36
 JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS. KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PISMP TAHUN: 2013 SEMESTER: 1 PENDIDIKAN SENI VISUAL KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK PSV3103 KUMPULAN AKADEMIK: G2.6 (sem. 2) DISEDIAKAN OLEH NO. KAD PENGENALAN RADIYATUL NUR BAYA BINTI BUDIMAN 921205-12-6966 PENSYARAH: PUAN AZIZAH BINTI SULEIMAN TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA: 1 OGOS 2013

KREATIVITI KANAK-KANAK.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kreativiti Seni Kanak-Kanak Pendidikan Snei Visual Sekolah Rendah

Citation preview

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS. KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PISMP

TAHUN: 2013SEMESTER: 1

PENDIDIKAN SENI VISUAL KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAKPSV3103

KUMPULAN AKADEMIK:G2.6 (sem. 2)

DISEDIAKAN OLEHNO. KAD PENGENALAN

RADIYATUL NUR BAYA BINTI BUDIMAN921205-12-6966

PENSYARAH:

PUAN AZIZAH BINTI SULEIMAN

TARIKH SERAHAN:TARIKH DITERIMA:

1 OGOS 2013

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(kosongkan bahagian ini)SURAT AKUAN PELAJAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHASJalanYaakobLatiff, 56000, Bandar TunRazak, Kuala Lumpur 03-91318160(Pejabat), 03-91319393(Faks)

PERAKUAN TUGASAN KERJA KURSUSPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANPISMP SEMESTER 2

SayaRadiyatul Nur Baya binti Budiman. No.I/C 921205-12-6966.Mengaku sejujurnya bahawa saya telah menjalankan kerja kursus Pendidikan Seni Visual (PSV 3103) ini dengan dedikasi tanpa melakukan plagiat. Jika saya di dapati melakukan mana-mana kesalahan yang berkaitan, pihak Jabatan Seni Visual boleh mengambil tindakan terhadap saya.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan . Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya berikan kepada Puan Azizah binti Suleiman selaku pensyarah kerja kursus Pendidikan Seni saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik. Di kesempatan ini, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan bersama-sama mencari bahan rujukan untuk permudahkan lagi saya menyiapkan tugasan ini. Disamping, menyalurkan idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. Terima kasih sekalung budi. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga jasa dan bantuan anda dibalas dengan ganjaran pahala yang besar kerana sentiasa membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.Sekian, terima kasih.

1.0PENDAHULUAN

Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan Pendidikan Seni Visual bagi semester 2 Degree. Tugasan ini merangkumi beberapa sub tugasan yang perlu saya siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi tugasan yang pertama saya dikehendaki untuk mengumpul hasil karya murid mengikut beberapa aspek. Selain itu, saya juga diminta untuk membuat mencari maklumat karya tersebut berdasarkan beberapa aspek iaitu bidang kegiatan, jenis aktiviti, teknik, alat, bahan, dan isi kandungan.Tambahan lagi, tugasan yang kedua pula saya dikehendaki untuk membuat satu penulisan ilmiah banding beza tiga peringkat perkembangan kanak-kanak menurut Viktor Lowenfeld. Esei yang akan saya hasilkan hendaklah berfokuskan kepada aspek fizikal kanak-kanak melalui karya, emosi yang dapat dilihat, estetik dalam penghasilan dan kreativiti kanak-kanak tersebut. Hasil karya yang diperlukan adalah sebanyak 4 karya untuk setiap peringkatTugasan ini akan memberi pendedahan kepada perbezaan seni kanak-kanak mengikut umur. Selain itu, dapat mengetahui perkembangan fizikal, intelek, dan emosi kanak-kanak melalui karya mereka.

2.0PENGENALAN

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL2.1Konsep Pendidikan Seni VisuaL

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah mementingkan kegiatan dalam proses penghasilan iaitu pemahaman, penghayatan, dan kritikan.Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni pertahankan diri dan sebagainya.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual merangkumi empat bidang : Mengambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional.Proses penghasilan ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

2.2Konsep Kreativiti Kanak-Kanak.

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.Konsep kreativitiPerkataan Greek pula creare bermaksud memenuhiKamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, dalam menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat.Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

3.0PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

3.1Victor Lowenfeld

Nama :Victor Lowenfeld (1903)

Tempat Lahir :Linz, Austria

Kelulusan : College of Applied Arts di Vienna Academy of Fine Arts Ijazah Sarjana Pendidikan Universiti Of Vienna

Sumbangan : Bertugas sebagai guru sekolah menengah. Berkhidmat sebagai Wartime Visual aids consultant tentera laut. Pembantu professor di Industrial Arts dan Pengerusi Art Department. Ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni

3.2Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Mengikut Teori Viktor Lowenfeld.

Victor Lowenfeld telah membuat banyak kajian tentang lukisan kanak-kanak dan telah menentukan beberapa peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Menurut Victor terdapat enam peringkat seperti berikut:

Peringkat Period If Decision/Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

Seni dalam perkembangan kanak-kanak:i) Perkembangan persepsi : Melukis mengikut kefahaman bukan apa yang mereka lihat. Lukisan mereka ditafsir mengikut dunia mereka sendiriii) Perkembangan fizikal : Penggunaan alat dan bahan, koordinasi mata, tangan, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk.iii) Perkembangan emosi : Melukis peristiwa yang dilalui setiap hari, objek yang disukai atau individu yang disayangi. Kemudian diperelokkan dengan penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang akan menambah emosi kepada lukisan mereka.iv) Perkembangan kognitif : Melukis berdasarkan apa yang mereka tahu melalui pengalaman mereka, daya ingatan, imej dan konsep lukisan. Perkembangan kognitif dapat dilihat menerusi contengan tidak terkawal, contengan terkawal dan contengan bermakna.v) Perkembangan umum : Bersifat menyeluruh dengan menggabungkan pengalaman sosial, budaya, personaliti dan persekitaran. Perkembangan ini merupakan proses sehingga mereka berjaya menghasilkan gambar.vi) Perkembangan Kreativiti:Kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran(secara spontan serta pantas), fleksibel(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian(mencari idea baru dan asli. Kepekaan(penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod).vii) Perkembangan estetik:Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objektersebut. Menggabungkan pemerhati dan objek yang diperhatikan untuk tujuan mengenal atau menyedari keindahan.

4.0PENGUMPULAN MAKLUMAT HASIL KARYA MURID.

4.1Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

HASIL KARYAMAKLUMAT KARYA MURID

Tahun:-Umur: 3 tahunBidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : Melukis.Teknik: Contengan tidak terkawal, Garisan, Teknik keringAlat: Pensil.Bahan: Kertas LukisanIsi kandungan: Melukis rumah

Tahun:-Umur:4 tahunBidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : Melukis.Teknik: Contengan bulatan, teknik keringAlat: Pensil, pensil warnaBahan: Kertas LukisanIsi kandungan: Kereta

Tahun:-Umur: 3tahunBidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : MelukisTeknik: Contengan, Teknik keringAlat: PensilBahan: Kertas LukisanIsi kandungan: Kereta

Tahun:-Umur: 4 tahunBidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : MelukisTeknik: Garisan, Contengan Alat: Pensil, Pensil warnaBahan: Kertas LukisanIsi kandungan: Semut dah lubang semut

Pada peringkat scribbling kanak-kanak mula melukis dengan menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Walaupun penghasilan mereka berupa lakaran dan contengan tetapi tahap inilah merupakan asas bagi kebolehan melukis dan merupakan permulaan bagi kanak-kanak melakarkan idea mengikut daya imaginasi mereka. Gambaran yang dibuat tidak menepati bentuk dan rupa keadaan sebenar objek yang hendak disampaikan. Idea yang dilakarkan adalah dalam keadaan berselerak iaitu diantara objek jauh dan dekat adalah sama saiznya. Selain itu, mereka juga lebih gemar menggunakan teknik kering seperti pensil dan pensil warna sesuai pada peringkat umur. Fizikal : Melalui karya diatas, kanak-kanak pada peringkat awal lebih suka menggunakan media kering. Hal ini kerana, memudahkan kawalan motor halus dan pergerakan tangan mereka. Mudah untuk mereka melukis. Walau bagaimanapun, lukisan bentuk juga tidak berapa jelas dan kemas. Lukisan mereka lebih kepada contengan kerana latihan melukis yang kurang memberi kesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan mereka yang lemah. Sebagai contoh, karya lukisan budak berumur 3 tahun di atas menunjukkan pergerakan tangan mereka masih kaku dan keras oleh sebab itu mereka hanya menconteng tanpa ada bentuk dan rupa objek yang ingin dilukis. Namun apabila sudah mencapai umur 4 tahun mereka mula melukis garisan dan bulatan kerana mereka sudah boleh mengawal pergerakan tangan dengan penggunaan alat dan bahan.Emosi:Berdasarkan karya diatas dapat dilihat lukisan kanak-kanak melalui penggunaan warna, saiz, bentuk, dan garisan memberi kesan emosi yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih berminat pada warna yang diconteng di kertas. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur 4 tahun sudah mula menggunakan warna dalam lukisannya. Emosi kanak-kanak boleh dilihat melalui penggunaan warna. Melalui kajian yang diperolehi, maksud warna hitam selalunya menggambarkan tekanan, rasa tiada harapan atau tersekat. Jika dilihat kanak-kanak berumur 3 tahun berkemungkinan masih tidak tahu bagaimana ingin melukis menyebabkan mereka memaksa diri mereka untuk melukis. Selain itu, berbeza dengan murid tahun 4 menggunakan warna biru, warna kuning dan oren menandakan dia rasa tenang dan ceria. EstetikMelalui karya kanak-kanak ini, nilai estetik masih tidak ada kerana kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak mengenali asas-asas seni. Kebanyakkan mereka melukis mengikut kemahuan sendiri. Kanak-kanak 3 tahun menggunakan garisan yang tidak sekata dan tidak teratur tidak menimbulkan nilai estetik dalam karya tersebut. Walau bagaimanapun, nilai estetik timbul apabila kanak-kanak mengintepretasikan karya mereka sendiri kepada pemerhati. Peringkat umur 4 tahun pula mereka sudah mengenal kehidupan persekitaran mereka seperti bentuk-bentuk rumah, kereta, gambaran keluarga dan sebagainya. Oleh itu, nilai estetik kita dapat lihat dalam karya diatas dimana mereka telah memberi gambaran objek yang mereka minat seperti kereta dengan memberi bentuk-bentuk bulatan iaitu melalui gambaran tayar kereta. Menurut Lowenfeld(1975) perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian dengan kretiviti yang dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran mereka.KreativitiKanak-kanak pada peringkat awal sememangnya mempunyai kreativiti sendiri dalam berkarya. Menurut Victor Lowenfeld setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Berdasarkan karya di atas, kita dapat lihat mereka sudah mempunyai imaginasi sendiri. Sebagai contoh, karya kanak-kanak 4 tahun melukis bulatan bagi mereka adalah kereta mungkin disebabkan mereka melihat kereta mempunyai tayar dan lukisan garisan titik-titik mewakili semut iaitu mereka melihat semut sebagai benda yang kecil dan halus yang tidak mempunyai bentuk. Jika dilihat dari persembahan, kanak-kanak ini mempunyai pemikiran yang kreatif kerana hasil lukisan mereka adalah logik dan rasional sekiranya kita mengamati lukisan mereka dengan cara pemikiran diluar pemikiran biasa. Mereka menggunakan pengalaman yang sedia ada untuk menggambarkan di atas lukisan mereka.

4.2Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun )

HASIL KARYAMAKLUMAT KARYA MURID

Tahun: 2Umur: 8 tahunBidang Kegiatan: MenggambarJenis Aktiviti : melukis dan MewarnaTeknik: garisan, keringAlat: Pensil warna dan pensilBahan:LukisanIsi kandungan: Rumah saya

Tahun:2Umur: 8 tahunBidang Kegiatan: mengambarJenis Aktiviti : melukis dan mewarnaTeknik:garisan, keringAlat: pensil dan pensil warnaBahan: lukisanIsi kandungan: Rumah di atas bukit

Tahun:2Umur: 8 tahunBidang Kegiatan: mengambarJenis Aktiviti : melukis dan mewarnaTeknik: garisan, keringAlat: pensil warna dan pensilBahan: lukisanIsi kandungan: Rumah dan sawah padi

Tahun:2Umur: 8 tahunBidang Kegiatan: mengambarJenis Aktiviti : melukis dan mewarnaTeknik: keringAlat: crayon, pensil Bahan: lukisanIsi kandungan: Pahlawan Malaysia.

Pada peringkat Schematic pula lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu berbeza dengan peringkat awal iaitu scribbling secara contengan. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Gambaran yang dibuat juga menepati bentuk dan rupa keadaan sebenar objek yang hendak disampaikan. Idea yang dilakarkan adalah dalam keadaan tersusun iaitu diantara objek jauh dan dekat adalah berbeza daripada saiznya. Selain itu, mereka juga sudah menggunakan pelbagai alat dan bahan bukan sahaja pensil warna tetapi turut menggunakan warna krayon.FizikalPada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kawalan motor halus yang baik serta pergerakan tangan mereka. Cara pegangan pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda mereka telah menetapkan apa yang perlu dilukis. Mereka sudah mampu melukis bentuk sebenar rupa sesuatu objek. Sebagai contoh, kanak-kanak melukis rumah dalam bentuk geometri kerana pemerhatian mereka secara kasar dan mereka menggunakan pembaris untuk membentuk rumah serta menyokong pergerakan tangan mereka. Teori Victor Lowenfeld mengatakan bahawa objek yang dilukis adalah berskala besar. Penyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh kanak-kanak ini hampir memenuhi ruang kertas lukisan. Terdapat seorang murid yang melukis watak kartun kegemaran mereka. Secara fizikal, kanak ini sudah mampu melukis fizikal tepat seorang manusia iaitu mempunyai tangan, kaki, mata, hidung, rambut dan bukan lagi orang lidi. Pergerakan tangan mereka juga cepat kerana mereka terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. EmosiBerdasarkan karya di atas, dapat dilihat emosi kanak-kanak adalah ceria dan tenang kerana mereka melukis objek yang disukai dengan penggunaan warna yang ceria. Mereka melukis peristiwa yang dilalui setiap hari. Sebagai contoh, budak perempuan semua melukis pemadangan rumah mereka memberikan gambaran yang mereka suka akan alam sekitar disekeliling rumah mereka seperti pokok, bukit, bunga dan sebagainya. Terdapat juga seorang budak lelaki melukis gambar kartun kesukaanya iaitu sonic namun diselitkan juga bendera Malaysia turut memberi gambaran bahawa murid ini mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi dan perasaan semangat perjuangan dapat digambarkan dalam lukisan tersebut apabila gambar sonic diselitkan dengan pedang. EstetikMelalui perkembangan estetik, murid dapat memberi gambaran objek sebenar seperti bentuk, saiz, dan ruang. Menurut Victor, pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek tersebut. Hal ini apabila pemerhati dan objek yang menyedari keindahan yang cuba disampaikan melalui karya. Sebagai contoh, karya pemandangan rumah di mana melahirkan perasaan tenang dan cintakan akan keindahan alam. Melalui karya tersebut juga, nilai estetik melalui penekanan pada cara penyusunan objek. Sebagai contoh, lukisan pemandangan rumah iaitu kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara(matahari dan awan) dan tanah( rumah, bukit, dan pokok) untuk menimbulkan kesan menarik dan cantik.. KreativitiMelalui perkembangan kreativiti menurut Victor dapat diukur melalui empat komponen iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan. Berdasarkan karya, kanak-kanak ini sudah mencapai tahap kelancaran dimana mereka melukis karya secara spontan tanpa peniruan. Kreativiti mereka menggambarkan objek yang ingin dihasilkan memberikan idea dan lukisan yang asli melalui imaginasi mereka. Sebagai contoh, karya murid yang kedua memberikan nilai kreativiti apabila budak tersebut memberi gambaran dalaman rumahnya secara jelas. Selain itu, kreativiti juga dilihat pada karya keempat iaitu lukisan objek manusia dimana budak tersebut menjadikan kartun disukainya sebagai pahlawan dan bendera Malaysia dilukis menunjukkan semangat perjuangan dan patriotisme yang tinggi. Budak ini mempunyai kreativiti dalam menggabungkan kartun disukai dan bendera Malaysia sebagai semangat kemerdekaan.

4.3Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun )

HASIL KARYAMAKLUMAT KARYA MURID

Tahun: 6Umur: 12Bidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : Melukis dan mewarna.Teknik: Mewarna, teknik kering atas keringAlat: Pensil warna, pensilBahan: LukisanIsi kandungan: Majid, bekas lilin dan perkataan Sambutan Hari Raya

Tahun: 6Umur:12Bidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : Melukis dan mewarnaTeknik: Kering atas keringAlat: Pensil warna, Krayon dan pensilBahan: LukisanIsi kandungan: Sambutan Hari Kemerdekaan dengan bendera Malaysia dan Sabah serta konsep 1 Malaysia.

Tahun: 6Umur:12Bidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : Melukis dan mewarnaTeknik: Kering atas KeringAlat: Marker Pen dan Pensil warnaBahan: LukisanIsi kandungan: Sambutan Hari Kemerdekaan.

Tahun: 6Umur:12Bidang Kegiatan: MengambarJenis Aktiviti : Melukis dan MewarnaTeknik: Kering atas KeringAlat: Pensil dan Pensil warnaBahan: LukisanIsi kandungan: Sambutan Hari kemerdekaan

Seterusnya ialah peringkat Dawning Realism iaitu kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Selain itu, imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Pada peringkat ini mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Objek atau gambar yang dilukis juga berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Selain itu, Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.FizikalPada peringkat fizikal, dapat dilihat kanak-kanak sudah mula menguasai pergerakan tangan dan otot mereka dalam melukis. Mereka dapat mengawal dalam penggunaan garisan, warna, dan bentuk. Mereka juga tidak memerlukan sokongan yang penuh pada pembaris seperti peringkat schematic. Lukisan mereka menampakkan bahawa mereka melukis secara spontan. Dari segi penggunaan warna pula, kanak-kanak peringkat ini berani menggunakan campuran media seperti karya kedua dapat dilihat kanak tersebut menggunakan warna krayon dan pensil warna dalam mewarnakan karyanya. Kawalan tangan budak tersebut sangat baik dan halus sebagai contoh, apabila melukis kesan tiupan angin pada bendera. Kanak-kanak tersebut mengetahui bagaimana untuk menimbulkan kesan tiupan angin tersebut. Hal ini disebabkan mereka menggunakan pengalaman yang dilalui dan dilihat secara tampak.Tambahan lagi, cara mewarna juga kelihatan kemas dan bijak dalam menggunakan alat dan bahan.EmosiPada peringkat perkembangan emosi pula, dilihat kanak-kanak ini mempunyai emosi yang ceria dan bersemangat. Mereka melukis berdasarkan pengalaman yang dilalui dan situasi sebenar. Sebagai contoh, kanak-kanak melukis bendera Malaysia sempena Sambutan Hari Kemerdekaan menunjukkan semangat patriotisme mereka dan rasa gembira untuk menyambut hari kemerdekaa. Penggunaan warna juga sesuai dan menarik. Mereka banyak menggunakan warna-warna harmoni dan bertenaga seperti merah, kuning, dan biru. Tambahan lagi, cara kanak-kanak tersebut mewarna juga kemas tanpa ada kesan contengan menunjukkan mereka dalam keadaan mood yang stabil. Selain itu, terdapat juga kanak yang melukis sempena Sambutan Hari Raya. Jika dilihat karya tersebut, kanak itu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi dimana garisan dan bentuk Masjid yang dihasilkan sangat teliti. Estetik.Menurut Victor Lowenfeld mengatakan perkembangan estetik kanak-kanak adalah hasil tindak balas yang dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya. Melalui karya diatas, sememangnya nilai estetik dipengaruhi oelh umur. Pada peringkat umur 12 tahun, kanak-kanak sudah mencapai tahap kematangan dan mereka tahu menggunakan alatan dan bahan seni dengan baik. Oleh sebab itu, hasil seni mereka cantik dan mempunyai nilai keindahan yang menarik dalam penggunaan warna sehingga pemerhati tertarik dengan lukisan tersebut. Selain itu, nilai estetik juga timbul hasil daripada pengalaman sedia ada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut baru sahaja menghabiskan perayaan Hari Raya dan akan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Oleh sebab itu, corak pemikiran mereka lebih kepada sambutan-sambutan yang memberikan mereka kesan yang bermakna.KreativitiBerdasarkan empat komponen kreativiti Lowenfeld iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan, kanak-kanak pada peringkat ini sudah mencapai tahap keempat-empat aspek tersebut. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Mereka peka menggunakan ruang dengan bijak dan tersusun. Garisan yang digunakan juga memberi kesan kreatif dalam karya. Sebagai contoh, garisan tebal yang digunakan dalam karya ketiga bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut serta memperlihatkan kekemasan. Selain itu, lukisan mereka juga adalah spontan, kelancaran mereka dalam berfikir dan mengambarkan lukisan yang ingin dilukiskan juga cepat. Oleh sebab itu, olahan karya mereka adalah hasil daripada kemahuan mereka dan asli seperti karya keempat dapat dilihat tahap pemikiran kanak tersebut tinggi kerana budak tersebut boleh menukarkan bentuk belon kepada mata dan terdapat bayi di atas mata tersebut. Jika difikirkan lukisan tersebut tidak logik namun ianya adalah kreativiti budak tersebut yang kanak-kanak lain tidak pernah terfikir untuk membuatkannya.

5.0PENULISAN REFLEKSI.

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan projek kerja kursus Pendidikan Seni Visual yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Puan Azzizah binti Suleiman. Pelbagai cabaran, masalah dan ilmu yang tidak ternilai telah diperolehi oleh saya dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya ditugaskan untuk membuat esei berkaitan banding beza antara tiga peringkat. Selain itu berfokuskan kepada empat aspek iaiatu fizikal, emosi, estetik, dan kreativiti. Pelbagai cara yang telah saya gunakan untuk mencapai objektif kerja kursus Pendidikan Seni Visual ini. Proses pencarian maklumat pada peringkat awal agak mudah kerana maklumat berkaiatan teori Victor mudah didapati di dalam internet. Namun begitu, saya tetap menghadapi masalah kerana maklumat berkaitan seni perkembangan kanak-kanak di dalam internet adalah terhad, penerangan cukup panjang dan tidak memuaskan.

Saya mencari maklumat mengenai kerja kursus ini secara keseluruhan adalah melalui internet. Pencarian maklumat di dalam internet telah memberikan saya lebih banyak maklumat dan pendedahan mengenai teori Victor Lowenfeld berkaitan peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak. Walau bagaimanapun, saya turut mengalami masalah dalam melayari internet. Talian internet pada waktu saya menyiapkan tugasan ini sangat lambat dan turut menyebabkan saya terpaksa mencari sumber rujukan yang lain. Di samping itu, terlalu banyak sumber yang telah saya perolehi menyebabkan saya sukar untuk memastikan maklumat yang betul-betul dikehendaki.

Dengan siapnya tugasan ini memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Mata pelajaran ini telah mendedahkan saya dengan tahap perkembangan lukisan kanak-kanak. Melalui perbandingan yang saya buat, saya dapat mengenalpasti bahawa lukisan kanak-kanak pada tahap scribbling masih dalam bentuk contengan. Namun apabila mencapai tahap umur 7 hingga 9 tahun mereka sudah boleh melukis bentuk dengan baik walaupun mereka masih tidak mengetahui penggunaan asas-asas seni. Pada tahap Dawning Realism lukisan kanak-kanak sudah mencapai tahap kematangan di mana mereka boleh menggunakan alat dan bahan dengan baik. Bentuk dan imej objek juga kelihatan lebih baik daripada peringkat sebelumnya. Jika dilihat kanak-kanak bermula melukis dari peringkat contengan kepada garisan dan seterusnya mereka boleh membentuk dan menghasilkan jalinan pada karya mereka dengan baik.

Selain itu, melalui tugasan ini juga saya didedahkan dengan nilai-nilai dalam pengamatan karya seni kanak-kanak. Saya telah mempelajari untuk melihat tahap perkembangan kanak-kanak melalui aspek fizikal, emosi, nilai estetik dan kreativiti kanak-kanak. Karya yang telah saya kumpul sememangnya banyak maksud-maksud yang tersirat dan tersurat. Saya baru ketahui bahawa walaupun pada peringkat scribbling kanak-kanak masih tidka boleh melukis namun melalui hasil interaksi saya dengan kanak tersebut menunjukkan bahawa mereka mempunyai kreativiti sendiri untuk melukis. Saya amat percaya dengan kata-kata Victor Lowenfeld yang mengatakan Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Oleh itu, seburuk manapun lukisan mereka itu adalah kreativiti mereka yang ingin mereka sampaikan kepada pemerhati.

Melalui hasil pembuatan tugasan ini banyak laras-laras bahasa seni yang baru saya pelajari. Selain itu, penghasilan tugasan ini memberi pendedahan kepada saya untuk membezakan karya seni kanak-kanak mengikut Teori Perkembangan Lukisan Kanak-kanak. Disamping itu, memupuk nilai kesabaran dan kesungguhan saya. Tugasan ini juga telah memberi banyak ilmu yang berguna. Penghasilan esei dengan menggunakan gambar untuk mengkaji tahap perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak amat menarik bagi saya.

Sehubungan dengan itu, tugasan ini telah mendidik saya untuk menguji dan menyelidik sesuatu karya dengan lebih mendalam. Disamping itu, mengajar saya cara untuk melihat sesuatu karya itu dengan tepat berdasarkan aspekseni perkembangan kanak-kanak.

6.0RUJUKAN

BUKU.Kathleen Chee.(2010). Focus Goal Pendidikan Seni Visual. Bangi Selangor:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kathleen Chee. (2004). Pendidikan Seni Visual SPM. Bangi Selangor:Penerbit Pelangi Sdn. Bhd.

Kathleen Chee. (2004). Fokus e-Masteri SPM Pendidikan Seni Visual. Selangor:Penerbit Pelangi Sdn. Bhd 373-398.

Victor Lowenfeld W. Lambert Brittain (1987). Creative and Mental Growth Eight Edision". Macmillan Publishing Company.

THESISMohd Rezman Bin Sidi Hamat(2012). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Open Universiti Malaysia(OUM).

Prof. Dr. Abdul Shukor Hashim(1999). Kajian Klinikal Lukisan Kanak-Kanak Mengikut Tahap Perkembangan. ITM. Shah Alam.

INTERNETEifah (2012). Teori Kreativiti Victor Lowenfeld. Dilayari pada 20 September 2013 daripada http://iefahart.blogspot.com/2012/01/teori-kreativiti-victor-lowenfeld.html

(t.p). 2011. Peringkat Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak mengikut Teori Victor Lowenfeld. Dilayar pada 28 September 2013 daripada http://orangeavenge.blogspot.com/2011/01/peringkat-perkembangan- pengutaraan.html

7.0LAMPIRAN

SENI KARYA KANAK_KANAK

PERINGKAT SCRIBBLING.