23
FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT SEMESTER SEPTEMBER 2014 CBCT 2203 : BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY MATRICULATION NO : 800814015478001 IDENTITY CARD NO : 800814015478 TELEPHONE NO : 017-6833487 E-MAIL : [email protected]

esaimen komputer 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

it

Citation preview

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

SEMESTER SEPTEMBER 2014

CBCT 2203 : BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGYMATRICULATION NO: 800814015478001

IDENTITY CARD NO : 800814015478

TELEPHONE NO

: 017-6833487

E-MAIL

: [email protected]

LEARNING CENTRE: MELAKA

TUTOR

: EN.OTHMAN BIN MOHAMAD

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

2

2.0Ciri-Ciri Baru Yang Akan Dimasukkan Dalam Komputer Baru

63.0Ciri-Ciri/Fungsi-Fungsi Lama Yang Akan Dikekalkan Dan Dibuang84.0Prinsip-Prinsip Yang Akan Diguna Pakai Dalam Merekabentuk

10Komputer Generasi Baru

5.0 Kesimpulan

126.0 Rujukan

141.0 PENGENALANKomputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program atau atur carakomputer mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.Komputer merangkumi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat secara tepat dan mudah. Penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah yang menerangkan perbezaan definisi data, maklumat dan pengetahuan.

Jadual 1.1 Definisi Data, Maklumat, dan Pengetahuan

Senn (1998) mengatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi kerja iaitu mengumpul, memproses, menjana, menyimpan, mendapatkan semula dan menyampaikan maklumat. Kadang-kala komputer melaksanakan beberapa fungsi secara serentak. Sebagai contoh, lampiran jadual di bawah dapat menerangkan fungsi, definisi dan contoh IT. FungsiDefinisiContoh

MengumpulMengumpul rekod aktiviti untuk digunakan kemudian.Membaca maklumat pengundi, membaca meter elektrik.

MemprosesProses mengubah, menganalisis, mengira dan mensisntesiskan semua bentuk data atau maklumat.Mengira undi, pemprosesan bil elektrik, pemprosesan perkataan, pemprosesan cukai.

MenjanaMengumpul maklumat ke dalam bentuk yang berguna, sama ada sebagai teks, audio atau imej.Bil elektrik, jadual, graf, carta di atas cakera, pita, fail CD-ROM

MenyimpanProses pengkomputeran dalam menyimpan data dan maklumat untuk digunakan kemudian.Rekod cukai pendapatan, rekod keahlian persatuan, rekod kesalahan trafik.

Mendapatkan maklumatMenempatkan data dan memperolehnya kembali.Faks, e-mel, mel suara, laporan

MenyampaiMengambil, menghantar, atau mempersembahkanE-mel, mel suara

Jadual 1.2: Enam Fungsi Teknologi Maklumat

Jadual 1.3: Empat Manfaat Teknologi Maklumat

Terdapat empat manfaat daripada IT seperti dalam jadual di atas. Teknologi maklumat secara umumnya dapat membantu masyarakat kearah menjalani kehidupan dengan lebih baik serta membantu menyelesaikan masalah seperti proses mengecam dan meneroka penyelesaian masalah secara efektif.

Pada ketika ini, komputer merupakan suatu keperluan dan kemestian bagi setiap urusan kerana melalui komputer kita boleh melakukan pelbagai aktiviti serta membolehkan segala urusan dilakukan dengan pantas dan tersusun. Penggunaan komputer juga merupakan satu alat perantaraan untuk berkongsi pelbagai jenis maklumat bagi tujuan yang berlainan. Contohnya, untuk pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagai punca maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.Komputer dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya komputer sangat membantu dalam menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan dengan baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui komputer untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer riba, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya. Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan seta lebih cekap.Pendidikan jarak jauh dipermudahkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Keadaan semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat.Dewasa ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berlakunya perkembangan pesat dalam perkhidmatan sedemikian pada masa kini, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.Komputer tidak hanya digunakan oleh orang dewasa saja, namun kanak-kanak juga boleh menggunakannya dan mereka boleh belajar sambil bermain. Beberapa fungsi dari komputer yang sering dimanfaatkan oleh manusia ialah terdapatnya pengisian yang lengkap di dalam komputer yang boleh kita gunakan. Komputer juga membolehkan kita berinteraksi dengan pengguna lain di seluruh pelusuk dunia , asalkan berhubung dengan jaringan internet seperti Facebook, Twitter dan sebagainya yang mana semakin hari mereka semakin mempercanggih sarana tersebut demi kepuasan penggunanya yang berkonsepkan dunia di hujung jari.Pemantapan fungsi-fungsi komputer dari segi aplikasi luaran dan dalaman dari masa ke semasa amat perlu bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna. Ini kerana pengguna akan sentiasa menginginkan pemprosesan yang lebih berkualiti, lebih berprestasi dan mempunyai fungsi-fungsi yang lebih interaktif dan memudahkan bagi menjalankan kerja-kerja harian mereka.Oleh yang demikian, untuk tugasan kali ini saya sebagai jurutera komputer di Silicon Valley, USA akan mereka bentuk komputer generasi baru bagi mendalami dan memantapkan lagi fungsi-fungsi komputer dari segi luaran dan dalaman untuk memudahkan pengguna di masa hadapan.2.0 CIRI-CIRI BARU YANG AKAN DIMASUKKAN DALAM KOMPUTER BARUSeiring dengan perkembangan zaman, dan kemajuan ilmu pengetahuan serta teknologi yang begitu cepat bukanlah hal yang mustahil bagi manusia untuk menikmati berbagai layanan yang semakin canggih dan fungsi-fungsi baru dari komputer pada masa akan datang. Oleh yang demikian konsep komputer baru yang akan saya perkenalkan adalah komputer model pena. Komputer ini direka bersaiz kecil sebesar telefon bimbit dan kelebihannya adalah ia boleh dimasukkan didalam poket dan sangat mesra pengguna serta mudah untuk dibawa kemana-mana. Komputer pena ini akan direka seperti telefon pintar yang ada di pasaran di mana ianya mempunyai sokongan wireless dan bluetooth. Ini bagi memudahkan perkongsian dan mampu menyambung dengan peranti multimedia lain, seperti kamera, mesin pencetak, telefon, dan speaker yang boleh menggunakan akses bluetooth, sehingga tidak memerlukan kabel penghubung lagi. Komputer pena ini juga akan dilengkapi dengan sokongan kamera depan dan belakang yang berprestasi tinggi.Antara ciri-ciri lain, komputer ini juga akan dilengkapi dengan teknologi 3D Hologram. Teknologi 3D Hologram ini sangat membantu dari segi kepelbagaian keperluan manusia di era ledakan teknologi terkini. Kesibukan dan mobiliti yang tinggi dapat diatasi dengan teknologi komunikasi ini. 3D Hologram ini lebih kurang sama dengan 3G dan webcam, tetapi ia mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dapat menzahirkan gambar atau objek dalam bentuk 3D dan sistem hologram ini dapat berfungsi sebagai salah satu alat komunikasi. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk mengubati rasa rindu kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang jauh dimata.

Teknologi yang dikenali sebagai hologram ini akan memudahkan pengguna berbual mesra dengan menggunakan aplikasi video chatting kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui komputer anda melalui projektor. Projektor kecil yang terdapat pada komputer itu akan memancarkan imej video maya apabila anda sedang menggunakan aplikasi tersebut. Dalam dunia pendidikan hal ini dilihat sangat membantu. Jika pada zaman sebelum ini setiap pelajar dan pensyarah atau guru harus hadir dalam satu perjumpaan atau program supaya dapat bertemu mata ke mata, tetapi dengan terciptanya teknologi ini proses pembelajaran dapat dilaksanakan walaupun tidak berada dalam satu bilik yag sama. Projektor kecil yang ada pada komputer ini juga boleh digunakan sebagai alat bantu semasa pembentangan tanpa memerlukan projektor yang lain. Pengguna tidak perlu lagi membawa dua tiga buah beg untuk membuat pembentangan kertas kerja dan pendidik juga tidak memerlukan projektor yang besar dan membebankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya tukarkan sahaja kepada mode pembentangan maka projektor ini akan berfungsi dengan memancarkan gambar dan saiz output juga boleh dilaraskan. Projektor yang dibina pada komputer ini mampu memberi kemudahan dan kepuasan yang optimum kepada pengguna.Komputer ini juga dilengkapi bola tetikus di tengah-tengahnya yang membolehkan pengguna mengawal fungsi komputer dan aplikasi dengan hanya menyentuh bayangan di udara melalui hologram yang dipancarkan dari projektor komputer. Komputer bersaiz telefon ini disertakan dengan stand untuk memudahkan ia dikendalikan serta boleh juga diletakkan di atas tapak tangan sahaja atau di atas meja untuk membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.Komputer ini juga akan disertakan dengan kemudahan virtual keyboard yang mana papan kekunci ini sangat fleksibel kerana boleh digunakan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ianya juga tidak memerlukan ruang yang besar untuk membawanya seperti papan kekunci yang ada di pasaran sekarang. Ini kerana virtual keyboard ini dibangunkan dengan mengaplikasikan teknologi laser untuk permukaan rata. Sinar laser yang dipancar dari sudut khas komputer akan memancar grafik ke permukaaan yang rata yang membentuk sebuah papan kekunci maya.Seperti mana komputer riba yang mempunyai charger untuk mengecaj bateri pada komputer, komputer ini menggunakan teknologi solar untuk mengecaj bateri komputer. Hanya letakkan komputer di tempat cas yang dibina seperti kotak, dalam beberapa jam bateri komputer itu akan penuh dan boleh digunakan semula. Kelebihan cas semula menggunakan teknologi solar ini adalah sangat memudahkan pengguna apabila berada di luar. Mereka tidak perlu bersusah payah mencari plug untuk cas semula komputer tersebut seperti yang gunapakai pada masa sekarang. Bateri komputer ini juga akan berhenti mengecas dan pengaliran elektrik juga turut berhenti serta merta apabila bateri sudah penuh dicas. Ini bagi menjaga jangka hayat serta ketahanan bateri supaya tidak mudah rosak.Kemampuan komputer ini juga dipertingkatkan supaya lebih berkuasa dan beroperasi secara parallelisma (selari) seperti komputer pelayan prestasi tinggi. Penggunaan kuasa yang tinggi oleh komputer masa depan seperti komputer ini perlu bagi menjalankan pelbagai aktiviti pemprosesan tinggi seperti teknologi pengecaman imej, perlombongan data dan sintesis (pelbagai gabungan) data. Bagi menyokong kerja-kerja seperti itu, komputer ini akan menggunakan sistem vector processor. Sistem vector processor ini mempunyai prinsip iaitu adanya penggunaan dari beberapa buah prosesor yang dapat bekerjasama secara selari (parallel). Prosesor ini saiznya lebih kacil berbanding prosesor pada komputer supaya mudah diletakkan di dalam komputer pena ini.

Seperti komputer lain, ia juga dilengkapi 2GB RAM dan ruang storan 500GB SSD disokong oleh slot kad Micro SD atau Micro USB. Ruang storan yang besar amat penting bagi menampung teknologi terkini kerana pelbagai data berkualiti tinggi adalah bersaiz besar. Model yang tampil dengan reka bentuk yang kecil bagi tujuan penjimatan ruang ini juga turut mempertingkatkan kebolehan pada fungsi lain seperti sambungan rangkaian komuniti sosial dan aplikasi pengecaman muka sebagai kata laluan log masuk.3.0 CIRI-CIRI SERTA FUNGSI-FUNGSI LAMA YANG AKAN DIKEKALKAN DAN DIBUANG

Walaupun komputer yang direka mengalami anjakan teknologi yang berbeza seperti sekarang, namun masih terdapat ciri-ciri lama yang akan dikekalkan contohnya dari segi sistem operasi yang akan digunakan. Pada masa sekarang window 8sangat relevan untuk dikekalkan dan dibina di dalam komputer pena ini. Ini kerana antaramukanya (charm bar) yang interaktif untuk mencapai aplikasi sangat sesuai dengan komputer yang menggunakan konsep hologram ini. Oleh sebab itu, kerjasama dengan Syarikat Microsoft perlu untuk membina komputer ini supaya perisian di dalam komputer ini disokong oleh perisian-perisian yang dihasilkan oleh Microsoft.Selain itu, fungsi wireless dan bluetooth masih dikekalkan seperti komputer sekarang. Ini bagi memudahkan perkongsian dan mampu menyambung dengan peranti multimedia lain, seperti kamera, printer, dan speaker yang boleh menggunakan akses bluetooth, sehingga tidak memerlukan kabel penghubung lagi. Secara keseluruhannya, fungsi-fungsi lama komputer masih dikekalkan malah dipertambahbaikkan lagi agar penggguna lebih teruja dan lebih praktikal dalam urusan seharian.Penggunaan skrin seperti komputer pada masa sekarang iaitu menggunakan teknologi lcd tidak lagi digunakan kerana sudah tersedia hologram yang lebih fleksibel dari segi saiznya dan penggunaannya. Tidak ada lagi masalah skrin rosak atas sebab terlalu panas dan sebagainya. Ini akan mengurangkan kos penyelenggaraan komputer tersebut dari segi penjagaan skrin yang mana pengguna tidak perlu berfikir untuk menangani masalah tersebut.

Selain digunakan untuk melaksanakan tugas dan berkomunikasi secara maya, komputer juga kini berperanan penting sebagai medium utama dalam fungsi hiburan seperti permainan muzik dan filem, permainan video dan televisyen. Bagi membawa kemudahan itu kepada pengguna, komputer ini juga tampil dengan teknologi hiburan berdefinisi tinggi. Menerusi nisbah 16:9 dan sokongan resolusi 1920 x 1080 berdefinisi tinggi, ia menghasilkan imej berkualiti dan menarik. Paparannya juga menawarkan penonton dengan pengalaman hiburan sebenar seperti di pawagam. Ini akan memberi kepuasan tanpa batasan kepada pengguna.

Rajah 3.1 : Ukuran rekabentuk komputer generasi baru.4.0 PRINSIP-PRINSIP YANG AKAN DIGUNAPAKAI DALAM MEREKABENTUK KOMPUTER GENERASI BARUObjektif utama pembinaan teknologi komputer adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menolong pengguna dan organisasi menyelesaikan masalah dan memulakan kreativiti di mana ia membolehkan mereka bekerja lebih pantas dan berkesan. IT boleh membantu mereka dalam aktiviti harian. Oleh itu, IT membebaskan pekerja daripada rutin kerja, membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki kehidupan seharian mereka. Jadual di bawah menerangkan kepentingan lapan prinsip IT.

Jadual 1.3 Lapan Prinsip Teknologi Maklumat

Dalam merekabentuk komputer pena ini, prinsip utama yang akan digunakan adalah kebolehgunaan (usability) yang bermaksud, sesuatu rekaan mestilah mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan sebagainya. Ini adalah salah satu prinsip yang digunakan dalam menghasilkan komputer rekaan terbaru kerana kebolehgunaan merupakan salah satu faktor yang digunakan untuk mengukur sejauh mana penerimaan pengguna terhadap suatu sistem atau rekaan.

Selain itu, prinsip lain yang akan diberi perhatian adalah dari segi keselamatan komputer. Keselamatan komputer merupakan satu ciri penting untuk sistem pengoperasian kerana maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer adalah penting dan bernilai tinggi kepada suatu organisasi. Oleh yang demikian, komputer pena ini akan didatangkan bersama-sama sistem keselamatan khas yang lebih mantap serta berkesan contohnya seperti membina kata kunci (password) dengan menggunakan cap jari. Hanya cap jari yang didaftarkan didalam komputer ini sahaja yang dibenarkan untuk mengakses komputer tersebut. Perisian antivirus khas juga dibina bagi menghalang virus-virus dari mengganggu keselamatan data.Komputer ini juga direka dengan lebih fleksibel dan mesra IT yang mana ianya mampu dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil dan boleh dibesarkan saiz output mengikut keselesaan pengguna dengan menggunakan kemudahan hologram. Rekabentuk komputer yang ringkas dan bersifat mesra pengguna adalah bertujuan untuk mempercepatkan interaksi antara pengguna dengan sistem.Teknologi yang direka ini juga berdasarkan prinsip inovasi yang mana teknologi hologram bukanlah lagi mimpi dan cerita-cerita dongeng yang tidak mampu diwujudkan. Perkembangan teknologi dari masa ke semasa juga akan mengubah cara berfikir pengguna menjadi lebih inovatif dan kreatif.5.0 KESIMPULANLedakan teknologi komputer adalah terlalu pantas dan menakjubkan. Namun, diharapkan agar persaingan inovasi-inovasi yang bakal muncul di masa hadapan akan dapat memberikan manfaat bagi kehidupan manusia dan tampak positif terhadap lingkungan sekitar. Perkembangan teknologi juga diharapkan semakin bersifat mesra alam, sehingga tidak akan merosakkan bumi, persekitaran tempat tinggal, serta kehidupan seharian kita.Semakin lama dunia teknologi akan semakin berkembang, dari teknologi komputer, sampai elektronik dan automotif ikut bersaing dalam perkembangannya. Perkembangan di zaman moden mengikuti para pencetus teknologi untuk memperbaharui produknya demi perubahan dan pengembangan di era masa depan, dimana para pencetus meningkatkan kecanggihan dan kehebatan dari produk teknologinya terutama pada komputer.Kini kita kembali kepada perkembangan teknologi komputer masa kini, meskipun komputer sudah menjadi alat yang multifungsional dan teknologi yang digunakan sudah berkembang dengan pesatnya tetapi fungsi yang dimiliki masih sangat terbatas (sebagai contoh: komputer hanya digunakan sebagai alat bantu pekerjaan di pejabat, dan hiburan saja) dan tidak semua orang memerlukan atau memakai komputer. Untuk itulah, maka dimasa depan nanti komputer harus benar-benar menjadi alat yang serbaguna dimana penggunaannya dapat mnyokong semua aktiviti keperluan manusia dan dapat memberikan kemudahan dalam segala hal dan juga benar-benar bersifat user-friendly sehingga semua golongan masyarakat dapat menggunakannya.Semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding bahu untuk menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam kehidupan dan pekerjaan. Namun begitu, perlu diingat, jika komputer digunakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah, maka implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer sebaik-baiknya supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini. Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Di samping menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah kepada generasi masa kini yang tentunya berfikiran mileniumKesimpulannya, komputer masa depan diharapkan akan dapat berinteraksi secara langsung dengan otak manusia tanpa melalui perantara seperti keyboard, mouse, monitor, dan lain-lain. Sehingga nantinya setiap orang tetap dapat mengakses komputer sambil berjalan tanpa perlu menunduk untuk melihat display dari komputer seperti komputer saat ini atau telefon pintar. Itulah beberapa perkembangan teknologi komputer masa depan yang semakin mempermudahkan penghidupan manusia kerana menurut fungsi utama teknologi adalah setiap ciptaan akan mempermudahkan kerja dan menjimatkan masa manusia.

[2800 patah perkataan]6.0 RUJUKANMALAYSIA, Open University. (2004). CBCT 2203 Konsep Asas Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.MALAYSIA, Open University. (2005).CBAD2103 Analisis dan Rekabentuk Sistem.Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.MALAYSIA, Open University. ( 2005).Analisis Dan Pemodelan Data, Kuala Lumpur:UNITEM Sdn. Bhd.Mohd Yazid, Paridah Samsuri, Rozlina Mohamed, Suhaimi Ibrahim, Wan MohdNasir (2000).Kejuruteraan Perisian. FSKSM : UTMRoyger Jackson Simamora. (2012). Pengantar Teknologi Informasi.http://www.slideshare.net/RoygerSimamora/sejarah-perkembangan-komputer-36988406Ridzwan Md Amin (2004).Parallelisma - Trend Mega Komputer Masa Depan. Utusan Malaysia, 10 November.

kamera

Virtual keyboard

projektor

skrin

Slot kad storan

keypad

14