23

Click here to load reader

Ert

Embed Size (px)

DESCRIPTION

persatuan kokurikulum

Citation preview

Page 1: Ert

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KOKURIKULUM

UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN EKONOMI RUMAHTANGGA

DISEDIAKAN OLEH:

NORALINA BINTI SOMAH

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (ERT)

DATO’ UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

REMBAU N.SEMBILAN

1

Page 2: Ert

PERANCANGAN 5 TAHUN AKTIVITI PERSATUAN EKONOMI RUMAHTANGGA (ERT)

PENDAHULUAN

Gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, berasaskan lanjutan

daripada pembelajaran di bilik darjah. Ini bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum

adalah sangat penting kerana ia menyediakan pengalaman yang menyeluruh di sekolah bagi perkembangan mental, minat dan bakat,

sosial, fizikal dan rohani murid-murid.

Penubuhan Persatuan Ekonomi Rumahtangga (ERT) bertujuan menanam sifat keusahawan di kalangan ahli kelab dan juga

memupuk sifat harmoni, gotong royong dan bertolak ansur. Di samping itu juga dapat melahirkan insan yang berketrampilan di dalam

bidang intelektual dan kemahiran serta dapat menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat,agama, bangsa dan negara.

Persatuan Ekonomi Rumahtangga ini juga ditubuhkan untuk mempraktikkan pendekatan pendidikan yang menyeluruh untuk

kemahiran kognitif, afektif, dan psikomoto dan mengadakan kemudahan untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

OBJEKTIF

1. Dapat memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar.

2. Memberi pengetahuan, kefahaman dan kepekaan kepada pelajar berkaitan kemahiran dan informasi terkini.

3. Memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran dan bakat yang ada di dalam diri.

4. Mewujudkan kerjasama dan perkongsian maklumat antara ahli, guru, masyarakat dan pihak yang berkaitan.

5. Dapat membimbing pelajar dalam pengurusan, perancangan, komunikasi semasa melaksanakan aktiviti yang dirancang.

6. Membina sikap positif dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.

7. Meningkatkan tahap kreativiti pelajar dalam pelbagai bidang.

2

Page 3: Ert

MINGGU PROGRAM KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI ABM

1 Sesi suai kenal antara ahli kelab dan guru penasihat

1.Kemahiran berkomunikasi

1. Dapat mengenal antara satu sama lain antara ahli kelab.

2. Dapat mengeratkan silaturahim

1. Sesi memperkenalkan guru penasihat kepada ahli kelab.

2. Sesi suai kenal ahli kelab seorang demi seorang.

2 Lipatan napkin 1. Mengetahui jenis-jenis lipatan napkin

2. Cara-cara melipat napkin mengikut jenis.

Lipatan Merak Kayangan

Tiga egi Mudah Lipatan Buluh

Perindu Lipatan Gulung

Mesra Lipatan Kipas Jepun Lipatan Pucuk

Rebung Lipatan Jantung

Pisang

Lipatan Watikah Perutusan

Simpul Budi Lipatan Sapu

Tangan Dahlia Lipatan Poket Lipatan Kelopak

1.Dapat mengetahui jenis-jenis lipatan napkin.

2.Dapat mengaplikasikan cara-cara melipat napkin mengikut jenis.

3.Dapat merekacipta jenis lipatan yang lebih kreatif

1. Ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan hendaklah menyiapkan tiga jenis lipatan menggunakan sapu tangan kecil.

3. Melabelkan jenis lipatan yang dihasilkan untuk dikumpulkan dan dipamerkan.

1. Edaran untuk jenis dan cara lipatan

3

Page 4: Ert

Lipatan Kapal Layar Lipatan Lilin Lipatan Tiga Segi

Indah3 Kraftangan-

kusyen kecil berbentuk bunga

1. Mengetahui proses-proses menghasilkan kusyen kecil berbentuk bunga

2. Penyediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk kraftangan tersebut.

1. Melahirkan ahli yang boleh menghasilkan kraftangan yang kreatif.

2. Menghasilkan kraftangan untuk hiasan ruang dan dijual.

3. Menanamkan sifat keusahawan dalam jiwa pelajar.

1. Penerangan daripada guru penasihat proses penghasilan kusyen bunga tersebut.

2. Pola untuk kelopak mengikut besar kusyen yang dikehendaki

3. Menyediakan kelopak sebanyak 12 keping fabrik (seelok-eloknya selang selikan warna untuk lebih menarik.

4. Jahitkan 6 keping secara bersebelahan dan 6 keping lagi secara bersebelahan (warna diselang-selikan)

5. Cantumkan 6 kepingan yang pertama dengan 6 kepingan yang kedua secara berhadapan

6.Temukan hujung kanan dan kiri dan jahit.

7.Cerutkan salah satu lubang sama ada

1. Edaran

2. Bahan-bahan maujud seperti fabrik, benang, jarum, renda,mesin untuk menjahit, gam dan lain-lain lagi

4

Page 5: Ert

atas dan bawah menggunkan benang yang kasar.

8.Masukkan fiber ke dalam kusyen sehingga padat.

9.Akhir sekali cerutkan hujung satu lagi sehingga ketat.

10. Kusyen telah berbentuk bunga dan bolehlah dihiaskan menggunakan renda yang sesuai

11.Cerutan atas dan bawah bolehlah diletakkan butang yang sesuai supaya lebih kemas

4 Buku Skrap berkaitan resepi

1. Mengumpulkan bahan-bahan dari keratan akhbar atau majalah.

2. Mengklasifikasikan resepi samada resepi tradisional, moden, biskut dan sebagainya.

1. Dapat menghasilkan satu buku skrap berbentuk resepi dan boleh digunakan sebagai bahan rujukkan.

1.Ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Minta ahli membawa akhbar dan majalah.

3. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut jenis resepi

4.Tampalkan resepi di atas kertas bersaiz A4 putih atau bewarna.

1.Surat khabar lama.2. Majalah

5

Page 6: Ert

5.Kumpulkan hasil dapatan untuk dijilid.

6.Sediakan tajuk untuk kulit hadapan dan indeks untuk memudahkan rujukan

5 Cara hidangan-Melayu,China dan India

1.Semua ahli kelab dapat mencuba cara membuat persediaan peralatan untuk menghidang cara Melayu, Cina dan India.

2. Melihat sendiri peralatan yang digunakan dalam hidangan.

1. Dapat mengenalpasti alat yang digunakan untuk tatasajian Melayu,Cina dan India.

2. Dapat menyediakan cara hidangan Melayu, Cina dan India dengan cara yang betul dan sistematik.

1. Memperkenalkan alat- alat yang digunakan untuk setiap hidangan.

2. Guru penasihat membuat demontrasi cara hidangan Melayu, Cina dan India satu persatu.

3. Membentuk kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah mencuba cara hidangan tersebut dan dipantau oleh guru penasihat.

1. Peralatan sebenar.

2. Edaran berkaitan dengan cara hidangan.

6 Lawatan(cadangan lawatan ke Pusat Kraftangan di Kuala Lumpur)

1.Meneliti kehalusan kerja tangan yang dihasilkan.

2. Kemahiran berfikiran secara kreatif dan kritis tentang cara penghasilan kraf tersebut.

1. Membuka minda ahli kelab mengenai pelbagai bentuk kraftangan.

2. Memperkenalkan kepada ahli-ahli tempat-tempat untuk mendapatkan ilmu

1. Ahli kelab bergerak dalam kumpulan.

2. Mencatat maklumat untuk membuat laporan lawatan.

3. Mengambil gambar untuk tujuan dokumentasi.

1. Lawatan boleh juga di adakan ke rumah Anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua

6

Page 7: Ert

berkaitan jenis-jenis kraftangan.

7 Laporan lawatan

1. Mempelajari cara menulis laporan.

2. Kemahiran menggunakan komputer untuk menaip laporan.

1.Dapat mengetahui cara menulis laporan menggunakan format yang betul.

1. Membuat perbincangan berkaitan dapatan yang diperoleh semasa lawatan.2. Menyediakan laporan untuk diserahkan kepada guru penasihat untuk tujuan fail.

8 Rekreasi 1. Cara-cara senamrobik yang betul

2. Variasi gerakkan senamrobik

3. Cara-cara bermain congkak, batu seremban, galah panjang dan lain-lain

1 Melahirkan ahli yang cergas dan sihat.

2 Menghidupkan kembali tradisi permainan tradisional .

1. Senam robik secara beramai-ramai.

2. Bermain permainan tradisional seperti galah panjang, batu seremban, congkak dan sebagainya

1.VCD senamrobik

2. Congkak

3.Batu seremban

4. Galah panjang

9 Merekacipta ilustrasi pakaian

1. Cara menggunakan crocuise

2. Merekacipta ilustrasi pakaian mengikut kreativiti ahli

1. Dapat melahirkan ahli yang kreatif dalam mereka cipta pakaian.

2. Dapat menghasilkan pelbagai rekaan pakaian.

3. Dapat mengaplikasikan garis gaya dalam rekaan.

1. Pelajar dibekalkan dengan crocuise.

2. Pelajar menekap crocruise kemudian mereka cipta pakaian menggunakan crocruise tersebut.

3. Memasukkan prinsip dan elemen seni reka di dalam rekaan mereka untuk rekaan yang

1.Crocuise

2.Pen Ilustrasi

3.Pensel warna

7

Page 8: Ert

lebih menarik.

10 Tayangan 1. Melatih ahli kelab untuk meneliti tayangan

2. Melatih ahli untuk memberi pandangan atau komen berkaitan tayangan yang dipaparkan.

3. Memberi keyakinan kepada ahli berkaitan dengan komunikasi antara satu sama lain.

1 Dapat mengukuhkan ilmu visual mengikut bidang.

2Melatih ahli untuk menggunakan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah (Bilik Media)

1. Tayangan rekaan fesyen pakaian menggunakan VCD, pita rakaman dan rangkaian ASTRO

2. Pita rakaman berkaitan masakan.

1. TV2. VCD3. Pita rakaman.

11 Demontrasi masakan:Cadangan-Sushi, roti canai dan boleh juga mengikut kesesuaian

1.Menambahkan ilmu pengetahuan ahli cara penyediaan masakan tersebut.

2. Mendedahkan kepada pelajar bahan-bahan yang digunakan

3. Komunikasi antara demontrator dengan ahli.

1. Dapat mendedahkan kepada ahli ilmu berkaitan dengan demontrasi masakkan yang dijalankan

2. Dapat menambahkan lagi keyakinan ahli kelab untuk mendalami ilmu tersebut.

3.Dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di rumah.

1. Demontrasi dijalankan dengan memperkenalkan bahan-bahan yang digunakan.

2. Ahli melihat dan mendengar dengan teliti.

3.Demontrasi masakan

4. Ahli mencuba memasak dalam kumpulan

1. Bahan-bahan untuk masakan yang dipilih.

2.Demontrasi dilakukan di bengkel yang mempunyai peralatan dan tempat yang sesuai.

12 Pengiraan kos 1. Mendedahkan kepada pelajar kos yang digunakan

1. Dapat membuat pengiraan kos untuk sehelai pakaian atau

1. Guru penasihat memberi penerangan kepada

1.Edaran formula pengiraan kos.

8

Page 9: Ert

untuk menghasilkan sehelai pakaian (boleh juga untuk seporsi hidangan)

2. Ahli dapat membuat pengiraan menggunakan formula yang disediakan.

3. Dapat menganggarkan keuntungan bersih dan kasar untuk sehelai pakaian

seporsi makanan.

2. Dapat mengaplikasikan formula untuk mendapatkan kos,keuntungan dan lain-lain.

ahli formula untuk pengiraan kos.

2. Memberi satu senarai bahan untuk menghasilkan sehelai pakaian beserta harga dan kuantiti yang diperlukan

3. Ahli mengaplikasikan penggunaan formula tersebut

-Kos bahan -Kos upah -Kos prima -Kos sampingan -Tambahan harga -Untung kasar -untung bersih

13 Jualan 1. Membina semangat bekerja dalam pasukan (team work)

2. Membuat perancangan yang teliti untuk bahan yang hendak dijual dengan penggunaan kos paling minimum.

3. Membuat kertas kerja (perancangan) yang mengandungi pendahuluan,

1 Menanamkan sifat keusahawan di dalam jiwa setiap ahli.

2 Ahli dapat merancang dan melaksanakan hasil jualan.

3Dapat mendedahkan kepada ahli cara untuk memuaskan hati pelanggan dengan kadar kos paling minimum

1.Pembentangan kertas kerja kepada guru penasihat sebelum hari jualan untuk mendapatkan pandangan.

2. Mengemukakan bentuk produk yang hendak dijual.

3.Mengambil tempahan lebih awal agar setiap permintaan boleh dipenuhi.

4. Pengagihan tugas kepada setiap ahli agar

1. Melantik jawatan kuasa promosi untuk mengedarkan iklan- iklan untuk tempahan.

2. Mengedarkan kertas promosi kepada setiap kelas.

9

Page 10: Ert

objektif, jawatan kuasa pelaksana, kumpulan sasaran, produk yang hendak dijual, anggaran perbelanjaan, sumber kewangan dan sebagainya.

perjalanan jualan lebih sistematik.

14 Kitar Semula (bahan yang dicadangkan perca kain)

1.Kemahiran untuk mencantum kain perca dan seterusnya menghasilkan kraf.

2. Sifat bantu membantu antara satu sama lain

1. Memupuk kreativiti pelajar untuk menghasilkan kraftangan menggunakan lebihan kain (perca)

2 Mewujudkan Semangat berkumpulan dalam menyumbangkan tenaga dan idea untuk menghasilkan kraftangan tersebut.

1.Pembahagian ahli kepada kumpulan kecil.

2. Guru penasihat memberi sumbangan idea untuk dilaksanakan oleh ahli (ahli boleh menghasilkan penutup kotak tisu, alas kaki, beg telekung, pemegang periuk dan lain-lain lagi.

1. Buku rujukan (seni tangan, majalah- majalah yang sesuai.

15 Khidmat Masyarakat

1.Memupuk semangat bekerja dalam pasukan.

2. Kemahiran berkomunikasi dan beramah mesra dengan masyarakat sekeliling.

1. Melahirkan pelajar yang peka terhadap persekitaran.

2.Menyemai sikap bantu membantu antara satu sama lain.

3.Menyemai sifat kesyukuran

1. Membersihkan surau atau masjid yang berhampiran dengan sekolah. (boleh juga dijalankan di peringkat dalaman seperti membersihkan stor di kawasan sekolah, sekililing sekolah dan sebagainya)

2. Ahli dibahagikan kepada

1.Peralatan untuk gotong royong.

10

Page 11: Ert

beberapa kumpulan dan melantik ketua.

3. Mengagihkan tugas agar kerja amal berjalan seperti yang dirancang.

4. Beramah mesra dengan penduduk setempat.

16 Seni sulaman-jahitan asas

1. Mengetahui jahitan asas sulaman.

2. Cara menjahit asas sulaman

3. Kemahiran memilih corak yang sesuai menggunakan jahit asas sulaman tersebut.

1. Mendedahkan kepada pelajar jahitan asas Sulaman

- Jahit rantai- Silang pangkah- -Bulu ayam- Simpul Perancis- Insang pari- Kuku kambing- Sulam padu- Dan lain-lain

1. Guru membuat demontrasi jahitan asas sulaman atau menunjukkan gambar jahitan tersebut.

2. Setiap ahli dibekalkan sekeping fabrik dan menjahit sulaman asas yang diterangkan .

3. Persediaan kain, benang dan jarum bolehlah meminta ahli menyediakan sendiri.

1.Fabrik2.Jarum3.Benang

17 Ceramah Kesihatan-cadangan Diet Seimbang, Kanser Payudara dan yang bersesuaian.

1. Kemahiran mendengar

2. Kemhirian berkomunikasi

3. Keyakinan diri

1.Dapat mendedahkan kepada ahli informasi berkaitan kesihatan seperti diet yang seimbang.

2.Memberi kesedaran kepada ahli betapa

1. Ceramah kesihatan oleh penceramah jemputan seperti dari Pusat Kesihatan

2. Menunjukkan carta-carta yang berkaitan seperti piramid makanan.

1.Carta2. Pamphlet

11

Page 12: Ert

pentingnya menjaga diet yang seimbang

3. Menerangkan simptom-simptom pengidap kanser payudara dan cara- cara mengatasinya.

18 Kuiz (cadangan soalan berbentuk teka silangkata) yang berkaitan dengan kelab

1. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

1. Dapat menjana pengetahuan pelajar dengan soalan yang dikemukakan

2. Menimbulkan sifat daya saing antara ahli persatuan

1. Di jalankan serentak di kalangan ahli

2. Diberi tempoh tertentu untuk menjawab.

3. Tandakan jawapan dan kenalpasti pelajar yang mendapat markah yang tertinggi.

4. Diberi ganjaran dan di sampaikan semasa perhimpunan sekolah.

1. Soalan kuiz(persediaan awal)

19 Pencemaran Makanan

1. Pengetahuan tentang ciri-ciri makanan tercemar.

2. Pengetahuan maksud pencemaran dan puncanya berlaku

1.Dapat memastikan ciri- ciri makanan yang tercemar.

2.Dapat mengetahui definisi pencemaran makanan.

3. Mengenalpasti punca- punca pencemaran.

1.Guru meminta ahli untuk membuat sumbang saran tentang apa-apa yang difahami berkaitan pencemaran makanan.

2. Guru penasihat memberi informasi tentang definisi pencemaran dan punca berlakunya.

3. Penerangan ciri-ciri

1. Pen Marker bewarna

2 Kertas manila

12

Page 13: Ert

makanan yang tercemar iaitu dikenalpasti melalui rupa, warna, tekstur dan bau.

4. Ahli membuat carta di atas kertas manila dan diletakkan ditempat yang sesuai seperti di bengkel

20 Perancangan tempahan cenderahati, bunga dan makanan sempena hari-hari keraian (Hari Guru, Hari kemerdekaan, Pendaftaran pelajar baru)

1.Kemahiran pengurusan.2. Kemahiran mempromosi.

3.Kreativiti untuk bungkusan cenderahati supaya lebih menarik

1. Dapat mendedahkan ahli cara untuk meningkatkan tabungan kelab.

2. Mendedahkan ahli untuk membuat tinjauan harga bahan untuk tempahan. 3. Dapat menanamkan sifat tanggungjawab ke atas tugas yang diamanahkan

1. Mengambil tempahan.

2. Pengagihan tugas.

3.Pembungkusan

4. Label ucapan kepada penerima cenderahati

5. Tempahan boleh diedarkan apabila tiba waktu hari keraian tersebut.

1. Aktiviti mengambil tempahan,pembungkusan dan label dibuat pada perjumpaan sebelum perjumpaan yang akan datang.

2. Pembelian bahan adalah dibawah pemantauan guru penasihat.

21 Mesyuarat Agung

1. Pemilihan ahli jawatankuasa persatuan yang dikenalpasti berkebolehan untuk menguruskan sesebuah kelab.

2. Keahlian terbuka kepada semua pelajar

1. Dapat mendedahkan kepada pelajar dengan sistem pemilihan yang dilaksanakan iaitu sistem demokrasi.

1. Mencadangkan nama- nama untuk jawatan kuasa, disokong dan diundi.

2. Pemilihan boleh juga dibuat secara undi sulit atau terbuka.

3. Setiausaha mencatat ahli yang

13

Page 14: Ert

dipersetujui untuk dilantik untuk difailkan.

22 Gerai jualan sempena hari kantin sekolah (cadangan mengadakan pertandingan gerai tercantik)

1. Mempromosi gerai supaya ramai pelanggan (seperti mengadakan sudut teka biji kacang dengan tawaran hadiah)

2.Kreativiti mencantikkan gerai

1.Dapat menanamkan sifat keusahawan di dalam jiwa ahli.

2. Dapat membina kreativiti pelajar cara mempromosi gerai.

1. Persediaan gerai

2. Mempamerkan senarai menu.

3. Promosi gerai

23-24 Program “Masih Ada Yang Sayang”-menjelang Hari Raya

1. Kemahiran mencari penaja.

2. Membuat Tinjauan

3. Bekerja dalam pasukan

1. Dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

2. Menanamkan sifat kesyukuran di dalam diri setiap ahli kelab.

1. Mengagihkan tugas.

2. Membuat surat untuk mencari penaja.

3. Menghasilkan biskut hari raya dan membungkus.

4. Menghantar surat meminta sumbangan kepada ibu bapa penjaga.

1.Sumbangan boleh berbentuk hamper, duit, kuih raya, pakaian dan lain-lain yang sesuai.

25 Jamuan Akhir Tahun

1.Kemahiran merancang.

2. Kemahiran Berkomunikasi dan kemahiran bertukar pendapat.

3. Bekerja dalam pasukan

1. Dapat mewujudkan kemesraan di antara ahli dan guru.

2.Memberi insentif kepada ahli kelab.

3. Sebagai penghargaan kepada guru

1. Menjemput pihak pengurusan hadir ke jamuan ( sediakan kad jemputan)

2. Pemilihan tema jamuan.

3. Persembahan untuk

14

Page 15: Ert

penasihat dan ahli kelab.

memeriahkan majlis.

4. Penyampaian cenderamata kepada ahli kelab, pihak pengurusan dan guru penasihat.

5. Penyampaian sumbangan kepada anak yatim piatu dan pelajar yang berpendapatan rendah sempena program Masih Ada Yang Sayang.

15