Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    1/55

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    2/55

    D20102041692

    RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

    Tugasan 1

    KUMPULAN

    UPSI W02

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    LEONG MEI LEE D20102041692 016-5477347

    NAMA TUTOR E-LEARNING: Encik Sarib bin Selamat

    TARIKH SERAH: 19 Mei 2012

    1.Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciriperkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkahpencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluankhas.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    3/55

    D20102041692

    Isi Kandungan Halaman

    PENGENALAN 1

    1.0 Etiologi 4

    2.0 Definisi 5

    3.0 Punca-Punca Kecacatan 9

    4.0 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak disleksia

    dari segi fizikal, kognitif dan sosial.

    11

    5.0 Langkah-Langkah Pencegahan Disleksia 14

    Rujukan 17

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    4/55

    D20102041692

    Tugasan 1

    1. Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal,

    kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak

    berkeperluan khas.

    PENGENALAN

    Di Malaysia kira-kira 50 peratus daripada lebih 90,000 kanak-kanak yang menghidapi

    masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah

    Disleksia.

    Perangkaan diterima Persatuan Disleksia Malaysia daripada Kementerian Pelajaran

    mendapati nisbah menunjukkan lima daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalamikeadaan itu dan ia amat membimbangkan Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah

    Amirin, berkata pihaknya kini dalam usaha merancang bersama kementerian bagi

    mewujudkan satu program khusus untuk kanak-kanak yang menghidap Disleksia supaya

    ditempatkan dalam kelas khas dan diajar guru khas.

    Katanya, kebanyakan sekolah tidak dapat mengesan penghidap Disleksia selagi kanak-

    kanak itu belum menjalani pemeriksaan, justeru mereka cenderung meletakkan mereka dalam

    kelas pendidikan khas dengan alasan mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Tambahbeliau lagi program dalam pendidikan khas kurang sesuai untuk penghidap Disleksia,

    sebaliknya mereka memerlukan program dan kaedah pembelajaran khusus bagi mengatasi

    masalah ini.

    Difahamkan, ada sesetengah sekolah memberi kad Orang Kurang Upaya (OKU)

    kepada pelajar Disleksia, sedangkan mereka bukan mengalami penyakit yang kronik, tetapi

    hanya keadaan mereka yang sukar mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan

    bertutur. – BH

    Sebenarnya golongan pelajar-pelajar yang menghidap Disleksia merupakan kanak-

    kanak berkeperluan khas iaitu kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang

    berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas

    berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi,

    tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan

    modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan

    khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan

    tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    5/55

    D20102041692

    Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak

    luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi

    kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo

    (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah;

    "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences

    may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of

    these children may require educational programs customized to their unique needs."

    Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti

    berikut:

    i. Terencat akal.

    ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.

    iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku

    iv. Pintar cerdas dan berbakat

    v. Masalah bahasa dan pertuturan

    vi. Masalah pendengaran

    vii. Masalah penglihatan

    viii. Kecelaruan spektrum autism

    ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan

    Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan pelajar-pelajar berkeperluan khas adalah

    kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

    daripada murid biasa. Pelajar-pelajar berkeperluan khas terbahagi kepada pelajar bermasalah

    penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan

    Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

    Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah

    golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi

    kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangankognitif mereka (Abd. Rahim 2006).

    Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak

    yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai

    kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak

    berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada

    kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka

    (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’iniseperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    6/55

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    7/55

    D20102041692

    1.0 Etiologi

    Etiologi adalah merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kecacatan.

    Banyak faktor yang menyebabkan kecacatan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

    Punca kecacatan kepada kanak-kanak istimewa ini bergantung kepada kategori-kategori yang

    tertentu. Secara umumnya terdapat tiga punca kecacatan iaitu faktor biologi, psikologi dan

    persekitaran adalah dominan kepada semua kategori yang dinyatakan itu.

    Salah satu punca berlakunya kecacatan adalah faktor neoroligik yang merangkumi

    proses kelahiran, distress fetal, bersalin dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum

    atau eklamsia dibandingkan kehamilan dan bersalin normal. Di samping itu, faktor-faktor

    seperti bayi yang lahir yang mempunyai berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu

    yang sudah berumur, ibu yang merokok dan mengambil alkohol juga mempunyai potensi

    untuk mendapatkan anak yang bermasalah.

    Mengikut pendapat kebanyakan penyelidik, bahawa disleksia banyak berkait dengan

    seseorang yang mengalami masalah membaca yang agak serius. Masalah tersebut berkait

    rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya adalah kanak-

    kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca daripada kecelaruan pada bahagian

    otaknya. Pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak ini akan dapat membantu mereka untuk

    berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Di Malaysia pendidikan untuk kanak-kanak

    disleksia merupakan Pendidikan Khas yang baru jika dibandingkan dengan negara-negara

    barat.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    8/55

    D20102041692

    2.0 Definisi

    Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu “DYN” bermaksud susah, dan “LEX.A”

    bermaksud tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan

    dalam pembelajaran yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Biasanya, masalah pembelajaran

    yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia adalah seperti kemahiran membaca, menulis,

    mengeja, dan mengira. Oleh itu disleksia adalah merujuk kepada mereka yang menghadapi

    masalah untuk membaca, menulis danmengira walaupun mempunyai daya pemikiran yang

    normal.

    Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia

    mempunyai kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran ini

    termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti

    not muzik atau simbol matematik. Manakala menurut Drake (1989) dalam Madhya Zhagan

    (1999) masalah pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu kesukaran belajar

    bahasa, ketidak seimbangan dengan kebolehan intelektual, tidak lancar ketika membaca

    sesuata bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat, mata menjadi penat

    setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan daya tumpu yang terhad (pendengaran

    dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta).

    Payne dan Turner (1999) dan Hammond dan Hughes (1996), merupakan pakar

    pendidikan yang cenderung menggunakan istilah “Specific Learning Difficulties” (Masalah

    Belajar Spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah disleksia. Berdasarkan kepada

    “Special Needs Code of Practice” takrifan bermasalah pembelajaran spesifik di Britain (Payne

    & Turner 1999) yang menerangkan bahawa kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam

    membaca, menulis, mengeja atau mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap

    pencapaiannya secara umum. Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran dalam

    subjek-subjek tertentu dengan cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang tinggi secara

    lisan, tetapi masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi dannumerasi. Kanak-kanak ini mungkin boleh menjadi seorang yang teramat kecewa dan

    mungkin menghadapi masalah emosi dan tingkah laku.

    The Orton Dyslexia Society’s (1994) telah mendefinisikan disleksia sebagai ketidak

    upayaan memperolehi pengetahuan daripada proses pembelajaran. Masalah ini disebabkan

    oleh kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang selalunya

    menunjukkan ketidak upayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Kesukaran dalam

    mentafsir satu kod ayat adalah selalunya tidak dijangkakan tersangkut dengan umur dankebolehan akademik. Terdapat pelbagai kesukaran yang ditunjukkan oleh mereka yang

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    9/55

    D20102041692

    mengalami disleksia. Antaranya adalah seperti bentuk bahasa, masalah membaca, mengeja,

    menulis dan mengira.

    Terdapat juga beberapa usaha untuk mendefinisikan murid bermasalah disleksia

    berasaskan kepada penemuan Teori Perbezaan (discrepancy) dan Teori Pengasingan

    (exclusion). Berdasarkan Teori Perbezaan (discrepancy), menyatakan bahawa murid-murid

    yang mempunyai kepintaran yang normal tetapi gagal mencapai prestasi yang memuaskan

    dalam pembelajaran mereka. Teori Pengasingan (exclusion) pula menyatakan murid-murid

    tidak boleh dikategorikan sebagai masalah belajar yang spesifik jika punca masalah belajar

    murid terlalu berat (Hammond & Huhges 1996).

    Difinisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984 dalam

    Sheila & Samsilah 2006), Mohd Sharani (2004) menjelaskan maksud “dyslexia” adalah kanak-

    kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-

    lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-

    perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997

    dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh

    World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut:

    “Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik

    darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan

    mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”.

    Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan

    perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan

    gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka

    ialah huruf “b” dan “d”, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. Kanak-kanak disleksia

    adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur

    kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berumur tujuh tahun sering berkelakuan

    seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri (Cronin 1997:ms111 dalam Shiela & Samsilah 2006).

    Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

    a) Disleksia Perolehan

    Menurut Ott (1997), disleksi perolehan adalah kesan daripada kerosakan pada otak seperti

    kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Terdapat

    empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yangmengalami disleksiaperolehan, iaitu:

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    10/55

    D20102041692

    i. Disleksia yang dalam teruk, yang melakukan kesilapan menyebut ketikamembaca, yang

    menyebabkan berubah makna.

    ii. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan danbukan

    perkataan.

    iii. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-kanak

    dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.

    iv. Disleksia huruf, di mana seseorang yang mengalaminya hanya boleh faham apayang

    dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatuperkataan.

    b) Disleksia Perkembangan

    Menurut Kennedy (1984), disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yangmembaca

    kurang baik berbanding dengan kanak-kanak lain, yang lebih muda 2tahun atau lebih

    daripadanya. Ianya berpunca daripada kerosakan tisu-tisu tertentuatau gagal berfungsi

    secara keseluruhannya kerana jangkitan penyakit atauketidakseimbangan kimia dalam

    badan. Kanak-kanak ini mempunyai intelek yangnormal serta tidak mempunyai kekurangan

    daripada segi persekitaran dan sosial.

    Menurut Spafford 7 Grosser (1996), disleksia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu:

    c) Disleksia Visual (pandang)

    Murid dalam kategori ini menghadapi kesukaran mengingat dan mengenal huruf

    dankonfigurasi perkataan dan abjad. Murid ini tidak berupaya menterjemah simbolbahasa

    yang bercetak kepada sesuatu yang dimaksudkan. Murid ini biasanyamelihat sesetengah

    huruf atau sebahagian daripada perkataan secara terbalik.

    Contoh: Huruf d........dillihat sebagai b (kiri - kanan)

    Huruf n........dilihat sebagai u (atas - bawah)

    Perkataan mandi dilihat sebagai maubi

    d) Disleksia Auditori (dengar)

    Kesukaran utama yang dialami oleh murid ini ialah mengingat bunyi huruf,memahami bunyi

    mengikut sukukata dalam perkataan dan menyusun ataumenggabungkan suku-sukukata

    untuk menyebut perkataan. Ini disebabkan murid-murid disleksia auditori tidak berupaya

    mengenalpasti perbezaan kecil di antarabunyi vokal dan konsonan serta tidak dapat

    menggabungkan bunyi-bunyi tertentudengan simbol yang bercetak. Murid disleksiaauditoria mat sukar membunyikanrentak-rentak percakapan, menterjemahkan perkataan

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    11/55

    D20102041692

    yang hampir sama bunyinyamenggunakan fonik-fonik biasa dan membunyikan sesuatu

    perkataan dengan tepat.

    e) Disleksia Visual-Auditori

    Murid ini mempunyai ketidakupayaan untuk mengkoordinasikan tangan dan otot-ototlengan

    bagi menghasilkan tulisan yang baik. Mereka mungkin boleh membacatulisan mereka tetapi

    orang lain sangat sukar atau tidak boleh langsungmembacanya. Sesetengah tulisan murid

    tersangat kecil dan bentuknya tidakmenentu. Ini adalah kesan dari kelemahan untuk

    memproses secara visual dan audio

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    12/55

    D20102041692

    3.0 Punca-Punca Kecacatan

    Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sindrom disleksia tidak

    diketahui (Bradford, 2001). Namun mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara

    teorinya disleksia adalah disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kematangan

    (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).

    3.1 Keturunan atau Genetik

    Mengikut pendapat dan kajian Bradford (2001), kebanyakkan kes murid disleksia,

    terdapat beberapa orang ahli keluarga sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara

    terdekat, yang turut mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan terdapat tanda-tanda

    berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh

    diwarisi. Walau bagaimanapun, darjah keterukkan disleksia yang dialami oleh setiap

    individu mungikn berbeza. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terbukti bahawa

    disleksia disebabkan oleh kromosom 15,1,dan16 yang diwarisi secara turun- temurun

    (British Psychological Society, 1991).

    3.2 Biologi

    Secara umumnya kanak-kanak disleksia disebabkan oleh sejarah atau pengalaman

    kesukaran semasa dilahirkan. Contohnya seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan

    oksigen semasa lahir atau kelahiran yang amat menyukarkan. Semua faktor tersebut

    adalah berkemungkinan menjadi punca kelambatan atau ketidak sempurnaan

    perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak

    tersebut menghadapi masalah dieleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini

    adalah minimum. Mercer (1997), yang menjalankan kajian secara perubatan, mendapati

    pembentukkan otak mereka yang mengalami disleksia adalah tidak sama seperti merekayang normal.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    13/55

    D20102041692

    3.3 Kematangan

    Pada kebiasaannya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia

    mengikut jantina. Kanak-kanak lelaki kebiasaanya lambat matang jika dibandingkan dengan

    kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya (Hammond & Hughes 1996). Masalah

    disleksia sering berlaku di kalangan lelaki dan kerap berlaku juga kepada pasangan

    kembar.

    Kesimpulannya di sini dapat dinyatakan bahawa punca disleksia adalah akibat daripada

    cara kerja otak yang berbeza daripada yang normal. Ujian imbasan yang dijalankan ke atas

    penghidap disleksia, mendapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza

    daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku

    semasa dalam kandungan atau daripada kemalangan. Selain daripada itu juga tidak dapat

    dinafikan bahawa faktor keturunan juga sebagai salah satu daripada punca terjadinya

    disleksia.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    14/55

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    15/55

    D20102041692

    Kognitif

    Kanak-kanak disleksia mempunyai tahap perkembangan fikiran yang lemah dan

    lambat. Sebagai contoh mereka lemah dalam bacaan dan menyelesaikan masalah matematik.

    Mereka lebih cenderung menggunakan bahan lisan daripada penulisan. Tulisan mereka juga

    buruk, menekan semasa menulis dan tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat.

    Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan

    menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan.

    Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf “b”, “d” d,

    “p” dan “q”, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya.

    Daya tumpuan mereka amat lemah dan mudah lupa dan sukar memahami arahan

    terutama dalam urutan. Mereka lebih kerap melakukan kesalahan berbanding dengan kanak-

    kanak biasa. Masalah urutan yang dihadapi oleh kanak-kanak in boleh dibahagi kepada dua

    iaitu kesukaran visual dan kesukaran urutan ingatan auditori. Kesukaran visual boleh dikesan

    apabila murid-murid lemah dalam lukisan, sukar dalam maze, sukar mengasingkan manic

    mengikut bentuk, sukar untuk memakai pakaian, masalah dalam membuka dan menutup paip

    kerana tidak ingat arah, sukar untuk memasang butang baju, dan sukar untuk membuka pintu

    yang menggunakan tombol, serta kesukaran dalam menyiapkan model dan “jigsaw puzzles”

    (Ott 1997).

    Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan rakan

    yang sebaya daripada segi umur kronologikal, seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia

    tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak yang berusia dua ataupun tiga tahun yang

    mementingkan diri (Cronin 1997:ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    16/55

    D20102041692

    Sosial

    Kanak-kanak disleksia yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis,

    mengeja atau mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya secara

    umum. Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran dalam subjek-subjek tertentu

    dengan cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang tinggi secara lisan, tetapi masih lagi

    menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak ini

    akan menjadi seseorang yang teramat kecewa, rasa rendah diri dan mengalami masalah

    emosi dan tingkah laku. Kesan dari ketidakupayaannya dalam menguasai sesuatu kemahiran

    akan mengakibatkan kemurungan yang melampau. Mereka tidak suka berkawan dengan

    rakan sebaya dan akan memilih untuk menyendiri. Mereka juga bersifat pemalu dan introvert,

    pendiam dan tidak berani untuk bertanya kerana memahami situasi diri mereka yang sering

    dipandang rendah oleh orang disekelilingnya.

    Akibat daripada menghadapi masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat,

    sukar menyiapkan tugasan dan sebaganya, menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai

    masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak ini lebih cenderung menjadi seorang yang

    sering bertindak mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Mereka juga kurang

    berminat untuk belajar dan selalu ponteng sekolah serta kebanyakkannya mempunyai latar

    belakang masalah kemiskinan.

    Mereka yang terdiri daripada keluarga yang miskin akan lebih memburukkan lagi

    keadaan, kerana ibu bapa akan memberi lebih tumpuan dalam mencari sumber pendapatan

    daripada memberi perhatian terhadap masalah anak-anak mereka. Tugas dan tanggungjawab

    ini terletak dibahu guru-guru bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah

    tersebut.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    17/55

    D20102041692

    5.0 Langkah-Langkah Pencegahan Disleksia

    Terdapat beberapa langkah pencegahan atau langkah-langkah untuk membantu kanak-

    kanak disleksia supaya mereka boleh dan mampu belajar seperti kanak-kanak yang lain.

    Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah memberi bantuan kepada kanak-

    kanak dan keluarga mereka dalam mengendalikan permasalahan dan membina keyakinan diri

    kanak-kanak tersebut, mendapatkan rawatan untuk penyakit lain yang mungkin berkaitan

    seperti gejala hiperaktif dan kurang daya tumpuan, serta pertingkatkan potensi pembelajaran

    mereka menggunakan kemahiran individu yang lebih pakar dalam disleksia.

    Disleksia hanya akan dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di

    bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi

    tidak boleh diubati. Pengidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk

    meningkatkan kemahiran linguistic, berfikir, dan sosial. Kanak-kanak disleksia memerlukan

    bantuan dan perhatian dari orang di sekeliling mereka terutama ibu bapa dan guru-guru. Ibu

    bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak

    yang mengalami disleksia. Dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah biasa yang

    mempunyai kelas khas disleksia seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau mendapatkan

    nasihat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghantar anak-anak ke Pusat

    Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari

    tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa. Di Malaysia, kanak-kanak yang telah

    disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai “orang kurang upaya” (OKU). Mereka mempunyai

    kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperolehi bantuan RM 150

    sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di

    bawah seliaannya.

    Terdapat kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan pendekatan yang

    sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria,

    iaitu auditori, visual, oral dan kinestetik. Bagi menjalankan kaedah ini, gabungan kesemuaderia dijalankan serentak. Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana murid

    boleh mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf, melihat, menyebut kembali, dan

    menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari. Selain daripada itu juga murid-murid boleh

    menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Melalui

    cara tersebut murid akan dapat mendengar huruf yang disebut guru, melihat huruf yang ditulis

    di papan tulis, mengulang kembali bunyi huruf yang disebut dan menulis semula huruf di atas

    pasir.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    18/55

    D20102041692

    Mengajar murid-murid yang bermasalah disleksia memerlukan kepakaran khas.

    Perkhidmatan terapi ini boleh disamakan dengan terapi yang diberikan oleh seorang pakar

    patalogi pertuturan. Terdapat pelbagai program pengajaran telah berjaya dilaksanakan

    berdasarkan penyelidikan bagi murid-murid yang menghadapi disleksia. Disleksia dianggap

    sebagai satu masalah pembelajaran yang melibatkan kelemahan-kelemahan dalam

    pemprosesan bahasa serta kognitif yang menghindarkan kebolehan membaca. Ia juga adalah

    satu masalah neurological (saraf) yang dipindahkan secara genatik (Snowling, 1996).

    Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai

    disleksia. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah social atau tidak. Sifat

    bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh

    merencatkan kebolehan mereka. Komplikasi yang di hadapi oleh mereka akan mampu

    menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain daripada itu, disebabkan membaca

    adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi

    masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.

    Kanak-kanak disleksia juga perlu menjalani ujian pengesanan masalah penglihatan.

    Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, terutamanya disleksia yang

    berkaitan dengan penglihatan yang akan disarankan menjalani ujian-ujian seperti “ standard

    and specialist eye tests”, “irlen syndrome tests”, “intuitive colorimester”, cerium overlays”, dan

    “chroma/gen lemses”. Terdapat juga kajian menunjukkan ramai kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran juga menghadapi masalah pendengaran. Masalah pendengaran ada juga

    bersifat sementara dan kekal. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah seperti “Fast For

    Word” dan “Aural-Read-

    Respond-Oral-Write (ARROW). Perkembangan reflex kurang matang atau tidak matang

    sepenuhnya selalu berlaku pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Masalah reflek yang

    berlaku pada awal kanak-kanak, terutamanya pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran

    akan menyebabkan masalah koordinasi dan kawalan motor. Beberapa terapi boleh dijalankanbagi menangani masalah tersebut seperti “Brain Gym”, “Brain Injury Rehabilitation and

    Development”, dan “Neuro-Developmen”. Melalui pengambilan makanan tambahan,

    terutamanya bagi kanak-kanak disleksia, boleh meningkatkan masa tumpuan dan tingkah

    laku, iaitu berupaya menumpukan masa yang lebih lama, memberikan tumpuan yang lebih

    dan berusaha membaiki bacaan dan tulisan. Jenis-jenis “supplement” yang disarankan ialah

    “Iron”, “Zink” dan “Fatty Acids and Efalex”.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    19/55

    D20102041692

    Sebagai kesimpulannya kanak-kanak yang mengalami disleksia perlu dikenal pasti

    seawal mungkin. Ini kerana semakin awal usia mereka yang dikenal pasti mengalami disleksia

    akan diberi intervensi lebih awal dan lebih mudah untuk dibantu dalam menguasai sesuatu

    pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah seorang yang bodoh kerana

    masih terdapat keistimewaan dan kebolehan yang tertentu, mereka juga boleh dibantu dan

    mampu berjaya seperti orang yang normal. Sebagai contoh, antara orang-orang ternama yang

    juga mengalami disleksia termasuklah ahli politik ( Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi

    Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein). Ramai lagi tokoh-tokoh yang

    terkenal mempunyai daya imaginasi yang tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai

    sudut atau demensi. Terdapat juga diantara mereka yang bijak menggunakan kemahiran

    tangan atau sukan.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    20/55

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    21/55

    D20102041692

    KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

    Tugasan 2

    KUMPULANUPSI W02

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    LEONG MEI LEE D20102041692 016-5477347

    NAMA TUTOR E-LEARNING: Encik Sarib bin Selamat

    TARIKH SERAH: 19 Mei 2012

    2. Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran(KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat,Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b)

    Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran.Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanakberkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut:

    (a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan(b) Masalah-masalah sampingan.(c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan(d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan

    berkenaan.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    22/55

    D20102041692

    2. Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah

    Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down,

    Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi

    dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-

    kanak Bermasalah Pendengaran. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda

    pilih DUA (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek

    berikut:

    (a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan

    (b) Masalah-masalah sampingan.

    (c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan

    (d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak

    berkeperluan berkenaan .

    PENDAHULUAN

    Pendidikan khas yang dijalankan di sekolah-sekolah menyediakan program khusus

    untuk kanak-kanak istimewa termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran. Mengikut

    statistik terkini, bilangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah seluruh

    Malaysia adalah seramai 7437 orang. Kanak-kanak ini mengikuti pembelajaran di 402 sekolah

    sepanjang tahun dengan diajar oleh 1536 orang guru khas yang terlatih. Bagi kanak-kanak

    bermasalah pembelajaran mereka ditempatkan di dalam Program Pendidikan Khas Masalah

    Pembelajaran (PKBP) yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah harian biasa. Pendidikan

    khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka bagi memenuhi keperluan pendidikan

    murid dengan keperluan khas atau kurang upaya. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri,

    dilaksanakan secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap

    berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.Pendidikan khas di Malaysia adalah terdiri daripada kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran (KKBP) dalam pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat,

    Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan, kanak-

    kanak bermasalah penglihatan dan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Salah satu

    daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenal pasti ialah kanak-kanak

    bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang

    mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) danboleh mendapat manfaat pendidikan formal. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    23/55

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    24/55

    D20102041692

    JENIS-JENIS SINDROM DOWN

    Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, punca Sindrom Down adalah akibat

    daripada ketidaknormalan kromosom pada individu. Jenis-jenis ketidaknormalan kromosom ini

    jugalah yang merujuk kepada jenis-jenis Sindrom Down (Cunningham 1997), iaitu;

    Trisomi 21 Standard

    Trisomi 21 Standard berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis. Disebabkan

    kegagalan ini, gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan salinan

    kromosom 21. Kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai 24 kromosom.

    Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya, maka embrio kini

    mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom berbanding kromosom yang normal iaitu

    46. Trisomi 21 ini merupakan penyumbang terbesar kepada kes sindrom down iaitu sebanyak

    94% dengan 88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8%

    disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.

    Trisomi 21 Mozek

    Trisomi 21 Mozek terjadi apabila seseorang itu mempunyai campuran sel-sel normal dengan

    sel-sel trisomi. Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam

    badan terjejas. Walau bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal

    dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, maka ia dikenali sebagai sindrom down jenis

    Mozek. Di sini sebahagian sl-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang

    sempurna iaitu (46 kromosom) dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak

    sempurna (47 kromosom). Sel-sel yang sempurna dan tidak terus berlipat ganda dan keadaan

    bercampuran lalu terjadinya mozek.

    Trisomi 21 Translokasi

    Sindrom Down jenis Trisomi 21 Translokasi ini merupakan jenis yang paling kurangmenyumbang kepada kes Sindrom Down. Ianya hanya melibatkan 2% daripada kes sindrom

    down yang berlaku. Sindrom Down jenis ini boleh diturunkan oleh ibu atau bapa. Trisomi 21

    Translokasi adalah disebabkan oleh sebahagian kromosom 21 terpecah dan bahagian yang

    ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain dan biasanya pada

    kromosom 14. Percantuman kromosom 21 dengan kromosom 14 menyebabkan salah satu

    daripada pasangan kromosom menjadi lebih besar daripada kromosom yang lain dalam

    kumpulannya (kumpulan pasangan kromosom 13, 14 dan 15). Jadi, bahan kromosom 21itulah yang mengganggu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dan seterusnya

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    25/55

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    26/55

    D20102041692

    Dari Segi Emosi

    Kanak-kanak sindrom down tidak berupaya menguasai perasaan serta mengawal

    perasaan mereka ketika marah atau cemburu. Mereka kurang mempunyai perasaan malu jika

    dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan

    silu di khalayak ramai jika kemahuan mereka tidak dituruti. Perasaan segan atau malu kepada

    lain jantina juga kurang pada kanak-kanak ini. Mereka kurang faham perbezaan peranan lelaki

    dan perempuan, jadi perasaan malu kepada lain jantina kurang kepada mereka.

    Dari Segi Perkembangan Fizikal

    Pada peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak sindrom down, keupayaan mereka

    mengangkat, berjalan, berlari dan melompat adalah tidak sama dengan kanak-kanak biasa.

    Bagi kanak-kanak biasa, mereka mampu mengangkat benda-benda yang agak berat tetapi

    kanak-kanak sindrom down pula tidak mampu melakukannya kerana otot-otot mereka agak

    lemah, begitu juga dengan keupayaan mereka berjalan, berlari dan melompat. Mereka tidak

    mampu melakukan semua itu kerana masalah pada otot-otot mereka dan kemungkinan juga

    masalah pada jantung mereka.

    Dari Segi Perkembangan Kognitif

    Kanak-kanak sindrom down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa,

    angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Hal ini disebabkan oleh

    perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, jadi tahap pemikiran mereka

    lebih rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Perkembangan intelek kanak-

    kanak sindrom down adalah lambat dan ukuran kecerdasan (IQ) mereka dianggarkan di

    sekitar 70 pada tahun pertama. Namun begitu, faktor persekitaran boleh mempengaruhi

    perkembangan intelek kanak-kanak sindrom down. Misalnya, kanak-kanak sindrom down

    yang dijaga di pusat-pusat penjagaan menunjukkan perkembangan yang lambat berbandingmereka yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga di rumah.

    Dari Segi Perkembangan Sosial

    Perkembangan sosial kanak-kanak sindrom down ini sangat rendah dibandingkan

    dengan kanak-kanak biasa. Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan

    perempuan. Selain itu, mereka juga belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun

    umur mereka sudah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan rakan sebaya juga tidak

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    27/55

    D20102041692

    menampakkan kematangan. Mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin

    kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa.

    Dari Segi Personaliti

    Kanak-kanak sindrom down selalunya mempunyai personaliti introvert, mereka kurang

    aktif dalam pergaulan. Mereka lebih banyak menyendiri, kurang melakukan aktiviti kumpulan,

    dan tidak berapa suka dengan orang baru terutamanya yang belum mereka kenali. Mereka

    juga sukar diajak berbicara mungkin disebabkan mereka kurang fasih berbahasa. Adakalanya,

    mereka kurang percayakan diri sendiri, bersifat pemalu dan kadang-kadang menjadi pendiam.

    Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak sindrom down yang bersifat ekstrovert dan

    juga ambivert. Mereka yang mempunyai personaliti sebegini biasanya dipengaruhi oleh faktor

    persekitaran terutamanya ibu bapa, keluarga, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling. Semua

    yang berada di sekeliling mereka akan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini supaya lebih

    berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup bermasyarakat.

    (b) Masalah-masalah sampingan.

    Masalah Jantung

    Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan

    terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan usus.

    Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang. Masalah jantung berlubang ini ada

    beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada lubang yang kecil di antara

    jantung kiri dan kanan.

    Jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect (ASD)di mana ada

    lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan darah tidak

    dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat memasuki di bahagian

    kanan jantung. Ini memberi kesan yang sakit kepada jantung kanak- kanak tersebut.Selain itu, masalah yang dihadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis berkekalan (

    Patent Ductus Ateriosis /PDA) dan juga masalah jantung berlubang kebiruan ( cynotic spell)

    iaitu turut menyebabkan kanak-kanak sindrom down itu sukar untuk bernafas. Masalah ini

    perlu dirawat melalui perubatan atau pembedahan.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    28/55

    D20102041692

    Masalah Usus

    Masalah usus yang dihidapi ialah kanak - kanak sindrom down biasanya dikesan

    semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia), biasanya

    dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami sukar untuk menelan air liurnya atau

    dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub menyedut air

    perut semasa baru lahir. Saluran usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang

    dinamakan ‘HirshprungDisease´ keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di

    bahagian rektum. Kebiasaannya, bayi akan mengalami masalah ini pada hari kedua atau

    seterusnya selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk membuang

    air besar. Selain itu, kanak-kanak ini kemungkinan menghadapi masalah tiada lubang dubur.

    Masalah Hipotairoidism dan Kanser

    Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu

    kanak-kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia berlaku dalam 10% daripada

    kanak-kanak sindrom down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di tulang-tulang kecil

    bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (ATLANTOAXIL

    INSTABILITY). Sebahagian mereka juga mempunyai risiko menghadapi kanser sel putih iaitu

    leukemia.

    Masalah Perkembangan Pelajaran

    Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan.

    Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada lambat dari pelbagai aspek. Terutama

    dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom down mengalami

    kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai

    tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak

    dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalamimasalah kelewatan dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan

    lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya, mereka ini lambat dalam

    berlari berbanding kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti

    menulis, melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namun, perkembangan motor

    halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka.

    Dari aspek perkembangan kognitif pula, kanak-kanak sindrom down kurang mempunyai

    kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsepserta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    29/55

    D20102041692

    Namun, perkembangan sosial mereka amat menggalakkan kerana kanak-kanak jenis ini

    sangat periang. Hal ini, menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka.

    Masalah Pertuturan dan Bahasa

    Kanak-kanak sindrom down biasanya mengalami masalah dalam pertuturan dan

    bahasa. Mereka perlu kerap berjumpa dengan pakar terapi pertuturan dan bahasa yang akan

    mencadangkan rancangan individu untuk meningkatkan perkembangan kemahiran bertutur

    dan bahasa mereka. Kelewatan berbahasa disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor fizikal,

    persepsi dan kognitif. Sebarang kelewatan dalam pembelajaran untuk memahami dan

    menggunakan bahasa akan menjurus kepada kelewatan perkembangan kognitif. Kemahiran

    memahami (reseptif) adalah lebih besar berbanding kemahiran ekspresif. Ini bermaksud

    kanak-kanak sindrom down lebih memahami bahasa yang didengar berbanding dengan

    keupayaan mereka menuturkannya. Sebab itulah keupayaan kognitif mereka sering dianggap

    rendah (underestimated).

    Kebiasaannya, kanak-kanak sindrom down ini mempunyai kombinasi rongga mulut

    yang kecil serta mulut dan otot lidah yang lemah menjadikan lebih sukar untuk menuturkan

    perkataan dan ayat yang panjang. Masalah pertuturan dan bahasa akan menyebabkan kanak-

    kanak ini kurang mendapat peluang penglibatan dalam aktiviti bahasa dan perbualan.

    Masalah Pendengaran

    Antara masalah pertuturan dan bahasa lain yang dihadapi oleh kanak-kanak sindrom

    down berpunca daripada masalah ingatan jangka pendek pendengaran dan kemahiran

    memproses pendengaran. Ingatan jangka pendek pendengaran adalah stor ingatan yang

    digunakan untuk menyimpan, memproses, memahami dan menyerap bahasa lisan selama

    cukup untuk memberi tindak balas terhadapnya. Kekurangan ingatan jangka pendek

    pendengaran ini akan memberi kesan terhadap keupayaan kanak-kanak memberi tindak balasterhadap bahasa pertuturan yang didengar terutamanya memahami dan bertindak balas

    terhadap arahan lisan.

    Ternyata ramai kanak-kanak sindrom down mengalami masalah pendengaran,

    terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak. Hampir 20% yang mengalaminya kehilangan

    sensorineural akibat daripada kecacatan perkembangan dalam telinga dan saraf

    pendengaran. Manakala lebih 50% berkemungkinan mengalami kehilangan pendengaran

    konduktif, kesan daripada jangkitan pada “respiratory tract”.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    30/55

    D20102041692

    (c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan

    Sehingga kini masih belum ada ubat untuk merawat sindrom down. Namun ada beberapa

    terapi untuk kanak-kanak ataupun orang yang mempunyai sindrom down bagi perkembangan

    dari aspek sosial, kognitif, dan emosi. Berikut merupakan terapi-terapi yang boleh membantu

    kanak-kanak yang bersindrom down:

    Terapi Kuda

    Menurut Mc Callum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan

    serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan dalam pertumbuhan dan

    perkembangan kanak-kanak sindrom down. Menurut Chassigne pula, menunggang kuda

    sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki imbangan, menguatkan otot,

    membentuk kelembutan dan juga ia dapat mendorong semangat penunggang. Melalui aktiviti

    ini berkuda ini, kanak-kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana

    mereka dapat menyentuh dan menunggang .kuda tersebut. Selain itu, ia dapat melatih kanak-

    kanak ini mematuhi disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi di mana

    kanak-kanak sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat

    menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada

    persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda . Hal ini, meningkatkan

    perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap bertanggungjawab

    dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka perlu membelai kuda tersebut

    supaya kuda itu terasa tidak terancam.

    Terapi Air

    Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak sindrom down dalam perkembangan fizikal dan motor

    halus dan motor kasarnya. Selain itu, otot-otot dan otak juga dapat dirangsangkan. Hal ini

    kerana pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani seperti keperluanalat sokongan yang menghadkan pergerakan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak sindrom down

    dapat memperkembangkan sistem kognitif mereka di mana semasa dalam air mereka perlu

    menggunakan beberapa anggota badan ataupun sistem pernafasan dalam satu masa. Oleh

    itu, mereka dapat selarikan pergerakan badan dan sistem pernafasan dalam keadaan stabil.

    Air dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak sindrom down. Maka, kaedah ini dapat

    membantu mereka dalam pengawalan emosi. Selain itu, aktiviti ini dapat membina kemahiran

    sosial mereka juga, di mana mereka terdedah dengan persekitaran luar yang mendamaikandan mententeramkan hati mereka.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    31/55

    D20102041692

    Terapi Cara Kerja

    Terapi ini adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini

    tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan harian, penjagaan

    diri dan kemandiri di tempat kerja dan riadah. Terapi ini melibatkan penilaian kognitif dan

    persepsi kanak-kanak sindrom down dan kebolehan menjalankan tugas harian seperti

    berjalan, mandi, memakai baju dan membuat kerja rumah. Terapi cara kerja mengembangkan

    semua aspek di mana mereka perlu melakukan tugas harian. Lazimnya, terapi ini diajar di

    sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

    Terapi Urut

    Terapi urut ini dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan pembentukan otot bagi kaki

    dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu, peningkatan aktiviti fungsi motor halus

    dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi. Hal ini dapat mengawal postur badan. Terapi ini

    boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutan yang kerap dapat mempercepatkan

    perkembangan motor-motor halusnya seperti memegang, menulis dan sebagainya. Ibu bapa

    boleh mempelajari urutan ini daripada pakar urut. Pakar ini dapat mengajar dengan cara yang

    betul dalam mengurut kanak-kanak keperluan sindrom down.

    Rawatan Pemulihan

    Tujuan rawatan pemulihan adalah untuk membantu kanak-kanak tersebut mencapai

    keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh

    didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan

    sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti:

    hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat

    Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).

    Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan

    Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan

    penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

    Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang

    program intervensi awal.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    32/55

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    33/55

    D20102041692

    (a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan

    DEFINISI AUTISME

    Autisme masih belum dapat dikenal pasti penyebab utamanya. Namun penyebab

    autisme adalah berdasarkan genetik, kognitif, dan tingkat saraf yang khas untuk autisme

    dengan gejala tiga serangkai. (Happé, 2008).

    Melalui kajian yang dijalankan oleh Autism Research Institute di San Diego, jumlah

    individu autism pada tahun 1987 adalah 1:5000 anak. Jumlah ini meningkat dengan

    mendadak dan pada tahun 2005 sudah menjadi 1:160 anak. Autisme lebih banyak terjadi

    kepada lelaki daripada wanita, dengan nisbah 4:1.

    Gejala autisme adalah sangat pelbagai. Sebahagiannya penghidap autisme akan

    bersifat hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung

    untuk sukar mengendalikan emosinya dan sering temper tantrum (laku radang). Kadang-

    kadang mereka menangis, ketawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.

    Autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana kanak-kanak yang mengalami

    autism tidak mempunyai kemahiran berhubung, berkomunikasi dan bersosial dengan orang

    lain seperti murid normal. Sheila & Samsilah (2006). Kanak-kanak autisme biasanya suka

    bersendirian, tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain, tidak

    gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan, suka menjauhkan diri dan

    duduk di suatu sudut. Ciri-ciri yang khas yang menimbulkan risiko timbulnya autisme di awal

    usianya ialah seperti:

    • tidak mahu tersenyum bila diajak senyum

    • tidak member reaksi bila namanya dipanggil

    • temperamen yang pasif pada umur 6 bulan, diikuti dengan sifat kegarangan yang tinggi

    • kecenderungan sangat terpukau dengan sesuatu

    • interaksi sosial yang kurang

    • ekspresi muka yang kurang hidup pada saat mendekati umur 12 bulan.• pada umur satu tahun anak-anak ini lebih jelas menunjukkan gangguan komunikasi dan

    berbahasa.

    • bahasa tubuhnya kurang

    • pengertian bahasa mudah dan mengekpresikan perasaan yang rendah.

    Autisme (autistik) diklasifikasikan sebagai perkembangan neuro atau kecacatan

    neurologi yang abnormal yang menyebabkan interaksi sosial yang tidak normal dan masalah

    kemampuan untuk berkomunikasi. Persatuan Autisme Amerika Syarikat mendefinisikanautisme sebagai ketidakupayaan yang rencam yang ada pada kebiasaannya kelihatan pada

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    34/55

    D20102041692

    masa kanak-kanak itu sebelum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan

    daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Persatuan Kebangsaan

    Autisme Malaysia (NASOM) pula bagaimanapun mendefinisikan autism sebgai satu

    kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama

    seseorang bayi.

    Istilah ‘Autisme’ berasal dari perkataan ‘Autos’ bermaksud diri sendiri dan ‘Isme’

    bermaksud suatu aliran. Oleh itu, autisme bermaksud keadaan yang menyebabkan seseorang

    kanak-kanak memberi penumpuan dan perhatian dalam dunianya sendiri. Leo Kanner

    merupakan ahli psikatri kanak-kanak yang berasal dari Amerika yang menemui penyakit

    autisme pada tahun 1943. Oleh yang demikian, autisme juga dikenali sebagai Sindrom

    Kanner. Selain itu autisme juga dikenali sebagai sindrom Asperger yang berbentuk austisme

    tahap sederhana. Dianggarkan 1 daripada 500 individu yang mendapat penyakit autisme.

    Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-

    kanak perempuan. Bagaimanapun, individu autisme menunjukkan kelebihan dalam bidang

    matematik, kemahiran mekanikal ataupun bidang muzik dan sebagainya.

    Menurut sejarah autisme mula dikesan oleh ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika ,

    Leo Kanner pada tahun 1934 di pusat perubatan John Hopkin. Leo Kanner menjalankan kajian

    ke atas 11 orang kanak-kanak selama beberapa tahun.Kanak-kanak itu mempunyai masalah

    sosial , sering bersendirian dan berada dalam dunianya sendiri. Mereka berasa kurang

    senang dengan perubahan disekeliling dan berminat pada benda yang luar biasa.Sebahagian

    daripada kanak-kanak itu tidak menggunakan bahasa .Menurut Leo Kanner, kanak-kanak itu

    juga mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik.

    Austisme berlaku sejak awal dan kadarnya melibatkan 5 dalam 10,000 kanak-

    kanak.Manakala mereka yang mengalami ciri-ciri autisme adalah seramai 15 dalam setiap

    10,000 orang. Nisbah risiko kanak-kanak lelaki kepada kanak-kanak perempuan sebanyak

    empat kali ganda. Austisme tidak mengenal mangsa tanpa mengira agama,bangsa,kaum dantaraf sosial serta ekonomi.

    .Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme

    yang bererti suatu aliran.Austisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak

    menumpukan perhatian dalam duniannya sendiri.Austisme adalah gangguan dalam

    perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan ,

    komunikasi, interaksi social, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai

    tingkah laku yang luar biasa.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    35/55

    D20102041692

    Pengertian Autis kadang-kadang dikaitkan dengan pengklasifikasian sebagai gangguan

    perkembangan pervasif, kategori gangguan yang sering digambarkan secara bergantian

    dengan spektrum yang luas dari gangguan perkembangan yang mempengaruhi anak-anak

    dan orang dewasa yang disebut gangguan spektrum autistik (ASD). Kitaran gangguan gejala

    autis ini bervariasi dari individu sangat terganggu dengan autisme kepada individu-individu lain

    yang memiliki kelainan interaksi sosial tetapi kecerdasan normal (sindrom Asperger). Selain

    itu, autisme dapat dijelaskan berhubungan dengan gangguan lain seperti kecelaruan fikiran

    dan kondisi perasaan tertentu. Peringkat gejala autisme dapat bermula dari ringan ke

    peringkat parah. Penderita autis yang ringan mungkin saja tampak normal, namun pada gejala

    autisme yang parah mungkin memiliki cacat intelektual yang ekstrim.

    Ciri-ciri autism lebih ketara apabila bayi tersebut berusia dua tahun atau tiga tahun

    .Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal daripada

    peringkat ringan hingga serius.Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-

    kanak biasa yang lain.Kanak-kanak autisme mempunyai kebolehan mendengar dan melihat

    tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadangkala mereka tidak memahami

    apa yang dilihat dan apa yang didengar.Mereka seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri.

    Masalah utamanya adalah kemahiran komunikasi. Mereka tidak tahu bagaimana hendak

    memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi.Masalah ini boleh menjadi serius kalau

    dibiarkan berterusan.Sekiranya diberi rawatan atau tidak dibantu mempertingkatkan

    kemahiran komunikasi, ia akan menjejaskan kehidupan sosialnya pada masa hadapan.Kanak-

    kanak austisme sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal.Apabila

    berana di tengah khalayak ramai , kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme

    dan kanak-kanak biasa.Walaupun mereka begitu, namun ada kalanya mereka memaparkan

    tingkahlaku dan pola perkembangan yang berbeza.Apabila lambat ditangani, ia memberikan

    kesan yang serius pada perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang terutamanya dalam

    bidang kemahiran sosial dan komunikasi.Ibubapa memainkan peranan penting bagimengenalpasti masalah kanak-kanak autisme diperingkat awal kerana pengesanan di

    peringkat awal akan memberikan kesan dan pengaruh kuat pada pertumbuhan dan

    perkembangan kanak-kanak.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    36/55

    D20102041692

    JENIS-JENIS KEPERLUAN KHAS AUTISME

    Dari Segi Komunikasi

    Kanak-kanak autisme mengalami masalah perkembangan bahasa yang lambat atau

    tiada langsung.Kanak-kanak tersebut juga kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan

    tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain.Mereka jarang menggunakan

    bahasa dan sukar diajak bercakap.Kadangkala mereka dapat menuturkan sesuatu tetapi buat

    seketika sahaja.Kebiasaannya perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan

    pertanyaan.Sering kali mengeluarkan bahasa yang tidak difahami juga suka menarik tangan

    orang lain apabila meminta sesuatu.

    Kanak-kanak autisme juga akan mengalami kelemahan dalam pertuturan sekurang-

    kurangnya satu daripada berikut seperti lambat memulakan pertuturan, manakala tiada

    babbling, gerak laku , isyarat atau percakapan. Tidak menggunakan isyarat dalam

    perhubungan semula jadi dan kelainan dalam pertuturan. Contohnya, pic, nada, ritma dan

    intonasi yang tidak sekata.Mereka kadang-kadang mengulangi percakapan yang didengar

    iaitu Echolalia iaitu dan tidak berupaya mengikut perbualan. Mereka juga bercakap sesuatu

    yang tidak difahami oleh orang lain. Kelemahan komunikasi,pada peringkat yang paling teruk

    kanak-kanak ini tiada keinginan untuk berhubung dengan orang lain manakala pada peringkat

    sederhana mereka hanya bercakap untuk meluahkan sesuatu yang perlu sahaja.Bagi mereka

    yang berkebolehan bertutur mereka kan bercakap sesuatu yang berfakta tetapi tidak menepati

    keadaan sosial atau tidak bersangkutan dengan topik.Mereka juga bercakap banyak tetapi

    gagal bertindak balas dalam komunikasidua hala.

    Dari Segi Interaksi Sosial

    Kanak-kanak autisme kebiasaannya suka bersendirian dan gemar menjauhkan diri

    duduk di suatu sudut.Semasa berdepan dengan orang lain mereka iada kontak mata dan

    sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.Kanak-kanak autisme juga memaparkankeganjilan dalam pergaulan sosial seperti tidak memperdulikan perasaan orang lain,tidak ada

    sikap memujuk atau simpati pada orang lain. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering

    menolak ajakan rakan malah tidak suka disentuh.Ini kerana mereka sukan memahami

    perasaan orang lain kerana mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sukan untuk duduk

    diam dan bergerak kesana dan kemari. Ada juga sebilangan mereka yang takut pada air dan

    kebisingan, mereka akan menjerit ketakutan sehingga berasa letih.Kadangkala mereka juga

    menggigit, menampar, meghantukkan kepala,menumbuk atau melukakan diri sendiri, tetapi ia jarang berlaku. Mereka juga tidak menunjukkan kesakitan yang dialaminya. Apabila terjatuh

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    37/55

    D20102041692

    dan lututnya luka,mereka akan menagis seperti yang sering dipamerkan oleh kanak-kanak

    lain.

    Dari Segi Gangguan Deria

    Kanak-kanak autisme mudah terangsang pada gangguan deria seperti amat sensitif

    pada sentuhan. Kanak-kanak ini amat sensitif terhadap bunyi yang kuat sehingga menutup

    telinga mereka apabila mendengarnya. Kanak-kanak ini juga tidak suka dipegang ataupun

    dipeluk sesiapa. Namun begitu, mereka suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain

    yang disukainya. Mereka ini juga dikatakan kurang sensitif pada rasa sakit atau takutkan

    sesuatu seperti kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.

    Dari Segi Tingkah laku

    Masalah tingkah laku kanak- kanak autisme selalunya hiperaktif atau hipoaktif.Namun ,

    kebanyakkannya adalah hiperaktif. Mereka juga sering melakukan perbuatan yang sama dan

    berulang-ulang seperti menepuk-nepuk tangan.Kanak-kanak ini juga tidak suka pada

    perubahan daripada apa yang dilakukannya.Malah mereka dapat duduk lama tanpa berbuat

    apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.Mereka sering berlari ke sana dan kemari tanpa sebarang

    tujuan.Tidak boleh duduk diam dan gemar bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

    Mungkin beliau juga akan menggaru kepala atau apa sahaja tingkah laku yang sering di

    lakukan berulang-ulang. Namun tingkah laku ini dapat di hentikan dengan memberikan

    alternatif yang berbeza.Pehatian mereka yang singkat pada sesuatu perkara sehingga

    menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada perkara itu dengan

    sepenuhnya.Tumpuannya yang singkat, menyebabkan mereka mudah jemu dan tidak dapat

    memberikan tumpuan dengan baik.Sebagai guru, ataupun ibu bapa, kita perlu

    mempelbagaikan aktiviti mereka supaya mereka tidak jemu melakukannya.

    Cara kanak-kanak ini bermain adalah berbeza dan tidak mengikut pola bermain cara biasa.Mereka gemar memutar, melambung atau melempar alat permainan atau apa sahaja

    barangan yang di pegang.Mereka juga lebih gemar pada objek yang berputar seperti kipas

    angin dan ada yang sering menghampiri kipas angin.Apabila kanak-kanak ini menggemari

    sesuatu benda, mereka akan terus memegangnya dan membawanya kemana-mana sahaja.

    Mereka tidak peduli sama ada barangan tersebut milik orang lain ataupun milik mereka dan

    akan berusaha mendapatkannya. Sekiranya dilarang berbuat demikian , mereka akan

    menunjukkan tingkah laku yang agresif dan meragam bagi mengzahirkan perasaan tidak puas

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    38/55

    D20102041692

    hati. Namun terdapat juga kanak-kanak autisme yang hanya merenung tajam ke arah benda

    tersebut kerana teringin atau tertarik terhadapnya.

    Dari Segi Emosi

    Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab itulah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh

    kanak-kanak autisme. Mengamuk tidak terkawal jika tidak ditutruti kemahuannya atau dilarang

    melakukan sesuatu yang diingininya juga merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika

    emosinya terganggu. Ada kalanya mencederakan diri sendiri Tidak rasa simpati dan tidak

    memahami perasaan orang lain.kebiasaanya mereka tidak tahu mempamerkan mimik muka

    semasa berkomunikasi bagi melahirkan perasaan mereka seperti tersenyum, berkerut, masam

    , sedih dan sebagainya.Wajah mereka seolah-olah mendatar dan orang lain tidak dapat

    mengagak perasaannya menerusi mimik mukanya.Kanak-kanak autisme tidak tahu

    bagaimana hendak melahirkan perasaan yang halus kerana mereka hanya dapat melahirkan

    perasaan dalam keadaan terlalu gembira atau terlalu agresif.Kanak-kanak ini sukar hendak

    memahami perasaan orang lain.Apabila rakan mereka mengalami kesedihan dan kesakitan,

    mereka tidak dapat mengerti.Mereka tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan perasaan

    sedih ataupun muram pada sesuatu.Walaupun kadangkala rakan mereka memukul mereka,

    namun mereka masih ketawa dan menunjukkan perasaan gembira.Kadangkala terdapat juga

    kanak-kanak autisme yang genar tersenyum atau ketawa sepanjang masa.Hatinya sentiasa

    riang dan gembira.Seolah-seolah mereka tidak mempunyai sebarang masalah.Kadangkala

    mereka suka menepuk tangan bagi melahirkan rasa gembiranya.Mungkin juga mereka akan

    mencederakan diri sendiri bagi melahirkan keresahan atau kesedihan yang dialaminya.Mereka

    tidak dapat melahirkan perasaan yang terdapat dalam diri mereka dengan betul.

    (b) Masalah-masalah sampingan.Masalah Perkembangan Kognitif

    Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme adalah berbeza dengan kanak-kanak lain.

    Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyai daya kognitif yang lemah, namun

    terdapat sebahagian kecil daripada mereka yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi

    dan juga bakat yang mengkagumkan. Kebanyakan individu autisme mempunyai tumpuan

    yang singkat atau terhad, namun begitu keadaan ini tidak pula berlaku apabila mereka

    member tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenalisebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau rangsangan yang menjadi tumpuan secara

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    39/55

    D20102041692

    berlebihan. Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepada satu aspek daripada satu

    perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh.

    Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak

    berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini akan dikekalkan dalam

    bentuk yang asal (uncoded form). Bagi kanak-kanak autisme, mereka tidak boleh

    mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan juga tidak berupaya membuat

    penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran.

    Selain itu, kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-

    perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk

    melihat perkara yang telah berlaku. Oleh yang demikian, kanak-kanak autisme juga tidak

    mampu melihat perkaitan antara dua perkara. Sebab itulah mereka sukar membuat atau

    memahami jenaka, membuat analogi dan tidak memahami bahasa kiasan.

    Masalah Perkembangan Bahasa

    Bahasa bagi kanak-kanak autisme adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi mereka yang

    boleh bertutur, kanak-kanak ini banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada

    menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Topik perbualan kanak-kanak autisme

    adalah terhad di samping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.

    Masalah bahasa bagi kanak-kanak autisme dapat dibahagikan seperti berikut:

    (a) Nonsegmental Phonology

    Kanak-kanak autisme lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau

    dikenali juga sebagai prosodi. Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti irama yang

    stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran

    bunyi vocal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa, pertuturan yang

    monotonus dengan nada suara yang terhad dan tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasidalam percakapan.

    (b) Bahasa Idiosinkratik

    Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu yang

    bermaksud perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Semua bentuk bahasa yang

    dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.

    Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    40/55

    D20102041692

    kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam

    situasi yang baru.

    (c) Masalah Kata Ganti Nama

    Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap

    menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti “he” atau “she”.

    Kata ganti nama kedua “you” digunakan untuk dirinya dan “I” untuk orang lain. Keadaan ini

    berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang

    berubah maknanya mengikut konteks.

    (d) Ekolalia

    Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan

    tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Terdapat pelbagai jenis ekolalia

    seperti ekolalia serta merta (immediate ecolalia) iaitu pengulangan yang tepat dan serta-merta

    apabila perkataan disebut, ekolalia lewat (delayed acolalia) iaitu diucapkan agak lewat atau

    agak lama selepas perkataan disebut dan ekolalia ringan (mitigated) iaitu pengulangan segera

    tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.

    Walaupun kanak-kanak lain juga ada kalanya mengalami ekolalia, namun bagi kanak-

    kanak autisme ekolalia terjadi dengan kekerapan yang tinggi dan dalam jangka masa yang

    lama (mungkin hingga agak dewasa). Mereka juga kurang faham apa yang didengar dan akan

    meniru sahaja sebutan berkenaan.

    Masalah Perkembangan Komunikasi

    Kanak-kanak autisme tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk

    berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada

    barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ketempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka

    juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak

    autisme juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah

    mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak

    balas yang tidak sesuai atau salah.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    41/55

    D20102041692

    Masalah Perkembangan Sosial

    Kanak-kanak autisme menjadi handikap apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka

    kerap dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata ketika bercakap, tidak mahu

    memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan-rakan lain. Sesetengah kanak-

    kanak autisme kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka. Misalnya,

    mereka tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya, tidak membalas lambaian atau

    tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk tangan.

    Masalah tingkah laku sosial kanak-kanak autisme dapat dikategorikan kepada tiga iaitu:

    (a) Penghindaran sosial (social avoidant), iaitu individu autisme akan mengelak daripada

    sebarang bentuk interaksi sosial. Kerap kali mereka akan menjauhkan diri apabila ada

    orang hendak berinteraksi dengan mereka.

    (b) Bersikap tidak acuh/peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidak peduli dengan

    keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari daripada pergaulan. Mereka

    hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan sesuatu daripada orang itu.

    (c) Kekok atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu autisme

    cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Keadaan ini berlaku

    kerana mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang

    lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan, sikap dan emosi. Oleh itu, mereka

    tidak dapat menjangkakan apa yang akan disebut atau dibuat oleh orang lain dalam

    pelbagai situasi sosial.

    Kanak-kanak autisme perlu diberi bimbingan dan dorongan untuk meningkatkan tingkah

    laku positif dan mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Mereka perlu diberi peluangbergaul dengan rakan sebaya lain yang bukan autisme supaya mereka dapat belajar bergaul

    dan mempelajari kemahiran sosial yang dijangka berlaku dalam situasi sebenar.

    Masalah Perkembangan Emosi

    Kanak-kanak autisme sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain

    kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak

    disalah faham. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme dianggap telah menunjukkan emosinyaapabila kelihatan ketawa geli hati seorang diri. Namun, persoalannya adalah sama ada

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    42/55

    D20102041692

    tingkah laku itu wujud dalam keadaan sosial yang betul. Individu autisme juga tidak

    menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya

    menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu, individu autisme menunjukkan beberapa

    ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan (posture) badan yang kaku dan suara yang

    mendatar atau monotonous.

    Secara kesimpulannya, kanak-kanak autisme sememangnya secara semula jadi kurang

    berminat untuk berkomunikasi dengan orang lain.

    (c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan

    Terapi dengan Pendekatan Psikodinamis

    Pendekatan terapi berorientasi psikodinamis terhadap individu autisme berdasarkan

    asumsi bahawa penyebab autisme adalah adanya penolakan dan sikap orang tua yang

    “dingin” dalam mengasuh anak. Terapi Bettelheim dilakukan dengan menjauhkan anak dari

    kediaman dan pengawasan orang tua. Kini terapi dengan pendekatan psikodinamis tidak

    begitu lazim digunakan kerana asumsi dasar dari pendekatan ini telah disangkal oleh bukti-

    bukti yang menyatakan bahawa autisme bukanlah akibat salah asuhan melainkan disebabkan

    oleh gangguan fungsi otak. Pendekatan yang berorientasi Psiko-dinamis didominasi oleh teori-

    teori awal yang memandang autisme sebagai suatu masalah ketidakteraturan emosional.

    Terapi Dengan Intervensi Behavioral

    Pendekatan Behavioral telah terbukti dapat memperbaiki perilaku individu autisme.

    Pendekatan ini merupakan variasi dan pengembangan teori belajar yang semula hanya

    terbatas pada sistem pengelolaan ganjaran dan hukuman (reward and punishment).

    Prinsipnya adalah mengajarkan perilaku yang sesuai dan diharapkan serta mengurangi

    perilaku-perilaku yang salah pada individu autisme. Pendekatan ini juga menekankan padapendidikan khusus yang difokuskan pada pengembangan kemampuan akademik dan

    keahlian-keahlian yang berhubungan dengan pendidikan. Pada masa ini ada beberapa sistem

    behavioral yang diterapkan pada individu dengan keperluan khusus seperti autisme:

    1. Operant Conditioning (konsep belajar operan).

    Pendekatan operan merupakan penerapan prinsip-prinsip teori belajar secara langsung.

    Prinsip pemberian ganjaran dan hukuman: perilaku yang positif akan mendapatkankonsekuensi positif (reward), sebaliknya perilaku negatif akan mendapat konsekuensi negatif

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    43/55

    D20102041692

    (punishment). Oleh yang demikian, diharapkan tujuan utama dari pendekatan ini iaitu

    mengembangkan dan meningkatkan perilaku positif, serta mengurangi perilaku negatif yang

    tidak produktif.

    2. Cognitive Learning (konsep belajar kognitif).

    Struktur pengajaran pada pendekatan ini sedikit berbeza dengan konsep belajar operan.

    Fokusnya lebih kepada seberapa baik pemahaman individu autisme terhadap apa yang

    diharapkan oleh lingkungan. Pendekatan ini menggunakan ganjaran dan hukuman untuk lebih

    menegaskan apa yang diharapkan lingkungan terhadap anak autistik. Fokusnya adalah pada

    seberapa baik seorang penderita autistik dapat memahami lingkungan di sekitarnya dan apa

    yang diharapkan oleh lingkungan tersebut terhadap dirinya. Latihan relaksasi merupakan

    bentuk lain dari pendekatan kognitif. Latihan ini difokuskan pada kesedaran dengan

    menggunakan tarikan nafas panjang, pelemasan otot-otot, dan perumpamaan visual untuk

    meneutralkan kegelisahan.

    3. Sosial Learning (konsep belajar sosial).

    Ketidakmampuan dalam menjalin interaksi sosial merupakan masalah utama dalam autisme,

    kerana itu pendekatan ini menekankan betapa pentingnya pelatihan keterampilan sosial

    (social skills training). Teknik yang sering digunakan dalam mengajarkan perilaku sosial positif

    antara lain: modelling (pemberian contoh), role playing (permainan peran), dan rehearsal

    (latihan/pengulangan). Pendekatan belajar sosial mengkaji perilaku dalam hal konteks sosial

    dan implikasinya dalam fungsi personal.

    Terapi Wicara

    Hampir semua kanak-kanak autisme mempunyai kesulitan dalam berbicara atau

    bercakap dan berbahasa. Biasanya hal inilah yang paling menonjol, banyak pula individuautistic yang non-verbal atau kemampuan berbicaranya sangat kurang. Kadang-kadang

    percakapannya cukup berkembang, namun mereka tidak mampu untuk memakai

    percakapannya untuk berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain. Dalam hal ini, terapi

    wicara dan berbahasa akan dapat menolong kanak-kanak autisme.

    Terapi Okupasi

    Hampir semua kanak-kanak autisme mempunyai kelambatan dalam perkembanganmotorik halus. Gerak-geriknya mereka kaku dan kasar, mereka kesulitan untuk memegang

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    44/55

    D20102041692

    pensel dengan cara yang benar, kesulitan untuk memegang senduk dan menyuap makanan

    ke dalam mulutnya, dan sebagainya. Oleh yang demikian, terapi okupasi sangat penting untuk

    melatih serta menggunakan otot -otot halusnya dengan lebih berkesan.

    Terapi Sosial

    Kekurangan yang paling ketara bagi individu autisme adalah dalam bidang komunikasi

    dan interaksi. Kebanyakan kanak-anak autisme memerlukan pertolongan dalam ketrampilan

    berkomunikasi di antara dua arah, mendapatkan kawan dan bermain bersama di tempat

    permainan. Seorang pakar sosial boleh membantu dengan memberikan fasilitator pada

    mereka untuk bergaul dengan teman-teman sebaya dan mengajar cara bergaul dan

    berkomunikasi dengan cara yang betul.

    Terapi Biomedik

    Terapi biomedik dikembangkan oleh kelompok doktor yang tergabung dalam DAN

    (Defeat Autism Now). Banyak dari para perintisnya mempunyai anak autistik. Mereka sangat

    gigih melakukan riset dan menemukan bahawa gejala-gejala anak ini datangnya daripada

    gangguan metabolisme yang terdapat pada gangguan fungsi otak. Oleh itu, anak-anak ini

    diperiksa secara intensif, pemeriksaan, darah, urin, dan rambut. Semua perkara abnormal

    yang diperolehi dapat diselesaikan, sehingga otak menjadi bersih daripada sebarang

    gangguan. Ternyata lebih ramai anak-anak ini menunjukkan kemajuan apabila mendapatkan

    terapi yang komprehensif, iaitu terapi dari luar dan dari dalam tubuh sendiri (biomedis).

    Applied Behavioral Analysis (ABA)

    ABA adalah jenis terapi yang telah lama dipakai, telah dilakukan penelitian dan

    disahkan khusus untuk kanak-kanak autisme. Sistem yang dipakai adalah memberi latihan

    khusus kepada mereka dengan memberikan positive reinforcement (hadiah/pujian). Jenisterapi ini bias diukur kemajuannya.

    Terapi Perilaku

    Kanak-kanak autisme mudah merasa putus asa. Orang di sekeliling sukar untuk

    memahami mereka. Mereka sukar untuk mengekspresikan kemahuannya. Mereka terlalu

    sensitif terhadap suara, cahaya dan sentuhan. Ia tidak menghairankan apabila mereka sering

    mengamuk. Seorang pakar terapi tingkah-laku diperlukan untuk mencari latar belakang dari

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    45/55

    D20102041692

    tingkah-laku negatif tersebut dan mencari penyelesaiannya dengan mendokumentasikan

    perubahan lingkungan dan rutin kanak-kanak tersebut untuk memperbaiki tingkah-lakunya.

    Ubat-ubatan

    Rawatan yang perlu dijalankan bagi kanak-kanak autisme dengan kaedah ubatan-

    ubatan sering digunakan bagi menagani masalah emosi dan tingkah laku yang terdapat di

    kalangan kanak-kanak autisme. Ini termasuklah hiperaktif, masalah tumpuan, luapan

    kemarahan dan agresif yang menyebabkan kanak-kanak itu sentiasa resah dan sukar untuk

    tidur. Pada masa ini hanya risperidon yang diluluskan yang berusia 5 hingga 16 tahun yang

    mengalami masalah agresif. Diet atau pemakanan yang seimbang juga dapat mengurangkan

    masalah autisme. Sesestengah kanak-kanak autisme menunjukkan tindak balas yang positif

    apabila diberikan pemakanan tanpa gluten atau tanpa casein.Gluten didapati di dalam

    makanan yang mengandungi gandum, barli atau bijirin. Casein pula terdapat didalam

    susu,keju atau bahan tenusu yang lain.Walaupun ada yang tidak sependapat mengenai diet

    sedemikian, namun ia bergabtung pada kanak-kanak tersebut.Walau bagaimanapun, ia perlu

    di rujuk pakar gastro dan pakar pemakanan yang secukupnya dari segi kalori, nutrien dan

    makanan. Kanak-kanak yang mengalami sawan sering kali mengambil ubat-ubatan yang

    dibekalkan oleh pakar perubatan. Ada kalanya mereka akan mengalami sawan kerana tidak

    mengambil ubat tepat pada waktunya ataupun sebab lain seperti tekanan atau

    cuaca.Walaupun sawan hanya berlaku selama beberapa minit sahaja tetapi kanak-kanak itu

    akn mengalami sakit kepala selama sejam ataupun lebih. Terdapat juga kanak- kanak yang

    sering mendapat sawan perlu diletakkan daripada berjemur panas atau terlalu lama berada

    didalam bilik berhawa dingin.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    46/55

    D20102041692

    (d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak

    berkeperluan berkenaan.

    Kanak-kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan

    terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau

    kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah

    tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru

    yang terlatih dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-

    kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai

    kerjasama yang erat dengan ibu bapa. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan

    pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah

    terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku.

    Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi

    peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program pendidikan inklusif. Pelajar

    ini akan ditempatkan di dalam kelas normal untuk belajar bersama-sama dengan rakan

    sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru

    pendidikan khasnya yang dikenali sebagai guru pendamping. Guru pendamping akan

    membantu kanak-kanak ini belajar dan juga menyesuaikan diri di dalam kelas barunya. Selain

    itu, guru pendamping juga akan membantu guru kelas merancang pembelajaran dan membina

    bahan bantu mengajar.

    Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkeperluan

    khas yang lain juga. Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas PKBP, ia akan

    mengikuti pelajarannya mengikut kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang

    telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Dalam hal ini, kanak-kanak autistik tidak

    memerlukan pengubahsuaian kurikulum kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    guru akan membantu pelajar mengikut keperluan mereka. Bagi kanak-kanak autisme,

    keperluan pembelajaran pada peringkat awal adalah melibatkan kawalan tingkah laku yangkurang sesuai, kemahiran sosial dan juga komunikasi.

    Komponen-komponen dalam kurikulum pendidikan khas masalah pembelajaran adalah

    seperti bidang-bidang Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian dan Nilai-nilai

    Murni, dan bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti. Guru akan menyampaikan pengajarannya

    mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran. Sebab

    itulah sukatan pelajaran bagi Program Khas Masalah Pembelajaran digabungkan sekali bagi

    sekolah rendah dan sekolah menengah.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    47/55

    D20102041692

    Penilaian bagi kanak-kanak autisme adalah secara berterusan melalui Rancangan

    Pengajaran Individu (RPI). Melalui RPI, guru dapat mengetahui prestasi pelajarnya sama ada

    telah menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar atau telah meninggalkan tingkah laku

    kurang sesuai yang guru kehendaki. Selain itu, penilaian juga dibuat melalui ujian-ujian dan

    pemerhatian guru di dalam dan di luar kelas.

  • 8/18/2019 Kbk 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

    48/55

    D20102041692

    KESIMPULAN

    Keperluan kanak-kanak khas berbeza daripada kanak-kanak yang sebaya dengan

    mereka dalam beberapa aspek penting, malah mereka juga mempunyai perbezaan dalam

    pola perkembangan masing-masing. Perbezaan keperluan ini perlu diberi status yang sesuai

    dan mereka yang terlibat dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi membuat peruntukan

    khas bagi memenuhi keperluan tersebut dan bukannya dikritik. Guru di kelas biasa juga turut

    memainkan peranan penting dengan membantu mengenal pasti murid dengan masalah

    pembelajaran atau mungkin menerima murid yang dikenal pasti tergolong dalam kategori

    sindrom down dan autisme itu. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan

    keperluan khas ini perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain.

    Guru perlu mendapatkan semua sumber maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu

    bapa, doctor, pakar, perpustakaan dan sumber komuniti serta persatuan bagi membantu

    murid tersebut. Jika