Pencemaran-Tanah2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    1/15

    PENGENALAN

    Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup

    penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara

    tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar 

    yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-

    kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru

    semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan

    negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan

    kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas

    alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan

    dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

    Menurut Akta Kualiti Alam ekitar !"#$ yang menyatakan baha%a

    pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak

    langsung kepada sifat-sifat fi&ik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana

    bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan

    buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan

    sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan a%am

    atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan hai%an. 'encemaran dapat

    dikategorikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam iaitu pencemaran udara,

    pencemaran air, pencemaran bunyi dan pencemaran tanah.

     

    !

    'encemaran udara 'encemaran air  

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    2/15

     

    DEFINISI DAN PERMASALAHAN PENCEMARAN TANAH

    'encemaran yang difokuskan dalam rencana ini ialah pencemaran tanah.

    'encemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu ka%asan

    sehingga terjadinya pertukaran %arna, kesuburan dan hakisan. 'encemaran inidisebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. (ahan

    pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fi&ik.

    Penggalian menunjukkan pencemaran tanah i !e"uah l#ji ga! lama

    'enggodolan tanah merupakan antara punca berlakunya pencemaran tanah.

    Kes ini berlaku dalam sejarah di )egara kita Malaysia, iaitu di *ameron +ighlands.

    atu ketika dahulu, *ameron +ighlands sangat terkenal dengan suasana sejuk di

    kalangan pelancong, sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. *ameron

    +ighlands juga adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan sayur-sayuran

    dan buah-buahan segar. Menurut kajian yang di buat oleh abatan eologi *ameron

    +ighlands, pada tahun !"", didapati hampir ##./0 ka%asan itu masih dipenuhi oleh

    1

    'encemaran bunyi 'encemaran tanah

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    3/15

    hutan, tetapi menjelang tahun 1221, hutan di ka%asan itu hanya tinggal /$.10 hutan

    saja. 3ni menunjukkan baha%a *ameron +ighlands mula menghadapi masalah.

    Pengg##lan tanah i Camer#n Highlan!

    'erkara sebegini terjadi di sebabkan oleh kerakusan pihak pengusaha hotel

    dan petani yang ingin melipat gandakan pulangan mereka tanpa mengambil kira

    kesan kepada ekosistem yang terdapat di situ. Kejadian menggondolkan tanah untuk

    tujuan pertanian akan mengakibatkan tanah runtuh dan juga banjir lumpur. ekiranya

    perkara sebegini berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada penduduk

    tempatan malah mungkin mengakibatkan kerugian kepada pengusaha hotel kerana

    pelancong mungkin tidak akan datang kerana khuatir akan tahap keselamatan di

    situ.

    Malahan sesetengah ka%asan perindustrian dilakukan di ka%asan hutan. adi

    penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. 4anah yang

    diteroka ini selalunya lebih besar daripada ka%asan yang ingin digunakan sebagai

    ka%asan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya, ka%asan yang berlebihan ini

    akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem. (agi industri air 

    mineral, air ba%ah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya

    ronga1 kosong diba%ah tanah.

    elain itu gas yang dikeluarkan oleh perindustrian terutamanya karbon

    dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran

    tanah seperti ketidaksuburan tanah akibat peningkatan kekonduksian tanah dimana

    tanah ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. 'encemaran tanah juga akan

    merosakkan susunan kimia tanah dan mengganggu kehidupan organisma yang

    hidup di dalamnya. Di dalam tanah terdapat pelbagai unsur mineral yang diperlukan

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    4/15

    oleh mikroorganisma yang hidup di lapisan tanah. Antara unsur mineral tersebut

    ialah K, ), ', *a, Mg, , *l, 5e, *u, Mn, 6n dan sebagainya.

    Pengeluaran ga! $ar"#n Di#k!ia% Nitr#gen Di#k!ia an Sul&ur #leh kilang

    P'NCA(P'NCA PENCEMARAN TANAH

    'ada &aman dulu pula antara punca pencemaran tanah oleh industri adalah

    disebabkan kegiatan melombong menggunakan kapal korek. Kapal korek ini

    biasanya dilakukan di ka%asan yang lapang. elepas bijih timah habis di lombong,

    ka%asan tersebut akan ditinggalkan dan menjadi ka%asan mati dan sebarang aktivitii

    biologi tidak dapat dilakukan kerana ka%asan tersebut telah tercemar.

    Rajah )* L#ka!i tapak pelupu!an $ru"#ng% Melaka

    'engurusan ke atas pencemaran tanah merupakan sesuatu yang amat

    kompleks kerana tidak terdapat perundangan khusus yang berkaitan dengan

    $

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    5/15

    pencemaran tanah di Malaysia. 5enomena ini berlaku disebabkan sikap penduduk

    sendiri yang tidak kisah dengan permasalahan yang berlaku. Manusia lebih banyak

    memiliki nilai negatif berbanding positif. elain itu, manusia juga kurang memupuk

    nilai bertanggungja%ab dalam diri untuk mengurus sisa dan sampah sarap di

    ka%asan mereka dan akhirnya memba%a kepada pencemaran tanah secara

    berleluasa. 4ambahan pula, tiada nilai kesedaran dalam diri masyarakat tentang

    amalan kitar semula. 'adahal, amalan kitar semula merupakan cara yang terbaik

    bagi mengatasi masalah penjanaan sisa berterusan sekaligus menangani isu

    pencemaran tanah.

    Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. umber-

    sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanahyang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di

    dunia. 'encemaran alam sekitar terutamanya pencemaran tanah memberi banyak

    kesan buruk kepada masyarakat dan dunia pada masa kini. ika kita dapat lihat

    sekarang ini,banyak kes pencemaran tanah yang di laporkan akibat daripada aktiviti-

    aktiviti yang tidak sihat. Antara punca berlakunya pencemaran tanah ialah7

    )+ Pem"uangan !ampah !arap an kum"ahan ,ang tiak terka-al.

     

    'embuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terka%al merupakan

    salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku. 4erdapat dua

    kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan

    kaedah pembakaran. 8alaupun sampah sarap dapat dilupuskan dari pandangan

    mata masyarakat dan bau yang busuk dapat dilenyapkan tetapi tanpa penga%alan

    yang rapi, kedua-dua kaedah ini boleh memberi kesan yang serius kepadapencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah

    /

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    6/15

    tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri

    daripada bakteria dan virus yang merupakan penyebab penyakit. (ahan cemar dari

    sampah pula akan mengurangkan kualiti air tanah. '9* :polyvinyl chloride; ataupun

    lebih dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang

    dapat mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air dan tidak terbiodegradasi.

    /+ Pem"uangan !i!a t#k!ik an nuklear 

    'embuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada

    minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. 8alaupun bahan buangan tersebut ditanam

    dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang mantap, pencemaran tetap berlaku

    disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan sebagainya.

    +idrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti '9* dan polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air ba%ah tanah. Dengan ini, dapat

    kita bayangkan sekiranya sisa-sisa toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa

    memikirkan impaknya. +al ini kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap

    masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau bercampur dengan air dan

    menyebabkan kualiti tanah turut merosot. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi

     jikalau tindak balas kimia berlaku.

    0+ Pene"angan hutan

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    7/15

    4ambahan pula, penebangan hutan juga akan menyebabkan pencemaran

    tanah berlaku. Ka%asan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang

    mempunyai keuntungan lumayan. 'enebangan hutan ini akan menyebabkan struktur 

    tanah menjadi longgar. +al ini disebabkan ketiadaan akar pokok untuk mencengkam

    tanah. Kesannya, tanah runtuh akan terjadi dan akan membahayakan nya%a

    penduduk yang tinggal berhampiran ka%asan itu.

    1+ $egiatan perl#m"#ngan

      Kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh mengakibatkan masalah

    pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid.

    ejala sedemikian paling teruk di =embah Klang pada suatu masa dahulu. elain

    kegiatan perlombongan emas, kegiatan perlombongan pasir dan penebus-guna

    tanah serta pembangunan- pembangunan lain di sepanjang pantai meningkatkan

    ancaman kepada ekologi hidupan akuatik. Masalah akan merunsing selagi p+ air 

    tidak berada pada paras neutral, iaitu pada p+-#. eandainya habitat hidupan

    akuatik sudah dicerobohi oleh sisa- sisa dan timbulan minyak, keseimbangan

    #

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    8/15

    ekosistem akan terancam. umber protein akan susah diperolehi jikalau hidupan

    akuatik seperti ikan mati.

    $ESAN PENCEMARAN TANAH

    'encemaran tanah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang buruk

    kepada manusia dan alam sekitar. Antara kesan-kesan utama akibat pencemaran

    tanah ialah7

    )+ Tanah menjai "eracun

    Kesan daripada pencemaran tanah kepada dunia sangat ketara seperti jenis pencemaran lain juga. 3anya turut memberi kesan yang sangat buruk

    terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. 'embuangan sampah-

    sarap, sisa toksik dan nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh

    didiami.

    /+ Tanah "ertukar ger!ang

    4anah menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh

    penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terka%al. Usaha pertanian

    yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti :tidak subur;, yang

    sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut

    yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga

    berlakunya overgizing  dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan

    pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan ka%asan

    penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang. 

    0+ Haki!an tanah "erlaku

    atu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. +akisan tanah

    adalah salah satu fenomena yang begitu sering berlaku di seluruh dunia.

    3anya bukan sahaja merugikan dari sudut ke%angan dan ekonomi bahkan

    >

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    9/15

     juga mengancam keselamatan dan nya%a manusia. Umpamanya tanah

    runtuh dan gempa bumi. 4erdapat banyak negara-negara yang sedang

    diancam hakisan tanah. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh

    menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit

    yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada

    dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan

    hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara

    meluas hanya satu jenis tanaman.

    1+ Pen,e"aran kuman(kuman pen,akit

    'enyebaran kuman-kuman penyakit merupakan salah satu kesan yang

    akan timbul daripada pencemaran tanah. +ai%an-hai%an perosak seperti

    tikus, lipas dan lalat akan tertumpu di ka%asan itu dan menyebarkan

    kuman-kuman penyakit ke tempat lain. ika makanan yang dihinggapi lalat

    atau dimakan lipas, seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja

    maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya

    diserang penyakit yang serius.

    2+ $er#!akan tanah an kualitin,a

    Kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan yang akan timbul

    apabila terjadinya pencemaran tanah. isa-sisa industri dan hasil

    tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang

    kualiti. 4anah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan

    sayur-sayuran yang ditanam hidup kurang subur.

    LANG$AH(LANG$AH MENGATASI PENCEMARAN TANAH

    . ?leh itu kerajaan dan masyarakat perlu memainkan peranan yang penting

    untuk menangani isu ini. Antara perkara yang boleh mereka lakukan untuk

    membendung masalah ini ialah7

    "

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    10/15

    )+ $erajaan perlu mem"eri peruntukan untuk mem"eli peralatan ,ang

    menggunakan tekn#l#gi m#en.

    'enggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran tanah

    adalah amat penting. *ontohnya, dengan teknologi moden sisa pepejal

    seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan

    kaca dapat dikitar semula. 3ni sudah tentu dapat mengurangkan

    pencemaran tanah yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang

    tidak sempurna. (ahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah

    kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang berbahaya. *ontohnya,

    sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga

    elektrik. +ampas pertanian seperti hampas kelapa sa%it boleh digunakan

    untuk menghasilkan metana. Dengan adanya teknologi moden, jentera-

     jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang

    mencemarkan tanah.

    2) Me-ujukan peniikan alam !ekitar melalui kurikulum.

    4anggungja%ab untuk menjamin sebuah )egara yang bersih bukan sahaja

    dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh masyarakat setempat. Untuk

    membentuk masyarakat yang bertanggungja%ab kepada tanah, mereka

    perlulah mempunyai kesedaran. Maka, pendidikan adalah cara terbaik

    untuk memupuk kesedaran tersebut kerana ia dapat membentuk sikap

    positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada

    masyarakat, mereka akan sedar tentang betapa pentingnya tanah untuk

    dikekalkan kualiti dan kesuburannya.

    3) Peneahan melalui meia ma!a.

    'endedahan melalui media masa juga merupakan salah satu cara yang

    boleh diambil untuk menangani isu pencemaran tanah. 'ada hari ini,

    media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara

    !2

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    11/15

    pemikiran semua pengguna. ?leh itu, dengan adanya pendedahan media

    masa tentang isu pencemaran alam, masyarakat umum akan berhati-hati

    dalam menangani masalah pencemaran.

    4erdapat pelbagai penyelesaian masalah berkaitan isu pencemaran tanah di

    Malaysia. Antara penyelesaian tersebut ialah7

    )+ Mengaakan kempen ke!earan !eperti kempen kitar !emula.

     

    Kempen kesedaran boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah

    pencemaran tanah. Antara kempen-kempen yang boleh dilaksanakan

    adalah kempen kitar semula dan sahabat alam. Dalam kempen ini peserta

    akan diajar tentang kepentingan tanah kepada manusia dan alam dan

    bagaimana untuk menjaga tanah yang terdapat di bumi ini. Melalui kempen

    ini, sikap positif dapat dibentuk.

    /+ Mengaakan pameran pencemaran tanah.

     

    'ameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang

    berkaitan dengan isu pencemaran tanah. 'ameran ini boleh dilakukan di

    sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat a%am seperti perpustakaan

    a%am. 'ameran ini bolehlah merangkumi isu pencemaran tanah, sebab-

    sebab pencemaran tanah, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuatuntuk mengurangkan kadar pencemaran tanah. (ahan-bahan menarik

    !!

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    12/15

    seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. elain

    itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran

    tanah juga boleh ditayangkan. 'ameran sebegini boleh meningkatkan

    kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi tanah.

    0+ Menganjurkan pertaningan "erkaitan pencemaran tanah.

    'ertandingan seperti kui& tentang pencemaran tanah boleh meningkatkan

    pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi dan

    memulihara tanah. Dengan mengadakan kui&, peserta akan cuba

    memahami apakah itu pencemaran tanah. Dalam proses ini, mereka akan

    mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari

    penyelesaian kepada masalah pencemaran tanah yang berlaku di

    Malaysia. 3ni sudah tentu akan memba%a kebaikan kepada peserta itu dan

    alam sekitar. 'ertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran

    tanah juga adalah baik. 3a bukan sahaja memberi kesedaran kepada

    peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.

    elain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis

    karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang

    ramai.

    4anah yang subur dan sihat sememangnya amat penting kepada kehidupan

    manusia termasuk pelbagai spesis hidupan lain seperti serangga, hai%an dan

    tumbuh-tumbuhan. 3ni kerana, apabila tanah dalam keadaan bersih dan tidak

    tercemar, manusia akan menikmati kehidupan mereka dengan lebih sihat dan

    cerdas. 4umbuh-tumbuhan pula akan hidup lebih subur dan kerananya akan

    memberikan hasil buah-buahan dan daun yang mekar yang tentunya dapat

    menampung kadar vitamin serta garam galian yang tinggi yang juga menjadi

    keperluan kepada manusia, hai%an dan serangga. Manakala habitat hai%an dan

    serangga pula akan dapat mencernakan spesis masing-masing dengan pembiakan

    baka yang berterusan sebagai penyeri alam.

    usteru itu, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu menangani

    masalah pencemaran tanah yang semakin berleluasa di Malaysia kerana tanah

    memberi banyak kepentingan kepada alam. Antara kepentingan tanah ialah7

    !1

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    13/15

    !; Memberi sokongan mekanik kepada akar 

    • *engkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak

    4umbuhan dapat menerima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis

    1; Membekalkan nutrien kepada tumbuhan

    • 4erdapat pelbagai nutrien yang disimpan di dalam tanah

    • ebahagiannya berbentuk bahan organik yang dibebaskan apabila reput

    • (aja yang diberi akan bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan

    dalam tanah

    ; Membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan

    • Udara tanah mengandungi gas karbon dioksida :*?1;, oksigen :?1; dan

    sebagainya

    • Karbon dioksida lebih banyak di dalam tanah kerana terhasil daripada

    respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik

    !

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    14/15

    •  Air tanah %ujud dalam bentuk filem yang meliputi kumin tanah, %ap dalam

    rongga tanah dan cecair yang mengalir dalam rongga tanah

    $; Membekalkan keperluan hidup seperti makanan, hutan dan tempat berlindung

    • Keperluan hidup ini khususnya untuk masyarakat luar bandar dan orang

    asal :termasuk orang asli semenanjung Malaysia, anak negeri abah dan

    dayak serta orang ulu ara%ak;

    /; Membekalkan makanan ternakan bagi kegunaan manusia

    • Kebanyakan masyarakat yang menjalankan pertanian sara diri, berburu

    dan memungut hasil hutan bagi kehidupan telah bergantung kepada tanah

    dan hutan sejak turun temurun

    $ESIMP'LAN

    emua kesan pencemaran tanah ini adalah tidak baik untuk kita dan generasi

    seterusnya. Adalah menjadi langkah yang paling %ajar untuk kita bersama-sama

    menghalang aktiviti pencemaran tanah agar tidak berlarutan. Usaha-usahamembendung harus diambil dengan mengabungkan pelbagai pihak agar kesan yang

    ketara dapat dicapai

    R'3'$AN

    ?ng 8ei un. :12!2;. Pencemaran tanah. Diperoleh ?gos !/, 12! darihttp7@@alamsekitar-eongirls12!2.blogspot.com@12!2@2>@pencemaran-tanah.html

    Isu semasa alam sekitar . Diperoleh ?gos !>, 12! darihttp7@@k2t$k>#.blogspot.com@12!2@2>@isu-semasa-tentang-alam-sekitar.html

     Abdul (asir Mohamad. :122/;. Undang-undang dan pengurusan alam sekitar menurut

    3slam. Malaysian Journal of Environmental Management, 6, !2#-!1$.

    !$

    http://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.htmlhttp://k0t4k87.blogspot.com/2010/08/isu-semasa-tentang-alam-sekitar.htmlhttp://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.htmlhttp://k0t4k87.blogspot.com/2010/08/isu-semasa-tentang-alam-sekitar.html

  • 8/17/2019 Pencemaran-Tanah2

    15/15

    6aini aka%i. :12!1;. 'ersepsi komuniti terhadap masalah bau dari operasi tapak pelupusan

    terbuka Krubung, Melaka. Malaysia Journal of Society and Space, 8, @!>@isu-isu-alam-sekitar@

    !/

    http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/http://wa4change.tripod.com/tanah.htmhttp://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.htmlhttp://keajaibanpenjimatan.com/blog/punca-pencemaran-tanah-dan-tiga-kesan-utamanya/http://keajaibanpenjimatan.com/blog/punca-pencemaran-tanah-dan-tiga-kesan-utamanya/http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/18/isu-isu-alam-sekitar/http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/http://wa4change.tripod.com/tanah.htmhttp://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.htmlhttp://keajaibanpenjimatan.com/blog/punca-pencemaran-tanah-dan-tiga-kesan-utamanya/http://keajaibanpenjimatan.com/blog/punca-pencemaran-tanah-dan-tiga-kesan-utamanya/http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/18/isu-isu-alam-sekitar/