6
KUMPULAN 6 - RESPON MENDENGAR DAN RESPON EMPATI Respon mendengar dan respon empati merupakan dua respon terpenting yang mesti wujud dalam diri seorang guru yang bitara dan efektif. Tanpa adanya kedua-dua respon ini, hubungan yang erat antara guru dan murid tidak akan terbentuk sama sekali. Sebelum itu, kita perlu mengetahui apakah itu respon mendengar. Respon mendengar terbahagi kepada respon idea, respon perasaan, dan respon yang menggalakkan perbincangan lanjutan. Respon idea merujuk kepada pemberian idea selepas mendengar kepada sesuatu perbualan. Respon perasaan pula merupakan respon yang terikut- ikut oleh emosi dan perasaan (selalunya digunakan untuk menenangkan seseorang) selepas mendengar kepada sesuatu masalah, isu, atau perkara. Respon yang menggalakkan perbincangan lanjutan pula akan membuatkan seseorang itu menerangkan sesuatu secara lebih lanjut lagi. Respon ini selalunya berbentuk soalan untuk mendapat tahu tentang sesuatu. Contohnya, apabila seorang murid mengatakan bahawa sekolah itu teruk, ini bermakna dia mempunyai perasaan benci terhadap sekolah. Dalam kes ini, guru tidak boleh memberikan respon sebarangan sesuka hati. Guru perlu lebih berhati-hati semasa memberi respon. Guru perlu cuba menukarkan pandangan negatif tersebut menjadi positif secara perlahan-lahan menggunakan respon perasaan memandangkan murid tadi terikut-ikut oleh perasaan. Guru perlu menerangkan bahawa tanggapan sebegitu adalah salah dan sikap menghargai sekolah adalah penting. Guru sepatutnya perlu membuatkan pelajar tersebut menyedari tujuan dia datang ke sekolah dan tanggungjawabnya terhadap sekolah.

ESEI

  • Upload
    hegan22

  • View
    229

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

esei edu

Citation preview

KUMPULAN 6 - RESPON MENDENGAR DAN RESPON EMPATI

Respon mendengar dan respon empati merupakan dua respon terpenting yang mesti wujud dalam diri seorang guru yang bitara dan efektif. Tanpa adanya kedua-dua respon ini, hubungan yang erat antara guru dan murid tidak akan terbentuk sama sekali. Sebelum itu, kita perlu mengetahui apakah itu respon mendengar. Respon mendengar terbahagi kepada respon idea, respon perasaan, dan respon yang menggalakkan perbincangan lanjutan. Respon idea merujuk kepada pemberian idea selepas mendengar kepada sesuatu perbualan. Respon perasaan pula merupakan respon yang terikut-ikut oleh emosi dan perasaan (selalunya digunakan untuk menenangkan seseorang) selepas mendengar kepada sesuatu masalah, isu, atau perkara. Respon yang menggalakkan perbincangan lanjutan pula akan membuatkan seseorang itu menerangkan sesuatu secara lebih lanjut lagi. Respon ini selalunya berbentuk soalan untuk mendapat tahu tentang sesuatu. Contohnya, apabila seorang murid mengatakan bahawa sekolah itu teruk, ini bermakna dia mempunyai perasaan benci terhadap sekolah. Dalam kes ini, guru tidak boleh memberikan respon sebarangan sesuka hati. Guru perlu lebih berhati-hati semasa memberi respon. Guru perlu cuba menukarkan pandangan negatif tersebut menjadi positif secara perlahan-lahan menggunakan respon perasaan memandangkan murid tadi terikut-ikut oleh perasaan. Guru perlu menerangkan bahawa tanggapan sebegitu adalah salah dan sikap menghargai sekolah adalah penting. Guru sepatutnya perlu membuatkan pelajar tersebut menyedari tujuan dia datang ke sekolah dan tanggungjawabnya terhadap sekolah. Selain itu, andaikanlah seorang pelajar tidak boleh memahami apa yang diajar tentang sesuatu topik dan menanyakan kenapa perlu belajar topik tersebut. Dalam kes ini, guru perlu menanyakan kembali apa yang dia tidak faham. Inilah dikenali sebagai respon yang menggalakkan perbincangan lanjutan di mana guru ingin mendapat tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut secara lebih mendalam. Guru sepatutnya tidak boleh melepaskan hal tersebut begitu sahaja tanpa sebarang inkuiri. Sekiranya guru mendapat tahu apa yang pelajar tidak faham, guru boleh memberi fokus berlebihan kepada bahagian tersebut terlebih dahulu sebelum memasuki bahagian lain yang lebih sukar.Respon seorang guru tidak hanya sekadar tertumpu kepada murid-murid sahaja. Respon mendengar turut berlaku antara guru dan guru. Sekiranya seorang guru tidak tahan dengan sikap murid di dalam sesebuah kelas lalu mengatakan bahawa kelas tersebut memang teruk, di sini seorang guru lain perlu memberikan respon idea. Guru lain boleh memberikan cadangan kepada guru tersebut untuk bersifat lebih tegas di dalam kelas tersebut. Seterusnya, guru tersebut boleh memberikan penerangan lanjutan dengan mengatakan bahawa kita boleh berlembut dengan pelajar tetapi ada tahapnya. Dalam keadaan tertentu, kita perlu tegas dalam menjalankan tanggungjawab. Ketegasan amat penting dalam pengajaran supaya pelajar-pelajar tidak mengganggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Setakat ini, tujuh jenis respon mendengar didapati berkesan dalam interaksi antara guru dan murid. Antaranya ialah reflektif, interpretif, supportive (menyokong), evaluative (menilai), teaching (mengajar), advising (menasihat) dan probing (menyiasat). Cara untuk mengenalpasti jenis respon mendengar yang bersesuaian dengan sesuatu situasi adalah agak mudah. Misalnya, apabila seorang pelajar mengeluarkan perasaan atau kefahaman mereka tentang sesuatu masalah dan menanyakan pendapat atau pertolongan guru untuk menyelesaikan masalah tersebut, respon mendengar seorang guru mestilah reflektif. Guru perlu mempertimbangkan kebaikan, keburukan, dan ancaman dan peluang yang akan diperoleh melalui satu tindakan untuk menyelesaikan masalah. Respon mendengar interpretif juga boleh diberikan di mana guru memikirkan secara lebih mendalam dahulu tentang tindakan yang boleh diambil. Selain itu, apabila dua orang pelajar bergaduh, menuduh antara satu sama lain dan mempertahankan diri mereka dengan mengatakan bahawa mereka tidak bersalah sama sekali, maka respon mendengar guru mestilah probing dan evaluative. Maknanya, guru perlu menyiasat latar belakang murid-murid tersebut secara lebih lanjut dan menilai murid-murid tersebut dengan betul tanpa berat sebelah. Selain itu, andaikan sekumpulan pelajar dikehendaki untuk melaksanakan satu projek tetapi mereka tidak mendapat satu gambaran yang jelas untuk bagaimana memulakannya dan menanyakan bantuan. Di sini, respon mendengar guru mestilah advising. Guru perlu menasihatkan mereka untuk berusaha mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada buku-buku di perpustakaan atau internet. Guru turut boleh mengemukakan beberapa idea. Akhirnya, apabila sesetengah pelajar tidak memahami topik yang diajar dan terus menanyakan soalan untuk melenyapkan kekeliruan mereka, di sinilah respon mendengar paling terpenting boleh diberikan. Ianya bukan selain daripada teaching. Mengajar bukannya susah untuk seseorang guru bahkan profesion mereka sendiri bergantung kepada mengajar. Melalui respon mendengar mengajar ini, sudah tentu segala persoalan murid-murid akan dijawab.Seterusnya, kita juga perlu mengetahui apakah itu respon empati. Empati adalah kemampuan seseorang untuk merasakan apa yang dirasakan oleh orang lain. Menurut Baron & Byrne, empati merupakan respon yang terdiri daripada perasaan dan pemikiran kompleks seseorang terhadap penderitaan emosi orang lain. Tahap empati dipengaruhi dan dibezakan oleh peningkatan umur dan jantina. Semakin berganjak umur individu, semakin tinggi tahap empatinya. Kematangan seseorang mempengaruhi kecerdasan emosi dan empatinya. Dari segi jantina, seorang wanita lebih tinggi berempati berbanding dengan kaum lelaki. Respon empati ini amat penting dalam diri seorang guru yang bergelar pendidik. Misalnya, andaikan seorang pelajar yang sederhana dalam kemahiran menulis tidak berpuas hati dengan keputusan gred yang diberi. Dia menghampiri guru dengan tugasan selepas kelas tamat dan mengatakan bahawa dia telah membuat tugasan tersebut dengan baik. Dalam kes ini, guru perlu memberikan kata-kata semangat kepadanya bahawa hasil penulisannya adalah baik. Guru juga perlu memujinya sebab dia melakukannya dengan usaha sendiri. Selepas itu, guru perlu menerangkan sebab dia mendapat markah yang sederhana. Guru boleh menasihatinya untuk melakukan ulangkaji dan memperbaiki lagi penulisannya menjadi lebih sempurna. Cara guru bertindak dalam kes ini menunjukkan respon empati secara tidak langsung. Hal ini kerana guru memahami bahawa pasti pelajar tersebut akan tersinggung sekiranya guru menggunakan kata-kata yang negatif. Guru meletakkan dirinya pada situasi murid tersebut dan mengambil keputusan yang baik.Respon empati ini tidak hanya sekadar untuk pelajar lemah sahaja. Andaikan seorang pelajar yang pandai menawarkan beberapa nasihat kepada guru. Dia memberi pendapat bahawa kelas akan menjadi lebih menarik jika tidak melakukan lembaran kerja. Dalam hal ini, guru boleh memberi kebebasan untuk murid-murid memilih kerja sendiri sekali sekala. Guru boleh menerima cadangan tersebut tetapi mengikut keadaan dan aktiviti yang bersesuaian. Sekiranya aktiviti yang dicadangkan oleh pelajar tidak bersesuaian, guru boleh mengubah sedikit aktiviti yang dicadangkan itu supaya lebih menuju kepada akademik. Barulah respon empati berlaku di mana guru tidak hanya fokus kepada keperluan dirinya iaitu menghabiskan silabus. Guru berfikir daripada kedudukan murid dan menyedari bahawa murid-murid memang memerlukan keseronokan dan kebebasan sekali sekala. Lebih-lebih lagi, respon empati boleh juga diberikan untuk pelajar yang bermasalah. Contohnya, andaikan semua murid membuat tugasan yang diberikan oleh guru tetapi hanya seorang pelajar mengasingkan diri dengan menyandarkan dirinya pada kerusi dengan emosi tertekan. Apabila guru memerhatikan keadaan ini, guru perlu mengambil inisiatif untuk menanyakan apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut sehingga dia berkelakuan sedemikian. Guru perlu memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menenangkan diri. Sekiranya dia menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan tersebut, guru perlu meringankan tugasan tersebut ataupun memberikan penerangan yang sempurna terhadap tugasan bagi memudahkan pelajar tersebut menyelesaikannya. Inilah respon empati yang boleh ditunjukkan oleh seorang guru yang memahami masalah murid-murid dan mengambil berat tentang kebajikan murid-murid. Secara keseluruhannya, kedua-dua respon mendengar dan respon empati sudah pasti memainkan peranan yang amat penting dalam profesion perguruan. Guru perlu memperkayakan dirinya dengan respon mendengar dan respon empati yang baik supaya dia mendapat peluang untuk menyempurnakan dirinya dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik. Maka, guru boleh membimbing seseorang pelajar ke arah yang cemerlang. (1165 patah perkataan)