Pemerdagangan Manusia -Esaimen

  • View
    261

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    1/25

    1.0 PENGENALAN

    “Pemerdagangan Manusia” ialah pengambilan, pengangkutan,

    pemindahan atau menerima seseorang dengan ancaman ataupun kekerasan;atau lain-lain bentuk paksaan seperti penculikan atau muslihat bagi tujuan

    eksploitasi demi apa juga bentuk keuntungan seperti duit,objek, dan

    perhambaan pelacuran yang melibatkan perbuatan seks komersil yang

    dilakukan secara penipuan, atau keadaan dimana seseorang dipaksa

    melakukan atau pemerolehan seseorang untuk mangsa itu tidak semestinya

    di pindahkan secara fzikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman

    terhadap hak asasi dan keselamatan manusia dan satu pencabulan hak asasi

    yang paling buruk. unia kini perlu memandang serius perkara ini

    termasuklah negara kita sendiri, Malaysia. !ang paling menyedihkan lagi

    adalah mangsa daripada perbuatan tidak bermoral ini akan menderita akibat

    penderaan mental, fzikan dan seksual. Mereka tidak dibayar upah, terikat

    kerana hutang, dikurung, diugut, dan dokumen perjalanan mereka juga

    ditahan. Pemerdagangan manusia merupakan jenayah kemanusiaan yangdilakukan tanpa kerelaan si mangsa, tidak kira lelaki, "anita, remaja

    perempuan, mahupun kanak-kanak yang masih kecil. Mangsa akan diugut,

    dipaksa, didera dan ditahan untuk dieksploitasikan. #su pemerdagangan

    manusia merupakan satu jenayah yang kian meningkat pada abad ke-$% dan

    menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal

    bangsa, agama dan juga keturunan.

     &enayah pemerdagangan manusia kini menjadi semakin berleluasa dan

    kebelakangan ini telah menjadi kes jenayah yang terancang secara

    sistematik dan semakin meningkat pada kadar yang sangat

    membimbangkan. ianggap sebagai masalah global, jenayah

    pemerdagangan manusia adalah merupakan jenayah terancang terbesar di

    %

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    2/25

    dunia, selain daripada penyeludupan dadah dan senjata api. Penularan

     jenayah ini yang semakin kritikal dan sangat membimbangkan ini, pada

    masa yang sama membabitkan rangkaian akti'iti pengedaran dadah global,

    kegiatan pemalsuan pasport, dukumen, kad kredit dan sebagainya.

    ijangkakan lebih kurang %.$ juta orang kanak-kanak yang terlibat dalam

    pemerdagangan manusia setiap tahun.

    (anak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada

    pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan kerana mereka tidak dapat membela

    diri mereka sendiri. Pertubuhan )angsa-)angsa )ersatu *P))+

    menganggarkan kira-kira %, orang yang kebanyakan daripada mereka

    merupakan kanak-kanak, diseludup ke dalam ka"asan sia /elatan setiap

    tahun, tetapi pakar percaya jumlah itu mungkin tiga kali ganda lebih besar

    berikutan laba yang dijana oleh industri itu kira-kira 0M %%. bilion *1/ 2$

    bilion+ setahun. Mengikut laporan mnesty #nternational, pada tahun $3

    sahaja dianggarkan seramai 4, orang telah diperdagangkan setiap

    tahun bagi tujuan perhambaan seks, manakala merika /yarikat pula

    melaporkan baha"a setiap tahun antara 5, hingga 6, orang yang

    kebanyakannya terdiri daripada "anita dan kanak-kanak diperdagangkan

    merentasi sempadan negara.

     7he 1nited 8hildren9s :und *1#8

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    3/25

     juta orang yang bekerja sebagai buruh paksa, buruh tebus hutang, buruh

    paksa kanak-kanak, dan hamba abdi seks pada sesuatu masa.

     &enayah pemerdagangan manusia ini merentasi sempadan negara. #a

    satu jenayah global yang serius, menduduki tahap kedua selepas jenayahpengedaran dadah. #a adalah jenayah perhambaan moden, dianggarkan

    memberi keuntungan tahunan kepada sindiket sebanyak /= 2% bilion.

    Malaysia berusaha bersungguh-sungguh membanteras jenayah ini, namun

    masih belum berjaya sepenuhnya. Mengikut Majlis ntipemerdagangan

    >rang *MP>+ , kesedaran masyarakat di negara ini mengenai isu

    pemerdagangan manusia masih rendah dan ramai yang samar-samar atau

    tidak ?aham tentang skop jenayah ini.

    2.0 PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA

    1ntuk pengetahuan umum dalam era moden ini, pemerdagangan

    manusia adalah satu bentuk perhambaan. #ni berlaku ekoran daripada

    permintaan terhadap tenaga buruh, perkhidmatan seksual, jeratan hutang

    dan kemiskinan.Pada kebiasaannya, jenayah pemerdagangan manusia ini

    merentasi sempadan dan menjatuhkan maruah serta martabat sehingga

    mereka diperdagangkan, mangsa yang terlibat biasanya tidak diberi

    sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan mereka akibat

    daripada ka"alan ketat oleh sindiket. @asil kajian dari badan-badan bebas

    dan beberapa kes didapati, Malaysia khususnya /abah adalah destinasi

    persinggahan untuk "anita dan kanak-kanak diperdagangkan untuk

    eksploitasi seks secara komersial manakala lelaki dijadikan sebagai buruh

    paksa.

    Mengapakah pemerdagangan manusia ini berlakuA Menurut (ajian

    (esatuan

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    4/25

    Persoalannya kini siapakah dalang di sebalik semua iniA an bagaimanakah

    pemerdagangan manusia ini berlakuA

    ntara ?aktor berlakunya jenayah ini adalah kerana pemerdagangan

    orang merupakan satu perniagaan yang dapat menghasilkan pendapatanyang sangat lumayan kepada sesuatu sindiket itu "alaupun risikonya tinggi.

    /indiket ini mengaut keuntungan dengan menarik minat dan perhatian

    golongan yang ingin berhijrah secara haram dan mereka menjanjikan

    pekerjaan kepada golongan ini. Bolongan yang malang ini sanggup

    membayah upah yang tinggi kepada sindiket tersebut untuk keluar daripada

    negara mereka sendiri demi mencari sesuap nasi di negara luar. Mereka

    terpedaya dengan janji-janji manis sindiket yang bertopengkan agen mencari

    pekerjaan. Mereka sepatutnya menyelidik terlebih dahulu tentang agensi

    yang terbabit dan mereka juga tidak sepatutnya terpengaruh dengan

    ta"aran gaji yang lumayan, mereka seharusnya baha"a kekayaan tidak akan

    datang dengan mudah. amun begitu mereka tidak berfkir panjang dan

    akhirnya terjebak dalam kegiatan ini.

    /elain itu sesuatu sindiket itu juga dapat mengaut keuntungan melalui

    upah yang diberi oleh pelanggan mereka yang sanggup membayar upahyang tinggi demi mendapatkan gadis-gadis untuk di jadikan sebagai Cmodel9

    untuk perniagaan seks komersial mereka. Badis-gadis malang ini juga telah

    terpedaya dengan janji-janji manis sindiket ataupun agen yang telah

    menjanjikan pelbagai kelebihan untuk mereka. #ni kerana kebanyakan

    daripada mangsa merupakan golongan yang miskin oleh itu dengan proses

    globalisasi yang sedang berlaku sekarang, telah meningkatkan ?aktor tarik

    dan tolak yang mendorong keinginan mereka untuk mencari pekerjaan yang

    lebih memberi pulangan yang lumayan di luar negeri.

    Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, di tetapkan baha"a ?aktor

    ekonomi juga merupakan salah satu ?aktor utama yang mempengaruhi kes

    pemerdagangan manusia ataupun kes penyeludupan manusia ini berlaku.

    3

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    5/25

    Pada masa kini, masalah jurang pendapatan semakin serius di sia 7enggara.

    Bolongan yang berpendapatan rendah agak sukar untuk meneruskan

    kehidupan seharian mereka dengan gaji mereka yang sedikit itu tambahan

    lagi dengan era globalisasi ini. >leh kerana itu la kebanyakan daripada

    mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan

    yang lumayan, "alaupun jalan yang singkat tersebut menyalahi undang-

    undang dan juga mela"an si?at ftrah manusia.

    . kti'iti pemerdagangan manusia ini akan mendatangkan pendapatan

    yang sangat lumayan. /i?at tamak haloba dan materialistik yang

    menyelubungi sesetengah orang ini menyebabkan mereka mudah terpedaya

    dengan janji-janji manis sindiket yang menyamar menjadi agen mencari

    pekerjaan ini. Mereka yang teruja untuk menikmati kehidupan yang serba

    me"ah dan juga menggunakan barangan yang berjenama ini sangat mudah

    menerima ta"aran yang diberikan oleh sindiket yang kononnya agensi

    mencari pekerjaan.

     7idak di nafkan juga tara? pendidikan mangsa juga menjadi antara

    ?aktor berlakunya pemerdagangan manusia ini. #ni kerana menurut statistik

    daripada hasik yang di jalankan oleh pakar bidang sosial, mereka telahmendapati baha"a kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kes ini

    mempunyai tara? pendidikan yang rendah. @al ini telah membuatkan mereka

    mudah terpedaya dengan sindiket tersebut.

    Peluang pendidikan yang tidak sama rata antara kanak-kanak

    perempuan dan lelaki di ka"asan bandar dan luar bandar juga banyak

    mempengaruhi kegiatan pemerdagangan manusia ini. Pada kebiasaannya, di

    ka"asan luarbandar tara? pendidikannya adalah lebih rendah jika

    dibandingkan dengan bandar yang lebih maju dan pesat pembangunannya.

    (eadaan ini menyebabkan ramai kanak-kanak dari luar bandar atau

    pedalaman khususnya tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran yang

    sah, dan ini menyebabkan mereka menjadi sasaran mudah para sindiket.

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    6/25

    /eterusnya budaya sesetengah kelompok masyarakat yang berat

    sebelah, iaitu tidak menyebelahi kepentingan kaum "anita dan kanak-kanak

    mejadi mangsa dan menyebabkan mereka lebih mudah terperangkap dalam

    kegiatan pemerdagangan manusia. (ebanyakan mangsa juga tidak tahu

    tindakan yang perlu diambil dan menggunakan saluran yang betul untuk

    mengatasi masalah ini.

    (onDik dan bencana yang berlaku di sesetengah negara bergolak juga

    menjadi ?aktor mengapapa jenayah pemerdagangan manusia ini terus

    berlaku. )encana yang berlaku ini menyebabkan lebih ramai "anita dan

    kanak-kanak yang menjadi mangsa dan seterusnya terperangkap dalam

    kegiatan pemerdagangan manusia ini.

    /elain itu, kegagalan kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang

     juga menjadi punca yang menyebabkan pemerdagangan manusia menjadi

    semakin berleluasa. Penguatkuasaan yang tidak bersistematik merupakan

    ?aktor berlakunya masalah pemerdagangan manusia. Ealaupun kerajaan

    telah menggubal pelbagai undang-undang dan akta untuk membanteras

    masalah pemerdagangan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara

    berterusan dan menyeluruh. /ebagai buktinya, merika /yarikat telahmeletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu

    penyeludupan manusia dengan secukupnya. @al ini demikian kerana terdapat

    beberapa orang pega"ai &abatan #migresen telah didak"a terlibat dalam kes

    penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang -undang ini telah

    menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia.

    3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JENAYAH INI TERUS BERLAKU

    ntara tujuan mengapa, para penjenayah ini melakukan

    pemerdagangan manusia adalah kerana untuk eksploitasi seks.

    5

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    7/25

    Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang

    melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba

    atau amalan yang sama seperti perhambaan. )agi kanak-kanak, ekploitasi

    termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa

    yang tidak sah, perkah"inan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak

    sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan lain.

    /elain itu mangsa juga di jadikan buruh terikat. #ni bermaksud mangsa

    yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja malampaui

    keupayaan dan sekiranya mangsa menolak, mereka akan diugut untuk

    diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya

    dan berada di ba"ah penga"asan ketat. )iasanya para mangsa akan didera

    dan tidak akan dibayar gaji sama sekali.

    /eterusnya ialah pengabdian domestik secara paksa. #ni memba"a

    maksud baha"a mangsa ialah pekerja-pekerja domestik yang dipaksa

    bekerja di tempat yang tidak ?ormal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja

    yang lain. Migran asing misalnya, biasanya "anita dan kanak-kanak direkrut

    dari negara-negara yang kurang membangun seperti sia /elatan, sia

     7enggara, ?rika, dan merika Fatin. Eanita diarahkan untuk bekerja sebagaipembantu rumah dan pengasuh manakala, kanak-kanak akan dijadikan

    buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju dan

    membangun seperti

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    8/25

    unia *E@>+ dianggarkan lebih % peratus dari 4, buah pinggang yang

    dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap.

    4.0 KOMPONEN AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA

    (ebanyakan mangsa pemerdagangan manusia ini *lebih 6G+ di

    Malaysia adalah terdiri daripada kaum "anita muda dan dari keluarga yang

    miskin *0osmah $H+. /etakat ini, berdasarkan penemuan kajian-kajian yang

    ada *Busni $H+ komponen utama akti'iti pemerdagangan manusia dapat

    dibahagikan kepada empat.

     !ang pertama sekali adalah pee!"#$%& '(!")e%#$*+&

    pe%,-$%#$$% dan tempat bekerja. Mengenai dokumentasi, se"aktu

    penghantaran orang yang diperdagangkan ke negara destinasi orang

    berkenaan adalah pemegang pasport yang sah atas tujuan la"atan sosial.

    ari segi perekrutan pula, orang yang diperdagangkan direkrut oleh agensi-

    agensi pekerjaan asing di negara asal mereka. Pada mulanya mereka telah

    dijanjikan pekerjaan yang baik di negara destinasi dan tidak menyalahi

    peraturan ataupun undang-undang negara tersebut. /etelah berada di

    negara destinasi, mereka menjadi imigran illegal atas beberapa sebab.

    ntaranya ialah, kerana pasport mereka telah dirampas oleh orang yang

    mengeksploitasi mereka dan dalam kebanyakan kes pasport mereka

    dibiarkan tamat tempoh; mereka dipaksa bekerja di premis-premis

    perniagaan tanpa permit kerja; mereka juga dipaksa menjadi pekerja seks.

    (omponen kedua pula ialah (,$%+*$*+ dan $+%,$%. ari segi

    organisasinya, kumpulan pemerdagangan orang ini adalah tergolong dalam

     jenayah terancang yang berso?at transnasional. Penghantaran dari negara-

    negara sumber biasanya diuruskan oleh para penjenayah terancang di

    negara-negara berkenaan. i negara-negara destinasi pula, para mangsa

    pemerdagangan orang diuruskan oleh para penjenayah terancang di negara

    berkenaan. 1rusan perekrutan orang yang diperdagangkan di negara asal

    diuruskan oleh agensi-agensi pekerjaan asing dan perekrutan ini dijalankan di

    6

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    9/25

    tempat-tempat strategik seperti pasar-raya, di salun kecantikan dan di

    kampung-kampung. Para perekrut ini mempunyai jaringan hubungan dengan

    ejen-ejen penerima orang yang diperdagangkan di negara destinasi.

    /eterusnya komponen yang ketiga iaitu, p$$ $!#( /pe%e%$$-

    #e$%$%, pemerdagangan manusia ini. )oleh kita katakan baha"a para

    aktor utama pemerdagangan manusia ini adalah “di atas undang-undang”.

    Maksudnya para aktor utama pemerdagangan manusia adalah sangat sukar

    untuk disabitkan dengan kesalahan-kesalahan tertentu di ba"ah akta-akta

    yang berkaitan kerana mereka dapat memanipulasinya dengan mudah.

    /ehingga pada akhirnya, hanya para mangsa pemerdagangan manusia

    sahaja yang tertangkap dan disabitkan dengan kesalahan-kesalahan tertentu

    di ba"ah kta #migresen Perkara $ *a+, *b+, dan *c+. /elain itu, para aktor

    utama pemerdagangan orang juga bersekongkol dengan pega"ai-pega"ai

    kerajaan yang telah disuap dengan rasuah. engan demikian, mereka

    *penguatkuasa undang-undang+ menjadi ka"an dan pelindung utama kepada

    kegiatan pemerdagangan manusia ini, hal ini menyebabkan mereka juga

    menjadi sebahagian daripada penjenayah perancang yang

    memperdagangkan manusia.

    Manakala komponen yang keempat ialah, !ee*#$+$% $!#++#+

    pe)e'$,$%,$% )$%"*+$ ini, oleh kerana para aktor utama

    pemerdagangan orang berada di atas undang-undang, maka akti'iti

    pemerdagangan manusia akan terus berjlan tanpa banyak terjejas oleh

    perlaksanaan undang-undang yang berkenaan. Para mangsa mereka, cepat

    ataupun lambat akan sentiasa tertangkap se"aktu menjalankan pekerjaan

    yang diarahkan oleh para penjenayah terancang itu. Para mangsa akhirnya

    diusir kembali ke negara asal, setelah disiasat atau dikenakan tindakan

    undang-undang. 7angkapan dan pengusiran para mangsa pemerdagangan

    H

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    10/25

    manusia tidak menjejaskan akti'iti para penjenayah terancang ini. Malahan

    pada mereka ini adalah proses menukar Cbarang9 lama kepada Cbarang9 yang

    baru demi memaksimumkan keuntungan.

    )anyak masalah yang timbul akibat pemerdagangan manusia ini,antaranya ialah masalah sosial, yang terdiri daripada pelacuran, masalah

    buruh asing, jenayah yang berleluasa, dan menimbulkan masalah dalam @ak

    sasi Manusia.

    5.0 KESAN ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA KEPADA MALAYSIA

    Peningkatan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan masuk

    pendatang berkemungkinan memberi kesan negati? kepada ekonomi, kata

    :elo (anan #nstitut (ajian Malaysia dan ntarabangsa, 1ni'ersiti kebangsaan

    Malaysia *1(M+ Pro? r zizah (assim. “#a mencemar nama baik Malaysia

    dalam arena antarabangsa melainkan jika kerajaan menyediakan lebih

    banyak sumber dari segi ke"angan dan modal insan bagi membanteras

    kegiatan haram ini,“ katanya dalam satu kertas kerja yang dibentangkan

    pada bengkel Pemberitaan Mengenai Pemerdagangan Manusia di sini baru-

    baru ini. &enayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan pendatang

    merupakan kegiatan yang kompleks, kerana ianya melibatkan banyak pihak

    seperti di peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket

    antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersubahat, yang kesemuanya

    boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan negara. Prod

    r zizah (assin juga berkata, selain mengancam undang-undang dan

    keselamatan negara, kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian

    diplomatik antara negara berhubung layanan terhadap mangsa

    %

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    11/25

    penyeludupan. #ni secara tidak langsung akan memberi kesan kepada

    keadaan politik negara kita.

    isebabkan keadaan politik yang tidak stabil dan kemajuan ekonomi

    yang tidak seimbang dalam rantau /

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    12/25

    0amai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada

    akti'iti pemerdagangan manusia ini. /etiap yang terjadi mesti ada akibatnya,

    sebagai contohnya dari segi ekonomi. 0amai yang Cbuta9 ataupun tidak ambil

    peduli baha"a setiap tahun kira-kira $ bilion pound "ang mengalir keluar

    negara akibat daripada jenayah pemerdagangan orang ini. (eadaan ini

    menyebabkan berlakunya kerugian "ang yang besar terhadap negara dan

    ternyata pengaliran "ang keluar yang banyak ke luar negara akan

    menjejaskan ekonomi negara kita. /ecara langsung ia telah memberi kesan

    yang besar kepada pendidikan dalam negara kita, ini kerana jika masalah ini

    tidak dapat diselesaikan, banyak projek untuk membangunkan pendidikan

    negara kita tidak akan dapat dilaksanakan. &ika ekonomi terus terjejas,

    banyak aspek yang akan turut terjejas dalam negara kita, terutamanya dari

    segi pendidikan.

    Pemerdagangan manusia meninggalkan kesan yang besar terhadap

    masyarakat dan negara. 1mumnya, kita akan kehilangan sumber tenaga

    atau kepakaran sekiranya akti'iti pemerdagangan manusia terus berleluasa.

    (epakaran untuk perkembangan negara dari segi politik, ekonomi dan

    pendidikan mungkin terbatas kerana kepakaran tersebut telah

    disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungja"ab untuk melakukan

    akti'iti yang tidak bermoral tersebut. /ekiranya akti'iti pemerdagangan

    manusia tidak dibendung, negara tidak berupaya untuk beroleh kepakaran

    yang maksimum kerana sumber idea yang kurang daripada pelapi-pelapis

    baru iaitu kanak-kanak dan "anita. /eterusnya akan memberi kesan negati?

    kepada politik negara kita.

    kti'iti pemerdagangan manusia menyebabkan sistem pemerintahan

    negara menjadi lemah di mata dunia. @al ini kerana negara-negara maju

    seperti merika /yarikat, 1nited (ingdom, 0usia, dan lain-lain mungkin

    beranggapan baha"a sistem pemerintahan negara kita lemah dan tidak

    sistematik kerana tidak dapat membendung masalah pemerdagangan

    manusa yang berleluasa. #ni menyebabkan imej negara dimata dunia jatuh.

    %$

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    13/25

    (edudukan Malaysia terletak dalam senarai %5 negara berprestasi buruk

    dalam mengekang isu pemerdagangan manusia tutur mencemarkan lagi

    imej negara di mata dunia. egara kita juga akan dianggap sebagai sarang

     jenayah di mata dunia.7idak mustahil perkara ini menjadi penyebab kepada

    kejatuhan sosioekonomi, dan juga memberi kesan negati? kepada

    perkembangan politik negara kita pada masa hadapan.

    /elain itu, kehadiran manusia yang diseludup daripada pelbagai negara

    ini yang setiap daripada mereka mempunya budaya yang tersendiri akan

    menjejaskan negara dari segi demograf, budaya, sosial dan institusi

    kekeluargaan. /eterusnya "abak penyakit turut akan merebak kedalam

    negara kita. Pemerdagangan manusia yang semakin menjadi-jadi

    memudahkan "abak penyakit menular di Malaysia. Eabak penyakit seperti

    @#I, #/, @%%, tibi dan sebagainya mudah merebak sekiranya akti'iti

    pemerdagangan manusia tidak dapat dika"al oleh pihak berkuasa. Penyakit

    berjangkit bukan sahaja mudah merebak malah, boleh memba"a maut

    kepada masyarakat negara kita. (esan yang paling ditakuti adalah apabila,

    penyakit berjangkit ini merebak ke sekolah-sekolah yang terdapat dalam

    negara kita. #ni akan menyebabkan akti'iti pembelajaran dan pengajaran

    akan terjejas sama sekali, seterusnya menyebabkan sedikit kelembapan

    dalam pembelajaran anak-anak kita.

    ntara kesan lain kepada masyaraka dan negara ialah pembangunan

    ekonomi negara akan terjejas, terutama sekali dari segi pelancongan, kerana

    industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar untuk

    ekonomi negara kita. #ndustri pelancongan mungkin mengalami kemerosotan

    kerana orang luar takut untuk datang melancong kedalam negara. @al ini

    mungkin kerana ?aktor kebimbangan terhadap akti'iti pemerdagangan

    manusia yang berleluasa,menyebabkan mereka tidak memilih Malaysia

    sebagai destinasi pelancongan mereka.

    %2

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    14/25

    6.0 CADANGAN DAN PERANAN MALAYSIA BAGI MENGATASI

    PEMERDAGANGAN MANUSIA

    #su pemerdagangan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke

    hari. >leh itu, beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengekangmasalah ini dari terus membarahi masyarakat kita. Pada tanggal $6 :ebruari

    tahun $6, kta nti Penyeludupan Manusia *(7+ 54 telah

    dikuatkuasakan. )egitu juga dengan kta nti Pemerdagangan >rang $4.

    Penggubalan akta-akta ini mengambil kira protokol Pertubuhan )angsa-

    )angsa )ersatu *P))+ bagi mencegah dan menghukum pelaku

    pemerdagangan manusia ini. /emua pihak haruslah bekerjasama dengan

    kerajaan untuk membantu pihak kerajaan membendung permasalahan ini

    dan bukannya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja

    apabila mengetahui sebarang in?ormasi mengenai sindiket penyeludupan

    manusia ini. )ak kata pujangga “mencegah lebih baik daripada mengubati”

    Mahkamah khas dan mahkamah malam di"ujudkan bagi

    mempercepatkan proses pertuduhan serta bicara kes yang berkaitan

    dengannya. >leh itu mangsa-mangsa yang terlibat tidak terlalu menderita

    dengan gangguan emosi dan fzikal yang telah dialami mangsa sebelum ini.Penguatkuasaan undang-undang telah diperketatkan lagi oleh pihak

    kerajaan. Pihak Polis iraja Malaysia, (astam, #migresen dan Maritim Malaysia

    *PMM+ telah berusaha kuat mengerah tenaga bagi membanteras jenayah

    pemerdagangan manusia ini.

    (e"ujudan Pelan 7indakan asional *P+ di ba"ah Majlis nti

    Pemerdagangan >rang *MP>+ serba sedikit telah dapat mengurangkan

    akti'iti ini. /ejak $ tahun yang lalu, pihak kerajaan telah mengambil inisiati?

    untuk melatih lebih dari 2 orang pega"ai yang merangkumi bidang

    penguatkuasaan, pendak"aan dan kehakiman untuk menangani isu ini.

    (erajaan negara perlu berusaha keras untuk membanteras jenayah ini

    dengan bekerjasama dengan #nternational >rganization >? #migrant *#>#+,

    %3

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    15/25

    /uruhanjaya Pertubuhan )angsa-)angsa )ersatu )agi Pelarian *1@80+ dan

    mnesty #nternational Malaysia. Malaysia juga haruslah berkongsi kepakaran

    dengan negara-negara maju yang lain.

    /ebagai tambahan, kempen untuk meningkatkan ke?ahaman danpro?esionalisme jentera kerajaan dalam penguatkuasaan kta

    Pemerdagangan >rang $4 juga boleh dilakukan. @al ini demikian kerana

    masih terdapat segelintir kakitangan kerajaan yang mengambil kesempatan

    terhadap isu sosial ini dengan menjadi orang tengah dan menerima rasuah.

     &enayah Pemerdagangan >rang ini masih baru dalam masyarakat kita pada

    hari ini. >leh itu, tanpa kita sedari kita telah terjerumus dalam kancah hina

    dengan menjadi mangsa kepada sindiket haram ini. Pengetahuan mengenai

     jenayah ini mestilah diperluaskan kepada golongan majikan serta orang

    ramai. (erjasama antara orang ramai dengan kerajaan amat diperlukan

    untuk menangani jenayah ini.

    (erjasama antara negara kita, Malaysia dengan negara-negara luar

     juga perlu untuk membendung masalah ini daripada terus berleluasa.

    (erjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi membanteras

    dan membasmi jenayah pemerdagangan manusa. ntara kerjasama yangboleh dialakukan ialah kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar

    terutama sekali negara serantau seperti /ingapura, #ndonesia dan 7hailand.

    (erjasama ini melibatkan dalam perkongsian bijak seperti kekuatan

    teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Misalnya, Malaysia kini

    menggiatkan lagi jalinan kerjasama dengan ustralia bagi bertukar-tukar dan

    berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

    engan adanya kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam

    usaha menangani isu ini telah dilaksanakan terutama dari aspek bentuk serta

    kaedah penyeludupan manusia dan negaramanayang dijadikan tempat

    transit utama penyeludupan manusia. 7ambahan pula, kerjasama di

    peringkat sempadan perairan negara juga telah dilakukan dengan menjalani

    %

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    16/25

    operasi rondaan secara berjadual dan intensi? oleh pasukan keselamatan

    Malaysia dengan negara-negara jiran. egara Malaysia juga telah berkongsi

    maklumat dengan negara jiran tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal

    sumber. @al ini dilakukan supaya Clubang-lubang tikus9 ini dapat dikenal pasti

    secepat mungkin.

    /eterusnya, pihak kerajaan juga perlu untuk terus berusaha unutk

    menguatkuasakan undang-undang sedia ada. i ba"ah peruntukan kta

    ntipemerdagangan >rang $4, dan dengan adanya akta ini, kerajaan

    secara langsung diberikan kuasa untuk mendak"a dan mengenakan

    hukuman dengan peruntukan penjara sehingga $ tahun dan denda sebanya

    0M ,. (erajaan merika /yarikat telah menggubal undang-undang

    pemerdagangan manusia mereka #aitu kta Perlindungan Penyeludupan dan

    (eganasan $. kta ini telah memperluaskan konsep pemerdagangan

    manusia dan mengenakan hukuman yang berat keatas mereka yang terlibat.

    (erajaan Malaysia boleh mencontohi apa yang telah dilakukan oleh merika

    /yarikat, untuk mengelakkan impak buruk terhadap politik dan pendidikan

    negara kita.

    Pengenalan kta nti Pemerdagangan >rang $4 *kta 54+ juga

    telah menunjukkan baha"a negara kita juga sedang melakukan usaha yang

    berterusan untuk membendung masalah ini. kta ini mengatakan yang

    baha"a , jika seseorang memperdagangkan orang yang bukan seorang

    kanak-kanak bagi maksud eksploitasi dia akan dipenjarakan tidak melebihi

    % tahun dan juga boleh didenda. /elain itu, jika seseorang itu mendapatkan

    keuntungan daripada hasil pengeksploitasian orang yang diperdagangkan,

    dia juga akan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi % tahun dan juga

    boleh didenda tidak kurang daripada 0M , tetapi tidak melebihi 0M

    ,.

    %5

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    17/25

     7ambahan pula, jika seseorang itu merupakan pega"ai penguatkuasa,

    dan dia telah menghalang, merintangi, mengganggu ataupun gagal untuk

    mematuhi permintaan yang sah sebagai seorang pega"ai penguatkuasa

    dalam melaksanakan ?ungsinya di ba"ah kta ini, dia akan didenda di ba"a

    /eksyen 52 dengan denda tidak melebihi 0M %, atau dipenjara selama

    tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

    /elain itu, pihak kerajaan juga boleh memperketatkan lagi kemasukan

    pelancong asing serta menga"al pintu masuk sempadan dengan lebih teliti.

    engan adanya ka"alan yang lebih ketat terhadap pelancong asing, ini boleh

    menutup peluang pemerdagangan manusia secara tidak langsung. (a"alan

    ini boleh dilakukan menggunakan kta #migresen untuk mengesan

    kemasukan secara haram. kti'iti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan

    sindiket pro?esional ini harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak

    dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej prestasi dan nama baik

    negara di mata dunia.

    Pihak kerajaan juga boleh menga"al pintu masuk ataupun sempadan

    negara dengan lebih teliti. Pihak pihak yang berkenaan seperti pihak

    #migresen, Polis, dan lain-lain lagi yang berkenaan perlulah sentiasa

    memantau di setiap sempadan sempadan dan pintu masuk yang ada di

    egara kita untuk membanteras masalah pemerdagangan manusia di negara

    kita. /elain itu, pihak tersebut juga harus bekerjasama antara satu sama lain,

    agar tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. #ni

    kerana jika kita dapat menga"al pintu masuk dan sempadan-sempadan yang

    %4

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    18/25

    ada di negara kita dengan teliti,dan sistematik. (ita akan dapat

    membendung jenayah ini.

    (oordinasi yang baik diantara kementerian-kementerian yang berkaitan

     juga boleh dilakukan untuk terus membendung jenayah pemerdaganganmanusia ini. Penguatkuasaan yang bersepadu diantara kementerian dapat

    membantu mengurangkan akti'iti jenayah ini. /ebagai contohya koordinasi

    antara (ementerian Pelancongan dan (ementerian alam egeri bagi

    membersihkan imej negara. enga "ujudnya koordinasi yang baik diantara

    kementerian-kementerian tersebut, kerja-kerja untuk mengenalpasti dan

    mengesan para penjenayah ini menjadi lebih mudah dan lebih telus lagi.

    )egitu juga dengan satu lagi pendapat yang tidak kurang pentingnya

    baha"a , permasalahan ini juga boleh dibendung melalui pendidikan. 1ntuk

    pengetahuan umum, pendidikan terbahagi kepada dua jenis, iaitu ?ormal dan

    tidak ?ormal. Pendidikan ?ormal merupakan pendidikan persekolahan. Pihak

    sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dalam topik-topik yang berkaitan. engan ini pelajar dapat mengetahui maklumat-

    maklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menele?on talian

    kecemasan apabila ternampak kejadian yang mencurigakan berlaku.Pihak

    berkuasa yang berkenaan juga boleh menyampaikan ceramah dan

    melaksanakan pelbagai kempen mengenai masalah pemerdagangan

    manusia dan kesan buruknya di sekolah untuk me"ujudkan dan seterusnya

    meningkatkan kesedaran para pelajar. #bu bapa memainkan peranan yang

    penting dalam pendidikan secara tidak ?ormal dengan menyalurkan ajaran

    agama yang secukupnya dan memantau anak-anak mereka untuk

    mengurangkan risiko berlakunya jenayah pemerdagangan manusia ini.

    %6

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    19/25

    Pemberian pendidikan a"am perlu diberi kepada masyarakat kita

    melalui poster anti pemerdagangan manusia yang kini tersedia dalam %4

    bahasa dan risalah anti pemerdagangan manusia yang tersedia dalam %3

    bahasa. Poster dan risalah ini perlu diedarkan di dalam dan juga di luar

    negara kepada kumpulan-kumpulan yang berasaskan agama, ataupun ke

    tempat-tempat perlindungan, kepada ahli akademik, pusat imigresen dan

     juga organisasi bukan kerajaan.

    Pelancaran kempen kempen kesedaran yang umum dan

    komprehensi? untuk mededahkan kepada masyarakat sejagat tentang kta

    Pemerdagangan >rang dan impak negati? jenayah ini perlu dilaksanakan

    dengan lebih proakti? lagi di negara kita. (ita juga tidak boleh melupakan

    peranan media massa dalam hal ini. Media elektronik seperti internet,

    tele'isyen dan radio sangat berperanan penting dalam menyiarkan dan

    menyampaikan maklumat mengenai keburukan akti'iti pemerdagangan

    manusia dan meningkatkan kesedaran mereka. #ni sangat perlu kerana

    masyarakat kita kurang terdedah dengan isu ini, mereka lebih terdedah

    kepada isu-isu yang berada di luar negara, seharusnya mereka juga perlu

    peka dengan apa yang sedang berlaku di negara kita khususnya.

    7.0 CABARAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI

    MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA DALAM NEGARA KITA.

    (e"ujudan kta ntipemerdagangan >rang $4 tidak bermakna isu

    pemerdagangan orang ini dapat diatasi dengan sempurna. 7erdapat banyak

    cabaran yang perlu dihadapi oleh negara kita, khususnya pihak kerajaan

    untuk membendung masalah jenayah ini.

    8abaran yang pertama sekali dihadapi oleh pihak berkuasa dalam

    usaha untuk membanteras jenayah ini adalah isu kekurangan maklumat dan

    data, ianya kerana mangsa sukar untuk memberi kerjasama apabila diminta

    %H

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    20/25

    menjadi saksi. Mangsa-mangsa pemerdagangan orang ini selalunya

    mempunyai rasa tidak percaya terhadap polis di negara-negara asal mereka.

    /elain itu, mangsa-mangsa perdagangan manusia juga berasa taku akan

    agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan berkenaan baha"a

    mereka akan dianggap sebagai penjenayah, dipenjarakan atau dihantar

    pulang. Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia juga sering tidak

    memperkenalkan diri mereka sebagai mangsa, ini menyukarkan lagi pihak

    berkuasa untuk mengenal pasti mereka dan untuk mengumpul data.

    (ebanyakan mangsa juga terus mahu kembali ke negara asal tanpa

    memikirkan tentang pendak"aan yang boleh dilakukan untuk memba"a

    pelaku jenayah tersebut ke muka pengadilan. #su jantina juga boleh

    menjejaskan pihak penemuduga untuk mendapatkan maklumat daripada

    mangsa. @al ini kerana, "anita dan kanak-kanak yang kerap mengalami

    penderaan seksual dan keganasan akan berasa keberatan untuk

    mendapatkan bantuan kerana malu dan stigma yang mungkin mengalir

    daripada mendedahkan pengalaman mereka. Felaki, terutamanya orang-

    orang dari budaya dengan pandangan tradisional kejantanan, mereka tidak

    mahu mengaku baha"a mereka adalah mangsa kejadian, kerana mereka

    takut baha"a pendedahan mereka kehilangan ka"alan ke atas kehidupan

    mereka boleh memba"a kepada persepsi baha"a kejantanan mereka itu

    lemah. tas sebab-sebab ini, lelaki dan "anita mungkin boleh lebih bersedia

    untuk bercakap dengan anggota penguatkuasa yang sama jantina dengan

    mereka.

    8abaran seterusnya adalah gejala rasuah yang semakin menghantui

    pega"ai-pega"ai kerajaan. Bejala rasuah yang timbul dalam kalangan

    pega"ai kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini mestilah diba"a ke muka

    pengadilan dan dihukum dengan hukuman seberat-beratnya. @al ini kerana

    mereka telah menyebabkan kesan ataupun impak yang negati? kepada

    negara kita khususnya. Mereka merupakan duri dalam daging, musuh dalam

    selimut negara kita. Mereka secara langsung membuatkan ancaman kepada

    $

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    21/25

    negara kita ini. /eharusnya pega"a-pega"ai kerajaan perlu mempunyai nilai

    integriti dalam diri mereka agar mereka tidak terjebak dalam gejala rasuah

    yang tidak memberi kesan positi? kepada diri, masyarakat dan juga negara

    kita.

     7aktik para penjenayah pemerdagangan manusia yang sentiasa

    berubah-ubah juga menyebabkan pihak berkuasa semakin sukar untuk

    membendung masalah ini. #ni menyukarkan mereka untuk menjalankan

    siasatan dan juga risikan kepada para penjenayah terancang ini. Pihak

    berkuasa kita juga kekurangan pengalaman dalam menangani kes-kes

    terlibat. >leh perlu pihak yang berkuasa perlu menyediakan satu pasukan

    khas untuk menangani kes jenayah ini, mereka perlu dilatih dengan latihan

    yang khusus dan berlainan dengan polis biasa.

    Pemerdagangan manusia adalah jenayah yang kompleks dan

    melibatkan sindiket dan organisasi yang terancang dengan jaringan

    kerjasama yang mantap. &usteru itu satu pendekatan yang selaras dan

    komprehensi? adalah amat diperlukan dalam usaha kita menangani jenayah

    yang tidak berperikemanusiaan ini. /elain daripada itu, kerjasama dan

    kolaborasi di setiap peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsaadalah penting dalam menjamin kejayaan untuk membendung masalah ini.

    engan tindakan-tindakan proakti? yang diambil oleh pihak kerajaan melalui

    Majlis nti Pemerdagangan >rang dan agensi-agensi penguatkuasa negara,

    khususnya P0M, telah memperlihatkan, suatu perubahan yang positi? ke

    arah membendung dan mencegah kegiatan global ini. (esedaran a"am dan

    komitmen masyarakat keseluruhannya juga dilihat memainkan peranan

    penting dalam merealisasikan aspirasi Pelan 7indakan egara ke arah

    “%Malaysia- )ersama dan (omited alam Membantersa Pemerdagangan

    >rang”.

    8.0 RUMUSAN

    $%

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    22/25

     &enayah pemerdagangan manusia banyak memberi kesan dan impak

    yang negati? kepada negara kita Malaysia. &enayah pemerdagangan manusia

    ini menyebabkan imej negara kita tercemar di peringkat antarabangsa.

    Masyarakat luar menganggap Malaysia adalah lokasi utama kegiatan jenayah

    pemerdagangan manusia ini. unia luar hilang penghormatan dengan negara

    kita. Para pelancong beranggapan mereka tidak selamat untuk berada dalam

    negara kita. Masyarakat dunia memandang serong terhadap pemerintahan

    dan pentadbiran negara kita kerana gagal menangani masalah tersebut.

     itambah lagi dengan kes-kes penculikan yang berlaku di resort

    /inggamata yang terletak di /abah a"al tahun ini. Masyarakat dunia dan

     juga para pelancong semakin tidak yakin dengan keselamatan negara kita.

    #ni akan menyebabkan kesan yang negati? terhadap industri pelancongan

    negara kita seterusnya memberi kesan negati? terhadap perkembangan

    ekonomi negara kerana, industri pelancongan merupakan antara

    penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara kita, terutama

    sekali industri pelancongan di perairan negeri /abah.

    Bejala pemerdagangan manusia yang berlaku pada masa kini dapat

    dibendung sekiranya semua pihak yang terlibat secara langsung mahupuntidak langsung memainkan peranan masing-masing. /ebagai contoh, pihak

    berkuasa perlu mengambil ataupun menguatkuasakan undang-undang yang

    lebih tegas serta melaksanakan hukuman yang lebih berat terhdap para

    pesalah laku jenayah ini.

    /elain daripada itu, pihak berkuasa perlulah mengambil sikap lebih

    berhati-hati dan prihatin serta tanggungja"ab dalam menjalankan tugas

    mereka. (erajaan tidak seharusnya memandang enteng isu pemerdagangan

    manusia ini. (erajaan haruslah memandang serius tentang isu ini, kerana

    gejala ini boleh memba"a ancaman terhadap keselamatan rakyat. kibat

    daripada akti'iti pemerdagangan manusia ini boleh memba"a ancaman

    keselamatan terhadap rakyat negara ini.

    $$

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    23/25

    Malaysia perlu meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan

    kerajaan untuk memperbaiki usaha-usaha perlindungan tehadap mangsa

    termasuk tempat untuk menempatkan mangsa pemerdagangan. Fatihankepada para pega"ai mengenai pengendalian pemerdagangan kes seks dan

    buruh paksa, dengan memberi penekanan terhadap perlindungan mangsa

    dan menerus dan memperluaskan kempen yang komprehensi? juga jelas

    mengenai kesedaran anti pemerdagangan bagi kedua-dua pemerdagangan

    buruh paksa dan hamba seks haruslah ditingkatkan dan diperluaskan.

    kibat daripada akti'iti pemerdagangan manusia ini boleh

    menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara. @al ini demikian kerana

    para pelabur tidak mahu mengambil risiko yang tinggi, kerana keselamatan

    negara kita terancam. Mereka juga akan hilang kepercayaan untuk terus

    membuat pelaburan di negara kita.

    Masyarakat tempatan juga perlu ber"aspada terhadap akti'iti

    pemerdagangan manusia ini. Mereka perlu bersikap lebih berhati-hati dan

    tidak mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji manis daripada orang

    ataupun agen yang tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga perlu

    bekerjasama dengan pihak berkuasa, mereka tidak perlu gentar untuk tampil

    memberi sebarang maklumat jika mengetahui adanya kejadian

    pemerdagangan manusia di sekitar tempat mereka.

    /eterusnya, agensi-agensi yang terlibat dalam menangani isu ini perlu

    mengambil langkah-langkah yang lebih berkesa supaya gejala tidak

    bermoral ini dapat dibendung dengan jayanya. gensi-agensi tersebut perlu

    melaksanakan pelbagai kempen dan moti'asi kepada masyarakat untuk

    memberi kesedaran tentang risiko dan langkah-langkah sepatutnya yang

    harus diambil sekiranya mereka berdepan dengan situasi pemerdagangan

    tersebut.

    $2

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    24/25

    /ecara umumnya, isu pemerdagangan manusia boleh diatasi bukan

    sahaja melalui satu pihak sahaja tetapi melibatkan kerjasama daripada

    semua lapisan masyarakat. Masalah ini perlu dibendung segera agar tidak

    terus menular menjadi semakin serius.

    9.0 REFLEKSI

    $3

  • 8/19/2019 Pemerdagangan Manusia -Esaimen

    25/25

    10.0 RUJUKAN

    zizah. *$%%+. Pemerdagangan Manusia Bawa Kesan Negatif Kepada

    Ekonomi Negara. (18@#BJ )