58
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KementerianPelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN TUGASAN PROJEK MURID & ALAM BELAJAR (EDU 3103) Nama No. K/P No. Matriks PARAMESHWARI A/P SAMUNAIDU 880622-08- 6442 28629 MAHASWARY A/P NACHIMUTU 870604-35- 5400 28643 Program : PISMP Ambilan : JUN 2013 Unit : M3 1

MAB FULL - Copy.docx

  • Upload
    bieya

  • View
    267

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerianPelajaran MalaysiaKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEKMURID & ALAM BELAJAR(EDU 3103)

NamaNo. K/PNo. Matriks

PARAMESHWARI A/P SAMUNAIDU880622-08-644228629

MAHASWARY A/P NACHIMUTU870604-35-540028643

Program:PISMPAmbilan:JUN 2013Unit:M3Nama Pensyarah:PN. SALINAH BINTI PITTarikhSerahan:10 Mac 2014

ISI KANDUNGANBIL

TAJUKMUKA SURAT

1. Halaman Pengakuan3

2. Penghargaan4

3. Pengenalan5

4. Tugasan A6 - 39

5. Tugasan B40- 44

6. Rujukan45 47

7. Lampiran48

HALAMAN PENGAKUANKami mengakui bahawa kerja kursus ini merupakan hasil kerja kami kecuali artikal dan sumber yang diterangkan daripada sumber diterangkan.

..NAMA : PARAMESHWARI A/P SAMUNAIDUNO KAD PENG : 880622-08-6442NO MATRIKS : 28629

.......................................... NAMA : MAHASWARY A/P NACHIMUTU NO KAD PENG : 870604-35-5400 NO MATRIKS : 28634

PENGHARGAANSalam sejahtera dan salam perpaduan,Dengan kesyukuran Tuhan yang Maha berkuasa, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Dalam kesempatan ini, kami ingin berucap jutaan terima kasih kepada Pensyarah Subjek Murid dan Alam Belajar iaitu Pn. Salinah binti Pit yang memberikan tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Kami amat berbangga dengan pensyarah kami yang memberikan idea dan pengetahuan yang luas untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Beliau juga menerangkan cara membuat kerja kursus ini dengan jelas kepada kami tanpa berasa pilih kasih. Beliau juga sedaya upaya menolong kami untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang menghulurkan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka juga bekerjasama dengan baik untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Kami dapat mencari kandungan kerja kursus ini daripada hasil perbincangan dengan rakan sebaya. Pada hari pertama, apabila kami menerima kerja kursus ini berasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari tentang sesuatu yang baru dan dengan penuh semangatnya kami beriltizam untuk menyiapkan tugasan ini. Diharap segala usaha yang telah kami berikan ini akan dijadikan pembelajaran pada masa hadapan dimana semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan. Kami juga mengharapkan kerja kursus ini dapat membina semangat mengajar dalam diri kami.Akhir kata, kami berbesar hati untuk menyampaikan sekalung budi penghargaan kepada kesemua pihak yang terlibat dengan bantuan masing-masingnya bagi menyiapkan tugasan ini dengan baik.SEKIAN, TERIMA KASIH PENGENALANSetiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Arnold Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dari segi fizikal dan kognitif. Perkembangan kognitf kanak-kanak menjelaskan tentang perubahan dari segi tahap pemikiran mereka dalam pembelajaran sesuatu bidang ilmu dan pengalaman yang diperolehi yang sentiasa berubah-ubah mengikut usia. Pelbagai teori dan model telah dikaji bagi menerangkan tentang perkembangan kognitf kanak-kanak. Teori kognitif menekankan tentang pentingnya proses pemikiran dalam pemlbelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman. Terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan pendapat mereka berkaitan dengan teori perkembangan kognitif ini antaranya ialah ahli psikologi Jean Piaget, Arnold gesell, Robert Havighhurst, Erikson dan Lawrence kohlber. Teori dan kajian mereka bertumpu kepada bagaimana maklumat diproses di dalam otak, bagaimana mendapatkannya semula, bagaimana kanak-kanak melalui proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Tugasan A (Individu)PengenalanManual PermainanRancangan Pelajaran HarianLampiran RPHKesimpulanReflaksi

Parameshwari A/P SamuanaiduPENGENALANNama permainan yang dihasilkan adalah Jom Main . Alat permainan ini mempunyai hubungan erat antara satu sama lain. Konsep menghasilkan ini adalah memberi dorongan serta mencungkil minat untuk mempelajari operasi darab 2 digit.Setiap individu secara langsung akan terlibat dalam permainan ini. Setiap kumpulan murid akan menyelesaikan soalan dari Lembaran kerja yang diberikan. Mereka memilih secara rawak untuk menjawab soalan operasi darab. Seterusnya, dengan kaedah operasi darab yang betul murid mencari jawapan dari papan permainan.Melalui permainan ini, semua murid-murid dapat menjawab soalan yang ada perkaitan pendaraban dan ia akan menambahkan kemahiran pendaraban.Semasa menjalankan aktiviti, guru sentiasa memerhatikan murid. Selepas semua murid bermain guru akan memberikan ganjaran kepada murid-murid. Melalui aktiviti ini semua murid dapat lebih menguasai operasi darab.

CARA MENGHASILKAN BAHANNama Permainan : Jom main

NoBahanCara Buat

11. Pertama menyediakan barang yang dikehendaki.2. Antara bahan yang dikehendaki ialah Mounting Board, pemotong polistrin, polistrin, warna air, gunting, double tape, gam dan kertas

2

1. Potong polistrin ikut bentuk yang dilukis.2. Warnakan polistrin seperti sebuah papan tanda dan mewujudkan suatu suasana

3

1. Selepas itu, potongan polistrin itu perlu melekat di mounting board.

4

1) Perlu melekatkan tali sebagai rantai gantung.2) Mounting board itu akan dikelihatan seperti papan gantung.

5

1. Gambar ini menunjukkan telah siap untuk bermain.2. Jawapan yang murid-murid dicari akan terdapat dalam papan permainan ini.

. Cara bermain:1) Permainan ini hanya boleh dimain oleh sepasang sahaja pada 1 waktu.2) Pemain 1 akan menyoal 1 soalan operasi darab kepada pemain 2.3) Pemain 2 perlu memilih jawapan yang tepat dan perlu dilekatkan di papan permainan. 4) Pada masa yang sama pemain 2 juga perlu melekatkan jawapan pemain 1 di papan permainan dia.5) Jawapan boleh dilekat di mana mana juga.6) Seterusnya pemain 2 akan menyoal pemain 1 dan pemain 1 akan memilih jawapan yang tepat dan akan melekat jawapan di papan permainan.7) Seperti diatas juga jawapan yang diberikan, pemain 2pun perlu dilekat di tempat yang disediakan. 8) Pemain yang siapa dapat mengisi 5 ruang pertama yang berturutan seperti melintang dan menegak akan dikira sebagai pemenang

Lembaran Kerja Langkah 31) 6x 5 =2) 4x 4 = 3) 9 x 4 =4) 5 x 3 =5) 9 x 3 =6) 7 x 3 =7) 6 x 2 =8) 2 x 2 =9) 5 x 2 =10) 7 x 5 = 9 x 2 = 1 x 2 = 11 x 3 = 10 x 3 = 10 x 4 = 10 x 5 = 3 x 3 = 4 x 5 = 1 x 3 = 11 x 4 =

KESIMPULANBerdasarkan RPH yang dihasilkan ini bertepatan dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan mudah dijalankan oleh semua guru. Susunan kaedah pun mengikut teratur iaitu set induksi iaitu memperkenalkan pengajaran yang dipelajari hari itu. Juga menerangkan set induksi yang mudah bertepatan dengan tahun 2, kerana mesti bersesuaian dengan tahap mereka.Seterusnya, dalam langkah pertama, saya memperkenalkan tajuk operasi darab. Dalam tajuk ini murid akan mempelajari pendarapan 2 hingga 5. Saya menerangkan bagaimana menambahkan operasi tambah dengan menggunakan kaedah yang betul.Justeru, dalam langkah ketiga saya memperkenalkan satu permainan berkaitan dengan operasi darab dengan menggunakan dua digit. Dalam permainan ini murid-murid akan menyelesaikan soalan. Selain itu, dalam langkah ketiga juga guru akan membetulkan kelemahan murid serta memberi lembaran kerja untuk membaiki kelemahan mereka.Akhirnya, dalam penutup murid akan menyelesaikan beberapa soalan yang diberikan. Melalui kaedah-kaedah ini murid akan berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru serta menakul apa yang mereka pelajari.

REFLEKSI

Terlebih dahulu saya Parameshwari a/p Samunaidu dari Unit M3 dari Program PISMP ambilan Jun 2013 ingin melafazkan kesyukuran kepada Tuhan kerana limpah kurnia-Nya dapat menyiapkan Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar (EDU 3103) ini dengan sempurna. Kerja kursus yang bertimbun-timbun belum saya selesaikan. Hatiku resah dan gelisah mau buat satu permainan telah memerah otakku. Siapa yang boleh membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan berjayanya? suara hatiku sedang bergelora. Walaupun susah, namun pada akhirnya saya telah menyempurnakan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Pensyarah bimbingan saya Pn.Salinah Pit dan juga semua pihak yang telah memberi sumbangan dan sokongan dalam usaha merealisasikan impian menyiapkan projek ini.Tugasan ini adalah berkaitna dengan teori kognetif dan behavioris. Secara realitinya, memang tidak boleh dinafikan bahawa saya telah pun belajar tentang teori dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa dala kelas kuliah. Namun secara jujurnya, saya masih berasa kabut dengan apa yang terkandung dalam buku kerana pemahaman saya tidak begitu baik. Melalui tugasan ini saya berpeluang melakukan ujian tersebut dengan sendiri, maka ini dapat meningkatkan kefahaman saya terhadap teori-teori kognitif dan behavioris yang disarankan dalam buku. Di samping itu, proses ini turut menambahkan dan mengekalkan peringkatan saya terhadap teori-teori ini.Saya juga mula merasai kepentingan MAB ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran MAB ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Tuhan saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru. Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru,tugasan ini telah banyak membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam menghadapi zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu, masalah masyarakat, Negara dan dunia,sekali gus akan melahirkan jiwa-jiwa kental dan sabar dalam mengahdapi masalah. Semasa saya menyediakan satu alat permainan mengikut RPH yang diajar, mencabarkan saya. Walaupun terdapat banyak idea saya tidak dapat tahu cara aplikasi dalam permainan ini. Sebabnya, semasa saya menyediakan alatan ini saya memikirkan cara pengajaran yang terbaik akan disampaikan kepada murid-murid secara cepat, tepat dan terperincil. Maka, semasa saya menyediakan permaianan ini saya mengingatkan konsep 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menakul. Konsep ini telah membantu saya mereka satu permainan yang konduksif kepada para murid.

Setelah saya siap membina alat permainan ini saya berpuas hati kerana ia mengikut kehendak konsep alam belajar kanak-kanak. Permainan ini meliputi konsep 4M. Seterusnya, RPH yang saya hasilkan juga berhubung kait rapat dengan prinsip-prinsip pembelajaran. Antara teori pembelajaran ialah behavioris dan kognitif dari aspek peneguhan, motivasi, kesediaan belajar dan suasana. Teori-teori ini terdapat dalam pengajaran saya. Berdasarkan teori pembelajaran behavioris dan kognitif ini, murid-murid akan dapat mencapai objektif pengajaran. Malah pembelajaran merupakan satu proses mental, proses cuba jaya, satu penyiasatan, mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar. Melalui pembelajaran ini murid murid akan meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan semasa p&p dijalankan. Maka secara langsung RPH yang disediakan juga bertepatan dengan kehendak murid serta memudahkan p&p berjalan lancer tanpa sebarang gangguan.Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek MAB ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.Segala ilmu yang saya dapat di sini akan saya manfaatkan sepenuhnya setelah saya memulakan kerjaya sebagai seorang guru nanti, lebih-lebih lagi sebagai seorang guru sekolah rendah. Saya akan menarik perhatian pelajar dengan bantuan subjek ini seperti menggunakan cara persembahan yang berbeza iaitu cara bertulis, visual, lisan dan multimedia yang kian berkembang maju.Sebagai kesimpulannya, tugasan ini menyedarkan saya betapa pentingnya pengagihan masa yang betul sebelum melakukan sesuatu perkara. Selain itu, melalui kerja kursus ini saya dapat memperluas ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru. Akhirnya , saya dapat meningkatkan naluri ingin tahu saya melalui pelbagai kaedah belajar.

Sekian, terima kasih..

Mahaswary A/P NachimutuPENGENALANNama permainan yang dihasilkan adalah Blok Ajaib serta dengan Rumah Cendawan. Kedua-dua alat permainan ini mempunyai hubungan erat antara satu sama lain. Konsep menghasilkan Blok Ajaib ini adalah member dorongan serta mencungkil minat untuk mempelajari operasi tambah dalam lingkungan 1000.Setiap individusecara langsungakan teribat dalampermainan ini. Setiap kumpulan murid akan menyelesaikan dua soalan dari Rumah Cendawan. Mereka memilih secara rawak untuk mengambil kad yang mengandungi soalan operasit ambah. Seterusnya, dengan kaedah operasi tambah yang betul murid mencari jawapan dari Blok Ajaib.Melalui Blok Ajaib, secara kumpulan murid-murid menarik keluar blok-blok yang mengandungi jawapan yang mereka selesaikan dalam Rumah Cendawan. Malah, setiap kali murid-murid menarik keluar blok-blok tersebut murid akan mencari gambar yang tersebunyi disebalik blok tersebut.Selepas menyelesaikan semua soalan dan menarik keluar blok-blok, murid akan didedahkan sebuah gambarajah yang dipenuhi berbagai-bagai jenis haiwan. Akhirnya, murid akan menjumlahkan haiwan yang terdapat dalam gambarajah tersebut.

CARA MENGHASILKAN BAHANBAHANCARA MEMBUAT

3. Pertama menyediakan barang yang dikehendaki.4. Antara bahan yang dikehendaki ialah polisterin, gambarajah, pembalut plastik dan bunga,gam, pisau , gunting, pembaris, kad tebal dan jarum peniti.

1. Pertama untuk membuat blok Ajaib, gambarajah itu kena lekat dalam polisterin.2. Selepas itu, kena poton gmengikut saiz dan juga potong blok mengikut saiz 5 cm.3. Gambarajah itu dibalut dengan pembalut plastik.

1. Seterusnya, tepi gambar semua dibalut dengan pembalut bunga.2. Bingkai gambar juga dibalut dengan pembalut bunga supaya kelihatan kemas.3. Bingkai gambar dilekatkan diatas gambarajah mengikut saiz yang diukur.

1. Blok-blok harus menutupi gambar binatang yang disediakan.2. Sebelum blok-blok itu diletakkan ia perlu memotong mengikut saiz dan dibalut denga kertas warna.3. Justeru dilekatkan diatas gambar binatang serta menutupi dengan bingkai gambar.

1. Gambar ini menunjukkan Blok Ajaib siap untuk bermain.2. Jawapan yang murid-murid dicari akan terdapat dalam blok ini.

1. Gambar ini menunjukkan rumah cendawan yang diletakan khas untuk cabutan soalan kepada murid.2. Rumah cendawan ini diperbuat dari polisterin.

1. Gambar ini menunjukkan Rumah cendawan siap untuk bermain.2. Kad-kad soalan akan didapati daripada pintu Rumah cendawan.

CARA BERMAIN

Langkah 1 : Membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan. Langkah 2 : Setiap kumpulan mesti menghantar dua orang wakil untuk bermain Blok Ajaib.Langkah 3 : Murid dikehendaki mencabut satu kad soalan daripada Rumah Cendawan.Langkah 4 : Salah seorang murid dari pada setiap kumpulan akan memilih satu kadsecara rawak dari rumah cendawan serta membaca kad soalan itu danakan bertindak mengikut arahan guru.Langkah 5 : Daripada kad soalan tersebut murid dikehendaki menyelesaikan soalanserta menarik blok yang terdapat jawapan yang betul. Langkah 6 : Langkah ini harus diikuti oleh setiap kumpulan mengikut pusingan.Langkah 7 : Murid-murid juga dikehendaki menyelesaikan soalan mengikut jalankerja yang betul di papan putih.Langkah8 : Jika murid tidak dapat menyelesaikan soalan dengan betul, ahlikumpulan masing-masing boleh membantu mereka untuk mencarijawapan yang betul.Langkah9 :Murid-murid juga dikehendaki mencari gambarajah yang tersebunyidisebalik blok berwarna biru dan kuning.Langkah10 : Selepas selesaikan blok-blok tersebut, murid diminta memberitahuapa yang terdapat dalam blok Ajaib itu.Langkah11 : Murid-murid membilang jumlah haiwan yang terdapat dalam gambartersebut.

KESIMPULANBerdasarkan RPH yang dihasilkan ini bertepatan dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan mudah dijalankan oleh semua guru. Susunan kaedah pun mengikut teratur iaitu set induksi iaitu memperkenalkan pengjaran yang dipelajari hari itu. Juga menerangkan set induksi yang mudah bertepatan dengan tahun 2, kerana mesti bersesuaian dengan tahap mereka.Seterusnya, dalam langkah pertama, saya memperkenalkan tajuk tambah dalam lingkungan 1000. Dalam tajuk ini murid akan mempelajari menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula. Saya menerangkan bagaimana menambahkan operasi tambah dengan menggunakan kaedah yang betul.Justeru, dalam langkah kedua saya memperkenalkan satu permainan berkaitan dengan operasi tambah dengan menggunakan tiga digit. Dalam permainan ini murid-murid akan menyelesaikan soalan serta mencari gambarajah yang tersembunyi. Selain itu, dalam langkah ketiga guru akan membetulkan kelemahan murid serta member lembaran kerja untuk membaiki kelemahan mereka.Akhirnya,dalam penutup murid akan menyanyi lagu operasi tambah dengan bergerakan fizikal. Misalnya, bergerak badan dan bertepuk tangan mengikut rentakan lagu. Melalui kaedah-kaedah ini murid akan berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru serta menakul apa yang mereka pelajari.

REFLEKSINAMA : MAHASWARY A/P NACHIMUTUNO.KP: 870604-35-5400Yang pertamanya, bersyukur ketuhan kerana dengan izin Nya, saya Mahaswary A/P Nachimutu pelajar pengkhususan Matematik daripada kumpulan M3 telah Berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang halangan. Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan pelbagai maklumat dan informasi mengenai alam belajar kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya.

Di samping itu juga, saya juga dapat memahami dan mengetahui kaedah penyediaan satu alat permainan untuk pengajaran serta menyediakan suatu RPH berkaitan dengan subjek major yang diajar, dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pengetahuan dan kemahiran menyedikan RPH yang lengkap amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru. Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru,tugasan ini telah banyak membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam menghadapi zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu, masalah masyarakat, Negara dan dunia,sekali gus akan melahirkan jiwa-jiwa kental dan sabar dalam mengahdapi masalah. Semasa saya menyediakan satu alat permainan mengikut RPH yang diajar, mencabarkan saya. Walaupun terdapat banyak idea saya tidak dapat tahu cara aplikasi dalam permainan ini. Sebabnya, semasa saya menyediakan alatan ini saya memikirkan cara pengajaran yang terbaik akan disampaikan kepada murid-murid secara cepat, tepat dan terperincil. Maka, semasa saya menyediakan permaianan Blok Ajaib ini saya mengingatkan konsep 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menakul. Konsep ini telah membantu saya mereka satu permainan yang konduksif kepada para murid.

Setelah saya siap membina alat permainan ini saya berpuas hati kerana ia mengikut kehendak konsep alam belajar kanak-kanak. Permainan ini meliputi konsep 4M. Seterusnya, RPH yang saya hasilkan juga berhubung kait rapat dengan prinsip-prinsip pembelajaran. Antara teori pembelajaran ialah behavioris dan kognitif dari aspek peneguhan, motivasi, kesediaan belajar dan suasana. Teori-teori ini terdapat dalam pengajaran saya. Berdasarkan teori pembelajaran behavioris dan kognitif ini, murid-murid akan dapat mencapai objektif pengajaran. Malah pembelajaran merupakan satu proses mental, proses cuba jaya, satu penyiasatan, mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar. Melalui pembelajaran ini murid murid akan meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan semasa P&P dijalankan. Maka secara langsung RPH yang disediakan juga bertepatan dengan kehendak murid serta memudahkan P&P berjalan lancer tanpa sebarang gangguan.

Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah Puan Salinah dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan buahfikiran yang bernas dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan datang. Sesungguhnya tugasan ini member seribu makna buat orang yang hanya mampu melihatnya dengan mata hati bukan dengan luaran sahaja. Maka amat rugilah saya sekiranya tidak menjadikan tugasan ini sebagai satu pengalaman mahu pun motivasi dalam menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari semasa ke semasa.

Sekian terima kasih.

Tugasan B (Kumpulan)Rancangan Pelajaran Harian (RPH)Laporan

LaporanKemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal.Jika kita melihat dari segi aspek peneguhan dalam teori kognitif dan behavioris berdasarkan P&P ini diskriminasi peneguhan berlaku hanya apabila sesuatu rangsangan wujud contohnya memberitahu murid bila dan dalam situasi mana murid boleh melakukan sesuatu tindakan seperti mengangkat tangan apabila guru habis menyoal dan berdiri apabila disoal. Ia juga mentakrifkan penghapusan mengikut perspektif behaviorisme dan pembelajaran sebagai gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi.Seterusnya pembelajaran gerak balas iaitu proses peneguhan penting dalam pembelajaran gerak balas iaitu guru memberikan peneguhan dalam bentuk pujian atau motivasi ekstrinsik. Misalnya guru memberi peneguhan kerana murid dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dengan betul dan tepat. Teguran positif akan menambahkan semangat murid dan ia menyebabkan murid lebih melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang akan dijalankan oleh guru pada p&p yang seterusnya. Selain itu, aspek motivasi juga terdapat dalam RPH ini. Jika dilihat dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai dengan motivasi yang positif sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Motivasi juga dikategerikan dalam sokongan moral, galakan positif dan sebagainya. Melalui jenis-jenis motivasi ini dalam p&p, murid lebih sistemetik dan berdisiplin. Ini menyebabkan murid lebih cemerlang dan masa depan mereka juga berceria. Motivasi dalaman akan membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran.

Aspek ketiga iaitu kesediaan belajar. Berdasarkan teori kognitif ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan ayat Matematik melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks. Kaedah ini diterapkan dalam penutup RPH ini. Melalui kaedah ini murid lebih berminat serta memahami serta manakul apa yang dipelajari.

Dari segi teori kognitif kesediaan pemikiran individu juga perlu berfikir, menaakul, mentafsir dan mengingat sesuatu perkara. Biasanya ia melibatkan pengetahuan sedia ada. Contohnya, dalam set induksi guru mengimbas kembali apa yang dipelari oleh murid sebelum ini. Malah murid akan membelajari operasi tambah dalam lingkungan 1000. Guru akan memastikan bahawa murid-muridnya sudah mengetahui bagaimana cara untuk bertambah dengan menggunakan angka tiga digit serta menggunakan kaedah pertambahan yang betul.Seterusnya, kesediaan fizikal pula merujuk kepada seseorang yang bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Contohnya dalam bertajuk tambah dalam lingkungan 1000, guru memastikan terlebih dahulu bahawa murid-murid mampu mengikuti gerakan-gerakan yang diajar seperti berdiri tegak, bertepuk tangan, menggoyang anggota badan dan sebagainya. Ini boleh dilihat dalam langkah kedua iaitu permainan Blok Ajaib. Guru perlu peka terhadap perbezaan individu murid kerana secara tidak langsungkan mempengaruhi pergerakan fizikal individu. Misalnya, murid yang kurang upaya mungkin tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara yang diajar dengan sempurna. Oleh itu, guru hendaklah mengajar mengikut kemampuan murid.Manakala kesediaan emosi merupakan kesediaan perasaan iaitu semangat, minat, ketekunan, keinginan dan sikap seseorang untuk melaksanakan sesuatu. Untuk P&P yang berkesan guru perlu mengetahui cara untuk menarik minat murid-murid. Set induksi yang menarik dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Contohnya, dalam bertajuk tambah dalam lingkungan 1000, guru boleh memperdengarkan sebuah lagu bertemakan operasi tambah. Kemudian, guru menyoal murid-muridnya tentang apa yang mereka dapat dari lagu tersebut. Guru boleh mengaitkan jawapan yang diterima dengan pelajaran yang ingin diajarnya. Murid-murid akan lebih bersemangat apabila dilibatkan dalam pengajaran guru. Secara tidak langsung, mereka akan termotivasi untuk belajar. Kesimpulannya, kesediaan pembelajaran adalah penting untuk memperolehi perasaan yakin diri dan mengatasi situasi pembelajaran baru. Melalui kesediaan, murid percaya bahawa pembelajaran itu merupakan satu perkara baru yang seronok diterokai. Guru perlu memberi peneguhan atau motivasi supaya perlakuan positif murid dapat dikekalkan. Tanpa persediaan,objektif pengajaran amat sukar untuk dicapai.

Pembelajaran dari segi teori kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby 1993). Dalam RPH ini, murid akan mendengar arahan guru dengan teliti dan mengaplikasikan dengan tepat seperti dalam langkah kedua dan langkah ketiga. Dalam langkah kedua ini, murid dapat menyedari kesalahan dan dalam langkah ketiga murid dapat membetulkan kesalahan tersebut dengan bantuan kawan dan juga guru. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Oleh itu, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Sebagai kesimpulan dalam pandangan teori kognitif dan behaviorisme, belajar yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang diturunkan oleh guru, melainkan sesuatu yang berasal dari dalam diri anak sendiri. Belajar merupakan sebuah proses penyelidikan dan penemuan spontan.Berkaitan dengan belajar, teori ini membangun teorinya berdasarkan pada konsep Skema iaitu, stuktur mental atau kognitif yang menyebabkan seseorang secara intelektual beradaptasi dan mengoordinasikan lingkungan sekitarnya. Skema pada prinsipnya tidak statis melainkan selalu mengalami perkembangan sejalan dengan perkembangan kognitif manusia. Berdasarkan teori ini belajar merupakan proses menyesuaikan pengetahuan baru ke dalam struktur kognitif yang telah dipunyai seseorang. Teori behaviorisme menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan antara sesuatu rangsangan dengan sesuatu gerak balas. Peneguhan positif dan negative memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran dan boleh meningkatkan tingkah laku yang diinginkan.

RUJUKAN

RUJUKANInternethttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-kognitif.htmlhttp://psychologymania.wordpress.com/2011/07/10/teori-perkembangan-kognitif/http://ariefian84.wordpress.com/2010/06/08/teori-kognitif/http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/teori-kognitif.htmlhttp://atariuz.blogspot.com/2013/03/teori-perkembangan-kognitif-piaget.htmlhttp://amalianurjannah.files.wordpress.com/2013/05/7-teori-perkembangan-kognitif-dari-jean-piaget.pdfhttp://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-refleksi.htmlhttp://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.htmlhttp://www.slideshare.net/QWQWQWQWQSASASA/tugasan-pra-3107http://zulprasekolah.blogspot.com/

BukuBibliographyAhmad, M. S. (2004). Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.Arthur P.Lloyd, A. H. (1988). Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa & Pusaka.Awang, M. (1999). Psikologi Kognitif. Selangor: Dewan & Pusaka.Habib, R. A. (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah. Selangor: Masa Enterprise.Hamzain, M. D. (1994). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn bhd.Meng, E. A. (1997). Pedagogi 2. Selangor: Penerbit Fajar Sdn Bhd.Meng, E. A. (2001). Pedagogi 2. Selangor: Penerbit Fajar Sdn Bhd.Norehan Shaharoun, h. S. (2011). Matematik Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pusaka.Sang, M. S. (2000). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn bhd.Singh, D. K. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Yee, T. C. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Selangor: Penerbit Fajar Sdn bhd.

LAMPIRAN26