28
Ed Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Proceedings of the Regional Conference on Inclusion and Special Educational Needs Perspektif Global: Inisiatif Serantau Global Perspective: Regional Initiatives 27 - 28 Oktober 2009 Hotel Equatorial, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Disusun Oleh Zamri Mahamod Safani Bari Rosadah Abdul Majid Hamidah Yamat ISBN: 978-983-2267-08-9 Anjuran /Organised by Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dengan Kerjasama / In Collaboration With DETAA Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan Ministry of Education

Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

  • Upload
    lethu

  • View
    294

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Ed

Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Proceedings of the Regional Conference on Inclusion and Special Educational Needs Perspektif Global: Inisiatif Serantau Global Perspective: Regional Initiatives

27 - 28 Oktober 2009 Hotel Equatorial, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Disusun Oleh Zamri Mahamod Safani Bari Rosadah Abdul Majid Hamidah Yamat ISBN: 978-983-2267-08-9 Anjuran /Organised by

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dengan Kerjasama / In Collaboration With

DETAA Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan

Ministry of Education

Page 2: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / i

PROSIDING PERSIDANGAN SERANTAU PENDIDIKAN INKLUSIF

DAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Perspektif Global: Inisiatif Serantau

PROCEEDINGS OF THE REGIONAL CONFERENCE ON INCLUSION

AND SPECIAL EDUCATIONAL NEEDS Global Perspectives: Regional Initiatives

27 – 28 Oktober 2009 Hotel Equatorial

Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Dianjurkan oleh/Organized by Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Dengan Kerjasama/In Collaboration with Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan

Malaysian National Commission for UNESCO Ministry of Education

Page 3: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Kandungan Prosiding ii

PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 27-28 Oktober 2009 Hotel Equatorial, Bangi, Selangor Hak Cipta Terpilihara Tidak dibenarkan ulang mana-mana bahagian artikel/bab/ilustrasi, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapatkan keizinan bertulis dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN: 978-983-2267-08-9 Disusun oleh: Zamri Mahamod Safani Bari Rosadah Abdul Majid Hamidah Yamat Susun Atur Huruf: Zamri Mahamod & Mansor Ab. Samad Huruf: Georgia 10, 11, 12, 14 Diterbitkan oleh: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 2009.

Page 4: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / iii

Disusun Oleh

Zamri Mahamod Safani Bari

Rosadah Abdul Majid Hamidah Yamat

Page 5: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Kandungan Prosiding iv

KATA PENGANTAR NAIB CANSELOR

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, Saya mengucapkan tahniah kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia atas kejayaan menganjurkan Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 2009 (RCISEN 2009). Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut memberikan kerjasama bagi menjayakan persidangan ini. Perspektif Global: Inisiatif Serantau yang menjadi tema persidangan ini adalah bertepatan dengan isu dan cabaran semasa yang berkaitan dengan pendidikan inklusif dan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Saya yakin banyak kertas kerja yang berlandaskan penemuan baru melalui dapatan penyelidikan dari negara-negara serantau akan dapat dikongsi bersama demi penambahbaikan yang berterusan. Persidangan ini juga menyedarkan semua pihak betapa pentingnya usaha bersama dalam menangani isu pendidikan inklusif dan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Saya berharap para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menimba ilmu melalui persidangan ini. Perkongsian pengalaman dan ilmu ini menjadi pemangkin untuk memantapkan pendidikan serantau dan sejagat. Sekian. Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 6: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / v

KATA PENGANTAR DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, Bagi pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran para peserta dan pembentang Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (RCISEN2009). Sesungguhnya, kami berasa sungguh berbangga kerana dapat menganjurkan sebuah persidangan yang sangat bermakna ini dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan (DETAA). Kami berharap persidangan ini akan berjalan dengan lancar seperti aturcara yang disediakan. Seperti mana yang kita semua maklum, pendidikan khas di rantau ini kini sedang berkembang maju untuk memberi pelbagai perkhidmatan kepada seluruh warganya. Ini termasuklah program pendidikan inklusif bagi semua kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Konsep pendidikan inklusif dalam pendidikan khas di negara ini sudah mulai diterima oleh seluruh ahli masyarakat di Malaysia dan negara-negara di rantau ini. Sesungguhnya, pendidikan inklusif perlu diperluaskan bagi menampung keperluan pendidikan pelajar. Melalui cara ini pendidikan kepada semua kanak-kanak akan dapat dilaksanakan dan menyokong polisi Peraturan Pendidikan Wajib (2003), Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya berharap persidangan ini akan menyemarakkan lagi pendidikan inklusif di Malaysia dan rantau ini. Melalui persidangan ini juga diharapkan segala persoalan dapat dikongsi untuk mencari jalan mengatasinya. Seterusnya lebih banyak idea baru dalam melaksanakan pendidikan inklusif akan dapat ditemui. Di samping itu persidangan ini juga diharap akan memberi satu arah tuju yang lebih jelas tentang pelaksanaan pendidikan inklusif kepada semua pihak yang terlibat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, pembentang dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini. Kepada peserta dan pembentang dari luar negara saya ucapkan selamat menikmati keindahan Malaysia. Selamat bersidang. Sekian. Profesor Datin Dr. Siti Rahaya Ariffin Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 7: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Kandungan Prosiding vi

KATA PENGANTAR PENGERUSI PERSIDANGAN

Assalamualaikum wbt Salam sejahtera dan selamat datang. Bagi pihak Jawatankuasa Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, RCISEN 2009, saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan para pembentang kertas kerja dan peserta persidangan sekalian. Tema persidangan ini ‘Perspektif Global: Inisiatif Serantau’ dengan sendirinya mencerminkan matlamat kami untuk memberi peluang kepada seluruh ahli masyarakat untuk sama-sama berkongsi tanggungjawab dalam merealisasikan agenda pendidikan negara berhubung dengan kebajikan dan pendidikan inklusif dan golongan berkeperluan khas. Penyertaan dalam persidangan ini terdiri daripada pelbagai kategori profesional khususnya dalam bidang pendidikan khas meliputi ahli akademik, penyelidik dan pengamal yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program pendidikan inklusif dan keperluan golongan bekeperluan khas. Sehubungan itu, diharapkan segala pertukaran idea di kalangan pembentang kertas kerja dan para peserta persidangan ini dapat merangsang idea-idea dan wawasan baru kepada proses penyelesaian permasalahan atau isu yang ditimbulkan. Bagi pihak jawatankuasa penganjur, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Suruhanjaya Kebangsaan UNECSO Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dana Endownmen Tengku Ampuan Afzan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang membanggakan dalam menjayakan persidangan ini. Akhir sekali terima kasih juga saya tujukan kepada ahli jawatankuasa persidangan yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk mengadakan persidangan ini. Selamat Bersidang.

Profesor Dato’ Dr. Zalizan Mohd. Jelas Pengerusi Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 2009 (RCISEN 2009)

Page 8: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / vii

KATA PENGANTAR SIDANG PENYUSUN

Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 2009 yang bertemakan Perspektif Global: Inisitaif Serantau menghimpunkan dua kertas plenari dan 37 kertas kerja yang mencakupi pelbagai tema dan subtema persidangan. Kertas plenari dibentangkan oleh pembentang dari Korea Selatan dan Filipina. Manakala 37 kertas kerja dibentangkan oleh ahli akademik dan pelajar pascasiswazah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kertas kerja dari IPTA diwakili pembentang dari UKM, USM, UPM, UTM dan UPSI. Manakala beberapa pembentang yang mewakli IPGM, iaitu Batu Lintang, Rajang Kota Bharu turut membentankan kertas kerja berkaitan tema persidangan. Terdapat juga pembentang dari[ada kalangan guru pendidikan khas yang membentangkan kertas kerja berdasarkan pengalaman dan pengajaran mereka di kelas inklusif dan di kelas kanak-kanak berkeperluan khas.

Kepelbagaian tajuk kertas kerja ini memberi banyak manfaat kepada guru, ibu bapa, pendidik guru pendidikan khas di IPTA dan IPG, penggubal kurikulum, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak inklusif dan berkeperluan khas ini. Himpunan kertas kerja dalam prosiding ini boleh dijadikan sebagai: 1. Bahan pengajaran dan pembelajaran untuk guru-guru Pendidikan Khas

serta pendidik guru pendidikan khas di IPTA dan IPG. 2. Sumber rujukan kepada guru, penyelidik dan mereka yang terlibat secara

langsung dalam pendidikan dan penyelidikan kanak-kanak inklusif dan berkeperluan khas.

3. Merancang pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas inklusif dan kanak-kanak berkeperluan khas.

4. Bahan rujukan untuk meningkatkan tahap kecekapan berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak inklusif dan berkeperluan khas.

5. Merancang kaedah terbaik dan terkini berkaitan sistem sokongan yang perlu disediakan oleh pihak sekolah, kerajaan, swasta, orang-perseorangan dan lain-lain bagi kanak-kanak inklusif dan berkeperluan khas.

Kesimpulannya, prosiding ini memberi peluang kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap pendidikan inklusif dan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Banyak pendapat, idea, pandangan dan kemahiran serta pengetahuan yang boleh dikongsikan bersama-sama didapati dalam prosiding ini. Sekian dan terima kasih. Profesor Madya Dr. Zamri Mahamod En. Safani Bari Dr. Rosadah Abdul Majid Dr. Hamidah Yamat

Page 9: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Kandungan Prosiding viii

LATAR BELAKANG PERSIDANGAN Peningkatan kualiti dan ekuiti pendidikan untuk semua, memerlukan pelbagai pihak memainkan peranan yang aktif dalam memperluaskan konsep pendidikan inklusif. Ini selaras dengan saranan yang dipersetujui dalam The 48th UNESCO International Conference on Education (Geneva, 25-28 November 2008) tentang pendidikan inklusif sebagai satu proses berterusan yang menawarkan pendidikan berkualiti untuk semua, terutamanya bagi pelajar berkeperluan khas seperti berikut: 1. Pelajar dengan ketidakupayaan (sensori, mental, fizikal dan motor). 2. Pelajar pintar dan berbakat. 3. Pelajar dengan autisma. 4. Pelajar bermasalah pembelajaran (membaca, menulis dan mengira). 5. Pelajar bermasalah emosi dan tingkah laku (termasuk ADHD). 6. Pelajar dengan ketidakupayaan pelbagai. 7. Pelajar terpinggir (termasuk orang asli). 8. Pelajar berisiko tinggi gagal persekolahan.

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang dicadangkan merupakan satu usaha yang affirmative ke arah pembinaan persekitaran pembelajaran inklusif yang mana dasar, amalan dan pelaksanaan serta cabaran dan strategi dibentang dan dibincangkan dalam satu platform yang melibatkan organisasi dan institusi seperti UNESCO, SEAMEO, agensi kerajaan, pakar dan pengamal pendidikan dari negara serantau.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Berkongsi dan menyebar pengalaman dan amalan terbaik. 2. Mengenal pasti peluang dan cabaran dalam usaha untuk meningkatkan

kualiti dan ekuiti pendidikan bagi pelajar dengan keperluan khas. 3. Membina jaringan serantau dalam kalangan pendidik, penyelidik dan

pengamal untuk menyokong dan memudahkan usaha ke arah pembinaan persekitaran pembelajaran inklusif.

Page 10: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / ix

SUBTEMA PERSIDANGAN

1. Strategi pengajaran inklusif yang berjaya untuk memupuk pelajar berdikari dalam kelas dan komuniti.

2. Peranan perkhidmatan sokongan dan kolaborasi antara agensi untuk menyediakan perkhidmatan berkesan.

3. Etika, advokasi dan pengantaraan (mediation). 4. Amalan terbaik dalam intervensi awal, penaksiran, pedagogi dan

kurikulum. 5. Jaringan profesional dan agenda penyelidikan. 6. Dasar dan peraturan pendidikan inklusif. 7. Pendidikan guru. 8. Transisi dan persekitaran pekerjaan inklusif. 9. Pengalaman dan pengurusan hidup individu dengan keperluan khas.

Page 11: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Kandungan Prosiding x

KANDUNGAN PROSIDING

Kata Pengantar Naib Canselor UKM iv

Kata Pengantar Dekan, Fakulti Pendidikan UKM v

Kata Pengantar Pengerusi Persidangan vi

Kata Pengantar Sidang Penyusun vii

Latar Belakang Persidangan, Objektif dan Subtema Persidangan

viii

Penerapan kemahiran employability dalam latihan pelajar OKU daripada perspektif guru Ab. Rahim Bakar & Fazlinda Ab. Halim

1–7

Orang pekak cacat atau pengguna minoriti bahasa: Satu analisis retrospektif Abdullah Yusoff, Che Rabiaah Mohamed & Safani Bari

8–23

Projek pembinaan sistem sokongan pendidikan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran SMK. Kajang Utama, Selangor Azly Abdul Mana

24–31

Inclusion education, barriers and challenges: The Philippine experience Eden O. Kelemen

32–38

Kurikulum latihan keusahawanan kelas pendidikan khas Halimah Harun

39–42

Dasar dan peraturan pendidikan murid bermasalah pembelajaran (membaca, menulis dan mengira) Ismail Saliyan, V. Murali Tharan, Mohd. Haidi Mohd. Kasran, Dik anak Nira, Nor Aishah Abd. Aziz & Ruqaini Rabbani Abdullah

43–51

Inclusive education in Republic Korea Jinah Noh

52–60

Kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid bermasalah penglihatan Khadijah Abdul Razak & Norshidah Mohamad Salleh

61–68

Pembinaan sistem sokongan dan jalinan kolaborasi dalam pelaksanaan program inklusif pelajar berkeperluan khas: Satu kajian kes di sebuah sekolah menengah program integrasi bermasalah pembelajaran di negeri Johor Md. Amin Kasbin, Safani Bari, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin & Mohd. Mokhtar Tahar

69–79

Page 12: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / xi

Pelaksanaan pendekatan psikologi program ekonomi token dalam mengurangkan tingkah laku negatif murid-murid bermasalah pembelajaran di Sarikei, Sarawak Mohd. Haidi Mohd. Kasran, Ismail Saliyan, V. Murali Tharan, Mohamad Asrol Senawi, Saadah Sumrah & Nor Aishah Abd. Aziz

80–87

Penempatan pelajar pekak bermasalah pembelajaran dalam pendidikan khas: Cabaran guru pendidikan khas Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Lee Tur Chung, Hasnah Toran & Mohd. Mokhtar Tahar

88–96

Indeks kesukaran membaca pola perkataan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu di awal tahun persekolahan Mohd. Mokhtar Tahar, Zolkepeli Haron, Aspaizul Abdul Mutalib, Shafie Ramli & Abu Bakar Ramli

97–110

Pembinaan persekitaran inklusif dan sistem sokongan untuk pelajar berkeperluan khas: Satu kajian di kelas integrasi bermasalah pembelajaran Mohd. Rosman Salubin, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin & Mohd. Mokhtar Tahar

111–125

Faktor peramal yang menentukan persepsi guru terhadap keberkesanan pendidikan inklusif di Pulau Pinang Mohd. Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad & Zainuddin Mat Isa

126–130

Inclusive education works: My experience Norani Mohd. Salleh

131–133

Trend pencapaian pelajar lelaki: Realiti dan cabaran Nor Aniza Ahmad, Zalizan Mohd. Jelas & Manisah Mohd. Ali

134–144

Ke arah pendidikan untuk semua: Pembangunan sistem sokongan yang berkesan (aktiviti bowling) Norhayati Razali & Norani Mohd. Salleh

145–157

Sistem sokongan untuk pelajar bermasalah penglihatan di Institusi Pengajian Tinggi Norshidah Mohamad Salleh & DK. Hijrah Mahani PG. Abdullah

158–163

Membangunkan program pengayaan dalam kalangan pelajar pintar cerdas di sekolah menengah Norsheila Saruddin, Rosadah Abdul Majid, Zalizan Mohd. Jelas, Manisah Mohd. Ali, Siti Fatimah Mohd Yasin, Mohd Zuri Ghani & Haris Yusof

164–175

Jurang pencapaian akademik mengikut gender di sekolah menengah agama negeri Nurciana Nasaruddin, Zalizan Mohd. Jelas & Saemah Rahman

176–182

Page 13: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Kandungan Prosiding xii

Pengalaman dan cabaran usahawan orang kurang upaya (OKU) Rahimah Mohd. Nor & Halimah Harun

183–192

Pola kecenderungan perlakuan seksual kalangan remaja sekolah menengah daerah Kulaijaya, Johor Saadah Sumrah, Ismail Saliyan, Mohd. Haidi Mohd. Kasran, V. Murali Tharan & Nor Aishah Abd. Aziz

193–202

Screening and assessment system in Thailand: Through the lenses of principal in inclusive school Sermsap Vorapanya

203–225

Pendidikan untuk semua: Membina persekitaran inklusif di SK. Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan Siti Faridah Leong Abdullah

226–241

Teknik donut dalam pengajaran dan pembelajaran remaja bermasalah pembelajaran Siti Zaliha Reduan

242–253

Amalan program pendidikan inklusif pelajar berkeperluan khas di sebuah sekolah Soo Bee Feng & Zalizan Mohd. Jelas

254–264

Profil IQ pelajar menggunakan Ujian Pintar Raven versi Malaysia: Satu implikasi pendidikan inklusif pelajar Malaysia Sulha Alias, Siti Rahayah Ariffin, Suffian Effendi Mohd. Zari & Awang Abdullah

265–269

Writing in the second language: Support and help needed by the low achievers Rashidah Rahmat & Sharipah Nor Puteh

270–279

Aspirasi kerjaya dan minat vokasional dalam kalangan belia Orang Asli Ramlee Mustapha, Mustaffa Omar, Ruhizan Mohd. Yassin, Norani Mohd. Salleh & Syed Najmuddin Syed Hassan

280–295

Perbandingan skor pencapaian pelajar dalam Ujian Pintar Raven mengikut jantina Tuan Norasiah Tuan Ibrahim, Siti Rahayah Ariffin, Hafizhah Zulkifli & Hanizah Abd. Hamid

296–308

Pelaksanaan sistem sokongan dan amalan pendidikan inklusif dalam program pendidikan khas di SMK. Durian Tunggal, Melaka Wong Jit Hoe

309–319

Page 14: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / xiii

Penaksiran lukisan potret kanak-kanak autisme Yap Bee Cheng, Amla Mohd. Salleh & Noriah Mohd. Ishak

320–341

Early support system for children with down syndrome: An option through online assessment Yeo Kee Jiar, Eko Supriyanto, Muhammad Haikal Satria, Tan Meng Kuan & Husna Ahmad Ainuddin

342–354

Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran murid- murid bermasalah pembelajaran Zamri Mahamod, Nor Rubiatul Maria Ahmad, Manisah Mohd Ali, Aliza Alias & Mohd. Mokhtar Tahar

355–368

Kebolahan membaca pola suku kata Bahasa Melayu murid-murid tahun satu di awal tahun persekolahan Zolkepeli Haron, Mohd. Mokhtar Tahar, Zamri Mahamod, Aspaizul Abdul Mutalib, Shafie Ramli & Abu Bakar Ramli

369–378

Latihan tenaga pengajar bagi orang kurang upaya (TPOKU) Zainal Kamaruddin & Norasmah Othman

379-393

Pelaksanaan pendidikan vokasional bagi pelajar berkeperluan khas bermasalah pembelajaran Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Edawati Arudin

394-408

Page 15: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 355

PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Zamri Mahamod

Nor Rubiatul Maria Ahmad Manisah Mohd. Ali

Aliza Alias Mohd. Mokhtar Tahar

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Kertas kerja ini membincangkan satu kajian eksperimen yang menggunakan kedah permainan bahasa ketika mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran. Sejauh mana teknik permainan bahasa ini dapat membantu dan meningkatkan penguasaan bahasa murid-murid bermasalah pembelajaran melalui proses P&P yang dijalankan oleh guru. Permainan bahasa ini dilaksanakan dalam aspek kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK. Seramai enam orang murid bermasalah pembelajaran yang belajar di Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah kebangsaan di Selangor dipilih sebagai subjek untuk kajian ini. Subjek kajian yang dipilih masih belum menguasai kemahiran asas pola suku kata KV+KV dan KV+KVK. Semua subjek kajian telah menjalani Ujian Pra terlebih dahulu sebelum proses rawatan susulan dilaksanakan. Selepas penilaian dijalankan, rawatan susulan dijalankan melalui rancangan pelajaran berdasarkan teknik permainan bahasa yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama enam minggu berturut-turut. Selepas tamat proses pengajaran tersebut, sekali lagi subjek kajian telah diberikan Ujian Pos. Ujian dilaksanakan untuk melihat sejauh mana kemajuan dan perkembangan pembelajaran bahasa terhadap kumpulan murid-murid khas yang terlibat. Hasil kajian membuktikan bahawa teknik permainan bahasa dapat meningkatkan prestasi penguasaan bahasa murid-murid bermasalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran pola suku kata KV+KV dan juga KV+KVK. Dengan ini dicadangkan supaya guru-guru yang terlibat dengan kelas bermasalah pembelajaran dapat menggunakan kaedah permainan dalam proses P&P mereka.

PENGENALAN Permainan. Satu ungkapan yang begitu sinonim dengan kehidupan kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak gemar bermain. Melalui permainan kanak-kanak akan dapat belajar secara tidak formal malah dapat memenuhi naluri ingin tahu mereka. Menurut Shahabudin, Rohizani dan Mohd Zohir (2007), permainan dapat memperkembangkan banyak kemahiran belajar bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial seperti interaksi dan komunikasi malahan juga kemahiran berbahasa. Pendapat ini turut disokong oleh Joan dan Judith (1982) di mana kaedah bermain dapat membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan kognitif, fizikal malahan kemahiran sosial mereka.

Page 16: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran 356

Sifat suka bermain bagi kanak-kanak ini adalah berterusan dan perlu diperkembangkan serta diberikan galakan yang bersesuaian agar kanak-kanak dapat mengembangkan lagi aspek rohani, fizikal dan mental mereka. Oleh yang demikian, melalui aktiviti bermaian, ia bukan sahaja menyeronokkan dan memberikan hiburan, tetapi juga boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kanak-kanak (Kamarudin 1990). Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses P&P kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003). Penggunaan permainan bahasa sebagai teknik P&P bahasa bukan lagi merupakan satu perkara yang baru dalam dunia pendidikan sekarang ini, malahan merupakan satu strategi untuk membolehkan kanak-kanak belajar dalam suasana riang dan menyeronokkan. Melalui permainan bahasa yang dijalankan, ia bukan sahaja dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak, juga dapat menggalakkan sifat positif seperti bertolak ansur, bekerjasama, menghindarkan perasaan takut dan tertekan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, gembira dan mencabar (David Vardell dalam Kamarudin 1990). Nur Rubiatul Maria (2008) mendefinisikan permainan bahasa sebagai aktiviti-aktiviti yang dapat minimbulkan keseronokan dan kegembiraan semata-mata, namun ia merupakan aktiviti yang terancang dalam pengajaran dan pembelajaran dan ada mempunyai hubungkait dengan isi pelajaran sama ada secara langsung atau tidak. Permainan bahasa yang dijalankan seharusnya menimbulkan situasi pembelajaran yang boleh menggembirakan dan dapat menarik perhatian dan minat murid-murid khasnya murid-murid khas. Menurut Kamarudin (1990), terdapat beberapa contoh-contoh permainan bahasa yang boleh dijalankan oleh guru-guru dalam proses P&P bahasa, antaranya ialah (i) binggo perkataan, (ii) memancing huruf, suku kata atau perkataan, (iii) domino huruf, suku kata, perkataan atau ayat, (iv) suai nama, (v) mencari benda, huruf, suku kata atau perkataan, (vi) membina perkataan, (vii) teka silang kata, (viii) mencari perkataan seerti, (ix) permainan perkataan dan tulisan, serta (x) puzzle. Permainan bahasa adalah antara aktiviti yang boleh dirancang dalam P&P bahasa. Permainan ini ada kaitannya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Jika aktiviti ini digunakan dengan sebaik-baiknya, ia dapat memberikan sumbangan kepada proses perkembangan bahasa dan mental kanak-kanak (Kamarudin 1990). Oleh yang demikian, seorang guru pendidikan khas yang baik bukan hanya bergantung kepada kekerapan menggunakan permainan bahasa dalam setiap pengajarannya akan, tetapi cara

Page 17: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 357

guru menggunakan permainan untuk mencapai objektif khusus dalam P&P yang dijalankan. Melalui permainan bahasa yang menarik dan memberangsangkan, mudah-mudahan dapat menjamin peningkatan pencapaian seseorang kanak-kanak bermasalah pembelajaran berkenaan. PERNYATAAN MASALAH Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, fizikal, minat, bakat dan sebagainya (Mok Soon Sang 1990). Oleh itu, sudah tentu pencapaian mereka dalam pembelajaran juga turut berbeza antara satu sama lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran di aliran perdana dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Menurut Mohd Sharani (2004), kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Dapatan daripada kajian lepas memperlihatkan bahawa pencapaian pendidikan murid-murid bermasalah pembelajaran khasnya dari segi bahasa dan matematik kini secara amnya amatlah rendah dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum (Jabatan Pendidikan Khas 2004). Murid-murid bermasalah pembelajaran yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia terdiri daripada pelbagai kategori seperti sindrom down, perkembangan lewat, autisme dan lain-lain lagi (Jamila 2005). Oleh yang demikian, kanak-kanak khas ini perlu diberikan pendedahan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pembelajaran untuk menarik perhatian dan tumpuan mereka terhadap pembelajaran yang dijalankan. Salah satu teknik yang dapat menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran adalah melalui permainan bahasa. Penggunaan permainan bahasa dalam P&P dapat memberikan sumbangan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak, tidak terkecuali juga kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Pernyataan ini turut disokong oleh Kamarudin (1990) yang menyatakan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu diberi pendedahan tentang permainan bahasa seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga memerlukan banyak aktiviti yang bermakna sebagai rangsangan untuk menggalakkan pembelajaran mereka. Dengan permainan bahasa yang berasaskan pengalaman sendiri sahaja yang lebih kekal dan mudah dipelajari oleh mereka. Walau bagaimanapun, guru-guru khas ini perlulah merancang dan menyediakan aktiviti permainan bahasa yang bersesuaian dengan kemampuan murid-murid khas ini agar P&P ini dapat berjalan dengan lancar malah dapat memberikan manfaat kepada murid-murid khas berkenaan. Pendek kata permainan yang disediakan mestilah mempunyai tujuan dan terancang supaya boleh mendatangkan manfaat yang maksimum kepada murid khas yang terlibat.

Page 18: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran 358

Permainan yang tidak bertujuan dan dijalankan secara sembarangan akan hanya berjaya menyeronokkan murid khas ini pada suatu ketika sahaja dan tidak berfaedah bagi meningkatkan kebolehan mereka. Justeru, kertas ini membincangkan sejauh mana permainan bahasa dapat memberi kesan terhadap pembelajaran bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Permainan bahasa yang sering diguna pakai dalam P&P kanak-kanak normal ini dapat digunakan dan diaplikasikan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran sebagai salah satu kaedah dan teknik yang boleh dipraktikkan dalam proses P&P. Untuk itu, satu eksperimen yang menggunakan teknik permainan bahasa dalam proses P&P yang dijalankan oleh guru dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Kebangsaan. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian eksperimen ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana permainan bahasa dapat memberi kesan terhadap pembelajaran bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Keberkesanannya dikaji dari segi penguasaan bahasa serta peningkatan tahap pencapaian bahasa dalam kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dikaji. Permainan bahasa yang digunakan adalah permainan pancing ikan, kad rawak, binggo perkataan, mencari pasangan awal, mencari pasangan akhir, domino suku kata, roda impian dan membina ayat mudah. Secara khusus, tujuan kajian adalah untuk: 1. Mengenal pasti sama ada terdapat peningkatan penguasaan bahasa dalam

kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK kepada murid-murid bermasalah pembelajaran melalui perbandingan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan.

2. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan murid-murid bermasalah pembelajaran kategori pandai dengan kumpulan murid-murid bermasalah pembelajaran kategori lemah.

3. Mengenal pasti sama ada melalui permainan bahasa yang dijalankan dapat membantu penglibatan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam P&P.

4. Mengenal pasti sama ada permainan bahasa dapat memberikan kesan dalam membantu murid-murid bermasalah pembelajaran menerima P&P bahasa dengan lebih berkesan.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah terdapat peningkatan penguasaan bahasa dalam kemahiran pola

suku kata KV+KV dan KV+KVK kepada murid-murid bermasalah

Page 19: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 359

pembelajaran melalui perbandingan markah di antara Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan.

2. Adakah terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan murid-murid bermasalah pembelajaran kategori pandai dengan kumpulan bermasalah pembelajaran kategori lemah.

3. Adakah permainan bahasa dapat membantu penglibatan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam P&P.

4. Adakah permainan bahasa dapat memberikan kesan dalam membantu pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran untuk menerima P&P bahasa dengan lebih berkesan.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian eksperimen yang mengkaji kesan teknik permainan bahasa dalam P&P Bahasa Melayu terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah kebangsaan yang ada Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Selangor. Ujian Pra terlebih dahulu dijalankan sebelum proses rawatan susulan dilaksanakan. Ia bertujuan untuk mengetahui dan menilai kemahiran asas bahasa yang ada pada kanak-kanak khas yang terlibat dari segi kemahiran asas pola suku kata KV+KV dan KV+KVK.

Jadual 1: Pola suku kata yang diuji

Pola suku kata KV + KV Pola suku kata KV = KVK i. Kaki ii. Mata iii. Kuku iv. Gigi v. Jari

vi. Bola vii. Roti viii. Buku ix. Topi x. Baju

i. Lidah ii. Lutut iii. Kapal iv. Belon v. Gajah

vi. Kasut vii. Rumah viii. Cawan ix. Pisau x. Ketam

Selepas penilaian dijalankan, rawatan susulan akan dijalankan melalui rancangan pelajaran berdasarkan pendekatan permainan bahasa yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama enam minggu berturut-turut. Pola suku kata yang didedahkan kepada subjek kajian adalah seperti dalam Jadual 1. Selepas tamat proses pengajaran tersebut, Ujian Pos akan dijalankan untuk melihat sejauh mana kemajuan dan perkembangan pembelajaran bahasa terhadap kumpulan kanak-kanak khas yang terlibat. Populasi dan Sampel Kajian Oleh kerana kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana permainan bahasa yang dicadangkan dapat memberikan kesan terhadap pencapaian bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran, maka populasi kajian merupakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah sahaja. Lokasi yang dipilih untuk

Page 20: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran 360

menjalankan eksperimen ini adalah di sebuah sekolah kebangsaan di Selangor yang ada Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengkaji telah memilih sampel kajian yang terdiri daripada enam orang murid-murid bermasalah pembelajaran di Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah kebangsaan tersebut. Sampel yang dipilih masih belum lagi menguasai kemahiran asas pola suku kata KV+KV dan KV+KVK. Dalam kajian, nama sampel bukan nama sebenar. Batasan Kajian Kajian ini merupakan satu kajian yang ditumpukan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran di Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah kebangsaan di Selangor. Sebarang keputusan dan perbincangan dalam kajian ini hanya terbatas kepada empat faktor berikut:

1. Kajian hanya dijalankan di sebuah kelas yang terdapat Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

2. Teknik permainan yang digunakan hanya melibatkan beberapa jenis permaianan bahasa, iaitu permainan pancing ikan, kad rawak, mencari pasangan awal, mencari pasangan akhir, domino suku kata, binggo perkataan, roda impian dan membina ayat mudah.

3. Sampel yang dipilih hanya melibatkan enam orang murid bermasalah pembelajaran dan tidak menitikberatkan latar belakang murid khas berkenaan. Keputusan tidak semestinya sama untuk semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

4. Kemahiran bahasa yang dikaji adalah kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK sahaja.

Instrumen Kajian

Dua bentuk ujian, iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos akan dilaksanakan dan dikendalikan oleh pengkaji dengan dibantu oleh guru khas yang terlibat. Kedua-dua ujian ini mengandungi 10 item untuk mengukur pencapaian bahasa Melayu dalam kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK. Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi mengesan secara terperinci tahap pencapaian bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam setiap kemahiran yang hendak diuji, iaitu pola suku kata KV+KV dan KV+KVK, maka dua bentuk ujian telah dijalankan terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran berkenaan. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi rawatan dilaksanakan. Manakala Ujian Pos pula dijalankan selepas kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini diberikan sesi rawatan selama enam minggu. Kedua-dua ujian yang diberikan mengambil masa selama 20 minit untuk diselesaikan oleh kanak-kanak khas berkenaan. Pengkaji akan menyemak jawapan untuk mendapatkan skor bagi membuat perbandingan pencapaian untuk kedua-dua ujian berkenaan.

Page 21: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 361

Rawatan Pra Bagi menjalankan eksperimen ini, pengkaji telah meminta kerjasama daripada guru khas yang mengajar Bahasa Melayu bagi kelas khas yang telah dipilih. Guru khas berkenaan diminta untuk menggunakan kaedah yang dicadangkan, iaitu permainan bahasa dalam sesi P&P. Segala persediaan untuk proses P&P, iaitu dari segi modul dan peralatannya disediakan oleh pengkaji. Permainan bahasa ini perlu dikendalikan mengikut perancangan yang telah pun ditetapkan. Antara bahan permainan bahasa yang disediakan seperti permainan pancing ikan, kad rawak, mencari pasangan awal, mencari pasangan akhir dan lain-lain lagi seperti yang dicadangkan oleh pengkaji untuk projek eksperimen ini. Rawatan Pengajaran

Pengajaran dijalankan mengikut minggu demi minggu. Jadual 2 berikut adalah senarai permainan yang akan diajar dalam setiap P&P murid-murid bermasalah pembelajaran.

Jadual 2: Rawatan pengajaran mengikut minggu

Minggu 1-2 Minggu 3-4 Minggu 5-6 i. Pancing ikan ii. Kad rawak iii. Binggo

i. Mencari pasangan suku kata akhir ii. Mencari pasangan suku kata awal iii. Domino perkataan dengan gambar

i. Roda impian ii. Membina

ayat mudah Tindakan Susulan Setiap pengajaran yang dijalankan adalah berpandukan kepada modul perlaksanaan pengajaran yang disediakan. Segala masalah yang timbul dicatatkan untuk rujukan. Setelah selesai sesi rawatan selama enam minggu, murid-murid bermasalah pembelajaran ini akan diberikan pula Ujian Pos untuk melihat pencapaian mereka. Maklumat yang diperoleh daripada Ujian Pra dan Ujian Pos ini akan dianalisis untuk mendapatkan keputusan tentang kajian yang dijalankan. Análisis Data Data yang diperoleh melalui Ujian Pra dan Ujian Pos akan dikumpul dan dianalisis untuk melihat korelasinya dari segi:

1. Perkembangan kemajuan pencapaian bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dikaji.

2. Perbandingan pencapaian bahasa antara dua kumpulan kanak-kanak bermasalah pembelajaran, iaitu kumpulan pandai dan kumpulan yang lemah.

3. Penglibatan murid-murid bermasalah pembelajaran dari segi minat dan sikap semasa proses P&P berbentuk permainan bahasa dijalankan.

Page 22: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran 362

DAPATAN KAJIAN

Latar Belakang Subjek Kajian

Seramai enam orang subjek kajian yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang belajar di Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dipilih untuk dijadikan sampel dalam projek kajian eksperimen ini. Maklumat tentang latar belakang subjek kajian dipaparkan dalam Jadual 3.

Bilangan subjek perempuan lebih ramai jika dibandingkan dengan lelaki. Seramai empat orang atau 67 peratus adalah subjek perempuan sementara dua orang atau 33 peratus adalah lelaki. Dapatan kajian mengikut umur subjek pula menunjukkan kebanyakkan subjek kajian yang terlibat dalam projek eksperimen ini terdiri daripada mereka yang berumur 10 tahun hingg 12 tahun yang masih belum menguasai kemahiran pola sukukata KV+KV dan KV+KVK. Kesemua subjek mengalami masalah lembam atau slow learner yang dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dapatan yang diperolehi menunjukkan 17 peratus subjek adalah berumur 10 tahun, 33 peratus pula terdiri daripada subjek yang berumur 11 tahun, manakala 50 peratus pula terdiri daripada subjek yang berumur 12 tahun

Jadual 3: Kekerapan dan peratusan subjek mengikut jantina dan umur

Jantina Responden Kekerapan (f) Peratusan Lelaki

Perempuan 2 4

33% 67%

Jumlah 6 100% Umur Kekerapan (f) Peratusan

10 tahun 1 17% 11 tahun 2 33% 12 tahun 3 50% Jumlah 6 100%

Keputusan Pencapaian Ujian Pra Ujian Pra telah dijalankan terhadap enam orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang belajar di Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah kebangsaan berkenaan. Murid-murid ini dikehendaki menjawab semua item dalam Ujian Pra dalam jangka masa 20 minit. Pencapaian setiap subjek dalam Ujian Pra ditunjukkan dalam Jadual 4. Min pencapaian Ujian Pra tersebut turut dikira dan dinyatakan.

Berdasarkan Jadual 4, pencapaian skor tertinggi ialah 70 peratus, manakala skor terendah ialah 20 peratus. Julat di antara pencapaian tertinggi dengan terendah ialah 50 peratus. Ini menunjukkan bahawa perbezaan tahap kebolehan subjek dalam kemahiran pola sukukata KV+KV dan KV+KVK adalah sangat besar. Seramai tiga daripada enam subjek berjaya memperoleh pencapaian melebihi

Page 23: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 363

min Ujian Pra. Ini bermakna 50 peratus daripada subjek masih lemah dalam kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK.

Jadual 4: Pencapaian Subjek Dalam Ujian Pra dan Min Skor

Bil Nama Murid Pencapaian (%) 1. Fahmi Ikmal 70% 2. Uwais Hijas 30% 3. Aqma Ayuni 50% 4. Amirah 40% 5. Hawa Syasha 20% 6. Khaleeda Fasya 60%

Min Ujian Pra : 45%

Seterusnya analisis item dijalankan untuk mengetahui bidang kelemahan subjek. Jadual 5 menunjukkan penguasaan kemahiran subjek mengikut item. Berdasarkan Jadual 5, subjek kajian dapat menjawab dengan baik untuk item daripada kemahiran pola suku kata KV+KV, iaitu sebanyak 73 peratus, manakala peratusan untuk menjawab soalan dengan betul untuk item kemahiran pola suku kata KV+KVK hanya 17 peratus sahaja. Berpandukan kepada peratusan menjawab soalan dengan betul, maka kemahiran yang masih belum dikuasai oleh subjek adalah kemahiran pola suku kata KV+KVK.

Jadual 5: Penguasaan kemahiran mengikut item dalam Ujian Pra

Item Kemahiran Penguasaan Peratusan Soalan 1 hingga 5 Pola suku kata KV+KV 22/30 73%

Soalan 6 hingga 10 Pola suku kata KV+KVK 5/30 17% Keputusan Pencapaian Ujian Pos

Ujian Pos telah dijalankan selepas enam minggu perlaksanaan rawatan pengajaran dijalankan kepada subjek yang terlibat. Tempoh ujian masih sama dengan Ujian Pra, iaitu selama 20 minit. Item soalan adalah sebanyak 10 soalan kesemuanya. Pencapaian Ujian Pos setiap subjek disenaraikan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Pencapaian subjek dalam Ujian Pos dan min skor

Bil Nama Murid Pencapaian (%) 1. Fahmi Ikmal 100% 2. Uwais Hijas 60% 3. Aqma Ayuni 80% 4. Amirah 80% 5. Hawa Syasha 50% 6. Khaleeda Fasya 90%

Min Ujian Pos : 77% Dalam Ujian Pos yang telah dijalankan, terdapat 4 orang subjek telah mencapai pencapaian yang lebih baik, iaitu melebihi min Ujian Pos. Keputusan ini

Page 24: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran 364

menunjukkan bahawa 67 peratus daripada subjek sudah boleh menguasai kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK. Markah tertinggi subjek ialah 100 peratus, manakala markah terendah pula ialah 50 peratus. Bagi menjelaskan lagi gambaran tentang kelebihan dan kekurangan penguasaan subjek dalam kemahiran KV+KV dan KV+KVK, satu analisis item soalan telah dilaksanakan. Jadual 7 menunjukkan penguasaan kemahiran subjek mengikut item dalam Ujian Pos.

Jadual 7: Penguasaan kemahiran mengikut item dalam Ujian Pos

Item Kemahiran Penguasaan Peratusan (%)

Soalan 1 hingga 5 Pola suku kata KV+KV 27/30 90% Soalan 6 hingga 10 Pola suku kata KV+KVK 19/30 63%

Berdasarkan Jadual 7, dapatan menunjukkan subjek kajian telah dapat menjawab dengan baik untuk item daripada kemahiran pola suku kata KV+KV, iaitu sebanyak 90 peratus, manakala peratusan untuk menjawab soalan dengan betul untuk item kemahiran pola suku kata KV+KVK ialah 63 peratus. Hasil Ujian Pos membuktikan bahawa subjek yang menyertai kajian eksperimen ini telah dapat menguasai kemahiran KV+KV dan KV+KVK dengan baik. Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Dalam menentukan keberkesanan teknik permainan dalam sesuatu proses P&P, analisis perbandingan keputusan antara kedua-dua ujian, iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Jadual 8 menunjukkan perbandingan keputusan berkenaan.

Jadual 8: Perbandingan peratus antara pencapaian subjek dalam Ujian Pra dan Ujian Pos serta min skor

Bil Nama Murid Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) 1. Fahmi Ikmal 70% 100% 2. Uwais Hijas 30% 60% 3. Aqma Ayuni 50% 80% 4. Amirah 40% 80% 5. Hawa Syasha 20% 50% 6. Khaleeda Fasya 60% 90%

Min Ujian 45% 77% Daripada kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian sebelum sesi rawatan pengajaran dijalankan. Pencapaian terbaik sebelum sesi rawatan pengajaran diberikan adalah sebanyak 70 peratus dan pencapaian terendah adalah sebanyak 20 peratus. Manakala selepas diberikan rawatan pengajaran, keputusan pencapaian telah meningkat di mana pencapaian tertinggi ialah 100 peratus, manakala bagi pencapaian terendah pula ialah 50 peratus. Min peratus pencapaian yang

Page 25: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 365

diperoleh daripada Ujian Pra adalah sebanyak 45 peratus dan min peratus pencapaian dari Ujian Pos adalah sebanyak 77 peratus. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 32 peratus selepas menggunakan permainan bahasa.

Jadual 9: Perbandingan antara penguasaan kemahiran suku kata mengikut item dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Item Kemahiran Peratusan (Ujian Pra)

Peratusan (Ujian Pos)

Soalan 1 hingga 5 Pola suku kata KV+KV 73% 90% Soalan 6 hingga 10 Pola suku kata KV+KVK 17% 63%

Bagi menjelaskan lagi gambaran tentang kelebihan dan kekurangan penguasaan subjek dalam kemahiran KV+KV dan KV+KVK untuk kedua-dua ujian yang telah dijalankan, satu analisis item soalan telah dilaksanakan. Jadual 9 menunjukkan penguasaan kemahiran subjek mengikut item dalam Ujian Pra dan juga Ujian Pos. Analisis setiap bidang kemahiran menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang amat memuaskan. Penguasaan dalam item kemahiran pola suku kata KV+KV menunjukkan peningkatan sebanyak 17 peratus, iaitu dari 73 peratus ke 90 peratus. Manakala penguasaan dalam item kemahiran pola suku kata KV+KVK pula menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus, iaitu dari 17 peratus ke 37 peratus. Walaupun peratusan Ujian Pos masih berada di paras rendah, namun ia menunjukkan perbezaan peningkatan peratusan yang baik, iaitu sebanyak 20 peratus. Secara keseluruhan, penguasaan dalam kedua-dua bidang kemahiran yang dikaji telah menunjukkan peningkatan dari tahap yang kurang memuaskan kepada tahap yang lebih baik. PERBINCANGAN

Peningkatan Penguasaan Bahasa dalam Kemahiran Pola Suku Kata KV+KV dan KV+KVK kepada Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

Dapatan kajian menunjukkan kesemua subjek kajian mempamerkan pencapaian yang memberangsangkan selepas diberikan rawatan pengajaran di mana keputusan pencapaian telah meningkat kepada 77 peratus dalam Ujian Pos berbanding 45 peratus dalam Ujian Pra. Ia bertepatan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Levy (1984) dalam Saayah (2008). Oleh yang demikian, dalam sesuatu proses P&P, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. Sekaligus ia juga dapat membantu peningkatan dalam sesuatu pencapaian pembelajaran. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulangkan sehingga ia kekal dan diingati oleh murid. Dalam banyak hal, teknik ini berfungsi untuk meningkatkan pencapaian dan kefahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Ini sesuai dengan pendapat Kamarudin dan Siti Hajar (1995) yang menyatakan bahawa permainan bahasa boleh mengukuhkan kemahiran dan kecekapan berbahasa murid-murid.

Page 26: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran 366

Penglibatan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Menggunakan Permainan Bahasa Hasil daripada perlaksanaan projek eksperimen ini, didapati bahawa pada keseluruhannya, semua subjek kajian yang terlibat telah memberikan sepenuh perhatian yang positif dalam proses P&P berbentuk permainan bahasa. Penglibatan subjek kajian termasuk sikap dan minat mereka mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik mereka. Selain daripada itu, konsep kendiri dan motivasi juga akan mempengaruhi sikap dan minat murid-murid dalam proses P&P. Menurut Meese (2001) murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai konsep kendiri yang agak rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang lain. Ini turut disokong oleh Yahya (2005). Beliau mendapati bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran bukan sahaja mempunyai motivasi diri yang rendah malahan mereka juga mempunyai masalah kemerosotan dalam pencapaian akdemik di sekolah. Berdasarkan kenyataan ini, guru-guru pendidikan khas perlulah berusaha untuk meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan pelbagai cara. Keberkesanan Permainan Bahasa dalam Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran Menerima Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Setelah tempoh rawatan pengajaran tamat, didapati bahawa kesemua subjek berjaya menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan melalui Ujian Pos yang telah dijalankan terhadap mereka. Kadar peningkatan sebayak 32 peratus iaitu daripada 45 peratus semasa Ujian Pra kepada 77 peratus untuk Ujian Pos. Peningkatan yang ditunjukkan amat memberangsangkan dan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa melalui teknik permainan bahasa yang dijalankan telah mendatangkan banyak manfaat dalam proses P&P kanak-kanak bermasalah pembelajaran berkenaan. Permainan bahasa boleh dianggap penting bagi menghasilkan pelbagai faedah dan manfaat dalam pelbagai aspek pembelajaran. Ia juga merupakan antara teknik dan kaedah yang terbaik dalam sesuatu proses P&P. Walau bagaimanapun, pertimbangan yang mendalam perlu diberi perhatian semasa membuat perancangan untuk aktiviti permainan ini. Untuk menentukan teknik permainan ini terlaksana dengan baik, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil. Oleh yang demikian,sekiranya seseorang guru itu dapat memberikan tumpuan terhadap langkah-langkah yang perlu diambil untuk merancang perlaksanaan P&P. Bentuk Permainan Bahasa yang Paling Digemari dan Berkesan kepada Pembelajaran Murid-murid Bermasalah Pembelajaran Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat lapan jenis permainan bahasa yang telah dijalankan kepada sampel kajian yang terdiri daripada murid-murid bermasalah pembelajaran. Berdasarkan kajian, permainan bahasa yang digemari

Page 27: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 367

oleh murid-murid bermasalah pembelajaran mengikut urutan ialah(i) permainan pancing ikan, (ii) kad rawak, (iii) binggo perkataan, (iv) mencari pasangan suku kata akhir, (v) mencari pasangan suku kata awal, (vi) domino perkataan, (vii) roda impian dan (viii) membina perkataan. Antara kelapan-lapan permainan bahasa yang telah dijalankan, didapati bahawa permainan bahasa keempat dan kelima, iaitu mencari pasangan suku kata akhir dan mencari suku kata awal menjadi permainan yang digemari dan berkesan kepada pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Ini kerana murid-murid telah menunjukkan minat yang ketara apabila mereka berjaya mencari suku kata yang betul sama ada padanan untuk suku kata akhir atau padanan suku kata awal yang melibatkan kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK. Ini mungkin disebabkan kerana kanak-kanak khas berkenaan telah mempelajari suku kata KV dan suku kata KVK pada pembelajaran mereka yang lepas. Oleh itu, mereka perlu mengingati dan memahami akan kemahiran ini dan seterusnya memadankan suku kata-suku kata berkenaan agar menjadi satu perkataan yang membentuk pola suku kata KV+KV dan KV+KVK. CADANGAN

Guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran dicadangkan menggunakan teknik permainan bahasa ketika mengajar. Hal ini kerana melalui teknik permainan bahasa, murid-murid bermasalah pembelajaran dapat:

1. Berdisiplin semasa menjalani kaedah permainan dalam pengajaran. 2. Memahami arahan dan penerangan yang diberikan oleh guru. 3. Sentiasa bekerjasama dan mempunyai semangat kesukanan. 4. Mempunyai semangat ingin maju dan sentiasa berusaha dalam

melaksanakan sesuatu tugasan berbentuk permainan. 5. Aktif dan memberikan tumpuan semasa sesi P&P. 6. Bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan peralatan permainan

yang telah dibekalkan. KESIMPULAN

Kejayaan sesuatu pengajaran adalah berkait rapat dengan pelbagai faktor. Salah satunya adalah dengan mengamalkan kaedah bermain sambil belajar kerana murid-murid akan lebih memahami dunia di sekelilingnya melalui aktiviti bermain. Permainan boleh dianggap penting dalam menghasilkan pelbagai faedah dalam pelbagai aspek pembelajaran. Oleh itu guru-guru perlu memainkan peranan merancang dan menyediakan permainan yang sesuai sebelum sesuatu pengajaran itu dirancang. Guru perlulah bijak merancang untuk mengekalkan kualiti permainan ke tahap yang lebih baik dan semaksimum yang mungkin. Kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak adalah sangat penting untuk merealisasikan teknik permainan dalam sesi P&P, terutamanya dalam dunia pendidikan khas kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Page 28: Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan ... file/ ii Kandungan Prosiding PROSIDING Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

/ Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran 368

Hasil daripada dapatan kajian dalam bab ini, jelas membuktikan bahawa melalui proses rawatan P&P yang menggunakan teknik permainan bahasa, dapat memberikan kesan dalam meningkatkan pencapaian bahasa untuk kemahiran pola suku kata KV+KV dan KV+KVK dalam kalangan responden yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang belajar di kelas Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah kebangsaan di Selangor. Daya pengamatan atau penumpuan, daya ingatan serta penglibatan subjek dari segi tingkah laku, minat dan sikap telah memainkan peranan yang penting untuk memastikan kejayaan dalam sesuatu P&P.

RUJUKAN Jabatan Pendidikan Khas. 2004. Sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah

pembelajaran. Sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Jabatan Pendidikan Khas. 2006. Maklumat pendidikan khas 2006. Putrajaya Jamila K.A.Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Pahang:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Joan,P.I dan Judith,E.J. 1982. Playthings as learning tools: A parents guide. New York:

John Wiley & Sons Inc. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1990. Perkaedahan pengajaran

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj.Hussin. 1990. Pedagogi 4. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 1995. Permainan bahasa: Untuk sekolah

menengah dan rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan Ed.ke-3. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Khadijah Rohani Mohd Yunus et al. 2006. Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Unitem

Sdn. Bhd. Lim Poh Lian. 1997. Keberkesanan permainan dalam mengajar penambahan dan

penolakan dalam pengajaran Matematik di kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Meese, R.L. 2001. Teaching learners with mild disabilities. Chicago: Thomson Learning Inc.

Mohd.Sharani Ahmad. 2004. Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 1990. Pedagogi 4: Pemulihan, pengayaan dan isu pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nani Menon. 2008. Permainan, lagu dan puisi kanak-kanak. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Saayah Abu. 2008. Menjadi guru tadika. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir. 2007. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar

dengan berkesan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Siti Hajar Hj Abdul Aziz. 1996. Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article89.pdfYahya Don. 2005. Kepimpinan pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.