Click here to load reader

Kesan Pendudukan Jepun Di Malaysia Tugasan Individu

  • View
    82

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teruskan

Text of Kesan Pendudukan Jepun Di Malaysia Tugasan Individu

PENDAHULUANSememangnya nasionalisme semestinya akan berlaku kepada Negara-negara yang telah dijajah. Pada mulanya ianya berbentuk keamanan dengan mahu menunjukkan cintanya rakyat di sesebuah Negara itu terhadap negaranya. Nasionalisme bolehlah didefinisikan sebagai cintakan tanah air dalam membentuk sebuah Negara bangsa. Dengan kata lainnya, nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan yang mengikut sekumpulan masyarakat menerusi institusi budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dengan mencapai pembentukkan Negara yang merdeka. Ini disebabkan berlakunya semangat nasionalisme ini kerana mereka merasakan bahawa kebebasan yang mutlak bukanlah terletak pada penjajah yang menjajah. Sebaliknya merekalah sendiri yang perlu menggerakkannya dalam erti kata kebebasan. Inilah apa yang telah terjadi kepada Negara-negara dikalangan Asia Tenggara yang mana kesan selepas perang dunia kedua itu secara khususnya menampakkan timbul semangat nasionalisme yang membara di kalangan mereka.

Kedatangan para penjajah ini sebenarnya sudah bermula pada abad ke 15 lagi iaitu kedatangan Portugis dan diikuti oleh Sepanyol dan kuasa-kuasa besar yang lain. Tujuan mereka pada mulanya ialah untuk berdagang. Tetapi atas dasar kedudukan yang strategik dan kekayaan hasil bumi lantas mengubah niat mereka untuk menjajah Negara-negara di Asia Tenggara ini dengan tujuan untuk mengaut kekayaan hasil bumi serta meluaskan pengaruh mereka. Apa yang dapat dilihat juga ialah mengenai faktor-faktor kedatangan mereka kerana perkembangan bahan mentah yang memerlukan sumber mentah, kemajuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan pasaran. Faktor-faktor ini yang mana menggalakkan lagi mereka untuk datang ke Asia Tenggara.

Semasa pendudukan Jepun di Asia Tenggara, yang mana pihak Jepun ini sedikit sebanyak telah menanamkan sifat cintakan Negara di kalangan penduduk di Asia Tenggara. Ini kerana dasar Jepun yang membenarkan mereka menggunakan bahasa pengantar seperti di Indonesia. Selain itu, pihak Jepun juga dengan propagandanya iaitu Asia untuk Asia telah mengubah persepsi masyarakat di Asia Tenggara kerana mereka beranggapan bahawa kedatangan Jepun ini boleh membebaskan Negara mereka daripada dibelenggu pihak penjajah.

Nasionalisme di Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan menyebarkan pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan menggunakan majalah-majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La Solidaridad dan sebagainya.

Jadi, apa yang dapat kita fahami disini ialah sememangnya sebelum perang dunia kedua lagi telah berlaku semangat nasionalisme contohnya di Filipina, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Vietnam lain-lain lagi. Tetapi semagnat ini tidak pernah pudar yang mana selepas perang dunia kedua yang menyaksikan kuasa besar Asia iaitu Jepun telah meluaskan pengaruhnya. Semasa pendudukan Jepun juga, aspek yang dapat kita lihat ialah kerjasama antara penduduk tempatan dengan Jepun dalam usaha untuk mengusir penjajahan barat. Apa yang tersirat di fikiran pihak Jepun dan apa yang tersirat di fikiran penduduk di Asia Tenggara adalah berlainan. Misalnya Jepun mahu meluaskan pengaruh dan mementing aspek ekonomi, walhal penduduk di Asia Tenggara dengan kedatangan Jepun ini akan menjanjikan mereka kemerdekaan. Dalam hal ini Jepun seperti serampang dua mata dan mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai batu loncatan.

Selepas kekalahan Jepun pada 14 ogos 1945, Menyaksikan bahawa penjajah barat telah masuk semula dan bermula era baru dalam siri nasionalisme. Masyarakat pada masa itu mula sedar akan kepentingan nasionalisme bagi memperjuangkan hak mereka dan nasib bangsa mereka. Jadi kertas kerja ini akan ditumpukan kepada nasionalisme di Asia Tenggara selepas perang dunia kedua yang mana kesannya telah membangkitkan semangat anti penjajah. Dalam perbincangan ini saya mengambil Tanah Melayu sebagai contoh pendudukan Jepun di Asia Tenggara yang telah timbul kesedaran dan seterusnya menuntut kepada kerajaan British untuk membentuk kerajaan sendiri atau kemerdekaan.Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di rantau Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Kehadiran Jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu mendapatkan bahan-bahan mentah untuk ekonomi negara Jepun. Berbekalkan slogan Asia untuk Asia dan Menghapuskan Imperialisme Kuasa-kuasa Barat perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh masyarakat setempat kerana melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang Melayu dan India mengalu-alukan kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai penyelamat dan penghalau penjajah British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan pada 8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang 15 febuari 1942, pentadbiran British di Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah diri. Maka, secara rasminya bermulalah zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar pemerintahan negara diubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar pemerintahan dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat Tanah Melayu . Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Malahan zaman pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah di anggap sebagai Zaman Gelap Tanah Melayu oleh masyarakat kerana penderitaan yang mereka alami. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu meninggalkan kesan negatif tetapi pada sudut-sudut yang tertentu kedatangan Jepun walau bagaiamanpun telah menyumbangkan kesan positif terutama dalam membentuk pemikiran dan jati diri masyarakat. Ini bukan kesan yang kecil tetapi pengaruh impak dan pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat Melayu. Melalui esei ini saya akan membahaskan kesan pendudukan Jepun dalam bidang politik, sosio-ekonomi terhadap masyarakat di Tanah Melayu yang telah menimbulkan kesedaran ke arah berkerajaan sendiri daripada British.2. KEBANGKITAN DAN KESEDARAN SEMANGAT NASIONALISME TERHADAP NEGARA DENGAN PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU.

Dari segi politik, khususnya di Tanah Melayu mengalami perubahan politik yang ketara. Ini kerana semasa pendudukan Jepun, Jepun juga telah mencampuradukkan politik di Negara-negara yang dijajahinya, di mana Jepun telah memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam pentadbirannya. Justeru itu, keadaan ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Tanah Melayu untuk bangkit dan menuntut bekerajaan sendiri daripada British. Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.Orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih baik daripada British tetapi tanggapan mereka salah.Kehidupan semakin sulit dan ini menimbulkan kesedaran bahawa nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah oleh mana-mana kuasa asing. Selepas pengunduran Pihak Jepun, British telah datang kembali berdasarkan kepada Piagam Atlantik yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Britain iaitu Winston Churchill dan Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt pada bulan ogos 1941. Piagam Atlantik telah mengisytiharkan prinsip-prinsip kerajaan sendiri bagi tanah jajahan mereka. Berdasarkan prinsip-prinsip perjanjian ini, pada bulan Februari 1943 pejabat tanah jajahan bersama-sama dengan pejabat perang mula membuat rancangan-rancangan untuk pembaharuan politik di Tanah Melayu selepas perang. Pada bulan Julai 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London telah menubuhkan unit perancang Tanah Melayu bagi merangka satu sistem pentadbiran baru di Tanah Melayu. Unit ini dianggotai oleh bekas pegawai-pegawai British. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor-syor mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh unit perancangan. Dalam melaksanakan usul ini, maka setiausaha British ketika itu George Hall telah menghantar Sir Harold Macmichael untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan Melayu. Lantas orang Melayu bangkit untuk menentang Malayan Union keranan dianggap Malayan Union ini menghakis hak orang-orang Melayu. Lagipun jika tertubuhnya Malayan Union, kuasa-kuasa sultan akan hilang, selain itu, British juga memberikan syarat kewarganegaraan yang longgar. Sebenarnya, raja-raja Melayu telah diugut oleh Sir Harold McMichael dalam mendapatkan tandatangan Sultan. Hal ini yang menyebabkan orang-orang Melayu bangkit menentang.

Mereka telah menentang melalui akhbar dan majalah. Akhbar-akhbar ketika itu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara rata-ratanya mempermainkan sentiment orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Akhbar ini juga merupakan alat penyebaran maklumat dan pentingnya orang Melayu bersatu menentang gagasan ini. Selain itu, mereka juga telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran. Contohnya di Kota Bahru seramai 10 000 orang telah menyertai demonstrasi ini semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan.

Lantas, satu kongres yang terdiri daripada orang Melayu telah ditubuhkan pada mei 1946 dengan Dato Onn Jaafar dipilih menjadi yang dipertua. Umno ialah sebuah parti bangsa Melayu yang berjuang menentang penubuhan Malayan Union. Mereka menentang bukan dengan senjata, tetapi menentang dengan secara aman dan mengadakan demonstrasi. Pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu juga turut menentang gagasan ini. Antaranya ialah Alex Mac Adam, Arnold Robinson dan Sir Richard Winstedt. Mereka ini sebenarnya simpati terhadap bangsa Melayu. Tetapi kita lihat, satu parti telah ditibuhkan iaitu parti dari kalangan bukan Melayu yang diberi nama AMCJA. Didalam parti ini mengandungi parti-parti lain seperti MDU, MIC, MDYL dan Malayan Peoples Anti Japanes Ex Comrades Association. Mereka juga turut mem