GAYA BAHASA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BMK 1

Citation preview

GAYA BAHASA BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1Siti Khairunisah

DIKSIBermaksud pemilihan dan penyusunan katakata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

METAFORAMerupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran

SIMILEMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

HIPERBOLAMerupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi

PERSONIFIKASIDikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripa da selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan

IMEJANPenggunaan unsur alam Sungai, laut, bukit, tasik

PARADOKSPenggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi Menangis dalam kegembiraan *Menangis unsur negatif*Kegembiraan unsur positif

SIMBOLKata-kata yang dipilih memberi erti yang lain di sebaliknya. Disebut juga lambang. Simbol yang universal atau biasa mudah difahami berbanding dengan simbol yang dinamik, peribadi atau sengaja dicipta baharu oleh penyajak.

AMBIGUITIFrasa atau bahasa dalam sajak yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang makna sebenar pernyataan tersebut. Kecenderungan si penyajak untuk memberi lebih daripada satu makna dan pada makna itu wujud kekaburan pula. Bukanlah suatu kelemahan tetapi suatu ketajaman idea untuk dikomunikasikan kepada pembaca dengan berbagai-bagai cara supaya melahirkan variasi pemikiran

KONOTATIF

bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian dalam bahasa ini merupakan pengertian yang tersirat

Keistimewaan penggunaan bahasa konotatif ialah ia dapat menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca a) Langit kurasakan mati ketika redup matamu b) Di atas langit berjelaga. Di bawah bumi merah saljinya hilang

DENOTATIFMakna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh: gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan menyusui

BAHASA SINDIRAN DAN KIASANBahasa sindiran yang biasa digunakan terbahagi kepada tiga: Unsur Ironi - Definisi: Bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna di sebaliknya. Bertujuan untuk menyindir orang yang dilawan berbicara itu. Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud literalnya. - Contoh: "buatlah apa kausuka, kan kita ni boleh hidup sepanjang zaman?"

Unsur Sarkasme - Definisi: Bahasa kiasan yang lebih kasar daripada gaya bahasa yang menggunakan unsur sinisme. Ia digunakan untuk memarahi seseorang dengan kata-kata yang lebih kasar. Selalunya ia terjadi pada saat darah sedang naik atau mendidih. - Contoh: pergi jahanamlah kamu!, biarlah dia mampus aku tak peduli

Unsur Sinisme - Definisi: Gaya bahasa sindiran atau ejekan yang kasar. Bertujuan menyindir dengan kata-kata yang lebih kasar. - Contoh: jijik aku melihat telatahnya, muntah kau melihat mukamu

BAHASA KIASANGaya bahasa kiasan: suatu acuan yang ingin mengatakan sesuatu dengan makna atau maksud berlainan dan apa yang terkandung dalam rangkaian kata-katanya simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, kiasan berpindah (kiasan sandar, kiasan terus, kiasan berangkap, kiasan berbunga, kiasan pemanis, kiasan melompat, dan kiasan melarat.

PERIBAHASA

Peribahasa adalah sejenis ungkapan yang membawa maksud kiasan ataupun maksud yang berbungabunga. Ia sering digunakan oleh nenek moyang kita untuk menyampaikan maksud dengan cara yang lebih terselindung atau untuk menyindir dengan bicara yang lebih sopan. Contoh: Masuk bakul angkat sendiri Kan sabar itu separuh daripada iman !