Click here to load reader

Institusi Kewangan Dalam Islam

  • View
    13.831

  • Download
    19

Embed Size (px)

DESCRIPTION

menyenangkan belajar subjec ini selain menambah ilmu ia juga menyadarkan bahwa pentinggnya pengurusan harta dalam Islam

Text of Institusi Kewangan Dalam Islam

SISTEM KEWANGAN ISLAM PPPG2912 PENSYARAH : DR SHOFIAN BIN HJ. AHMAD SESI 2007/2008 INSTITUSI KEWANGAN DALAM ISLAM NAMA: ERIYANTI SORAYA BT ABD HALIM NO MATRIK: A 112935

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN PROGRAM AL-QURAN

2

PengenalanInstitusi kewangan Islam ialah institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen-instrumen kewangan, disamping memudahkan aliran sumber-sumber antara peserta-peserta pasaran. Dalam melaksanakan peranannya sebagai pencipta dan peniaga instumen kewangan, institusi kewangan merupakan peserta yang penting dalam pasaran kewangan dan melaksanakan berbagai fungsi utama dalam sistem kewangan. Fungsi yang terpenting sekali ialah bertindak sebagai pengantara kewangan, pengantara kewangan.1

memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk

pelaburan, iaitu proses penyaluran tabungan dari pada unit lebihan dari pada sesebuah ekonomi dengan obligasi kewangan (janji untuk bayar) daripada unit kekurangan. Dengan kata lain institusi kewangan itu adalah firma perniagaan yang asset utamanya adalah aset-aset kewangan atau tuntutan-tuntutan ( seperti saham, bon dan pinjaman) bukan asset yang nyata ( bankunan, peralatan dan bahan mentah). Ia memberikan pinjaman kepada pengguna atau membeli sekuriti pelaburan dalam pemasaran kewangan. Institusi kewangan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: i. kumpulan pengantara-pengantara kewangan ii. kumpulan institusi bukan kewangan .2

Sebenarnya pengantara kewangan melibatkan pembelian instrumen kewangan oleh institusi kewangan dalam pasaran kewangan dari dana yang diperoleh daripada penyimpan-penyimpan yang mengkehendaki sekuriti tidak langsung yang dikeluarkan oleh pengantar tersebut. Begitu juga institusi kewangan ini memberikan pinjaman kepada firma dan badan korporat yang hendak mengembangkan perusahaannya dengan memegang cagaran kepada perusahaan itu.

1

Pengantara kewangan sebenarnya ialah institusi kewangan seperti bank simpanan, bank perdagangan, kumpulan wang pencen dan lain sebagainya.2

Dapat diklasifikasikan dengan bermacam-macam cara, satu cara pengelasan dan perbezaanya ialah antara institusi pengdeposit seperti bank perdagangan, institusi berkontrak (seperti syarikat insurans) dan institusi pelaburan (syarikat pelaburan atau tabung haji)

3 Cagaran seperti ini biasanya dikenal dengan sekuriti secara langsung atau dikenali juga sebagai sekuriti utama. Cagaran seperti ini agak sulit bagi kebanyakan pelanggan terutamanya yang memiliki dana yang terhad dan banyak pengetahuan tentang selok belok pasaran. Dan melalui pengantara kewangan dana daripada penyimpan-penyimpan tadi dapat dikumpu melalui akuan simpanan dan seterusnya dapat membiayai sejumlah pembiayaan diatas. Pengantara kewangan dapat dikategorikan kepada tiga kategori seperti berikut : I. Institusi deposit seperti bank bank II. Institusi berbentuk kontrak seperti syarikat insurans. Kumpulan wang simpanan pekerja dan pencen dan sebagainya. III. Institusi pelaburan seperti syarikat pelaburan. Unit pelaburan amanah dan sebagainya. Dalam kertas kerja ini institusi perbankan islam dan institusi takaful akan dibahas lebih terperinci disamping akan dibahas pula institusi-institusi kewangan Islam lainnya di Malaysia seperti bank Islam Malaysia Berhad, skim perbankan tanpa faedah ( SPTF) dan Tabung Haji.

4

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM 1. Perbankan IslamPerbankan Islam didefinisikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Ia juga dikatakan sebagai setiap pertumbuhan yang terlibat secara langsung dengan amalan kewangan berdasarkan syariat Islam dan menggunakan kaedah-kaedah Fiqh. An- Nazar memberikan tarifan umum bagi perbankan Islam sebagai pertumbuhan kewangan yang mengumpulkan dana dan menjalankan operasinya dengan mengikuti syariat Islam dengan tujuan membina kesatuan masyarakat Islam bagi merealisasikan keadilan pengagihan serta menggunakan dana-dana itu mengikut ketentuan syariat Islam. Suatu sistem perbankan yang prinsip dan amalannya berasaskan hukum Islam atau hukum syariah. Perbankan yang ditumbuhkan untuk menggerak dana-dana dan menggunakannya selaras dengan syariat Islam bagi tujuan mengembankkan ikatan kesatuan Islam dan memastikan keadilan pengagihan disamping mengunakan dana-dana tersebut selaras denga prinsip-prinsip Islam.

1.1 Sejarah Perbankan IslamKonsep perbankan Islam bermula sejak Akhir tahun 40an lagi dan model perbankan tanpa bunga secara matang dan konprehensif mula muncul sekitar akhir tahun 1960an, sebelumnya dan pada awal abad ke 20, perbankan Islam lebih merupakan subjek perbincangan secara teori sahaja. Dan pada masa itu tiada sebarang usaha dan inisiatif untuk merangka program pelaksanaan perbankan Islam secara praktik dan menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi semasa. Dan juga dapat memberikan faedah kepada dunia Islam.3

3

Dalam John R. presley. Directory of Islamic financial Institutons, halaman 3

5 Sejarah bank Islam moden bermula apabila projek printis bagi meletakkan prinsip-prinsip perbankan Islam dalam bentuk praktis dan ianya telah dibuat pada tahun 1963 di pecan Mitghamr di Mesir. Projek percobaan ini menggabungkan ide bank simpanan German dengan prinsip-prinsip luar Bandar ke dalam kerangka umum nilai Islam. Tujuan utama percubaan ini adalah untuk menarik golongan yang memiliki pendapatan rendah . pada peringkat awal projek ini diberi nama dengan pusat simpanan tempatan dan kemudian ditukar kepada nama bank simpanan tempatan . Memandangkan Mit Ghamr terletak di luar Bandar yang rata-rata penduduknya berpegang kuat kepada Agama, mereka tidak ingin menyimpan wang di bank-bank, kerana wujudnya unsur Riba. Oleh itu penubuhan bank Mit Ghamr bukan sahaja untuk menghapuskan unsur riba malah juga mengajar masyarakat mengenai penggunaan perbankan. Projek Mit Ghamr menjalankan operasi mengikut tiga jenis akaun berikut : i ii iii Akuan Simpanan Akuan Pelaburan Akuan Zakat

Bank Islam yang pertama yang ditumbuhkan di Bandar ialah Nasser Sosial Bank di Kaheran. Ia ditumbuhkan oleh kerajaan Mesir pada tahun 1971. objektif utama bank ini ialah membentuk sosial dan ia mempunyai fungsi sosial dan bank ini telah diberi kebenaran ( pengecualian) dari pada undang-undang perbankan dan kredit 1975 pada peringkat permualaan operasinya. Pada akhir 1972, menteri-menteri luar negara Islam luar negara-negara Islam dijemput ke Jeddah untuk membentuk satu jawatan kuasa khas bagi menyediakan perjanjian bank Islam bersama. Akhirnya dalam tahun 1973 dan 1974 menteri-menteri kewangan negaa-negara Islam mengadakan dua menyuarat di Jedah dan terbentuklah Bank Pembankunan Islam (IDB) yang beribu pejabat di Jeddah pada tahun 1975. tujuan bank ini ditubuhkan untuk memupuk pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial negara-negara ahli dan masyarakat Islam sama ada secara persendirian mahupun secara bersama berdasarkan prinsip-prinsip syariah. Dan berfungsi untuk melibatkan diri dalam penyertaan modal saham dan mengeluarkan pinjaman untuk

6 projek-projek yang produktif disamping itu juga ia sebagai badan yang menyediakan kewangan kepada negara-negara ahli. Bank Islam yang berorientasikan perdagangan telah pun ditumbuhkan sejak pertengahan tahun 1970-an. Dan tujuan penubuhan bank ini bertujuan untuk menawarkan alternatif perbankan secara Islam kepada sistem perbankan konvensional yang sedia ada. Dan terdapat dua jenis institusi berbentuk Islam iaitu : i Bank perdagangan Islam ii Syarikat-syarikat induk dan pelaburan Islam institusi yang pertama iaitu bank perbankan Islam ialah seperti bank Islam Dubai ( Dubai Islamic bank) yang ditumbuhkan pada tahun 1975. dan ia adalah bank Islam persendirian yang ditubuhkan pertama dan ia merupakan syarikat awam terhad yang menawarkan pengkhidmatan bank tradisi selaras dengan undang-undang syariat Islam. Dalam tahun 1977, tiga buah bank Islam ditubuhkan sebagai syarikat awam berhad, iaitu Kuwait Finance House, Bank Faisal di Mesir dan Bank Faisal di Sudan.

1.2 Teori dan Konsep Perbankan IslamTerdapat kesamaan perbankan Islam dan konvensional iaitu dari fungsi dan aktiviti antara keduanya. Namun konsep dan teorinya tidaklah sama, ini dikeranakan terdapat perbezaan landasan disebalik penubuhannya. Tumbuhnya perbankan konvesional semata-semata untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan penubuhan perbankan Islam berdasarkan dua faktor, iaitu faktor agama dan faktor keuntungan dan titik keseimbangan harus ada diantara keduanya demi kelangsungan penubuhannya. Dan perbankan Islam perlulah memenuhi dua kriteria berikut : a. perbankan Islam mestilah dilaksanakan tanpa melanggar mana-mana hukum syariah b. perbankan Islam hendaklah membantu kearah pencapaian objektif-objektif sosial ekonomi masyarakat Islam banyak istilah-istilah yang digunakan bank Islam diseluruh dunia bagi menggambarkan prinsip-prinsip syariah yang diterima pakai bagi sesuatu jenis

7 pengkhidmatan perbankan Islam. Ada yang menggunakan istilah Arab dan ada juga yang cuba menyesuaikannya istilah tersebut dengan keadaan tempatan dan suasana semasa. Walau apapun istilah yang digunakan akan tetapi prinsip syariah yang terdapat dalam amalan perbankan Islam boleh dikelaskan kepada 4 kategori : a. Berdasarkan kongsi sama keuntungan b. Berdasarkan caj, komisen, yuran atau lain-lain bayaran yang ditetapkan jumlahnya. c. Pengkhidmatan yang diberi tanpa dikenakan bayaran. d. Prinsip-prinsip yang ada kaitannya secara tidak langsung dengan sistem perbankan. Para ahli ekonomi Islam berpendapat bahawa prinsip atau kaedah operasi yang diamalkan oleh perbankan Islam itu sebahagiannya digalakan (strongly Islamic) dan sebagiannya lagi kurang digalakan (weakly Islamic). Prinsip atau kaedah operasi yang digalakan Islam ini berarti hanya prinsip mudarobah dan musyarokah sahaja yang tergolong dalam kelas ini, prinsip-prinsip lain hanya dicadangkan apabila kedua prinsip diatas tidak dapat dilaksanakan. Jenis-jenis kontrak yang ter

Search related