Upload
duongtuyen
View
239
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)
TAHUN PENGUKUHAN
2010
DRAF
Kementerian Pelajaran Malaysia
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
[ Masalah Pendengaran ]
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
2010
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
KANDUNGAN MUKA SURAT
Kandungan iii
Rukun Negara iv
Falsafah Pendidikan Kebangsaan v
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi
Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii
Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix
Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1
Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Pengukuhan
iv
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara
vi
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
Pendahuluan
Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK
Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani
cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran
dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.
KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid
menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
Matlamat
Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan
pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
vii
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang
dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri
viii
Insanseimbang
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
Insanseimbang
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
Reka Bentuk Kurikulum
Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK
ix
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.
Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri
daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
1
KSSRPK PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti
OBJEKTIF
Murid boleh : 1. mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; 2. mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan
penyakit; 3. menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
FOKUS MATA PELAJARAN
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga bidang pembelajaran utama iaitu:
1. Kesihatan Fizikal Bidang pembelajaran ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.
2. Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Bidang pembelajaran ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan emosi, kekeluargaan dan perhubungan.
3. Kesihatan Persekitaran Bidang pembelajaran ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas.
Bidang Pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan.
Pengajaran Dan Pembelajaran
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan hendaklah memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai.
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran: 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang
penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar harus diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada mata-mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlulah dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.
2
2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif hendaklah dikendalikan oleh guru.
3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid peroleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuklah aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca dan belajar seumur hidup.
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan hendaklah dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi dan tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran harus disusun atur dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan murid agar murid itu dapat belajar dengan cara tersendiri dan dalam keadaan yang paling sesuai. Maka kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan dan kecacatan.
7. Penguasaan kemahiran Kajian Masa Depan hendaklah dilakukan untuk membolehkan murid sedar tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat asas hendaklah digalakkan.
Pentaksiran 1. Kaedah Pentaksiran yang digunakan adalah:
Pemerhatian berterusan Penilaian hasil kerja Penilaian berterusan Senarai semak Lisan Pemeriksaan fizikal secara berkala
2. Kekerapan menjalankan pentaksiran - Pentaksiran dijalankan sepanjang masa.
3. Ciri-ciri Pentaksiran adalah: Penilaian secara menyeluruh Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan
pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian
Criterian-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid
Laporan pentaksiran perlu disediakan dalam bentuk profil/folio murid
Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.
3
4. Penggunaan hasil pentaksiran
Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkah laku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
Tajuk-tajuk setiap bidang pembelajaran adalah: Bidang Pembelajaran 1 – Kesihatan Fizikal
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Pemakanan
Penyalahgunaan Bahan Bidang Pembelajaran 2 – Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Pengurusan Emosi
Kekeluargaan
Perhubungan Bidang Pembelajaran 3 – Kesihatan Persekitaran
Penyakit
Keselamatan
Pertolongan Cemas
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan:
1. menjaga kebersihan tubuh badan 2. mengambil makanan dan minuman yang cukup,
bersih serta selamat 3. mengenali ubat 4. mengurus emosi 5. menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang
lain 6. menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan 7. mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit 8. menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, tempat
awam dan tempat permainan
4
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN BIDANG PEMBELAJARAN 1: KESIHATAN FIZIKAL
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif
Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan
Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri
1.1.1 Mengenali bahagian anggota badan manusia –
Contoh:- kepala, badan, tangan, kaki dan genital. 1.1.2 Berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat
1.1.3 Menamakan peralatan penjagaan kebersihan diri. 1.1.4 Menjaga kebersihan diri - kepala, muka, gigi, tubuh,
tangan,kaki dan genital. 1.1.5 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri 1.1.6 Mengelakkan daripada berkongsi alatan keperluan diri – sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan makan dan minum.
1.2 Pemakanan
Mengetahui jenis makanan harian
Mengetahui makanan serta minuman yang bersih dan selamat .
1.2.1 Menamakan makanan harian. 1.2.2 Menamakan makanan mengikut waktu makan.
(sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) 1.2.3 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang cukup, bersih dan selamat
1.3 Penyalahgunaan bahan
Mengetahui pelbagai jenis ubat
1.3.1 Mengenal pelbagai jenis dan bentuk ubat. 1.3.2 Mengambil ubat di bawah pengawasan ibu bapa.
5
BIDANG PEMBELAJARAN 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Pengurusan Emosi
Memahami perasaan
Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi
2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu. 2.1.2 Menunjuk cara meluahkan perasaan yang sesuai mengikut situasi. 2.1.3 Menyedari bahawa kasih sayang, penerimaan, rasa kepunyaan dan keselamatan adalah asas keperluan emosi.
2.2 Kekeluargaan
Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga.
2.2.1 Mengenal diri sendiri. 2.2.2 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga 2.2.3 Menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam
keluarga/penjaga 2.2.4 Mengambil maklum ibu bapa, penjaga dan orang dewasa yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukan untuk mendapat maklumat.
2.3 Perhubungan
Mengetahui perhubungan dengan - ibu bapa/penjaga - ahli keluarga - rakan sebaya - individu
2.3.1 Menamakan hubungan kekeluargaan. 2.3.2 Mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan ibubapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain 2.3.3 Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat. 2.3.4 Berkata TIDAK/ JANGAN kepada sentuhan tidak selamat 2.3.5 Memberitahu orang yang boleh dipercayai apabila berlaku sentuhan tidak selamat 2.3.6 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan ahli Keluarga
6
BIDANG PEMBELAJARAN 3: KESIHATAN PERSEKITARAN
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Penyakit
Mengetahui vektor
Mengetahui penyakit berjangkit - penyakit kulit - penyakit tangan, kaki dan mulut - demam selesema - jangkitan cacing
3.1.1 Menamakan haiwan pembawa penyakit. 3.1.2 Menamakan jenis-jenis penyakit yang dibawa. 3.1.3 Cara-cara mengatasi dan mencegah penyakit. 3.1.4 Mengenali penyakit berjangkit 3.1.5 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri kepada orang lain dan sebaliknya 3.1.6 Mengamalkan kebersihan diri
3.2 Keselamatan
Mengetahui keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
3.2.1 Menulis sendiri nama dan nombor telefon. 3.2.2 Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga 3.2.3 Memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan 3.2.4 Menunjukkan cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan.