4
AHAD | 28 APRIL 2013 | 17 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #9 KERAJAAN NIK AZIZ ROMPAK MISKIN UNTUK YANG KAYA ENJOY! Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) adalah bukti kezaliman PAS kepada rakyat Kelantan terutamanya golongan miskin. Sebelum projek PTSK, kawasan subur di Lembah Sireh diusahakan oleh para petani. Selepas PTSK, tanah itu diserahkan kepada tauke besar tanpa memberi faedah kepada para petani apalagi membantu mereka keluar dari kemiskinan. Projek PTSK dibuat tanpa penilaian projek dan kepentingan rakyat tidak terjamin. Mengapa ini berlaku? Adakah disebabkan ada tangan-tangan ghaib yang campur tangan? Keraguan telah timbul bila mesyuarat exco menolak cadangan alternatif penyelesaian Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang mengesyorkan jumlah yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri oleh pemaju bernilai RM318,288,564. Sebaliknya Exco PAS Kelantan telah dalam mesyuarat yang sama mengesyorkan firma audit swasta dilantik dengan kos perkhidmatan sebanyak RM37,100 bagi tujuan menilai semula jumlah sumbangan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri. Laporan firma audit swasta itu diterima oleh kerajaan negeri pada April 2012 dan mengesyorkan pembayaran sebanyak hanya RM213.30 juta dibuat kepada kerajaan negeri. Kurang RM105 juta dari nilaian yang dibuat oleh UPEN. Bukankah exco sepatutnya menjaga kepentingan kerajaan dan bukan menjaga kepentingan syarikat lebih dari kerajaan. Adakah ini berlaku kerana ada unsur- unsur lain diluar kerajaan yang melibatkan individu-individu dan Parti PAS mendapat keuntungan? Ini bukti nyata konsep Negara Kebajikan PAS, rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya. Dan yang kaya itu itu bukan setakat tauke-tauke besar tetapi juga keluarga Nik Aziz, exco-exconya dan broker-broker yang berkeliaran dalam PAS di Kelantan.

Fikrah#9 Edisi 9 - Kerajaan Nik Aziz

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fikrah#9 Edisi9 - Kerajaan Nik Aziz Rompak yang Miskin, Yang Kaya Enjoy - sempena PRU13 Negeri Kelantan

Citation preview

Page 1: Fikrah#9 Edisi 9 - Kerajaan Nik Aziz

AHAD | 28 APRIL 2013 | 17 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #9

KERAJAAN NIK AZIZROMPAK MISKINUNTUK YANGKAYA ENJOY!Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) adalah bukti kezaliman PAS kepada rakyat Kelantan terutamanya golongan miskin.

Sebelum projek PTSK, kawasan subur di Lembah Sireh diusahakan oleh para petani. Selepas PTSK, tanah itu diserahkan kepada tauke besar tanpa memberi faedah kepada para petani apalagi membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Projek PTSK dibuat tanpa penilaian projek dan kepentingan rakyat tidak terjamin. Mengapa ini berlaku? Adakah disebabkan ada tangan-tangan ghaib yang campur tangan?

Keraguan telah timbul bila mesyuarat exco menolak cadangan alternatif penyelesaian

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang mengesyorkan jumlah yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri oleh pemaju bernilai RM318,288,564.

Sebaliknya Exco PAS Kelantan telah dalam mesyuarat yang sama mengesyorkan firma audit swasta dilantik dengan kos perkhidmatan sebanyak RM37,100 bagi tujuan menilai semula jumlah sumbangan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

Laporan firma audit swasta itu diterima oleh kerajaan negeri pada April 2012 dan mengesyorkan pembayaran sebanyak hanya RM213.30 juta dibuat kepada kerajaan negeri. Kurang RM105 juta dari nilaian yang dibuat oleh UPEN.

Bukankah exco sepatutnya menjaga kepentingan kerajaan dan bukan menjaga kepentingan syarikat lebih dari kerajaan. Adakah ini berlaku kerana ada unsur-unsur lain diluar kerajaan yang melibatkan individu-individu dan Parti PAS mendapat keuntungan?

Ini bukti nyata konsep Negara Kebajikan PAS, rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya. Dan yang kaya itu itu bukan setakat tauke-tauke besar tetapi juga keluarga Nik Aziz, exco-exconya dan broker-broker yang berkeliaran dalam PAS di Kelantan.

Page 2: Fikrah#9 Edisi 9 - Kerajaan Nik Aziz

2 | FIKRAH PRU 13

Projek Lembah SirehJanji Tidak Ditepati

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (LTSK) menjanjikan komponen sumbangan bernilai RM389.09 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan tetapi akhirnya ia hilang begitu sahaja.

Sumbangan RM389.09 juta itu termaktub di dalam perjanjian projek usaha sama di antara kerajaan negeri dengan Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd yang diluluskan oleh mesyuarat exco pada 19 Jun 2002.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini komponen sumbangan itu tidak kelihatan walaupun projek PTSK sepatutnya siap sepenuhnya pada 2015. Komponen sumbangan itu adalah seperti di bawah,

Pembinaan masjid bernilai RM20 juta – belum dilaksanakan walaupun tarikh penyerahannya ialah pada November 2005.

Pembinaan stadium wanita tertutup bernilai RM25 juta – belum dilaksanakan walaupun tarikh penyerahannya pada November 2005.

Jambatan baru Kg Cina – Palekbang bernilai RM150 juta – belum dilaksanakan walaupun tarikh penyerahannya ialah pada November 2005.

Jambatan berkembar Sultan Yahya Petra bernilai RM90 juta – tidak dilaksanakan dan pada 2007 Kerajaan Persekutuan telah membina jambatan berkembar itu dan telah siap sebahagiannya pada awal 2013. Pemaju

sepatutnya membayar gantian wang dengan nilai setara kos semasa berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh JKR.

Tabungan skim perumahan kos rendah bernilai RM15 juta – hanya dibayar RM3 juta.

Penyediaan tanah seluas 25 ekar kepada kerajaan negeri bernilai RM87.11 juta – sehingga kini hanya 11.77 ekar diserahkan bernilai hanya RM41 juta.

Sehingga hari ini rakyat hanya mampu melopong, melihat tapak yang dulunya kawasan pertanian subur kini menjadi gah tetapi hakikatnya, menang sorak kampung tergadai!

KOTA BHARU – Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh sehingga mengambil masa lebih 10 tahun membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih berintegriti dan berkredibiliti bernading PAS biarpun lebih 23 tahun menerajui negeri ini. "Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini" demikian reaksi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Sri Mustapa Mohamad berkenaan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, di sini."Banyak janji tapi tidak ditunaikan. Ini satu perkara serius. Kita baca hari ini pula hendak dilanjutkan ke tahun 2020. Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini."Sepatutnya kita (sebagai rakyat Kelantan) sudah dapat merasai segala kemudahan yang dijanjikan menerusi projek-projek tersebut," katanya.

Walaupun gagal dengan projek tersebut namun kerajaan PAS dikatakan bercadang untuk menyambung projek tersebut ke tahun 2020 dan difahamkan, projek pembangunan tersebut bermula pada 2007 tetapi hanya baru terlaksana sebanyak lima peratus.

PAS didakwa hanya bijak menabur janji manis kepada rakyat dengan projek mega namun tidak berkemampuan untuk melaksananya memandangkan kerajaan itu tidak mempunyai pelan strategik dalam soal pembangunan.

"Mengikut maklumat, yang kenyang perut adalah pengarah-pengarah syarikat terbabit. Penipuan atas daratlah (penipuan secara teranga-terangan) kepada rakyat kelantan," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan projek tersebut penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan berikutan masih terlalu banyak yang dijanjikan gagal dilaksanakan.

Pada Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta.

Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

Page 3: Fikrah#9 Edisi 9 - Kerajaan Nik Aziz

3FIKRAH PRU 13 |

Menyingkap Nasib Bekas Petani

Lembah Sireh9 Tahun Belum Selesai

KOTA BHARU - Nasib petani di Lembah Sireh terus terumbang-ambing menanggung beban kesiksaan selepas terpaksa keluar apabila kawasan pertanian yang diusahakan selama ini menjadi milik sebuah syarikat pemaju.

Sebelum ini, sejak tahun 1900 kawasan tersebut menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat menyara kehidupan keluarga hingga turun menurun.

Apa tidaknya, tanah di kawasan tersebut amat subur dengan sumber alam semulajadi, tambahan dengan bentuk geografinya di sepanjang pesisir sungai Kelantan sekali gus memberi banyak kemudahan asas tani yang lebih ekonomik.

Namun kawasan itu kini terkubur dengan nisan pembangunan bertatahkan kaca modenisme yang tidak pernah terbayang khususnya di mata penduduk kampung.

Persoalannya, bagaimana dengan nasib beberapa petani terbabit selepas padang sumber rezkinya sejak sekian lama itu diratah arus zaman dengan sekelip mata?Beberapa petani terbabit masing-masing hanya mampu meluahkan rasa kecewa, hiba dan sengsara.

Seorang petani, Zakaria Daud, 59, memberitahu, kerajaan negeri pernah memaklumkan mengenai pemajakan tanah tersebut kepada sebuah syarikat pemaju dengan membayar pampasan kepada petani terbabit.

"Ekoran daripada itu satu pertemuan antara petani, pemaju dan kerajaan negeri diadakan. Kerajaan negeri pada masa itu diwakili oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Halim (Abdul Halim Abdul Rahman).

"Pada perjumpaan itu kami (pihak petani) mengemukakan permohonan pampasan berjumlah RM30,000 atau sebuah rumah kos rendah memandangkan semua golongan petani di sini tidak mempunyai rumah sendiri," katanya semasa ditemui di sini semalam.

Katanya, petani yang bersetuju dengan pilihannya menandatangani surat perse-tujuan masing-masing tetapi malang ke-putusan akhirnya permohonan tersebut dimaklumkan tidak lulus.

Bagaimanapun tambahnya, petani terbabit dijanjikan pampasan mengikut keluasan tanah yang diusahakan selain lot kedai untuk petani menjalankan aktiviti perniagaan.

Beliau berkata, dengan itu beliau hanya mendapat pampasan berjumlah RM400 sebulan selama tiga tahun.

"Ini maknanya RM4,800 setahun. Kalau tiga tahun RM14,400. Tetapi sampai sekarang, hampir sembilan tahun pampasan itu baru dibayar untuk tempoh dua tahun saja. Baki RM4,800 lagi belum dibayar.

"Begitu juga dengan janji lot kedai, sampai sekarang tidak terbina lagi," katanya.

Rakannya, Yusri Yusof, 43, melahirkan rasa sedih dengan tindakan pihak terbabit yang seolah-olah lebih mementingkan sebelah pihak.

Beliau terlibat dengan aktiviti pertanian di kawasan tersebut sejak dari kecil ketika membantu orang tuanya dengan menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyara hidup keluarga.

"Kalau kira sejak turun-menurun lagi keluarga saya mengusahakan tanah ini. Terasa sedih jugalah sejak sekian lama tanah ini menjadi sumber pendapatan kita orang susah tiba-tiba diambil dengan bayaran pampasan yang tidak setimpal," katanya.

Katanya, jumlah pampasan tersebut tidak dapat menampung kos untuk beliau membuka kembali kawasan baru bagi menjalankan aktiviti pertanian.

Justeru katanya, beliau kini terpaksa membuat pelbagai kerja kampung untuk menyara keluarga dan perbelanjaan sekolah anak.

"Ada juga menanam sikit-sikit, tapi pendapatannya tidak sama dengan kita menanam di sana dulu (Lembah Sireh). Hendak sewa tanah, buka kawasan baru memang kita tidak mampu. Pampasan yang kita boleh itu tidak dapat menampung kos untuk memulakan semula projek ini (pertanian).

"Lagipun tanah di kawasan ini tidak subur seperti di tepi sungai itu. Di sini tanah keras, kena bajak sampai dua tiga kali. Itupun sudah berapa kos diperlukan. Masa tepi sungai sekali bajak pun sudah boleh kita menanam," katanya.

Sementara itu, Arif Omar, 59, mendakwa, tindakan kerajaan PAS Kelantan seolah-olah menafikan hak petani yang mencari sumber kehidupan di bumi sendiri.

Beliau menyifatkan jumlah pampasan yang dibayar kepada petani terbabit tidak berpadanan jika dibandingkan dengan keringat serta pendapatan yang diusahakan oleh masyarakat petani di sini, selama ini.

"Paling menyedihkan ialah bila mana ia diambil ketika masyarakat tani di sini baru sahaja menerima pembaharuan dalam pertanian setelah dibantu oleh Jabatan Perhatian. Ketika ini petani memperolehi hasil yang cukup lumayan.

"Sudahlah pampasan tidak sepadan, bayaran pula tertunggak. Ini merupakan satu penyiksaan terhadap golongan petani. Saya tidak nampak prinsip kerajaan berkebajikan sekiranya ini keadaan sepatutnya dihadapi para petani di kawasan Lembah Sireh ini," katanya.

Zakaria Daud

“Ini maknanya RM4,800 setahun. Kalau tiga tahun RM14,400. Tetapi sampai sekarang, hampir sembilan tahun pampasan itu baru dibayar untuk tempoh dua tahun saja. Baki RM4,800 lagi belum dibayar.

“Begitu juga dengan janji lot kedai, sampai sekarang tidak terbina lagi,”

“Kalau kira sejak turun-menurun lagi keluarga saya mengusahakan tanah ini. Terasa sedih jugalah sejak sekian lama tanah ini menjadi sumber pendapatan kita orang susah tiba-tiba diambil dengan bayaran pampasan yang tidak setimpal,”

“Sudahlah pampasan tidak sepadan, bayaran pula tertunggak. Ini merupakan satu penyiksaan terhadap golongan petani. Saya tidak nampak prinsip kerajaan berkebajikan sekiranya ini keadaan sepatutnya dihadapi para petani di kawasan Lembah Sireh ini,”

Yusri Yusof

Arif Omar

Page 4: Fikrah#9 Edisi 9 - Kerajaan Nik Aziz

4 | FIKRAH PRU 13

Projek pembangunan dan pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) adalah projek usaha sama di antara Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Stadaco Sdn Bhd (LSSB). Kertas cadangan itu dikemukakan oleh syarikat berkenaan pada bulan April 2001 dan diluluskan oleh mesyuarat exco Kerajaan PAS pada 19 Jun 2002.

Perjanjian projek PTSK telah ditandatangani pada bulan Julai 2003 melibatkan persetujuan Kerajaan PAS menyerahkan lebih kurang 1,000 ekar tanah kepada syarikat itu. Sebagai balasan syarikat tersebut sepatutnya memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta kepada kerajaan negeri.

Sehingga November 2011, Kerajaan PAS telah menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar kepada LSSB meliputi 4 zon iaitu Kg. Tikat – Pulau Jerami, Istana Kota Lama – Kg Cina, Sebelah Kg Laut, Tumpat dan Tesco – Kg Pintu Geng. Projek yang melibatkan pembangunan infrastruktur dan pembangunan akan disiapkan dalam tempoh 12 tahun bermula 2003 dan berakhir 2015.

Walaupun hanya tinggal 2 tahun lagi sebelum projek sepatutnya siap, tetapi syarikat didapati masih gagal memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri seperti dalam perjanjian. Selain itu kemajuan projek juga tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

Disebalik kegagalan syarikat itu menunaikan perjanjian, sejumlah 716.8 tanah telah dipindah milik kepada LSSB tanpa sekatan kepada syarikat. Pindah milik dibuat pada tahun 2003 hingga 2009. Sebahagian tanah telah dicagarkan oleh syarikat kepada bank. Sepatutnya Kerajaan PAS wajib memastikan syarikat menunaikan janji dan sumbangan mereka seperti perjanjian dan penyerahan milik hanya dibuat selepas projek diselesaikan.

Selain dari masalah di atas, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) juga mendapati perancangan projek tersebut bergantung sepenuhnya kepada syarikat tanpa kajian terperinci dan penilaian projek sewajarnya oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Keputusan membenarkan pindah milik itu dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu

BACHOK - Kerajaan pusat bercadang akan membina laluan bertingkat (Fly-over) di Pekan Jelawat, dekat sini bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku lebih teruk dalam tempoh dua tahun akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang bersetuju mengenai rangkaian jalan yang lebih selesa bagi keperluan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Kelantan berkata, hanya pembinaan laluan bertingkat sahaja boleh menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku di kawasan itu selain menjimatkan kos pengambilan tanah yang membabitkan banyak bilangan rumah kediaman ber-banding kaedah lain.

"Pembinaan laluan itu sebenarnya men-jadi fokus utama saya dan ianya perlu disegerakan memandangkan ia kini sekitar pekan terutamanya Pasar Jelawat sudah mulai sibuk dengan kenderaan terutama pada penghujung minggu dan musim perayaan," katanya.

Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, keadaan kesesakan lalu lintas akan lebih teruk apabila Hospital Bachok dibina di lokasi satu kilometer dari situ yang urusan mengenainya termasuk tender kepada kontrator kini dalam pengurusan.

"Lebih sesak lagi apabila pertambahan pelajar baharu setiap tahun oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.

PTSK yang dipengerusikan oleh Ahmad Yacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Jawatankuasa ini telah bersetuju membenarkan syarikat mencagar tanah itu kepada bank sebelum ianya di angkat ke mesyuarat exco untuk pertimbangan dan kelulusan.

Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman bank ini mendatangkan risiko besar kepada kerajaan sekiranya pinjaman itu gagal dijelaskan.

Kerajaan PAS juga memberi keistimewaan kepada syarikat melanggar perjanjian dengan tidak menunaikan bon jaminan sehingga laporan audit 2012 dikeluarkan walhal bon itu patut dilunaskan dalam tempoh 3 bulan dari perjanjian bermula.

LEMBAH SIREH :apa istimewanyaLiziz Standco?

LALUANBERTINGKATUNTUK KESELESAAN PENDUDUK