5
Soalan 1 Model reka bentuk instuksional ADDIE terdiri daripada lima fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Fasa Analisis Prog pddkn / lthn yg baik mmerlukn prcngn & analisis bdsrkn ssrn , keperluan, kaedh pympain , serta kkngn sblm mghsln prduk pgjrn yg bkesan & kreatif. Reka Bentuk merupakan pelan pengajaran atau kursus (blueprint) Pembangunan Fasa pembangunan dalam model reka bentuk instruksional ADDIE mempertimbangkan peralatan dan proses yang digunakan untuk mebina bahan pengajaran. Fasa ini melibatkan penyediaan papan cerita, pengkodan, grafik user interface dan penentuan atribut atau elemen multimedia. Fasa ini adalah proses mengarang dan menghasilkan bahan P & P yang diperlukan untuk memenuhi objektif atau hasil pembelajaran. Fasa pembangunan adalah lanjutan dari proses pencapaian dan alat pengukuran yang direkabentuk dalam fasa reka bentuk. Produk fasa pembangunan ini adalah pelan terperinci tindakan yang menyenaraikan langkah- demilangkah prosedur untuk melaksanakan perubahan tersebut. Pelan ini juga melibatkan mereka yang bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan yang spesifik, jadual masa dan tarikh akhir pembangunan projek. Pelaksanaan fasa pelaksanaan mengandungi banyak pengurusan projek dan isu logistik termasuk memastikan semua pusat latihan mempunyai komputer Internet tersedia dan menyediakan komputer riba serta mengurus perjalanan dan perbelanjaan untuk jurulatih dan / atau pelajar Penilaian mengukur keberkesanan kursus dan menyediakan peluang untuk memperbaiki prestasi atau pencapaian semasa pelajar. Semasa fasa penilaian, pereka mengukur sejauh mana projek itu mencapai matlamatnya. Soalan 2 Apakah fungsi Pusat Kegiatan Guru? Fungsi PKG adalah untuk: Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media. Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologipendidikan di sekolah. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaanprogram gerakan membaca di sekolah. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantupelaksanaan program ICT di sekolah Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah. Soalan 3 Kerangka e-pebelajaran yang dicadangkan terdiri daripada tiga komponen utama : reka bentuk teknologi, reka bentuk kandungan dan reka bentuk pembelajaran. a) Teknologi reka bentuk Teknologi reka bentuk khusus merujuk khusus kepada peralatan teknologi yang digunakan untuk memudahkan pembelajaran. Contoh peralatan ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), alat media sosial, pengujian atas talian dan Moodle yang merupakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka (open source) telah diterima pakai di banyak sekolah, kolej, universiti dan institusi latihan di Malaysia dan seluruh dunia. b) Reka Bentuk Kandungan Reka Bentuk Kandungan merujuk kepada pembangunan dan pengumpulan kandungan atau bahan yang membawa kepada hasil pembelajaran yang diingini. Ini termasuk objektif & hasil pembelajaran kursus, prinsip-prinsip pemilihan kandungan, garis panduan mengenai penulisan, gaya penulisan yang memotivasikan pelajar dan layout fizikal c) Reka Bentuk Pembelajaran Reka bentuk pembelajaran adalah pilihan tentang apa, bila, di mana dan bagaimana untuk mengajar. Ia adalah tugas untuk mendapatkan pelajar untuk berinteraksi dengan kandungan yang disokong oleh alat dan teknologi yang sesuai. Ia boleh diringkaskan seperti reka bentuk aktiviti yang akan merangsang: Pelajar-Kandungan interaksi Pelajar-Pelajar interaksi Pelajar-Guru interaksi Soalan 4 Apakah perbezaan di antara ‘komunikasi sinkronisasi’ dan komunikasi asinkronisasi’? Komunikasi sinkronisasi, juga dipanggil persidangan langsung, iaitu semua peserta perlu berada dalam talian pada masa yang sama. Media komunikasi jenis ini termasuk sembang, papan putih, persidangan audio dan persidangan video. Komunikasi asinkronisasi, tidak memerlukan peserta untuk berada dalam talian pada masa yang sama. Pelajar tidak perlu menunggu untuk pelajar lain atau tutor untuk berada dalam talian untuk menghantar mesej. Mereka hanya perlu hantar, yakin bahawa ia akan sampai kepada orang yang dituju. Soalan 5 Apakah itu hak cipta dan mengapakah perlu hak cipta? Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka Pemilik hakcipta mempunyai hak esklusif untuk mengawal sebahagian besar karya terutamanya: (i) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-Iain); (ii) penyampaian kepada orang awam; (iii) pertunjukan,tayangan atau permainan kepada awam; (iv) pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain; dan (v) penyewaan secara komersil kepada orang awam.

Nota Test Teknologi Instruksional 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ujian Sem 4

Citation preview

Page 1: Nota Test Teknologi Instruksional 1

Soalan 1 Model reka bentuk instuksional ADDIE terdiri daripada lima fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Fasa AnalisisProg pddkn / lthn yg baik mmerlukn prcngn & analisis bdsrkn ssrn , keperluan, kaedh pympain , serta

kkngn sblm mghsln prduk pgjrn yg bkesan & kreatif.

Reka Bentukmerupakan pelan pengajaran atau kursus (blueprint)

Pembangunan

Fasa pembangunan dalam model reka bentuk instruksional ADDIEmempertimbangkan peralatan dan proses yang digunakan untuk mebina bahanpengajaran. Fasa ini melibatkan penyediaan papan cerita, pengkodan, grafik userinterface dan penentuan atribut atau elemen multimedia. Fasa ini adalah prosesmengarang dan menghasilkan bahan P & P yang diperlukan untuk memenuhi objektifatau hasil pembelajaran. Fasa pembangunan adalah lanjutan dari proses pencapaiandan alat pengukuran yang direkabentuk dalam fasa reka bentuk. Produk fasapembangunan ini adalah pelan terperinci tindakan yang menyenaraikan langkah-demilangkahprosedur untuk melaksanakan perubahan tersebut. Pelan ini juga melibatkanmereka yang bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan yang spesifik, jadual masa

dan tarikh akhir pembangunan projek. Pelaksanaan

fasa pelaksanaanmengandungi banyak pengurusan projek dan isu logistik termasuk memastikan semua pusat latihan mempunyai komputer Internet tersedia danmenyediakan komputer riba serta mengurus perjalanan dan perbelanjaan untuk jurulatih dan / atau pelajar

Penilaian

mengukur keberkesanan kursus danmenyediakan peluang untuk memperbaiki prestasi atau pencapaian semasa pelajar. Semasa fasa penilaian, pereka mengukursejauh mana projek itu mencapai matlamatnya.

Soalan 2

Apakah fungsi Pusat Kegiatan Guru?

Fungsi PKG adalah untuk:Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikanMenyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologipendidikan di sekolah.Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolahMemantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaanprogram gerakan membaca di sekolah.Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantupelaksanaan program ICT di sekolahMemberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.

Soalan 3

Kerangka e-pebelajaran yang dicadangkan terdiri daripada tiga komponen utama : reka bentuk teknologi, reka bentuk kandungan dan reka bentuk pembelajaran.

a) Teknologi reka bentukTeknologi reka bentuk khusus merujuk khusus kepada peralatan teknologi yang digunakan untuk memudahkan pembelajaran. Contoh peralatan ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), alat media sosial, pengujian atas talian dan Moodle yang merupakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka (open source) telah diterima pakai di banyak sekolah, kolej, universiti dan institusi latihan di Malaysia dan seluruh dunia.

b) Reka Bentuk KandunganReka Bentuk Kandungan merujuk kepada pembangunan dan pengumpulan kandungan atau bahan yang membawa kepada hasil pembelajaran yang diingini. Ini termasuk objektif & hasil pembelajaran kursus, prinsip-prinsip pemilihan kandungan, garis panduan mengenai penulisan, gaya penulisan yang memotivasikan pelajar dan layout fizikal

c) Reka Bentuk PembelajaranReka bentuk pembelajaran adalah pilihan tentang apa, bila, di mana dan bagaimana untuk mengajar. Ia adalah tugas untuk mendapatkan pelajar untuk berinteraksi dengan kandungan yang disokong oleh alat dan teknologi yang sesuai. Ia boleh diringkaskan seperti reka bentuk aktiviti yang akan merangsang:Pelajar-Kandungan interaksiPelajar-Pelajar interaksiPelajar-Guru interaksi

Soalan 4Apakah perbezaan di antara ‘komunikasi sinkronisasi’ dan komunikasi asinkronisasi’?

Komunikasi sinkronisasi, juga dipanggil persidangan langsung, iaitu semua peserta perlu berada dalam talian pada masa yang sama. Media

komunikasi jenis ini termasuk sembang, papan putih, persidangan audio dan persidangan video.Komunikasi asinkronisasi, tidak memerlukan peserta untuk berada dalam talian pada masa yang sama. Pelajar tidak perlu menunggu untuk pelajar lain atau tutor untuk berada dalam talian untuk menghantar mesej. Mereka hanya perlu hantar, yakin bahawa ia akan sampai kepada orang yang dituju.

Soalan 5

Apakah itu hak cipta dan mengapakah perlu hak cipta?Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya merekaPemilik hakcipta mempunyai hak esklusif untuk mengawal sebahagian besar karya terutamanya:(i) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-Iain);(ii) penyampaian kepada orang awam;(iii) pertunjukan,tayangan atau permainan kepada awam;(iv) pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain; dan(v) penyewaan secara komersil kepada orang awam.

BAHAGIAN B

Soalan 1a. Apakah e-pembelajaran?

Istilah e-pembelajaran adalah sama maksud dengan pembelajaran atas talian, pembelajaran berasaskan teknologi dan pembelajaran berasaskan web. E-Pembelajaran adalah penggunaan teknologi internet untuk menyampaikan pelbagai meklumat dan penyelesaian masalah yang dapat meningkatkan penguasaan ilmu dan prestasi.

b. Bincangkan faedah e-pembelajaran. Berikan contoh-contoh yang relevan.

Page 2: Nota Test Teknologi Instruksional 1

e-Pembelajaran mempunyai faedah tertentu berbanding dengan pengajaran dalam bilik darjah. iaitu ianya lebih fleksibiliti di mana pelajar boleh belajar mengikut kebolehan sendiri selain dapat belajar pada bila-bila masa di mana sahaja serta lebih mudah mengemaskini maklumat dan yang paling utama dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu meninggalkan tempat kerja mereka atau berjalan jauh.Contoh-contoh e-pembelajaran ialahBahan pembelajaran: Bahan pembelajaran kursus diberi dalam Format dokumen Word atau Format PDF untuk setiap topik boleh dimuat turun dan dicetak oleh pelajar .Bahan sokongan: Pelbagai jenis bahan bantu pembelajaran disediakan untuk pelajar memuat turun seperti Pautan wed ke artikel, laporan, e-buku dan dokumen yang lain.Perpustakaan Digital: memberi akses ke pelbagai bahan dalam pengkalan data seperti jurnal, e-buku, majalah, tesis, disertasi, laporan kajian dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut juga boleh dimuat turun dan dicetak.Komunikasi: Pautan ini mempunyai tiga alat komunikasi melalui Emel: Setiap pelajar mempunyai e-mel dan boleh berkomunikasi dengan pensyarah dan pelajar yang lain. Forum perbincangan: Alat komunikasi ini membolehkan pensyarah dan pelajar komunikasi sehala. yang tidak memerlukan pelajar dan pensyarah tidak perlu untuk berada dalam talian pada masa yang serentak. Ruang sembang: Ia merupakan alat komunikasi untuk perbincangan, kuliah dan sesi soal-jawab secara talian. Pensyarah boleh menjemput penceramah jemputan dan juga pakar subjek untuk menyertai laman sembang tersebut

Soalan 2

a. Apakah faedah penggunaan ‘model’ dan objek sebenar’ (atau realia) dalam pengajaran?Objek sebenar boleh terdiri daripada batu, ikan, tumbuhan, telur, daun, bunga, kotak dan sebagainya. Objek sebenar atau realia lebih mudah untuk menarik perhatian murid serta mendapatkan penglibatan dalam bilik darjah serta merangsangkan mereka.untuk menghubungkait pelajar kepada dunia luar bilik darjah, menjadikan pembelajaran lebih relevan dan bermakna, dan mendorong pelajar untuk belajar.

Model pula adalah objek yang menyerupai objek sebenar yang lebih kecil berbanding objek sebenar. Model digunakan untuk mendemonstrasi, menjelaskan proses atau membuat topik lebih menarik di dalam kelas , Contohnya geografi model gunung berapi boleh dibuat dengan menggunakan tanah liat dan papier-mache serta model seperti model telinga atau mata, simulator sistem solar dan lain-lain.

b. Nyatakan dengan jelas garis panduan yang perlu diikuti oleh guru dalam mereka bentuk visual yang efektif. Berikan contoh-contoh yang relevan bagi menyokong jawapan anda.Garis panduan yang perlu diikuti oleh guru dalam mereka bentuk visual yang efektif.1. Relevan - Semua unsur-unsur reka bentuk menambah kejelasan visual keseluruhan; tiada unsur yang menyimpang dari mesej.2. Koheren - Merangkumi unsur yang menyokong, meningkatkan atau lanjutan mesej sahaja.3. Konsisten - Walaupun unsur-unsur tidak perlukan keseragaman, semua elemen perlu harmoni dan bekerjasama untuk menghantar satu mesej yang jelas.4. Saiz - Saiz relatif semua elemen harus konsisten dengan kepentingan mesej visual5. Perbandingan - Elemen utama, termasuk ruang putih, perlu membezakan antara unsur-unsur untuk menekankan mesej utama6. Bersepadu dan berhala tuju - Semua elemen perlu bersepadu supaya penonton lebih fokus pada mesej visual dan ia memberi panduan kepada penonton terhadap urutan mesej visual.

Soalan 3

a. Apakah integrasi teknologi dalam bilik darjah?Integrasi teknologi melibatkan penerapan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran bilik darjah. Teknologi digunakan untuk membantu guru dan murid mendapatkan maklumat yang tepat pada masanya,menganalisis dan mensintesis maklumat. [International Society for Technology in Education, ISTE, 2009].

b. Beri justifikasi mengapa teknologi perlu digunakan dengan lebih meluas di sekolah rendah.

Teknologi dapat menyesuaikan pembelajaran mengikut kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar mengikut minat dan kecenderongan masing-masing. Contohnya, yang lebih selesa mempelajari sesuatu dengan menonton, dia boleh merujuk kepada beribu-ribu klip video yang terdapat di internet.Penulisan menggunakan komputer menggalakkan pelajar menjadi kreatif kerana dia membuat penyuntingan dan penyemakan dengan cepat dan mudah.Video, fotografi digital, animasi dan sebagainya menggalakkan ekspresi kreatif serta seni pelajar untuk menghasilkan produk yang bernilai yang dapat dipamerkan atas talian yang dikongsi dengan orang lain.Pelajar dapat dilengkapkan dengan segala kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk membolehkan mereka berfungsi dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan kelak.Teknologi maklumat dan internet membuka peluang untuk pendidikan jarak jauh yang bolehkan lebih ramai orang mengikuti program-program yang ditawarkan oleh institusi-institusi pendidikan.

Soalan 4

a. Apakah webquest?

WebQuest adalah alat berorientasikan siasatan atastalian untuk pembelajaran. Ia adalah satu pengajaran yang berasaskan bilik darjah di mana kebanyakan atau semua maklumat bahawa pelajar akan meneroka dan menilai, datangnya dari World Wide Web yang dibangunkan oleh Dr Bernie Dodge, seorang professor dalam bidang teknologi pendidikan di San Diego State University, California

b. Jelaskan bagaimana anda akan menggunakan webquest dalam pengajaran.

1. Guru mencari sumber-sumber untuk topik tertentu di Web. 2. Guru merangka aktiviti untuk pelajar yang menggabungkan maklumat daripada pelbagai laman. Tugas ini harus boleh dilakukan dan menarik.3. Membangunkan tugasan - atau soalan penyelidikan utama Pelajar diminta untuk menerbitkan penemuan mereka pada laman web, bekerjasama dalam inisiatif

penyelidikan atas talian dengan tapak lain atau institusi, atau mewujudkan satu persembahan multimedia mengenai aspek tertentu penyelidikan mereka4. Tugasan ini seharusnya visual dan ada estetika menarik dan sememangnya penting contohnya berkaitan dengan pemanasan global, hujan asid, dasar kebajikan, dan lain-lain serta menyeronokkan untuk pelajar5. Penerangan langkah-langkah yang pelajar perlu lalui dalam mencapai tugas, dengan link yang tersirat dalam setiap langkah.6. Memberi senarai sumber dari laman web yang ditandakan, sumber cetak, dan termasuk perkara-perkara seperti video, kaset audio, buku, poster, peta, model, manipulatif, dan ukiran.yang pelajar perlu untuk menyelesaikan tugas.7. Menilai kerja pelajar menggunakan satu rubrik standard yang ada harus adil, jelas, konsisten, dan khusus kepada set tugasan8. Membuat kesimpulan yang boleh menggalakkan pelajar untuk mencadangkan cara-cara melakukan perkara-perkara yang berbeza untuk meningkatkan pelajaran.

BUKU AUDIOBuku audio membantu kanak-kanak menjadi pembaca yang lebih baik dan membina keinginan mereka untuk membaca pada diri mereka sendiri. Dengan tumpuan masa yang diberikan kepada pelajar, buku audio boleh membantu pembaca meneroka dunia baru melalui sastera.

Buku audio berguna dalam bilik darjah dengan:menambahkan kemahiran ibu bapa dan guru untuk membaca kepada anak-anak dan pelajar mereka.membekalkan akses kepada perbendaharaan kata yang baru, kunci kepada kejayaan dalam membaca.memberikan demonstrasi kepada pembacaan yang lancar.memberikan pembaca akses kepada buku yang tidak dapat mereka baca sendiri membuka peluang kepada mereka untuk membincangkan cerita tersebut, dengan tujuan untuk lebih memahami mereka.menyokong pembaca yang bergelut dengan membantu mereka fokus kepada maknadaripada menafsir teks akan membawa kanak-kanak masuk ke dalam keajaiban duniakesusteraan.

Page 3: Nota Test Teknologi Instruksional 1

Apakah peranan BTPN?

Peranan utamanya pada awal pembentukan BTPN ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah kemudian peranannya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah.

Bahagian teknologi terdiri daripada beberapa Sektora) Sektor Kejuruteraan memberikan khidmat bantuan teknikal untuk penerbitan rancangan Sektor Penyiaran PendidikanSektor ini berperanan menjayakan rakaman atau siaran langsung bagi rancangan-rancangan TV Pendidikan dengan menekankan aspek-aspek teknikal bagi menghasilkan rancangan-rancangan yang bermutu tinggi setanding dengan kemajuanteknologi penyiaran elektronik digital pada masa kini.

b) Sektor Pembestarian SekolahPembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ict dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (p&p), keberkesanan pengurusan dan pentadbiransekolah dan kompetensi guru serta pengurusan sekolah berbantukan ict dengan melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ict untuk melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (selfdirected) dan kadar kendiri (self-paced).

c) Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme Bertanggungjawab untuk merancang, melaksana/mengurus dan menilailatihan-latihan atau kursus yang dihadiri oleh semua staf BTP dan cawangan seiring dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber ManusiaSektor Awam yang berkehendakkan agar semua penjawat awam menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari latihan dalam setahun.

d) Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan Sektor ini memberi khidmat Sokongan ICT (PSI). . e) Sektor Penyiaran PendidikanProgram TV Pendidikan merupakan langkah kerajaan pada masa itu untuk merapatkan jurang pembelajaran antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar

melalui portalwww.eduwebtv.com yang membolehkan murid-murid dan warga pendidik mengakses rancangan TV Pendidikan secara VOD (Video On Demand) pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat yang mempunyai talian internet.f) Sektor Pengurusan StrategikSektor Pengurusan Strategik berperanan merancang dan menyelaras program dan aktiviti BTP dan cawangan serta memastikan supaya fungsi dan peranan BTP terutama dalampembestarian pendidikan berjalan seiring dengan dasar pendidikan negara.g) Sektor Repositori dan Rangkaian . SektorRR berperanan memberi khidmat bantu dan nasihat berkaitan Teknologi Maklumatdan Komunikasi kepada BTP. Menyediakan perkhidmatan rangkaian yang berterusankepada BTP dengan memastikan rangkaian diselenggara dan berfungsi dengan baik. h) Sektor Resos Pembelajaran.Sektor memberi fokus kepada usaha promosi dan inovasi dalam bidang teknologi pendidikan sejajar dengan visi BTP untuk mewujudkan budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah dengan misi membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajarandi dalam kelas yang lebih berfokus kepada pelajarmanakala guru memainkan peranan sebagai pemudah cara.

Apakah itu sumber terbuka pendidikan?Sumber Terbuka Pendidikan (Open Educational Resources) ditakrifkan sebagai,„bahan-bahan yang didigitkan yang ditawarkan secarapercuma dan terbuka bagi pendidik, pelajar dan pelajarkendiri untuk menggunakan dan penggunaan semula bagipengajaran, pembelajaran dan penyelidikan‟ (OECD,2007). OER boleh digunakan semula untuk pengajaran,pembelajaran, penyelidikan dan disediakan secara percuma melalui lesen terbuka,yang membenarkan penggunaan bahan-bahan yang tidak akan mudah dibenarkan dibawah hak cipta sahaja. Bahan ini

termasuk perisian yang menyokong penciptaan, penghantaran, penggunaan danpeningkatan kandungan pembelajaran terbuka, mencari dan organisasi kandungan,kandungan dan sistem pengurusan pembelajaran, alat pembangunan kandungan, dankomuniti pembelajaran atas talian. Sumber pendidikan terbuka (OER) adalah mana-mana sumber yang didapatisedikit atau tiada kos yang boleh digunakan untuk pengajaran, pembelajaran, ataupenyelidikan. OER biasanya merujuk kepada sumberelektronik, termasuk mereka dalam format multimedia dan bahan-bahan itu secaraamnya dikeluarkan di bawah lesen Creative Commons yang menyokong penggunaan kandungan terbuka atau hampir terbuka..

teori pembelajaran bermaknabahan visualbahan instruksi kendiribuku teks

Page 4: Nota Test Teknologi Instruksional 1
Page 5: Nota Test Teknologi Instruksional 1