11
PENGENALAN SEJARAH Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber daripada perkataan Arab yaitu Syajaratun yang berarti Pohon. Dari sisi lain, istilah history merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories yang memberikan arti atau bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd. Yusof Ibrahim, 1986.) Menurut “Bapak Sejarah” Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban(R. Suntralingam, 1985) Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga berpendapat bahwa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berterjadi. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lalu manusia dan seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah. Sejarah dalam artian lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih yang

esei sejarah.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: esei sejarah.docx

PENGENALAN SEJARAH

Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber daripada perkataan

Arab yaitu Syajaratun yang berarti Pohon. Dari sisi lain, istilah history merupakan

terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories yang memberikan arti atau

bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd. Yusof Ibrahim, 1986.) 

Menurut “Bapak Sejarah” Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk

menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan

peradaban(R. Suntralingam, 1985)

Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu

sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi.

Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa

lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit.

Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang

hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga berpendapat

bahwa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berterjadi. Sementara

itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lalu manusia

dan seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa

tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman

tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah.

Sejarah dalam artian lain digunakan untuk mengetahui masa lampau

berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih yang berguna bagi manusia dalam

memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang dan yang akan datang menjadi

lebih cerah. Dengan demikian akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua

kelompok masyarakat karena telah mempelajari Sejarah, hal ini dapat membentuk sikap

tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku

pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah bisa

dilihat dari tiga dimensi yaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu

sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara

teliti untuk menentukan apakah ia benar atau tidak. (R. G. Collingwood,1966).

Page 2: esei sejarah.docx

Saya sangat setuju bahawa pengajaran mikro lebih mudah dilaksanakan

berbanding dengan pengajaran Makro.

Pengajaran mikro merupakan satu kaedah untuk memantapkan pengajaran dan

boleh di latih. Kaedah pengajaran ini telah diasaskan di University Stanford. Kemudian

kaedah pengajaran ini telah dimantapkan dan dijadikan satu teknik latihan dalam

pengajaran oleh Allen dan Ryan pada tahun 1969. Kaedah pengajaran mikro ialah satu

bentuk latihan pengajaran secara praktikal yang dipermudahkan pengurusannya seperti

skop pengajaran dan organisasi yang lebih kecil.

Dari sudut bahasa, istilah ‘mikro’ membawa maksud sesuatu yang lebih

kecil seperti microscope dan microwave. Jadi dapat difahami kaedah pengajaran ini

merujuk kepada cara mengajar yang lebih difokuskan kepada perkara yang lebih kecil.

Oleh itu, seseorang guru boleh memantapkan pengajaran dengan cara memperbaiki

kelemahan dalam pengajaran menggunakan kaedah pengajaran mikro. Selain itu, guru

juga dapat memajukan gaya pengajaran dengan menggabungkan semua kaedah

pengajaran mikro yang telah dibaiki kelemahannya dalam sub topik pelajaran.

Terdapat tiga jenis aspek utama dalam pengajaran mikro iaitu saiz kelas,

masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Tiga aspek tersebut dikecilkan skopnya

dalam kaedah ini. Hal ini bertentangan dengan kaedah pengajaran makro yang tiga

skop utama yang dinyatakan tadi adalah bersaiz besar. Seseorang guru disyorkan

menguasai kaedah pengajaran mikro kerana akan memudahkan proses kaedah

pengajaran makro yang sememangnya digunakan dalam kelas.

Proses mengajar adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan

seseorang penyampai iaitu guru dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan

kemahiran – kemahiran yang mantap untuk berdepan dengan situasi realiti kehidupan di

sekolah. Umumnya, realiti sebenar dalam kelas memerlukan guru mempunyai skil

pengajaran yang luas untuk mengurus situasi yang kompleks di sekolah khususnya

semasa dalam kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk

membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti  set 

induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,  variasi rangsangan, peneguhan, 

penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan

Page 3: esei sejarah.docx

seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan

menentukan keberkesan guru.

Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan

umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi

dan disiplin bilik darjah. Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah

penemuan pengajaran yang dimudahkan.       Pengertian itu membawa makna iaitu satu

situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan,

mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

Pengajaran mikro membolehkan pelajar menumpukan  perhatian kepada

tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa

terdapat dalam praktikum disekolah.Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu

kemahiran mengajar pada satu masa.Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya

dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan

kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan

perlu.Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran

komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang

sebenarnya dalam latihan perguruan.Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah

dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di

sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses

pengajaran dan pembelajaran.

Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah pelajar mengajar satu

pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.Mengajar pelajaran itu kepada

satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja.Apabila pelajaran

itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan

penyelianya.Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas

pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau

rakannya yang lain.

Pelajar akan menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan

pengajarannya.Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu

mengulangi pengajarn mikronya. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian 

Page 4: esei sejarah.docx

dan penaksiran  tidak perlu digunakan. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro

tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran. Perakam video mempunyai

kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan. Walaupun panduan

penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh

digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi

panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar

dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang

digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah.  Dengan itu,

kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat,

ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah

melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya  dari segi kemahiran mengajar yang

boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk

membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang

pengajaran dan pengajaran  seperti kemahiran: –

Set induksi

Tunjuk cara

Variasi rangsangan

Peneguhan

Penyoalan

Mengilustrasi dengan  menggunakan contoh

Penerangan

Aprisiasi

Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

Penutup

Kemahiran set induksi ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau

memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap

episod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan

dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan

Page 5: esei sejarah.docx

mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar.    Memandu muridnya kearah

manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada.

Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik

perhatian murid kearah pelajaran yang diajar.   Ia juga boleh menggunakan bahan bantu

mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.Guru juga boleh

menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat

serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru menggerakkan muridnya dengan

merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau

memulakan aktiviti.

Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, Contohnya

Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan

bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong

muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu. Guru boleh

membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu

yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak.

Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.

Set induksi yang berkesan ialah set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari

segi umur, kebolehan dan minat. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan

objektif pelajaran.Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada

murid,  belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.

Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk

mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat

menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada

pelajaran yang diajarnya.

Pergerakan  guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian

hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia

dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan  pergerakan ke hadapan dan ke

belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.

Page 6: esei sejarah.docx

Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk

menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid.   Sebaliknya 

pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata

atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan

kepada pelajaran.

Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid

terhadap pelajaran.     Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan

rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga

menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan

pendapat  menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran.   Ini akan

memberikan rasa seronok kepada murid. Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan

melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah

tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian

maklumat kepada muridnya.

Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan

menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi Rangsangan yang berkesan

ialah seperti berikut. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-

perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.Guru

hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu

perjalanan pelajaran.Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak

menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.Guru perlu mengubah

variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam

beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk

kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang

lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid

kerana kerja yang telah disempurnakan.     Peneguhan seperti ini akan membawa

kepada perulangan  perlakuan yang  baik dan seterusnya akan membina sikap yang

positif .    Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.

Page 7: esei sejarah.docx

Bidang utama dalam peneguhan  ialah peneguhan lisan Guru boleh menggalakkan

murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti   ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu jawapan

yang tepat’,  ‘bijak’,  ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan

yang baik’,  dan lain-lain peneguahn yang positif.

Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya

seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh

badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat

tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.Guru boleh menunjukkan minat

atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi

muridnya.Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang

muridnya (sama jantina).Guru  melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya

kerana murid menghasilkan  kerja yang baik.Guru menulis kata pujian atau memberi

markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik.

Bagi murid sekolah rendah guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan

sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.

Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding

dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang

sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar.   Ada bukti yang  menunjukkkan kemahiran

ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari

jenis soalan  aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina

aras kognatif  aras tinggi.   Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap

pencapaian murid  dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.

  Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak.

Guru meminta contoh daripada murid  dan  menyemak idea dan konsep itu telah

difahami atau tidak.     Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa

kepada murid.    Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar

daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui.     Dengan

menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan

menimbulkan minat terhadap pelajarannya.

Page 8: esei sejarah.docx