28
PPGPJJ S MODUL YANG BERASASKAN KEMAHIR BAHASA MELAYU DAN NAMA SURAYA BTE BUK PUSAT PEMBELAJARAN NAMA TUTOR E-LEARNIN TARIKH SERAH 1 SEMESTER 1 SESI 2013/20 TAJUK ESEI ILMIAH G MENGANDUNGI BEBERAPA SET AKT RAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATA N BAGAIMANA PENILAIAN BERASASK DIJALANKAN. DISEDIAKAN OLEH NO. MATR KHARI D20112052 : UPSI09 (A132PJJ) NG : ENCIK AZLI BIN ARIFFIN : 27.4.2014 014 TIVITI AN PELAJARAN KAN SEKOLAH RIKS 2571 PEMARKAHAN

Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

  • Upload
    su

  • View
    345

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengajian Melayu

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

MODUL YANG MENGANDUNGI BEBERAPA SET AKTIVITI

BERASASKAN KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU DAN BAGAIMANA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA

SURAYA BTE BUKHARI

PUSAT PEMBELAJARAN

NAMA TUTOR E-LEARNING

TARIKH SERAH

1

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

TAJUK ESEI ILMIAH

MODUL YANG MENGANDUNGI BEBERAPA SET AKTIVITI

BERASASKAN KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN PELAJARAN

DAN BAGAIMANA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

DIJALANKAN.

DISEDIAKAN OLEH

NO. MATRIKS

SURAYA BTE BUKHARI D20112052571

: UPSI09 (A132PJJ)

LEARNING : ENCIK AZLI BIN ARIFFIN

: 27.4.2014

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

MODUL YANG MENGANDUNGI BEBERAPA SET AKTIVITI

BERASASKAN KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN PELAJARAN

DAN BAGAIMANA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

NO. MATRIKS

D20112052571

PEMARKAHAN

Page 2: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Modul Pengajaran Bacaan. 4

2.1 Objektif 4

2.2 Tajuk dan tema 4

2.3 Kumpulan 4

2.4 Nombor rujukan dalam dokumen standard 5

2.5 Bahan bacaan 6

3.0 Aktiviti 1

3.1 Aras Tinggi 7

3.2 Aras Sederhana 8

3.3 Aras Rendah 9

4.0 Aktiviti 2

4.1 Aras Tinggi 10-11

4.2 Aras Sederhana 11-12

4.3 Aras Rendah 13

5.0 Aktiviti 3

5.1 Aras Tinggi 14

5.2 Aras Sederhana 15

5.3 Aras Rendah 16

6.0 Bagaimana Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan. 17-18

6.1 Tahap pencapaian 1 19

6.2 Tahap pencapaian 2 19

6.3 Tahap pencapaian 3 19

6.4 Tahap pencapaian 4 19-20

6.5 Tahap pencapaian 5 20

6.6 Tahap pencapaian 6 20

7.0 Kesimpulan/penutup 21

8.0 Rujukan 22

9.0 Bahan sokongan 23-27

Page 3: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

3

1.0 Pendahuluan.

Membaca merupakan percantuman beberapa proses iaitu

mengamati,mengingat,mendengar,dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas,

menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi tertentu,mengabungkan bunyi-bunyi

untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca kepada sistem

kognitif untuk difahami dan diterjemah(Smith,1978) dalam modul UPSI.Menurut( Charles

C.Frie ,1963) dalam Khairuddin Mohamad, membaca adalah satu aktiviti pentafsiran dan

menterjemah lambang-lambang bercorak kepada bunyi-bunyi yang

dimaksudkan.(Cohen,1990) dalam Siti Hajar Abdul Aziz, menyatakan membaca memerlukan

kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang

bercetak. Atan Long (1978) mentakfirkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan

kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula

kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan

itu.Rumusannya , membaca merupakan satu proses yang kompleks dan merupakan gabungan

beberapa proses seperti proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses

mental.

Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan

aplikasi bahasa.Pada Tahap 1,murid-murid perlu menguasai asas kemahiran

mendengar,bertutur, membaca dan menulis. Ini bermakna konsep kembali kepada asas (back

to basic)diberi penekanan yang khusus. Penekanan juga diberikan kepada pembelajaran yang

menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hibur. Pada Tahap 2 pula, penekanan

diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa.Melalui penguasaan kemahiran

bahasa ini, murid dapatberkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan,

manakala melalui kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping

memupuk minat membaca. Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid

menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan

pembelajaran yang mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian dan

permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu murid menguasai

dan menghayati pembelajaran.Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada

kemahiran membaca di samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran

membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda,dan kelancaran

yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahamandan penaakulan pelbagai bahan

Page 4: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

4

secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul

kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

2.0 Modul Kemahiran membaca.

Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran membaca di samping

penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk keupayaan

murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda,dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu

diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan

menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran membaca

murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

2.1 Objektif

Objektif pembinaan modul pengajaran bacaan ini ialah :

1. Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca,

guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai mengikut tahap murid.

2. Menyedari bahawa pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai

aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan.

3. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara .

2.1 Tema dan tajuk

Tema yang dipilih ialah Tema 2 iaitu Amalan Kesihatan dan Kebersihan. Tajuk yang dipilih

ialah Unit 5 iaitu Bersih dan Sihat. Terdapat 3 tajuk yang terdapat dalam tema ini iaitu:

Unit 4 Amalan Hidup Sihat

Unit 5 Bersih dan Sihat

Unit 6 Pendidikan Kesihatan.

2.3 Kumpulan

Aktiviti akan dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut tahap pencapaian pelajar iaitu Aras

Tinggi, Aras Sederhana dan Aras Rendah.

2.4 Nombor rujukan dalam Dokumen Standard.

Page 5: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

5

Nombor rujukan dalam Dokumen Standard yang dipilih bagi setiap aktiviti membaca untuk

modul ini ialah :

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa

dan ayat daripada pelbagai sumber dengan

sebutan yang betul.

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan

dengan lancar, sebutan yang jelas dan

intonasi yang betul.

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang

tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan

untuk memberi respons dengan betul.

2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang

mengandungi perkataan berimbuhan apitan

daripada pelbagai sumber dengan sebutan

yang betul.

2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang

mengandungi pelbagai jenis ayat secara

mekanis dengan lancar , sebutan yang jelas

dan intonasi yang betul.

2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang

mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk

berbilang subjek secara mekanis dengan

lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang

betul.

2.4.1 Membaca dan memahami maklumat

untuk mengenal pasti idea utama dan idea

sampingan dalam pelbagai bahan bagi

membuat ramalan dengan tepat.

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat

daripada bahan untuk menjana idea dengan

betul

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat

yang tersurat dan tersirat dengan tepat

daripada pelbagai bahan untuk membuat

penilaian dengan betul.

Page 6: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

6

2.5 Bahan bacaan.

Bahan diambil dari Buku Teks Tahun 4 . Muka surat 34.

Nadia dan kawan-kawannya belajar tentang cara-cara memberus gigi dengan

betul. Mereka dibimbing oleh beberapa orang jururawat. Mereka diberikan

risalah tentang kaedah memberus gigi dan menonton tayangan video tentang

penjagaan gigi.

Kaedah memberus gigi

1. Letakkan berus gigi pada sepanjang garisan gusi. Berus hendaklah mengenai

gigi dan gusi tersebut.

2. Gerakkan berus dengan tangan kamu sambil memberus bahagian luar gigi

secara perlahan.

3.Beruslah bahagian dalam gigi menggunakan cara yang sama seperti langkah

pertama.

4.Condongkan berus gigi ke bahagian hadapan gigi dan beruslah bahagian

dalam gigi.

Penjagaan Gigi

Penjagaan gigi yang sempurna amat mustahak bagi menghindari kerosakan

gigi. Kanak-kanak mudah mengalami masalah kerosakan gigi. Penjagaan gigi

yang baik perlu dilakukan untuk mengelakkan risiko kehilangan gigi.

Untuk penjagaan gigi yang baik, kamu boleh melakukan beberapa

perkara seperti yang berikut:

• Memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur.

• Menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai.

• Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

• Melakukan pemeriksaan gigi secara berkala

Page 7: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

7

3.0 Aktiviti 1

3.1 Aras Tinggi

Standard kandungan : 2.4

Standard pembelajaran : 2.4.2

Baca petikan di atas dan lengkapkan jadual di bawah.

Kaedah memberus gigi

1.

Letakkan_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.

Gerakkan______________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.

Beruslah________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.Condongkan____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 8: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

8

3.2 Aras Sederhana.

Standard Kandungan : 2.4

Standard pembelajaran : 2.4.1

Baca petikan di atas dan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Letakkan berus gigi pada sepanjang garisan gusi. Berus hendaklah

_________________________________________ tersebut.

2.Gerakkan berus _____________________________________

sambil memberus bahagian luar gigi secara perlahan.

3. Beruslah ___________________________ gigi menggunakan cara yang sama

seperti pada langkah pertama.

4. Condongkan berus gigi ke bahagian hadapan gigi dan beruslah

________________________________________________________________.

bahagian dalam

gigi

menggunakan

cara yang sama

dengan tangan

kamu

mengenai gigi

dan gusi

Page 9: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

9

3.3 Aras rendah.

Standard kandungan : 2.4

Standard pembelajaran : 2.4.1

Baca ayat dan nomborkan mengikut susunan yang betul seperti dalam teks.

Letakkan berus gigi pada sepanjang garisan gusi.

Berus hendaklah mengenai gigi dan gusi

tersebut.

Condongkan berus gigi ke bahagian hadapan

gigi dan beruslah bahagian dalam gigi.

Gerakkan berus dengan tangan kamu sambil

memberus bahagian luar gigi secara perlahan.

Beruslah bahagian dalam gigi menggunakan

cara yang sama seperti langkah pertama.

Page 10: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

10

4.0 Aktiviti 2

4.1 Aras Tinggi

Standard kandungan : 2.4

Standard pembelajaran : 2.4.2

Cari perkataan tersembunyi dalam kotak di bawah berdasarkan pernyataan yang diberi.

M A B C D E M V R D G K H W H Y R J G

E B D H A S I B E E H J G E J J U U P

M N B J K D N J D F D G H R K U Y R O

B M L B E R U S G I G I D S G K T U I

E W K K K N M K H H H D F D T A R R U

R E J M E G A L Y G U A S F Y N E A Y

U T H E Q D N I R O I S S J R A D W T

S Y F N T U H O A I S Q F U A K F A R

D U A G U Y Y U Y U E E V Y E - G T D

F I Q U H T T B T Y M W L T F K G D M

G K W R G R E A U T P E G E G A B H E

H O E A F L Y T I D U R R E P N G U N

J S R N D K F G B A R T T R A R Y G

K U Y G S J B I D R N G Y H U K S T E

L S H K A H D G H F A K J H F S F F N

A U J A A G N I J N D H R H J K L D A

A N G N B B C C X D G H J K L U Y R I

( Kotak huruf yang berwarna merah ialah jawapan kepada setiap soalan.Jika aktiviti ini

dijalankan, maka tulisan berwarna merah akan dihitamkan ).

Page 11: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

11

1. Penjagaan gigi yang ___________ amat mustahak bagi

menghindari kerosakan gigi.

2. Kita perlu memberus gigi ______________ makan dan sesudah

makan.

3.Kita perlu __________________ pengambilan gula.

4. Imbuhan apitan yang bermaksud terkena pada sesuatu.

5. Seseorang yang bertugas di dalam wad dan merawat pesakit.

6. Perbuatan membersihkan gigi.

7. Alat untuk memberus gigi.

8. ____________ mudah mengalami kerosakan gigi

9. Bahan yang digunakan untuk memberus gigi.

10. Imbuhan apitan yang terdapat dalam petikan “Kaedah Memberus

Gigi”.

11. __________ sejenis makanan yang boleh merosakkan gigi.

12. __________ sejenis minuman yang baik untuk tulang dan gigi.

4.2 Aras sederhana.

Standard kandungan : 2.4

Standard pembelajaran : 2.4.3

Lengkapkan teka silangkata di bawah.

Page 12: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

12

Menegak.

1. Mereka juga menonton tayangan ________________.

3. __________ sejenis manisan yang tidak baik untuk gigi.

4. Nadia dan kawan-kawanya belajar tentang cara____________ gigi dengan betul.

8. Minum __________ baik untuk gigi

Melintang.

2. Kita memberus gigi menggunakan berus dan ____________________.

5. Perkataan seerti bagi cara.

6. Mereka dibimbing oleh beberapa orang ____________________.

7. Sebelum dan ___________ makan mestilah memberus gigi.

4.

3

5.

2.

6.

1.

8.

7.

Page 13: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

13

4.3 Aras Rendah

Standard kandungan : 2.4

Standard pembelajaran : 2.4.1

Cari perkataan yang tersembunyi.

1. Mengenai

3. Gigi 5. Kaedah 7. Doktor

2. Condong

4. Minuman

6. Jururawat

8. Memberus

Q G H J U I K O F R Y G B N

E J E R U B I L A N M N V G

W U F V C O N D O N G R Y U

G R G B H J K L R T U Y F K

H U G T U I O L M K J H G A

F R R H H G S S E S D F G E

R A U G T Y U I N O L P G D

T W H D F G T U G I G I J A

Y A G M T U D U E U E J K H

B T F M U I O I N I F K U G

D R F I I N K Y A K G U I D

U F J N O R T T I L T O T U

I D F U K T O O I U L O R U

M M E M B E R U S O R H E Y

K R T A U J I O A D R T C B

L A D N K U D G H K B C S N

M Y A W R F G H J T Y U F E

N H S R F A E R T Y U I H R

B F G O W W R R D F G H R G

H R U D E A H N M D E Y E E

Page 14: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

14

5.0 Aktiviti 3

5.1 Aras Tinggi

Standard kandungan : 2.4

Standard pembelajaran : 2.4.1

Namakan makanan di bawah yang baik untuk gigi.

___________________________ __________________________

______________________________ ______________________________

____________________________ _______________________________

Page 15: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

15

5.2 Aras sederhana.

Namakan gambar makanan berdasarkan jawapan yang diberi.

________________

________________

__________________

__________________

__________________

__________________

Betik

Belimbing

Susu

Ayam

Nanas

Sayur-sayuran

Page 16: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

16

5.3 Aras Rendah

Padankan gambar dengan perkataan.

susu

belimbing

betik

nanas

Sayur-

sayuran

ayam

Page 17: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

17

6.0 Bagaimana Pentaksiran Berasaskan Sekolah dijalankan.

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang

diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada

sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan(berorientasi peperiksaan)

kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator

untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan

pencapaian. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi

maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Hasil

pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Umum telahpun mengetahui bahawa PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal

insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal

intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi

seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti

Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.PBS mula dilaksanakan di

Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada

tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR

yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam

bentuk PBS.

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif

(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).PBS

dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi

pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif

(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif

(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:

v Pentaksiran Sekolah

v Pentaksiran Pusat

v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

v Pentaksiran Psikometrik

Page 18: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

18

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru

sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran

kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.Pentaksiran

Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru

berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan

dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

PBS yang dijalankan bagi tahun 4, bukan lagi berdasarkan band tetapi telahpun diperbaharui

kepada Tahap Penguasaan. Tahap penguasaan ini terbahagi kepada 6 dan setiap satunya

menerangkan bagaimana guru hendak menilai murid dan meletakkan tahap penguasaan murid

di tahap tertentu. Penilaian bagi murid Tahun 4 akan dilakukan secara terus sama ada melalui

latihan yang diberi ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru

akan meletakkan tahap pencapaian murid pada borang transit yang telah dicetak melalui CD

yang dibekalkan semasa kursus pertama dijalankan. Guru akan mengajar mengikut standard

kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Bagi kemahiran membaca

terdapat tiga kelompok bagi standard kandungan dan standard pembelajaran yang boleh

dipilih oleh guru mengikut kesesuaian bahan . Iaitu

Kelompok Satu

Standard kandungan :2.2, 2.3

Standard Pembelajaran :2.2.3, 2.3.1 ,.2.3.2

Kelompok Dua

Standard Kandungan : 2.4

Standard Pembelajaran : 2.4.1, 2.4.2, 2.4.3

Kelompok Tiga

Standard kandungan : 2.5, 2.6

Standard Pembelajaran : 2.5.1, 2.5.2, 2.5.3, 2.6.1, 2.6.2

Contohnya, guru menjalankan aktiviti 1, iaitu yang mengandungi standard kandungan 2.4 dan

standard pembelajaran 2.4.2, semasa aktiviti dijalankan, guru boleh terus menilai murid

terutama murid yang dapat menyiapkan aktiviti itu dengan betul kerana murid tersebut telah

dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar iaitu membaca dan memahami maklumat

yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan

Page 19: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

19

betul.Berikut akan diterangkan apakah kriteria yang ditetapkan untuk guru menetapkan tahap

pencapaian murid .

6.1 Tahap Penguasaan 1(TP1)

Bagi kelompok satu, murid diberi Tahap penguasaan 1 apabila murid hanya dapat membaca

dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat

secara mekanis dengan betul pada tahap yang sangat terhad. Bagi kelompok dua pula, tahap

penguasaan 1 diberi pada murid yang dapat membaca dan memahami maklumat untuk

membuat ramalan , menjanakan idea dan membuat penilaian pada tahap yang sangat terhad.

Manakala bagi kelompok tiga pula, tahap penguasaan 1diberi pada murid yang boleh

membaca, menaakul,memindahkan maklumat dan mengenal pasti nilai murni pada tahap yang

sangat terhad. Ini bermaksud, murid hanya mengetahui apa yang terdapat dalam petikan

sahaja. Untuk semua kelompok, jika murid dapat membaca petikan dengan betul akan dapat

melepasi tahap penguasaan 1.Jika murid masih gagal melepasi tahap penguasaan 1, maka

guru akan mengajar murid ini membaca semula petikan secara ayat demi ayat sehinggalah

pelajar tersebut dapat membaca petikan tersebut dengan betul walaupun tidak boleh

memahami isi petikan secara keseluruhannya.

6.2 Tahap Penguasaan 2(TP2)

Bagi kelompok satu, tahap penguasaan 2 diberi pada murid yang membaca dan memahami

ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dari pelbagai jenis ayat secara mekanis

dengan betul pada tahap terhad. Di kelompok dua, murid yang dapat membaca dan

memahami maklumat untuk membuat ramalan, menjanakan idea dan membuat penilaian yang

terhad akan diberikan tahap penguasaan 2. Manakala bagi kelompok tiga pula, tahap

penguasaan 2 diberi pada murid yang dapat membaca, menaakul, memindahkan maklumat

dan mengenalpasti nilai murni pada tahap yang terhad. Sebagai contoh, untuk semua

kelompok, murid yang boleh menjawap soalan pemahaman dengan betul berdasarkan petikan

akan dapat melepasi Tahap penguasaan 2 ini. Sekiranya murid gagal menjawab soalan

pemahaman dengan betul, maka guru akan membimbing murid dengan memberikan beberapa

petunjuk supaya murid dapat mencari jawapan dengan betul.

6.3 Tahap Penguasaan 3.(TP3)

Tahap Penguasaan 3 bagi kelompok satu bermakna murid boleh membaca dan memahami

ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat secara mekanis

dengan betul. Bagi kelompok dua pula, tahap penguasaan 3 diberi kepada murid yang dapat

Page 20: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

20

membaca dan memahami maklumat untuk membuat ramalan, menjanakan idea dan membuat

penilaian pada tahap sesuai.Bagi kelompok tiga, tahap penguasaan 3 diberi pada murid yang

boleh membaca, menaakul, memindahkan maklumat dan mengenal pasti nilai murni pada

tahap yang sesuai. Ini bermakna, jika murid dapat mengenal pasti imbuhan apitan dalam

petikan , ayat tunggal dan ayat majmuk dalam petikan maka akan dapat melepasi Tahap

Penguasaan 3 ini. Murid juga mestilah dapat mengenalpasti nilai murni yang terdapat dalam

petikan dan contoh ayat dalam petikan yang menunjukkan nilai murni tersebut.Bagi ayat

tunggal dan ayat majmuk, guru hendaklah memastikan telah mengajar murid-murid

bagaimana untuk mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk pada pelajaran-pelajaran

sebelum ini. Jika guru belum lagi mengajarnya, maka guru hendaklah mengajarnya terlebih

dahulu sebelum membuat ujian bagi tahap penguasaan ini kerana ia kurang adil pada murid.

6.4 Tahap Penguasaan 4.(TP4)

Bagi kelompok satu, Tahap Penguasaan 4 akan diberi kepada murid yang dapat membaca dan

memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat

secara mekanis dengan betul pada tahap kukuh.Ini bermakna, murid dapat membaca dan terus

mengenal pasti tanpa bantuan daripada guru. Kelompok dua pula, murid yang dapat membaca

dan memahami maklumat untuk membuat ramalan , menjanakan idea dan membuat penilaian

pada tahap kukuh akan diberi tahap penguasaan 4 ini.Ini bermakna murid dapat memberi

contoh perkataan lain yang mengandungi imbuhan apitan selain yang terdapat dalam buku

teks dan menerangkan dengan jelas sebabnya. . Kelompok tiga pula, diberi pada murid yang

dapat membaca, menaakul, memindahkan maklumat dan mengenal pasti nilai murni pada

tahap kukuh. Contohnya, bagi aktiviti 1 untuk aras tinggi, murid dapat menjawab semua

soalan dengan betul dan dapat menjawab beberapa lagi soalan guru yang tidak terdapat dalam

teks tetapi masih dibawah tema yang sama. Contohnya,

1. Dimanakah kamu mendapatkan rawatan gigi?

2. Berapa jumlah batang gigi yang ada pada kanak-kanak?

3. Apakah jenis makanan yang baik dan tidak baik untuk gigi?

4. Apakah kesan jika kita tiada gigi?

6.5 Tahap Penguasaan 5.

Tahap penguasaan 5 bagi kelompok 1, diberi pada murid yang boleh membaca dan

memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat

secara mekanis dengan betul pada tahap terperinci.Bagi kelompok 2 pula, murid tersebut

Page 21: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

21

mestilah yang dapat membaca dan memahami maklumat untuk membuat ramalan,

menjanakan idea dan membuat penilaian pada tahap terperinci maka akan diberi tahap

penguasaan 5. Bagi standard kurikulum kelompok 3 pula, tahap pencapaian 5 akan diberi

pada murid yang boleh membaca, menaakul, memindahkan maklumat dan mengenal pasti

nilai murni pada tahap terperinci.Bagi tahap ini, murid yang diuji oleh guru bukan sahaja

dapat membaca dengan lancar, menjawab soalan pemahaman dengan betul, menyenaraikan

nilai murni, mencari perkataan berimbuhan apitan, malah boleh juga memindahkan semula

maklumat yang difahami daripada petikan ke dalam bentuk peta minda ataupun jadual.

Namun begitu tahap penguasaan 5 ini, sukar untuk diberi. Ini kerana pemikiran pelajar

haruslah bercapah dan tidak berda pada satu garisan lurus sahaja.Guru tidak boleh membantu

murid untuk melepasi tahap ini, kerana biarlah ia diperolehi dari usaha dan pencapaian murid

itu sepenuhnya dan bukan atas bantuan orang lain.Guru juga boleh memberi penilaian dalam

bentuk penghasilan folio murid. Contoh, murid menyediakan satu folio yang mengandungi

jenis-jenis makanan yang baik untuk kesihatan, cara-cara menjaga kebersihan diri, ataupun

amalan kesihatan di rumah.

6.6 Tahap Penguasaan 6.

Jika murid boleh membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan

apitan dan pelbagai jenis ayat mekanis dengan betul pada tahap terpeinci, konsisten dan

menjadi model teladan bagi kelompok 1, maka tahap penguasaan 6 boleh diberikan

kepadanya. Ini bermaksud murid sendiri boleh mengenalpasti perkataan berimbuhan apitan

dan menerangkan bagaimana proses tatabahasanya maka murid itu boleh diberikan 6 bagi

tahap penguasaannya. Bagi kelompok 2 pula, murid mestilah boleh membaca dan memahami

maklumat untuk membuat ramalan, menjanakan idea dan membuat penilaian pada tahap

sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan. Bagi kelompok 3 pula, murid tersebut

mestilah boleh membaca, menaakul, memindahkan maklumat dan mengenal pasti nilai murni

pada tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan.Tahap pencapaian 6

memang sukar untuk diberikan kerana murid itu mempunyai pengetahuan yang luas dan boleh

menerangkan kepada pelajar lain dengan baik dan beserta contoh yang tepat. Guru perlu

berhati-hati ketika membuat penilaian di tahap ini kerana pemantauan akan dilakukan oleh

pihak PPD untuk memastikan murid yang benar-benar layak melepasi tahap sahaja yang

diberi penguasaan 6 ini.

Page 22: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

22

7.0 Penutup.

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid

bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang

harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi

PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR

bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai

pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang

dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan

sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan

kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang

lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data

kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi

membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,

mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai

potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan

keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu

pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran.

Page 23: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

23

8.0 Rujukan.

1. Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1985).Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.

Petaling Jaya: Fajar Bakti.

2. Modul UPSI (2014).Prinsip Pengajaran Bacaan.Perak:UPSI

3. Khairuddin Mohamad (2011).Literasi Bahasa Melayu.Shah Alam:Oxford Fajar.

4. Siti Hajar Abdul Aziz (2009).Bahasa Melayu II.Shah Alam :Oxford Fajar.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992).Teknik Pengajaran dan Pembelajaran(Siri Panduan

Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah).Kuala Lumpur:DBP

6. Tuan Jah tuan Yusof dan Faridah Nazir (2013).Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

7. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014).Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

(Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 4).Kuala Lumpur:KPM

8. Siti sarah Abduk Malek (2013).Lembaran Berteraskan Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran Bahasa Malaysia.Petaling Jaya: Sasbadi.

9. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ).

ISSN : 2180-4842. Vol.2, Bil.2 (Nov.2012): 94- 105.

10. Mahzan Arshad . (2004) Kajian Terhadap Minat Membaca di Kalangan Pendidik

.JurnalPendidikan .Universiti Malaya, 49.

11. Siti Hajar, Siti Sarah dan Rahmat Ibrahim.(2013).Bahasa Malaysia Tahun 4 Sekolah

Kebangsaan.Kuala Lumpur:DBP

Page 24: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

24

9.0 Bahan Sokongan.

1. Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 4.

Page 25: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

25

2. Standard Kurikulum Penilaian PBS

Page 26: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

26

Page 27: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

27

3. Buku Panduan Guru Tahun 4

Page 28: Kertas Kerja Prinsip Pengajaran Bacaan

28

4. Surat Pekeliling Pelaksanaan PBS.