Upload
others
View
68
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1
2014
ii
DOKUMEN STANDARD
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL JATI DIRI
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii
3. KATA PENGANTAR viii
4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2
5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
4 4 4 5
7-13
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al -
Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat.
Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii
1
PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum Standard Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasionsal (PAV) digubal untuk melahirkan murid bertakwa,
berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi mencapai matlamat ini, murid
dibekalkan dengan ilmu berkaitan al Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Pendidikan Islam PAV juga menekankan kepada
aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.
Pelbagai strategi digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara
“hands-on learning”. Penekanan juga diberi kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang
dirancang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik bagi memenuhi kriteria pencapaian yang telah ditetapkan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran formatif
dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti hendaklah diatasi melalui aktiviti pemulihan manakala kekuatan murid perlu
ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Di samping itu pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan
pencapaian murid.
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan
bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini
bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang
kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas
dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang
menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui
1
aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan
mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula
kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan
Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan
bagi setiap Standard Pembelajaran.
1
PELAKSANAAN
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 140 waktu setahun.
Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Islam paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan
prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya
pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran
masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru
perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru
perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
1
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
1
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan al- Quran dan al-Sunah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan ilmu demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Objektif Modul
Di akhir modul ini, murid akan dapat;
. 1. Membaca ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid. 2. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian. 3. Menghafaz ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid 4. Mengamalkan ayat-ayat hafazan sebagai bacaan dalam solat dan amalan kehidupan seharian. 5. Memahami ayat-ayat pilihan daripada al Quran untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya. 6. Memahami hadis-hadis pilihan untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya. 7. Memahami dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan hidup. 8. Memahami, mengamalkan dan menghayati fikah ibadah dalam kehidupan seharian. 9. Memahami, mengambil iktibar dan meneladani Sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah tokoh-tokoh Islam dalam
kehidupan seharian. 10.Memahami, mengamalkan dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian.
Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Pendidikan Islam memberi penekanan kepada asas pengetahuan
berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan
menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai
(kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid. Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan
sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada
penghayatan dan pemupukan nilai kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu,
1
menekankan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk
menghadapi abad ke-21.
Kurikulum Pendidikan Islam PAV memberi penekanan kepada penguasaan membaca, menghafaz ayat al Quran daripada surah-
surah pilihan serta memberi tumpuan kepada kefahaman ayat al Quran dan hadis pilihan. Kurikulum ini juga memfokuskan kepada
peneguhan akidah, pelaksanaan tuntutan ibadah, mencontohi nilai-nilai murni serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW dan
tokoh-tokoh Islam serta mengamalkan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan
menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah
Organisasi Standard Kurikulum
Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2
hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran
tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini
merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan
Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,
sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan
pembelajaran.
1
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan
kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi
menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai
Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan,
kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara
sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
Organisasi kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Menengah dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran : 1. Bidang al Quran.
Bidang al Quran menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Bacaan ayat-ayat pilihan. b. Hafazan ayat-ayat dan surah-surah pilihan. c. Kefahaman ayat-ayat pilihan.
2. Bidang Hadis.
Bidang Hadis menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Pengenalan Hadis. b. Kefahaman hadis-hadis pilihan.
3. Bidang Akidah.
Bidang akidah menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Ilahiyyat. b. Nubuwwat. c. Sam’iyyat.
4. Bidang Fikah.
Bidang fikah menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Ibadah.
1
5. Bidang Sirah dan Tokoh.
Bidang sirah dan tokoh menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Sirah Nabi Muhammad SAW. b. Sejarah tokoh-tokoh Islam.
6. Bidang Akhlak Islamiah.
Bidang akhlak Islamiah menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Akhlak dengan Allah SWT. b. Akhlak sesama manusia. c. Akhlak dengan alam.
1
at Bukhari dan Muslim)
perkara baik.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Musli
kemungkaran
(Hadis Riwayat Muslim)
PEMETAAN DSK PENDIDIKAN ISLAM PAV TINGKATAN 1-3
Bidang Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
1. Al Quran
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.1 Surah Al Baqarah ayat 1 - 5
1.1.2 Surah Al Baqarah ayat 201
1.1.3 Surah Al Baqarah ayat 255
1.2 Membaca dan menghafaz surah-
surah berikut:
1.2.1 Surah Al Fatihah
1.2.2 Surah Al Ikhlas
1.2.3 Surah Al Falaq
1.2.4 Surah Al Nas
1.3 Memahami ayat Al Quran:
1.3.1 Surah Al Mukminun ayat 5 – 7
(Menjaga kehormatan diri.)
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.4 Surah Al Baqarah ayat 255 dan
256
1.1.5 Surah Al Baqarah ayat 284 -
286
1.2 Membaca dan menghafaz surah-
surah dan ayat-ayat berikut:
1.2.5 Surah Al ‘Asr
1.2.6 Surah Al Kafirun
1.2.7 Surah Al Baqarah ayat 201
1.3 Memahami ayat Al Quran:
1.3.2 Surah Al Baqarah ayat 168.
(Memahami makanan halal dan
haram.)
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.6 Surah Yaasin ayat 1 – 27
1.2 Membaca dan menghafaz ayat-ayat
berikut:
1.2.8 Surah Al Baqarah ayat 1-5
1.2.9 Surah Al Baqarah ayat 255.
1.3 Memahami ayat Al Quran:
1.3.3 Surah Al Maidah ayat 90.
(Memahami perbuatan-perbuatan
haram yang memusnahkan
kehidupan.)
2. Hadis
2.1 Memahami pengenalan Hadis.
2.2 Memahami dan mengamalkan sifat
Ikhlas
(Hadis Riway
2.3 Memahami tuntutan bercakap 2.4 Memahami kewajipan mencegah
m )
Bidang
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
3. Aqidah
3.1 Memahami dan mengamalkan
Rukun Islam.
3.2 Memahami dan meyakini Rukun
Iman.
3.3 Memahami dan meyakini keimanan
kepada Allah SWT.
3.4 Memahami dan meyakini keimanan
kepada malaikat.
3.5 Memahami dan meyakini keimanan
kepada kitab suci.
3.6 Memahami dan meyakini keimanan
kepada Rasul.
3.7 Memahami dan meyakini keimanan
kepada Hari Akhirat.
3.8 Memahami dan meyakini keimanan
kepada Qada dan Qadar.
4. Fiqah
4.1 Memahami dan menghayati istilah-
istilah hukum dalam Islam.
4.2 Memahami konsep bersuci dan
mengamalkan cara bersuci.
4.3 Mengenali jenis najis dan cara
menyucikannya.
4.4 Memahami dan mengamalkan
Istinjak.
4.5 Memahami dan menyempurnakan
wuduk.
4.6 Mengenalpasti jenis-jenis mandi.
4.7 Mengamalkan solat fardu.
4.8 Memahami dan mengamalkan
Tayammum.
4.9 Memahami dan mengamalkan ibadah
Puasa.
4.9.1 Puasa Ramadan.
4.9.2 Puasa Sunat
4.10 Memahami dan mengamalkan solat
:
4.10.1 Solat Qasar dan Jamak.
4.10.2 Solat ketika sakit.
4.10.3 Solat Fardu Jumaat.
5. Sirah
5.1 Mengetahui dan menghayati riwayat
hidup Rasulullah SAW dan
mengambil pengajaran daripadanya
serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
5.2 Memahami dan mengambil
pengajaran daripada keunggulan
perjuangan tokoh-tokoh Khulafa al
Rasyidin.
5.2.1 Saidina Abu Bakar al Siddiq
5.3 Memahami dan mengambil
pengajaran daripada keunggulan
perjuangan tokoh-tokoh.
5.3.1 Saidatina Khadijah
5.3.2 Saidatina Fatimah
5.3.3 Saidina Abdul Rahman bin Auf
6
Bidang
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
5.2.2 Saidina Umar al Khattab
5.2.3 Saidina Uthman al Affan
5.2.4 Saidina Ali Abi Talib
5.3.4 Saidina Bilal bin Rabah
6. Akhlak
6.1 Memahami dan mengamalkan adab
ketika menuntut ilmu.
6.2 Memahami dan mengamalkan adab
dengan rakan.
6.3 Memahami, menghayati dan
mengamalkan sifat amanah.
6.4 Memahami dan mengamalkan sifat
mahabbah.
6.5 Memahami dan mengamalkan adab
terhadap ibu bapa dan keluarga.
6.6 Memahami dan mengamalkan sifat
malu.
6.7 Memahami dan mengamalkan adab
di masjid dan surau.
6.8 Memahami dan mengamalkan adab
berjiran
6.9 Memahami, menghayati dan
mengamalkan sifat pemaaf.
7
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TINGKATAN SATU
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
1. Membaca,
Menghafaz Dan
Memahami Ayat al
Quran
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.1 Surah al Baqarah
ayat 1 – 5.
1.1.1.1 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.
1.1.1.2 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah sebagai amalan harian.
1.1.2 Surah al Baqarah
ayat 201.
1.1.2.1 Membaca ayat 201 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.
1.1.2.2 Membaca ayat 201 surah al Baqarah sebagai amalan harian.
1.1.3 Surah al Baqarah
ayat 255.
1.1.3.1 Membaca ayat 255 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.
1.1.3.2 Membaca ayat 255 surah al Baqarah sebagai amalan harian.
1.2 Membaca dan menghafaz
surah-surah berikut:
1.2.1 Surah al Fatihah.
1.2.1.1 Membaca dan menghafaz surah al Fatihah dengan betul dan bertajwid.
1.2.1.2 Membaca dan mengamalkan surah al Fatihah dalam solat dan amalan
harian.
1.2.2 Surah al Ikhlas.
1.2.2.1 Membaca dan menghafaz surah al Ikhlas dengan betul dan bertajwid.
1.2.2.2 Membaca dan mengamalkan surah al Ikhlas dalam solat dan amalan
harian.
1.2.3 Surah al Falaq.
1.2.3.1 Membaca dan menghafaz surah al Falaq dengan betul dan bertajwid.
1.2.3.2 Membaca dan mengamalkan surah al Falaq dalam solat dan
amalan harian.
1.2.4 Surah al Nas.
1.2.4.1 Membaca dan menghafaz surah al Nas dengan betul dan bertajwid.
1.2.4.2 Membaca dan mengamalkan surah al Nas dalam solat dan amalan harian.
8
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
1.3 Memahami ayat Al Quran:
1.3.1 Surah al Mukminun
ayat 5 – 7.
(Menjaga kehormatan diri.)
1.3.1.1 Menyatakan intisari ayat 5-7 surah al Mukminun.
1.3.1.2 Menyatakan maksud menjaga kehormatan diri.
1.3.1.3 Menyatakan maksud dan hukum salah laku seks berikut:
a) Zina.
b) Liwat (Gay).
c) Musahaqah (Lesbian).
d) Biseksual.
e) Onani.
f) Gangguan seksual.
1.3.1.4 Menjelaskan cara menjaga kehormatan diri dari aspek :
a) Percakapan.
b) Pergaulan.
c) Pakaian.
1.3.1.5 Menyatakan hikmah menjaga kehormatan diri.
1.3.1.6 Menyatakan akibat perbuatan salah laku seks.
2. Memahami
Konsep Hadis
2.1 Memahami pengenalan
Hadis.
2.1.1 Menyatakan maksud Hadis.
2.1.2 Menyatakan kedudukan Hadis sebagai sumber hukum.
9
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
2.2 Memahami dan
mengamalkan sifat Ikhlas.
(Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
2.2.1 Menyatakan intisari hadis.
2.2.2 Menyatakan maksud ikhlas.
2.2.3 Menerangkan kepentingan ikhlas dalam kehidupan seharian.
2.2.4 Menerangkan ciri-ciri orang yang bersifat ikhlas.
2.2.5 Berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam amalan.
3. Mengukuhkan
Pegangan Akidah
3.1 Memahami dan
mengamalkan Rukun Islam.
3.1.1 Menerangkan Rukun Islam:
3.1.1.1 Dua kalimah syahadah.
3.1.1.2 Solat.
3.1.1.3 Puasa.
3.1.1.4 Zakat.
3.1.1.5 Haji.
3.2 Memahami dan meyakini
Rukun Iman.
3.2.1 Menerangkan Rukun Iman:
3.2.1.1 Beriman kepada Allah.
3.2.1.2 Beriman kepada Malaikat.
3.2.1.3 Beriman kepada Kitab.
3.2.1.4 Beriman kepada Rasul.
3.2.1.5 Beriman kepada Hari Akhirat.
10
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
3.2.1.6 .Beriman kepada Qadha dan Qadar.
3.2.2 Menyatakan akibat tidak beriman dengan Rukun Iman.
3.3 Memahami dan meyakini
keimanan kepada Allah
SWT.
3.3.1 Menyatakan kewujudan dan keesaan Allah SWT pencipta dan pentadbir
seluruh alam.
3.3.2 Menyatakan keagungan dan keesaan Allah SWT yang berhak disembah.
3.3.3 Menyatakan keesaan Allah SWT yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan.
3.3.4 Menyatakan contoh perlakuan orang yang beriman kepada Allah SWT.
4. Mengamalkan
Prinsip Fiqah
4.1 Memahami dan menghayati
istilah-istilah hukum dalam
Islam.
4.1.1 Menyatakan maksud istilah-istilah hukum berikut beserta contoh:
4.1.1.1 Wajib.
4.1.1.2 Sunat.
4.1.1.3 Harus.
4.1.1.4 Makruh.
4.1.1.5 Haram.
4.1.2 Menyatakan hukum berdasarkan masalah.
4.1.3 Berusaha mengamalkan hukum berdasarkan tuntutannya.
4.2 Memahami konsep bersuci
dan mengamalkannya.
4.2.1 Menyatakan maksud bersuci daripada najis
4.2.2 Menyatakan maksud bersuci daripada hadas.
4.2.3 Menyatakan hukum bersuci.
4.2.4 Menyatakan contoh-contoh benda kotor.
11
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
4.2.5 Menyatakan keburukan mengabaikan kebersihan terhadap diri.
4.2.6 Menjelaskan faedah bersuci.
4.2.7 Sentiasa menjaga kebersihan diri.
4.3 Mengenali jenis najis dan
cara menyucikannya.
4.3.1 Menyatakan maksud najis.
4.3.2 Menyenaraikan contoh benda kotor yang najis dan bukan najis.
4.3.3 Menyatakan maksud najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah
berserta contoh.
4.3.4 Menunjuk cara menyucikan diri, pakaian dan tempat daripada najis
Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah.
4.3.5 Menghasilkan buku skrap berkaitan bersuci.
4.4 Memahami dan
mengamalkan Istinjak.
4.4.1 Menyatakan maksud istinjak.
4.4.2 Menyatakan hukum istinjak.
4.4.3 Menyenaraikan alat-alat yang digunakan untuk istinjak.
4.4.4 Menunjuk cara beristinjak yang betul.
4.4.5 Menjelaskan kelebihan beristinjak terhadap individu.
4.4.6 Sentiasa beristinjak dengan sempurna.
4.5 Memahami dan
menyempurnakan wuduk.
4.5.1 Menunjuk cara berwuduk dengan sempurna.
4.5.2 Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.
4.5.3 Melazimi diri sentiasa berwuduk dengan sempurna.
12
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
4.6 Mengenal pasti jenis-jenis
mandi.
4.6.1 Menyatakan maksud mandi.
4.6.2 Mengklasifikasikan hukum mandi berdasarkan situasi berikut :
4.6.2.1 Mandi sebelum menunaikan solat Jumaat.
4.6.2.2 Mandi untuk menyegarkan badan.
4.6.2.3 Mandi kerana haid.
4.6.2.4 Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.
4.6.2.5 Mandi jenazah.
4.6.3 Menyenaraikan perkara-perkara yang menyebabkan wajib mandi.
4.6.4 Menunjuk cara mandi wajib menggunakan model patung.
4.7 Mengamalkan solat.
4.7.1 Menunjuk cara melakukan solat termasuk perkara sunat solat.
4.7.2 Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat.
4.7.3 Menerangkan akibat meninggalkan solat fardu.
4.7.4 Menjelaskan kelebihan menunaikan solat.
4.7.5 Melaksanakan solat fardu dengan sempurna.
5. Mengambil Iktibar
Dan Meneladani
Sirah Rasulullah
SAW Dan Tokoh-
5.1 Mengetahui dan
menghayati riwayat hidup
Rasulullah SAW dan
mengambil pengajaran
5.1.1 Menceritakan riwayat hidup Rasulullah SAW :
5.1.1.1 Semasa kecil.
5.1.1.2 Semasa remaja.
13
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
Tokoh daripadanya serta
mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
5.1.1.3 Semasa dewasa.
5.1.2 Mencontohi sifat Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
6. Mengamalkan
Akhlak Islamiah
6.1 Mengamalkan adab
menuntut ilmu.
6.1.1 Menyatakan hukum menuntut ilmu.
6.1.2 Menyenaraikan adab-adab menuntut ilmu.
6.1.3 Menerangkan kelebihan beradab ketika menuntut ilmu.
6.1.4 Menyatakan kesan buruk tidak beradab ketika menuntut ilmu
6.1.5 Mengamalkan adab ketika menuntut ilmu.
6.2 Mengamalkan adab dengan
rakan.
6.2.1 Menyenaraikan adab dengan rakan.
6.2.2 Menyatakan kepentingan berkawan dengan orang baik.
6.2.3 Menyenaraikan ciri-ciri rakan yang baik.
6.2.4 Mengamalkan adab terhadap rakan.
6.3 Memahami dan
mengamalkan sifat amanah.
6.3.1 Menyatakan maksud amanah.
6.3.2 Menyenaraikan contoh sifat amanah.
6.3.3 Menyenaraikan kepentingan sifat amanah dalam kehidupan.
6.3.4 Menerangkan akibat tidak amanah dalam kehidupan.
6.3.5 Mengamalkan sifat amanah dalam kehidupan.
14
20
Terbitan: