33
7 BAB II LATAR BELAKANG GERAKAN 2.1 GERAKAN IKHWAN AL-MUSLIMIN Sebuah pergerakan Islam yang menjalankan kegiatan dakwah berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ikhwan al-Muslimin bermaksud ‘Persahabatan Muslimin’ dan ditubuhkan di bandar Ismailiah, Mesir pada tahun 1928. Pertubuhan ini telah diasaskan oleh Hassan al-Banna (Ensiklopedia Islam 1998: 49). Suatu organisasi pergerakan Islam yang didirikan oleh Hasan al-Banna di Mesir pada bulan Mac 1928, singkatannya “Ikhwan”. Organisasi ini, oleh pengasasnya, dimaksudkan untuk membangkitkan kesedaran beragama bangsa Mesir ketika itu, membangun kehidupan sosial yang sesuai dengan ajaran agama Islam, dan menumbuhkan daya juang untuk bebas daripada penjajah (Ensiklopedia Islam 2004: 195).

Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

  • Upload
    garpu87

  • View
    223

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

7

BAB II

LATAR BELAKANG GERAKAN

2.1 GERAKAN IKHWAN AL-MUSLIMIN

Sebuah pergerakan Islam yang menjalankan kegiatan dakwah berdasarkan al-Qur’an

dan al-Sunnah. Ikhwan al-Muslimin bermaksud ‘Persahabatan Muslimin’ dan

ditubuhkan di bandar Ismailiah, Mesir pada tahun 1928. Pertubuhan ini telah

diasaskan oleh Hassan al-Banna (Ensiklopedia Islam 1998: 49).

Suatu organisasi pergerakan Islam yang didirikan oleh Hasan al-Banna di

Mesir pada bulan Mac 1928, singkatannya “Ikhwan”. Organisasi ini, oleh

pengasasnya, dimaksudkan untuk membangkitkan kesedaran beragama bangsa Mesir

ketika itu, membangun kehidupan sosial yang sesuai dengan ajaran agama Islam, dan

menumbuhkan daya juang untuk bebas daripada penjajah (Ensiklopedia Islam 2004:

195).

Ikhwan al-Muslimin merupakan organisasi Islam terbesar di dunia yang

bergerak di bidang dakwah beraliran sunni di Mesir dan dunia arab. Dalam

perkembangannya, organisasi yang dipelopori oleh Hasan al-Banna ini melahirkan

beberapa lagi organisasi Islam, baik di Mesir mahupun di luar Mesir. Antara orang

mula-mula terlibat dengan penubuhan gerakan Ikhwan al-Muslimin selain Hasan

al-Banna ialah Hafidz ‘Abd al-Hamid, Ahmad al-Misri, Fuad Ibrahim, ‘Abd

al-Rahman Hasb Allah, Ismail ‘Izz dan Zaki al-Maghribi. Pada pertemuan tersebut,

mereka bersepakat mendeklarasikan berdirinya Ikhwan al-Muslimin, dengan berkata,

Page 2: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

8

“kami adalah bersaudara yang akan bekerjasama untuk mengabdi kepada Islam. Kami

adalah Ikhwan al-Muslimin (saudara sesama Islam)” (al-Hafni 2006: 93).

Ikhwan cepat berkembang. Empat tahun kemudian, Ikhwan telah mempunyai

cabang-cabang hampir diseluruh terusan Suez. Di kawasan itu Ikhwan mulai

mendirikan masjid-masjid, sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian, serta membina

industri-industri rumah tangga. Cabang-cabang Ikhwan cepat terbentuk di kota-kota

lain. Pada tahun 1940 telah terbentuk 500 cabang, selanjutnya pada 1949 menjadi

2000 cabang dengan lebih kurang setengah juta ahli aktif. Untuk menjalinkan

komunikasi, Ikhwan menerbitkan beberapa majalah, antaranya Ikhwan al-Muslimin,

al-Nazir dan al-Taaruf (Ensiklopedia Islam 2004: 195).

Sejak awal penubuhannya, perbezaan ketara ialah mengangkat martabat syiar

Islam secara syumul iaitu kembali kepada Islam secara menyeluruh, bukan hanya

terbatas kepada masjid dan ibadat semata-mata. Maksud syumul ialah merangkumi

semua aspek kehidupan bermula daripada individu, keluarga hingga aspek masyarakat

dan negara (Ensiklopedia Dunia 2005: 89).

Gerakan Ikhwan al-Muslimin memiliki kemampuan politik yang cukup besar.

Ini merupakan tuduhan yang dilemparkan terhadap Ikhwan al-Muslimin yang datang

dari kebanyakan orang yang mengabaikan tindakan segera politik dan perundangan

hukum dalam Islam. Amat banyak tuduhan yang dilemparkan kepada mereka

(al-Syarkuni 2004: 307).

Dalam salah satu khutbahnya, Hasan al-Banna menolak tuduhan-tuduhan

tersebut dengan ucapan “Ada orang yang menyatakan bahawa Ikhwan al-Muslimin

ialah politik dan dakwahnya juga dakwah politik. Wahai kaumku ,kami menyeru

kepada kamu dengan al-Qur’an di sebelah kanan dan al-Sunnah di sebelah kiri serta

amalan para solaf al-Solihin ialah teladan kami. Apabila hal ini kamu menganggap

politik, alhamdulillah beerti kami ialah pelopor dalam bidang politik” (al-Syarkuni

2004: 308).

Page 3: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

9

Katanya lagi, “Jika dikatakan kepadamu apa yang kamu seru? Katakanlah:

“Kami menyeru kepada Islam yang dibawa Muhammad, dan pemerintah adalah

sebahagian daripadanya, kebebasan ialah kewajipan daripada kewajipannya”. Jika

dikatakan kepadamu “Inilah politik…!” Maka katakanlah “Inilah Islam” (al-Syarkuni

2004: 308).

Ucapan-ucapan tersebut dihimpun oleh Pimpinan Umum jemaah yang

pertama, kemudian dikirimkan kepada raja dan pemimpin arab atau Islam di

zamannya. Isi surat tersebut menjelaskan hukum hakam Islam dan keistimewaannya

dalam seluruh bentuk kehidupan manusia. Hal itu merupakan manhaj yang terbaik

untuk mengatur segala urusan manusia. Tetapi sejak tahun 1355H, jemaah menjalani

perang politik dengan pemerintahan Mesir hingga sekarang (al-Syarkuni 2004: 308).

Husaini mengisyaratkan dengan ucapan:”Pada tahun 1355H/1936M, Hasan

al-Banna telah mengirimkan surat kepada raja Faruq dan raja-raja dunia Islam yang

lain untuk mengajak mereka kepada jalan Islam sesuai dengan kaedah-kaedahnya”.

Ternyata mereka menolak, sehingga terjadilah peperangan (al-Syarkuni 2004: 309)

Pada mulanya kegiatan pimpinan Imam Hasan al-Banna terhad kepada usaha

pembaharuan masyarakat umum sahaja. Tetapi dalam tahun 1935, imam Hasan

al- Banna mula bergiat dalam bidang politik.beliau memberi syarahan-syarahan dan

menulis surat menyeru pihak kerajaan supaya menumpukan perhatian kepada usaha-

usaha pembaharuan masyarakat. Isi surat-surat tersebut membayangkan keinginannya

hendak membawa perubahan menyeluruh dalam corak pendidikan, ekonomi ,

masyarakat dan politik agar bertepatan dengan dasar-dasar Islam. Hasan al-Banna

meneruskan perjuangannya semenjak zaman Mahmood Pasya sehinggalah detik

pecahnya perang dunia kedua. Ikhwan al-Muslimin menjadi sebuah gerakan revolusi

sepenuhnya dalam tahun 1938 (al-Banna 1990: 53).

Muhammad Syauqi Zaki menulis seperti berikut: “Dari tahun 1939

sehinggalah tahun 1945, Ikhwan al-Muslimin telah memasuki satu tahap baru dalam

arena politik. Kegiatan dan rancangannya telah berkembang luas dengan kadar yang

luar biasa sekali. Ramai penuntut universiti al-azhar dan universiti kaherah memasuki

ikhwan-al-muslimin. Di samping itu, buruh-buruh, para saudagar, guru-guru, para

doktor dan peguam juga memasuki gerakan ini. Oleh itu, gerakan ini merupakan satu

Page 4: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

10

gerakan yang mewakili hampir semua peringkat masyarakat. Di samping usaha

membaiki keadaan ekonomi negara, ikhwan al-muslimin juga terlibat dalam kegiatan

sukan dan latihan jasmani. Semua cawangan ikhwan di mesir mempunyai jentera

pentadbiran yang tersusun rapi dan berjalan lancar. Akhirnya, ikhwan al-muslimin

menjadi satu gerakan yang disegani (al-Banna 1990: 54).

Dalam tempoh ini juga (1939-1945), Ikhwan al-muslimin terpaksa

menghadapi pelbagai kesukaran. Ianya bermula di zaman pemerintahan Sirri Pasya.

Kedutaan British dan pemerintahan tertinggi british mengenakan tekanan terhadap

kerajaan mesir agar mengawal pertumbuhan pesat gerakan Ikhwan al-Muslimin.

Berikutan itu, dua majalah mingguan ikhwan iaitu al-Syuaa dan al-ta’aruf telah

diharamkan. Alat percetakannya dirampas dan semua akhbar telah dilarang

menerbitkan sebarang berita mengenai kegiatan ikhwan. Pihak kerajaan juga tidak

membenarkan ikhwan mengadakan sebarang mesyuarat atau perjumpaan di seluruh

negara. Akhirnya pihak kerajaan menyusun rancangan untuk mengasingkan para

pemimpin ikhwan. Imam hasan al-Banna yang bertugas sebagai guru di Kaherah telah

di tukarkan ke Qina. Setiausaha agung ikhwan telah ditukarkan ke Damyat. Apabila

parlimen mesir membantah, mereka dipanggil semula. Mereka telah ditangkap sebaik

sahaja tiba di Kaherah. Namun begitu, suasana ketika itu memaksa pihak berkuasa

membebaskan mereka selepas beberapa waktu (al-Banna 1990: 54).

Pada 8 Oktober 1945, Ikhwan al-Muslimin telah mengadakan satu mesyuarat

agung. Beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat untuk menyesuaikannya dengan

keadaan yang telah berubah itu. Ikhwan al-Muslimin juga telah menubuhkan beberapa

syarikat baru dan hal ini telah menambahkan pendapatannya. Pihak Ikhwan

al-Muslimin juga menerbitkan akhbar harian bernama ‘al-Ikhwan’. Pasukan

sukarelawan Ikhwan al-Muslimin juga telah disusun. Pusat latihan ketenteraan telah

dibuka di pelbagai tempat di mesir. Pihak Ikhwan al-Muslimin telah menjalankan

usaha yang ikhlas untuk menyatupadukan negara-negara arab. Tugas dan

tanggungjawab telah dibahagi-bahagikan. Para anggota Ikhwan al-Muslimin

memperbaharui baiah mereka dengan Hasan al-Banna dan memilihnya sebagai

pemimpin seumur hidup (al-Banna 1990: 55).

Page 5: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

11

2.1.1 Pergerakan

Secara umumnya, aktiviti yang dijalankan oleh gerakan Ikhwan al-Muslimin ini dapat

dibahagikan kepada tiga peringkat.

Peringkat pertama pada tahun 1928M-1936M, merupakan masa pengukuhan

yang menekankan aspek keagamaan dan sosial. Sebagai seorang guru lulusan

Perguruan Tinggi Dar al-Ulum di Kaherah, Hasan al-Banna mempunyai pengetahuan

dalam menyebarkan dakwah dan pendidikan agama (N.H. Hayati 1998: 49).

Hasan al-Banna berusaha membawa masyarakat mendekati masjid, tempat

awam, rumah serta melalui rancangan anjuran Ikhwan al-Muslimin. Rancangan ini

berjaya dilaksanakan dengan berkesan semasa Hasan al-Banna tinggal di Ismailliah

(1926-1933). Beberapa cawangan telah ditubuhkan di bandar-bandar sepanjang

Terusan Suez (N.H. Hayati 1998: 49).

Pada tahun 1933M, Hasan al-Banna memindahkan pusat kegiatannya ke

Kaherah. Di sana, Ikhwan al-Muslimin telah meluaskan gerakan mereka. Pelbagai

rancangan seperti dakwah, pendidikan, koperasi, industri dan perdagangan telah

dijalanan dan mendapat sambutan menggalakkan (N.H. Hayati 1998: 50).

Peringkat kedua bermula dari tahun 1936M hingga tahun 1952M, kegiatan

Ikhwan al-Muslimin dijalankan dengan lebih terbuka. Perjanjian Mesir dan Inggeris

pada 1936 telah mendorong Hasan al-Banna menyuarakan sokongannya terhadap

perjuangan penduduk Palestin. Sifat terbuka pengikut Hasan al-Banna telah mendapat

sambutan baik di negara arab lain terutamanya Syria (N.H. Hayati 1998: 50).

Hasan al-Banna telah mengkritik penjajahan Inggeris. Beliau ditahan pada

1941M. semasa perang dunia kedua, Ikhwan al-Muslimin telah meningkatkan

kegiatan mereka dengan melatih pasukan tentera rahsia. Para Sarjana mengatakan

pada masa ini telah terjalin kerjasama di antara tentera dan Ikhwan al-Muslimin (N.H.

Hayati 1998: 50).

Tahun 1941M, pertama kali membentuk lembaga gerakan Ikhwan

al-Muslimin yang dianggotai 100 orang dan mereka memilih Hasan al-Banna sebagai

ketua (Yahya 2008: 10).

Page 6: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

12

Gerakan ini telah menjadi satu kumpulan yang amat berpengaruh. Sumbangan

dan pengalaman ahli sukarela gerakan ini semasa perang menentang Israel pada

1948M telah mendorong pemimpinnya untuk bertindak tegas terhadap pemerintah

Inggeris di Kaherah (N.H. Hayati 1998: 50). Pada 8 November 1948M, Mahmud

Fahmi Naqrasyi perdana menteri Mesir ketika itu telah membuat keputusan

mengharamkan gerakan Ikhwan al-Muslimin. Harta mereka dirampas dan para

pemimpin ditangkap (Yahya 2008: 10).

Pada bulan Disember 1948M, Naqrasyi dibunuh dan Ikhwan al-Muslimin

dituduh sebagai dalangnya. Para pendukung Naqrasyi sewaktu mengeringi jenazahnya

meneriakkan bahawa kepala Naqrasyi berada di sisi kepala Hasan al-Banna (Yahya

2008: 10). Selepas dua bulan peristiwa itu iaitu pada 12 Februari 1949M, Hasan

al-Banna telah dibunuh.

Pada tahun 1950M, menteri mempertimbangkan untuk membebaskan

golongan Ikhwan al-Muslimin sesuai dengan Pengadilan Tinggi Mesir yang

menyatakan bahawa pengharaman gerakan Ikhwan al-Muslimin salah dan tidak

berasas (Yahya 2008: 10). Akhirnya golongan Ikhwan al-Muslimin dibebaskan.

Pada tahun 1951M, Ikhwan al-Muslimin telah dibenarkan menjalankan

kegiatan sosial dan keagamaan secara terbuka. Mereka hanya dilarang mengadakan

pasukan tentera. Keadaan politik di Mesir telah membuka peluang gerakan ini

menjalankan kegiatan mereka dengan lebih agresif (N.H. Hayati 1998: 50). Sebagai

contoh, mereka telah menyerang pangkalan tentera Inggeris di Terusan Suez pada

bulan Oktober (Yahya 2008: 11).

Peringkat terakhir bermula pada tahun 1952M yang merupakan waktu pasang

surut bagi Ikhwan al-Muslimin. Pada mulanya kumpulan Nasir telah memberikan

sokongan mereka terhadap gerakan ini demi mendapatkan sokongan umum. Semasa

kumpulan Nasir mengharamkan semua parti politik pada 1953M, Ikhwan al-Muslimin

dibiarkan beroperasi seperti biasa namun ia hanya sebagai sebuah badan bukan

politik. Pemimpin gerakan Ikhwan al-Muslimin cuba meyakinkan kumpulan Nasir

bahawa mereka mempunyai matlamat kebangsaan (N.H. Hayati 1998: 51).

Walau bagaimanapun kumpulan Nasir menolak untuk menerima rancangan-

rancangan Ikhwan al-Muslimin. Gerakan ini kemudiannya mengeluarkan kritikan

Page 7: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

13

terhadap pemerintahan Nasir. Protes dan krisis yang melanda tiba dikemuncaknya

apabila pemimpin Ikhwan al-Muslimin melakukan percubaan untuk membunuh

Presedin Nasir pada tahun 1954M. kesannya semua pemimpin Ikhwan al-Muslimin

telah ditangkap dan dihukum (N.H. Hayati 1998: 51).

Peningkatan kekuasaan Nasir telah mengurangkan kegiatan gerakan ini.

Apabila Anwar Sadat menggantikan nasir, satu lembaran baru telah terbuka untuk

Ikhwan al-Muslimin. Ramai pemimpin mereka dibebaskan. Begitu juga telah muncul

pemimpin baru yang telah kembali kepada matlamat asal penubuhan Ikhwan

al-Muslimin. Walau bagaimanapun, pendekatan mereka telah menimbulkan

kemarahan segolongan ahli yang cenderung untuk menggunakan kekerasan (N.H.

Hayati 1998: 51).

Konflik kedua antara Ikhwan al-Muslimin dengan kerajaan kembali terjadi

sehingga membawa kepada penangkapan Sayyid Qutub, yang dianggap pemikir

kedua dalam gerakan setelah Hasan al-Banna dan salah seorang pemikir Islam

termuka pada masa kini. Ia ditangkap pada 1954M dan dipenjarakan selama 10 tahun

sebelum dibebaskan pada tahun 1964M atas peranan presiden Iraq Abd al-Salam Arif,

namun pembebasannya tidak begitu lama sebelum dipenjarakan kembali untuk

menjalan hukuman mati (Yahya 2008: 11).

2.1.2 Situasi masyarakat Mesir

Pada zaman Hasan al-Banna, Mesir sedang mengalami tahap kekacauan dan konflik

politik yang meruncingkan. Sekalipun terdapat tiga parti politik yang besar, iaitu Parti

Wafdi, Parti Saadi dan Parti Liberal Kostitusional yang meletakkan agenda politik

menentang penjajah. Namun, semangat kenegaraan semakin lemah dalam kalangan

rakyat Mesir (Kamarul Azmi 2007: 83).

Faktor utama semangat nasionalisme semakin lemah adalah kerana

percakaran, perbalahan dan pergaduhan yang berpanjangan antara anggota parti yang

berjuang. Keadaan bertambah kronik apabila semua parti perjuangan tersebut tidak

meletakkan matlamat menegakkan Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka.

Faktor ini menyebabkan hilangnya semangat menegakkan agama dalam kalangan ahli

politik seterusnya mendorong berleluasanya rasuah dalam kalangan mereka. Selain

itu, pemerintah yang berkuasa pula tidak berusaha untuk membaiki keadaan rakyat

Page 8: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

14

dan pada masa yang sama tidak bersikap terbuka untuk menerima kritikan serta protes

daripada rakyat yang tidak menggemari mereka (Kamarul Azmi 2007: 84).

Selain politik, sosiobudaya masyarakat Mesir juga mengalami saat Mesir juga

mengalami saat yang tenat akibat daripada pengaruh kebudayaan penjajah yang

bersifat sekular. Surat khabar dan majalah selalu mengungkapkan tulisan yang

menyatakan bahawa Mesir merupakan sebahagian daripada Eropah. Akibatnya

kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara mendalam terhadap rakyat

Mesir sehingga mereka mengenepikan ajaran Islam. Rakyat Mesir merasa malu

sekiranya mengikuti ajaran Islam dan mereka berasa bangga mengikut kebudayaan

barat. Ada juga sesetengah daripada mereka yang malu menggunakan nama Islam

atau menyebut tentangnya. Kadangkala mereka juga tidak mendirikan solat dan

berasa malu melakukannya di tempat umum (Kamarul Azmi 2007: 84).

Pihak British sedang berusaha melemahkan semangat Islam di Mesir agar

orang-orang Islam kekal dalam keadaan pecah belah. Mereka memupuk pendapat

yang menyatakan bahawa orang-orang Mesir adalah keturunan Firaun, orang-orang

Lubnan adalah keturunan bangsa Ponisia (Phoenician), orang-orang Iraq adalah

keturunan bangsa Babil dan orang-orang Makkah adalah keturunan arab yang

sebenarnya. Mereka juga mengatakan bahawa orang-orang Makkah sahaja yang

berhak memegang jawatan khalifah kerana Islam turun ditanah suci Makkah. Pihak

British berbuat demikian adalah untuk memisahkan orang-orang arab dari Turki

Uthmaniah kerana pihak British tahu kerajaan Turki Uthmaniah mampu untuk

menyatukan seluruh umat Islam di atas landasan Islam (al-Banna 1990: 14).

Berikutan itu, pihak British menjalankan usaha memburukkan Raja Abbas

Mesir. Ramai juga orang Mesir yang menyokong usaha British ini tanpa menyedari

bahawa kelemahan Raja Abbas akan memperkukuhkan kekuasaan British di Mesir

(al-Banna 1990: 15).

Budaya hedonisme seperti hiburan, nyanyian dan tarian yang disulami dengan

minuman yang memabukkan berkembang luas di mana-mana saja di Mesir sama ada

dalam upacara perkahwinan, hari raya atau ketika menyambut sambutan Maulid

al-Rasul. Kerosakan budaya hedonisme ini sehingga sampai ke tahap masyarakat

tanpa segan silu mengadakannya di sekitar pusat pengajian tinggi al-Azhar yang

Page 9: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

15

menjadi tempat rujukan dan pengajian Islam dari serata dunia. Lebih menyedihkan

apabila para ulama al-Azhar tidak ambil peduli dengan situasi yang berlaku di sekitar

mereka. Ulama di dalamnya hanya sibuk dengan lemparan kutukan terhadap

masyarakat dengan kutukan bidaah dan sesat (Kamarul Azmi 2007: 85).

Keruntuhan institusi pendidikan juga sangat membimbangkan. Nilai

materialisme sains dan teknologi barat diserap masuk ke Mesir tanpa ada sebarang

sekatan atau pemilihan. Kemasukan terus ini mengakibatkan Mesir dibanjiri dengan

pelbagai barangan mekanis dalam pasaranya tanpa diimbangi langsung dengan nilai

keagamaan. Hasilnya, walaupun orang Mesir hidup dengan kehidupan yang penuh

dengan materialistik, namun mereka tidak dapat memperoleh cahaya hidayat,

ketenangan dan ketenteraman (Kamarul Azmi 2007: 85).

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, kedudukan ekonomi rakyatnya juga sangat

lemah. Ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang-orang

Inggeris yang bekerja di tapak projek di terusan Suez sahaja. Ini bermakna bahawa

sebahagian besar masyarakat Mesir ketika itu hanya bergantung kepada kedudukan

ekonomi penjajah. Sekalipun Mesir merupakan negara yang kaya dengan hasil

buminya, namun oleh sebab sistem penanaman modal asing tidak diuruskan dengan

baik, maka sebahagian besar daripada keuntungan yang diperolehi dinikmati oleh

penjajah yang berada di Mesir . sebagai contoh pada tahun 1938M sahaja, terdapat

320 perusahaan dan kilang asing yang menguntungkan. Namun segala keuntungan

hanya dinikmati oleh pejajah sedangkan rakyat Mesir hanya mendapat upah yang ala

kadar sahaja (Kamarul Azmi 2007: 85).

Demikianlah keadaan Mesir ketika Hasan al-Banna hidup. Beliau sendiri pernah

menyatakan bahawa antara kelemahan utama Mesir ketika itu ialah:

1. Pertikaian politik dan perselisihan mazhab.

2. Dominasi barat terhadap Islam.

3. Pemimpin Islam tenggelam dalam kemewahan hidup.

4. Perpindahan kuasa pemerintahan daripada arab kepada turki.

5. Pengabaian terhadap aplikasi ilmu dan pengetahuan semulajadi.

6. Terpukau dengan kehebatan barat dan pembaratan mereka.

Page 10: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

16

Semua faktor ini menjadikan tahap amalan Islam dan agama menjadi lemah dan

semakin melemahkan. Di tengah-tengah kelemahan inilah Allah menghantar Hasan

al-Banna untuk mengemudi pembaharuan dan pembaikan Islam di Mesir (Kamarul

Azmi 2007: 86).

2.1.3 Latar belakang pengasas

Nama sebenar Hasan al-Banna ialah Hasan ibn Ahmad ibn Abd al-rahman al-Banna

al-Saatiy. Beliau dilahirkan pada tahun 1906M di kampung fuh dalam wilayah Kafr

al-Sheikh dan kemudian berpindah bersama keluarganya ke kampung

al-Muhammadiyyah di wilayah al-Buhayrah (Ensiklopedia Dunia 2005: 188; Bayumi

1991: 73).

Ayah beliau sangat mempengaruhi dan keberibadian Hasan al-Banna.

Pengaruh ini begitu kuat kerana sejak kecil lagi beliau dididik oleh ayah sendiri dalam

pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk al-Qur’an, hadith, fikah, bahasa arab dan

tasawuf. Ayah beliau sangat menitikberatkan tentang latihan akhlak dan keperibadian

mulia (Kamarul Azmi 2007: 82 ; al-Banna 1990: 36).

Pada usianya 12 tahun beliau dibiasakan dengan tarekat Hasafiyyah sehingga

menjadi ahli rasmi tarekat tersebut pada usia 17 tahun. Ajaran tarekat ini banyak

mendidik Hasan al-Banna untuk hidup dalam kezuhudan dan sentiasa ikhlas dalam

perjuangan. Melalui tarekat ini, jiwa perjuangan beliau dibentuk untuk menjadi

seorang pendakwah yang tidak pernah mengenal erti kesusahan dan penat dalam

menegakkan syiar Islam. Selain itu, beliau juga dibiasakan sejak kecil dengan

organisasi pertubuhan keagamaan. Beliau selalu melibatkan diri dalam program

dakwah, program menentang penindasan serta menyertai jemaah yang ditubuhkan

oleh Rashid Rida (Kamarul Azmi 2007: 82).

Selain ayahnya, Hasan al-Banna menghabiskan empat tahun belajar di sekolah

al-Rashad al-Diniyya, iaitu ketika berumur 8 tahun hingga 12 tahun dan beliau sangat

terpengaruh dengan semangat dan ajaran yang diberikan oleh syeikh muhammad

zahran (Ensiklopedia Dunia 2005: 188). Perkara ini berlaku sebelum beliau

menyambung pelajarannya di sekolah Pendidikan Guru di Dar al-Muallimin di

Damanhur (Kamarul Azmi 2007: 82). Disinilah Hasan al-Banna mengenal

Page 11: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

17

prinsip-prinsip tasawuf dan mendalami ilmu tarekat yang bernama tarekat

al-Hasafiyyah al-Shadhaliyyah.

Ketika usianya 16 tahun, iaitu pada tahun 1342H/1923M, beliau melanjutkan

pelajarannya di Universiti Dar al-Ulum, Kaherah sehingga mendapat diploma pada

tahun 1927M, dan seterusnya dilantik menjadi guru sekolah rendah di bandar

ismailiyah (al-Banna 1990: 37).

Menurut Maryam Jameelah (1993: 125) Hasan al-Banna merupakan seorang

pelajar yang sangat bijak kerana dalam usia 21 tahun sahaja berjaya menyelesaikan

pelajarannya di institusi pengajian tinggi (Kamarul Azmi 2007: 82).

Ketika berada di Kaherah, Hasan al-Banna menimba ilmu daripada Syeikh

Rasyid Redha dan seorang penulis buku bernama Muhib al-Din al-Khatib. Pada tahun

1346H/1927M, beliau berpindah ke Islamailiyah dan bekerja sebagai seorang guru di

Sekolah Rendah Ismailiyah (Ensiklopedia Dunia 2005: 89).

Selepas tamat pengajiannya, Hasan al-Banna mengajar kanak-kanak di

sekolah Ismailiyyah dan pada masa lapang pula akan dihabiskan untuk mengajar ibu

bapa kepada kanak-kanak iaitu masyarakat umum (al-Banna 1990: 37 ; Yahya 2008:

9). Tumpuan pendidikannya berfokuskan kepada masalah pembaikan moral

masyarakat sama ada dalam kerosakan sosial, budaya atau politik. Hal ini kerana

masalah utama yang dihadapi pada zamannya ialah masalah moral (Kamarul Azmi

2007:83).

Didikan yang diterima sepanjang proses pendidikan yang diperolehinya

membentuk beliau menjadi seorang insan yang gigih dan berdedikasi dalam

perjuangan. Beliau sentiasa mengambil kesempatan berdakwah kepada orang ramai

sama ada di tempat yang dekat ataupun jauh, sama ada berkenderaan ataupun yang

berjalan kaki (Kamarul Azmi 2007: 83).

Selain mempunyai ketahanan jasmani, beliau juga mempunyai pengaruh

dalam perbicaraannya. Perbicaraannya akan menawan hati sesiapa yang mendengar

dakwahnya. Keistimewaan Hasan al-Banna terpadu antara sifat keberanian Jamal

al-Din al-Afghani dengan kekuatan pemikiran Muhammad Abduh. Selain itu, beliau

merupakan ahli politik yang cerdik, sangat berani dan kuat seperti seorang panglima,

Page 12: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

18

pemidato dan pendebat yang kritis, keperibadian sufi, ahli falsafah serta ahli

sasterawan yang memukau (Kamarul Azmi 2007: 83).

Sebenarnya, Hasan al-Banna pernah menganggotai tarekat sufi, tetapi

meninggalkannya sejurus kemudian. Walau bagaimanapun, penglibatannya beliau

meninggalkan kesan yang baik terhadap pemikirannya (Ensiklopedia Dunia 2005:

89). Kemudian beliau menceburkan diri dalam beberapa persatuan kebajikan

tempatan.

Tanggal 12 Februari 1949M meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi

masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pemergian beliau yang tidak

diduga merupakan suatu pembunuhan yang kejam hasil konspirasi musuh Islam yang

berselindung di sebalik Raja Farouk, pemerintah Mesir ketika itu (Nazaruddin 1998).

Dr. al-Husaini menyatakan bahawa Hasan al-Banna memiliki keperibadian

yang berbeza dengan tokoh Islam sebelum beliau seperti Jamal al-Din al-Afghani dan

Syaikh Muhammad Abduh. Mereka (Jamal al-Din al-Afghani dan Muhammad

Abduh) meninggal dunia tanpa meninggalkan kesan dakwah yang jelas, tanpa

memberi pengajaran manhaj serta generasi penerus perjuangan. Sedangkan Hasan

al-Banna meninggal dunia dengan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para

ulama dan intelektual bukan sahaja di Mesir malah hampir seluruh pelosok dunia

(al-Syarkuni 2004: 238).

2.1.3.1 Latar belakang keluarga

Datuk Hasan al-Banna bernama Syeikh Abd ar-Rahman al-Banna. Beliau tinggal di

sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad

dan Muhammad. Ahmad menuntut di Universiti al-Azhar dan Muhammad terlibat

dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun Syeikh Abd ar-Rahman meninggal

dunia. Satu perselisihan faham telah berlaku antara dua orang adik beradik mengenai

pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah pusaka yang

lebih luas berbanding dengan Ahmad kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah

pertanian bapa mereka. Perselisihan ini membawa kepada pertengkaran tetapi Ahmad

menyelesaikannya dengan menyerah kesemua bahagiannya kepada Muhammad dan

terus berpindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana (al-Banna 1990: 30).

Page 13: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

19

Ahmad ibn Abd ar-Rahman al-Banna adalah bapa kepada Hasan al-Banna, di

Mahmoodiah, Ahmad memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Beliau

berkelulusan dari Universiti al-Azhar (Ensiklopedia Dunia 2005: 89). Separuh hari

dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk

mengkaji dan belajar al-Qur’an dan as-Sunnah. Di samping itu, Ahmad juga

mempunyai sebuah perpustakaan yang mengandungi pelbagai buku berharga

mengenai Islam dan Sunnah (al-Banna 1990: 30).

Tatkala penduduk kampung tersebut membina masjid sendiri, mereka telah

menjemput Ahmad menjadi imam solat jumaat yang pertama di situ. Kepetahannya

berbicara dan khutbahnya yang ilmiah telah menarik hati orang ramai. Akhirnya,

beliau dilantik menjadi imam dan khatib tetap masjid tersebut atas permintaan ramai.

Ahmad menerima tugas tersebut bukan kerana untuk mencari keuntungan kebendaan

tetapi untuk mencari keredhaan Allah. Beliau meneruskan kerjanya sebagai tukang

membaiki jam untuk menyara hidupnya dan masa lapangnya digunakan dalam

mengkaji hadith (al-Banna 1990: 31).

Ahmad adalah seorang manusia alim yang hebat. Beliau wara’, berakhlak

mulia dan bertaqwa. Isterinya juga berperibadi mulia serta wara’. Isterinya

berketurunan dari bani Abu Qurah. Dengan isteri pertamanya ini, Ahmad

memperolehi tujuh orang anak iaitu lima lelaki dua perempuan. Anak-anaknya

bernama Hasan, Abd ar-Rahman, Fatimah, Muhammad, Abd al-Basit, Jamal, dan

Fauziah. Ahmad mempunyai seorang lagi isteri dan mempunyai seorang anak yang

bernama Faridah (al-Banna 1990: 31).

2.1.4 Objektif gerakan

Objektif tertubuhnya gerakan Ikhwan al-Muslimin, sebagaimana ditegaskan oleh

Hasan al-Banna bahawa objektifnya amatlah jelas seperti sinaran matahari. Objektif

besar yang hendak dicapai tidak terbatas pada aspek pemikiran sahaja dan tidak juga

terbatas pada aspek spiritual, malah ia merangkumi semua aspek, aspek sosial, politik,

spiritual, pemikiran dan sebagainya (al-Qaradhawi 1999: 80). Setiap pertubuhan,

kumpulan atau gerakan semestinya ada tujuan, matlamat atau objektif yang ingin di

capai. Ikhwan al-Muslimin juga tidak terlepas daripada perkara ini. Antara objektif

gerakan ini ialah:

Page 14: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

20

1. Memperbaiki diri agar menjadi seorang muslim yang kuat, berbudi, berfikiran

maju, berusaha dan baik solatnya.

2. Membina rumahtangga muslim agar dapat menjaga adab Islam dalam segala

langkah kehidupan.

3. Membimbing masyarakat ke jalan yang benar.

4. Membebaskan negara daripada penjajah.

5. Memperbaiki sistem pemerintahan.

6. Mewujudkan kembali kesatuan bangsa-bangsa umat Islam.

7. Menguasai dunia dengan menyebarkan dakwah Islam.

2.2 GERAKAN JAMA’AT AL-ISLAMI

Jamaat al-Islami adalah sebuah parti kebangkitan Islam di India. Organisasi ini

merupakan salah satu gerakan Islam tertua dan paling berpengaruh dalam

perkembangan kebangkitan Islam di seluruh Dunia Islam umumnya dan India

khususnya. Organisasi ini ditubuhkan pada 26 Ogos 1941M di Lahore atas usaha Abu

al-A'la Maududi (Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden 2001: 42).

Walaupun pandangan-pandangan baru yang dibawa oleh Maududi masih

belum menarik ramai orang dan ada juga orang yang mencemuh beliau oleh beberapa

golongan. Namun masih ada juga segelintir orang yang bersedia bekerjasama

sehingga Jamaat al-Islami akhirnya mampu menunjukkan kemampuannya seperti

gerakan yang lain. Maududi tidak pernah berhenti dari bertahan agar Jamaat al-Islami

akan terdiri daripada orang-orang Islam malah memiliki akhlak yang dapat dipercayai

dan mampu melahirkan keyakinan kepada orang lain (Maryam Jameelah 1989: 20).

Selain itu, Maududi memikirkan bahawa Jamaat al-Islami mestilah terdiri

daripada orang-orang lulusan sistem pendidikan lama dan sistem pendidikan baru

sehingga memungkinkan adanya suatu kerjasama yang harmoni demi pembentukan

undang-undang Islam. Jamaat al-Islami turut mengusahakan sesuatu penyatuan di

antara semua mazhab pemikiran walaupun belum lagi ada seorang Syiah yang

menjadi anggota penuh Jamaat al-Islami (Maryam Jameelah 1989: 20).

Page 15: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

21

Selang beberapa tahun, organisasi Jamaat al-Islami begitu kukuh sekali kerana

ia merupakan gabungan tenaga muda, veteran, ulama, orang awam, golongan

profesional dan pekerja biasa. Ini adalah kerana mereka mempunyai satu cita-cita dan

masing-masing telah memainkan peranan masing-masing dalam kadar keupayaan

masing-masing sehingga mencetuskan hasil di luar dugaan (Mustafa 1989: 10).

Munurut anggaran dasar pendiri Jamaat al-Islami diperbaharui dan diperbaiki

pada 1941M. Parti ini terdiri daripada para anggota (arkan) dan muttafiq yang

semuanya bersiap sedia menjadi ahli parti. Pada 1947M, Jamaat al-Islami

beranggotakan 385 orang. Jamaat al-Islami dipimpin oleh seorang amir yang

bermusyawarah dengan sistem syura. Urusan antarabangsa diuruskan oleh qayyim

(majlis perunding). Sejak tahun 1960M, Jamaat al-Islami telah mengembangkan

sayap perempuan, dan juga organisasi-organisasi separa otonomi seperti

penerbitan,himpunan-himpunan kususnya himpunan pelajar Islami Jamiyat Thulaba

untuk memperluaskan kegiatan gerakan (Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden

2001: 42).

Sejak awal, Jama’at al-Islami ditubuhkan dengan struktur ummah dan

komuniti muslim yang soleh. Pembentukkannya mengisyaratkan “kelahiran kembali”

Islam dan memberikan kaum muslim India sebuah model organisasi yang terdorong

oleh kehendak untuk menegaskan hak politik dan kebudayaan mereka. Disiplin parti

sentiasa keras, dan anggotanya diharuskan untuk merombak dan memperbaharui

semua aspek kehidupan mereka sesuai dengan taraf yang ditetapkan oleh parti. Oleh

sebab itu, mereka lebih mementingkan peningkatan pada kualiti dan kuantiti. Jamaat

al-Islami bukanlah parti atau organisasi massa melainkan komuniti yang bertujuan

merangkul seluruh lapisan masyarakat iaitu menganjurkan masyarakt agar mengubah

diri sesuai dengan ajaran Islam (Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden 2001: 43).

Rasa iri hati terhadap Abu al-A'la Maududi bertambah luas dan berpengaruh.

Musuh-musuh Maududi dengan segala kemampuan yang ada telah melakukan sabotaj

terhadap muktamar tahunan Jamaat al-Islami yang diadakan pada 25 hingga 28

oktober 1963M. walaupun terdapat banyak rintangan yang dihadapi dari semua

penentangnya yang cuba membatalkan permit perjalanannya dan menolak permintaan

Page 16: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

22

untuk menggunakan pembesar suara, muktamar itu akhirnya diadakan juga dan

dihadiri oleh lebih dari 10000 orang ahli (Maryam Jameelah 1989: 43).

Musuh-musuh Jama’at al-Islami tidak boleh duduk diam kemudian mereka

melakukan propaganda menentang dengan suatu tindakan melalui akhbar yang

mencapai puncaknya pada 6 januari 1964M sehingga Maududi dan pemimpin

terkemuka dari Jamaat al-Islami ditangkap dan dipenjara tanpa perbicaraan. Akhirnya,

Jamaat al-Islami menjadi sebuah pertubuhan haram. Kewujudannya sudah tidak sah

lagi menurut undang-undang. Semua pejabat, perpustakaan dan tempat-tempat

pertemuan kepunyaan Jamaat al-Islami diawasi pihak polis. Bagaimanapun kes ini

dibawa ke mahkamah tinggi untuk diadili dengan jujur sehingga pengharaman

terhadap gerakan Jamaat al-Islami dan hukuman mati ke atas semua pemimpinnya

ditarik balik (Maryam Jameelah 1989: 44).

2.2.1 Pergerakan

Sejak 1947, Jamaat al-Islami dan sekutu-sekutunya berhasil mengarahkan perdebatan

perundingan pada isu keislaman Negara Pakistan. Setelah pergolakan anti Ahmadiyah

dan Perdana Menteri Chaudhri Muhammad ‘Ali lebih memperhatikan agama, majlis

perunding mula memandang tinggi pada para aktivis keagamaan dalam skala yang

lebih besar. Akibatnya, pada tahun 1956M, Jamaat al-Islami dan sekutu-sekutunya

dalam kalangan ulama mengambil hak kemenangan dan mengakui kerajaan baru

sebagai kerajaan Islam (Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden 2001: 44).

Hal ini, memudahkan bagi Jamaat al-Islami untuk terlibat secara langsung

dalam politik. Pada 1957M,terjadi pertelingkahan dalam parti. Namun, Maududi

memimpin Jamaat al-Islami untuk mengakui bahawa Jamaat al-Islami akan ikut serta

dalam Pemilihan Umum 1958M sebagai sebuah parti. Malangnya, kemenangan

kerajaan tidak lama apabila angkatan bersenjata Pakistan di bawah komando Jenderal

Muhammad Ayub Khan mengambil alih tampuk kekuasaan pada 1958M (Ensiklopedi

Oxford Dunia Islam Moden 2001: 45).

Oleh sebab tidak dapat lagi menyuarakan Islam secara bebas dalam arena

politik, maka Jamaat al-Islami lebih mengerahkan upaya untuk menggulingkan Ayub

Khan dan memulihkan kembali iklim politik. Disebabkan pengalaman parti dengan

pemerintah Ayub Khan, Jamaat al-Islami terpaksa mencari sekutu yang baru di luar

Page 17: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

23

lingkaran kaum pembaharuan keagamaan (Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden

2001: 45).

Akibat dari perlaksanaan Pergerakan Demokratik orang-oran Pakistan pada

akhir bulan Februari 1969M, Ayub Khan akhirnya bersetuju untuk mengadakan

Persidangan Meja Bulat di Rawalpindi dengan para pemimpin pembangkang yang

berpengaruh di seluruh negara. Mereka begitu gembira apabila Ayub Khan akhirnya

dengan jujur bersedia meletakkan jawatannya. Pilihanraya demokrasi yang

berdasarkan undian secara langsung akan memperbaharui sistem parlimen (Maryam

Jameelah 1989: 70).

Selepas tampuk pemerintahan Ayub Khan jatuh, naiklah pula Zulfiqar ‘Ali

Bhutto pada tahun 1971M. Selama pemerintahan Bhutto, Jamaat al-Islami memimpin

gerakan politik yang secara sedar menyebar sentimen agama untuk menjatuhkan

rezim Bhutto. Perjuangan untuk menjatuhkan Bhutto telah menjadikan Jamaat

al-Islami semakin popular.

Pada Pemilihan Umum 1977M memang telah diyakini ramai orang bahawa

pemilihan itu telah dimanipulasikan oleh Bhutto. Walau bagaimanapun, Jamaat

al-Islami telah memenangi 9 dari 36 kerusi. Populariti Jamaat al-Islami semakin

meningkat setelah melakukan protes anti pemerintah dan akhirnya berhasil juga

menjatuhkan Bhutto pada tahun 1977M (Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden

2001: 45).

2.2.2 Latar belakang pengasas

Pengasas Jamaat al-Islami ialah Abu al-A’la al-Maududi yang dilahirkan pada 25

September 1903M /1321H (Mustafa 1989:1; Abd al-Rashid 2002: 17). Beliau

merupakan seorang ahli fikir dan pendakwah Islam yang terkenal di India dan juga

merupakan ketua kepada Jamaat al-Islami di India pada pertengahan abad ke-20.

Beliau dilahirkan di Auragabad di wilayah Hyderabad (Ensiklopedia Dunia 2005:

458).

Beliau lahir di tengah-tengah keluarga yang mendakwa berketurunan dari

Khawajah Qutubudin Maududi Chisty, seorang pengasas tarekat Chisty, aliran

Page 18: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

24

sufisme yang ajaran-ajarannya melewati sehingga ke bahagian benua Indo-Pakistan

menerusi anak muridnya iaitu Khawajah Maunuddin Ajmeri (Maryam Jameelah

1989: 10).

Ayah Maududi seorang peguam bela. Walaupun Sayyid Ahmad Khan adalah

sepupu kepada ibunya dan beliau sendiri menerima pendidikan daripada Aligarh,

beliau agak kecewa dengan pemerintahan Inggeris dan juga para penyokongnya (Abd

al-Rashid 2002: 18). Oleh sebab itu, beliau menolak peradaban Barat. Beliau juga

enggan menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris dan akhirnya beliau

mengadakan pendidikan untuk anak-anaknya dengan menggunakan bahasa arab parsi,

urdu dan belajar bahasa Inggeris (Maryam Jameelah 1989: 11; Nasr 1994: 3).

Maududi seorang manusia luar biasa dalam mempelajari ilmu pengetahuan.

Beliau dikatakan sebagai self educated man. Sedikit yang dipelajari, tetapi ilmu itu

bercambah di dalam fikirannya, sehingga menjadikannya seorang ulama agung yang

amat mengagumkan (Mustafa 1989: 2).

Beliau tidak pernah belajar di sekolah Inggeris, tetapi penguasaan bahasa

tersebut diakui di peringkat antarabangsa. Penguasaan bahasa inggeris ini

membolehkan beliau membuat rujukan berkaitan dengan perkembangan semasa ilmu

politik, ekonomi, sejarah, sosiologi dan sebagainya. Di sini jelas kelebihan Maududi

berbanding dengan kebanyakan ulama semasa dengan beliau. Maududi menguasai

kedua-dua ilmu iaitu ilmu Islam dan ilmu yang dikembangkan barat (Mustafa 1989:

2).

Hasil daripada pembelajaran yang diterima oleh Maududi daripada ayahnya

dan guru-gurunya menjadikan beliau seoramg tokoh yang mempunyai bakat

keintelektualan yang megkagumkan walaupun hanya medapat pendidikan tidak

formal di peringkat rendah tetapi beliau telah mampu untuk mengembangkan ilmu

yang di pelajarinya sendiri (Nazaruddin 1999).

Ketika berusia 16 tahun, Maududi sudah kehilangan ayahnya. Kemudian,

beliau bekerja sendiri sebagai wartawan pada tahun 1920M bagi menyara

kehidupannya. Dalam waktu yang singkat, beliau bekerja di Jabalpur sebagai penulis

akhbar lantas menjadi editor Taj, sebuah akhbar mingguan daerah. Pada tahun yang

sama, beliau berhijrah ke Delhi untuk bekerja sebagai pembantu editor al-amiat, lidah

Page 19: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

25

rasmi Jamiat al-Ulama Hindi. Beliau meneruskan tugas itu sehingga tahun 1927M

sehingga beliau jatuh sakit. Keuzuran itu memaksa beliau kembali ke rumah

keluarganya di Auragabad dan tinggal di sana lebih kurang dua tahun. Selepas itu,

beliau kembali semula ke Delhi dan menetap sehingga tahun 1932M, kemudian beliau

pergi ke Hyderabad dan mula mengelolakan majalah terbitan bulanan yang sejak itu

sering dikaitkan dengan nama beliau, Tarjuman al-Qur’an (Maryam Jameelah 1989:

12).

Maududi memulakan kehidupan dakwahnya dengan masuk ke medan jurnalis

tahun 1918M. Pada tahun 1920M, beliau mendirikan barisan wartawan bertujuan

membebaskan umat Islam dan menyampaikan risalah Islam kepada umum, beliau

sentiasa berpindah-pindah jurnal sebagai kolumnis, redaktur dan ketua (Yahya

2008:9).

Selama 8 tahun dalam bidang kewartawanan, beliau begitu banyak sekali

menulis rencana ilmiah bertemakan dakwah Islamiyyah terutama dalam akhbar

Muslim. Keluasan dan kedalaman ilmu Islam beliau kian meningkat (Mustafa 1989:

3).

Pada tahun 1937M-1938M, Maududi pergi ke Punjab atas undangan

Muhammad Iqbal (1873M-1938M) di Basanakut untuk menegakkan kembali

undang-undang Islam dan beliau tinggal di daerah Gurdaspur di tanah wakaf seluas 80

ekar yang terdapat masjid dan empat atau lima buah bangunan yang akan dijadikan

Akademi Dar as-Salam. Akademi Dar as-Salam adalah bertujuan untuk mendidik para

kaum lelaki dan mengarang buku tetapi malangnya belum sempat ia berkembang

pesat, Muhammad Iqbal telah meniggal dunia pada bulan April. Setelah kematian

Muhammad Iqbal, Maududi berpindah ke Lahore dan berkhidmat sebagai Dekan

Fakulti Usuluddin dengan bersyarat tidak dibayar gaji. Akhirnya, beliau terpaksa

meletakkan jawatan tersebut, apabila pihak pemerintah memaksa beliau menerima

gaji dan mematuhi beberapa arahan (Mustafa 1989: 3).

Selepas setahun di Lahore, para ahli lembaga mendesaknya agar bersedia

menerima beberapa pembatasan terhadap penyebaran pandangan beliau. Lantas,

beliau berpindah semula ke Dar as-Salam untuk melanjutkan penulisan dan

ceramahnya (Maryam Jameelah 1989: 13).

Page 20: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

26

Semasa Maududi hidup, beliau telah beberapa kali dipenjarakan disebabkan

keberanian beliau dan sikap penentangan beliau terhadap mana-mana pihak yang

menolak penerapan syariat Islam di Pakistan dan menyebabkan beliau dihukum bunuh

dan akhirnya hukuman beliau diringankan. Semakin kerap kali beliau dipenjarakan,

semakin tinggi kegigihan dan keimanan beliau dalam menjalankan dakwah dan

menegakkan dasar-dasar Islam (Ensiklopedia Islam 2005: 458).

Di antara tahun 1959M-1962M, beliau banyak melancong ke Arab Saudi,

Syria, Jordan dan Mesir. Beliau berkunjung ke tempat-tempat suci dan bersejarah

yang sering disebut dalam al-Qur’an dan berusaha menyiapkan terjemahan al-Qur’an

dalam bahasa Urdu dan membuat ulasan-ulasan mengenai al-Qur’an Tafhimul Qur’an

(Maryam Jameelah 1989: 37).

Beliau bukan sahaja guru mata pelajaran Islam malah mahir mengenai

pengetahuan sekular. Beliau telah menggunakan ilmu pengetahuannya selam 40 tahun

kerjayanya dengan cara berkesan untuk melenyapkan seluruh keraguan terhadap

keunggulan peraturan Islam dalam kehidupan seharian. Kebolehan kesarjanaan beliau

bukan sahaja mampu menjelaskan seluruh aspek islam secara terperinci di dalam

hubungannya dengan berbagai ideologi golongan materialistik malah dengan lebih

seratus buah buku dan risalah mampu pula ia menarik perhatian golongan muda

berpendidikan moden (Maryam Jameelah 1989: 101).

Pada awal 1960an, beliau ditimpa penyakit yang membuatkan dia terpaksa

berehat daripada bergiat dalam kepimpinan Jamaat al-Islami lagi. Selepas itu, beliau

menumpukan perhatian dalam bidang pemikiran. Keadaan ini berterusan hingga

beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 22 September 1979M (Ensiklopedia

Islam 2005: 458).

Sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir, beliau pernah menerima

anugerah al-Malik Faysal kerana khidmatnya untuk Islam pada tahun 1399H/1979M

(Ensiklopedia Islam 2005:458).

Page 21: Latar Belakang Gerakan Ikhwan Al-muslimin Dan Jemaat Al-Islami

27

2.2.3 Objektif gerakan

Objektif yang ingin dicapai dalam gerakan Jama’at al-Islami tidak jauh berbeza

dengan objektif gerakan Islam yang lain. Antara objektifnya ialah:

1. Menubuhkan Negara sendiri (Pakistan).

2. Menghapuskan sistem pemerintahan ada, dan menggantikannya dengan sistem

pemerintahan yang sesuai dengan keinginan masyarakat Muslim.

3. Menegakkan syari‘at Islam.

4. Dakwah ditujukan kepada sema umat Islam.

5. Dakwah ditujukan kepada orang Islam yang bersedia menerima Islam dan

mengakui bahawasanya Allah sebagai Tuhannya.

6. Di tujukan kepada seluruh penduduk muka bumi.