26
PENGENALAN Dalam Topik 1, kita telah membincangkan tentang definisi pendidikan khas serta perkembangan pendidikan khas di Malaysia, Amerika Syarikat dan Britain. Dalam Topik ini kita mendalami perbincangan tentang kanak-kanak berkeperluan khas dan klasifikasi yang lebih terperinci tentang kanak-kanak ini. Juga diberi perhatian ialah istilah-istilah yang telah digunakan untuk melabel kanak-kanak khas. Kemudian, perbincangan bertumpu kepada isu penaksiran dan intervensi awal sewajarnya bagi mempertingkatkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas. Hakikatnya, tidak semua individu di dunia mempunyai ciri-ciri fizikal, mental, emosi dan jasmani yang sama. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Walau pun mereka berbeza daripada pelajar biasa, mereka juga berbeza di T T o o p p i i k k 2 2 Kanakkanak Berkeperluan Khas HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan tentang klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas; 2. Menjelaskan perbezaan di antara beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas; 3. Menerangkan pentingnya intervensi awal; 4. Membincangkan tentang peranan penyaringan dan pengujian diagnosti dalam pendidikan khas; dan 5. Menerangkan peranan ibu bapa dalam pendidikan khas.

kanak - kanak berkeperluan khas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan khas

Citation preview

PENGENALAN

Dalam Topik 1, kita telah membincangkan tentang definisi pendidikan khas serta perkembangan pendidikan khas di Malaysia, Amerika Syarikat dan Britain. Dalam Topik ini kita mendalami perbincangan tentang kanak-kanak berkeperluan khas dan klasifikasi yang lebih terperinci tentang kanak-kanak ini. Juga diberi perhatian ialah istilah-istilah yang telah digunakan untuk melabel kanak-kanak khas. Kemudian, perbincangan bertumpu kepada isu penaksiran dan intervensi awal sewajarnya bagi mempertingkatkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas. Hakikatnya, tidak semua individu di dunia mempunyai ciri-ciri fizikal, mental, emosi dan jasmani yang sama. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Walau pun mereka berbeza daripada pelajar biasa, mereka juga berbeza di

TTooppiikk

22

Kanak kanak!

Berkeperluan!

KhasHASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan tentang klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas;

2. Menjelaskan perbezaan di antara beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas;

3. Menerangkan pentingnya intervensi awal;

4. Membincangkan tentang peranan penyaringan dan pengujiandiagnosti dalam pendidikan khas; dan

5. Menerangkan peranan ibu bapa dalam pendidikan khas.

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 25

antara satu sama lain. Mereka juga memerlukan pendidikan, seperti rakan-rakan mereka yang biasa atau normal.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS?

Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah kelas biasa, kamu akan dapati kanak-kanak yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain, ada diantara mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah matematik, manakala ada yang lebih cepat menguasai kemahiran membaca. Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan. Bagaimana pun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan yang khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) dan terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasi potensi mereka (Heward, 2003). Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang berlainan. (a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila

sesuatu kekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada

2.1

26 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.

Istilah Definisi

Kurang upaya

(disability)

Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal.

Kecacatan

(handicap)

Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.

(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang

yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yang sama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal sains.

PERANAN PAKAR PERUBATAN DAN PAKAR PENDIDIKAN KHAS

Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalamai kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami. Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran dan melatih mereka bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanak-kanak buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa.

2.2

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Apakah perbezaan di antara istilah kurang upaya dan kecacatan?

2. Bagaimana orang ramai mentafsir istilah ÂkecacatanÊ?

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 27

Rajah 2.1: Prosedur penempatan kanak-kanak berkeperluan khas dalam Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia

Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004, [http://apps2.emoe.gov.my/jpkhas/htm/web/profil_program.php]

Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli

28 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan. Lihat Rajah 2.1 yang menunjukkan prosedur penempatan dalam kelas pendidikan khas dan peranan pakar perubatan serta guru pendidikan khas dalam prosedur berkenaan. 1. Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri, kawasan

berhampiran, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital. 2. Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk

mengumpul maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan kanak-kanak pendidikan khas (KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi.

3. Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi

dan latar belakang murid. 4. Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan

masalah kesihatan dan cadangan penempatan. 5. Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. 6. Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke

sekolah atau kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. 7. Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa. 8. Merekod pendaftaran. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 29

menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Dalam pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkara-perkara berikut: (a) Penyampaian Contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille

bagi pelajar buta. (b) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya. (c) Peralatan Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran

bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta. (d) Bilangan Pelajar dalam Kelas Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah 5-10 murid. (e) Guru Pendidikan Khas Terlatih Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah

pembelajaran atau kanak-kanak bermasalah penglihatan. (f) Pengubahsuaian Kurikulum Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang

upaya yang diajar. (g) Aktiviti Kokurikulum Disesuaikan dengan jenis murid khas.

SEMAK KENDIRI 2.2

Apakah perbezaan antara perspektif perubatan dan perspektif pendidikan berkenaan kanak-kanak berkeperluan khas?

30 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KLASIFIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan. (lihat Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas Sumber: Adaptasi Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA), 1990

(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa

kumpulan berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca, perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun). [Kita akan membincang dengan lebih mendalam tentang kurang upaya pendengaran dalam Topik 8].

2.3

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 31

(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua

kumpulan sahaja iaitu:

(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan Braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar.

Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, buku-buku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille [Kita akan membincang dengan lebih mendalam tentang kurang upaya penglihatan dalam Topik 9].

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu

yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun

(d) Kurang Upaya Fizikal Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang

merosakkan otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sedemikian. Contonya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan.

32 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak.

Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja [Kita akan membincang dengan lebih mendalam tentang kurang upaya fizikal dalam Topik 7].

(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak

menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap [Kita akan membincang dengan lebih mendalam tentang kurang upaya pertuturan dalam Topik 6].

(f) Kurang Upaya Pembelajaran Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran

adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat.

(g) Gangguan Emosi Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah,

gembira dan sebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi keupayaan untuk

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 33

belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap berjalan dalam kelas, menjerit, mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan diri, berkhayalan dan sebagainya [Kita akan membincang dengan lebih mendalam tentang gangguan emos dalam Topik 5].

(h) Pintar Cerdas Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka

yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran memimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini disalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain atau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar [Kita akan membincang dengan lebih mendalam tentang pintar cerdas dalam Topik 10].

Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas memiliki ciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang sama. Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran berkongsi ciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja kerana setiap individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan yang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di kalangan kanak-kanak ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus. Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya memberi layanan yang berbeza kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori.

34 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

INTERVENSI AWAL

2.4.1 Definisi

Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahirkan hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak pra-sekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut Âdis-lek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang

2.4

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Senaraikan perbezaan di antara lapan kategori kanak-kanakberkeperluan khas.

2. Apakah yang harus diambil kira ketika membahagikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada kumpulan-kumpulan tertentu?

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 35

ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

Rajah 2.3: Intervensi awal dilakukan untuk mengurangkan masalah pembelajaran yang

dihadapi apabila umur meningkat Sumber: Pikiran Rakyat

[www.pikiran-rakyat.com/ cetak/2005/0405/14/06.htm]

2.4.2 Pentingnya Intervensi Awal

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?

Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.

Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang

36 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.

Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.

Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 37

2.4.3 Perlaksanaan Intervensi Awal

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

Rajah 2.4: Pendekatan intervensi awal

(a) Intervensi Berpusatkan Guru Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk

mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu

AKTIVITI 2.1

1. Pada pendapat anda, bagaimana intervensi awal dapat membantukanak-kanak berkeperluan khas berfungsi dengan lebih berkesan apabila mereka menyertai sekolah?

2. Sejauh manakah intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas dilaksanakan di Malaysia?

38 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa.

Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang

berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah Âberpusatkan pelajarÊ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk Âberdiri di atas kaki sendiriÊ.

(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat

sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.

SEMAK KENDIRI 2.4

Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi berpusatkanpelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga?

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 39

PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK

Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005). Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki mengalami kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.

2.5.1 Penyaringan

Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.

2.5.2 Pengujian Diagnostik

Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang

2.4

40 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).

Rajah 2.5: Reaksi terhadap sesuatu rangsangan dapat menunjukkan tahap

perkembangan bayi berkenaan

(a) Perkembangan Motor Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi

pembelajaran (lihat Rajah 2.5). Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak.

(b) Perkembangan Kognitif Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak

seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.

(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan,

keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 41

(d) Perkembangan Emosi dan Sosial Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang

permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

(e) Kemahiran Adaptif Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai

kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).

SEMAK KENDIRI 2.5

1. Nyatakan tujuan penyaringan dalam pendidikan khas.

2. Apakah tujuan pengujian diagnostik?

3. Jelaskan lima domain yang diberi perhatian dalam pengujiandiagnostik.

4. Pada pendapat anda, mengapa lima domain ini diberi tumpuandalam pengujian diagnostik?

42 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KOMPETENSI SOSIAL

2.6.1 Apa Kompetensi Sosial?

Dalam beberapa dekad yang lampau, terdapat bukti-bukti penyelidikan yang mengatakan iaitu, sehingga kanak-kanak mencapai kompetensi sosial minima pada umur 6 tahun, kemungkinan besar mereka menghadapi masalah apabila dewasa (Ladd, 2000). Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu lain. Menurut Hartup (1992), kebolehan kanak-kanak bergaul dan bukan pencapaian akademik yang menentukan kejayaan sebagai dewasa. Kanak-kanak yang agresif dan tidak disukai oleh rakan-rakannya, tidak dapat mengekal hubungan rapat dengan kanak-kanak lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengambil pensel seorang kanak-kanak lain tanpa meminta kebenaraan menunjukkan kompetensi sosial yang rendah. Kanak-kanak ini tidak peka terhadap perasaan orang lain. Oleh kerana perkembangan sosial bermula sejak lahir dan berlarutan sehingga ke akhir hayat, adalah jelas bahawa pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak harus diberi peluang yang cukup untuk memperkembangkan kompetensi sosial mereka. Contoh tingkah laku yang mempamerkan kompetensi sosial ialah keupayaan menunjuk empati, merunding untuk menyelesai sesuatu masalah, menunggu giliran, mengambil kira perasaan orang lain, sanggup bertolak-ansur, berkompromi, mudah berkawan dan sebagainya. Kompetensi sosial diperolehi melalui pembelajaran dan dipamerkan melalui tingkah laku lisan (pertuturan) dan tingah laku bukan lisan (gerak-geri anggota badan). Bagi kanak-kanak berkeperluan khas pula, penguasaan kompetensi sosial menjadi lebih mencabar. Mereka menghadapi kesukaran berinteraksi dengan orang lain, enggan menyatakan perasaan mereka, tidak dapat berasa empati, tidak mahu menerima pendapat orang lain, bersifat agresif dan anti-sosial, tidak cekap menyelesai masalah dalam kumpulan dan tidak cekap merancang masa depan (Vaughn, 2003). Contohnya, kanak-kanak autistik kerap memencilkan diri (lihat Rajah 2.6).

2.6

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 43

Rajah 2.6: Kanak-kanak autistik kerap mengasingkan diri

2.6.2 Strategi Mempertingkatkan Kompetensi Sosial

Pelbagai strategi telah digunakan bagi mempertingkatkan kompetensi sosial. Bagaimana pun strategi yang digunakan bergantung kepada umur kanak-kanak dan masalah yang dialami. Strategi yang kerap digunakan ialah latihan kemahiran sosial (social skills training). Kemahiran yang lazim diajar ialah tolong-menolong, perkongsian dan bekerjasama. Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajar cara bagaimana memasuki sesuatu kumpulan, bagaimana menjadi peserta yang berkesan dalam kumpulan, pentingnya menunggu giliran dan mematuhi peraturan dan bagaimana berbual dengan dengan rakan sebaya. Kemahiran-kemahiran lain boleh diajar ialah seperti pengurusan kemarahan, resolusi konflik dan penyelesaian masalah (mengenal pasti masalah, mewujudkan alternatif, pemilihan penyelesian). Sesuatu kemahiran sosial boleh diajar secara individu atau secara kumpulan kecil. Sesuatu kemahiran itu diperkenalkan dan kanak-kanak diberi peluang membincang tentang kemahiran berkeaan. Kemudian, kanak-kanak menonton sesuatu filem pendek atau mendengar cerita yang mengilustrasi penggunaan kemahiran berkenaan. Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk mempraktik kemahiran yang diajar melalui drama atau main peranan bersama dengan kanak-kanak lain dalam kumpulan. Guru memandu penggunaan kemahiran tersebut sambil pengukuhan dan maklum balas positif supaya kemahiran itu dipamerkan secara spontan.

AKTIVITI 2.2

Sejauh manakah anda setuju dengan pernyataan bahawa „Kompetensi sosial‰ ialah punca kejayaan seseorang dan bukan semata-mata pencapaian akademik?

44 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa juha berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagi pun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan (lihat Rajah 2.7). Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk.

Rajah 2.7: Kolaborasi di antara pelajar, guru dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas

2.7

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 45

Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut: (i) Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan

khas. Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)

(ii) Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif

apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli profesional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur. Contohnya:

„Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?‰

„Ini bukan salah anda‰

„Anak anda berkemampuan untuk lebih maju‰ (iii) Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu

bapa, dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka.

(iv) Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu

bapa perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.

(v) Meyakinkan Ibu Bapa Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu

anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka

46 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari.

Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha mendidik kanak-kanak berkeperluan khas atau kurang upaya.

PENDIDIKAN INKLUSIF

Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya sederhana harus di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa. Contohnya, pelajar yang mengalamai kerencatan mental sederhana atau pelajar penglihatan terhad ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar normal. Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal. Lihat Rajah 2.8 yang menunjukkan pelbagai kaedah penempatan pelajar kurang upaya. Pelajar kurang upaya yang tidak teruk diintegrasikan dengan pelajar biasa, manakala pelajar yang mengalami masalah yang teruk diasingkan. Dengan perkataan lain, pelajar diasingkan menurut tahap keterukan masalah yang dihadapi. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental yang teruk ditempatkan dalam institusi atau hospital khas. Pelajar yang mempunyai masalah yang sama mungkin ditempatkan dalam sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.

2.8

AKTIVITI 2.3

Adakah anda setuju keluarga pelajar kurang upaya digalakkan terlibatdalam program pendidikan khas? Jelaskan dengan memberi contoh-contoh spesifik.

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 47

Rajah 2.8: Tahap integrasi pelajar berkeperluan khas Sumber: Adaptasi S. Graves, R. Gargiulo & L. Sluder, Young Children:

An Introduction to Early Childhood Education. St. Paul, MN. 1996, h: 398

Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong pendidikan inklusif berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas yang sama, guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan menempatkan mereka dalam kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic,1995; Sailor, 1991). Pelajar-pelajar kurang upaya yang diasingkan ditakrifkan sebagai ÂberlainanÊ dan ini telah menjejaskan harga diri dan semangat mereka (Laski, 1991). Bagaimana pun, penyelidikan yang menyokong pendapat-pendapat ini tidak konklusif. Oleh itu isu ini akan terus dipertikaikan.

AKTIVITI 2.4

Pada pendapat anda, adakah pelajar kurang upaya patut di integrasikan dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal? Jelaskan dengan memberi contoh-contoh spesifik.

48 TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) merupakan sekumpulan kecil kanak-kanak dimana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami kesukaran belajar dan memerlukan program pendidikan khas.

Kurang upaya (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu kekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja.

Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesusatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.

Pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas adalah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami.

Intervensi awal (early intervention) diaturkan untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun kerana sangat penting.

Kajian-kajian menunjukkan iaitu intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.

Sebelum program intervensi hendak dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan.

Penyaringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara dengan cepat dan mudah dan melibatkan bilangan pelajar yang ramai.

Pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya.

TOPIK 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ! 49

Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu lain.

Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal.

Intervensi awal

Kanak-kanak berkeperluan khas

Kecacatan

Khas

Klasifikas kanak-kanak berkeperluan

Kompetensi sosial

Kurang upaya

Pendidikan inklusif

Pengintegrasian

Penglibatan keluarga dalam pendidikan khas

Pengujian diagnostik

Perkembangan intelek

Perkembangan motor