Upload
lenguyet
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
NABI ISA MENURUT AL QURAN DAN AL KITAB: SATU PERBANDINGAN
RAHMAS BINTI MOHAMAD SHORDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
NABI ISA MENURUT AL QURAN DAN AL KITAB :
SATU PERBANDINGAN
RAHMAS BINTI MOHAMAD SHORDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : RAHMAS BINTI MOHAMAD SHORDIN Tarikh : 16 APRIL 2009
v
DEDIKASI
TÄ{tÅwâÄ|ÄÄt{? _t |Ät [t |ÄÄt tÄÄt{? TÄÄt{ [â T~{utÜ Syukur kepada Allah, Rabb sekalian alam
fxÄtãtà WtÇ ftÄtÅ Atas junjungan baginda Muhamad Bin Abdullah dan semua sahabat baginda,
tabiin dan tabi’ tabiin \uâ ltÇz ftÇztà ^âftçtÇz| ltÇz `xÄt{|Ü~tÇ T~â
Pergimu menemui Ilahi membuatkan hidupku berubah.. Kasih sayangmu, serta doa yang kau ucapkan tak akan pernah aku lupa…semoga ditempatkan bersama
para soleh dan solihin.. Uâtà axÇx~ ltÇz ftÇztà T~â V|Çàt| ‹
Kau amat tabah mengharungi hidup dan membesarkan kami, Doaku satu sahaja semoga Allah membalas dengan syurga.....
Uâtà Tw|~ UxÜtw|~~â TutÇz ^ç dan pasangannya ^t~ TÇt yang banyak bagi semangat
dan semoga berbahagia dengan anak-anak yang comel dan pintar \ÇàtÇ mâÄt|~{t dan aâÜ|Ç TÄ fçâÜt
Juga kepada TutÇz `|x yang banyak menolong dalam memberi tunjuk ajar, sumbangan dan kritikan membangun untuk menyiapkan kajian ilmiah ini.
Kepada kakakku ^t~ jtà| yang banyak memberi dorongan.
Buat Tut{ fx~xÄâtÜzt yang memantau aku dari kecil dan juga tak lupa kepada
Tçt{ yang sentiasa memberi dorongan....Kalian semua adalah harapanku….Didiklah diri menjadi insan yang soleh dan solehah…Untuk
mencapai Ridho Allah..
Uâtà cxÇçxÄ|t çtÇz w|~tzâÅ| cÜÉyxáÉÜ `twçt WÜA etÅÄ| u|Ç TãtÇz
Aku amat mengkagumi keperibadiannya, keilmuan dan kezuhudan yang dimilikinya Syukran Jazilan
Uâtà cxÇáçtÜt{@cxÇáçtÜt{ cc\cf? Yt~âÄà| cxÇw|w|~tÇ wtÇ zâÜâ@zâÜâ çtÇz w|átÇ}âÇz|
Terima Kasih Di Atas Ilmu dan didikan Yang Diberikan... Jasa kalian teramat bernilai pada diriku...
Barakallahu fikum…
ft{tutà@ft{tutà fxÑxÜ}âtÇztÇ~âAAAA Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin
Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..
Terima kasih atas segalanya..
...........................................................................................
vi
PENGHARGAAN
WxÇztÇ atÅt TÄÄt{ ltÇz `t{t cxÇztá|{ _tz| `t{t cxÇçtçtÇz
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran di atas segala nikmat, inayah, hidayah
dan keizinan-Nya, Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dalam tempoh
masa yang ditetapkan bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Penghargaan dan setinggi terima kasih
ditujukan kepada penyelia yang banyak menabur budi dan jasa iaitu Profesor Madya
Dr. Ramli Bin Awang di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang diberi
sepanjang penyelidikan dijalankan. Kesediaan beliau meluangkan masa dan berkongsi
ilmu juga menjadi pendorong kepada penyelidik untuk terus berusaha dan
bersemangat ke arah melengkapkan projek ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini.
Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, UTM, Perpustakaan
Sultanah Zanariah (PSZ), di atas segala bantuan yang diberikan sepanjang penyelidik
mendapatkan bahan rujukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah banyak memberi bantuan, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan projek
ini. Semoga mendapat keredhaan Ilahi.
Wassalam..
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perbandingan mengenai Nabi Isa menurut al
Quran dan al Kitab. Aspek yang dikaji adalah berkaitan ketuhanan, kematian dan
kebangkitan Nabi Isa. Kajian ini berbentuk kualitatif dan mengunakan metodologi
pensejarahan, dan perbandingan. Antara Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mendokumentasikan secara sistematik kepelbagaian pendapat tentang kematian dan
kebangkitan Nabi Isa menurut al Quran dan al Kitab. Dapatan kajian ini bagi aspek
kematian dan kebangkitan menurut al Quran adalah berdasarkan kepada faktor
pentafsiran. Manakala kedua-dua aspek kebangkitan dan kematian dalam al Kitab
menunjukkan secara terangan terdapat beberapa percanggahan dalam Gospel
Matthew, Luke, Mark dan John yang menjadi pegangan gereja-gereja dunia.
Manakala dari aspek ketuhanan Nabi Isa menurut al Kitab, tidak terdapat satu ayat
yang menunjukkan bahawa Nabi Isa mengakui tentang ketuhanan dirinya. Al Quran
menyanggah dan menyelar ajaran mempertuhankan Nabi Isa. Diharapkan kajian ini
dapat dimanfaatkan oleh Muslimin bagi menghadapi pendakwah Kristian dan dapat
menjadi panduan kepada pendakwah Muslim. Manakala harapan penulis kepada umat
Kristian, diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan untuk meneliti kembali ajaran
berdasarkan al Kitab yang dibawa oleh Paulus.
viii
ABSTRACT
This study is executed to find out about the comparison of Jesus according to the
Quran and Bible. Aspects of the review are related to divinity, death and resurrection
of Jesus. This qualitative study is using the methodology of historical and
comparative. The objectives of this study is to be documented systematically opinion
about the death and resurrection of Jesus according to the Quran and Bible. The result
of this study about the death and resurrection of the Quran is based on the factors of
interpretation by the scholars. Meanwhile, both the two aspects of death and
resurrection in the Bible shows clearly there is some contradictions in the Gospel
such as Matthew, Luke, Mark and John into the grip of the churches. The aspects of
the divine prophet of Jesus in Bible, there are many verses that show he no recognizes
the divinity of himself. The teaching of Quran is against the doctrine of divinity of
Jesus. It is expected that the study can be used by the Muslims herald and for the
Christian missionaries. It is hope that all the Christians use this study as the basis in
re-understanding the doctrine of Bible which brought by St. Paul.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii ISI KANDUNGAN ix SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian. 6 1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
x
1.8.1 Al Kitab 8 1.9 Kesimpulan 8
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 9 2.2 Kematian Nabi Isa a.s 12
2.2.1 Kematian nabi Isa a.s Menurut Versi al Quran 13
2.2.2 Kematian Nabi Isa Menurut Versi al Kitab 18
2.3 Kebangkitan Nabi Isa a.s 20
2.3.1 Kebangkitan Nabi Isa a.s Menurut al Quran 21
2.3.2 Kebangkitan Nabi Isa Menurut al Kitab 23
2.4 Ketuhanan Nabi Isa a.s 27
2.4.1 Sanggahan Quran 27
2.4.2 Tanggapan al Kitab 30
2.5 Paulus dan Konsep Triniti 32
2.6 Asal Usul Triniti Dan Faktor Kemunculan 34
2.7 Alasan-Alasan Mempertuhankan Isa a.s 36
xi
2.8 Kesimpulan 40
BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 41 3.2 Metode Pengumpulan Data 42 3.3 Metode Histori 42 3.4 Metode komparatif 44
3.5 Kesimpulan 46
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Kematian Nabi Isa a.s 47
4.2.1Kematian Nabi Isa a.s Menurut al Quran 48 4.2.2 Kematian Nabi Isa a.s Menurut al Kitab 54
4.3 Kebangkitan Nabi Isa a.s 63
4.3.1 Kebangkitan Nabi Isa a.s Menurut al Quran 63 4.3.2 Kebangkitan Nabi Isa a.s Menurut
Perspektif al Kitab 67
xii
4.4 Ketuhanan Nabi Isa a.s 74
4.4.1 Penolakan Ketuhanan Nabi Isa a.s Menurut Perspektif al Quran 74
4.4.2 Ketuhanan Nabi Isa a.s Menurut al Kitab 84
4.5 Kesimpulan 98
BAB V RUMUSAN
5.1 Pendahuluan 99
5.2 Rumusan 99
5.3 Kesimpulan 103 BIBLIOGRAFI 105 LAMPIRAN 111
xiii
SENARAI SINGKATAN
s.w.t subhanahu wa ta’ala
s.a.w salallah hu a’lai hi wasallam
a.s a’lai hissalam
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Keratan al Kitab (Bible) 112
B Autobiografi Kitab Suci 116
C Dataran Tinggi Penemuan ‘The Dead Sea Scrolls’ 117
D The Dead Sea Scrolls 118
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sepanjang sejarah penciptaan manusia di muka bumi ini, Allah telah mengutuskan
para Rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar dan mengabdikan diri hanya
kepada-Nya. Rasul-rasul tersebut membawa syariat yang berbeza tetapi dasar pengutusan
adalah sama. (Drs. Sidi Gazalba, Ilmu Islam Satu Asas Ajaran Islam: Perbahasan Ilmu
dan Filsafat Tentang Rukun Iman, 1978:46). Rasul-rasul yang datang kemudian bertindak
menyempurnakan ajaran para Rasul sebelumnya. Sorotan sejarah menunjukkan sebelum
tibanya Rasul bagi sesuatu kaum, masyarakat tersebut biasanya berada dalam keadaan
kacau-bilau, tidak berakhlak, berlakunya keruntuhan moral, melakukan penipuan dalam
ekonomi dan sebagainya.
Perkara yang sama berlaku sebelum pengutusan Nabi Isa a.s. Pada waktu tersebut
Bani Israil berada dalam keadaan melampaui batas undang-undang agama Tuhan.
Mereka mencampuri antara yang haram dan halal. Mereka juga tenggelam dalam nafsu
2
syahwat dan keduniaan. Kerosakan akhlak berleluasa dan perasaan ketuhanan luput dan
pupus dari masyarakat mereka. Untuk itu Allah mengutuskan Nabi Isa a.s bagi
menyambung kembali ajaran Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s
diberikan kitab Injil dan mukjizat-mukjizat sebagai tanda kenabiannya. (Asy-Syahrastani,
Al-Milal Wa Al-Nihal, 2005:201-202). Misi dakwah Nabi Isa hanya berlangsung tidak
lebih dari 3 tahun lamanya. (Muhammad ‘Ata Ur-Rahim, Jesus A Prophet Of Islam,
1980:31). Tetapi malangnya sedikit sahaja yang mengikut ajaran Nabi Isa a.s dan ramai
pula yang menentang. Nabi Isa a.s hampir-hampir dibunuh oleh Bani Israil. Dalam hal ini
masyarakat Kristian percaya Nabi Isa a.s mati di tiang salib. Bagaimanapun al Quran
menegaskan Nabi Isa a.s tidak disalib tetapi telah diangkat oleh Allah dan diselamatkan.
Melebihi lima abad lamanya umat manusia ketiadaan nabi sebagai pembimbing.
Mereka berada dalam keadaan terumbang-ambing. Zaman tiada pengutusan Rasul inilah
dinamakan zaman fatrah. Berlaku masa yang lama ini telah menyebabkan mereka
meninggalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Pelbagai penyelewengan yang
dilakukan kepada ajaran Taurat dan Injil yang asli. Mereka juga berada dalam keraguan
tentang beberapa perkara mengenai diri Nabi Isa a.s.
Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w pada tahun 570 Masihi menggantikan kekosongan
utusan Allah. Baginda diberikan al Quran al Karim sebagai risalah kenabian. Al Quran
menerangkan keraguan dan penyelewengan yang dilakukan oleh umat sebelumnya.
Dunia yang gelap tanpa petunjuk menjadi terang-benderang dengan sinar cahaya wahyu
ilahi yang disampaikan oleh Nabi Muhamad s.a.w Khatimul Anbiya’. Al Quran
membantah dan menyangkal penyelewengan ajaran Injil yang dibawa oleh pengikut-
pengikut Nabi Isa a.s. (Bey Arifin, Maryam Isa dan Muhamad, 1979:36).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Mariam binti Imran adalah wanita suci yang dipilih oleh Allah untuk
mengandungkan bayi yang dinamai Isa Ibnu Mariam yang akhirnya menjadi seorang nabi
bagi meneruskan ajaran Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s menyeru
kaumnya supaya meneruskan ajaran Taurat dan meninggalkan ajaran yang bertentangan
dengan ajaran Musa. Firman Allah dalam surah al Ma’idah, 5:46-47:
$ uΖø‹¤s% uρ #’ n?tã ΝÏδ Ì≈ rO# u™ © |¤ŠÏèÎ/ È⎦ø⌠ $# zΝtƒ ótΒ $]% Ïd‰|Á ãΒ $ yϑ Ïj9 t⎦ ÷⎫t/ Ïμ÷ƒ y‰tƒ z⎯ÏΒ Ïπ1 u‘ öθ −G9$# ( çμ≈oΨ ÷ s?# u™uρ Ÿ≅Š ÅgΥM}$#
ÏμŠ Ïù “ W‰èδ Ö‘θ çΡuρ $]% Ïd‰|Á ãΒ uρ $ yϑ Ïj9 t⎦ ÷⎫t/ Ïμ÷ƒ y‰tƒ z⎯ÏΒ Ïπ1 u‘ öθ −G9$# “ Y‰èδuρ Zπ sàÏã öθ tΒ uρ t⎦⎫É)−G ßϑ ù= Ïj9 ∩⊆∉∪
ö/ä3ós u‹ø9uρ ã≅÷δ r& È≅Š ÅgΥM}$# !$ yϑ Î/ tΑt“Ρr& ª!$# ÏμŠ Ïù 4 ⎯tΒ uρ óΟ©9 Νà6øt s† !$ yϑ Î/ tΑt“Ρr& ª!$# y7 Íׯ≈ s9'ρ é'sù ãΝèδ
šχθ à)Å¡≈ xø9$# ∩⊆∠∪
Terjemahannya: Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak
langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang
diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang
mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil
mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat,
serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak)
bertaqwa. Dan hendaklah ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
fasik.
4
Ada di kalangan penduduk yang memusuhi dakwah tersebut telah mengadu kepada
pemerintah pada masa itu dengan memfitnah Nabi Isa a.s sebagai pengganggu
ketenteraman awam. Mereka ingin menangkap Nabi Isa a.s dan membunuhnya.
Rancangan mereka dibantu oleh pengikut Nabi Isa a.s yang khianat bernama Yudas
Iskariot. Beliau telah mengetuai rombongan menangkap Nabi Isa a.s. Bagaimanapun
dengan izin Allah Nabi Isa a.s diselamatkan daripada kejahatan yang dirancangkan. Al
Quran menyebut tentang kegagalan rancangan mereka. Umat Islam yakin dengan firman
yang Allah turunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w bahawa Nabi Isa a.s tidak disalib. Al
Quran menyebut dalam surah al-Nisa’, 4:157:
öΝÎγ Ï9öθ s% uρ $̄ΡÎ) $ uΖù= tG s% yx‹Å¡pRùQ$# © |¤ŠÏã t⎦ ø⌠ $# zΝtƒ ótΒ tΑθ ß™ u‘ «!$# $ tΒ uρ çνθ è= tFs% $ tΒ uρ çνθ ç7n= |¹ ⎯Å3≈ s9uρ tμ Îm7ä© öΝçλm;
4 ¨βÎ)uρ t⎦⎪ Ï% ©!$# (#θ àn= tG ÷z $# Ïμ‹ Ïù ’ Å∀s9 7e7 x© çμ ÷ΖÏiΒ 4 $ tΒ Μçλm; ⎯Ïμ Î/ ô⎯ÏΒ AΟù= Ïæ ω Î) tí$ t7Ïo?$# Çd⎯©à9$# 4 $ tΒ uρ çνθ è= tFs%
$ KΖŠ É)tƒ ∩⊇∈∠∪
Terjemahannya: Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan:
"Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah".
Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang -
salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti
Nabi Isa), dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai
Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang
menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka
mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak
membunuhnya dengan yakin.
5
Ajaran Nabi Isa a.s yang sebenar telah diselewengkan oleh Paulus yang mendakwa
dirinya mendapat wahyu dari Nabi Isa a.s semasa perjalanan ke Damsyik. Dalam
karangan Dr. Maurice Bucaille, beliau berpendapat bahawa Paulus ádalah seorang yang
banyak dipersoalkan dan dianggap pengkhianat kepada ajaran Yesus. (Bible Quran Dan
Sains Moden, 1984:93). Al Kitab mengungkapkan kisah ini. Paulus telah merubah ajaran
Nabi Isa a.s dengan mengatakan Nabi Isa a.s mati di tiang salib disebabkan Allah
mengutuskan Anak Tunggal-Nya untuk menyelamatkan manusia dari dosa warisan yang
dilakukan oleh Adam dan Hawa yang memakan buah larangan dari sepohon pokok dalam
syurga. Keunikan kelahiran Nabi Isa a.s juga telah menyebabkan masyarakat Kristian
menganggapnya sebagai Anak Tuhan yang dititipkan dalam kandungan Mariam. Dari
sinilah timbulnya ajaran yang sangat bertentangan dengan kepercayaan ketuhanan
menurut Islam dan bertentangan dengan Taurat serta Injil yang asli. Doktrin Triniti
menjadi kepercayaan yang disepakati oleh gereja-gereja Kristian di seluruh dunia selepas
diadakan persidangan Nicea pada 325M. Persidangan tersebut telah menetapkan akidah
Triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruh Kudus.
Al Quran menyangkal bentuk kepercayaan tersebut dan menegaskan bahawa akidah
Triniti bukan ajaran sebenar Nabi Isa a.s. Manakala kebangkitan Nabi Isa a.s selepas hari
ketiga kematiannya adalah ajaran yang penting dalam doktrin Kristian. Konsep kematian
dan kebangkitan Nabi Isa a.s (Jesus) adalah aspek yang penting dalam membebaskan
manusia dari dibelenggu dosa warisan menurut kepercayaan Kristian.
1.3 Pernyataan Masalah
Salah faham tentang Nabi Isa a.s telah melahirkan ajaran Kristian yang berfahaman
dan mempercayai ketuhanan Nabi Isa a.s sebagai penyelamat yang dititipkan oleh Allah
Bapa dalam rahim Mariam. Bagi menyelamatkan manusia, Juru Selamat mestilah
6
mengorbankan dirinya di tiang salib. Kematian di tiang salib sebagai penebus dosa
manusia adalah satu pegangan yang amat sesat dan melampau menurut Islam. Isu kajian
yang dijalankan oleh penulis adalah tentang pandangan Nabi Isa dari perspektif al Quran
dan al Kitab yang merangkumi aspek ketuhanan, kematian dan kebangkitan. Sumber
rujukan yang berbeza telah menimbulkan perselisihan pendapat antara umat Islam dan
Kristian mengenai Nabi Isa a.s. Perbezaan tersebut menyebabkan dua agama ini tidak
sehaluan. Nabi Isa a.s dalam Islam hanya seorang nabi yang diutuskan oleh Allah untuk
menyambung perutusan para nabi sebelumnya. Tetapi ajaran Kristian mempercayai Nabi
Isa a.s adalah Anak Tuhan dan sekali gus adalah Tuhan dan timbulnya konsep Triniti
yang misteri.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengetahui aspek-aspek perbezaan mengenai kewafatan Nabi Isa a.s menurut
al Quran dan al Kitab.
1.4.2 Mengetahui perbezaan pandangan al Quran dan al Kitab tentang kebangkitan
Nabi Isa a.s sebelum kiamat.
1.4.3 Mengetahui perbezaan konsep ketuhanan Nabi Isa a.s menurut al Kitab dan
penolakan al Quran.
1.5 Persoalan Kajian
7
1.5.1 Apakah perbezaan yang ada dalam al Quran dan al Kitab berhubung
kewafatan Nabi Isa a.s?
1.5.2 Apakah pandangan al Quran dan al kitab tentang kebangkitan Nabi Isa a.s?
1.5.3 Apakah konsep ketuhanan Nabi Isa a.s menurut al Kitab dan penolakan al
Quran mengenainya?
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini berkepentingan antara lain;
1. Sebagai panduan kepada pendakwah Islam dalam usaha menghadapi gerakan
Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam .
2. Mendokumentasikan secara sistematik kepelbagaian pendapat tentang kematian
dan kebangkitan Nabi Isa a.s menurut al Quran dan al Kitab.
3. Sebagai rujukan kepada penganut Kristian supaya meneliti kembali kebenaran
sumber ajaran mengenai ketuhanan, kebangkitan dan kewafatan Nabi Isa a.s
berdasarkan kepada al Kitab atau Bible.
4. Sebagai satu usaha memperkayakan khazanah rujukan ilmiah untuk panduan para
penyelidik dalam bidang perbandingan agama.
1.7 Batasan Kajian
8
Kajian ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai Nabi Isa a.s dari aspek
perbezaan pandangan tentang kematian, kebangkitan dan ketuhanan Nabi Isa a.s menurut
al Quran dan al Kitab. Asas pentafsiran ayat-ayat al Quran dalam kajian ini bersumberkan
Tafsir Pimpinan al Rahman serta buku-buku yang membicarakan ketiga-tiga aspek
tersebut. Manakala al Kitab Berita Baik dirujuk sebagai sumber perbandingan mewakili
pandangan ajaran Kristian.
9
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Al kitab
Al Kitab Berita Baik adalah kitab dalam versi Bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh
The Bible Society Of Malaysia yang diterjemahkan pada tahun 2001. Al Kitab adalah
Kitab suci pegangan penganut yang beragama Kristian.
1.9 Kesimpulan
Bab ini mengemukakan pengenalan kepada kajian dengan diikuti latar belakang
masalah dan pernyataan masalah. Turut dinyatakan dalam bab ini ialah objektif kajian ini
dijalankan dengan memberikan persoalan kajian yang hendak dikaji serta kepentingan
kajian. Penulis turut membataskan kajian ini dalam skop kajian hanya mengenai
kematian, kebangkitan dan ketuhanan berkenaan Nabi Isa a.s.