esaimen bangsawan

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PENGENALAN

Bangsawanmerujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang stailaiz dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Selainitu,bangsawan jugabermaksud komedi, wayang atausandiwarayang disertainyanyian dan tarian(biasanya menceritakan kisahraja raja zaman dahulu) yang di persembahkan di panggung . Sekiranya ditambah perkataan anak, perkataan bangsawan bermaksud anak orang bangsawanatau pelakonkomedi bangsawan. Teater bangsawan antara teater tradisional yang masih lagi aktif dipentaskan. Bangsawan adalah teater yang kaya dengan nilai-nilai estetiknya yang merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri-ciri kebudayaan. Bangsawan merupakan satu-satunya daripada seni drama dan pementasan yang benar-benar menjadi hak milik orang Melayu.

2.0 Sejarah Bangsawan

Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia. Bangsawan adalah salah satu bentuk teater Melayu yangpopularpadaawalabadke19.Kesenian teaterbangsawan merupakan khazanah kebudayaan dan kesenian yang cukup berharga. Ia kayadenganteknikteknikestetikyangwajardipeliharasertadikekalkan sebagai tradisi bangsa. Seperti kata Winsted dan yang dipetik oleh Brandon (1974) : Bangsawanmerupakansatusatunyadaripadasenidramadanpementasan yang benar benar menjadi hak milik orang orang Melayu.

Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India. Sejarah bangsawan bermula di Asia Tenggaradengan ketibaanWayang Parsi atau Mendu diPulau Pinang sekitar tahun 1870.Rombongan pelakonlelaki dariBombaybertawafseluruhnegara mempersembahkan kisah-kisah klasik dari Timur Tengah, Parsi dan India dengan bahasa pengantarialah Hindi disulami lagu-lagu Hindustani.Sekelip mata ia disambut sebagai satu fenomena dengan undangan di majlis perkahwinan, pesta dan majlis diraja. Dalam tahun-tahun 1900, bangsawan lebih banyak bertumpu di Singapura memandangkan kebanyakan rombongan bangsawan yang akan menyeberang keIndonesia singgah beberapa lamadipulautersebut.PushiIndera Bangsawan dikatakan kumpulan bangsawan pertama di Malaysia.Kemudian kita mendengar nama-nama lain seperti Seri Penglipur Larayang aktifmementas bangsawan di Happy World, New World dan panggung Alhambra di Singapura. Kedatangan Jepun menjadikan kumpulan bangsawan dipaksamempersembahkan kisah-kisah dengan elemen propaganda Jepun daniniterlihat pada persembahan kumpulan Mina Bakar dankumpulan Din-Tijah.Selepas itu bangsawan terus popular dengan persembahan antara lainialahRaja Laksamana Bentan danJula JuliBintangTiga. Bangsawan pernah disifatkan sebagai commedia dellrte timurdenganmempertahankansifat-sifat teater tradisional rantau Timur

Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu perkataan Bangsa dan Wan. Bangsa bermaksud berkumpulan atau segolongan manusia yang sudah bersatu sebagai satu kumpulan tertentu. Wan pula ialah gelaran untuk orang kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya. Ini merujuk kepada persembahan untuk golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun demikian, setelah diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan yang diminati dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan juga turut bertembung dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang dikarang oleh Shakespeare yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan menjadikan drama bangsawan menjadi lebih menarik. Hal ini telah menyebabkan munculnya istilahoperadalam seni teater melayu. Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu. Pengaruh opera Barat adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran tentang pendidikan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni teater Melayu adalah berbeza dengan pengertian opera Barat yang bererti pertunjukkan yang semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera Melayu atau teater Melayu banyak disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih penting serta lagu-lagu hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater melayu. Kini dalam usaha mempopularkan kembali persembahan bangsawan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan program Semarak Bangsawan. Setiap hujung minggu kedua bermula pada bulan Mac sehingga Disember di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga bangsawan terus berkembang dan diminati masyarakat Malaysia.

3.0 Terdapat tujuh ciri teatrikal dalam bangsawan iaitu :

Mempunyai tujuh latar

-Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu seperti hutan, rumah, istana, gua, taman bunga, kampung , jalan kampong. Latar akan ditukarkan mengikut kesesuaian adegan-adegan yangterdapat dalam cerita teater bangsawan.

Unsur Tasmat

-Spektakularmerupakan unsur kekaguman yangadadalam persembahan bangsawan. Ia seringkali disebut sebagai tasmat. Unsur ini wujud dalam persembahan bangsawan bagi memberi kekaguman kepada penonton tentang apa yang dipaparkan. Oleh itu, penonton akan lebih teruja dan percaya dengan aksi yang dipaparkan di atas pentas. Ia hanya digunakan pada babak-babak tertentu sahaja yang diberi penekananseperti babak aksi, magis, kayangan, dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan asapbuatan semasa babak di alam mimpi, penyalaan api di atas pentas semasa babak berada di neraka, atau air yang turun dari atas pentas kononnya air itu adalah air mata bidadari. Tasmat bolehlah dikatakan sebagai efek atautrickuntuk mewujudkan elemen kekaguman itu sendiri. Bezanya bangsawan dengan persembahan tradisional lain, elemen kekaguman itu ditunjukkan secaravisualdan fizikal di atas pentas.

Gaya Lakon

-Gaya lakondi dalam bangsawan merupakan elemen yang istimewa. Ini kerana ia berbeza dengan gaya lakon persembahan teatermoden, terutamanya yang beraliranrealism. Ia masih mengekalkan gaya lakon biasa, cuma diperbesar-besarkan. Gestura tangan, gerak badan, mimik muka, gaya pengucapan dialog; semuanya diperbesar. Ini bertujuan untuk menarik perhatian audien terhadap bahasa tubuh mereka yang besar. Selain itu, memang tujuan merekaagaraudien sentiasa melihat apa jua yang mereka lakukan di atas pentas. Selain untuk tujuan pemahaman mesej, ia berkait rapat denganshowmanshipmereka selaku pelakon yang digilai penonton (dalam konteks semasa zaman popular bangsawan).

Bahasa

-Bahasayang digunakan dalam persembahan bangsawan merupakan bahasa istana. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gurindam, lagu, seloka, bersyair, dan sebagainya.

Muzik

-Muzikmerujuk kepada bunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam lakonan ataupun untuk mengiringi tarian tarian dan nyanyian adalah perlu untuk menghidupkan persembahan bangsawan. Pada peringkat permulaannyaadat-adat muzik yang digunakan hanyalah tabla, harmonium dan dol. Tetapi setelah pengaruh Barat mulai berkembang di Tanah Melayu dan Singapura, alat-alat muzik Barat mulai digunakan oleh Orkestra Bangsawan. Pada peringkat kemashyurannya (antara tahun-tahun 1920-1935) terdapat alat-alat muzik seperti biola dan mandolin dari jenis stringed instrumentals, drum, tabla dan cymbal dari jenis percussion, dan terdapat juga seruling, saxaphone, clarinet dan trumpet dan jenis wind instruments.

Tarian

-Dalam persembahan bangsawan, terdapat juga babak-babak di mana ada unsurtarian dipertontonkan. Misalnya, babak hari pertabalan, majlis keramaian, bercinta, kayangan, dan sebagainya. Tarian yang dipersembahkan biasanya adalah tarian tradisional. Para penari juga adalah golongan terlatih dan selalunya sering mengambil peranan kecil dalam persembahan bangsawan seperti menjadi inang, dayang, orang kampung, dan sebagainya.

Extra turn

-Extra-turnpulamerupakan elemen yang tiada dalam persembahan tradisional lain. Extra-turn merupakan persembahan selingan semasa pertukaran antara dua babak. Biasanya,slotini akan diisi dengan persembahan-persembahan yang tiada langsung kaitannya dengan cerita yang dipaparkan dalam bangsawan. Persembahan extra-turn dibuat adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak tertunggu-tunggu. Antara persembahan yang diselitkan ialah nyanyian dari penyanyi terkenal, akrobatik silap mata, tarian, lawak jenaka, dan sebagainya.Namun, pada zaman kemasyuran bangsawan; tarian tradisional yang lebih banyak dipersembahkan semasa extra-turn. Penari-penari terdiri daripada lelaki dan perempuan yang terlatih dalam berbagai-bagai jenis tarian Timur dan Barat bagi persembahan dalam babak-babak extra-turn. Tarian-tarian lama yang pernah dijadikan popular oleh Bangsawan ialah tarian Tarik Tari ciptaan Kumpulan Wayang Siti Hawa, tariah Mak Inang, tarian Lilin dan lain-lain lagi. Dalam zaman Bangsawan mula mengambil gelaran opera selepas tahun 1930, tarian ala Barat seperti mambo dan ca ca ca telah menjadi kegemaran.

4.0 Fungsi teater bangsawan

Teater bangsawan jugamempunyaifungsisebagaipenggalangrasakesetiakawanan diantara warga masyarakat yang menjadipemilikceritarakyattersebut.Fungsilainteater bangsawan adalah sebagai pengokohnilai-nilaisosialbudaya yangberlaku dalam masyarakat. Dalam teater ini juga terkadang ajaran-ajaranetikadan moral boleh digunakan sebagai pedoman bagi masyarakat. Di samping itu didalamnya juga terdapat larangan dan pantangan yangperludielakkan.Teater bangsawan sebegini berguna bagiwarga masyarakat pendukungnya boleh menjadi tuntunan tingkahlaku dalam pergaulansosial.

5.0 Contoh-contoh cerita bangsawan