25
KBK 3073 : KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TUGASAN 1 : BERMASALAH PENGLIHATAN KUMPULAN KLTN07(A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO.ID NO.TELEFON RUHASNI BINTI MAT HARUN D 20102043828 013-9738581 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.KWAY ENG HOCK TARIKH SERAH : 02/05/2012

Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

KBK 3073 : KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

TUGASAN 1 : BERMASALAH PENGLIHATAN

KUMPULAN

KLTN07(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.ID NO.TELEFON

RUHASNI BINTI MAT HARUN D 20102043828 013-9738581

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.KWAY ENG HOCK

TARIKH SERAH : 02/05/2012

Page 2: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Isi kandungan Muka Surat

1. Pendahuluan 1 – 3

2. Etiologi 3

3. Difinisi Kanak-kanak bermasalah Penglihatan 4

4. Kategori Kurang Upaya penglihatan 5 – 7

5. Punca-punca berlakunya cacat penglihatan 8

6. Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak bermasalah

Penglihatan 9 – 12

7. Langkah-langkah pencegahan 12 – 13

8. Kesimpulan 14 – 15

Bibliografi 16

Page 3: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

1

Tajuk : Bermasalah Penglihatan

Pendahuluan

Memang menjadi hasrat setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya dalam

hidup .Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari

segi fizikal , mental, sosial, dan juga rohaniah.Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat

mereka ,ini adalah satu jihad.

Tidak ada insan yang ingin dilahirkan cacat sama ada dari segi fizikal,mental,ataupun

pancaindera.Semuanya inginkan kesempurnaan supaya dapat menikmati keindahan alam

semula jadi.Sikap rasa bersalah,rasa terasing daripada masyarakat dan berasa seolah-olah

bosan dan tidak diterima oleh keluarga mungkin wujud dikalangan individu yang cacat.Keadaan

ini timbul kerana sesetengah masyarakat menganggap kecacatan kepada anak-anak adalah

disebabkan oleh kesan perbuatan buruk ibu bapa.Kekeliruan begini mungkin akan membawa

kepada keretakkan rumahtangga dan anak-anak tidak akan mendapat perhatian yang

sepenuhnya.

Kita tidak seharusnya memandang hina kepada golongan yang malang kerana

kecacatan yang dialami bukannya kehendak mereka tetapi sudah ditakdirkan .Sebaliknya kita

yang sihat anggota badan perlu sama-sama berusaha membantu mereka mengatasi atau

mengurangkan beban yang ditanggung.

Mata merupakan deria penglihatan yang amat penting kepada semua manusia kerana

penglihatan merupakan sumber untuk mendapat dan menerima informasi. Proses ini bermula

dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan

oleh otak. Mata merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat

berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain.Dalam laman Kementerian Kesihatan

Malaysia (2009) menyatakan saiz bola mata manusia akan berkembang antara 5 hingga 7

milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah

17.5 mm , manakala pada orang dewasa adalah 23 mm. Isipadu bola mata manusia juga akan

bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga dewasa.

Page 4: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

2

Ketika bayi baru dilahirkan,ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan

ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Menurut

Kementerian Kesihatan (2009),gangguan penglihatan boleh berada pada tahap daripada

keadaan status penglihatan rendah kepada keadaan buta.

Di Malaysia keadaan buta meliputi 0.2 peratus dan status penglihatan yang rendah

meliputi 2.44 peratus daripada jumlah penduduk.Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya

ketinggalan dari segi perkembangan pergerakan fizikal dan motor. Seringkali mereka tidak

dapat mencari atau mencapai objek-objek kecil yang terjatuh.Membantu kanak-kanak ini

memahami konsep ruang dan saiz akan membantu perkembangannya.

Seseorang yang tidak berupaya akan menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh

atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan mereka tidak dapat hidup

bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samada dari segi fizikal ataupun

mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu dari segi

perundangan dan dari segi pendidikan. Menurut Huey Siew (2006) dari segi perundangan

adalah masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang

pada mata yang terbaik dengan pembetulan. Pecahan 20/200 bermakna jika seseorang yang

penglihatan normal boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka ketajaman penglihatan

bagi orang yang mempunyai masalah penglihatan hanya dapat melihat objek tersebut dalam

lingkungan jarak 20 kaki. Lapangan penglihatan bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak

lebih daripada 20 darjah pada keluasan diameter. Sebaliknya keupayaan bagi orang biasa

adalah 180 darjah. Selain daripada orang cacat penglihatan (buta), terdapat lagi satu kategori

orang cacat penglihatan iaitu separa / rabun (partially sighted). Ketajaman penglihatan bagi

kategori ini adalah antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang terbaik dengan pembetulan.

Masalah penglihatan dari perspektif pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Ini kerana keadaan

mata mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal.Oleh itu , kaedah penyampaian

pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak

ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. (Culatta et al 2006).

Page 5: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

3

Golongan kanak-kanak luar biasa adalah golongan kanak-kanak yang akan diambil

perhatian ,tetapi daripada semua golongan kanak-kana luar biasa,kanak-kanak butalah yang

biasanya mudah mendapat perhatian kerana kecacatan mereka itu senang kelihatan.

Penglihatan dianggap sebagai satu-satunya alat yang terpenting sekali dalam pengalaman-

pengalaman pembelajaran.

Di Malaysia untuk tujuan penentuan tempat belajar atau menerima bantuan daripada

kebajikan masyarakat ,seseorang yang buta diberi definisi sebagai orang yang kehilangan

penglihatan sepenuhnya ataupun mempunyai ketajaman 6/60 atau 20/200 ataupun kurang

daripada itu.

Etiologi

Sebab-sebab yang menyebabkan masalah penglihatan adalah terdiri daripada

pengaruh-pengaruh pralahir termasuk baka, penyakit-penyakit berjangkit, Kemalangan-

kemalangan dan kecederaan-kecederaan , termakan makanan berbisa,

pembengkakan-pembengkakan dan penyakit-penyakit umum. Penyakit-penyakit

berjangkit termasuk siplis dan campak Rubela .Dalam satu kajian melibatkan 7700

murid-murid buta di Amarika Syarikat dalam tahun 1956 lebih kurang satu pertiga

daripada mereka telah hilang penglihatannya kerana pembekalan oksigen yang

berlebihan diberi kepada mereka sebagai bayi-bayi pramasa. Di Malaysia kekurangan

makanan adalah satu faktor penting yang menyebabkan masalah penglihatan.Satu

proses kemerosotan biji mata yang mengakibatkan masalah penglihatan adalah

disebabkan oleh kekurangan vitamin A.Penyakit-penyakit umum ,umpama kelumpuhan

otak ,’enceplalitis’ atau ‘meningitis’ dan penyakit kencing manis boleh menyebabkan

seseorang mempunyai masalah penglihatan.

Page 6: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

4

Definisi Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan

Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward

(1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata

yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit

kurang daripada 20 darjah.

Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya

(kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran

cahaya (kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.

Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan

20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai

ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah

dijalankan pembetulan.

Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang

nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur

(penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan

kod Braille untuk membaca.

Masalah penglihatan dari perspektif pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Ini kerana keadaan

mata mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Oleh itu, kaedah penyampaian

pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak

ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Page 7: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

5

Kategori Kurang Upaya Penglihatan

Kanak-kanak kurang upaya Penglihatan boleh dikategorikan kepada beberapa

kategori,antaranya ialah :

1. Buta (blind)

Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik ataupun medan

penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan

biasa , walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

2. Rabun atau penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted)

Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60

dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu

penglihatan.Rabun atau penglihatan terhad boleh dikategorikan kepada:

Sederhana .

Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat

cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penhlihatan dengan menggunakan

alat bantu khas seperti kanta.

Teruk

Dimana pada tahap ini kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa

dan tenaga dalam menjalankan aktiviti, malah ia mengalami kesukaran melakukan

aktiviti berkaitan dengan penglihatan termasuk mobiliti, ataupun dengan bantuan alat

khas.

Sangat teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi

kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu

bergantung pada deria-deria lain.

Page 8: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

6

Menurut Nancy & Kathleen (2005) kedua-dua kategori di atas iaitu kebutaan dan

rabun adalah sebagai kerosakan visual termasuk buta kerana menjejaskan prestasi pendidikan

indvidu yang mengalami masalah buta ini. Tempoh termasuk penglihatan kedua-dua tidak

sepenuhnya dan buta. Kerosakan ini merujuk terhadap ketidaknormalan mata iaitu saraf optic

atau pusat visual untuk otak yang mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Pelajar-

pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dikenal pasti mempunyai visual ketajaman 20/70.

Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga

dikategorikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya iaitu Astigmatisme (rabun),

glaucoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia

(mata malas), Diplopia (Nampak dua), Albinisme (sensitive pada cahaya), Myopia (rabun jauh)

dan Hyperopia (rabun dekat).

Punca-Punca Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan

Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas

lahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49%

kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme, 47%

disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakit dan 2%

disebabkan kemalangan.

Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66%

cacar variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak

25%,15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan juga,masalah ini

berlaku adalah faktor baka.

Page 9: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

7

Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan

adalah bebola mata yang selalu berputar, matanya sensitif terhadap cahaya,bahagian tepi

mata kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat bintik-bintik

ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas, sakit kepala

apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi

dua imej.

Tingkah lakunya pula,mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu

semasa melihat objek,selalu mengerut atau mengecilkan mata,kerap berkedip,selalu terlanggar

objek,keliru dengan huruf,menonton televisyen dan membaca buku pada jarak yang sangat

dekat dan memegang kepala dengan cara luar biasa.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri dan

sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada

mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan

orang normal).

Hasil kajian taburan kecacatan bagi penduduk Semenanjung Malaysia yang dijalankan

oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1981 telah dilaporkan oleh Hitam [1982],

didalam kertas kerja bertajuk “Keperluan Kanak-Kanak Khas :Aspek-aspek lain.”Hasil kajian itu

mendapati lebih kurang satu peratus penduduk ini terdiri daripada orang cacat yang

dianggarkan seramai 142 612 orang. 41 339 orang ialah mereka yang berumur kurang daripada

17 tahun.

Hewett dan Forness [1974] mengatakan 49% kecacatan disebabkan kesalahan pada

mata seperti hiporepia, myopia, astigmatisme. 47% disebabkan jangkitan selepas lahir, 33%

akibat peracunan, 7 – 8 % akibat penyakit dan dua peratus disebabkan kemalangan.

Hasil kajian Menon [1981] pula mendapati di antara sebab-sebab menjadi buta ialah

kerana katarak 66% , cacar,kurang zat pemakanan ,kemalangan dan glaukoma masing-masing

sebanyak 25%, 15% disebabkan jangkitan dan lima peratus trakoma.

Page 10: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

8

Punca-punca berlakunya cacat penglihatan

Menurut Mohd Shaari (2004) masalah-masalah visual timbul daripada sebarang

gangguan dengan laluan cahaya itu daripada kemasukannya untuk mata melalui untuk

tafsirannya yang bermakna oleh otak. Berkurangan visual diklasifikasikan.Cacat penglihatan

boleh terjadi kepada kanak-kanak melalui beberapa punca.

Antara punca-punca yang sering menyebabkan berlakunya masalah penglihatan ialah :

1. Cacat penglihatan semula jadi.

Keadaan ini mungkin sukar dielakkan kerana kemungkinan besar jika kedua-

dua ibu bapa mengalami masalah penglihatan iaitu buta akan melahirkan anak yang

buta . Ia berbeza jika dibandingkan dengan ibu bapa yang tidak buta dimana anak

yang dilahirkannya berada dalam keadaan normal.Tetapi kekuasaan Allah tidak

dapat dinafikan sekiranya kedua-dua ibu bapa tidak buta tetapi melahirkan anak

yang buta.

2. Penyakit dan kuman

Penyakit berjangkit seperti campak yang dialami oleh ibu mengandung boleh

menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami cacat penglihatan.Kurang vitamin A

boleh menyebabkan buta yang lebih dikenali sebagai keratomalasia yang ada

kaitannya dengan kekurangan makanan jenis protein.

Penyakit-penyakit lain seperti glaucoma sering menyerang mereka yang berumur

40 tahun ke atas. Harden [1976] mengatakan penyakit ini boleh juga menyerang

kanak-kanak sejak lahir dan dipanggil glaucoma kogenital. Ini disebabkan

perkembangan otot-otot mata tidak normal.

Keadaan persekitaran yang tidak memuaskan iaitu kotor dan busuk boleh

menyebabkan kanak-kanak senang diserang penyakit termasuk mata.Seterusnya ini

mungkin menyebabkan kecacatan mata yang serius.Kuman seperti sitomegalovirus

boleh menyebabkan kecacatan saraf bayi dan seterusnya bayi boleh menjadi buta

[Abdul Jalil, 1982].

Page 11: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

9

3. Kemalangan

Peringkat kanak-kanak merupakan satu perkembangan yang berlaku dengan

pesat.Tingkah lakunya aktif.Kelalaian dalam menjaganya boleh menyebabkan

kemalangan sama ada di rumah atau di luar rumah seperti terjatuh dan mungkin

matanya terkena benda tajam, terkena bahan beracun dan sebagainya. Ini akan

menyebabkan kanak-kanak itu mengalami cacat penglihatan atau buta.

4. Ketumbuhan

Benda-benda yang tumbuh dalam biji mata seperti tahi lalat mungkin boleh

menutupi biji mata hitam.Ini menjadikan penglihatan seseorang itu terganggu.

5. Kecederaan semasa lahir

Penggunaan forseps semasa lahir mungkin menyebabkan terkena saraf yang

ada hubungan dengan mata . Ini akan mendatangkan kesan pada penglihatan bayi

pada masa akan datang.

Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat

dikesan pada peringkat prapersekolahan.Tetapi kecacatan tidak sepenuhnya, ianya

mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah.

Hewett dan Forness (1974) mengatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga

cara iaitu rupa, tingkah laku dan aduan.Beliau menyatakan lagi di antara tanda-tanda

yang dapat dilihat seperti yang dikemukakan oleh The National Sosiety for the

Prevention of Blindess (1965) dan juga risalah Persatuan Orang-orang Buta Malaysia

(MBA) ialah :

Page 12: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

10

FIZIKAL

Mata kanak-kanak yang cacat penglihatan boleh dilihat keadaan fizikal matanya

dimana mata kanak-kanak cacat penglihatan tidak sama dengan mata kanak-kanak

yang normal. Keadaan mata mereka adalah seperti berikut :

1. Matanya sangat sensitif pada cahaya.

2. Terdapat tanda putih pada anak mata (leucocoria)

3. Mata juling .Sebanyak 20 peratus pesakit mengalami tanda-tanda masalah mata

juling.Bagi mengatasi masalah mata juling ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan

secepat mungkin daripada doktor pakar mata sekiranya mendapati anak mereka

mengalami masalah mata juling.

4. Mata kemerahan dan membengkak (peringkat akhir).Pada peringkat ini pesakit

telah terlewat untuk mendapatkan rawatan kerana ketumbuhan tersebut telah

merebak.

SOSIAL

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan

tidak puas hatinya supaya dapat perhatian.Tanda-tanda yang menyebabkan kanak-kanak yang

mengalami masalah cacat penglihatan ialah :

1. Mengadu tidak dapat melihat dengan jelas.

2. Berasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja.

3. Pandangan kabur.

4. Mengadu Nampak dua imej pada sesuatu objek.

5. Menyebabkan kurang keyakinan untuk berkembang dengan positif pada peringkat

awal remaja, remaja dan seterusnya di peringkat matang.

6. Gaya pembelajaran sesuatu kemahiran sosial itu mempunyai sedikit perbezaan

berbanding dengan kanak-kanak normal.

7. Berminat kepada aktiviti yang biasa dilakukan berbanding dengan kanak-kanak

normal yang suka kepada aktiviti yang lebih mencabar.

Page 13: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

11

8. Murid yang menjadi pasif kerana tiada pengalaman dalam menjalinkan sosialisasi.

Oleh yang demikian, seharusnya guru menggunakan peluang dari sesuatu program

yang dilaksanakan untuk membantu murid membina kepercayaan dan keyakinan

dalam meningkatkan kemahiran yang hendak dipenuhi. Pengaruh rakan sebaya

dapat meningkatkan lagi tahap penerimaan kendiri seseorang kanak-kanak (Kail,

1998).

KOGNITIF

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan perlu diberi rangsangan untuk

meningkatkan perkembangan kognitif melalui perhubungan dan membuat perkaitan

diantara penafsiran maklumat yang boleh diperolehi dari deria. Sebagai contoh

klasifikasi, hubungkait, pengetahuan ruang dan ingatan.Diantaranya ialah, kanak-kanak

cacat penglihatan mempunyai lebih kebimbangan mengenai fantasi dan sukar

membezakan fantasi dan keadaan realiti, sukar untuk mengumpul dan membandingkan

pengalaman yang berbeza tentang sesuatu situasi atau kejadian, lemah dalam

memenuhi konsep yang secukupnya, mencari arah atau punca berpandukan gema,

perlu mengambil masa yang panjang untuk memahami objek dengan mengaitkannya

dengan anggota badan mereka, bersifat animism, dan lebih gemar melahirkan perasaan

kepada objek-objek yang inanimate. kognitif bagi kanak-kanak cacat penglihatan jika

dibandingkan dengan kanak-kanak normal.

Kognitif tingkah laku kanak –kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga

boleh dikesan seperti berikut :

1. Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan.

2. Selalu mengerutkan mata.

3. Suka menutup atau melindungi sebelah mata.

4. Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek.

5. Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek

pada mata.

Page 14: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

12

6. Kerap menangis.

7. Memegang kepala dengan cara luar biasa.

Perbezaan Perkembangan Dengan Kanak-Kanak Tipikal

Terdapat perbezaan antara kanak-kanak cacat penglihatan dengan kanak-kanak

tipikal. Antaranya:

Kekurangan stimulasi atau rangsangan dari alam sekeliling.

Pembelajaran adalah melalui deria lain yang masih ada.

Kuantiti dan kualiti maklumat akan kurang daripada kanak-kanak normal.

Gangguan emosi, kurang keyakinan diri.

Masalah berinteraksi dan bersosial.

Susah mempelajari secara peniruan dan spontan (incidental learning).

Mannerism

Masalah membina gambaran mental mengenai alam sekeliling.

Langkah-langkah pencegahan

Kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan harus diberi perhatian dan langkah-

langkah pencegahan boleh dilakukan dari awal lagi bagi mengelakkan berlakunya masalah

penglihatan berlaku dengan lebih serius lagi.Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh

diambil ialah:

13

Page 15: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

1.Rawatan atau rehabilitasi/pemulihan semula penglihatan bagi kanak-kanak perlu

disegerakan.Ini amat penting untuk mengelakkan penglihatan kanak-kanak tersebut terbiar

tanpa ada sebarang pembetulan refraksi.

2. Terapi penglihatan. Terapi penglihatan berupa latihan penglihatan untuk merangsang semula

penglihatan yang telah lama terbiar ataupun tidak dirangsang langsung sejak awal kelahiran.

3. Latihan . Dengan menggunakan alat rangsangan CAM yang merupakan corak berbelang

hitam putih yang dipusing di bawah satu plat lukisan, Alat-alat mainan kecil yang dapat

merangsang penglihatan dekat.Botol susu dan boneka berwarna hitam putih tanpa warna

terang adalah digalakkan. Bayi juga digalakkan melihat poster rangsangan penglihatan yang

ditampal di dinding pada paras mata dan bermain di atas permaidani atau alas mainan yang

mempunyai corak hitam putih.Kanak- kanak perlu menjalani sesi pengatupan mata berselang

seli (maksimum empat jam sebelah mata) untuk meningkatkan intensiti penggunaan mata yang

tidak dikatup.

4. Semua ahli keluarga pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada

doktor pakar.

5. Pemeriksaan itu penting sekiranya retinoblastoma merupakan penyakit turun-temurun

keluarga terlibat.

6. Ibu bapa diminta supaya menerima nasihat doktor pakar demi keselamatan nyawa pesakit.

14

Page 16: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kesimpulan

Kanak-kanak buta tidak semestinya terencat akal .Ramai yang cacat penglihatan

telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka. Walaupun seseorang

itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari

segi intelektualannya seperti kanak-kanak lain. Golongan kanak-kanak cacat yang

paling sukar ditingkatkan daya pemikiran mereka ialah mereka yang tidak boleh melihat

dan mendengar .Contohnya, kes congenital rubella yang melibatkan kanak-kanak yang

dilahirkan dengan katarak mata dan pekak. Kanak-kanak ini tidak dapat menggunakan

tangannya seperti kanak-kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar

percakapan orang lain.

Oleh itu,dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau

bagaimanapun , kanak-kanak ini amat bergantung pada belaian kasih sayang ibu

bapanya kerana ia boleh merasai pegangan mesra mereka.Pembedahan katarak serta

penggunaan cermin mata atau kanta lengkap (contact lens) dari awal-awal lagi penting

sekurang-kurangnya supaya mereka dapat melihat sedikit . Tetapi penggunaan kanta

lengkap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal disamping kos pengendalian

yang tinggi.

Kanak-kanak yang cacat penglihatan atau buta tidak seharusnya bersikap

negatif.Mereka perlu berusaha dan belajar menerima hakikat keadaan diri mereka.Perasaan

malu untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan khas untuk mereka perlu dihapuskan. Ini

akan dapat membantu mereka membentuk corak hidup masa hadapan.Sikap terlalu bergantung

dan mengharapkan simpati daripada orang lain perlu disingkirkan.Sebaliknya haruslah

mencontohi mereka yang telah berjaya.

Perkembangan sosialisasi kanak-kanak, awal remaja dan remaja yang

mengalami kecacatan penglihatan merupakan suatu perkara yang seharusnya menjadi

agenda utama di dalam pendidikan di sekolah. Peranan guru dan ibu bapa amat

diperlukan bagi membentuk sahsiah diri murid agar sejajar dengan perkembangan

mereka.

Page 17: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

15

Membentuk keyakinan bagi murid yang cacat penglihatan memerlukan pelbagai

modul yang efektif dan percubaan yang tidak terbatas. Guru dan ibu bapa harus kreatif

dan berpengetahuan dalam membantu mereka bersosialisasi. Kekurangan diri ini akan

memberi impak yang teruk kepada emosi mereka dan seterusnya akan menjejaskan

pencapaian kognitif mereka. Oleh yang demikian adalah wajar bagi individu normal

untuk memahami keperluan sosial golongan cacat penglihatan ini dan membantu

mereka mengenal persekitaran mereka dengan lebih efektif mengunakan sensitiviti

mereka sendiri.

Kerjasama antara masyarakat ,keluarga serta individu yang cacat itu sendiri amat

perlu dalam membentuk sikap positif, disamping mengurangkan masalah yang

dihadapi.Mereka ang cacat ini memerlukan perhatian yang lebih berbanding dengan

mereka yang normal.Mereka juga tidak harus ketinggalan dalam menikmati kemudahan

yang ada kern keperluan mereka sama seperti orang yang normal.Mereka ini hanya

cacat dari segi penglihatan dan tidak dari segi lain.

Page 18: Kbk3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

16

BIBLIOGRAFI

1.Abdul Jalil 1982 : Mengapa bayi boleh cacat.

2. Dr.Abdul Halim Abdul Jalil. Masalah Perkembangan dan Tingkah Laku Kanak-Kanak.

3. Chua Tee Tee B.A (Hons), M. A (Colombia) Ph.D ( Uni. Malaya). Pendidikan Khas Dan

Pemulihan. Mas’adah (M) Sdn.Bhd.

4. Hajah Hasnah Udin. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa .Percetakan Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

5. Modul KBK 3073.Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Pusat Pendidikan Luar.Universiti

Pendidikan Sultan Idris.