Kategori grafik

  • Upload
    aapit09

  • View
    244

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    1/10

    Kategori grafik

    Secara amnya, grafik digital boleh dikategorikan kepada dua kumpulan yang

    utama iaitu bitmap dan vektor.

    Bahagian ini akan membincangkan kedua-dua kategori tersebut dari pelbagaiaspek seperti cara ianya berfungsi, kelebihan serta kelemahan setiap satunya,kegunaan utamanya, proses penghasilan, pertukaran imej bitmap dan vektor dansebagainya.

    Imej vektor

    Juga dikenali sebagai draw-type Images atau pun Object Oriented Imagesmerupakan sesuatu imej yang dilukis menggunakan komputer.

    Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina daripadagarisan lurus, oval, lengkungan dan sebagainya.

    Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkansaiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut.

    Imej jenis vektor dibina berdasarkan garisan pada 2 penjuru yang bertentangan.

    Contohnya : sebuah segiempat boleh diwakili seperti berikut :

    RECT : 0, 0, 200, 200RECT : 0, 0, 200, 200, RED, BLUE

    Gabungan pelbagai bentuk objek yang dihubungkaitkan antara satu sama lainmembentuk suatu imej vektor yang lebih bermakna. Berikut merupakan contohimej vektor hasil dari gabungan garisan pelbagai bentuk :

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    2/10

    Ilustrasi seterusnya menunjukkan satu imej; carta pie yang dibina daripadagabungan bulatan dan garisan.

    Arahan yang membina bulatan dan garisan tersebut akan menyediakanhubungkait perkaitan antara bulatan dan garisan tersebut.

    Ilustrasi seterusnya menunjukkan imej yang sama dikecilkan saiznya sertadiputarkan kedudukannya.

    Imej yang dikecil dan diputarkan ini juga masih mengekalkan hubungkait atauperhubungan yang sama seperti imej asalnya.

    Kategori Grafik : Imej Vektor > Kelebihan

    Keupayaan untuk mengubah saiz dan memutarkan sesebuah grafik atau imej tanpa

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    3/10

    gangguan terhadap kualitinya merupakan kelebihan utama sesebuah imej vektor.

    Kelebihan lain ialah saiz failnya (bagi tujuan storan) yang agak kecil.

    Imej jenis vektor ini juga mudah untuk di ubah atau dipinda-pinda.

    Berikut merupakan beberapa contoh yang menunjukkan bagaimana prosesmengubahsuai imej vektor mudah untuk dilaksanakan :

    Dengan menggunakan alatan yang disediakan, bentuk objek dapat diubahsuai denganmudah & pantas

    Imej Vektor bagi sebuah pesawat ringan Imej Vektor yang telah dipisah-pisahkan.

    Imej jenis vektor juga adalah amat sesuai dan flexible bagi tujuan pemanipulasian(manipulation) imej yang mana ianya boleh diubah suai saiznya di dalam perbagai sudutdan arah tanpa kejatuhan kualiti

    Ianya juga tidak memerlukan ruang ingatan dan saiz storan yang tinggi memandangkandata bagi imej tersebut hanyalah merupakan arahan lakaran pada komputer.

    Kelemahan

    Kurang realistik ataupun kurang memenuhi ciri-ciri objek sebenar di dalamkehidupan yang sebenarnya.

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    4/10

    Semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakinlambat untuk ianya dipaparkan pada skrin.

    Kepakaran di dalam grafik berkomputer juga amat diperlukan bagi menghasilkansebuah imej vektor yang berkualiti tinggi.

    Kegunaan

    Imej jenis vektor amat popular digunakan bagi tujuan menyimpan fail-fail grafikberkomputer dalam bentuk Clip Art yang kemudiannya diguna serta dipasarkansecara komersial dengan meluasnya.

    Imej jenis vektor juga diperlukan terutamanya di dalam bidang teknikal sepertiCAD/CAM (Computer Aided Design/Manufacture), pemodelan saintifik, senibinadan senireka dan sebagainya.

    Imej Vektor juga sering digunakan di dalam dunia senireka grafik dan multimediaterutamanya hasil sokongan perisian-perisian grafik komputer berasaskan vektorseperti Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, AutoCad dan sebagainya.

    Semua bidang ini memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imejseperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain.

    Imej bitmap

    Imej bitmap juga dikenali sebagai imej raster.

    Ianya mewakili sesuatu imej sebagai satu susunan titik-titik yang dikenali sebagaipiksel (pixels).

    Piksel merupakan elemen terkecil yang dipaparkan pada skrin komputer anda.

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    5/10

    Bitmap mewakili sesebuah imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrikmudah yang menerangkan setiap dot/piksel yang wujud dalam membentuksesuatu imej.

    Matrik satu dimensi (1 bit) diperlukan oleh komputer monokrom (hitam & putih).

    Depth (kedalaman) warna yang lebih tinggi diperlukan bagi mewakili elemenyang mempunyai lebih dari 16 juta warna. Ianya akan diwakili sebagai imej 4 bit,8 bit, 16 bit dan sebagainya.

    Kelebihan

    Imej bitmap sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta

    kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan yang sebenar diperlukan.

    Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebutdan ini membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yangtinggi dan mendalam; sehinggakan anda boleh mengubah warna setiap pikselyang ada pada imej tersebut.

    Kelemahan

    Imej jenis bitmap adalah bergantung kepada resolusi (resolution-dependent) danbiasanya ia akan membentuk saiz fail yang agak besar.

    Imej yang terhasil dari proses pengecilan/pembesaran saiz biasanya kabur,bergerigi dan tidak menarik perhatian.

    Imej bitmap juga biasanya memerlukan ingatan komputer yang tinggimemandangkan nilai bagi setiap piksel secara individu perlu disimpan sertadirakamkan.

    Kaedah penghasilan

    Imej bitmap biasanya bukan dihasilkan oleh komputer tetapi sebaliknya diperolehi dari sumber sebenar yang kemudiannya di digitalkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), kamera digital dan sebagainya.

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    6/10

    Perbandingan antara Imej Bitmap semulajadi (kanan) denganImej Vektor lukisan (kiri)

    Terdapat 3 kaedah utama bagi menghasilkan imej jenis bitmap :

    Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan

    komputer (Paint Program). Menggunakan Screen Capture

    Scanner, kamera digital atau video capture.

    kategori Grafik : Imej Bitmap > Resolusi & Warna

    Resolusi bagi sesebuah imej bitmap ditentukan oleh dimensi imej tersebut dalamkeadaan menegak dan melintang (horizontal dan vertikal) imej tersebut dan ianya diukurdi dalam unit piksel. Contohnya, imej bitmap yang mempunyai resolusi 640 x 480 akanmemenuhi keseluruhan skrin paparan (monitor) VGA yang normal.

    Satu prinsip asas yang mudah untuk menentukan kualiti sesebuah imej bitmap ialahsemakin tinggi nilai piksel sesebuah imej bagi satu unit lokasi, semakin baik resolusi dansemakin jelas sesebuah imej tersebut.

    Kedalaman warna (Color Depth) bagi sebuah imej bitmap pula ditentukan oleh jumlahingatan atau informasi yang ada bagi setiap piksel. Sekali lagi, prinsip asas yang

    mudah; jumlah warna yang mampu dipaparkan pada sesebuah imej ditentukan oleh duakuasa kepada jumlah bit yang ada pada imej tersebut bagi setiap piksel. Ini bermaknasebuah imej bitmap yang mempunyai 4 bit bermakna ia mempunyai 24 iaitu bersamaandengan 16 warna. Imej 8 bit pula mempunyai keupayaan bagi memaparkan warnasehingga 28 iaitu sebanyak 256 warna. Bagi imej yang mempunyai warna yang hampirmenyamai warna di dalam kehidupan sebenar dihasilkan oleh imej yang mempunyaiwarna 24 bit iaitu ia mampu memaparkan 224 iaitu kira-kira 16.7 juta warna bagi setiappiksel

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    7/10

    Kategori grafik ; pertukaran imej bitmap -vektor

    Imej Vektor boleh ditukar menjadi bitmap dengan bantuan perisian-perisian grafik(contohnya : Adobe Illustrator & Macromedia Freehand) yang sedia ada atau punmenggunakan kaedah screen capture.

    Autotracing merupakan teknik dimana imej bitmap ditukar menjadi imej jenisvektor. Contoh perisian yang popular dalam menangani proses ini ialahStreamline dari Adobe.

    Kiri : Imej sebenar (bitmap yang diimbas)Kanan : Imej yang telah ditukar kepada vektor dengan menggunakan Adobe

    Streamline

    Selain daripada itu, gabungan penggunaan perisian grafik jenis bitmap seperti

    Adobe Photoshop bersama-sama dengan perisian grafik jenis vektor sepertiAdobe Ilustrator juga boleh digunakan bagi tujuan yang sama.

    Piawaian grafik

    Piawaian ataupun format fail bagi sesebuah imej atau grafik menentukan kualitiimej, saiz fail serta tujuan penggunaan sesebuah imej.

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    8/10

    Kesan piawaian atau format fail grafik terhadap saiz fail bagi imej yang sama

    BMP (Bitmap)

    Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba

    untuk memadatkan (compress) sesebuah imej tersebut.

    TIFF (Tagged Image File Format)

    TIFF atau Tag Image File Format khas digunakan bagi menyimpan fail imej yangdihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabberataupun perisian-perisian grafik.

    PICT

    PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis

    Macintosh.

    Sesuai untuk persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerjavideo digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmapmahupun vektor.

    TGA (Targa)

    TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej denganresolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia sering digunakan dalampenghasilan video digital dari imej statik.

    GIF (Graphics Interchange Format)

    GIF atau Graphics Interchange Format merupakan piawaian yang seringdigunakan bagi pemindahan atau pertukaran imej bitmap secara on-line dan iatidak bergantung kepada perkakasan pembangunan ataupun persembahan.

    WMF (Windows Metafile Format)

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    9/10

    Format ini digunakan bersama-sama dengan sistem pengoperasian MicrosoftWindows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanyadari jenis clipart.

    JPEG (Joint Photographic Experts Group)

    JPEG merupakan piawaian (standard) bagi mekanisma pemadatan fail. JPEGmerupakan singkatan daripada Joint Photographic Experts Group.

    JPEG juga sering digunakan bagi format fail untuk halaman web terutamanyabagi imej-imej yang mempunyai perbagai warna dan corak. Ini adalah kerana iamampu memadatkan fail dengan baik. Contohnya, imej 24 bit yang disimpandalam format JPEG boleh dipadatkan sehingga kira-kira 1/20 daripada saizsebenarnya.

    Penggunaan Teks diutamakan apabila:

    Apabila mempersembahkan sesuatu pernyataan perasaan dan konsep-

    konsep yang abstrak dan tidak dapat digambarkan melalui grafik. Untuk menggambarkan deria rasa atau pengalaman yang tidak dapat

    digambarkan oleh grafik contohnya sentuhan, bau dan rasa. Sesuatu maklumat yang tidak dapat digambarkan dengan grafik kerana

    tidak sesuai dan tidak dibenarkan oleh budaya.

    Penggunaan grafik diutamakan apabila:

    Apabila hendak menunjukkan rupabentuk atau struktur objek tertentu

    Untuk menjelaskan fakta-fakta yang mungkin mengelirukan sekiranyadisampaikan dalam bentuk teks sahaja.

    Untuk objek yang perlu dikenaplasti dengan jelas.

    Untuk persembahan objek yang mempunyai nama yang hampir atauserupa tetapi mempunyai sifat yang berbeza dan perlu diingati.

    Penggunaan teks dan grafik (keduanya diperlukan) secara seimbangapabila:

    Untuk pemahaman yang lebih cepat. Untuk subjek-subjek atau tugasan yang sukar.

    Apabila menyampaikan maklumat kepada pengguna yang terdiri dari

    pelbagai peringkat dan latar belakang. Apabila menggambarkan sesuatu itu dengan bahasa atau teks menjadi

    kurang jelas. Oleh itu perlu diperjelaskan dengan penggunaan grafik.

  • 7/28/2019 Kategori grafik

    10/10

    Panduan Grafik : Panduan Penggunaan Grafik dalam Multimedia

    Berikut merupakan sebahagian dari garis panduan serta perkara yang perludiberi perhatian semasa bekerja dengan grafik di dalam pembangunan sesebuahaplikasi multimedia :

    Pilih format / kategori grafik yang sesuai dengan kehendak kerja.

    Bitmap atau Vektor ?

    Pilih Perisian Grafik yang Betul.

    Vektor : Adobe Illustrator, Freehand dan Autocad.

    Bitmap : Adobe Photoshop dan X-Res

    Pilih kedalaman warna yang minimum serta bertepatan dengan kehendakaplikasi.

    8 bit 256 warna32 bit 16.7 juta warna

    Yang mana lebih sesuai ?

    Tetapkan Sistem Penghantaran (Delivery System) dengan betul.

    Kedalaman warna, Resolusi dan sebagainya ?

    Gunakan Imej Jenis Bitmap bagi Kualiti dan Kemudahan Perpindahan.

    Gunakan Imej Jenis Vektor yang boleh diterima oleh Perisian BahasaGubahan atau Pengaturcaraan.