Faktor Yang Menghalang Kreativiti Kanak-Kanak

Embed Size (px)

Citation preview

Faktor Yang Menghalang Kreativiti Kanak-KanakDisediakan oleh: Nor Izzah Binti A. Karim Nor Asyikin Binti Md. Najib Syahirah Binti Zainal Abidin Norshafinah Binti Mohd. Yusoff

Faktor yang Menghalang Kreativiti Kanak-kanak Terbahagi kepada tiga: Sumber manusia. Sumber fizikal. Persekitaran.

Sumber Manusia Tekanan daripada norma masyarakat. Kanak-kanak diarahkan supaya mematuhi peraturan yang sedia ada. Ibu bapa dan guru yang memiliki sifat kuku besi, yang mementingkan disiplin serta mendidik kanakkanak supaya patuh pada arahan.

Kecatatan anggota badan.

Kurang keyakinan diri. Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Perasaan ini timbul apabila seseorang cuba merendahkan semangat kanak-kanak tersebut ataupun tidak menghargai sesuatu perkara yang mereka lakukan.

Takut untuk mengambil risiko. Kanak-kanak takut untuk melakukan kesilapan, menerima kritikan yang positif mahupun yang negatif.

Takut ditertawakan oleh orang lain. Kanak-kanak mudah berasa terhina dan rendah diri apabila hasil yang dicipta ditertawakan.

Sumber Fizikal Peralatan yang tidak mencukupi. Contoh: Sesebuah bilik darjah tidak mempunyai peralatan yang mencukupi seperti pensel warna, kertas lukisan, krayon dan sebagainya.

Suasana kelas yang tidak kondusif. Kelas yang tidak mempunyai bahan rangsangan untuk menjana kreativiti kanak-kanak. Contoh: Kurang bahan bantu mengajar, Tiada atau kurang hiasan dinding.

Persekitaran Tempat tinggal kanak-kanak jauh dari kawasan permainan. Bermain dapat menggalakkan kanak-kanak menjana pelbagai idea, mahu berfantasi serta berangan-angan. Tekanan kerana tidak dapat bersosial dengan persekitaran akan menyebabkan perkembangan kreativiti kanak-kanak terbantut.

Sosioekonomi keluarga kanak-kanak. Faktor kewangan. Kecerdasan manusia. (Ibu bapa)

Pandangan Tokoh Menurut Lowenfeld & Brittain (1975), terdapat dua halangan perkembangan kreativiti kanak-kanak: Halangan bersifat psikologi atau emosi. Sikap kanak-kanak yang suka menyoal mendatangkan kebosanan kepada ibu bapa. Respons negatif ibu bapa tidak dapat merungkai kemusykilan atau persoalan yang bermain di fikiran kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak serik untuk bertanya dan mengakibatkan pembinaan daya kreativiti kanak-kanak terhalang.

Halangan persekitaran atau budaya. Sistem persekitaran di sekolah tidak menggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Kebiasaannya, guru lebih banyak menyoal berbanding murid. Lukisan merupakan salah satu media untuk kanakkanak meluahkan pengalaman yang dilalui mereka. Kanak-kanak yang kreatif dapat menghasilkan karyakarya yang baik jika mendapat bimbingan dan sokongan daripada orang-orang di sekeliling mereka. Namun amalan tidak mengambil berat tentang pembelajaran Seni Visual oleh pihak sekolah menjadi penghalang kepada pembinaan daya kreativiti pada diri kanakkanak.

Rujukan http://www.slideshare.net/syazayasmin/faktor -menghalang-kreativiti http://maribelajar.forumotion.com/t1531matlamat-objektif-halangan-kreativiti Creative and Mental Growth oleh Viktor Lowenfeld and W. Lambert Brittain (1975)