3
6.6 JENIS-JENIS PENGANGGURAN Terdapat 3 jenis pengangguran iaitu Pengangguran Geseran, Pengangguran Struktur & Pengangguran Kitaran. 6.6.1 Pengangguran Geseran Pekerja sanggup untuk tidak bekerja sementara mendapat pekerjaan lain & bukan disebabkan oleh ketidakmampuan mencari pekerjaan. Pengangguran geseran akan sentiasa wujud sepanjang masa terutamanya apabila ekonomi mengalami perkembangan yang pesat secara terus-menerus. 6.6.2 Pengangguran Struktur Terdapat beberapa faktor utama yang menjurus kepada perubahan struktur ekonomi sesebuah Negara seperti Perubahan Citarasa Pengguna & Kemajuan Teknologi. 6.6.3 Pengangguran Kitaran & Pusingan Ketika ekonomi mengalami kemelesetan, permintaan bagi barng- barang akan berkurangan. Ini menyebabkan firma terpaksa mengurangkan aktiviti pengeluaran & penggunaan buruh. Latihan 6.6 1. Nyatakan langkah yang diperlukan untuk mengira IHP. Langkah untuk mengira IHP: a) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun asas. b) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun semasa. c) Mengira IHP tahun asas & tahun semasa. 2. Nyatakan formula untuk mengukur kadar inflasi. Formula mengira kadar inflasi : (IHP baru – IHP lama)/IHP lama x 100 6.7 GUNA TENAGA PENUH & KADAR PENGANGGURAN SEMULAJADI Salah satu matlamat ekonomi Negara ialah untuk mencapai guna tenaga penuh. Ia juga boleh ditafsirkan berpandukan kepada Kadar Pengangguran Semulajadi (KPS). Guna Tenaga Penuh dicapai apabila Kadar Pengangguran Sebenar adalah sama dengan KPS. 6.8 PUNCA-PUNCA PENGANGGURAN Boleh disebabkan oleh 3 faktor iaitu Faktor Kehilangan Pekerjaan, Faktor Meninggalkan Pekerjaan & Faktor Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula Tenaga Buruh.

pengangguran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pengangguran

6.6 JENIS-JENIS PENGANGGURANTerdapat 3 jenis pengangguran iaitu Pengangguran Geseran, Pengangguran Struktur & Pengangguran Kitaran.6.6.1 Pengangguran GeseranPekerja sanggup untuk tidak bekerja sementara mendapat pekerjaan lain & bukan disebabkan oleh ketidakmampuan mencari pekerjaan. Pengangguran geseran akan sentiasa wujud sepanjang masa terutamanya apabila ekonomi mengalami perkembangan yang pesat secara terus-menerus.6.6.2 Pengangguran StrukturTerdapat beberapa faktor utama yang menjurus kepada perubahan struktur ekonomi sesebuah Negara seperti Perubahan Citarasa Pengguna & Kemajuan Teknologi.6.6.3 Pengangguran Kitaran & PusinganKetika ekonomi mengalami kemelesetan, permintaan bagi barng-barang akan berkurangan. Ini menyebabkan firma terpaksa mengurangkan aktiviti pengeluaran & penggunaan buruh.Latihan 6.61. Nyatakan langkah yang diperlukan untuk mengira IHP.Langkah untuk mengira IHP:a) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun asas.b) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun semasa.c) Mengira IHP tahun asas & tahun semasa.2. Nyatakan formula untuk mengukur kadar inflasi.Formula mengira kadar inflasi : (IHP baru – IHP lama)/IHP lama x 100

6.7 GUNA TENAGA PENUH & KADAR PENGANGGURAN SEMULAJADISalah satu matlamat ekonomi Negara ialah untuk mencapai guna tenaga penuh.Ia juga boleh ditafsirkan berpandukan kepada Kadar Pengangguran Semulajadi (KPS).Guna Tenaga Penuh dicapai apabila Kadar Pengangguran Sebenar adalah sama dengan KPS.

6.8 PUNCA-PUNCA PENGANGGURANBoleh disebabkan oleh 3 faktor iaitu Faktor Kehilangan Pekerjaan, Faktor Meninggalkan Pekerjaan & Faktor Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula Tenaga Buruh.6.8.1 Kehilangan PekerjaanKategori ini terdiri daripada mereka yang diberhentikan atau terpaksa berhenti daripada pekerjaan, samaada untuk tempoh sementara atau berkekalan.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kehilangan pekerjaan seperti kegagalan pekerja memenuhi syarat pekerjaan ataupun kegagalan firma memenuhi keperluan pekerjanya.6.8.2 Meninggalkan PekerjaanTerdapat sesetengah golongan meninggalkan pekerjaan mereka secara sukarela & tidak semestinya atas alasan mereka dipecat.6.8.3 Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula Tenaga Baru

Page 2: pengangguran

Tenaga Buruh Baru terdiri daripada mereka yang telah menghabiskan pengajian & bersedia memasuki pasaran tenaga buruh. Kemasukan semula tenaga buruh pula mengenai mereka yang telah mempunyai pekerjaan kemudian keluar daripada tenaga buruh & memasuki semula tenaga buruh.

6.9 KESAN-KESAN PENGANGGURANPengangguran yang disebabkan oleh kurangnya peluang pekerjaan akibat daripada kemelesetan ekonomi seperti pengangguran kitaran, akan menimbulkan kesan yang buruk terhadap kestabilan ekonomi sesebuah Negara. Kesan buruk pengangguran dapat dibahagikan kepada 2 iaitu kesan buruk terhadap ekonomi & kesan buruk terhadap individu & masyarakat. 6.9.1 Kesan Buruk Terhadap EkonomiKadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara. Kesan-kesan buruk pengangguran terhadap ekonomi :a) Pengangguran Tidak Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi.- Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi.b) Penurunan Hasil Kerajaan- Pengangguran menyebabkan buruh kehilangan pekerjaan & secara tidak langsung menyebabkan kutipan cukai pendapatan berkurangan.c) Pembaziran Sumber-Sumber Pengeluaran.- pengangguran yang tinggi menyebabkan ekonomi tidak dapat beroperasi pada tahap yang maksimum.- Pembaziran sumber-sumber pengeluaran menjurus kepada pengeluaran output yang rendah daripada output prestasi.