60
1 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA 1.1 Zaman Prasejarah 1. Rajah di bawah menunjukkan tahap Zaman Prasejarah. (ms. 2 - 4) a) Apakah ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik? (ms. 2) hidup nomad / pinda-randah tinggal di tepi tasik / di tepi sungai / di dalam gua hidup dalam kelompok keluarga / secara berkumpulan memungut hasil hutan memburu binatang menangkap ikan alat-alat ciptaan mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni b) Nyatakan petempatan awal Zaman Paleolitik. (ms. 2) Lenggong, Perak Kota Tampan, Perak Tingkayu (Sabah) c) Apakah kegiatan ekonomi masyarakat Zaman Neolitik? (ms. 2-3) bercucuk tanam menternak binatang jual beli melalui sistem barter memungut hasil hutan memburu binatang menangkap ikan Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam

Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

1

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

1.1 Zaman Prasejarah

1. Rajah di bawah menunjukkan tahap Zaman Prasejarah. (ms. 2 - 4)

a) Apakah ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik? (ms. 2)

hidup nomad / pinda-randah

tinggal di tepi tasik / di tepi sungai / di dalam gua

hidup dalam kelompok keluarga / secara berkumpulan

memungut hasil hutan

memburu binatang

menangkap ikan

alat-alat ciptaan mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni

b) Nyatakan petempatan awal Zaman Paleolitik. (ms. 2)

Lenggong, Perak

Kota Tampan, Perak

Tingkayu (Sabah)

c) Apakah kegiatan ekonomi masyarakat Zaman Neolitik? (ms. 2-3)

bercucuk tanam

menternak binatang

jual beli melalui sistem barter

memungut hasil hutan

memburu binatang

menangkap ikan

Zaman Paleolitik

Zaman Mesolitik

Zaman Neolitik

Zaman Logam

Page 2: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

2

d) Nyatakan ciri-ciri peralatan Zaman Paleolitik. (ms. 2)

peralatan batu yang kasar

alatan batu mengutamakan fungsi daripada nilai estetika dan seni

e) Nyatakan ciri-ciri peralatan Zaman Neolitik. (ms.2)

peralatan batu dilicinkan untuk pelbagai fungsi

mencipta tembikar

melebur logam untuk membuat pelbagai alat

f) Nyatakan dua tahap Zaman Logam. (ms. 3)

Zaman Gangsa

Zaman Besi

g) Sebutkan kejayaan manusia Zaman Logam. (ms. 3-4)

berjaya mereka cipta perahu

berjaya mereka cipta rumah

meneroka lautan

meningkatkan kegiatan perdagangan maritim

mewujudkan petempatan besar

mewujudkan kota pertahanan

h) Mengikut pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan atau keistimewaan

masyarakat Zaman Logam berbanding dengan Zaman Paleolitik?

penggunaan alatan logam

membina rumah

membina perahu

menjalankan perdagangan maritim

hidup menetap / tidak hidup secara nomad

muncul petempatan besar

muncul kota pertahanan

petempatan berkembang menjadi negara kota

1.2 Maksud Tamadun

a) Apakah maksud tamadun mengikut bahasa Arab? (ms. 4)

berasal daripada perkataan mudun dan madain

mempunyai kaitan dengan perkataan madana

bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar

Page 3: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

3

b) Apakah maksud tamadun mengikut bahasa Inggeris? (ms. 4-5)

mempunyai persamaan dengan civilization

berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas

bermaksud bandar

tamadun boleh diertikan juga sebagai peradaban

c) Apakah maksud tamadun mengikut masyarakat Barat? (ms. 5)

tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah

dalam hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran

menurut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan

tamadun sesebuah masyarakat

Darrcy Riberio dan R.A. Buchanan menolak unsur rohaniah dan hanya menekankan

kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun

d) Apakah maksud tamadun menurut Islam? (ms. 5)

tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah

Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah

untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat

menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap kesusilaan yang

tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat

disokong oleh Richard Sullivan

e) Apakah maksud tamadun mengikut pandangan anda? (ms. 5)

konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti

kesenian dan pembinaan kota

tetapi mesti diringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral

1.3 Tamadun Hwang Ho

1. Peningkatan dalam sistem pemerintahan Tamadun Hwang Ho merupakan antara

faktor penting yang membawa kepada perkembangan tamadun tersebut.

a) Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam tamadun Hwang Ho. (ms. 31)

Dinasti Shang

sistem pemerintahan monarki / beraja

pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda / anak

lelaki raja

Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama

raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran

percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan

masyarakat percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan

menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana direstui tuhan.

Page 4: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

4

Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik

kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama

masyarakat Hwang Ho percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan

rakyat akan hidup makmur dan sejahtera / kan direstui tuhan

masyarakat percaya pemerintah Shang hilang mandat jika berlaku zalim

raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan

golongan bangsawan membantu mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran

golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayah

golongan bangsawan mewujudkan sistem pemerintahannya sendiri

contohnya pemungutan cukai, pertahanan dan undang-undang

Dinasti Chou

diketuai oleh raja

Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah

melantik pembesar tempatan mengendalikan setiap wilayah

Raja Chou dibantu ketua menteri dan

enam badan yang mengurus soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal

ehwal monarki dan undang-undang

pentadbiran peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal

Raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia

pembesar diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang

pembesar melindungi raja serta

memberikan bantuan tentera pada masa perang

pembesar diberi hak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan

b) Nyatakan sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada perkembangan dunia hari ini.

(ms. 32 - 33)

Dari segi politik

mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno

sistem pemerintahan monaki

diteruskan hingga zaman Dinasti Ching

gelaran raja ditukar kepada maharaja

konsep anak syurga / mandat dari syurga dikaitkan dengan raja / maharaja

amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20

Dari segi ekonomi

pembinaan sistem pengairan

prihatin terhadap pembangunan pertanian

terusan dibina

untuk mengairi kawasan pertanian

mengelakkan berlakunya banjir

kemajuan dalam teknologi pembajakan

penciptaan cangkul

sabit

Page 5: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

5

penggunaan batas untuk tujuan penanaman

alat pertanian kayu digantikan dengan besi

Sistem tulisan

masih digunakan orang Cina hingga hari ini

penggunaannya meluas

digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan

diajar di sekolah-sekolah di China

penggunaan oleh orang Korea dan Jepun

Sistem kepercayaan

pemujaan roh nenek moyang

unsur pemujaan sejak zaman Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa

unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan / duit kertas / barangan

perhiasan

konsep Yin dan Yang

Feng Hsui

Sistem kalendar

sistem kalendar diperkenalkan

30 hari sebulan / 360 hari setahun

Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai

kalendar digunakan untuk aktiviti harian / perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Falsafah Perang Sun Tzu

pengamalan falsafah perang Sun Tzu

Karya the Art of War dicetak dalam pelbagai bahasa

diaplikasi sebagai taktik dalam urusan perniagaan

c) Huraikan sistem organisasi sosial tamadun Hwang Ho. (ms. 30)

Lapisan paling atas

memperlihatkan golongan raja dan pembesar

diterajui oleh raja

Lapisan bawahan

terdiri daripada golongan petani (mendiami kawasan luar bandar dan kawasan di

sekeliling negara kota)

terdapat golongan artisan (mahir dalam teknologi gangsa seperti menghasilkan

senjata, perisai dan hiasan)

Page 6: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

6

Golongan paling bawah

hamba

d) Huraikan pengkhususan pekerjaan tamadun Hwang Ho. (ms. 30)

Peranan golongan pembesar

golongan tentera mempunyai tentera

iaitu tentera menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki

Peranan golongan petani

golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran

berperanan memenuhi keperluan golongan atasan

Peranan golongan artisan

golongan artisan mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman,

makanan, senjata dan barang tembikar

Peranan golongan hamba

golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan ,

membantu kerja-kerja perburuhan

untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan

d) Mengikut pengetahuan anda, bagaimanakah karya Sun Tzu (The Art of War) dapat

membantu dalam pencapaian kemerlangan diri? (ms. 33)

mengandungi strategi menangani musuh

taktik dalam urusan perniagaan

memupuk daya saing

memupuk semangat juang

memupuk semangat cinta akan diri

berani menghadapi cabaran

e) Berdasarkan kemajuan sektor pertanian tamadun Hwang Ho, nyatakan langkah-

langkah yang boleh diamalkan dalam membangunkan serta memajukan sektor

pertanian negara kita.

pilih pemimpin yang bijak untuk menguruskan sektor pertanian

membina sistem pengairan yang baik

gunakan benih yang bermutu / berkualita

gunakan baja yang bersesuaian

gunakan teknologi terkini / alat pertanian yang moden / jentera

Page 7: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

7

mengusahakan tanah yang terbiar

bantuan modal diberikan kepada petani

bantuan teknikal diberikan kepada petani

mewujudkan pasaran yang meluas

menggunaan teknik penanaman yang baik

memberikan khidmat nasihat

mengkomersialkan produk pertanian

(mana-mana jawapan yang munasabah)

Page 8: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

1

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

1.1 Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

a) Huraikan ciri-ciri pemerintahan negara kota Athens sebelum sistem demokrasi

diperkenalkan. (ms. 42-43)

Athens menganalkan sistem beraja dengan raja dibantu konsul

raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama

kuasa raja merosot apabila konsul terdiri daripada golongan kaya yang menguasai

pemerintahan

sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki

daripada kalangan konsul lahir pula golongan aristrokrat yang kuat

pemerintahan oleh golongan aristokrat dinamakan aristrokrasi

menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat

muncul golongan yang menuntut hak

menyebabkan berlaku rampasan kuasa

membawa kepada pemerintahan bentuk tirani oleh diktator

lahir sistem demokrasi

b) Terangkan sistem demokrasi di Athens. (ms. 43)

terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis

semua warganegara lelaki diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan

antara enam bulan hingga setahun

Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan

setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan

segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis

ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan

Dewan mempunyai kuasa penuh keatas ketiga-tiganya

sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang

berkuasa mutlak

sistem ini diwarisi oleh hampir semua negara di dunia pada hari ini

c) Huraikan sistem pemerintahan yang diamalkan di Sparta. (ms. 43)

mengamalkan sistem pemerintahan tentera

sistem pertahanan diberikan perhatian yang penting

anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik

sistem latihan ini menyebabkan Sparta melahirkan tentera yang mempunyai

semangat patriotik yang tinggi lagi handal

Page 9: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

2

Tamadun Rom

d) Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan republik tamadun Rom. (ms. 43-44)

Rom membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M.

tiada pemerintah berkuasa mutlak

kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat

untuk sesuatu tempoh

tidak ada yang lebih berkuasa

konsul dibantu Dewan Snat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi

membincang hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan

sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah

praeotor, iaitu pemerintah tentera

di bawah Dewan Senat, ialah Dewan Perhimpunan yang yang diwakili oleh semua

rakyat Rom

segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan

untuk diluluskan

e) Terangkan sistem pemerintahan empayar dalam tamadun Rom. (ms. 44)

Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar

Rom mencapai taraf empayar setelah meluasan kuasanya ke Macedonia, Yunani,

Syam, Mesir, Perancis, Britannia dan beberapa kawasn di Jerman

membentuk sistem pentadbiran berpusat iaitu penyatuan wilayah-wilayah kecil

yang ditaklukinya

Julius Caesar menamatkan sistem republik dan menjadi diktator

beliau menguasai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran

maharaja

gelaran ini diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M.

Augustus berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom

wujud keamanan yang kekal selama 200 tahun

semasa kegemilangan ini digelar Pax Romana yang merupakan zaman

kegemilangan Rom

membawa keamanan dan kesejahteraan daripada pelbagai bangsa dalam tiga

benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah

f) Apakah Pax Ramona? (ms. 44)

keamanan dan keagungan empayar Rom selama 200 tahun

zaman kegemilangan semasa pemerintahan Maharaja Augustus

Page 10: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

3

1.2 Perundangan

Tamadun Yunani

a) Huraikan sistem perundangan tamadun Yunani. (ms. 46)

Dewan Perhimpunan menggubal undang-undang

kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republik

menurut Plato, negeri harus diperintah oleh ahli falsafah

mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang

Tamadun Rom

b) Huraikan sistem perundangan tamadun Rom. (ms. 46)

undang-undang bertulis

undang-undang pertama – Hukum Kanun 12

• dipahat pada kayu

• dikenali Papan Dua Belas

• diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat

• digubal pada Zaman Republik

Kod undang-undang Rom

• terlalu banyak undang-undang

• Maharaja Justinian mengulkan dan membukukan undang-undang

• dikenali Undang-Undang Justinian

• intipati undang-undang kekal hingga kini

Undang-undang Rom terdiri tiga cabang

• undang-undang sivil

• undang-undang rakyat

• undang-undang natural

prinsip-prinsip undang-undang Rom

• semua manusia sama di sisi undang-undang

• keadilan terhadap setiap individu

• seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah

• hukuman berasaskan bukti yang kukuh

Tamadun India

c) Huraikan sistem perundangan tamadun India. (ms. 46-47)

Kitab Dharma Sastra

• kitab undang-undang Hindu tertua

• raja memelihara kesucian undang-undang

• segala kesalahan dikenakan denda

• denda berdasarkan serius kesalahan

• golongan Brahmin mahir tentang hokum-hakam keagamaan

Page 11: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

4

Zaman Dinasti Maurya

• undang-undang disampaikan melalui titah dan perintah diraja

• titah perintah diukir pada tiang batu

• didirikan di tepi jalan untuk dibaca oleh rakyat

• dikenali sebagai Tiang Asoka

• berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat

• pemerintahan adil

• raja diumpamakan bapa

• larangan penyembelihan haiwan dalam upacara korban

Tamadun China

d) Huraikan sistem perundangan tamadun China. (ms. 47)

Berteraskan dua prinsip

• hukuman berat

• bercorak kolektif

Berteraskan falsafah legalisme

• digubal oleh ahli falsafah, Han Fei Tzu

• undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia

• dalam menjalankan undang-undang tidak wujud rasa kasihan

• undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara

• bagi membendung tindakan liar manusia

• raja mesti memiliki kuasa utuh

Bertentangan dengan undang-undang yang berasaskan ajaran Confucius

• menekankan keperluan raja mempunyai budi pekerti yang baik

• menjaga keharmonian masyarakat

1.3 Perluasan Kuasa

Tamadun Yunani

a) Namakan tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di

Yunani. (ms. 48)

Philip II

Alexander the Great

b) Sebutkan kawasan yang dikuasai oleh Alexander the Great. (ms. 48)

Parsi

Mesir

Turkistan

Samarkand

Page 12: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

5

c) Sebutkan kesan perluasan kuasa tamadun Yunani. (ms. 48)

penyebaran kebudayaan Hellenistik ke empayar Yunani

campuran kebudayaan Yunani, Parsi dan timur

menyatukan Yunani

menakluk Parsi, Mesir, Turlistan dan Samarkhand

Tamadun Rom

a) Namakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di Rom.

(ms. 49)

Augustus Caeser

b) Nyatakan negara atau kawasan yang terdapat dalam empayar Rom semasa

perluasan kuasa zaman pemerintahan Augustus Caesar. (ms. 49)

Britain

Sepanyol

kawasan Sungai Rhine

Danube

Laut Hitam

Pergunungan Atlas

Afrika Utara

Macedonia

sebahagian Turki

Palestin

Tamadun India

a) Namakan tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di

India. (ms. 49)

Chandragupta Maurya

Asoka

Bindusara

b) Apakah cara perluasan kuasa Chandragupta Maurya di India?

tentera yang besar

600 ekor gajah

1000 orang tentera berkuda

10 000 infantri

Page 13: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

6

c) Apakah kawasan yang dikuasai Chandragupta Maurya? (ms. 49)

kuasai India Utara

Punjab

Seleucid di Syria

d) Nyatakan kejayaan Bindusara. (ms. 49)

menguasai Mysore di selatan India

e) Nyatakan cara-cara perluasan kuasa Asoka di India. (ms. 49)

tidak menekankan kekuatan tentera

menggunakan dasar lemah lembut / terbuka

memberikan penekanan kepada agama Buddha

menekan kemajuan sosial

f) Senaraikan kesan akibat peristiwa Perang Kalinga semasa pemerintahan Asoka.

(ms. 45)

100 000 tentera mati

150 000 tentera cedera

kejayaan menyatukan India

menyedarkan Asoka bahawa peperangan membawa kematian

Asoka memeluk agama Buddha

taktik perang bertukar dasar yang lembut

Tamadun China

a) Namakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di China.

(ms. 49)

Shih Huang Ti

b) Apakah kejayaan Shih Huang Ti? (ms. 49)

menyatukan seluruh China

c) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Shih Hwang Ti untuk menyatukan

seluruh kecil di China? (ms. 49 - 50)

memerintah secara autokratik iaitu tegas dan mutlak

menghapuskan kuasa golongan bangsawan

dengan melantik gabenor / panglima tentera untuk mentadbir

Page 14: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

7

mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi mempertahankan empayar

China daripada serangan orang gasar

d) Mengikut pandangan anda, mengapakah perluasan kuasa tidak harus digalakkan

pada masa ini?

mengelakkan kematian / pengorbanan nyawa

mengelakkan kemusnahan alam

mengelakkan kemusnahan harta benda

menjamin keamanan sejagat

mewujudkan kesejahteraan hidup

menghormati kedaulatan / kemerdekaan negara lain

menghormati hak asasi manusia

mengelakkan persaingan senjata

(mana-mana jawapan yang munasabah)

EKONOMI

1.4 Perdagangan Tamadun India

Aktiviti perdagangan tamadun India yang melibatkan perdagangan dalaman dan

perdagangan luaran mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak abad ke-3 SM .

a) Nyatakan jenis barang dagangan yang diperdagangkan di peringkat dalaman

tamadun India pada masa tersebut. (ms. 51)

senjata

gading gajah

emas

berlian

mutiara

b) Perkembangan pesat sektor ekonomi telah merangsangkan kewujudan persatuan

perdagangan dan perusahaan di setiap bandar iaitu sresthin

Nyatakan matlamat sresthin. (ms. 51)

mengawal harga

mengawal kualiti barangan

gaji pekerja

Page 15: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

8

c) Senaraikan hasil yang diperolehi oleh pedagang India dari Alam Melayu dan

China pada zaman Gupta. (ms. 52)

(i) Hasil dari Alam Melayu

rempah

bedak wangi

gading gajah

besi

(ii) Hasil dari China

tekstil

tembikar

barang kaca

minyak wangi

d) Mengapakah ekonomi Tamadun India berkembang dengan pesat pada abad ke-3

S.M.?

(ms. 51 - 52)

perdagangan dalam di wilayah India

perdagangan dengan negara luar seperti Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia

Tenggara dan China

terdapat pelabuhan penting seperti Tamralitpi / Ghantashala / Kadura (di bahagian

timur) serta Broach / Chaul / Kalyan / Cambay (di bahagian Barat)

wujud persatuan perdagangan dan perusahaan / Sresthin

Persatuan tukang kayu / Persatuan Tukang logam / Persatuan tukang kulit

mengawal harga / kualiti barangan / gaji pekerja

undang-undang digubal untuk mengawal persatuan

Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang

mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli

dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik

perkembangan sektor perusahaan pengeluaran tekstil / kain kapas / sutera

terdapat perusahaan barang kemas seperti emas / batu permata / mutiara

pelbagai jenis culai dikenakan terhadap hasil perdagangan / hasil pertanian / hasil

buah-buahan

perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom dan Sri

Lanka

e) Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India. (ms. 51 - 52 )

melibatkan perdagangan dalaman dan perdagangan luaran

pusat perdagangan penting Anga / Kalinga / Karusa

menghasilkan senjata / gading gajah / emas / berlian / mutiara

hubungan perdagangan dengan negara luar melalui hubungan antara kerajaan

Page 16: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

9

Maurya dengan Macedonia / Sri Langka / rantau asia Tengah / Asia Tenggara

pelabuhan pentingnya termasuk Tamralipti / Ghantashala / Kadura / Broach /

Chaul / Kalyan dan Cambay

perkembangan ekonomi pesat merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan

perusahaan / sresthin di setiap bandar

termasuk persatuan tukang kayu / tukang logam / tukang kulit

matlamat persatuan ialah mengawal harga

kualiti barangan

gaji pekerja

undang-undang digubal untuk mengawal persatuan

pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja

mata wang digunakan sebagai medium jual beli

Zaman Gupta, mata wang emas digunakan

melaksanakan dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik

perkembangan sejak zaman Maurya asngat disokong oleh perkembangan dalam

sektor perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil / kain kapas / sutera

perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares

terdapat perusahaan berasaskan barangan emas / mutiara / batu permata

sejak Zaman Maurya, pelbagai cukai dikenakan

terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil pertanian / hasil buah

buahan

cukai untuk menyara anggota tentera / para pentadbir / raja

perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang sejak

tahun 100 M

pedagang India memperoleh hasil seperti rempah / bedak wangi / gading gajah /

besi dari Alam Melayu

tekstil / tembikar / barang kaca / minyak wangi dari China

perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka turut berkembang

f) Sebagai seorang pemimpin negara, bagaimana anda boleh membantu meningkatkan

perkembangan ekonomi negara dengan pesat?

bersikap inovatif

bersikap kreatif

meneliti dan menghayati perubahan / kemajuan yang telah berlaku dalam

masyarakat lampau

meneliti dan mempelajari perubahan / kemajuan yang telah berlaku dalam negara

lain di dunia

menjadi pemerintah yang berwibawa

mewujudkan keamanan di negara

memastikan wujudnya perpaduan

( mana-mana jawapan yang munasabah)

Page 17: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

10

Peningkatan Sosial

1.5 Pendidikan

Tamadun Yunani

a) Huraikan sistem pendidikan tamadun Yunani. (ms. 53-54)

i) Pendidikan di Athens

melahirkan manusia yang seimbang pencapaian dari sudut rohani dan

jasmani

manusia yang cemerlang dapat memenuhi tuntutan mental dan fzikal

memberikan sumbangan kepada kecemerlangan hidup

menitikberatkan pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato,

membaca, menghafal dan menulis

ii) Pendidikan di Sparta

melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada

negara kotanya

mementingkan latihan fizikal berbanding pendidikan mental

mementingkan kemahiran menggunakan senjata

b) Namakan cendekiawan (sejarawan dan pemikir bidang sains dan teknologi)

Yunani. (ms. 54)

(i) Sejarawan

Thucydides

Herodotus

(ii) Pemikir bidang sains dan teknologi

Thales

Anaximander

Heraclitus

Anaxagoras

Tamadun Rom

a) Huraikan sistem pendidikan di tamadun Rom. (ms. 54)

menekankan aplikasi ilmu yang praktikal

mekankan semangat setia kepada Rom

Page 18: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

11

banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani

pusat pendidikan dan ilmu berkembang pesat di bandar-bandar

melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan

raya

melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang menulis kegemilangan Rom

Tamadun India

a) Jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun Indus. (ms. 54 - 55 )

peningkatan bidang penndidikan bermula pada Zaman Vedik

pendidikan mementingkan keagamaan / tumpuan pendidikan adalah agama

agama Hindu menjadi terasnya

pendidikan didominasi oleh kaum lelaki

kaum wanita tiada peluang untuk menerima pendidikan

pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda

bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting

menggunakan kaedah hafalan

pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha

menyediakan manusia untuk menghadapi hari selepas mati

hukum agama harus dipelajari

supaya hidup sempurna dengan nilai-nilai agama yang diajar

pendidikan tinggi diberi di Kolej Brahman

sebelum itu, pendidikan diberi di istana dandi rumah

abad ke-4, lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda

untuk capai taraf sebagai Brahmin, perlu hafal pelbagai buku agama / khususnya

Veda

harus mempelajari karya saintifik dan falsafah

pendidikan adalah untuk meningkatkan ilmu sains

pendidikan bertujuan menambahkan ilmu

mengatasi buta huruf

mendapat jawatan dalam pemerintahan

c) Nyatakan cadangan bagaimana anda membolehkan membantu Malaysia

mencapai status negara maju.

bersikap inovatif

bersikap kreatif

menambahkan ilmu pengetahuan

mementingkan keamanan / kesejahteraan negara

mewujudkan perpaduan / keharmonian

mendokong / menyokong segala usaha kerajaan memajukan negara

meningkatkan kemahiran IT

membaiki kehidupan sendiri / meningkatkan kehidupan sedia ada

Page 19: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

12

melantik pemimpin yang berkaliber

menjadi seorang pemimpin yang berwibawa

mengelakkan diri daripada perbuatan jenayah

( mana-mana jawapan yang munasabah)

1.6 Sumbangan Tamadun

Tamadun Yunani

a) Apakah sumbangan tamadun Yunani kepada tamadun hari ini dari aspek

pentadbiran ? (ms. 63-64)

mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi

rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik

rakyat terlibat dalam pembentukan kerajaan

disifatkan sebagai kerajaan rakyat

diamalkan seperti di Malaysia, berbentuk demokrasi berparlimen

Tamadun Rom

b) Apakah sumbangan tamadun Rom kepada tamadun hari ini dari aspek pentadbiran?

(ms. 64)

mewariskan sistem republik

perlantikan dua orang konsul bertujuan untuk mengimbangi kuasa

konsul dibantu oleh Dewan Senat

Dewan Senat dibantu Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat

mengandungi unsur demokrasi

rakyat terlibat dalam proses pemilihan presiden

diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan

c) Apakah sumbangan tamadun Yunani, Rom, India dan China dari aspek sains dan

teknologi kepada peradaban dunia? (ms. 64)

teknologi pembinaan aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar China, Stupa

di Sanchi, candi dan pagada.

perkembangan bidang matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina

teori matematik seperti Teorem Pythagoras dan Teori Archimedes masih

digunakan

teknologi membuat kertas dan tembikar dari China

tamadun China mewariskan sistem kalender

Dinasti Han memperkenalkan tenggala, batas tanaman, kolar kuda, pengisar

tanah, sistem tanaman berglir dan pertanian teres

perubatan tradisional China dan fisiologi India

Page 20: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

13

d) Apakah sumbangan tamadun Yunani, Rom, India dan China dari aspek sosial

kepada peradaban dunia? (ms. 64)

Tamadun Yunani

kelahiran ahli falsafah seperti Aristotle, Socrates dan Plato

hasil sastera seperti Iliad dan Odyssey dijadikan rujukan

sukan Olimpik diperkenalkan

pertandingan diadakan di Olympia

pertandingan antara negara kota empat tahun sekali

untuk memperingati Tuhan Zeus

negara kota bersaing seperti Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos

perbezaan dengan sukan Olimpik moden ialah bilangan peserta, tujuan dan tempat

diadakan

Tamadun Rom

stoisisme masih dijadikan rujukan

bahasa Latin menjadi bahasa agama Kristian dan kesusasteraan

Tamadun India

mewariskan agama Hindu

hasil sastera Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan

bahasa sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha

Tamadun China

mewariskan agama Buddha, Confucianisme dan Taoisme hinga kini

ilmu falsafah seperti legalisme

meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia

kisah perjalanan dan maklumat geografi yang digunakan sebagai sumber sejarah

1.7 Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia

a) Namakan kitab bagi agama-agama berikut. (ms 65 - 67)

Agama Hindu - Veda

Agama Buddha - Tripitaka

Agama Kristian - Old Testament dan New Testament

Agama Islam - Al-Quran

Taoisme - Tao Te Ching

Page 21: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

14

b) Siapakah pengasas bagi agama-agama berikut. ( ms. 65 - 68)

Agama Hindu - Tiada pengasas

Agama Buddha - Siddharta Gautama

Agama Kristian - Jesus Christ

Agama Islam - Diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Taoisme - Lao Tze

Confucianisme - Confucius

c) Berikan nama tuhan-tuhan yang mempunyai fungsi utama dalam agama Hindu?

(ms. 65)

Brahma

Vishnu

Siva

d) Nyatakan prinsip-prinsip moral tinggi yang ditekankan dalam ajaran

Confucianisme. (ms. 67)

perikemanusiaan / ren

kesusilaan / li

ketaatan kepada ibu bapa / xiao

e) Berikan kebenaran mulia dalam agama Buddha? (ms. 66)

dukka / penderitaan

samudaya / sebab penderitaan

nirodha / nafsu yang membawa penderitaan

marga / cara memadamkan nafsu dan keinginannya

f) Sebutkan teras yang tedapat dalam agama Islam. (ms. 67)

akidah

syariah

g) Nyatakan satu kandungan bagi setiap rukun yang diberikan dibawah mengikut

agama Islam. (ms. 67)

i) Rukun Iman

percaya kepada Allah s.w.t.

percaya kepada malaikat

percaya kepada kitab-kitab

percaya kepada para nabi dan rasul

percaya kepada hari kiamat

percaya kepada qadha dan qadar

Page 22: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

15

ii) Rukun Islam

pengakuan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad

itu pesuruh Allah

wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam

wajib berzakat

wajib berpuasa pada bulan Ramadhan

menunaikan fardu haju di Makkah bagi yang mampu

(h) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan agama?

mendisiplinkan sesorang

membentuk perilaku seseorang

menjamin keamanan

mengelakkan kejadian jenayah

mewujudan keluarga bahagia

(mana-mana jawapan yang munasabah)

Page 23: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 3: KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA

Kemunculan Kerajaan-kerajaan Awal Asia Tenggara

3.1 Ciri-ciri Kerajaan Agraria

1 Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Agraria. ms 75

Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian / penternakan dan

pemungutan hasil hutan dan sungai.

2 Terangkan ciri-ciri Kerajaan Agraria ms 75

Berasaskan pertanian / penternakan / dan pemungutan hasil hutan dan sungai.

Terletak di kawasan yang subur / lembah sungai / bukit dan lereng gunug berapi.

Menanam padi huma di tanah tinggi / bukit

Tanaman sampingan seperti jagung / pisang / keledek / sayur-sayuran

Hasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih / lada hitam

Mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu / kapur barus / tanduk / gading / dammar /

kayu cendana / buah-buahan

Sarang burung dari gua untuk perdagangan

Kegiatan menangkap ikan di sawah / paya / sungai

Mendapatkan kulit kura-kura

Menternak binatang sperti lembu / kerbau / kambing / ayam

Lebihan hasil tanaman dan ternakan dipasarkan

Perkembangan pertanian dipengaruhi oleh pembinaan sistem saliran yang baik

Raja terlibat dalam pembinaan pengairan dan kerajaan bertanggungjawab dalam

pengurusan sistem pengairan.

3.2 Faktor kejayaan Kerajaan Angkor dan Funan dalam bidang pertanian

1 Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian dalam

kerajaan Angkor. ms 76-77

Pembinaan sistem pengairan / baray

Peranan pemerintah

Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pembinaan system pengairan

Pemerintahan Raja Indravarman I telah membina sistem pengairan / baray

Tanah yang subur

Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun

Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Sungai Mekong

Page 24: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

2 Jelaskan kepentingan Tonle Sap kepada kerajaan agraria. ms 77

Mengawal banjir

Menampung limpahan air banjir Sungai Mekong

Tanah yang subur

Mendapan lumpur yang subur pada musim kemarau

Punca bekalan air

Membekal sumber air minuman

Membekalkan air untuk terusan / sistem pengairan

Punca air untuk mengairi sawah / kawasan pertanian

3 Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada kemajuan yang dicapai oleh kerajaan

agraria demi memajukan sektor pertanian negara kita?

Mempunyai kecekalan

Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur

Menguasai alam sekitar

Jangan mudah berputus asa

Manfaat setiap kurniaan Tuhan

3.3 Ciri-ciri Kerajaan Maritim

1 Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Maritim? ms 75

Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan / kelautan

Kerajaan yang berfungsi sebagai pelabuhan

2 Namakan kerajaan-kerajaan Maritim di Asia Tenggara. ms 75

Langkasuka

Kedah Tua / Kataha

Chih Tu

Srivijaya

3 Terangkan ciri-ciri Kerajaan Maritim ms 75

Berasaskan perdagangan / kelautan

Berfungsi sebagai pelabuhan

Berhampiran pesisiran pantai / lembah / kepulauan

Pelabuhan pembekal berkembang kepada pelabuhan kerajaan

Page 25: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dengan China dan India

Penduduknya orang tempatan / orang laut / pedagang luar

Menggunakan lebih daripada satu bahasa

Bahasa Melayu lingua franca

Pelabuhan lengkap / membaiki kapal / penyimpanan barang / penginapan / tempat

berdagang / air / makanan

Kemahiran membuat kapal layar / perahu

Barang dagangan seperti rempah ratus / damar / rotan / beras / emas / bijih timah

3.4 Faktor kemajuan perdagangan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua

1 Nyatakan faktor perkembangan kerajaan Srivijaya. ms 80-81

Tentera laut yang besar

mengawal perdagangan

mengawal keselamatan

Kedudukan strategik

tempat persinggahan kapal dagang

Kaya hasil dagangan

Pelabuhan yang baik

Menghasilkan kapal besar

Kemudahan mendapat makanan

Pengurusan pelabuhan yang cekap

2 Jelaskan faktor perkembangan kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan.

ms 81-82

Gunung Jerai menjadi panduan

Kedudukan strategik

terlindung daripada tiupan angin monsun

Kemudahan tempat menyimpan barang / gudang

Kekayaan hasil hutan seperti damar dan rotan

kekayaan sumber bumi seperti timah

Barang dagangan luar seperti kain kapas, sutera, teh

Mahir ilmu bintang / pelayaran

Pelabuhan entrpot Lembah Bujang

Gunung Jerai sebagai panduan

Page 26: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

3 Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah peranan anda dalam memajukan

ekonomi negara?

bekerjasama

mengekalkan perpaduan

meningkatkan ilmu pengetahuan

bersifat kreatif dan inovatif

berdaya saing

membeli barangan buatan Malaysia

mahir dalam teknologi

menjalin hubungan diplomatik

4 Sebagai seorang pelajar, apakah nilai-nilai positif yang boleh diambil daripada

kemajuan yang dicapai oleh kerajaan maritim?

Kemahiran belayar

Keberanian

Semangat meneroka

Menceburi bidang perdagangan laut

Menghayati tradisi pelaut

Tidak mudah berputus asa

3.5 Hubungan kerajaan agraria dan maritim yang saling bergantung

1 Kenapakah kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung dalam kerajaan

awal di Asia Tenggara? ms 83

Kerajaan agraria membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritime

Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan

mewah dari luar negara seperti China dan India

Kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk memasarkan barangan mereka

Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan beras

Beras menjadi dagangan utama kerajaan agraria dan kerajaan maritime

Kerajaan maritim mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal

Kerajaan maritim memperolehi gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja

Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-tukang

yang mahir seperti tukang kayu dan tukang batu

Kerajaan maritim menjalankan perdagangan entrepot, bergantung kepada kerajaan

agraria bagi mendapatkan hasil hutan

Page 27: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

3.6 Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

1 Nyatakan cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara ms 84

melalui ketenteraan / ksyatria

melalui perdagangan / vaisya

melalui peranan Brahmin / pendeta

melalui pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik

disesuai dengan budaya tempatan

3.7 Pengaruh Hindu-Buddha dalam pemerintahan di Asia Tenggara

1 Nyatakan pengaruh Hindu-Buddha dalam pemerintahan di Asia Tenggara.

ms 85-88

Sistem pemerintahan beraja

Gelaran raja digunakan

Raja berada di puncak pemerintahan

Raja berkuasa mutlak

perintah raja menjadi undang-undang

raja bayangan tuhan

yang melanggar perintah bermakna derhaka

lahir konsep dewa raja

raja memiliki kesaktian

raja mempunyai kedaulatan

istiadat pertabalan raja

Konsep orde kosmos / raja berkuasa dalam alam semesta

3.8 Pengaruh Hindu-Buddha dalam seni bina candi di Asia Tenggara.

1 Mengapakah pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi? ms 88

untuk rumah ibadat agama Hindu-Buddha

untuk simpan patung dewa

melambangkan keagungan pemerintah

melambangkan kesenian

melambangkan orde kosmos

tempat menyimpan abu jenazah raja dan kaum keluarganya

Page 28: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

2 Namakan monumen yang ada pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara. ms 88

Angkor Wat di Kemboja

Candi Borobudur di Jawa Tengah

Candi Lembah Bujang di Kedah

3 Nyatakan ciri-ciri seni bina Angkor Wat yang ditemui pada zaman awal di Asia

Tenggara ms 89

Dibina untuk agama Hindu di Kemboja

Raja Sauyavarman II membina Angkor Wat

Lambang orde kosmos

Setinggi 213 meter

Keluasan 208 hektar

Tempat pemujaan pada bahagian tengah setinggi 39 meter / teres bertingkat empat

Setiap sudut mempunyai menara

Bahagian luar terdapat tembok daripada batu laterit dan batu pasir

Ukiran di dinding menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata

4 Jelaskan ciri-ciri seni bina candi Borobudur. ms 90

Untuk agama Mahayana di Jawa Tengah

Sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha

Tingkat pertama terdapat ukiran kehidupan Gautama Buddha

Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas daripada

nafsu

Stupa candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat

Melambangkan tiga tahap kehidupan

Sila (moral) / Samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan)

Dibina dalam masa 75 tahun

5 Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara senibina

berunsur sejarah?

Pelancongan

kepentingan ekonomi

sumber sejarah

warisan budaya

lambang kesenian

kebanggaan Negara dan bangsa

Page 29: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

3.8 Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap bahasa dan kesusasteraan di Asia Tenggara

1 Apakah kepentingan bahasa Sanskrit? ms 93

meningkatkan pencapaian intelek masyarakat

mengandungi maklumat tentang agama/ pemerintahan/ raja/ undang-undang/

pemberitahuan amaran raja

merupakan bahasa keagamaan

diserap ke bahasa Melayu

diguna untuk menulis epik Hindu/ kesusasteraan

bahasa ilmu

bahasa komunikasi

bahasa pemerintah

2 Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang kesusasteraan pada zaman

kerajaan awal di Asia Tenggara ms 89

unsur mitos dalam kesusasteraan klasik kesan daripada epik Ramayana / Mahabharata /

Puranas

Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama / Sutasoma /

Arjunwiwaha / kunjarkarna

Mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit

Melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa

Lima / Hikayat Pendawa Jaya / Hikayat Sang Samba

Hikayat Seri Rama kesan daripada epik Ramayana

3 Apakah maklumat yang tercatat pada batu bersurat? Ms 92

pemerintahan raja

arahan raja

undang-undang

amaran raja

Page 30: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

DI MAKKAH

4.1 Cara Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam di Makkah

1 Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di Makkah? ms 108-109

Secara rahsia

Selama tiga tahun

Kepada ahli keluarga / sahabat yang rapat / kaum kerabat

Sering berlaku peperangan antara kabilah

Melalui sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy telah

memeluk Islam

Rumah al-Arqam pusat kegiatan untuk menyebarkan Islam

Ketinggian akhlak nabi dan kejujuran para sahabat, dakwah Islamiah mendapat sambutan

Secara terbuka

Kepada keluarga Abu Mutalib, sahabat dan orang ramai

Ceramah di rumah Ali bin Abu Talib

Dakwah secara terbuka di Bukit Safa

Dihadiri ketua pentadbir kota Makkah

4.2 Rasional Nabi Muhammad s.a.w menggunakan dakwah secara rahsia

1 Apakah rasional Nabi Muhammad s.a.w memilih strategi dakwah Islam secara rahsia

pada peringkat awal penyebaran Islam? ms 109

Islam masih baru dikenali

Penganut Islam masih kecil

Mengelak penentangan yang boleh menghancurkan asas Islam

Mengelak penganut Islam diseksa dan ditindas

Strategi penyebaran Islam

Page 31: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

4.3 Tokoh awal yang memeluk Islam

1 Senaraikan tokoh yang terawal memeluk Islam ms 109

Isteri Nabi Muhammad s.a.w / Siti Khadijah binti Khuwalid

Anak angkat Nabi / Zaid bin Harithah

Sahabat Nabi / Abu Bakar al-siddiq / Uthman bin Affan / Zubair al-Awam / Arqam bin

Abu Arqam

Kanak-kanak / Ali bin Abi Talib

Golongan hamba / Bilal bin Rabah / keluarga Yasir / Amir bin Fuhairah / Zunainah

4.4 Usaha orang Arab Quraisy menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w

1 Apakah usaha orang Arab Quraisy menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w

ms 112

Mengejek Islam melalui puisi

Tohmahan dan tuduhan terhadap Nabi Muhammad saw

Memujuk Nabi Muhammad saw meninggalkan dakwah Islamiah

Tawaran kedudukan / wanita cantik /harta kekayaan

Pemulauan terhadap nabi dan keluarga baginda selama tiga tahun

Menulis pernyataan pemulauan

Menggantung pernyataan pemulauan di Kaabah

Meletakkan benda kotor di tengkok nabi ketika baginda bersolat

Ancaman bunuh terhadap nabi

4.5 Langkah Nabi Muhammad s.a.w menghadapi cabaran

1 Apakah strategi Nabi Muhammad s.a.w menghadapi tekanan orang Arab Quraisy

Makkah ms 112-113

Membenarkan umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapat perlindungan

Nabi Muhammad saw tidak berhijrah ke Habsyah kerana menumpukan dakwah di

Makkah

Merancang berhijrah ke Taif bersama Zaid bin Harithah

Menyebarkan Islam ke tempat baru

Tidak mudah berputus asa dengan cabaran

Bersabar, cekal, tidak mudah mengalah untuk mengatasi tentangan Arab Quraisy

Berhijrah ke Madinah

Page 32: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

1 Perjanjian Aqabah pertama dan kedua berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dengan orang

Arab Madinah.

a) Nyatakan perkara yang terkandung dalam Perjanjian Aqabah Pertama (ms 118)

Suku Aus dan Kharaj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul

Berjanji akan membantu perjuangan Nabi

Tidak akan melakukan perbuatan jahiliah seperti mencuri, minum arak dan membunuh

bayi perempuan

b) Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w selepas Perjanjian Aqabah Pertama? (ms 118)

Menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah sebagai pendakwah untuk menyebarkan

Islam.

c) Nyatakan perkara yang terkandung dalam Perjanjian Aqabah Kedua? (ms 119)

Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi

Menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah

Secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal / menjanjikan keselamatan untuk Nabi

Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah / menyatakan kesediaan mempertahankan

Islam.

d) Pada pengetahuan anda, apakah kepentingan perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua? (ms

119)

Jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam

Menjadi pendorong utama berlakunya hijrah

Sokongan dan bantuan orang Arab Madinah merupakan faktor penting kejayaan hijrah

2 HIJRAH

2 a) Apakah maksud hijrah (ms 119)

Bermakna berpindah

Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah

Untuk memperkukuhkan kedudukan Islam

Page 33: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Strategi baru untuk menyuburkan Islam

Perjuangan untuk menegakkan kebenaran

Meninggalkan keburukan dan kejahatan

b) Nyatakan hujah yang menangkis hijrah sebagai satu pelarian (ms 120)

Jemputan orang Arab Madinah seperti tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua

Ketibaan disambut dengan rela dan meriah

Diberi tempat tinggal yang sewajarnya

Keselamatan mereka dijamin

Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah

Diterima oleh kesemua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam

c) Jelaskan proses hijrah Nabi Muhammad s.a.w (ms 120)

Berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat

Perjanjian Aqabah Pertama

Perjanjian Aqabah Kedua

Penentangan orang Quraisy

Pakatan membunuh baginda

Wahyu Allah surah al-Anfal

Bersembunyi di Gua Thur

Singgah di Quba’, mendirikan Masjid Quba

Perjalanan dipandu oleh Abdullah bin Arqat

Tiba di Madinah mendirikan Masjid al-Nabawi

Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar

Membentuk Piagam Madinah.

d) Apakah kepentingan hijrah? (ms 122-124)

Dakwah dapat dilakukan secara aman dan terbuka

Dapat mendamaikan suku Aus dan Khazraj

Mempersaudarakan orang Islam Madinah dengan orang Islam Makkah

Orang Islam Makkah digelar Muhajirin

Orang Islam Madinah digelar Ansar

Menyatukan golongan yang sebelum ini mempunyai perbezaan kedudukan ekonomi dan

sosial

Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan

agama

Mendirikan Masjid al-Nabawi, tempat beribadat,belajar, dan bertemu membincangkan

masalah

Page 34: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Kawasan sekitarnya dijalankan aktiviti harian seperti jual beli

Kiraan Tahun Hijrah dalam takwim Islam mula digunakan pada zaman Khalifah Umar al-

Khattab

Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawarah (Kota Bercahaya)

Islam menjadi corak hidup merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial

Sikap toleransi kaum dan tolong menolong dapat melahirkan masyarakat cemerlang

Hijrah mendapat sokongan para sahabat seperti Abu Bakar, Ali bin Abu Talib dan Abdul

Rahman bin Auf

Wanita juga memainkan peranan seperti Asma’ puteri Abu Bakar

Nabi sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi perjuangan Islam

Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan

Menubuhkan Negara Islam Madinah

Merangka sebuah Perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamakan Piagam

Madinah

3 a) Apakah yang anda faham tentang Piagam Madinah? (ms 124)

Sebuah perlembagaan bertulis

Dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w berpandukan wahyu Allah

Mengandungi peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, berasaskan

persetujuan orang Islam dan bukan Islam

Perlembagaan bertulis pertama di dunia

b) Huraikan kandungan Piagam Madinah (ms 125-127)

Mengandungi 47 fasal

23 fasal menerangkan hubungan dan tanggungjawab dalam kalangan orang Islam

24 fasal menyentuh tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap

negara Islam

Politik - Nabi Muhammad s.a.w pemimpin Madinah

Nabi adalah hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara Islam dengan

bukan Islam

Agama - Masyarakat madinah bebas mengamalkan agama masing-masing

Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam

Sosial - Masyarakat madinah dianggap sebagai satu ummah

Mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara Madinah

Masyarakat Madinah tidak bermusuhan sesama sendiri

Perudangan - Undang-undang Islam digunapakai secara menyeluruh

Peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak

bertentangan dengan Islam

Ekonomi - Kerjasama di antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi

negara

Page 35: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan

Pertahanan - Semua anggota masyarakat dikehendakai mempertahankan Madinah daripada

ancaman luar

Kedudukan Yahudi - Keselamatan terjamin selagi mematuhi peraturan Perlembagaan Madinah.

c) Nyatakan kepentingan Piagam Madinah (ms 128)

Kerajaan Islam Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul

Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan di dalam sesebuah negara yang terdiri daipada

pelbagai bangsa dan agama

Mengandungi peraturan yang berkaitan dunia dan akhirat

Ekonomi mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan

Membentuk masyarakat baru berasaskan ummah, melalui semangat persaudaraan Islam

Konsep keadilan sosial dan persamaan hak serta amalan dan sifat positif dipraktikkan

Undang-undang Islam diperkenalkan

Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi

Berjaya menyusun masyarakat yang bersistematik

Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang digariskan

Masyarakat bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada serangan luar

4 PENYEBARAN ISLAM

a) Jelaskan strategi dakwah Nabi Muhammad s.a.w (ms 130)

Nabi Muhammad s.a.w. menghantar perutusan

Ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir dan Habsyah

Ke wilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab

Tidak memaksa mereka memeluk Islam

Menggunakan diplomasi

Menunjukkan nilai-nilai yang baik

Menerusi warkah

Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah-wilayah

b) Nyatakan prinsip peperangan dalam Islam (ms 130)

Allah membenarkan orang Islam berperang apabila diserang musuh

Peperangan adalah untuk mencari keamanan

Supaya tempat ibadat terpelihara

Islam menegah memusnahkan harta benda

seperti merobohkan tempat ibadat, tanam-tanaman, membunuh binatang ternakan serta

orang yang tidak berdosa

Islam melarang membunuh orang yang lemah

Page 36: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang yang sakit dan orang yang menyerah diri

pertempuran untuk menentang kezaliman

mempertahankan maruah diri, agama dan negara

Jika musuh mahu berdamai, maka orang Islam harus berdamai

Peperangan berlaku, tetapi Islam berkembang bukan paksaan

Dalam Perang Badar, Islam beroleh kemenanagan

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengampunkan tawanan Arab Quraisy

Membebaskan tawanan wanita dan kanak-kanak

Memberi syarat untuk tawanan lelaki membebaskan diri setelah berjaya mengajar 10

orang kanak-kanak Islam sehingga pandai membaca dan menulis

Siri peperangan dalam Islam adalah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak,

Perang Tabuk

c) Apakah peristiwa yang menyebabakan termeterainya Perjanjian Hudaibiyah (ms 131-

132)

Rombongan Islam ingin menunaikan umrah

Disekat di Hudaibiyah

Nabi menghantar Uthman bin Affan menerangkan tujuan kedatangan

Khabar angin kematian Uthman

Orang Islam bersumpah setia dengan “Baiah al-Ridwan”

Orang Quraisy bimbang lalu menemui Nabi Muhammad s.a.w.

Temeterai Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w. (orang Islam) dan Suhail

bin Amru(orang Quraisy)

d) Senaraikan isi Perjanjian Hudaibiyah (ms 132)

Gencatan senjata selama 10 tahun

Kabilah Arab lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang

Quraisy Makkah

Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu

dipulangkan

Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaga perlu

dipulangkan semula

Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

Page 37: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

e) Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah (ms 133)

Orang Islam boleh mengerjakan haji dengan aman pada tahun 7H

Memberi peluang menyebarkan Islam ke seluruh Tanah Arab

Isi perjanjian ketiga dan keempat memberi keuntungan kepada Islam dalam jangka

panjang

Ramai pahlawan Quraisy memeluk Islam

Seperti Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan Uthman bin Talhah

Negara Islam Madinah diiktiraf

Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf sebagai pemimpin

Menjadi perintis pembukaan semula Kota Makkah

5 a) Jelaskan faktor yang membawa kepada pembukaan semula Kota Makkah (ms 134-135)

Perjanjian Hudaibiyah hanya bertahan selama 2 tahun sahaja

Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah, membunuh beberapa orang Bani Quzaah

yang berpihak kepada Islam

Nabi menyediakan 4 pasukan tentera, terdiri 10 000 orang

Diketuai oleh Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Saad bin Ubaidah dan

Zubair bin al-Awwam

Masuk ke Kota Makkah melalui Utara, Selatan, Barat dan Barat Daya dengan mudah

Kota Makkah mudah dikuasai kerana 2 tokoh Quraisy memeluk Islam

Iaitu al-Abbas (bapa saudara nabi) dan Abu Sufian (ketua Arab Quraisy)

Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung

b) Apakah kepentingan pembukaan semula Kota Makkah (ms 135-137)

Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur Jahiliah

Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam

Pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab

Pusat pemerintahan Islam menjadi kuat

Makkah menjalankan pemerintahan Islam

Page 38: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1 Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? (ms 143)

Pengganti

Pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan

Tanggungjawab memelihara keharmonian Islam

Mengekalkan keharmonian dan kestabilan umat Islam

2 Senaraikan syarat yang perlu dimiliki untuk menjadi khalifah? (ms 143)

Lelaki yang merdeka

Beragama Islam

Memiliki pengetahuan tentang Islam

Mematuhi perintah Allah

Sanggup melaksanakan hukuman Allah

Adil

Berakhlak baik

Tubuh badan yang sihat dan sempurna

Berfikiran cerdas

Warak

Pandai mentadbir kerajaan

3 Bagaimanakah cara pemilihan khalifah (ms 143)

Musyawarah atau syura semasa pemilihan Khalifah abu Bakar

Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu semasa pemilihan Khalifah Umar

Pemilihan beberapa orang calon semasa pemilihan Khalifah Uthman

Pencalonan oleh sekelompok masyarakat semasa pemilihan Khalifah Ali

4 Apakah tugas-tugas khalifah. (ms 144)

Sebagai ketua negara

Memelihara kedudukan Islam

Mentadbir negara mengikut hukum syariah

Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya seimbang

Memastikan kelicinan pentadbiran negara

Mempertahankan negara daripada ancaman musuh

Melantik dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara

Menjaga kebajikan rakyat

Menjaga dan meneruskan ajaran Allah

Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep syura

Page 39: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Memantapkan sistem perundangan Islam

Menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara serta Baitul Mal

Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

5 Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menjadi Khalifah pertama dalam Khulafa al-Rasyidin. Masa

pemerintahannya antara tahun 632 -634 M

a) Nyatakan latar belakang Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq (ms 144)

Berketurunan Bani Tamim

Dilahirkan pada 573 M

Nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah

Digelar al-Siddiq bererti yang membenarkan kerana sentiasa membenarkan kata-kata

Rasulullah

Bersifat jujur, ikhlas dan setia kepada Rasulullah

b) Bagaimanakah cara pemilihannya (ms 144)

musyawarah atau syura (perundingan)

dicadangkan oleh Saidina Umar

setelah dipersetujui oleh golongan Ansar dan Muhajirin

c) Senaraikan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (ms 144-145)

mengatasi masalah perpecahan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

berpunca orang Islam yang murtad

golongan al-Riddah yang tidak mahu membayar zakat

golongan yang mengaku nabi(nabi palsu)

Mempertahankan Madinah dari ancaman Parsi dan Rom Timur (Byzantine)

Menghantar Khalid al-Walid menentang Parsi di Iraq

Menghantar Usamah bin Zaid ke Ghassan

Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah

Melantik amir disetiap wilayah, contoh Makkah dan Taif

Memperkenalkan sistem bayaran gaji untuk tentera

Memperkenalkan undang-undang tanah

Hak rakyat terutama berkaitan golongan mawali

Mengumpul tulisan al-Quran

Memerintah Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu,

kulit binatang dan tulang serta menyalinnya semula

Digelar Penyelamat Umat Islam

Page 40: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

6 KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Khalifah Umar bin al-Khattab berketurunan Bani Adi, merupakan kalifah kedua dalam

kerajaan Khulafa al-Rasyidin. Pemerintahannya antara tahun 634 -644 M

a) Nyatakan latar belakang Khalifah Umar bin Al-Khattab (ms 146)

Berketurunan Bani Adi

Dilahirkan pada 583 M

Nama sebenar Umar al-Khattab bin Naufal

Bersifat berani, tegas dan berterus terang

Zaman pemerintahannya dianggap zaman keemasan

Banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan

Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin

b) Bagaimanakah cara pemilihannya (ms 146)

Cadangan satu nama saja dari khalifah terdahulu

Dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar ketika beliau sakit

Dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai

d) Senaraikan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab (ms 146-147)

Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai

Menubuhkan Majlis Syura

Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah

Melantik seorang wali atau gabenor mentadbir setiap wilayah

Menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan

Perbendaharaan Negara yang diketuai oleh katib atau setiausaha

Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain dan diberi gaji yang tinggi

untuk elak salah laku hakim

Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat belajar di masjid

Menghantar guru agama kepelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan

Memperkenalkan kalendar Islam menggunakan tahun Hijrah

Menyusun sistem ketenteraan/tentera tetap dan sukarela

Membina markas tentera di bandar-bandar utama seperti di Madinah dan Kufah

Membina kubu pertahanan di sempadan negara

Membina terusan dan tali air untuk menambah hasil pertanian

Menggalakkan rakyat meneroka tanah baru dan mengusaha tanah terbiar untuk

pertanian

Memperkenal pelbagai jenis cukai seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi dan

kharaj

Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara

Page 41: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

7 KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Khalifah Uthman bin Affan berketurunan Bani Umaiyah, memerintah dalam Khulafa al-

Rasyidin dari tahun 644 – 656 M.

a) Nyatakan latar belakang Khalifah Uthman bin Affan (ms 147)

Berketurunan Bani Umaiyah

Dilahirkan pada 576 M

Nama sebenar Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah

Seorang hartawan yang dermawan

Bersifat lemah lembut

Bertolak ansur dan amat bersimpati pada golongan yang memerlukan

Digelar Zun Nurain/mempunyai dua cahaya, kerana mengahwini dua puteri

Rasulullah selepas seorang daripadanya meninggal dunia

b) Bagaimanakah cara pemilihannya (ms 147)

Pemilihan daripada beberapa orang calon/ 6 calon yang layak

Undi yang sama banyak dengan Saidina Ali

Akhirnya dengan persetujuan ramai Uthman dilantik menjadi khalifah

c) Senaraikan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan (ms 147)

Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan

Tripoli

Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang

dianggap pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin

Menyelaras cara bacaan al-Quran dengan mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran

dikenali sebagai Mushaf Uthmani

Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk pengembara

Mengukuhkan peranan baitulmal dan menggunakannya untuk pembangunan negara

dan pertahanan

Mengekalkan jizyah, cukai kepada penduduk bukan Islam sebagai sumber baitulmal

Page 42: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

8 KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB

Khalifah Ali bin Abu Talib merupakan khalifah dalam Khulafa al-Rasyidin yang terakhir.

Memegang tampuk pemerintahan dari tahun 656-661 M

a) Nyatakan latar belakang Khalifah Ali bin Abu Talib (ms 148)

Berketurunan Quraisy

Berasal dari Bani Hasyim

Sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w

Lahir pada 602 M

Sifatnya berani

Berwatak tegas

Berpengetahuan luas dalam perundangan Islam

b) Bagaimanakah cara pemilihannya (ms 148)

Pencalonan sekelompok masyarakat

Mendapat sokongan terbanyak

c) Senaraikan sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib (ms 148-149)

Membantu menyelesaikan masalah yang berhubung dengan masyarakat dan

perundangan Islam

Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara

Contoh Perang Siffin, beliau sanggup berdamai walaupun hampir menang

Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria

Meneruskan kutipan jizyah

9 KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M, selepas gerakan atau Revolusi

Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun yang sama

a) Nyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah (ms 156)

Diasaskan pada 750 M

Melalui Revolusi Abbasiyah untuk menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah

Gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dengan menggunakan nama Ahlul Bait

Gerakan diperkukuhkan dengan keanggotaan Abu Salmah al-Khallal mengetuai

gerakan di Kufah

Abu Muslim al-khurasani mengetuai gerakan di Khurasan

Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan/monarki

Page 43: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

b) Senaraikan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu

pengetahuan (ms 156-158)

Menjadikan kota Baghdad sebagai puat intelektual dan penyebaran ilmu

Terutama semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya al-

Makmum

Pembinaan baitulhikmah di Baghdad sebagai institusi keilmuan

Pusat penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya dari bahasa Yunani

Menggiatkan kegiatan penulisan melalui 3 tahap

Pertama, mencatat segala idea atau percakapan

Kedua, mengumpul idea atau hadis Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah buku

Ketiga, mengarang

Melibatkan golongan ulamak dalam penulisan

Menyebabkan lahir ramai ilmuan agama dalam pelbagai bidang

Seperti Imam Malik(penyusunan buku al-Muwatta’)

Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w)

Memperkembangkan usaha penterjemahan daripada Bahasa Sanskrit, Suriani dan

Yunani yang mempunyai dua kepentingan

Disamping menterjemah orang Islam telah mencipta

Membuat penambahbaikan dengan membuat keterangan dan ulasan

Orang Islam telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap

Mereka menerima hasil penulisan ketika orang Eropah berada pada zaman Gelap

Mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga tersebar ke Eropah

Diterjemahkan ke bahasa asing sehingga membawa kepada kebangkitan Eropah

Kegiatan ilmuwan berjaya membuka mata ilmuan Eropah

Sehingga melahirkan Zaman Ranaissance

Berjaya meninggalkan warisan yang sangat bernilai kepada generasi kemudiannya

Memberi banyak faedah kepada golongan Islam kerana keterbukaan dan

kesediaan masyarakat menimba ilmu`

10 FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH

a) Islam mula tersebar ke Eropah semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah. Nyatakan faktor

penyebaran Islam ke Eropah (ms 162)

Kejayaan penaklukan ke atas Constanstitinople (Istanbul) oleh Mehmed Fatih pada

1453

Membawa Islam ke Eropah Timur/Balkan

Pegangan akidah yang kukuh

Akhlak yang tinggi sebagai tunjang penyebaran Islam

Khususnya semasa kerajaan Bani Umaiyah dan Uthmaniyah

Tentera Islam mempunyai semangat ghazi/semangat kepahlawanan

Page 44: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Tidak gentar/sanggup berkorban untuk penyebaran Islam

Sistem ketenteraan yang tersusun

Penggunaan senjata moden seperti meriam besar

Armada laut yang kuat

Tentera berkuda

Kumpulan infantri yang kuat

Kumpulan tentera elit/janissari yang terlatih dengan selok belok peperangan

Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah

Kejatuhan Byzantine telah memberi peluang kepada tentera Islam ke Balkan

Masalah penyalahgunaan kuasa/pergaduhan pemimpin/kekurangan kewangna Gereja

Ortodoks

Menyebabakan ramai penganut Kristian tertarik dengan Islam

Kebijaksanaan kerajaan Uthmaniyah yang menjalankan dasar diplomasi

Toleransi dalam menyebarkan Islam

Rakyat tidak dipaksa memeluk Islam

Kedudukan Gereja Ortodoks tidak diganggu

Dasar Islam yang meletakkan kecemerlangan individu

Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan

perdagangan untuk rakyat

Penghijrahan orang Turki ke Balkan

Usaha kumpulan mubaligh Islam/kumpulan sufi

Menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran

11 PERTEMBUNGAN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN DI DUNIA

Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, India, China dan Rom telah muncul lebih awal

daripada tamadun Islam

a) Bagaimanakah cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia?

(ms 165)

Perdagangan dan perniagaan

Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w berniaga ke Syam

Di China, orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton sejak akhir abad ke 7

M

Kebudayaan

Kemasukan Islam ke Sepanyol

Wujud golongan Mozarab/orang tempatan beragama Kristian mengamalkan

kebudayaan dan berbahasa Arab

Penaklukan dan ketenteraan

Penaklukan Iran dan Iraq menyebabkan bertembung dengan tamadun Parsi

Tentera Islam menguasai Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Mediterranean

Intelektual

Page 45: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Ahli fikir Islam dan bukan Islam di Eropah berjaya memperkembangkan ilmu

menurut pandangan Islam

Hubungan diplomatik

Kerajaan Bani Umaiyah pernah menghantar kumpulan peneroka ke Gibraltal

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan orang bukan Islam di Cordova, Valencia

dan Rhonda

b) Berikan kesan-kesan pertembungan tamadun Islam dengan dengan tamadun lain di

dunia (ms 165)

Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya terutama dari segi akidah

Sifat sarwajagat mudah diterima

Islam tidak menghapuskan terus cara hidup/adat/budaya masyarakat tempatan

Perluasan kawasan penyebaran Islam/kawasan yang diperintah Islam

Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dunia Islam

Seperti kerajaan Delhi Mughal di India

Walaupun perbezaan pemerintah tetapi akidah dan syariah sama dalam dunia Islam

Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutama perdagangan

Laluan perdagangan dijamin keselamatannya

Perkembangan di Eropah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di

bandar dan kawasan sekitarnya

Pengaruh Islam dalam pendidikan terutama dalam kurikulum

Memberi penekanan bukan saja dari segi agama, malah sains, matematik dan

teknologi, logik, sejarah, mantik

Orang Islam mempengaruhi tata tertib kehidupan orang Eropah

Seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik

Golongan Mudejar memainkan peranan

Membolehkan cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat antara satu

sama lain

Mempertingkatkan kegiatan penterjemahan dan intelektual

Adanya baitulhikmah semasa pemerintahan Bani Abbasiyah, melahirkan satu

budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi

Melahirkan ramai cendekiawan Islam

Al-Razi dalam bidang perubatan dengan kitab/ensaiklopedia al-Hawi. Merterjemah

karya Galen, ahli perubatan greek yang terkemuka.

Al Zahrawi pakar perubatan dan farmasi. Lain-lain tokoh seperti al-Khawarizmi, al-

Batttani, Abu Ishaq, al-Biruji dan al-Bitruni

Dunia menerima pemikiran politik dan undang-undang dari pemikir Islam

Seperti al-Farabi, al Miskawayh dan al-Mawardi

Dunia menerima pemikiran usuluddin/ falsafah sains,/pemikiran kritis

Kesedaran agama dari tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, al-Kindi, fakhr al-Din, al-Razi,

Ibn Rushd dan Imam Ghazali

Keseniaan Islam seperti seni bina dan seni ukir turut mempengaruhi perkembangan

tamadun dunia

Page 46: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Seni bina Masjid Cordova di Sepanyol dan Istana Alhambra di Granada

Perkembangan kesusasteraan seperti puisi dan novel

Dari tokoh Islam seperti Omar Khayyam dan Rabi’ah al-Adawiyah yang

menghasilkan karya bertemakan ketuhanan

Catatan Ibn Battuta dalam penerokaan menjadi rujukan hingga kini

Al-Mascudi yang mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika/Ibn Fahdlan

mengembara ke utara Eropah

Page 47: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 7 – ISLAM DI ASIA TENGGARA

1 Senarai berikut menunjukkan cara Islam disebarkan di Asia Tenggara.(BUKU TEKS M/S 179-

183)

a) Nyatakan peranan perdagangan dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Dakwah Islam disebarkan oleh pedagang Arab, China dan India

Kemurnian sikap serta tingkah laku pedagang Islam menjadi ikutan penduduk setempat

Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang Islam

Semangat dakwah Islamiah pedagang menarik minat penduduk tempatan

Mereka membawa ulama untuk berdakwah

Berdakwah dengan sifat berhemah dan lemah lembut

Sifat mahmudah yang ada pada pedagang menarik penduduk tempatan memeluk Islam

Pedagang Islam menjalin hubungan baik dengan pemerintah tempatan

Pedagang Islam diberi keistimewaan oleh pemerintah tempatan

Pedagang Islam dianugerah jawatan syahbandar dan Islam terus tersebar menerusi

peranan syahbandar

b) Bagaimanakah perkahwinan membantu dalam penyebaran Islam?

Perkahwinan siasah antara kerabat diraja

Di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzaffar Syah mengahwinkan puteri-puteri

mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri, Jambi, Pahang dan Kedah

Negeri tersebut dapat diislamkan

Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang atau ulama Islam dari India atau

Semenanjung Tanah Arab dengan penduduk tempatan

Menyebabkan Islam tersebar dalam kalangan keluarga dan masyarakat sekeliling

c) Jelaskan peranan pusat kebudayaan dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Menjadi pusat keilmuan dan penyebaran Islam

Kerajaan Samudera-Pasai menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu

Banyak kitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab

Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada ulama dari luar

Sultan Mahmud Syah dari Melaka merujuk kemusykilan berkaitan dengan masalah agama

Buku kesusasteraan di Melaka dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad

Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah

Menjadi bahan bacaan serta memberi semangat dan kekuatan semasa perang

Perkahwinan

Perdagangan

Pusat Kebudayaan

Kelahiran Kerajaan

Islam

Page 48: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Di Acheh, banyak karya puisi seperti syair untuk menghayati Islam

Bustanus Salatin mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, istana kota dan taman-taman

Pemikir Islam seperti Hamzah al-Fansuri , Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Samsudin

al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel

d) Bagaimanakah kelahiran kerajaan Islam membantu penyebaran Islam di Asia

Tenggara?

Melaka menyebarkan Islam melalui penguasaan kawasan baru

Tun Perak, Bendahara Melaka telah menakluki pesisiran pantai Sumatera Utara iaitu

Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri

Rakyat kawasan baru diberi keistimewaan mendorong mereka memeluk Islam

Ulama dihantar mengajar tentang Islam

Kerajaan Johor-Riau berusaha menawan Melaka dari Portugis

Mengelakkan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Kristian

Kerajaan Demak menyebarkan Islam ke seluruh Pulau Jawa

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh menyekat perkembangan agama Kristian

Kerajaan Acheh digelar serambi Makkah

Pattani telah diislamkan apabila rajanya, Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam dan

menukar namanya kepada Sultan Mahmud Syah

Islam bertapak di Brunei kerana peranannya sebagai pusat perdagangan yang penting di

Borneo

Syariff Berkat telah meluaskan penyebaran Islam di Brunei

e) Pada pendapat anda, bagaimanakah dakwah Islam disampaikan pada masa kini?

Melalui penulisan

Rancangan televisyen

Blog dan internet

Aktiviti keagamaan/ceramah

Institut keagamaan

Pendakwah

Radio

2 Senarai berikut menunjukkan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara.

(BUKU TEKS M/S 179-183)

Perundangan

Pentadbiran

Semangat Jihad

Page 49: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

a) Senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Melaka

Perlak

Pasai

Johor-Riau

Acheh

Brunei

Pattani

Champa

b) Nyatakan pengaruh undang-undang syariah dalam sistem perundangan di Asia

Tenggara.

Dilaksanakan dalam kes jenayah spt kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan,

perniagaan serta pembahagian harta pusaka

Termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzaffar Syah

Sultan Alauddin Riayat Syah mempraktikkan Undang-undang Islam dengan tegas di

Melaka

Di Aceh terdapat Kanun Mahkota Alam bercirikan sebuah perlembagaan Islam

c) Jelaskan semangat jihad yang tercetus daripada perkembangan Islam di Asia

Tenggara.

Sultan Acheh menggunakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada

serangan Portugis

Disebar kepada rakyat tempatan Acheh menerusi penulisan ulama dalam kitab

Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf menegaskan kewajipan berjihad bagi setiap

orang Islam

Di Jawa, rakyat bersatu dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau Portugis dan

Belanda

Syeikh Daud al-Pattani menerangkan kelebihan berjihad dalam kitab karangannya

Beliau sering menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya menentang penjajah

d) Buktikan ciri-ciri pengaruh Islam dalam pentadbiran di Asia Tenggara.

Institusi kesultan menggantikan institusi beraja

Sultan sebagai ketua Negara

Mufti sebagai penasihat sultan dlm hal ehwal agama Islam dan pentadbiran

Wujud jawatan kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia batitulmal, penjaga harta

wakaf

Islam dijadikan agama rasmi

Gelaran sultan mengukuhkan lagi kewibawaan raja

Sultan sebagai khalifah Allah

Nama raja menggunakan nama Islam

Unsur Islam diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus Salam

Konsep Dewa Raja dihapuskan

Page 50: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

e) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah unsur-unsur Islam boleh membawa

kepada kemajuan masyarakat Asia Tenggara?

Kewajipan kepada agama Islam

Pendidikan wajib

Karya Islam dicontohi

Cara hidup Islam – aurat

Islam bersaudara

Saling membantu

Zakat

Sedekah

Jimat cermat

Menyayangi

Mana-mana jawapan munasabah

3 Rajah berikut menunjukkan pengaruh Islam di Asia Tenggara.( BUKU TEKS M/S 188-191)

a) Jelaskan pengaruh Islam dalam masyarakat Asia Tenggara dari aspek berikut:

i) Cara Hidup

Cara hidup Islam diasimilasikan dalam budaya masyarakat

Lahir cara hidup Islam seperti cara berpakaian iaitu bertudung dan bersongkok

Islam ad-din, iaitu satu cara hidup yg lengkap dan menyeluruh

Mengubah sistem sosial daripada mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan

Persamaan taraf sesama manusia

Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian

Sifat tolong – menolong, hormat-menghormati dan bekerjasama menjadi budaya

masyarakat

Kemurnian Islam jelas tergambar dlm amalan gotong-royong di kampong-

kampung

Amalan bersatu padu masyarakat kampong dipupuk dan diperkukuh

Unsur kepercayaan seperti memuja semangat dan mempercayai keramat beransur-

ansur hilang

Pengaruh Islam

Bahasa dan Kesusasteraan

Kesenian

Ekonomi

Cara Hidup

Page 51: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

ii) Sistem tulisan dan Bahasa Melayu.

Tulisan jawi diperkenalkan

Menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam

Mengubah suai huruf Arab dalam al-Quran bg menulis perkataan Melayu

Kedatangan Islam meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu

Lahir sasterawan tempatan seperti tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul

Rauf Singkel

Menjadi bahasa Lingua Fanca

Bahasa ilmu

Menjadi lebih mantap apabila cerita-cerita panji yang ditulis dlm bahasa Jawa

disampaikan dlm bahasa Melayu

Terpengaruh oleh gaya dan tatabahasa bahasa Arab

Bentuknya banyak dipengaruhi oleh sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan

cerita hikayat

Fungsi sastera telah berubah daripada untuk berhibur kepada mengkriktik

Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perdagangan

Menjadi bahasa perantaraan antara para pedagang dari Timur dan Barat

b) Buktikan pengaruh Islam dalam kesenian di Asia Tenggara.

Pengaruh Islam dalam seni khat pada batu nisan dan ukiran kayu

Pada batu nisan terdapat tulisan abjad Arab dan Jawi yg mengandungi ayat-ayat al-Quran

dan hokum

Batu nisan Malik Ibrahim dari Gujerat mempunyai bentuk seperti kapal terbalik yang

menunjukkan adanya pengaruh Parsi

Makam Naina Hashim al-Din di Pasai mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi

Pada makam tersebut terdapat tulisan syair Parsi

Seni Khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis dan catatan sejarah sesebuah

pemerintahan tempatan

Seni khat diukir pada bilah mata keris

Ayat suci al-Quran ditatahkan dengan emas, perak dan permata

Seni khat tertua di Semenanjung terdapat pada batu bersurat Terengganu (1303M)

Merupakan seni khat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi

Seni Khat Islam terserlah dalam seni ukiran kayu

Unsur seni kaligrafi mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi

Dicantumkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan

Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah kediaman

Terdapat rangkaian kalimah syahadah dijadikan hiasan utama

Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar,

mihrab dan menara azan

Masjid Ubaidiyah di Kuala Kangsar, Perak dan Masjid Brunei

Page 52: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

c) Bagaimanakah sistem ekonomi Islam dilaksanakan di negara kita?

Menggalakkan rajin bekerja

Mencari rezeki yang halal

Melarang perbuatan mengemis

Menggalakkan berdagang

Mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berdagang

Melarang amalan riba, penindasan dan penipuan

Mengamalkan nilai-nilai murni seperti berjimat cermat

Berusaha bersungguh-sungguh

Menubuhkan institusi ekonomi seperti Baitulmal

Mengeluarkan zakat

Memberi sedekah

Mengamalkan akad dalam jual beli

Page 53: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 8 -PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM

KEDATANGAN BARAT

1 a) Namakan dua pusat perdagangan di Tanah Melayu pada kurun ke-17 dan ke-18.

M/S 209-211

Johor

Kedah

Terengganu

Melaka

b) Apakah ciri-ciri Islam dalam mata wang?

Setiap mata wang tertera nama dan pangkat sultan yg memerintah

Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan spt Khalifatul Mukminin

Terdapat tarikh Islam dicatat

Bertulisan Jawi atau Arab spt Malik atau Sultan al-Adil

(c) Mengapakah Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan dunia?

Kedudukan strategik

Di laluan perdagangan antara China dan India

Terlindung daripada tiupan angin

Laut dalam

Kemudahan pelabuhan lengkap

Tempat membaiki kapal, gudang, tempat tinggal pedagang, bekalan makanan dan air

mencukupi serta buruh ramai

Pentadbiran pelabuhan cekap

Mewujudkan jawatan laksamana bg menjaga urusan kelautan

Syahbandar sbg ketua pelabuhan

Undang-Undang Laut Melaka menjadi landasan bg tugas-tugas nakhoda dan juru mudi

Tumpuan persinggahan pedagang asing

Dibuktikan dgn terdapatnya 84 bahasa yg dipertuturkan

Dua kaedah digunakan dlm urusan perdagangan, iaitu secara tukar barang dan mata wang/ jual

beli

Sistem timbang dan sukat menggunakan sistem tahil, kati serta bahara

Sistem bahara dilakukan dgn menggunakan dacing

d) Nyatakan jenis cukai yang diperkenalkan oleh Melaka kepada pedagang.

Pedagang diwajibkan membayar cukai barang dagangan sblm urusan perdagangan dilakukan

Cukai tetap(cukai import) jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah

Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%

Pedagang dari Jepun, dan China dikenakan cukai sebanyak 5%

Beras dan makanan tidak dikenakan cukai

Setelah cukai dibayar, barulah urusan jual beli dilakukan di bazaar-bazar yg disediakan

Orang asing yg menetap di Melaka juga dikenakan cukai

Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3%

Orang asing lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6%

Page 54: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

e) Bagaimanakah anda boleh menerapkan nilai-nilai Islam dalam perdagangan?

Jujur/amanah

Mengamalkan unsur halal

Gigih

Tidak menindas

Bertolak ansur

Berjimat cermat

Menolak riba

Melakukan akad dalam urus niaga

2 a) Terangkan perkembangan mata wang selepas menerima pengaruh Islam

Mata wang perantaraan nilai

Memudahkan jual beli

Alternatif kpd sistem barter

Mata wang timah

Berbentuk bulat

Beratnya satu kati lapan tahil

Nama sultan yg memerintah serta tarikh Islam dicatat

Mata wang Kartun mata wang Johor

Berbentuk bulat atau segi enam

Tidak mempunyai tarikh

Bertulisan Jawi atau Arab spt Malik atau Sultan al-Adil

Mata Wang timah negeri Kedah

Berbentuk seekor ayam jantan hinggap di atas beberapa bentuk cincin

Boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan

Mata wang emas

Digunakan di Kedah dan Johor pd abad ke-16

Di Kelantan dikenali sbg kijang krn terdapat gambar kijang

Di Johor digelar Kupang

Tertera nama dan gelaran sultan yg memerintah

Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan berkenaan spt Khalifatul

Muslimin

Mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka

Pedagang Eropah menggunakan wang perak

Pedagang India, China dan Arab menggunakan emas

b) Jelaskan faktor kepesatan kegiatan perdagangan di Melaka pada kurun ke-15.

Kedudukan strategik

Di laluan perdagangan antara China dan India

Terlindung daripada tiupan angin

Laut dalam

Kemudahan pelabuhan lengkap

Tempat membaiki kapal, gudang, tempat tinggal pedagang, bekalan makanan dan air

mencukupi serta buruh ramai

Page 55: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Pentadbiran pelabuhan cekap

Mewujudkan jawatan laksamana bg menjaga urusan kelautan

Syahbandar sbg ketua pelabuhan

Undang-Undang Laut Melaka menjadi landasan bg tugas-tugas nakhoda dan juru mudi

Tumpuan persinggahan pedagang asing

Dibuktikan dgn terdapatnya 84 bahasa yg dipertuturkan

Dua kaedah digunakan dlm urusan perdagangan, iaitu secara tukar barang dan mata wang/ jual

beli

Sistem timbang dan sukat menggunakan sistem tahil, kati serta bahara

Sistem bahara dilakukan dgn menggunakan dacing

Page 56: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 9

ZAMAN GELAP

1. Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman mundurnya yang dikenali

sebagai Zaman Gelap.

a) Apakah ciri-ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Eropah? (ms 215-216)

Eropah mengalami kemerosotan dalam ilmu pengetahuan

kemerosotan dalam perdagangan

kemerosotan dalam kehidupan perbandaran

tiada pentadbiran pusat yang berkesan

mencedok ilmu dari dunia Islam untuk tingkat pencapaian masyarakat

kuasa pusat yang mentadbir wilayah musnah

kemunculan golongan baron (tuan tanah)

golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah

petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah

petani yang tidak mampu bayar cukai akan menyerahkan tanah kepada tuan

tanah

tuan tanah mendapatkan perlindungan daripada raja

tuan tanah memberi khidmat kepada raja

tuan tanah bayar cukai kepada raja

kegiatan perdagangan tidak meluas

orang Eropah tertumpu kepada kgiatan pertanian

perniagaan barang pertanian menggunakan sistem tukar barang

penggunaan mata wang terhad

kegiatan ekonomi terhad

kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan

gereja yang mengongkong

b) Jelaskan persamaan antara feudalisme di Eropah dengan yang terdapat dalam masyarakat

Melayu tradisional? (ms 215-216)

raja merupakan penaung utama negara

raja memiliki tanah secara mutlak

raja mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada istana

golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak raja

rakyat biasa memberi khidmat kepada tuan tanah

terdapat golongan hamba

c) Sebagai warganegara yang berwawasan, apakah peranan anda untuk memajukan negara?

belajar bersungguh-sungguh

mempelbagaikan kemahiran

bersatu padu/bekerjasama

meneroka bidang baru

menjaga nama baik negara

mematuhi undang-undang negara

Page 57: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

berbakti kepada negara

beli barang buatan tempatan

terima mana-mana yang munasabah

GERAKAN REFORMATION

1. Reformation merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16.

a) Apakah yang dimaksud dengan Reformation? (ms 220)

berasal daripad perkataan reform

melaksanakan perubahan

pembaharuan terhadap sesuatu

untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik

untuk membentuk sesuatu yang baru

mempunyai kaitan dengan agama Kristian

b) Jelaskan idea-idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther. (ms 221-222)

menentang amalan Indulgences

percaya manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya

mencabar kedudukan Gereja

mencabar kedudukan institusi paderi

mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik

mempersoalkan kewibawaan golongan paderi

mewujudkan Mazhab Protestan (mazhab Lutheran)

bermaksud membantah

c) Berdasarkan pengalaman sejarah anda, huraikan kesan Zaman Reformation terhadap negara

Eropah? (ms 222)

kesan agama

negara Eropah berpecah

negara Eropah berperang mengikut mazhab

berlaku perang keagamaan di Perancis

mengakibatkan kemusnahan dan peperangan

masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai satu mazhab sahaja

wujud toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian

mempergiatkan pendidikan

mempergiatkan penyebaran fahaman

kesan terhadap kuasa golongan gereja

kuasa gereja dicabar secara terbuka

kuasa gereja terhadap kerajaan / monarki berkurang

monarki ingin bebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom

Page 58: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP

EKONOMI

1. Ekonomi Tradisional

a) Jelaskan maksud ekonomi tradisional. (ms 244-246)

Sistem ekonomi di Tanah melayu sebelum kedatangan British

menjalankan aktiviti ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam,

memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara

kecil-kecilan

b) Nyatakan ciri-ciri ekonomi tradisional (ms 244-246)

pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil

menggunakan teknologi yang mudah

modal yang kecil

jumlah buruh yang terhad

pasaran kecil

lebihan biasanya digunakan untuk pertukaran barang, kenduri-kendara,

pembayaran zakat, sedekah atau hadiah

lebihan penegluaran juga disimpan untuk satu tempoh tertentu bertujuan

untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan, terutamanya daaalam

ekonomi yang bermusim contohnya padi.

turut mengusahakan mengusahakan tanaman lain seperti ubi, pisang dan

kelapa

juga menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau

ekonomi aktiviti untuk memenuhi keperluan sendiri

menggunakan peralatan asas yang diperbuat daripada bahan yang ada di

sekitar mereka

2. Dasar-dasar British terhadap pertanian

a) Nyatakan kesan-kesan dasar British kepada masyarakat Melayu. (ms 258))

tanaman baru yang mendapat pasaran yang baik di peringkat antarabangsa

seperti kopi, tembakau dan getah diperkenalkan

tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam cuba dikomersialkan

oleh pihak British

tanaman komersial diuasahakan secara ladang dan buruh dibawa masuk

dari India dan China

undang-undang berhubung pemilikan tanah diperkenalkan

Page 59: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

undang-undang ini bertujuan melindungi orang melayu dan mengekalkan

tanah milik orang Melayu daripada diceroboh oleh orang asing

Namun begiti dar beberapa aspek undang-undang ini menindas orang

Melayu

b) Jelaskan undang-undang berhubung tanah di Tanah Melayu. (ms 258-260)

Sebelum kedatangan British

hal pemilikan tanah tidak menjadi persoalan utama

segala hal berkaitan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mesti

mendapat kebenaran pembesar Melayu

tiada rekod bertulis tentang pemilikan tanah

tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta

mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu

Menurut undang-undang adat , sesebuah kawasan tanah itu akan menjadi

milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut dan tanah

itu boleh diwarisi oleh generasi yang terkemudian

Selepas kedatangan British

tatacara hak pemilikan tanah telah diubah

bagi pihak British rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan

mengesahkan hak pemilikan tanah

rekod ini juga dapat memudahkan urusan pentadbiranseperti urusan cukai

dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan dan

pembelian.

mengikut konsep barat tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan

modal

undang-undang tanah berkonsepkan barat dieprkenalkan cth: Peraturan

Tanah Perak 1879, Kanun Tanah Selangor 1891 dan Peraturan Tanah

Sungai Ujong 1887

British membahagikan tanah mengikut nilai komersial seperti tanah

ladang, tanah lombong dan tanah peribumi

kadar cukai dikenakan terhadap tanah bergantung pada jenis tanah yang

dimiliki atau diusahakan

undang-undang tanah menetapkan untuk mengusahakan tanah tidak perlu

lagi mendapat kebenaran pembesar tetapi perlu membuat permohonan di

pejabat tanah

masyarakat tempatan juga perlu mendapat kebenaran daripada pejabat

tanah untuk mengutip sumber hutan seperti damar, rotan dan nipah.

Page 60: Modul Sejarah Tingkatan 4 2012_jpn

Undang-undang tanah British memberi kuasa yang besar kepada Residen

negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan

diberikan kepada pemodal

perkembangan ekonomi wang dalami kalangan masyarakat

akta tanah simpanan Melayu diperkenalkan

1931 Land order di isytiharkan

1933 Land Settlement dikuatkuasakan untuk memberi perlindungan

kepada tanah milik peribumi

land Order 1948 telah diperkenalkan

Di Sabah Proklamasi III perlindungan Hak Peribumi

3 Dasar terhadap pekebun kecil

mengekalkan orang Melayu sebagai petani

Enakmen Tanah Padi 1917, bertujuan mengurangkan jumlah penyertaan

pekebun kecil getah terutamanya daripada kalangan orang Melayu

premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah

keuntungan getah lebih baik daripada padi menyebabkan rakyat tempatan

kurang berminat untuk mengerjakan sawah, ini menyebabkan beras

terpaksa diimport dari Thailand, Indo-China dan Myammar

jabatan parit dan tali air ditubuhkan pada 1930

nasib rakyat bukanlah keutamaan penjajah. Yang diutamakan ialah

ekonomi mereka sendiri dan ekonomi peladang besar (kelas komprador)

polisi British yang menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim

perladangan telah meminggirkan pekebun kecil Tanah Melayu

Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada

golongan pekebun kecil, menyebabkan mereka terpinggir

polisi kerajaan British tidak pernah mengambil kira kepentingan pekebun

kecil contohnya Rancangan Sekatan Stevenson