4
SABTU | 20 APRIL 2013 | 9 JAMADIL AKHIR 1434H KOTA BHARU - Kombinasi calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) Kelantan adalah yang terbaik dalam sejarah negeri ini sejak tahun 1990. Barisan calon transformasi yang dipilih mengikut kehendak akar umbi serta menggabungkan pelbagai latar belakang iaitu tokoh agama, profesional dan veteran menjadi ramuan terbaik untuk BN menerajui perubahan di negeri ini. Apatah lagi, kombinasi tersebut dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, seorang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang diperingkat negara dan antarbangsa. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, BN menampilkan 25 muka baharu daripada 59 calon yang akan bertanding berbanding Pas yang hanya meletakkan 16 muka baharu Barisan transformasi BN Kelantan dan terus mengitar semula calon- calon lama. Ternyata Pas ketandusan pemimpin dan kebanyakkan daripada calon tersebut adalah calon payung terjun yang tidak dikenali atau mendapat restu daripada akar umbi. Untuk rekod Kelantan memiliki 14 kerusi Parlimen dan 45 DUN di Kelantan. Dalam pada itu, Mustapa dengan merendah diri menjelaskan kesemua 45 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) layak untuk menjadi Menteri Besar biarpun beliau bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas. Perkara itu tidak berbangkit kerana kita ada 45 tokoh dan kesemuanya layak menjadi Menteri Besar. Mereka terdiri daripada tokoh ulamak, guru, tokoh veteran dan semuanya layak bukan saya seorang yang layak. Kebanyakkan 45 orang tersebut adalah layak, dan yang pertama, biar rakyat yang menentukannya, bukan kita yang menentukannya. Yang kedua biar sultan yang akan perkenankannya. Tokoh lama juga penting dalam mengekalkan keseimbangan kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam memenangi hati rakyat dan mereka juga sudah terbukti mampu melakukan kerja yang terbaik, kata Mustapa pada sidang akhbar selepas pengumuman calon BN Kelantan di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO negeri di sini, baru-baru ini. Mengenai DUN Guchil yang diwakili PPP, Mustapa berkata, ia merupakan pengorbanan besar UMNO Bahagian Kuala Krai memandangkan ia merupakan kerusi tradisi mereka.

Fikrah Edisi #1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fikrah Keluaran Khas PRU13 - Negeri Kelantan

Citation preview

Page 1: Fikrah Edisi #1

SABTU | 20 APRIL 2013 | 9 JAMADIL AKHIR 1434H

KOTA BHARU - Kombinasi calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) Kelantan adalah yang terbaik dalam sejarah negeri ini sejak tahun 1990.

Barisan calon transformasi yang dipilih mengikut kehendak akar umbi serta menggabungkan pelbagai latar belakang iaitu tokoh agama, profesional dan veteran menjadi ramuan terbaik untuk BN menerajui perubahan di negeri ini.

Apatah lagi, kombinasi tersebut dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, seorang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang diperingkat negara dan antarbangsa.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, BN menampilkan 25 muka baharu daripada 59 calon yang akan bertanding berbanding Pas yang hanya meletakkan 16 muka baharu

Barisan transformasiBN Kelantan

dan terus mengitar semula calon-calon lama.

Ternyata Pas ketandusan pemimpin dan kebanyakkan daripada calon tersebut adalah calon payung terjun yang tidak dikenali atau mendapat restu daripada akar umbi.

Untuk rekod Kelantan memiliki 14 kerusi Parlimen dan 45 DUN di Kelantan.

Dalam pada itu, Mustapa dengan merendah diri menjelaskan kesemua 45 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) layak untuk menjadi Menteri Besar biarpun beliau bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas.

Perkara itu tidak berbangkit kerana kita ada 45 tokoh dan kesemuanya layak menjadi Menteri Besar. Mereka terdiri daripada tokoh ulamak, guru, tokoh veteran dan semuanya layak

bukan saya seorang yang layak.

Kebanyakkan 45 orang tersebut adalah layak, dan yang pertama, biar rakyat yang menentukannya, bukan kita yang menentukannya. Yang kedua biar sultan yang akan perkenankannya.

Tokoh lama juga penting dalam mengekalkan keseimbangan kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam memenangi hati rakyat dan mereka juga sudah terbukti mampu melakukan kerja yang terbaik, kata Mustapa pada sidang akhbar selepas pengumuman calon BN Kelantan di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO negeri di sini, baru-baru ini.

Mengenai DUN Guchil yang diwakili PPP, Mustapa berkata, ia merupakan pengorbanan besar UMNO Bahagian Kuala Krai memandangkan ia merupakan kerusi tradisi mereka.

Page 2: Fikrah Edisi #1

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, disaran bersara dari dunia politik bagi memberi peluang kepada generasi baru yang lebih berwibawa untuk menanggung mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum - 13 (PRU - 13).

Saranan itu dibuat bekas setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berdasarkan faktor usia dan kesihatan Nik Abdul Aziz yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

"Keadaan Nik Aziz sekarang tidak memungkinkan beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab secara efisyen sekiranya masih diberi amanah.

KOTA BHARU - Pilihan Raya Umum - 13 (PRU 13) bakal menyaksikan fenomena baru politik pembangkang khususnya Pas apabila golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah dan cendekiawan agama yang sebelum ini mendokong parti tersebut telah berpaling tadah menyokong UMNO.

Antara golongan terbabit adalah Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Malah, Pada PRU - 11 dan PRU - 12, mereka adalah penggerak utama Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat namun disebabkan perjuangan parti itu yang telah berubah terutama dalam soal akidah seperti isu kalimah Allah sehingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk

"Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk Nik Abdul Aziz bersara dan memberi laluan kepada muka baru. Kelantan tidak tandus dengan calon-calon yang lebih berwibawa untuk menggantikan Nik Aziz," katanya ditemui di sini.

Nik Abdul Aziz ketika menghadiri siri ceramahnya di Johor Bharu baru-baru ini, dilaporkan terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Patu Pahat, kerana keletihan berikutan program beliau yang terlalu padat sempena PRU-13.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz yang telah mencecah usia 82 tahun itu sering mengalami masalah kesihatan dan kerap kali dimasukkan ke hospital.

Susulan itu, banyak pihak meminta beliau berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, namun Nik Abdul Aziz tidak mengendahkan permintaan tersebut sebaliknya berkeras akan terus bertanding dalam PRU-13 kerana berpendapat ahli-ahli Pas masih memerlukan khidmatnya.

Mengulas lanjut Wan Ismail berkata, Nik Abdul Aziz yang telah memegang jawatan Menteri Besar selama kira-kira 23 tahun, bukan seorang pemimpin yang berjuang

Nik Aziz disaran

ALIM ULAMA tolak PAS

BERSARA

mufarakah dari Pas.

Ahli Jawatankuasa ICIK, Mohd. Zawawi Awang berkata, kombinasi daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke arah transformasi negara secara komprehensif.

"Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan Pas dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin Pas, selain parti itu sendiri yang dilihat terlalu tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Tetapi UMNO yang sentiasa konsisten terhadap pelbagai isu rakyat dan agama membuktikan parti itu tidak bersikap

hipokrit dalam perjuangannya. Oleh itu tidak hairanlah kalau hampir 90 peratus golongan terbabit sanggup menyertai UMNO," katanya ditemui di sini.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun menolak Pas benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin parti itu kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan Pas hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat Pas.

Mengulas lanjut, Mohd. Zawawi berkata, gabungan golongan yang cukup berpengaruh ini telah sepakat untuk menggembleng tenaga bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU - 13 ini.

"Keseluruhan mereka terbabit ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar Pas yang bernaung di bawah kumpulan Selamat Tinggal PAS (STP).

"saya berharap rakyat mengambil contoh daripada tindakan alim ulama dan golongan agama ini untuk menolak Pas kerana parti itu telah banyak membawa kerosakan kepada agama," katanya.

untuk rakyat tetapi seorang ahli politik yang berjuang bagi mengejar kuasa.

"Kalau dia betul-betul berjuang untuk rakyat, apa yang dia buat sepanjang pemerintahannya selama lebih 20 tahun, sedangkan perkara asas yang menjadi isu utama rakyat negeri ini tidak pernah selesai terutamanya masalah air dan rumah mampu milik," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh isu video lucah membabitkan individu mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, beliau berkata, sekiranya video tersebut adalah satu fitnah, Mustafa wajar menafikan perkara itu dengan bersumpah mengikut kaedah syarak.

"Sekiranya dia (Mustafa) enggan berbuat demikian, Pas mesti bertindak tegas dengan melakukan siasatan rapi ke atasnya, sementara itu dia perlu digantung jawatan. Pas tidak boleh menafikan perkara itu dengan hanya mendakwa ia satu fitnah pihak musuh mahu memburuk-burukkan parti itu.

"Tapi kalau sebaliknya, Mustafa wajib letak jawatan. Kelakuan buruk ini bukan hanya berkaitan dengan moral individu tetapi imej parti itu sendiri," katanya.

2 | FIKRAH PRU 13

Page 3: Fikrah Edisi #1

KOTA BHARU - Majlis perasmian laluan kedua jambatan Sultan Yahya Petra sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya berlaku keretakan pada penyambungannya serta tidak selamat digunakan.

Malah, pembinaan jambatan yang bernilai RM184.8 juta itu membuktikan kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan biarpun negeri itu dikuasai Pas sejak 23 tahun lalu.

Usaha membina projek tersebut adalah semata-mata untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan pengguna jalan raya di negeri ini.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, projek yang menghubungkan

Jambatan Sultan Yahya Petraselamat

laluan Pasir Pekan, Tumpat ke Kota Bharu itu akan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas bagi pengguna laluan terbabit.

Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan walaupun di bawah Pas. Projek ini merupakan petanda bahawa kita amat prihatin dengan pembangunan dan kemajuan di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat.

"Apa yang jelas kita lihat projek jambatan dan jejambat sepanjang 1.6 kilometer ini mempercepatkan perjalanan dan pengguna jalan raya dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan mudah," katanya.

Beliau berkata, projek tersebut merupakan yang terbesar di Kelantan dan rakyat harus sedar keprihatinan Kerajaan Pusat yang ingin

membantu rakyat serta memajukan negeri ini.

Katanya, tuduhan pembangkang kononnya UMNO sebagai pemerintah zalim adalah tidak berasas, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan tanggungjawabnya melalui konsep janji ditepati.

Pada masa sama, Mustapa turut menafikan dakwaan pembangkang bahawa projek terbabit mengalami keretakan kecil.

Tidak..tidak..tidak. Sekarang ini proses penambahbaikan sedang dijalankan untuk melancarkan pembinaan dan pembukaan empat lorong lagi yang dijangka siap Julai ini," katanya.

Pas Amal Kronisme dan Nepotisme Pilih CalonKOTA BHARU - Pas gagal mengemukakan calon berwibawa untuk dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum - 13 (PRU - 13) sehingga menimbulkan rasa tidak puas ahli penyokong parti itu di beberapa kawasan.

Ia membuktikan parti tersebut ketandusan barisan pelapis sehingga menyebabkan calon lama yang ada dikitar semula berkali-kali malah lebih teruk apabila ada di antaranya terpalit dengan isu moral.

Senarai calon tersebut diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertanding sejak tahun 1967 diikuti dengan Drs. Saipul Bahrin Mohamad yang cerita khalwatnya dalam gerabak kereta api dengan isteri orang heboh diperkatakan

turut diberi peluang untuk bertanding lagi.

Apakah ini wajah sebenar Pas yang memperjuangkan Islam sehingga orang yang mempunyai masalah moral dibenarkan menjadi pemimpin.

Mungkin benar seperti yang dikatakan oleh penulis blog mesra pembangkang, Mohd. Sayuti Omar bahawa calon Pas kali ini adalah calon kronisme dan nepotisme

Mana tidaknya anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh turut diberikan kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini dan kebanyakkan calon yang dipilih tidak dikenali oleh akar umbi serta bukan pilihan Pas kawasan.

Pas juga takut mengambil risiko apabila mengekalkan kesemua Exco kerajaan Pas Kelantan untuk terus bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Bagi Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, apa yang berlaku jelas menunjukkan bahwa dasar Pas tidak boleh diminta dam bukan matlamat utama sudah tidak relevan lagi.

"Buktinya, sama ada sedar atau tidak dalam pemilihan kali ini Pas mula menyingkir secara halus golongan yang berpengetahuan tinggi

di dalam agama dan digantikan dengan saudara mara sama ada anak, menantu, adik beradik, ipar duai, biras atau kawan rapat yang merupakan golongan bukan berlatar belakangkan ulama seperti yang diagung-agungkan sebelum ini.

"Unsur kronisme ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi sehingga menjadikan Pas seperti syarikat anak beranak, syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja," katanya.

Difahamkan proses pemilihan calon juga menjadi kecoh apabila orang tidak sepatutnya berpusu-pusu ke Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10 untuk mengambil borang pencalonan malah ada di antaranya diarah supaya ke Kedai Gambar Mido untuk merakamkan gambar poster PRU-13.

Tambahnya, suasana itu menunjukkan Pas Kelantan kali ini benar-benar menghadapi kerumitan dalam proses pemilihan calon.

"Lagi pun Pas memerintah Kelantan sudah lebih 20 tahun, malu sangatlah kalau perkara-perkara begini berlaku. Tampak sangat Pas tidak profesional dan tidak bersistemetik," katanya.

3FIKRAH PRU 13 |

Page 4: Fikrah Edisi #1

Sepanjang tempoh itu rakyat tidak

pernah merasai nikmat perubahan seperti mana berlaku di negeri-negeri lain di mana peluang ekonominya yang cukup luas, peluang pekerjaan mampu menjana

KENAPAPERLU TUKAR KERAJAAN PAS KELANTANAPA KATAMEREKA?

KOTA BHARU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan pakatan pembangkang tiada kesatuan dalam gabungan PKR, Pas dan DAP apabila gagal mengumumkan senarai penuh calon yang bakal mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Mustapa berkata, kegagalan pakatan pembangkang mengemukakan nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Guchil dan Paloh dianggap sebagai sebuah parti yang rapuh.

"Mereka tak mampu untuk bergabung. Ianya satu pakatan yang rapuh dan pakatan palsu. Apa yang berlaku di dua Dun ini jelas membuktikan mereka belum ada kesatuan," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Tok Pa bersama Pendikir di Hotel Grand Riverview di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kegagalan PKR mengumumkan calon di kedua- dua Dun itu walaupun hari penamaan calon semakin hampir.

Difahamkan, 'masalah teknikal' dikatakan menjadi punca nama calon Dun Guchil, Kuala Krai dan Paloh, Gua Musang yang diperuntukkan kepada PKR tidak diumumkan lagi.

Mustapa berkata, BN Kelantan tidak gentar untuk menghadapi calon lawan kerana beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada calon BN yang dinamakan sebagai barisan transformasi.

"Kita telah kemukakan calon yang jauh lebih baik dan mampu mencapai kemenangan. Kami merasakan ada kekuatan kerana kita dibarisi oleh calon yang datangnya dari pelbagai golongan veteran, wanita, pemuda dan tokoh agama," katanya.

Mengulas mengenai pencalonan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai calon Parlimen Pasir Mas, Mustapa berkata, perkara itu bukan baru dalam parti komponen PR yang disifatkan parti anak beranak, malah perkara sama turut berlaku dalam PKR dan DAP.

Mustapa berkata, pencalonan Nik Abduh jelas menunjukkan pemimpin pembangkang boleh cepat naik dalam dunia politik sekiranya mereka mempunyai hubungan keluarga dengan pucuk pimpinan.

"Kita tahu bahawa pembangkang adalah kerajaan anak beranak, kita tahu di Malaysia ada dua undang-undang, untuk pembangkang dia mulut celupar tidak mengapa, keluar kata-kata kesat tidak mengapa tetapi kalau ada orang kami tersasar sedikit mereka akan hentam habis-habisan, kalau berlaku pada mereka tidak mengapa.

"Jelas pada kita bahawa bukan sahaja Pas tetapi DAP dan PKR, parti-parti ini memberi laluan yang mudah kepada anggota keluarga terdekat sebaliknya orang yang takde kaitan keluarga amar sukar untuk menjadi calon, tetapi bagi mereka sama ada DAP, PKR atau Pas kalau waris terdekat lebih mudah," katanya.

PEMBANGKANG tidak sepakat

"Pas Kelantan gagal melaksanakan mandat yang diberi oleh rakyat sepanjang mentadbir negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu. Sekarang ini kita tidak mampu lagi untuk tunggu sehingga 20 tahun lagi.

pendapatan lumayan kepada rakyat Norhisham Sabramulisi, 37, kakitangan swasta

Rakyat perlu tukar kerajaan Pas

kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana UMNO dan BN adalah kerajaan yang sebenar-benarnya memahami aspirasi rakyat."BN lebih memahami keperluan rakyat, banyak bantuan disalurkan kepada rakyat walaupun hanya bertindak selaku pembangkang di negeri ini selama lebih 20 tahun"Ami Amizi Ab. Aziz, 31, penjawat awam

"Pas banyak mengelirukan

rakyat terutamanya dalam isu agama terutamanya dalam pengunaan kalimah Allah yang terang-terangan membabitkan soal akidah Islam."Pemimpin Pas menghina Nabi Muhammad SAW

dengan menyamakan seperti Muhammad di kampung. Ini sikap biadap paling melampau yang tidak dapat dimaafkan" Faizal Daud, 33. ahli perniagaan

4 | FIKRAH PRU 13