ESAIMEN HE

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    1/43

    BAB 4 - CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT KE ARAH PENGGUBALAN

    PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan didefinisikan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang

    utama sama ada bertulis atau tidak bertulis di mana ianya merupakan peraturan yang

    menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir dan diurus dengan teratur. Ia juga

    menjadi neraca atau kayu ukur penting dalam menentukan pembahagian kuasa antara

    bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Oleh yang demikian, Perlembagaan ialah

    asset undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara dan

    merupakan sumber utama bagi menggubal undang-undang yang lain.

    Perlembagaan Persekutuan 1957 yang mengandungi 183 perkara merupakan

    undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi dokumen terpenting dalam bentuk

    undang-undang bertulis yang berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu

    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun

    1957. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi detik

    bersejarah dan merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri

    selepas Empayar British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah

    Melayu pada 1957.

    Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak

    Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19.

    Sejak 446 tahun yang lalu, Tanah Melayu bukan hanya dijajah oleh Inggeris tetapi juga

    kuasa asing lain seperti Portugis, Belanda, Siam dan Jepun. Perjuangan terbuka

    menentang penjajah oleh orang Melayu adalah kerana telah ada semangat

    mempertahankan tanah air sendiri dari dijajah.

    Pada tahun 1945, perjuangan ke arah kemerdekaan terus bersemarak apabiaJepun menyerah kalah. Dalam tempoh penyerahan kuasa Jepun, berlaku kekacauan

    dan huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya selama 13 hari. Pada masa

    ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    2/43

    4.1 MALAYAN UNION

    Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan

    Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.

    Malayan Union atau dikenali sebagai Kesatuan Malayan merupakan satu bentu

    pentadbiran baru yang dikemukakan British pada 10 Oktober 1945. Di Tanah Melayu.

    Sir Harold Mac Michael dilantik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu.

    Bagaimanapun perancangan British sebenarnya telah dibuat seawal 1942 apabila

    British menubuhkan Unit Perancangan Tanah Melayu di United Kingdom. Unit

    perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan diketuai

    oleh Mejar General Ralp Hone Hone (Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan

    1997: 50; http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union ).

    Pada bulan Januari 1946 kerajaan Inggeris meluluskan perlembagaan Malayan

    Union. Malayan Union mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

    iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan Negeri-negeri Melayu

    Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; dan Negeri Selat

    (Pulau Pinang dan Melaka) manakala Singapura menjadi tanah jajahan berasingan

    (Jaafar Onn 2007: 1).

    Antara sebab Malayan Union diperkenalkan adalah seperti berikut :(Mardiana Nordin

    dan Hasnah Hussiin 2005:51-52, Zaid Ahmad et.al 2006: 50):

    i .untuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu

    ii .untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan

    menyeragamkan pentadbiran di bawah Malayan Union

    iii .untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu

    iv untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    3/43

    v British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu memberi

    kerjasama dengan Jepun sebelum ini. Malayan Union dianggap dapat

    mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.

    Antara ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan pula ialah:

    i Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka

    disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh

    Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.

    ii Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh

    terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat

    Undangan dan Majlis Kerja.

    iii Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai

    penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai

    satu gelaran dan mereka hanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam

    Islam dan adat resam Melayu.

    iv Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu

    diberikan kepada:

    a. Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah

    Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15

    Februari 1942 akan diberi kerakyatan

    b. Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan

    Union. Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya

    warganegara turut diberi kerakyatan.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    4/43

    v Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:

    a. Mereka yang bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu

    semasa permohonan dibuat

    b. Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa

    Melayu

    c. Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di

    Malayan Union atau Singapura.

    vi Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai

    tanah jajahan Inggeris dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat

    Undangan yang berasingan.

    Cadangan pembentukkan Malayan Union ini jelas merugikan masyarakat Melayu

    terutama dari segi kerakyatan melalui prinsip jus soli. Malayan Union kemudiannya

    mendapat tentang hebat daripada orang Melayu dan sebahagian kecil sahaja dari

    orang bukan Melayu.

    Penentangan heat orang Melayu berlaku di beberapa buah negeri di Tanah

    Melayu. Pada bulan Januari 1946, llebih 50000 orang Melayu mengadakan demonstrasi

    di Alor Setar. Manakala di Kelantan dihadiri lebih kurang 10000 orang dan di Johor

    pada 10 Februari 1946, lebih 15,000 orang Melayu mengadakan demonstrasi.

    Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu, Malayan Union diisytiharkan pada

    1 April 1946 dengan Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama. Orang Melayu telah

    memulaukan majlis pengisytiharan tersebut dan akhirnya mengalah aapabila Malayan

    Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

    Sesungguhnya kejayaan orang Melayu memansuhkan rancangan penubuhan

    Malayan Union telah Berjaya mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan

    melindungi hak-hak istimewa orang Melayu. Hakikatnya, orang bukan Melayu telah

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    5/43

    menyokong idea penubuhan Malayan Union tersebut dengan harapan mampu member

    keadilan kepada semua pihak. Setelah itu, segala tugas untuk membentuk perpaduan

    dan mewujudkan suasana harmoni antara penduduk pelbagai kaum menjadi

    tanggunggjawab pemimpin yang telah diamanahkan .

    Antara sebab-sebab penentangan ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005:52-

    53):

    a. Kehilangan kedaulatan raja-raja

    b. Pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang

    Melayu yang akhirnya menjejaskan ekonomi dan politik mereka serta hak

    istimewa Melayu juga terancam.

    c. Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayu

    d. Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak

    disukai. Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan

    PENUBUHAN UMNO

    Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn Jafar telah

    mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh

    bandar utama seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Star. Kongres ini juga

    seterusnya mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

    (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu pada 11 Mei 1946. Kongres juga

    mengisytiharkan perjanjian-perjanjian Sir Harold Mac Michael adalah tidak sah dan

    mendesak Malayan Union dimansuhkan.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    6/43

    4.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

    Pada bulan Julai 1946 kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa

    Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan

    Union. Antara ciri jawatankuasa ini ialah:

    a. terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British

    b. Jawatankuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yang

    boleh diterima oleh orang Melayu

    c. British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947- terdiri

    daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk dapatkan orang bukan Melayu

    mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

    Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan

    yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan

    dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan

    Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang

    dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa

    perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan

    perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis

    Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-

    undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang

    rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

    Antara ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu ialah :

    I. Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam

    Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    7/43

    II. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British

    dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan

    Persekutuan.

    III. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi,

    7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.

    IV. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri

    daripada:

    a. 14 ahli rasmi

    b. 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeric. 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang

    d. 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing

    V. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis

    Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.

    VI. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di Tanah

    Melayu dan telah bermastautin selama 8 12 tahun. Seorang pemohon asing

    mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bagi kedua-dua situasi

    tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.

    VII. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai

    perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri

    VIII. Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British dan

    kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan kerajaan

    tempatan.

    Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-

    masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi,

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    8/43

    masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan

    kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun

    1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957

    apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan

    Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di

    Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang

    dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta

    Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2)

    untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama

    Persekutuan kepada Malaysia.

    Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayudipertahankan walaupun tiada lagi kuasa mutlak. Malah syarat kewarganegaraan juga

    diperketatkan bagi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Dengan pengisytiharan

    Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 ini British kemudiannya menubuhkan

    Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dengan tujuan memberi latihan dan pengalaman

    kepada rakyat tempatan kepada sistem demokrasi dan berkerajaan sendiri. Dalam

    usaha merintis kemerdekaan, pilihan raya bandaran kemudiannya dilaksanakan bagi

    memberi pengalaman kepada sistem dan perjalanan pilihan raya. UMMNO, MCA dan

    MIC kemudiannya bergabung membentuk Perikatan.

    Pilihanraya Pertama

    Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada

    penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris

    memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala

    Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota

    Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34

    anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh

    Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    9/43

    Rundingan Kemerdekaan

    Perlembagaan Persekutuan yang terbentuk pada 1948 sebenarnya telah

    menjadi titik tolak kepada perpaduan antara kaum di Malaysia. Syarat utama pihak

    Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu ialah tiga kaum utama

    (Melayu, Cina dan India) mesti menunjukkan kemuafakatan yang tinggi serta boleh

    bekerja sama dalam mentadbir negara. Syarat ini telah dipenuhi oleh Perikatan (UMNO,

    MCA dan MIC) apabila parti Perikatan telah berjaya memenangi 51 kerusi daripada 52

    kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan raya Umum yang pertama pada 1955. Ia

    kemudiannya merintis kepada perbincangan dua belah pihak antara British dan Tanah

    Melayu (melalui Perikatan) yang dikenali sebagai Rundingan London.

    Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956 seperti yang termaktub dalam

    Perjanjian London telah diberi tanggung jawab untuk menggubal semula Perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan 1957 kemudiannya

    dipersetujui dan antara lain menyatakan Ketua Negara adalah Yang Di Pertuan Agung

    yang akan dilantik dari sembilan buah negeri, manakala Ketua Kerajaan adalah

    Perdana Menteri yang dilantik dari parti yang mempunyai jumlah terbesar di Dewan

    Rakyat.

    Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London

    untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu.

    Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-

    raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil Perikatan

    dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London.

    Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956,

    persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah

    Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    10/43

    SuruhanjayaReid

    Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi

    mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah

    kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir

    Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini

    berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan

    demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai

    Kerajaan Persekutuan yang kuat.

    Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsur-unsur tradisi

    masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta

    menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain.Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini

    telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya

    pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah

    diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang

    dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131

    memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu

    dan parti Perikatan.

    Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama

    diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa

    yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil

    Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan

    Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

    Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956 seperti yang termaktub dalam

    Perjanjian London telah diberi tanggung jawab untuk menggubal semula Perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan 1957 kemudiannya

    dipersetujui dan antara lain menyatakan Ketua Negara adalah Yang Di Pertuan Agung

    yang akan dilantik dari sembilan buah negeri, manakala Ketua Kerajaan adalah

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    11/43

    Perdana Menteri yang dilantik dari parti yang mempunyai jumlah terbesar di Dewan

    Rakyat.

    Kemerdekaan Tanah Melayu

    Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada

    27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya

    adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan

    Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga

    kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India.

    Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura

    Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji

    pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan

    Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962

    hingga pertengahan bulan April tahun yang sama. Sewaktu bertugas di Sabah dan

    Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 orang dan

    menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh

    persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja.

    Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan

    berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak

    tentang cadangan penubuhan Malaysia.

    Suruhanjaya ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari

    hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada kerajaan

    Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962. Laporan ini

    mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan

    Malaysia iaitu

    i . menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syarat-syarat

    percantuman

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    12/43

    ii b. lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat dan

    jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.

    iii Baki pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan supaya

    kedua-dua negeri merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia dan mereka

    yang mahu British terus memerintah untuk beberapa tahun lagi.

    Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua syarat

    adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan Sarawak. Antara

    syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:

    i Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan Malaysia

    ii Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiri

    iii Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar

    agama dan imigresen

    iv Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan

    ekonomi di Sabah dan Sarawak

    v Kedudukan bumiputera dikekalkan.

    vi Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi

    untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia

    Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa

    kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan yang

    dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos

    1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh yang sama. Sabah dan

    Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut. Seiring dengan itu, satu Jawatankuasa

    Antara Kerajan (JAK) dibentuk.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    13/43

    Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)

    JAK dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping

    melindungi hak serta kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. JAK diketuai oleh Lord

    Landsdowne sebagai pengerusi, Dato Abdul Razak sebagai timbalan pengerusi serta

    wakil-wakil daripada kerajaan British, Singapura, Sabah dan Sarawak.

    JAK menerima pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya dari Sabah dan

    Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan Malaysia.

    Wakil-wakil dari Sabah menghantar satu memorandum yang mengandungi 20 Perkara

    untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Walaupun para pemimpin

    Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan, tetapi mereka bersetuju dengan perkara

    ynag terkandung dalam Tuntutan 20 Perkara.

    JAK mengeluarkan laporannya pada bulan Februari 1963. Laporan itu

    dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan diikuti oleh Sabah

    pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam Persidangan Parlimen Tanah Melayu

    dan diluluskan sebagai Akta Malaysia, 1963

    Antara beberapa perkara penting dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah dan laporan

    Jawatankuasa Antara Negeri dan Laporan JAK menjadi asas kepada Perjanjian

    Malaysia yang ditandatangani di London pada 8 Julai 1963. Menerusi perjanjian itu,

    kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan

    Sarawak yang akan bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu melalui

    pembentukan Malaysia.

    Pungutan Suara Di Singapura .Pungutan suara atau referendum yang diadakan

    pada 1 September 1962 bertujuan untuk menentukan syarat-syarat yang dipersetujui

    oleh penduduk Singapura untuk bercantum dengan persekutuan Tanah Melayu dan

    bukannya bermakna penduduk Singapura berpeluang menolak rancangan Malaysia.

    Pengundi diberi tiga pilihan iaitu :

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    14/43

    I. Pilihan A percantuman yang memberikan Singapura kuasa autonomi dalam

    buruh, pelajaran dan perkara-perkara lain dan dengan sendirinya rakyat

    Singapura menjadi rakyat Malaysia

    II. Pilihan B percantuman penuh tanpa syarat bagi Singapura sebagai negeri

    yang sama taraf dengan 11 buah negeri-negeri Melayu yang lain

    III. Pilihan C percantuman dengan syarat-syarat yang sama seperti yang

    diberikan kepada wilayah-wilayah Borneo.

    Semasa pungutan suara dijalankan, Barisan Sosiolis (Socialist Front)

    meneruskan tentangan dengan meminta penduduk Singapura untuk memulangkan

    kertas undi kosong sebagai tanda bantahan. Kerajaan Singapura menegaskan bahawa

    sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong dianggap sebagai orang yang belum

    membuat keputusan. Oleh itu, undi mereka ditakrifkan mengikut Artikel 29, Ordinan

    Pungutan Suara yang menyebut bahawa sesiapa yang memulangkan kertas undi

    kosong tanpa ditanda dianggap sebagai bersetuju dengan sebarang keputusan Majlis

    Undangan Singapura

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    15/43

    4.3 Penubuhan Malaysia

    Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di

    antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

    Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk

    memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing

    akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen

    Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk

    meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos

    1963.

    Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya

    diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Antaranya:

    I. semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungiawab Kerajaan

    Persekutuan.

    II. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah

    tetapi agama lain bebas diamalkan.

    III. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan

    bahasa lain masih boleh digunakan.

    IV. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris

    sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.

    V. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen

    danperkhidmatan awam.

    VI. Pada masa yang sama Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan

    Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    16/43

    VII. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan

    orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

    Pembentukan Malayan Union ternyata menjadi pembangkit semangat yang lebih

    kental serta kesungguhan yang padu terutama di kalangan orang Melayu untuk

    menentang penjajah dan akhirnya menuntut kemerdekaan. Malayan Union yang

    banyak merugikan orang Melayu serta menjejaskan kedaulatan raja-raja Melayu

    akhirnya berjaya dibatalkan dengan penentangan yang hebat sehingga menyebabkan

    British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk perlembagaan baru

    yang diisytiharkan pada 1948. Menjelang kemerdekaan 1957, Perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu dirangka semula pada 1957 melalui Suruhanjaya Reid yang

    ditubuhkan pada 1956.

    Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah dua entiti

    yang sangat ketara berbeza, berdasarkan ciri-ciri yang telah dijelaskan. Malayan Union

    jelas menunjukkan usaha British untuk mengawal kuasa orang Melayu dan cuba untuk

    mengenepikan kedaulatan orang Melayu yang diketahui memang suatu institusi yang

    sangat dihormati dan penting bagi orang Melayu. Perpaduan yang di tunjukkan oleh

    orang Melayu ketika itu di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar berjaya memelihara hak

    Melayu. Kekuatan orang Melayu pada ketika itu berjaya menggugat Inggeris sehingga

    mereka terpaksa memansuhkan Malayan Union dan bersetuju menubuhkan

    Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan terbentuklah perlembagaannya.

    Walaupun pada peringkat awal penubuhan Malaysia pelbagai rintangan dan

    cabaran yang terpaksa dihadapi, namun kebijaksanaan pemimpin dan sikap toleransi

    yang tinggi telah Berjaya merungkai segala permasalahan. Segala kata putus dicapai

    dan akhirnya Sabah dan Sarawak sah menjadi sebahagian daripada warga Malaysiatanpa mengetepikan hak-hak istimewa mereka. Semstinya, Perjanjian Malaysia 1963

    mengambil kira kepentingan semua negeri anggota untuk mengekalkan kesejahteraan

    dan perpaduan antara negeri.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    17/43

    BAB 5: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

    DI SESEBUAH NEGARA

    Sebagai sebuah Negara yang bebas merdeka, semestinya Malaysia mempunyai

    satu perlembagaan yang dapat menjamin hak-hak rakyatnya dalam apa jua keadaan.

    Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan

    mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan

    satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua

    dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan

    Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

    Istilah etnik pula berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang

    bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri

    budayanya. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola

    keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan

    ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,

    Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Bagi memelihara

    keharmonian semua kaum dan etnik di Malaysia, perlembagaan amat penting untuk

    digunakan bagi menjamin hak-hak mereka.

    Antara kepentingan perlembagaan ialah dapat memebentuk pemerintah yang

    adil dan mampu memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Hal ini bermaksud, ketua

    kerajaan yang diamanahkan untuk mentadbir negara tidak boleh menyalahgunakan

    kuasa dan mampu menjalankan tugas dengan baik. Sebagi contoh , dalam Perkara

    34 (2), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang

    mempunyai saran. Selain itu, Perkara 34 (3) pula menjelaskan bahawa Yang di-Pertuan

    Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa jua perusahaan komersil.

    Kesemua peraturan ini adalah bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa dengan

    cara mengaut keuntungan yang bersifat peribadi.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    18/43

    Di samping itu, perlembagaan dapat mewujudkan satu bentuk pemerintahan

    yang adil dan tidak menjurus kepada dominasi sesuatu kaum sahaja. Hal ini bermaksud

    ,seseorang ketua atau pemimpin tidak boleh mengamalkan dasar pilik kasih terhadap

    kaum atau etniknya sahaja. Hal ini termaktub jelas dalam perlembagaan Negara dalam

    Perkara 8 (!) bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak

    mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.oleh yang demikian,

    keharnomian negara dapat dipelihara kerana tiada unsur-unsur iri hati dan curiga antara

    satun sama lain.

    Selain itu, perlembagaan juga amat penting untuk menjamin keadilan social

    antara kaum. Hal ini bermaksud seseorang itu bebas untuk menyuarakan pendapatnya

    dan sebarang luahan perasaan berkenaan sesuatu isu. Hal ini jelas dalam Perkara 10

    (!) iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Berikut merupakan

    penerangan secara terperinci berkenaan kebebasan tersebut:

    (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

    (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

    (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan

    Bagaimanapun, kebebasan ini dihadkan melalui Akta Hasutan 1970 yang tidak

    membenarkan seseorang itu bercakap berkenaan perkara-perkara sensitive sewenang-

    wenangnya dan boleh menimbulkan rusuhan kaum. Jelas kepada kita bahawa

    Perlembagaan dapat menjamin hak keadilan social semua kaum dan menjamin

    kesejahteraan hidup masyarakat.

    Di samping itu, perlembagaan juga penting bagi menjaga hak-hakdan kebajikan

    semua kaum. Hal ini bermaksud sebarang unsure-unsur yang ingin diamalkan oleh

    sesuatu etnik hendaklah dihrmatti seperti agama, budaya dan bahasa. Sebagai contoh,

    walaupun Malaysia merupakan agama rasmi, namun semua kaum boleh mengamalkan

    agama masing-masing. Hal ini dapat dilihat dalam Perkara 11 (1) Tiap-tiap orang

    berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    19/43

    mengembangkannya. Begitu juga dengan Perkara 11 (3) bahawa tiap-tiap kumpulan

    agama berhak:

    (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

    (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau

    khairat; dan

    (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut

    undangundang.

    Secara tidak langsung , peraturan ini dapat mengelakkan permusuhan dan curiga

    antara kaum kerana setiap agama bebas diamalkan . Oleh yang demikian, rakyat

    Malaysia bebas hidup secara harmoni dalam masyarakat berbilang bangsa

    Sepertimana yang kita tahu, sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di

    Malaysia pada hari ini adalah kesinambungan daripada warisan system politik beraja

    yang diamalkan sejak zaman kesultanan melayu Melaka .Oleh yang demikian,

    walaupun corak pemerintahan telah bertukar, namun Perlembagaan Malaysia tetap

    melindungi kedaulatan institusi beraja. Hal ini berdasarkan Perkara 181 (2) bahawa

    tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah

    terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas

    yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV. Begitu juga dengan Perkara 39 bahawa Kuasa

    eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan,

    tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan

    Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-

    mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui

    undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain. Hal ini jelas kepada

    kita bahawa kedaulatan institusi beraja yang dilindungi mampu membawa keamanan

    dan kestabilan Negara kerana rakyat menumpahkan sepenuh taat setia kepada raja.

    Perlembagaan juga penting bagi menyemai sikap patriotisme dan menumpahkan

    taat setia hanya kepada Malaysia . Hal ini penting bagi mengelakkan penduduk yang

    mendapat taraf kewargenegaraan selepas merdeka kembali menunjukkan taat setia

    kepada Negara asal. Hal ini amat merugikan Malaysia jika tiada langkah-langkah

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    20/43

    sewajarnya diambil. Oleh itu, perlembagaan dalam Perkara 152 secara jelas

    menyatakan bahawa bahasa kebangsaan di Negara ini ialah bahasa Melayu. Oleh itu,

    semua etnik harus menguasai bahasa Melayu dan menggunakan bahasa tersebut

    dalam sebarang urusan rasmi. Secara tidak langsung, perasaan cintakan Negara dan

    bahasa ibunda dapat dipupuk.

    Di samping itu, perlembagaan juga penting untuk menjamin taat setia rakyat

    kepada Negara. Hal ini bermaksud, rakyat Malaysia tidak boleh mempunyai dua

    mewargenegaraan melainkan dengan sebab-sebab tertentu. Hal ini jelas dalam Perkara

    24 (1) jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah

    memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui

    pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain

    perkahwinan) maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan

    kewarganegaraan orang itu. Oleh yang demikian, kedaulatan dan keharmonian Negara

    dapat dipelihara dan tidak terjejas hanya kerana disebabkan oleh mereka yang belot

    dan tidak lagi mahu menumpahkan taat setia kepada Negara.

    Tidak dilupakan juga, perlembagaan Malaysia telah digubal untuk tidak

    menganiayai penduduk peribumi. Oleh itu, jelas dalam perlembagaan bahawa hak

    keistimewaan orang melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan.

    Hal ini kerana jaminan keistimewaan ini ialah jaminan awal sebelum Persekutuan

    Tanah Melayu merdeka lagi. Begitu juga dengan penduduk peribumi Sabah dan

    Sarawak, jaminan ini diberi semasa mula menyertai Malaysia pada tahun 1963. Antara

    hak keistimewaan orang Melau adalah Tanah Simpanan Melayu, kuota biasiswa,

    perkhidmatan awam, permit perniagaan dan pendidikan awam. Bagaimanapun, hak-

    hak etnik lain juga sentiasa terpelihara kerana terdapatnya prinsip kesamarataan dalam

    perlembagaan Perkara 8 (1), terutama dalam hal ehwal agama dan kebebasan memiliki

    harta.

    Kedudukan kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuk peruntukan

    Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    21/43

    kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan

    perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang

    bukan Melayu. Kemasukan perkhdmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar

    Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu , dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5)

    dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan

    istimewa orang Melayu (Mohd Salleh Abbas, 1985) . Meskipun kaum bumiputera telah

    diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut

    sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan

    dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan

    kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah

    ditetapkan

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    22/43

    BAB 6 : KONTRAK SOSIAL 2

    6.1 Definisi Kontrak Sosial

    Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti

    Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai

    satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. (Syed Ahmad

    Hussein, 1994) Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk

    menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama

    yang berkuasa dan berdaulat.

    Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan

    syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumen ygmengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn

    kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat,

    perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan

    boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan

    ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di

    sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan

    ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    23/43

    6.2 Sejarah Kontrak Sosial

    Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa

    kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri memberi

    atau quid pro quo melalui Perkara 1418 yang berkenaan dengan

    pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan

    Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada

    kaum bumiputera.

    Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara

    kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan

    pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak

    sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu

    UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan

    Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam

    sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita

    dan seterusnya menentukan sifat negara.

    Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk

    negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukansahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.

    Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha

    untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. (Mohamed Jauhar Hassan, 1996)

    Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa

    rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang

    termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    24/43

    6.3 Elemen-elemen kontrak sosial menurut perlembagaan Malaysia

    Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai

    antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.

    Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah

    kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.(Ahmad Mohd Ibrahim,1995).

    Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap

    kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain). (YAM Sultan

    Azlan Shah, 1998)

    Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

    Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patutkepada orang-orang

    bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak

    kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang

    berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuatoleh orang Melayu. Sesungguhnya ada

    jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-

    kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai

    kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu

    masih belum lagi menghasilkan

    keadaan yang setaraf di antara

    orang Melayu dengan

    bukan Melayu.(Malaya Merdeka, 1956)

    Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa

    elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para

    penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang

    dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara

    Malaysia yang berbilang kaum. (Mohamed Suffian Hashim,1984) Peruntukan itu adalah

    hasil proses tawar menawar yang pada asasnya merupakan semangat perjanjian di

    sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Hal ini adalah seperti yang

    diterangkan oleh Mohamed Suffian:

    Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan

    kepada orang-orang bukan Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    25/43

    peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga

    peruntukan lain yang juga dipersetujuioleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu

    Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di

    Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan

    menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam

    masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam

    Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua

    pihak.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    26/43

    6.3.1 Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

    Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada

    perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu

    merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. (Abdul Aziz Bari,1996) Elemen-

    elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah

    Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan

    mereka. Di antaranya ialah kedudukan Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

    Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan

    beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia.

    Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ia

    mengekalkan simbol penting bagi survivalorang-orang Melayu. Semasa pemerintahan

    British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi

    mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu mengikut negeri masing-masing meskipun

    mereka dipaksa menerima beberapa perjanjian dengan British untuk menerima

    penasihat British.

    Apabila kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi

    beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengankonsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. (Salleh Abbas 1997). Raja-raja

    Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan

    kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai

    sebuah negara berdaulat, Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan

    unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara.

    Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.(Abdul

    Aziz Bari, 1999)

    Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi

    kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan,baginda

    dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh

    jemaah menteri. (Perkara 39 dan 40) Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    27/43

    Angkatan Tentera Persekutuan (Perkara 81) dan merupakan salah satu unsur utama

    daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.(Perkara 44)

    Di samping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi

    menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan

    hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu.

    Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan

    (Perkara 159 (5) )boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-

    Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri

    masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang

    secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran

    mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. (Perkara 38 (4) )

    Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh

    secara automatic adalah orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada

    kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga

    adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak

    akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan ( imunity) raja. Negara ini

    masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa

    Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan,

    Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan

    Sarawak.

    Jika kita menelusuri sejarah secara teliti sudah tentu kita akan mendapati orang

    Melayu sejak sekian lama menjadi tunjang pembentukan negara Malaysia. Orang

    Melayu yang rata-ratanya Islam sudah tidak harus dipertikaikan lagi sebagai penduduk

    asal negara ini.

    Mempertikaikan perkara ini seolah-olah mempertikaikan Raja-Raja Melayu juga.

    Walaupun keistimewaan ini dinikmati orang Melayu, orang bukan Melayu tidak pernah

    ditindas di negara kita. Ia adalah manifestasi keunggulan dan jatidiri negara kita.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    28/43

    Menumpahkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu tidak harus dipersoalkan lagi.

    Malah, rakyat sudah pasti bangkit melindungi institusi Raja-Raja Melayu dalam apa juga

    keadaan sejajar dengan apa yang tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    29/43

    6.3.2 Hak Istimewa Orang Melayu

    Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara

    153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

    Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam

    beberapa perlembagaan negeri.

    Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yang memenuhi

    tiga syarat asas;

    (i) menganuti agama Islam,

    (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan

    (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160).

    Walaubagaimanapun, dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum

    sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang

    mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di

    Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa

    dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura

    sebelum Merdeka.

    Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153

    yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di

    bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan

    Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan

    kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan

    menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau

    pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan

    termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

    Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya

    untukorang Melayu.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    30/43

    (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan

    istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-

    kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

    (2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada

    peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah

    menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang

    Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara

    kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan

    juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana

    negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-

    Pertuan Ag

    ong mengenai jawatan dalam per

    khidmatan awam (lain daripada

    perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain

    keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan

    khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang

    difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi

    menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu

    adalah tertaklukkepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

    Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara

    89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-

    undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada

    diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam

    Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana

    dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada

    kedudukan istimewa orang Melayu.

    Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan

    kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan,

    namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-

    kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    31/43

    keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan

    khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

    Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.(Salleh Abbas).Ia

    diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah

    hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan

    dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak

    untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat

    layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini

    juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

    Walaubagaimanapun, setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan

    kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang

    istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini

    bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian

    Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di

    negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    32/43

    6.3.3 Agama Islam sebagai Agama Rasmi

    Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang

    penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk

    (orang Melayu) di Malaysia.

    Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

    Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

    diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan(Perkara 3

    (1) )

    Menurut Tun Salleh Abbas (1986), Melayu dan Islam adalah dua unsur yangbercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.

    Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang

    Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh

    kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka

    tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.

    (Ahmad Ibrahim 1987)

    Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini

    ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang

    menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat

    istiadat Melayu.

    Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang

    mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan membayangkan apa

    yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa

    British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk

    agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu

    dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi

    Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    33/43

    Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut tetapi agama

    lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

    Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

    a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

    b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau

    khairat, dan

    c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya

    mengikut undang-undang

    Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, makakerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan

    untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau

    penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan

    ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan

    untuk tujuan itu.(Perkara 12 (2) ) Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta

    dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk

    pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas

    disahkan oleh Perkara 12(2).

    Langkah Kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai program kemajuan

    hal ehwal Islam telah memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Islam dan

    meneguhkan lagi pegangan mereka kepada agama. Kedudukan Islam sebagai agama

    rasmi telah membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang dari Kumpulan

    Wang Persekutuan Disatukan (Federal Consolidated Fund) pada peringkat

    Persekutuan dan Negeri untuk tujuan membiayai perkembangan agama Islam.

    Ini terbukti apabila kerajaan telah mewujudkan beberapa institusi Islam seperti

    penubuhan pusat pendidikan Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM),

    Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Bank Islam, Sistem

    Insurans Islam (Takaful), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    34/43

    Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Semuanya

    ini bertujuan mengembangkan syiar Islam dan sekaligus membangunkan ummah dalam

    segala aspek kehidupan harian.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    35/43

    6.3.4 Bahasa Melayu

    Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah

    negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan

    bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal

    keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

    Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa

    perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat

    diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan

    bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

    Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa

    mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana

    rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan

    bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada

    pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit

    menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil

    hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju(Perbahasan MPP, 1957)

    Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak

    mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152

    Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

    (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang

    diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

    Dengan syarat bahawa-

    (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain

    bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa

    lain; dan

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    36/43

    (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan

    Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan

    meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam

    Persekutuan.

    Menurut Tun Salleh Abbas,hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan

    menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui

    satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar

    negara ini sejak dahulu lagi.

    Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan

    kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang

    hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan,

    hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita

    tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu

    menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci

    kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak

    sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi

    berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan

    Sesungguhnya kita harus berbangga kerana Bahasa Melayu yang tergolong

    dalam rumpun Austronesia mempunyai sejarah yang cukup panjang. Meskipun

    ketetapan muktamad belum diperoleh oleh ahli-ahli linguistik sejarah dan perbandingan

    yang mengkaji sejarah bahasa Melayu, mereka pada umumnya percaya bahawa

    bahasa Melayu telah mula digunakan sejak dua alaf yang lalu. Yang cukup sahih

    tentang kekuatan bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun ialah bukti bahawa pada

    sekitar abad ke-7 bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan yang luas

    empayarnya, iaitu Kerajaan Sriwijaya dan telah menjadi bahasa agama serta bahasa

    perdagangan juga pada waktu itu.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    37/43

    6.4 Isu-isu Kontrak Sosial Yang Berbangkit

    6.4.1 Isu 1

    Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan

    apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang

    memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa

    parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia

    didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati'. Berikutan itu, Naib

    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut

    dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa

    daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.

    Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan

    tersebut sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun

    beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak

    pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum

    yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu

    juga. Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai

    isu tersebut dihentikan.

    Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada

    masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan

    tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan.

    Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai

    sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan.Oleh sebab itu generasi bukan

    Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Oleh kerana

    bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat

    bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan

    tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi

    mereka tidak nampak signifikasinya pada masa sekarang

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    38/43

    6.4.2 Isu 2

    Penulis juga teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah

    ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina

    Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut

    agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka

    dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

    Pelbagai pihak telah bangun menentang rayuan Suqiu dan bangun berhujah

    bahawa rayuan 83 perkara itu telah melanggar kontrak sosial. Kontrak sosial yang

    mereka maksudkan ialah persefahaman dan perjanjian tak bertulis antara masyarakat

    Melayu dengan masyarakat bukan Melayu pada awal pembentukan negara ini ketika

    mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Sebahagian daripada kontrak sosial itu

    dikatakan telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan

    undang-undang bertulis yang tidak boleh dipinda tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen.

    Manakala sebahagian lagi kontrak sosial itu wujud dalam bentuk tidak bertulis, seperti

    konvensyen dalam tradisi British yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis.

    Suara sumbang daripada segelintir pertubuhan NGO yang membuat tuntutan

    supaya perlembagaan kita dipinda, diumpamakan seperti anai-anai menggigit tiang seri

    supaya bangunan itu runtuh. Penulis berpendapat bahawa majoriti suara rakyat

    Malaysia tidak bersetuju dengan mereka. Sudah sampai masanya bagi semua rakyat

    Malaysia, terutama para pemimpin politik kita menghidup dan menyemarakkan semula

    semangat kerjasama melalui persefahaman dan toleransi sejati dalam kalangan semua

    kaum supaya rakyat hidup dengan aman dan damai. Berilah kerjasama dalam

    menjayakan wawasan Perdana Menteri iaitu menerapkan Konsep 1 Malaysia dimana

    Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan.

    Dengan demikian, dapatlah pemimpin kita menumpukan sepenuh masa untuk

    memajukan bangsa Malaysia melalui pendekatan yang diterima oleh semua pihak.

    Mudah-mudahan harapan dan cita-cita kita hendak melihat Malaysia menjadi sebuah

    negara maju pada tahun 2020 akan tercapai sepenuhnya

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    39/43

    RUMUSAN

    Berdasarkan rentetan sejarah perlembagaan yang telah dilalui, umum

    mengetahui bahawa perlembagaan amat diperlukan oleh sesebuah negara, sebagai

    panduan dan rujukan untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Keperluan

    sesuatu perlembagaan lebih ketara untuk negara yang berbilang etnik seperti Malaysia.

    Jelaslah kepada kita, perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan satu rangka politik,

    ekonomi dan sosial yang memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

    Oleh yang demikian, dapatlah difahami dan dihayati bahawa kepentingan dan

    keluhuran perlembagaan kepada negara kita ialah bagi menjamin kesinambungan

    pentadbiran dan kestabilan politik. Malahan dapat menentukan rangka, bentuk

    pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap,

    jujur dan adil. Di samping itu, mampu menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

    Perlembagaan juga dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara

    seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama.

    Apa yang jelas, ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia,

    formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaumdi Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya

    membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah

    ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang

    terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan

    urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-

    mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan

    perpecahan dalam keharmonian kaum.

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    40/43

    BIBLIOGRAFI

    BUKU

    Abdul Aziz Bari, Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asalNegara dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996

    Abdul Aziz Bari, Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja dalam

    Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999),

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 43

    Ahmad Ibrahim 1987), Islam and Constitutions dalam Kertas Kerja Persidangan The

    Malaysia After 30 Years, Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

    Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam

    dalam Perlembagaan Malaysia, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam,

    anjuran IKIM pada 17 dan 18 Ogos 1995

    Malaya Merdeka, 26 April 1956

    Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd.

    Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24

    Mohamed Jauhar Hassan, Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks

    Masyarakat Yang Berubah dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra

    Muzaffar (edi.) (1996), Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal. 147-148

    Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957

    Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its

    Development1957-1977, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 3

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    41/43

    Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 39

    Syed Ahmad Hussein (1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189

    YAM Sultan Azlan Shah, The Role of Constitutional Rulers in Malaysia dalam The

    Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P.

    Lee (ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, hal. 78

    INTERNET

    http://syafiqe.wordpress.com/2008/08/02/artikel-terkini-kontrak-sosial-sebagai-

    pemangkin-perpaduan-masyarakat/#_ftnref3 dilayari pada 18 Februari

    http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik dilayari pada 19 Feb

    2011

    http://hubunganetnik-malaysia.blogspot.com/2010/02/1-malaysia-memperhalusi-

    konsep-kontrak.html dilayari pada 20 Feb 2011

    http://mshaza.nasweem.com/?page_id=121

    http://panjangakal.com/blog/2010/06/12/wasiat-raja-raja-tanah-melayu.html

    http://warismerdeka.blogspot.com/2008/04/agama-islam-agama-rasmi-malaysia.html

    http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2475

    http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=4755

    http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan_malaysia

    http://staging.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovConstitution/HistoryConstitution/

    Pages/HistoryofConstitution.aspx

    http://pgsragama08.blogspot.com/2009/11/sejarah-ringkas-penggubalan.html

    http://malay.cri.cn/781/2008/12/22/24s93320.htm

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    42/43

  • 8/7/2019 ESAIMEN HE

    43/43