Prinsip Asas Kurikulum & Pengajaran

  • Upload
    l001984

  • View
    617

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Prinsip Asas

Kurikulum dan Pengajaran

Interpretasi Umum Tentang Kurikulum Apa yang diajar di sekolah Satu unit pengajaran Kandungan pelajaran Program pengajaran Satu urutan kursus Kursus pengajian Kesemua pengalaman yang diperolehi di sekolah Kesemua pengalaman pelajar di dalam & luar sekolah di bawah kendalian sekolah

Definisi KurikulumKurikulum

Luas & Umum

Khusus

Kurikulum: Definisi Luas dan UmumKurikulum Sebagai Sistem Kurikulum ialah satu sistem dalam mana manusia dan proses atau organisasi kakitangan dan prosedur berinteraksi secara linear ataupun bukan linear.

Kurikulum: Definisi Luas dan UmumKurikulum Sebagai Pengalaman Kurikulum ialah kesemua pengalaman yang diperolehi di bawah panduan guru atau sekolah (Caswell & Campbell, 1935) Kurikulum ialah proses membina semula pengetahuan dan pengalaman secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau universiti supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka (Tanner & Tanner, 1980)

Kurikulum: Definisi Luas dan UmumKurikulum Sebagai Bidang Kajian Kurikulum mempunyai domain pengetahuan, teori, prinsip dan kajian mengenainya yang tersendiri. Kurikulum dibincangkan secara akademik dan teoritikal dari segi sejarah, falsafah dan sosial (Mc Neal, 1990)

Kurikulum: Definisi Luas dan UmumKurikulum Sebagai Mata Pelajaran Kurikulum ialah kandungan pelajaran sesuatu mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan Sejarah, bagi tahap, tahun, kelas atau tingkatan tertentu (Shepherd & Ragan, 1993)

Kurikulum: Definisi KhususKurikulum sebagai pelan tindakan atau rancangan: Kurikulum adalah segala rancangan pendidikan yang dikendalikan sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1980) Kurikulum ialah pelan atau rancangan untuk sesuatu tindakan; atau dokumen bertulis yang mengandungi strategi bagi mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein & Hunkins, 1993, 1998)

PRINSIP ASAS Model Tyler4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu:1. Objektif pendidikan 2. Kandungan Kurikulum 3. Kaedah Pengajaran 4. Penilaian

OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER menentukan:1. Matlamat pendidikan yang hendak dicapai. 2. Pembinaan kurikulum / pemilihan pengalaman pembelajaran. 3. Organisasi / susunan kurikulum / perancangan isi pelajaran / pembinaan prosedur pengajaran. 4. Pengujian dan penilaian.

Sumber Objektif Pendidikan1. Didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi : Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual dsb. Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar.

Menentukan apakah minat pelajar.

Sumber Objektif Pendidikan2. Didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa: menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa. Memastikan pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan.

Sumber Objektif Pendidikan3. Didapati daripada cadangan pakar subjek : Melalui penulisan dan cadangan pakar. Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.

Tapisan Objektif Pendidikan1. Menggunakan falsafah dalam memilih objektif: Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih objektif pendidikan. Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada menerima atau menolak sesuatu objektif.

Tapisan Objektif Pendidikan2. Menggunakan psikologi dalam memilih objektif : Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi tahap pencapaian dan umur pelajar. Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan oleh pelajar.

MEMILIH PENGALAMAN PEMBELAJARAN Istilah Pengalaman Pembelajaran bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya.

Pembelajaran berlaku melalui perubahan dalam tingkah laku pelajar yang memerlukan penglibatan pelajar yang aktif. Pelajar belajar melalui apa yang dilakukannya bukan apa yang dilakukan oleh guru.

Pengalaman Pembelajaran Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa : Darjah tumpuan perhatian pelajar terhadap pelajaran tidak sama. Persepsi pelajar berbeza-beza makna yang diperolehi melalui sesuatu pengalaman itu tidak sama antara pelajar. Motivasi pelajar untuk mendapatkan pengalaman tidak sama. Keadaan fizikal (pendengaran, penglihatan, kesihatan dll.) pelajar tidak sama.

Prinsip Umum Pengalaman Pembelajaran1. Untuk mencapai objektif, pelajar perlu diberi peluang mengamalkan tingkah laku yang dinyatakan di dalam objektif tersebut. Pengalaman pembelajaran hendaklah sesuatu yang mempunyai daya penarik dan memberi kepuasan kepada pelajar.

2.

Prinsip Umum Pengalaman Pembelajaran3. Objektif yang hendak dicapai tidak terlalu jauh daripada pengalaman sedia ada pelajar.

4. Objektif hendaklah mempunyai kriteria yang membolehkan pengajaran berkesan berlaku.5. Objektif pembelajaran hendaklah menghasilkan pembelajaran sampingan yang berfaedah.

Pengalaman pembelajaran sampingan ialah:1. 2. 3. 4. Memupuk kemahiran berfikir Menggalakkan pelajar mencari maklumat Memupuk sikap sosial yang positif Memupuk minat

ORGANISASI PENGAJARAN BERKESAN Organisasi pengalaman pembelajaran melibatkan perhubungan antara satu pengalaman pembelajaran dengan pengalaman pembelajaran yang lain. Untuk menentukan keberkesanan pembelajaran pengalaman pembelajaran perlu dirancang supaya saling memperkukuh antara satu lain. Organisasi pengalaman pembelajaran mempengaruhi kecekapan pengajaran serta mempengaruhi kadar pembelajaran yang dialami pelajar.

Hubungan antara pengalaman pembelajaran :1. Hubungan menegak contoh: hubungan antara mata pelajaran yang sama bagi tingkatan 2 dan tingkatan 3. Matematik tingkatan 2; Matematik tingkatan 3. Hubungan mendaftar contoh: hubungan antara mata pelajaran sains dan mata pelajaran matematik dalam tahun 5.

2.

Kriteria organisasi yang berkesan1. Kesinambungan: Hubungan menegak yang diulangi dan diteruskan. Urutan: Membina pengalaman baru berasaskan pengalaman yang sedia ada secara berperingkat-peringkat. Integrasi: Kemahiran yang digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain dalam tahun yang sama. Contohnya kemahiran mengira wang (matematik) diintergrasikan dengan kemahiran sains sosial contohnya berkedai.

2.

3.

PENILAIAN Penilaian ialah proses untuk mengetahui sejauh mana pengalaman pembelajaran yang telah dibentuk dan disusun mencapai objektif yang ditetapkan. Proses penilaian dapat menyemak keberkesanan sesuatu alat, guru atau keadaan bagi kegunaan dalam pengajaran yang seterusnya. Melalui penilaian kelemahan dan kekuatan sesuatu kurikulum dapat dikenalpasti.

Dua konsep penilaian :1. Penilaian mengkaji perubahan dalam tingkah laku pelajar.

2.

Untuk melihat sama ada perubahan telah berlaku, penilaian hendaklah dibuat lebih daripada sekali. Tanpa mengetahui keadaan pelajar pada permulaan pengajaran, guru tidak dapat mengukur setakat mana perubahan pelajar telah berlaku.

Prosedur penilaianProses penilaian bermula dengan objektif program pendidikan. Untuk melihat setakat mana objektif tercapai, perlulah ada prosedur penilaian. 1.2.

Apa yang dinyatakan di dalam objektif hendaklah dinilai.Kenal pasti keadaan di mana pelajar dapat menunjukkan tingkah laku yang dinyatakan di dalam objektif.

Prosedur Penilaian3. Memilih / mencipta alat pengukur yang sesuai. 4. Memastikan adanya keobjektifan, kepercayaan dan kesahan.

Kegunaan Penilaian1. Mempengaruhi pembelajaran pelajar. 2. Memberi maklumat mengenai tahap pembelajaran pelajar, tahap prestasi sekolah, tahap keupayaan guru dll. 3. Kesesuaian kurikulum.

Rumusan4 persoalan yang menjadi prinsip asas model kurikulum Tyler iaitu:1. 2. 3. 4. Apakah objektif pendidikan yang hendak dicapai? Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan untuk mencapai objektif tersebut? Bagaimana pengalaman pembelajaran dapat disususn dengan berkesan? Bagaimana dapat diketahui sama ada objektif yang ditetapkan itu tercapai?

Rumusan1. 2. Pengertian kurikulum Sumber objektif -- pelajar -- pakar bidang -- keadaan semasa -- ditapisi oleh falsafah -- ditapisi oleh psikologi Prinsip umum pengalaman pembelajaran -- Peluang mengamalkannya. -- Menarik. -- Tidak jauh daripada pengalaman sedia ada. -- Banyak pilihan pengalaman pembelajaran untuk digunakan. -- Pengalaman sama hasil berbeza

3.

Rumusan4. Organisasi pengalaman pembelajaran -- Hubungan menegak -- Hubungan mendatar -- Kesinambungan -- Urutan -- Integrasi 5. Penilaian -- Mengkaji perubahan tingkah laku -- Mengkaji tingkah laku sebelum dan selepas pengajaran.

Soalan 1Mengikut Tyler, objektif pendidikan boleh diperolehi daripada sumer-sumber berikut, melainkan: pelajar penduduk tempatan pakar bidang keadaan semasa

Soalan 2Definisi kurikulum sangat luas dan umum. Tyler mendefinisikan kurikulum sebagai pengalaman pembelajaran mata pelajaran yang diajar di sekolah. kesemua jenis aktiviti yang dirancang sekolah. pelan tindakan atau rancangan bertulis yang mengandungi strategi bagi mencapai matlamat tertentu.

Soalan 3Selain isi kandungan pelajaran, Tyler mencadangkan pembelajaran sampingan dimasukkan ke dalam kurikulum. Berikut ialah pembelajaran sampingan yang dicadangkan itu, melainkan

A. B. C. D.

Menyelesaikan masalah. Pencarian maklumat Kemahiran berfikir Pemupukan minat

Rujukan:Tyler, W.R. (1949). Basic principles of curiculum and instruction. Chicago; University of Chicago Press.

Tyler, W.R. (1990). Prinsip asas kurikulum dan pengajaran. Terjemahan Haji Kamaruddin Hussin & Hazil Abdul Hamid. DBP: Kuala Lumpur.

Catatan