Institusi kewangan

  • View
    111

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

。。。。。。。

Text of Institusi kewangan

Bab 5: INSTITUSI KEWANGAN

Bab 5: INSTITUSI KEWANGAN5.1 Institusi Kewangan Takrif Institusi Kewangan

Memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negaraKebanyakkan institusi kewangan di bawah kawalan bank pusat dan agensi kerajaan.Menyediakan perkhidmatan kewangan untuk pelanggan-pelanggan.Berperanan sebagai perantara kewangan, iaitu bertindak sebagai orang tengah kewangan antara unit lebihan dan unit kurangan.Unit lebihan- pihak penyimpan yang mempunyai lebihan dana untuk disimpan dalam bank yang berbentuk Akaun Simpanan,Akaun semasa/Akaun Simpanan Tetap dan pelaburan.Unit kurangan-pihak peminjam yang memerlukan perkhidmatan bank dalam bentuk pinjaman untuk tujuan modal perniagaan, pembelian rumah, pembelian saham dan sebagainya.

Institusi KewanganUnit lebihan(pihak penyimpan)Unit kurangan (pihak peminjam)Tunai disimpanTunai dipinjamDeposit dan polisi insuransEkuiti dan hutangMelalui proses perantara kewangan, institusi kewangan menarik pihak penyimpan untuk menyimpan dan melabur di institusi dan dana ini digunakan unutk memberi pinjaman kepada pihak peminjam.Institusi kewangan akan mendapat keuntungan dari perbezaan kadar faedah yang dikenakan atas simpanan dan pinjaman.Institusi PerbankanInstitusi yang mana tanggungan utama mereka pada amnya diterima sebagai wang dan wang hampir.Termasuklah bank pusat, bank perdagangan, bank pelaburan, dan bank Islam.Biasanya kesemua bank perdagangan, bank pelaburan dan bank Islam adalah di bawah penyeliaan bank pusat.

Bank perdagangan Menyediakan perkhidmatan perbankan runcit, kemudahan pembiayaan dagangan , perkhidmatan perbendaharaan, perkhidmatan pembayaran dan perkhidmatan kustodi.Urus niaga bank-bank perdagangan merangkumi penerima deposit Akaun semasa, Akaun Deposit Tetap, Akaun Tabungan dan membayar . Mengumpul cek-cek yang dikeluarkan atau dibawa masuk oleh para pelanggan serta memberi perkhidmatan pemberian pinjaman dan perniagaan.Institusi PerbankanBank pelaburanMenyediakan perkhidmatan yang merangkumi pemberian pinjaman korporat, perkhidmatan penggabungan dan pemerolehan, perkhidmatan penstrukturan, pemasaran, perdagangan dan pembrokeran produk-produk padaran modal, serta pengurusan aset dan perkhidmatan.Bank IslamBank yang beroperasi berlandaskan lunas-lunas syariah. Berdasarkan prinsip-prinsip ini, bank ini menawarkan rangkaian kemudahan yang meliputu penerimaan deposit, kemudahan pembiayaan, dan pemindahan data.Institusi PerbankanInstitusi Bukan PerbankanInstitusi kewangan bukan perbankanTermasuklah kumpulan wang simpanan pekerja KWSP,kumpulan wang simpanan dan pencen lain,syarikat insurans, institusi kewangan pembangunan dan institusi kewangan lain

KWSPBadan berkanun yang ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja khasnya pada hari tua

Setiap pekerja awam yang tidak memilih pencen adalah wajib menjadi ahli KWSP dengan mencarum caruman bulanan berdasarkan jumlah pendapatannya

Ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan wang simpanannya dari akaun KWSP apabila dia mencapai umur pencen.Institusi Bukan PerbankanSyarikat InsuransSatu badan swasta yang memberi perlindungan kepada orang yang diinsuranskan atau risiko kematian dan kemalangan.Syarikat insurans juga memberi perlindungan atas harta daripada kerugian akibat berlakunya malapetaka seperti kebakaran,banjir dan rompakan.Sejumlah wang akan dibayar berdasarkan kontrak polisi insurans kepada pewaris atau orang yang diinsuranskan atas kematian atau kemalangan atas orang yang diinsuranskanPasaran sahamSebuah entiti awam bagi dagangan saham syarikat dan derivatif pada harga yang dipersetujui.Tujuan pasaran saham-untuk memudahkan pertukaran sekuriti antara pembeli dan penjual Pasaran saham penting bagi syarikat-syarikat untuk mendapatkan sumber wang. Hal ini membolehkan syarikat meniagakan sahamnya secara awam, atau mengumpul modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan dengan menjual saham pemilikan syarikat dalam pasaran awam.Pelabur dapat memperoleh kecairan dengan cepat dan mudah dengan menjual sekuriti mereka.Ini adalah ciri-ciri yang menarik pelabur untuk melabur dalam saham berbanding dengan pelaburan kurang cair lain seperti hartanah.Institusi Bukan PerbankanFungsi Institusi KewanganFungsi Institusi KewanganPerantara Kewangan

Institusi kewangan dapat mewujudkan kemudahan denominasi, iaitu pemasanan deposit kecil dengan pinjaman besar dan deposit besar dengan pinjaman kecil.

Sebuah firma yang ingin mendapatkan pinjaman besar, misalnya RM500 juta akan membuat pinjaman daripada institusi kewangan yang mengumpul dana daripada pihak-pihak penyimpan yang kecil.Tanpa institusi kewangan, pihak peminjam akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman besar ini.Institusi kewangan yang berfungsi sebagai perantara kewangan ini telah mengumpul dana dan mewujudkan ekonomi mengikut skala dalam pengurusan.Hal ini kerana kos yang kurang diperlukan untuk pengurusan satu pinjaman yang bernilai RM500 juta daripada 100000 pinjaman yang bernilai RM5000Fungsi Institusi Kewangan

Seorang individu mendeposit RM500 000 dalam institusi kewangan dan institusi kewangan boleh meminjamkan deposit tersebut tersebut kepada beberapa peminkam yang akan setuju dengan syarat pinjamannya.Keadaan ini hanya dapat dilakukan dengan wujudnya institusi kewangan yang memainkan peranan sebagai perantara kewangan.Fungsi Institusi KewanganSebagai perantara kewangan, institusi kewangan mengubah simpanan pihak penyimpan (liabiliti jangka pendek institusi kewangan) kepada pinjaman untuk pihak peminjam(aset jangka panjang institusi kewangan.Dengan adanya institusi kewangan sebagai perantara kewangan, pihak penyimpan boleh menyimpan atau melabur dana mereka manakala firma dapat meminjam dana yang diperlukan.Institusi kewangan membolehkan proses peminjaman dalam system ekonomi negara kita berfungsi dengan lancar.Sebagai orang tengah, institusi kewangan memainkan peranan sebagai agen kepada pihak penyimpan dalam membekalkan maklumat dan perkhidmatan urus niaga.Sebagai contoh, institusi kewangan menjalankan penyelidikan pelaburan dan membuat rekomentasi pelaburan kepada pelanggannya serta melakukan urus niaga jual beli saham untuk mendapat caj komisen.Fungsi Institusi KewanganTanpa institusi kewangan, aliran dana antara isi rumah dan sector firma dijangka sangat rendah.Antara sebabnya adalah sekiranya isi rumah meminjamkan wang kepada firma, isi rumah perlu memantau segala tindakan firma agar tindakan firma akan menghasilkan keuntungan.Kerja-kerja pemantauan ini menelan masa dan kos bagi mendapatkan maklumat.Justeru itu, adalah tidak wajar kerja pemantauan ini dilakukan memandangkan jumlah pinjaman mungkin relatif rendah berbanding dengan kos pemantauan.Fungsi Institusi KewanganPeranan Institusi KewanganMeningkatkan pertumbuhan ekonomiDasar kewangan yang bersesuian dapat dilaksanakan oleh Bank Pusat demi memastikan kestabilan ekonomi negaraApabila melakukan kemelesetan ekonomi, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan mengembang dengan meningkatkan penawaran wang dalam pasaranSebaliknya, jika berlaku keadaan inflasi, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan menguncup dengan menurunkan penawaran wang dalam pasaranInstitusi kewangan mengembleng dan menggerakkan dana yang terkumpul agar dapat memberi pinjaman kepada kerajaan dan sektor firma.Kerajaan boleh mendapat pinjaman dalaman daripada institusi kewangan dengan menjual sekuriti kerajaan, sijil pelaburan dan bon kerajaan. Dana ini digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan negara.

Peranan Institusi KewanganInstitusi kewangan meningkatkan pelaburan dengan melabur secara langsung dalam sektor hartanah, pembangunan harta, pengangkutan dan perusahaanSecara tidak langsung institusi kewangan memberi pinjaman kepada sektor firma yang melabur dalam pelbagai bidang pembangunanInstitusi kewangan memberi pinjaman kepada sektor firmaHal ini secara tidak langsung membantu sektor swasta meningkatkan peluang pekerjaan bagi mengembangkan dan meningkatkan keluaran mereka seterusnya mengurangkan kadar pengangguranPinjaman institusi kewangan kepada sektor kerajaan mengurangkan pinjaman kerajaan dari negara asing.Tindakan ini mengurangkan aliran keluar wang ke luar negara dan menstabil mata wang negara.Peranan Institusi KewanganPeranan Institusi KewanganKos menjalankan perniagaanInstitusi kewangan memainkan peranan mengumpul dana dan dana ini merupakan sumber kewangan atau kos yang boleh dipinjamkan dalam bentuk jangka pendek atau jangka panjang kepada sector swasta dan pihak kerajaan untuk menjalankan perniagaan atau pelaburan

Merupakan sumber kewangan kepada pihak kerajaanSumber hasil kerajaan adalah cukai yang dikutip.Sekiranya perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan,maka kerajaan perlu meminjam daripada institusi kewangan untuk membiayai projek pembangunanKerajaan membuat pinjaman dengan menerbitkat sekuriti kerajaan,bil-bil perbendaharaan dan sijil pelaburanInstitusi kewangan seperti KWSP dan bank pelaburan melabur dalam sekuriti kerajaan dan bil-bil perbendaharaanManakala institusi kewangan islam seperti Bank Islam dan syarikat Takaful pula akan melanggani sijil pelaburanPeranan Institusi KewanganMerupakan sumber kewangan kepada pihak swastaInstitusi kewangan memainkan peranan memberi pinjaman kepada pihak swasta dengan melanggani sekuriti hutang korporat dan sekuriti ekuiti yang diterbitkan oleh pihak firmaInstitusi kewangan seperti bank pelaburan memberi pinjaman bersindiket kepada syarikat korporat yang memerlukan pinjaman yang besar.Bank perdagangan memberi pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk memudahkan perniagaan.