menentukan makna ayat.

Perhatikan contoh ayat Inggeris berikut:

(19) What are we having for dinner, mother?

(20) What’s on the road < ahead >?

Ayat (19) lazimnya diucapkan dengan intonasi turun pada kata mother. Dengan demikian, makna

(19) adalah pertanyaan kepada sang ibu apa yang akan dimakan nanti malam. Bila intonasi pada

kata mother itu naik, maka ertinya menjadi aneh kerana maknanya menjadi “Nanti malam kitamakan apa, ibu (atau ayam)?”

Begitu pula ayat (20). Dengan intonasi naik, / head/ adalah a dan head – ‘sebuah kepala’  sehingga ertinya adalah “Apa yang ada di jalan itu, sebuah kepala?”. Dengan intonasi turun

/ head/ adalah ahead sehingga ayat (20) berarti “Apa yang ada di depan itu?” Di samping  

strategi sintaktik, orang juga menggunakan strategi semantik dalam memahami ujaran. Berikutadalah beberapa strategi semantik yang kita gunakan:

1. Gunakanlah akal dalam memahami ujaran. Kita hidup dalam masyarakat yang memiliki

 persepsi yang sama tentang banyak hal. Kita, misalnya, pasti sama-sama memahami bahawa di

Page 52: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 52/65

dunia ini kucing mengejar tikus, dan bukan sebaliknya. Dengan pengetahuan seperti ini maka

 jikalau kita diberi proposisi yang berkaitan dengan seekor tikus, seekor kucing, dan perbuatan

mengejar, pastilah kita berpikir bahawa ayat yang kita dengar adalah seperti (21a) dan bukan(21b):

(21a) Kucing itu mengejar tikus.(21b) Tikus itu mengejar kucing.

Apabila memang terdengar ayat (21b) pastilah kita hairan dan tidak mustahil bertanya kepada pembicara apa memang itu yang dia ujarkan.

2. Carilah konstituen yang memenuhi syarat-syarat semantik tertentu. Jikalau kita mendengar 

 perkataan mencarikan, pastilah muncul dalam benak kita konsep-konsep semantik yang berkaitan dengan perkataan ini, yakni, (a) pasti harus ada pelaku perbuatan, (b) pasti ada objek 

yang dicari, dan (c) pasti ada orang lain yang dicarikan apa pun yang dicari itu. Dengan

demikian, jikalau ayat yang kita dengar hanyalah

(22) Dia sedang mencarikan anaknya

 pastilah kita masih mengharapkan adanya kelanjutan daripada ayat itu kerana kata kerja

mencarikan belum lengkap jikalau hanya diikuti oleh orang yang mendapat manfaat, dalam hal

ini anaknya.

Jikalau ayat yang kita dengar adalah (22a)

(22a) Dia sedang mencarikan pekerjaan

maka ada dua pengertian yang kita fahamkan: pekerjaan itu bukan untuk dia sendiri, dan kerana

itu pasti ada orang lain yang sedang dia carikan pekerjaan itu, meskipun hal ini tidak dinyatakansecara eksplisit.

3. Apabila ada urutan kata N K N, maka N yang pertama adalah pelaku perbuatan, kecuali adatanda-tanda lain yang mengingkarinya. Dalam ayat

(23a) Dia melanggar polis

dia adalah pelaku perbuatan. Akan tetapi, bila kata kerjanya telah ditandai dengan imbuhan

tertentu, misalnya, awalan di, sehingga ayatnya menjadi

(23b) Dia dilanggar polis

 perkataan dia tidak lagi menjadi pelaku perbuatan.

Dalam bahasa Inggeris, begitu kita mendengar perkataan the man pasti kita mengira orang itu

sebagai pelaku dan mengharapkan adanya kata kerja perbuatan. Akan tetapi, kemudian yang

muncul adalah verba was. Kita masih mengharap adanya kata kerja perbuatan seperti beating

atau eating. Akan tetapi, bila yang muncul kemudian ternyata adalah kata kerja beaten maka

Page 53: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 53/65

hilanglah harapan kita akan munculnya N sebagai pelaku perbuatan.

4. Bila dalam wacana kita memui ganti nama seperti dia, mereka, atau kami, berundur dancarilah antesiden untuk ganti nama ini. Dalam suatu wacana berikut

(24) Waktu itu saya, Fivien, dan Marsudi sedang menyusuri sungai. Tiba-tiba kami lihat adaseekor ular besar yang …

kita menemui ganti nama kami pada ayat kedua. Pada saat kita membaca atau mendengar  perkataan ini, kita secara automatis pasti akan berundur bagi mencari antesiden dari ganti nama

ini, dan kita temui tiga orang, yakni, saya, Fivien, dan Marsudi.

Dalam bahasa Inggeris kaitan antara ganti nama dengan antesidennya tampak lebih nyata. Dalamwacana seperti (25)

(25) Robert and Betty went shopping.

She needed a new pair of shoes while

he had nothing specific that he needed.

Dari perkataan she kita tahu bahawa yang memerlukan kasut baru itu bukannya Robert tetapi

Betty. Begitu juga dari perkataan he: Robert tampaknya tidak memerlukan apa pun.

5. Informasi lama biasanya mendahului informasi baru. Dalam kita berujar, ada informasi-

informasi yang kita anggap ada pada kesadaran si pendengar pada saat dia mendengar itu.

Informasi seperti ini dinamakan informasi lama. Setelah informasi lama dinyatakan, barulahinformasi baru diberikan. Waktu kita berkata

(26a) Brahim menikahi Bedah 19 Januari 2003.

 pastilah kita berandaian bahawa pendengar menyadari bahawa rujukan yang dimaksud dengan

Brahim. Ini adalah informasi lama yang diandaikan diketahui oleh pendengar. Baru setelahinformasi lama ini disampaikan, pembicara memberikan informasi baru, yakni, bahawa orang

tadi menikahi Bedah 19 Januari 2003.

Bila urutannya bukan informasi lama dan informasi baru, biasanya ada tanda-tanda sintaktik 

yang muncul. Perhatikan ayat berikut

(26b) Bedahlah yang dinikahi Brahim Januari 2003.

Dalam ayat ini terasa bahawa yang diberitakan (yang merupakan informasi baru) adalah

mengenai Bedah. Dalam ayat seperti ini di mana informasi baru mendahului informasi lama

ayatnya memiliki penanda khusus seperti adanya partikel –lah, munculnya bentuk yang, danmunculnya awalan pasif di.

Dari gambaran di atas tampak bahawa baik strategi sintaktik mahupun strategi semantik 

diperlukan untuk memahami ujaran.

Page 54: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 54/65

6. KETAKSAAN

Dalam beberapa hal kadang-kadang kita menemui ayat yang bermakna lebih daripada satu yangumumnya disebut sebagai ayat yang taksa. Dari segi pemprosesan untuk pemahaman, ayat yang

taksa memerlukan waktu yang lebih lama untuk diproses. Hal ini terjadi kerana pendengar 

meneka makna tertentu tetapi ternyata tekaan dia itu salah sehingga dia harus mundur lagi untuk memproses ulang seluruh interpretasi dia. Dalam ayat Inggeris berikut

(27a) Mohamad Ali’s punch was so powerful …

kita pasti menerka bahawa yang dimaksud dengan punch adalah pukulan Mohamad Ali kerana

dari pengetahuan dunia kita tahu bahawa Mohamad Ali adalah seorang mantan petinju tingkat

dunia. Akan tetapi, begitu pembicara menambahkan katakata baru sehingga seluruh ayatnya berbunyi

(27b) Mohamad Ali’s punch was so powerful that everyone at the party got drunk 

kita menjadi sadar bahawa tekaan kita yang pertama adalah keliru. Ternyata kata punch bukan

merujuk pada ‘pukulan’ tetapi pada sejenisminuman yang dihidangkan pada waktu pesta. Bagimemperoleh pemahaman ini kita perlu balik ke permulaan ayat, dan ini tentunya makan waktu.

a. Jenis-Jenis Ketaksaan

Dilihat dari segi unsur leksikal dan struktur ayatnya, ketaksaan dapat dibahagi menjadi dua jenis:

(a) ketaksaan leksikal dan (b) ketaksaan gramatis. Sesuai dengan namanya, ketaksaan leksikal

adalah jenis ketaksaan yang penyebabnya adalah bentuk leksikal yang digunakan. Dalam ayat

(28) He was shot near the bank 

kita tidak tahu apakah dia ditembak di tempat simpan-menyimpan wang ataukah di tebing

sungai. Ketaksaan ini muncul semata-mata kerana bentuk leksikal bank mempunyai dua makna:

tempat simpan-menyimpan wang dan tebing sungai.

Dalam bahasa Melayu tidak terdapat banyak ketaksaan seperti ini, meskipun ada satu dua yang

dapat diambil sebagai contoh. Dalam ayat

(29) Ini boleh

kita tidak tahu apakah boleh di sini bererti racun atau sebagai sinonim daripada perkataan dapat.

Ketaksaan gramatis adalah jenis ketaksaan yang penyebabnya adalah bentuk struktur ayat yang

digunakan. Dalam bahasa Melayu kita ketahui bahawa bila dua kata nama berentetan sebagaifrasa, maka kata nama kedua dapat menerangkan kata nama pertama atau kata nama kedua

merupakan objek daripada kata nama pertama. Dengan demikian, ayat

(30) Pengusaha wanita itu kaya

Page 55: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 55/65

adalah taksa kerana pengusaha wanita boleh bererti pengusaha yang jantinanya atau pengusaha

yang mempernaigakan wanita. Ketaksaan ini muncul semata-mata kerana rentetan perkataannya,kerana struktur ayatnya. Apabila diterbalikkan, wanita pengusaha, maka tidak akan timbul

ketaksaan itu.

Ketaksaan gramatis dapat dibahagi lagi menjadi dua jenis: (i) ketaksaan sementara dan (ii)

ketaksaan kekal (Gleason dan Ratner 1998). Dalam ketaksaan sementara, fungsi sintaktik suatu

 bentuk leksikal berstatus taksa sehingga sampai pada suatu saat apabila kita memperoleh perkataan-perkataan tambahan yang menyahtaksa ketaksaan itu. Perhatikan lagi contoh berikut.

(31) The horse raced past the barn fell.

Sebelum mendengar perkataan fell kita mengingatkan bahawa raced adalah predikat kepada the

horse kerana umumnya pada suatu rentetan FN FK maka K adalah predikat kepada FN.

Interpretasi pertama kita adalah bahawa ‘kuda itu berlari melalui kandang. Akan tetapi, apabila

kita mendengar kata kerja fell maka kita tahulah bahawa predikatnya bukan raced tetapi fell.Dengan demikian, ayat tersebut tidak lagi taksa setelah kata kerja fell timubul.

Dalam taksa kekal, ayatnya masih tetap taksa meskipun kita sudah sampai pada perkataan

terakhir. Contoh yang sudah kita ketahui, dapat kita ulang di sini,

(28) He was shot near the bank 

(32) The shooting of the hunter was terrible

Menunjukkan jenia ketaksaan ini. Dalam ayat-ayat di atas kita lihat bahawa tetap ada dua makna

untuk masing-masing ayat meskipun ayatnya sudah berakhir.

Dalam hal ini, dan dalam hal jenis ketaksaan mana pun, konteks memegang peranan sangat

 penting. Daripada konteks sering kita dapat memberikan makna yang dimaksudkan. Apabila

konteksnya adalah transaksi uang, maka kemungkinan besarnya adalah bahawa perkataan bank merujuk kepada tempat simpan-menyimpan wang. Apaila konteksnya adalah polis yang brutal

dan mengejar-ngejar pemburu, maka ayat (32) mungkin sekali bererti penembakan si pemburu,

dan bukan kualiti tembakan si pemburu itu.

 b. Teori Pemprosesan Ayat Taksa

Pada dasarnya ada dua jenis teori mengenai pemrosesan ayat yang bermakna berganda. Teori pertama dinamakan Garden Path Theory (GPT). Menurut teori Frazier (1987) ini, orang

membina makna berdasarkan pengetahuan sintaktik. Ada dua prinsip dalam teori ini: (1)

Minimal Attachment Principle (MAP) dan (2) Late Closure Principle (LCP). Pada MAP orangmenempelkan tiap-tiap perkataan yang didengar pada struktur ayat yang ada pada bahasa

tersebut. Oleh sebab itu, seandainya kita baru saja mendengar we dan kemudian mendengar kata

knew maka kita menempelkan knew ini pada we sehingga terbinalah FNK we knew kerana kita

mengetahui bahawa suatu FN lazimnya diikuti oleh FK. Kemudian kita mendengar perkataan

Page 56: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 56/65

Tommy yang sudah tentu kita tempelkan pada we knew kerana suatu kata kerja diikuti oleh suatu

FN. Yang terjadi pada proses ini adalah bahawa kita menempelkan perkataan demi perkataan

secara minimal. Maksudnya, kita menempelkan pada perkataan yang terdekat sebelumnya.

Dalam LCP kita menempelkan perkataan-perkataan yang boleh masuk apabila memang

strukturnya memungkinkan. Kerana perkataan well memang dimungkinkan untuk ditempelkan pada we knew Tommy, maka kita dapat menempelkan perkataan itu dan tidak ada makna yang

 berubah kecuali tambahan mengenai seberapa jauh kita mengenali Tommy. Dengan demikian

maka kita fahami ayat tersebut sebagai (35)

(35) We knew Tommy well.

Akan tetapi, perkataan terakhir yang boleh dimasukkan, boleh juga bukan perkataan well tetapiescaped sehingga terbentuklah ayat (36)

(36) We knew Tommy escaped.

Dengan masuknya perkataan escaped maka seluruh interpretasi sebelumnya ternyata menjadi

keliru. Tommy tidak lagi menjadi komplemen dari kata kerja knew tetapi adalah subjek dari ayatkecil Tommy escaped.

Di sinilah teori Garden Path mengalami masalah kerana teori ini mendasarkan interpretasi makna

hanya pada satu kemungkinan saja (Gernsbacher 1994: 6973). Kita seolah-olah berjalan di kebunmelalui satu jalan satu arah, tetapi setelah tahu jalan itu keliru barulah kita balik dan mencari

 jalan lain. Pada contoh mengenai Mohamad Ali di atas, kita juga pada awalnya hanya

memberikan satu interpretasi mengenai makna perkataan punch, tetapi apabila ayat itu selesai barulah kita sedar bahawa interpretasi kita itu ternyata keliru.

Berikut adalah beberapa contoh lain mengenai penerapan GPT: yang (a) mengikut MAP danyang (b) setelah penerapan LCP (Townsend dan Bever 2001: 96, diubahsuai):

(37) Ayat Induk vs Anak Ayat:

a. The horse raced past the barn and fell.

 b. The horse raced the barn fell.

(38) Objek Koordinat vs Ayat Koordinat:

a. Hasan mencium Tutiek dan adiknya. b. Hasan mencium Tutiek dan adiknya ngintip.

(39) Frasa Nomina sebagai Objek vs Komplemen Verba:

a. Kami menyadari hal itu.

 b. Kami menyadari hal itu salah.

Page 57: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 57/65

(40) Objek langsung ayat inti vs Subjek Klausa Kedua:

a. While Mary was sewing the shirt it fell off her lap. b. While Mary was sewing the shirt fell off her lap.

Teori lain adalah yang dinamakan Constraint Satisfaction Theory. Model-model dalam teori ini,mengikut pandangan mazhab koneksionis yang menyatakan bahawa unit-unit pemprosesan awal

memiliki kendala daya asosiatif yang berbeda-beda. Perkataan yang sering digunakan, misalnya,

akan lebih cepat diproses daripada perkataan yang jarang digunakan; makna yang umumdimengerti orang akan lebih awal muncul daripada makna yang khusus (misalnya, makna

 perkataan sentence umumnya adalah “ayat” dan baru kemudian makna “hukuman atau

menghukum”); adanya perkataan oleh memicu asosiasi dengan bentuk ayat pasif; kecocokan

tematik antara kata nama dan kata kerja pada awalnya mengendala orangmenginterpretasikannya sebagai objek daripada kata kerja tersebut, dst. (Townsend & Bever 

2001: 129142).

Menurut teori ini, orang sejak mulanya memiliki pengetahuan tentang kepelbagaian makna suatu perkataan kerana pada setiap perkataan yang didengar akan diberikan ciri-cirinya. Misalnya,

waktu mendengar perkataan man dalam mental (otak) akan muncul ciri-ciri berikut:

a. Semantik:

[+bernyawa]

[+manusia], dst.

 b. Peranan Tematik:

[+pelaku][+pengalam]

[+pasien]

[+tujuan], dst

c. Kategori leksikal:

[+namaan][+kerja]

d. Struktur Xbar:

 NP

Specifier N’

 N Comp.

Oleh kerana itu, pada waktu dia mendengar suatu ayat, sebenarnya dia mengaktifkan semua jenis

ciri, termasuk yang berbagai (misalnya, man sebagai namaan dan man sebagai kerjaan), tetapihanya satu yang diangkatnya menjadi dominan. Perhatikan contoh ayat tertulis berikut.

(41) The old man the boat.

Page 58: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 58/65

Penutur Inggeris sebenarnya sadar bahawa kata man boleh berstatus namaan dan berarti “orang”

atau berstatus kerjaan dan berarti “mengawaki” (menjadi awak suatu kapal). Akan tetapi, kerana

 bentuk the yang diikuti oleh sebuah adjektif pada umumnya akan membentuk suatu FN, makaapabila dia melihat man dia menganggap bahawa perkataan ini pastilah namaannya sehingga

menjadi the old man. Kemudian dia mendapati bahawa sesudah man muncullah FN the boat. Di

situlah dia sedar bahawa dia sudah melakukan interpretasi sintaktik yang keliru. Ternyata old danman tidak termasuk dalam satu konstituen yang sama. Hal ini disokong pula oleh kenyataan

 bahawa dalam bahasa Inggeris the dan adjektif (the poor, the rich) dapat pula membentuk FN.

Apabila dia tahu bahawa dia salah, dia lalu menghidupkan kembali alternatif lain, yakni, mansebagai kata kerja bagi memberikan interpretasi yang lain.

Seperti dinyatakan di atas, prosodi dapat membantu interpretasi sehingga ketaksaan pada (41)

dapat lebih umum ditentukan dalam bentuk bahasa tulisan, bukan bahasa lisan, kerana pada bahasa lisan pastilah jeda yang ada adalah antara old dan man, bukan man dan the (boat).

c. Pemrosesan Ayat Nonharfiah

Ayat yang kita dengar tidak selalu mengungkapkan perpaduan makna daripada setiap perkataan

yang ada dalam ayat tersebut. Seringkali terjadi bahawa makna daripada suatu elemen A yang berentet dengan elemen B tidak dapat ditelusuri daripada makna A mahupun B. Kolokasi antara

A dan B bukan memunculkan makna AB tetapi makna C. Sebagai contoh, perkataan tong dan

 perkataan seng bila dikolokasikan, dapat membentuk frasa tong seng. Elemen A dan B yang

memunculkan makna C dinamakan idiom. Dengan kata lain, makna frasa yang dinamakan idiomtidak boleh kita rujuk pada makna masing-masing perkataan; kerana tong seng sudah membentuk 

makna tersendiri, yakni, makanan semacam soto, maka tong seng kita namakan idiom.

Begitu pula kita sering menggunakan apa yang dinamakan metafor, yakni, ungkapan yang

mempersamakan sesuatu, yang disebut sebagi topik, dengan sesuatu yang lain, yang dinamakan

wahana, meskipun kedua-duanya sebenarnya tidaklah sama. Ungkapan kuno seperti bibirnyaseperti delima merekah, rambutnya seperti mayang mengurai dan ungkapan moden seperti Sutan

Takdir adalah dewa dalam budaya dan sastera bangsa mempunyai makna yang bukan harfiah.

Kita perlu tahu delima merekah dan mayang mengurai itu seperti apa dan persepsi apa yangditimbulkan olehnya. Begitu pula Sutan Takdir Alisjahbana sememangnya bukan dewa. Setelah

itu, barulah kita tahu makna yang dimaksudkan: delima merekah dan mayang mengurai itu

dianggapnya cantik, dewa dianggapkan sebaai manusia bijak yang tahu segala-gala, dsb. Kerana

itu, bibir mahupun rambut gadis itu adalah cantik dan STA adalah orang yang banyak tahutentang sasetra dan budaya bangsa Indonesia.

Kita sering pula mendengar ungkapan atau ayat yang menanyakan sesuatu tetapi tidak secaralangsung. Bila anda lupa memakai jam tangan dan ingin tahu sekarang pukul berapa, maka

dalam bahasa Inggeris anda boleh berkata, misalnya, Do you have the time? Yang ditanya, yang

ada kelihatan memakai jam tangan, tentunya tidak akan menjawab Yes, I do, dan terus diamsesudah itu. Dia pasti akan mengatakan, misalnya, Well, it’s five fifteen. Begitu pula dalam

 bahasa kita. Kalau

ditanya Encik, tumpang tanya, Encik tahukah rumah Datuk Samad Said?dan anda tahu di mana

rumahnya dan menjawab Tahu, dan terus diam. Anda pasti akan menunjukkan di mana rumah

Page 59: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 59/65

Datuk Samad Said itu.

Ungkapan idiom, metafora, dan pertanyaan yang tidak langsung seperti ini harus pula kitafahami dengan betul. Pertanyaan yang muncul adalah bagaimana kita memahami ayat-ayat

seperti ini. Jawapan untuk hal ini belum ada yang memuaskan. Sebahagian teori menyatakan

 bahawa ada tiga tahap dalam pemprosesannya. Pertama, kita berikan tanggapan secara harfiahuntuk tiap perkataan yang masuk terlebih dahulu. Oleh sebab itu, apabila kita mendengar 

 perkataan tong, maka segala ciri yang berkaitan dengan perkataan ini muncul dalam benak kita:

[bernyawa], [+benda], [manusia], [+nomina], dsb. Begitu juga semasa mendengar perkataanseng. Kemudian kita berikan makna harfiah terhadap perkataan-perkataan yang kita dengar itu.

Dalam contoh kita ini, kita memberikan makna harfiah kepada tong seng. Ternyata kolokasi

antara tong dan seng, apalagi apabila berada dalam konteks dia sedang makan tong seng, tidak 

masuk akal. Kerana terbentur pada interpretasi semacam ini maka masuklah kita ke tahap pemprosesan ketiga, yakni, mencari makna lain di luar makna harfiah yang mustahil itu. Dengan

 pengetahuan kita tentang dunia di mana kita tinggal, akhirnya dapatlah kita memahami makna

yang dimaksudkan.

d. Pemprosesan Secara Sintaktik atau Semantik 

Seperti dinyatakan di atas, ada dua jenis pendekatan yang membantu kita mempersepsi dan

memahami ujaran, dan kedua pendekatan ini seolah-olah merupakan dua kelompok yang berdiri

sendiri-sendiri. Sebenarnya kedua-dua kelompok ini saling membantu. Kompetensi kita sebagai

 penutur asli tentang sintaksis bahasa kita tentulah merupakan suber (bekal) intuisi yangmembimbing kita bagi menerima, menolak, meragukan, dan mengenal pasti ketaksaan suatu

ayat. Sebagai penutur asli, kita juga memiliki intuisi semantik, baik yang sifatnya universal

(misalnya, kuda boleh memakai kasut sedangkan buaya tidak; horseshoes vs alligator shoes)mahupun yang lokal (mengahwini mestilah dengan pelaku lelaki).

Ahli psikologi dan ahli psikolinguistik seperti Townsend dan Bever yang mendukung pandangankoneksionis bahkan tidak hanya memanfaatkan kedua pendekatan ini tetapi juga faktor-faktor 

lain seperti keseringan pengunaan perkataan dan kecocokan tematik antara namaan dengan

kerjaan. Semua faktor ini tampaknya diperlukan agar manusia dapat memahami ujaran manusialain.

7. PENYIMPANAN KATA

Jikalau kita berbicara, atau menulis, tanpa kita sedari perkataan-perkataan yang kita perlukan

 pada umumnya secara automatis keluar begitu saja seolah-olah dengan tidak melalui proses apa

 pun. Begitu pula waktu kita bertindak sebagai pendengar, atau pembaca, kita dengan mudahdapat memahami apa yang dikatakan oleh lawan bicara kita, atau yang tertulis dalam bacaan,

seolah-olah kita melakukan hal itu dengan tidak berfikir. Proses seperti ini memang kelihatannya

sangat natural tetapi jikalau kita selami secara mendalam akan kita dapati bahawa bagimengeluarkan atau bagi memahami satu perkataan, diperlukan proses yang sangat kompleks.

Jikalau kita ditunjukkan sebuah benda yang biasa digunakan bagi menulis, dan dalam benda itu

terdapat tinta yang kemudian meninggalkan bekas pada benda lain yang kita tulisi, dan kemudian

Page 60: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 60/65

ditanyakan kepada kita benda apakah itu, maka “dengan tidak berfikir” kita berkata pena. Kita

katakan “dengan tidak berfikir” kerana proses mengimbau kembali perkataan itu berjalan begitu

cepat seumpama automatis keluar begitu saja. Begitu juga apabila kita bertindak sebagai pendengar; kita dapat memahaminya seolah-olah “dengan tidak berfikir” pada hal prosesnya

sangatlah panjang dan kompleks.

Pertama, kita perlu dapat terlebih dahulu menentukan apakah empat bunyi yang kita dengar 

itu, /p/ /e/ /n/ /a/, adalah perkataan dalam bahasa kita. Penentuan ini didasarkan pada kompetensi

kita sebagai penutur bahasa Melayu yang secara intuisi tahu bahawa urutan bunyi seperti itumemang mengikuti kaedah fonotaktik bahasa kita atau tidak; ertinya, apakah urutan bunyi seperti

di atas membentuk kewujudan yang “mungkin” dalam bahasa kita. Seandainya urutannya

adalah /n/ /p/ /e/ /a/ npea bagaimana?

Kedua, kita harus mengumpulkan ciri-ciri apa yang secara alamiah melekat pada benda itu:

 bentuk fiziknya, ukurannya, fungsinya, warnanya, dsb. Kita memiliki gambaran mengenai objek 

di dunia ini. Kereta bomba yang memadamkan kebakaran, misalnya, memiliki ciri-ciri tertentu

dan salah satu daripadanya adalah warna. Di mana sekalipun, kereta bomba pemadam kebakaran berwarna merah. Kerana itu, kalau ada frasa yang berbunyi kereta bomba yang kuning, pastilah

kita menolak frasa itu atau termangu-mangu kehairanan. Pena juga memiliki warna, tetapi bolehwarna apa saja sehingga frasa pena kuning saya tidak akan menimbulkan tanda tanya.

Untuk kata kerja, ciri-ciri semantik seperti ini pun diperlukan. Kata kerja menceraikan, misalnya,

 berkaitan dengan keretakan dalam perkawinan tetapi dalam tatabudaya kita hanya orang lelakiyang dapat menceraikan. Wanita diceraikan, bercerai daripada, atau minta cerai daripada

suaminya. Jikalau kita mendengar ayat seperti Desi menceraikan suaminya maka pastilah kita

menganggapnya aneh atau memberikan interpretasi tersendiri, misalnya, Desi pastilah orangyang terkenal, selebriti, kaya dsb. dan suaminya adalah lelaki yang kurang dari itu.

Ketiga, kita harus membandingkan dengan benda-benda lain yang ciri-cirinya bertumpang tindihdengan ciri-ciri ini, misalnya, pensil, kapur, stabilo, dan marker. Pena dan pensil, misalnya,

memiliki bentuk fizik yang serupa dan fungsinya pun juga boleh dikatakan sama, yakni, bagi

menulis. Namun ada ciri lain yang membuat keduadua benda ini berbeda, yang satu mudahdihapus, yang lainya tidak, dst.

Bagi kita terasa biasa saja jikalau kita berkata anjing atau kucing, tetapi bagi anak kecil hal ini

adalah masalah besar kerana kedua binatang ini (dan juga binatang lain seperti kambing,harimau, dan sapi) memiliki sejumlah besar ciri yang sama: berkaki empat, bermata dua,

 berbulu, bertelinga dua, berhidung satu, dst. Lalu apa yang membedakan anjing dengan kucing?

Keempat, kita harus memilih di antara benda-benda yang sama itu, mana yang memenuhi semua

syarat. Proses ini tentu sekali memakan waktu kerana bagi mencapai perkataan yang kita

inginkan harus dilakukan proses eliminasi: pensil memenuhi banyak syarat, tetapi kewujudanfizik tulisannya bukan dari tinta; spidol juga memenuhi banyak syarat tetapi kewujudan fizik 

 benda ini dan hasil tulisannya juga berbeda, dst.

Daripada gambaran di atas tampak bahawa proses bagi mengimbau kembali (retrieve) perkataan,

Page 61: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 61/65

 baik sebagai pembicara mahupun sebagai pendengar, bukanlah hal yang mudah. Hal yang

menarik untuk dikaji adalah bagaimana perkataan itu disimpan dalam benak kita sehingga kita

dapat menemui perkataan yang kita perlukan.

Pada dasarnya ada dua pandangan mengenai hal ini. Pandangan yang pertama menyatakan

 bahawa setiap perkataan disimpan secara utuh sebagai perkataan. Oleh sebab itu, perkataan- perkataan seperti datang, mendatang, mendatangi, mendatangkan, kedatangan, berdatangan, dan

 pendatang disimpan dalam tujuh kotak yang berasingan. Teori ini nampaknya praktikal, kerana

setiap perkataan sudah tersedia dalam kewujudan yang lengkap. Setiap kali kita memerlukannya,kita hanya tinggal “mengambilnya” saja. Akan tetapi, cara seperti ini bererti bahawa dalam

 benak kita tersimpan perkataan sebanyak yang kita ketahui. Kalau otak kita diandaikan sebagai

komputer maka hard disk kita boleh jadi tepu.

Oleh kerana itulah muncul pandangan lain yang menyatakan bahwa penyimpanan perkataan

dalam benak kita bukan berdasarkan pada perkataan (word-based) tetapi pada morfem

(morpheme-based). Menurut pandangan ini, kita hanya menyimpan morfem-morfem saja. Dalam

model ini hanya ada morfem bebas datang dan morfem terikat men-, -kan, i, ke-...-an, -an, dan ber- (di samping itu tentu saja ada pen- untuk membentuk namaan). Perkataan yang diperlukan

 perlu diramu terlebih dahulu dengan menempelkan, bila perlu, morfem terikat pada morfem bebas yang dipilih. Dengan demikian, jikalau kita mahu meretrif perkataan mendatangi maka

kita hanya tinggal mengambil morfem datang dan menggabungkannya dengan men-...-i.

Kelebihan model ini adalah bahawa jumlah “kotak penyimpan” menjadi lebih kecil; di sampingitu kotak untuk morfem terikat tidak hanya dimanfaatkan untuk morfem datang saja tetapi juga

untuk morfem lain mana pun. Penempelan morfem terikat tentulah tidak sama untuk setiap

morfem bebas. Morfem bebas restu, misalnya, hanya dapat mengambil –i saja sehinggaterbentuklah kata merestui, sedangkan morfem bebas beku hanya dapat bergabung dengan –kan

untuk menerbitkan perkataan membekukan atau tanpa imbuhna bagi menerbitkan kerjaan

membeku. Rumusan mengenai mana yang dapat bergabung dengan yang mana, ada padakompetensi setiap penutur asli. Hal ini pulalah yang menyebabkan kita menolak perkataan-

 perkataan seperti *membekui. Pada pihak lain, kita meragukan kata kebongkrekan “sakit kerana

makan bongkrek” meskipun kita menerima keracunan “sakit kerana minum atau makan racun”.

a. Faktor yang Mempengaruhi Akses kepada Perkataan

Jikalau kita menonton rancangan kuiz di televisyen, kita akan menemui program yang meminta

agar peserta kuiz meneka benda apa yang dimaksudkan dengan memberikan ciri atau kelompok  benda itu. Apabila seorang peserta mengatakan buah, maka peserta lain meneka: mangga, jambu,

durian, dsb. Kuiz seperti ini menunjukkan bahawa manusia memiliki konsep-konsep tertentu

mengenai dunia di mana kita tinggal. Dalam contoh di atas, buah merupakan konsep yangmemayungi pengertian-pengertian lain seperti mangga dan jambu.

Pada dasarnya retrival kata dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Pertama, frekuensi perkataan:semakin sering suatu perkataan digunakan semakin cepatlah kita dapat memanggilnya pada saat

kita memerlukannya. Perkataan-perkataan seperti mengharapkan atau menutup memiliki

frekuensi yang lebih tinggi daripada memalarkan atau memala; bahkan ada orang yang tidak 

mengerti makna kedua perkataan terakhir ini.

Page 62: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 62/65

Faktor kedua adalah ketergambaran: suatu perkataan yang dapat dengan mudah digambarkan

atau dibayangkan akan lebih mudah dimengerti dan diingat. Perkataan-perkataan kongkrit,misalnya, lebih mudah diingat daripada perkataan-perkataan abstrak. Faktor ketiga adalah

keterkaitan semantik: perkataan tertentu membawa keterkaitan makna yang lebih dekat kepada

 perkataan tertentu yang lain dan bukan kepada perkataan tertentu yang lainnya lagi. Jikalau kitadiberi perkataan besar, maka tidak mustahil kita dapat dengan cepat mengimbau perkataan kecil.

Begitu pula jikalau diberi perkataan burung, kita mungkin saja akan cepat mengasosiasikannya

dengan tiung dan tekukur. Perkataan tiung tentu lebih cepat memunculkan perkataan burungdaripada binatang kerana jarak semantik antara burung dengan tiung lebih dekat daripada tiung

dengan binatang.

Faktor keempat adalah kategori gramatikal: ada kecenderungan bahawa perkataan-perkataandisimpan berdasarkan kategori sintaktiknya. Hal ini terlihat dari silap lidah yang selalu berlaku

dalam kategori sintaktik yang sama. Suatu perkataan yang tersilap selalu digantikan oleh

 perkataan yang memiliki kategori sintaktik yang sama, namaan dengan namaan, kerjaan dengan

kerjaan, dst. Contohnya, tiba-tiba ada orang berkata mencari nafkah boleh tersilap kata menjadimencuri nafkah di mana kerjaan mencari diganti dengan kerjaan lain, yakni, mencuri. Dalam hal

ini tidak mungkin kerjaan mencari diganti dengan namaan namaan pencuri, pencurian, pencari,atau pencarian.

Bukti lain yang mendukung bahawa perkataan disimpan berdasarkan kategori gramatikal ditemui

 pada orang yang menderita afasia yang selalunya berkesukaran menggunakan kata fungsi.

Penderita afasia Inggeris mengalami kesukaran mengatakan which dan be meskipun dia bolehmengucapkan witch dan bee kerana kedua-dua perkataan yang pertama adalah kata fungsi

sedangkan kedua-dua perkataan yang terakhir adalah namaan. Hal ini menunjukkan bahawa kata

fungsi dan kata utama (namaan, kerjaan, dan adjektif) disimpan pada tempat yang berbeda-beda.

Faktor kelima adalah faktor fonologi: morfem yang bunyinya sama atau seakan-akan disimpan

 pada tempat-tempat yang berdekatan. Hal ini terbukti pada gejala “lupa-lupa ingat” (tip of thetongue). Perkataan yang kita lupa-lupa ingat memiliki ciri-ciri berikut: (a) jumlah suku katanya

sama dengan perkataan yang sebenarnya, (b) konsonan pertama untuk perkataan itu selalu sama

dengan konsonan pertama aslinya, dan (c) bunyi perkataan itu seakan-akan dengan bunyi kataaslinya. Bila kita dihadapkan kepada suatu situasi di mana kita perlu mengucapkan suatu

 perkataan yang maknanya adalah, misalnya, “keadaan tidak suci pada diri seseorang Islam yang

menyebabkan dia tidak boleh solat, tawaf, dsb.” maka boleh terjadi kita tidak ingat betul apa

 perkataan untuk itu. Kita lalu tercari-cari. Perkataan yang dicari itu pastilah memiliki dua suku,konsonan awalnya h, dan bunyi keseluruhannya seakan-akan: hadat, hadis, hadap…? Perkataan

yang sebenarnya adalah hadas. Kenyataan bahawa pada gejala “lupa di hujung lidah” ini kata-

katanya adalah seakan-akan, maka dapat kita simpulkan bahawa perkataan-perkataan yangmemiliki bentuk fonologis yang seakan-akan disimpan pada tempat-tempat yang berdekatan.

 b. Teori tentang MaknaSeorang anak yang sedang dalam proses memperoleh bahasa suatu hari diberi tahu oleh ibunya

 bahawa binatang yang mereka lihat di halaman depan itu adalah anjing: “Oh, itu, ada guguk,

Dhira.” Tertanamlah pada benak anak itu bahawa binatang itu adalah “guguk.” Anak lalu

menyerap ciri-ciri yang ada pada binatang itu; kakinya empat, berbulu coklat, telinganya dua,

Page 63: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 63/65

matanya dua, ekornya satu, dst. Keesokan harinya dia melihat binatang yang memenuhi syarat-

syarat itu, kecuali saiznya lebih kecil. Dia berkata pada ibunya “Mama, dudu.” Ibunya menyahut:

“ O, itu bukan guguk, Dhira. Itu pus.” Kerana Dhira merasa bahawa teori dia salah makadiperbaikilah teori itu; “kalau saiznya kecil itu pus, bukan guguk.” Pada minggu berikutnya dia

melihat seekor anjing Pekingese yang tentunya berukuran kecil seperti kucing. Waktu dia

 berkata bahawa itu pus, ayahnya berkata bahawa itu guguk, bukan pus. Minggu berikutnya lagidia melihat kambing dan mengira bahawa binatang itu adalah anjing … dst.

Dari cerita di atas dapat kita lihat bahawa bagi membentuk pengertian mengenai konsep anjingsaja bukanlah suatu hal yang mudah. Untuk menjawab hal semacam ini, yakni, bagaimana orang

memahami makna perkataan, diajukan dua teori: teori ciri dan teori berdasar pengetahuan.

Teori Ciri pada dasarnya menyatakan bahawa kata memiliki seperangkat ciri, yang menjadi

 bahagian integral kepadaperkataan itu. Perkataan anjing, misalnya, memiliki ciri [+bernyawa],[+binatang], , [+warna (hitam, coklat, putih, belang-belang)], [+kaki empat], [+telinga dua],

[+ekor satu], [+ukuran badan], [+suara guguk],… dst. Ciri-ciri inilah yang secara keseluruhan

membentuk konsep yang dinamakan anjing.

Sebahagian daripada ciri seperti tertera di atas dimiliki pula oleh beberapa binatang yang lain

seperti kucing, kambing, kerbau, lembu, dan babi sehingga binatang-binatang ini memiliki darjatkemiripan yang tinggi. Ini pulalah sebabnya mengapa anak kebingungan saat mereka harus

membedakan mana yang anjing dan mana yang kucing. Di pihak lain, batas antara sekelompok 

ciri dengan sekelompok ciri yang lain boleh juga menipis sehingga kita kadang-kadang tidak 

dapat memilih-milah objek dengan mudah. Kita tidak ragu untuk mengatakan bahawa mangga,durian, dan jambu adalah buah sedangkan terong, lobak, dan labu adalah sayuran. Akan tetapi,

kita tidak yakin apakah tomato dan mentimun termasuk buah atau sayur.

Ciri yang ada pada suatu perkataan membantu kita mengembangkan intuisi. Kita menolak ayat-

ayat berikut kerana intuisi kita membimbing kita ke arah itu.

(42) *? Kuda hijau saya merokok sedozen limau.

(43) *? Tuti akan mengahwini Tomi minggu depan.

Penolakan secara intuisi ini didasarkan kepada pengetahuan kita bahawa ciri yang ada pada

masing-masing kata di atas. Pada contoh (42) kuda memang memiliki ciri [+warna], tetapi warna

yang ada pada kuda hanya hitam, putih, coklat, dan belang-belang. Oleh kerana itu, kuda yang

 berwarna hijau tidak memenuhi syarat. Begitu juga kata kerj merokok; perbuatan kerjaan inihanya boleh dilakukan oleh manusia. Kalau pun ada kuda yang berwarna hijau, dan kuda ini

merokok, maka yang dihisap bukanlah benda yang bentuknya bundar.

Pada contoh (43) perkataan Tuti memiliki ciri, [+wanita] dan kerjaan mengahwini memiliki ciri,

antara lain, [+pelaku perbuatan harus lelaki]; penerima perbuatan adalah [+wanita]. Oleh kerana

ciri-ciri seperti inilah maka ayat (43) tidak dapat kita terima, atau paling tidak, sangatlah janggaldalam tata budaya kita.

Meskipun teori ciri ini sangat bermanfaat, ada beberapa masalah yang belum terpecahkan dalam

teori ini. Dalam hal ciri suatu konsep, misalnya, kuda, memang binatang ini hanya memiliki

Page 64: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 64/65

empat kemungkinan warna: hitam, putih, coklat, atau belang-belang. Akan tetapi, jikalau kita

andaikan ada orang yang mengecat kudanya dengan warna hijau, seperti yang dilakukan oleh

 penjaja burung di persimpangan jalan Jakarta yang mengecat burung dagangannya denganwarna-warni, apakah binatang itu sudah bukan kuda lagi? Begitu pula dalam permainan catur.

Kuda dalam permainan ini diwujudkan dengan kepala seekor kuda yang dibuat daripada kayu

atau bahan lainnya. Seandainya pada waktu kita akan main catur, salah satu bidak kudanyahilang, dan kita menggantikannya dengan wang syiling, apakah wang syiling dalam permainan

catur ini bukan kuda?

Untuk menangani masalah ini muncullah teori lain yang dinamakan Teori Berdasarkan

Pengetahuan (Knowledge-based Theory). Teori ini masih bersandar pada teori ciri, tetapi

diperluas. Dalam teori ini tidak hanya ciri yang dilihat tetapi juga esensi dan konteksnya.

Manusia tidak hanya menyerap ciri-ciri itu tetapi juga melihat esensinya. Kucing, misalnya,memang memiliki ciri [+kaki 4], tetapi tidak mustahil bahawa ada kucing yang kerana kecacatan

genetik hanya mempunyai tiga kaki. Begitu juga kalau satu kakinya patah, dia akan terus hidup

dengan tiga kaki. Binatang ini akan saja tetap kita anggap sebagai kucing!

Dalam hal permainan catur di atas, wang syiling itu kita anggap sebagai bidak kuda meskipun

ciri aslinya sama sekali berbeda daripada kuda kayu yang digantikannya. Penganggapan wangsyiling ini sebagai kuda bukan berdasarkan ciri fiziknya tetapi ciri-cirinya, yakni, wang syiling

tadi berfungsi sebagai kuda dalam konteks permainan catur di mana salah satu bidak kudanya

hilang.

Daripada gambaran di atas dapatlah disimpulkan bahawa perkataan disimpan dalam benak kita

 berdasarkan berbagai faktor: ada yang berdasarkan frekuensinya, ada yang berlandaskan

ketergambarannya, ada yang kerana kemiripan fonetiknya, ada yang kerana kedekatansemantiknya, dan ada pula yang kerana kategori sintaktiknya. Ciri semantik juga memegang

 peranan yang sangat besar kerana kedekatan antara satu entiti dengan entiti yang lain dapat pula

disebabkan oleh jumlah serta jenis ciri yang sama atau seakan-akan.

Manusia dapat memahami ujaran kerana mereka dapat mengenali perkataan-perkataan yang

mereka dengar secara intuisi yang sebenarnya berdasarkan pada pengetahuan yang mereka milikitentang bahasa dan budaya mereka. Mereka dapat pula mengimbau kembali perkataan-perkataan

yang mereka perlukan waktu bercakap kerana perkataan-perkatan ini terurus secara sistematis

dalam benak manusia berdasarkan berbagai kriteria.

Racangan InstruksionalKursus ini membincangkan pengenalan umum kepada bidang psikolinguistik. Topik-topik yangdikaji adalah bagaimana manusia mempersepsi dan memahami ujaran, kosa kata, unsur 

tatabahasa, dan wacana. Pelajar akan mengikuti proses pemerolehan bahasa pertama, pengajaran

dan pembelajaran bahasa: melihat kasus-kasus (Genie, dll) serta bahasa dan pemikiran. Pelajar 

Page 65: NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

8/9/2019 NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

http://slidepdf.com/reader/full/nota-psikolinguistiksemantik 65/65

 juga akan didedahkan kepada teori dan pandangan ahli bahasa yang berkaitan dengan bidang

 psikolinguistik, Behaviorisme, LAD, Hipotesis Usia Kritikal, dan Afeksia. Pembelajaran bahasa

kedua dan bahasa asing juga dikaji. Kuliah juga akan membangkitkan isu-isu mengenai psikolinguistik serta melihat implikasinya dalam pengajaran bahasa Melayu. Pelajar akan

dibimbing membuat eksperimen dan persepsi masing-masing mengenai pembelajaran bahasa

Melayu dan membuat sumbangan masing-masing.

Rujukan:

Dardjowidjojo, Soenjono. 2007. Psikolinguistik: Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia. Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. .

 Nor Aina Dani, Psikolibguistik , Kuaa Lumpur: Sasbadi, 2006

Zulkifley Hamid. 2006. Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Mangantar Simanjuntak. 1986. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Slobin, Dan Isaac. 1079. Psycholinguistics. Glenville, Ill.: Scott, foresman and Company.

Steinberg Danny. D. 1982. Psycholinguistics: Language, Mind, World. A Longman Paperback.