15
Pendahuluan Persoalan wira dalam kesusasteraan Melayu kerap dibincangkan oleh para pengkaji kesusasteraan. Wira ialah manusia yang dikenali gagah perkasa dan berwibawa. Menurut Kamus Dewan (1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1465) mendefinisikan wira itu pahlawan dan lelaki. Manakala Glosori Istilah Kesusasteraan (1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 359) pula mentafsirkan wira sebagai watak lelaki atau perempuan yang menjadi tumpuan dalam sebuah karya kesusasteraan. Istilah ini digunakan pada watak-watak yang menjadi perhatian utama para pembaca dan penonton. Istilah wira ini juga dapat dianggap sebagai suatu keunggulan sejarah. Menurut Huzainga, “…a historical life- ideal maybe defined as any concept of excellence man projects into the past”. Beberapa istilah wira telah digunakan dalam kesusasteraan seperti sateria, pahlawan, pendekar, pejuang, tokoh dan srikandi. Menurut Shaharuddin, terdapat dua jenis manusia yang disanjung tinggi oleh

Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

Pendahuluan

Persoalan wira dalam kesusasteraan Melayu kerap dibincangkan oleh para

pengkaji kesusasteraan. Wira ialah manusia yang dikenali gagah perkasa dan berwibawa.

Menurut Kamus Dewan (1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1465)

mendefinisikan wira itu pahlawan dan lelaki. Manakala Glosori Istilah Kesusasteraan

(1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 359) pula mentafsirkan wira

sebagai watak lelaki atau perempuan yang menjadi tumpuan dalam sebuah karya

kesusasteraan. Istilah ini digunakan pada watak-watak yang menjadi perhatian utama

para pembaca dan penonton.

Istilah wira ini juga dapat dianggap sebagai suatu keunggulan sejarah. Menurut

Huzainga, “…a historical life-ideal maybe defined as any concept of excellence man

projects into the past”. Beberapa istilah wira telah digunakan dalam kesusasteraan seperti

sateria, pahlawan, pendekar, pejuang, tokoh dan srikandi. Menurut Shaharuddin, terdapat

dua jenis manusia yang disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu iaitu wira-wira feudal

dan wira-wira jenis kebendaan. Kedua-dua konsep wira ini bertentangan dengan nilai-

nilai Islam dan kemanusiaan sejagat tetapi diagung-agungkan oleh golongan elit dan

terdidik Melayu sebagai contoh-contoh yang elok ditiru oleh orang-orang Melayu.

Penelitian pada buku-buku kesusasteraan ini menunjukkan bahawa tokoh-tokoh feudal

yang itu telah diangkat sebagai wira. Tokoh-tokoh zaman kesultanan Melaka seperti

Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Fatimah, dan Bendahara Tun Perak mendapat perhatian

dalam kesusasteraan ini, dan diketengahkan sebagai watak-watak ideal atau taraf

kecemerlangan yang dianggap tinggi dan terpuji.

Page 2: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

Terdapat beberapa aspek pemikiran yang disampaikan oleh pengarang untuk

menghasilkan sesuatu karya. Seperti Usman Awang sebagai contoh, bahasa yang

digunakan beliau penuh dengan tanda-tanda bertujuan untuk mengajak peminat mencari

makna-makna tersirat, disamping memahami budaya sosial. Ia menggunakan pendekatan

semiotik iaitu sebagai salah satu syarat untuk memahami budaya dan mengkajinya bagi

mempertingkatkan angapan sistem makna sosial yang dikongsi bersama (Barley 1983:

398; Mana Sikana 1990: 23-4). Selain itu, idea-idea dalam sastera yang disampaikan oleh

pengarang secara implisit menerusi penggunaan simbol, bahasa taip atau bentuk drama,

alirannya, perwatakannya dan upacara-upacara tertentu. Drama yang menggunakan

banyak dialog atau bahasa juga dikaji melalui pendekatan semiotik. Ini kerana

pendekatan semiotik begitu peka dengan kehidupan manusia seharian yang kaya dengan

pelbagai sistem perlambangan sama ada sahih atau kabur. Para pengkaji membuat

penelitian dengan menjadikan Untuk melihat sesebuah karya, semiotik perlu dijadikan

alat kerana kemungkinan adanya sistem yang tersendiri melalui penggunaan sistem tanda

atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya berkenaan. Cara yang paling baik untuk

menganalisis sesebuah karya melalui pendekatan semiotik adalah dengan berlandaskan

kepada konteks adanya sistem tersebut dalam setiap karya yang ingin dikaji (Mana

Sikana 1990 : 28). Kita akan melihat hal-hal yang paradoks dan kontradiksi serta stail

pengarang yang tersendiri. Hal-hal ini hampir sejajar dengan teori Emberto Eko yang

meletakkan lambang sebagai subtance-effect, hasil mainan dua sistem perbezaan yang

berlainan ataupun sebagai alat untuk berdusta (Emberto Eco 1980). Melalui semiotik

juga, kita dapat melihat cara pengarang mengaitkan sesuatu konsep dengan pemkiran atau

gagasan idea pengarangnya. Di sinilah kepentingan semiotik digunakan untuk

Page 3: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

menentukan stail pengarang memaparkan realiti dalam sesebuah teks dan

meghubungkannya dengan persoalan budaya dan masyarakat di mana ruang dan dunia

pengarang yang berada.

Objektif kajian ini akan membincangkan tentang cara pengarang mentafsir

sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasa drama yang puitik

dan moden. Selain itu, ia mengkaji bagaimana cara sesuatu cerita itu disampaikan

kepada orang Melayu pada waktu itu supaya dapat diterima dengan sepenuhnya. Di

samping itu, kita dapat menambah ilmu pengetahuan serta mengenalpasti ciri-ciri wira

yang terdapat dalam drama ini.

Batasan kajian adalah pengkaji ingin mendekati sesuatu teks sastera dengan

menggunakan pendekatan semiotik. Ia membincangkan tentang usaha pengarang yang

mahu mentafsir sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasa

drama yang puitik dan moden. Dalam hal ini, pengkaji akan menggunakan tiga buah

drama iaitu ‘Matinya Seorang Pahlawan, Tamu di Bukit Kenny dan, Uda dan Dara’ oleh

Usman Awang sebagai bahan rujukan.

Page 4: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

Konsep wira dalam drama Matinya Seorang Pahlawan

Melalui drama Matinya Seorang Pahlawan dipaparkan konflik Hang Tuah

dengan Hang Jebat untuk menunjukkan bahawa pengarang cuba mentafsir kembali

konsep setia dan derhaka yang difahami oleh manusia feudal. Salah satu tekniknya yang

menarik ialah transformasi daripada feudalisme kepada modenisme. Usman Awang

berjaya memaparkannya melalui kekuatan bahasanya.Menerusi pendekatan

semiotik ,,percubaan ini sangat menarik kerana pengarangnya berjaya mengetengahkan

konsep setia dan derhaka dan juga antara feudalisme dan modenisme. Lebih jelas lagi

Usman Awang telah mempertikaikan nilai sosial masa lalu dengan meletakkan satu

tafsiran baru dalam konteks sosial masa kini. Justeru itu wira dalam drama Matinya

Seorang Pahlawan ialah Hang Jebat yang diberkan nilai moden atas keberaniannya

menentang tradisi feudalisme dan mengingatkan sesuatu yang baru yang menyimpang

daripada kebiasaan masyarakatnya.

Usman Awang turut memasukkan adegan pertikaman di antara Jebat dan Tuah

dan diselang-seli dengan pertikaman lidah di antara kedua-duanya dengan konsep setia

dan derhaka sebagai satu lambang pertikaman falsafah. Matinya Seorang Pahlawan

didominankan oleh pelbagai system tanda yang diwakili oleh tokoh-tokoh Hang Tuah

dan Hang Jebat yang mempertikaikan soal keadilan dan kebenaran, maksud setia dan

derhak,erti kawan dan lawan,dan yang kalah dengan yang menang.

Dalam drama Matinya Seorang Pahlawan adalah simbol manusia yang berprinsip

yang mempunyai semangat kesetiaan dan ikatan persahabatan yang kental serta tidak

gental dengan sebarang bentuk tekanan. Hal ini seperti mana yang diungkapkan dalam

dialog di bawah;

Page 5: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

Hang Jebat: Tapi taat setiamu itu menyebabkan aku ketawa dan betapa anehnya kurasakan sekarang ketika orang yang menitahkan kematianmu kau junjung dengan segala kerelaan; seperti kau menjunjung titahnya sekarang untuk membunuh orang yang membela kematianmu.

Hang Tuah: Mengapa tidak? Aku telah dititahkan sebab Yang di-Pertuan menghendaki kematian dan darah harus mengalir dari tubuhmu supaya kematian itu datang nanti.

Sikap kesetiaan dan keperwiraan Tuah yang diungkapkan melalui frasa taat

setiamu, seperti kau menjunjung titahnya dan darah harus mengalir dari tubuhmu adalah

gambaran jelas bahawa demi taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada raja, Tuah

sanggup menjunjung titah untuk membunuh sahabatnya sendiri. Kesetiaan Tuah tidak ada

usul periksa ,sedangkan kesetiaan Jebat banyak persoalannya. Justeru itu, apabila

berhadapan dengan pejuang keadilan yang dihantui oleh perasaan, Hang Tuah tetap teguh

dengan keyakinan dan sikapnya untuk membela sistem pemerintahan yang tetap

mempertahankan raja ,walaupun maksud keadilan raja itu boleh dipertikaikan.

Hang Tuah telah menjadi lambang kepahlawanan bangsa Melayu dan dalam

penulisan drama ini, ia menjadi tumpuan Usman Awang untuk menceritakan

kegagahannya. Hang Tuah telah menjadi tokoh wira yang dipuja zaman berzaman.

Ketokohan ini turut dikongsi oleh Kassim Ahmad yang berpendapat;

Hang Tuah telah dikenali oleh sebab keberanian dan kepahlawanan yang luar biasa. Sifat-sifat dirinya yang selalu memainkan peranan yang penting.Dia tidak takut kepada apa-apapun dan tidak menolak sesuatu cabaran untuk berlawan. Telah menjadi satu pegangannya yang dia tidak tunduk kepada sebarang ugutan,mahupun yang dibuatnya sendiri (Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah 1973;hlm.46)

Page 6: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

Hang Tuah melambangkan kekuatan bangsa Melayu dan merupakan satu simbol

dari penjelmaan sifat-sifat keperwiraan bangsa Melayu dan ia dianggap sebagai daya

aspirasi rakyat seluruhnya. Hal seperti ini digambarkan dalam perbualan drama Matinya

Seorang Pahlawan di bawah;

Hang Tuah: Hai Jebat, cemar sekali perbuatanmu melangkahi adat dan peraturan; yang mesti dimuliakan oleh raja kerana kita adalah hamba yang berlutut di bawah kebesarannya. Turunlah sekarang supaya engkau membayar menunaikan hutang yang engkau sangkutkan atas darah dan airmata dan sifat derhaka mencemarkan negeri dan bangsa

Usman Awang menggambarkan tentang Hang Tuah seorang wira yang ideal

dengan imej taat setianya dan seluruh jiwa raganya dicurahkan kepada sultan. Melalui

ungkapan kerana kita adalah hamba dan yang berlutut di bawah kebesarannya jelas

menunjukkan kepaduan dan kebulatan taat setia Hang Tuah kepada rajanya ,meskipun

mengetahui dia telah terfitnah. Hang Tuah muncul sebagai pahlawan gagah berani,taat

seia dan menjunjung perintah.Dapat dikatakan bahawa keperwiraannya hasil daripada

pancaran ketaatsetiaan seorang hamba kepada tuannya. Seorang tuan mempunyai kuasa

yang tidak boleh diganggu-gugat.Kuasanya mutlak dan hak.Berdiri atas daulatnya dan

duduk di bawah cemaranya.Hang Tuah adalah tokoh perwira bagi sebuah masyarakat

feudalismenya.

Apabila menggambarkan kebijaksanaan pula,Usman Awang menggunakan

pemilihan diksi atau kata-kata yang tepat. Hang Tuah dengan muslihatnya berjaya

merampas kembali Keris Taming Sari dan berhasil mengalahkan Hang Jebat. Dalam

konteks ini,keperwiraan diungkapkan…

Page 7: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

Hang Jebat: Hai,Tuah! Engkau laksamana terbilang dan tak pernah kutahu kau akan mencuri menyambar kerana kau pahlawan dan seorang pendekar harum berani dan gagah serta berani maka sekarang kau sanggup menipu mencuri dan merampas hartaku?

Hang Tuah: Ingat Jebat, Taming Sari ini kepunyaanku, kurnia dari Seri Betara Majapahit yang selalu merestu maka kuambil milik ini darimu

Usman Awang menggunakan frasa Engkau laksamana terbilang tak pernah

kutahu kau akan mencuri menyambar dan kau sanggup menipu mencuri dan merampas

hartaku? ini memperlihatkan akan kebijaksanaan Hang Tuah memperdaya Hang Jebat

untuk mendapatkan kembali haknya. Malah kebijaksanaan itu tidak disedari atau

dikeetahui langsung oleh Hang Jebat.

Tanda atau petanda yang diungkapkan melalui frasa kurnia dari Seri Betara

Majapahit yang selalu merestu pula menggambarkan betapa kebijaksanaan Hang Tuah

sehingga diberi restu oleh Seri Betara Majapahit untuk menggunakan keris Taming Sari.

Jelas sekali keperwiraan Hang Tuah masyhur di seluruh Nusantara . Kelebihan-kelebihan

yang disandarkan kepada Tuah sebenarnya hendak menggambarkan kelebihan-kelebihan

bangsa itu sendiri. Ketika menulis kata-kata pendahuluan buku Laksaman Hang Tuah

karya Abdul Samad Ahmad,Za’ba turut menyatakan;

Walaupun cerita Hang Tuah tidak semestinya sejarah tetapi tidak syak lagi keperwiraan Hang Tuah memang ada dan usaha menghidupkannya kembali kisah keperwiraan Hang Tuah dapat dianggap sebagai hendak menghidupkan semula kemegahan bangsa Melayu zaman dahulu kala.

Page 8: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, drama yang dikaji ini menggambarkan perbezaan kelas

antara golongan masyarakat di negara ini dan dengan tegas golongan masyarakat Melayu

kebanyakannya berada di tahap yang paling rendah.

Wira dalam karya-karya drama yang dikaji merupakan tokoh-tokoh masyarakat

yang berani menentang sistem sosialnya. Jika mereka gagal membawa perubahan kerana

perjuangannya tidak diterima oleh masyarakat yang telah didominasikan dengan

fahaman-fahaman sempit tentang prinsip-prinsip kemanusiaan seperti keadilan dan

kebenaran, Usman Awang tetap memenangkan mereka ini dengan cara melahirkan

tokoh-tokoh lain untuk meneruskan perjuangan dan idealismenya itu. Ini terjadi kepada

Hang Tuah, Uda dan Tun Kudu. Andainya pengertian wira didasarkan pada fahaman

tradisi tetapi berbeza pula dengan tokoh wira dalam pemikiran Usman Awang. Di sini

jelaslah bahawa sasterawan ini sekaligus menentang tradisi kesusasteraan Melayu kerana

yang paling penting dalam konteks masyarakat masa kini ialah humanisme sosialnya.

Berdasarkan simbol dan lambang-lambang yang digunakan dalam drama “Uda dan Dara“

itu, kelihatan pengarangnay seperti memenangkan golongan marhaen iaitu petani yang

tertindas. Gambaran seperti ini merupakan manifestasi perjuangan kaum politeriat dalam

satu revolusi sosial.

Page 9: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

BIBLIOGRAFI

________.1988. “Laporan Panel Anugerah Sastera 1983“ dalam Drama-drama Pilihan Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Napiah. 1987. Drama Moden Malaysia. Perkembangan dan Perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halijah Rahmat. 2006. Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Selangor: Dewana Sdn. Bhd.

Mana Sikana. 1990. Matinya Seorang Pahlawan. Selangor: Penerbit Karyawan.

Othman Puteh. 1994. Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Perubahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Nathesan. 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. 2001. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Aisah Murad. 1993. Konsep Wira dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usman Awang. 1994. Tamu di Bukit Kenny. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Yusuf. Julai 2002. Unsur Ketesiratan dalam Novel-novel Melayu. Dewan Bahasa.

Indirawati Zahid. Ogos 2003. Semantik Leksikal: Penjenisan dan Hubungan Makna. Dewan Bahasa dan Pustaka.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Page 10: Konsep WIRA Dalam Kesusasteraan Melayu

BBK 3212

KRITIKAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

TAJUK : KONSEP WIRA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

NAMA AHLI KUMPULAN :

ANIZA BT. MALIK B 9244

MAZIDAH BT. MOHAMAD ZALIHAN B 9242

NOR HAFIZAH BT. JAMALUDIN B 9144

NURMARIA BT. ARSHAD B 9145

NAMA PENSYARAH :

DR. NIK RAFIDAH BT. NIK MUHAMAD AFFENDI

SEMESTER : 6

TARIKH HANTAR : 4 SEPTEMBER 2008