17
DEFINISI Rangkaian sejuk (Cold Chain) adalah satu system untuk penyimpanan dan penghantaran vaksin dalam keadaan µpotent¶ daripada pengeluar sehingga kepada individu yang diimunisasikan. Sistem ini adalah satu komponen yang amat penting dalam program imunisasi. Hal ini kerana keberkesanan vaksin akan mengurang mengikut masa, terutamanya apabila terdedah kepada haba.Akan tetapi, terdapat juga vaksin yang hilang potensinya apabila disejukkan.Impak daripada putusnya system ini akan menyebabkan potensi dan efikasi vaksin akan terjejas. Selain itu, ketadaan bekalan vaksin akan menjejaskan program imunisasi semasa dan merugikan wang kerajaan.Dalam pada itu juga, ia akan menjejaskan keyakinan masyarakat kepada perkhidmatan kesihatan. Elemen penting yang perlu dilakukan oleh pekerja kesihatan adalah mengekalkan suhu yang tepat. Sistem ini juga terdiri daripada 3 elemen utama iaitu: 1)Personnel- individu yang menggunakan dan mengekalkan peralatan serta memberikan servis kesihatan. 2) Equipment- untuk penyimpanan dan pengangkutan vaksin yang selamat. 3) Procedures- pengurusan dan pengawalan pengedaran dan penggunaan vaksin. ALIRAN, PEMBEKALAN, P ENJAGAANSE MASAPENGANGKUTANVA aksin disimpan dalam suhu 2°C-8°C semasa penghantaran menggunakan pengangkutan khas. Kemudian vaksin akan disimpan di stor pengedar( primary vaccine store). Di sini, vaksin

DEFINISI penyakit 8

Embed Size (px)

Citation preview

DEFINISI

Rangkaian sejuk (Cold Chain) adalah satu system untuk penyimpanan dan

penghantaran

vaksin dalam keadaan µpotent¶ daripada pengeluar sehingga kepada individu yang

diimunisasikan.

Sistem ini adalah satu komponen yang amat penting dalam program imunisasi. Hal

ini

kerana keberkesanan vaksin akan mengurang mengikut masa, terutamanya apabila terdedah

kepada haba.Akan tetapi, terdapat juga vaksin yang hilang potensinya apabila

disejukkan.Impak

daripada putusnya system ini akan menyebabkan potensi dan efikasi vaksin akan terjejas.

Selain

itu, ketadaan bekalan vaksin akan menjejaskan program imunisasi semasa dan merugikan

wang

kerajaan.Dalam pada itu juga, ia akan menjejaskan keyakinan masyarakat kepada

perkhidmatan

kesihatan.

Elemen penting yang perlu dilakukan oleh pekerja kesihatan adalah mengekalkan suhu yang tepat. Sistem ini juga terdiri daripada 3 elemen utama iaitu: 1)Personnel- individu yang menggunakan dan mengekalkan peralatan serta memberikan

servis kesihatan.

2) Equipment- untuk penyimpanan dan pengangkutan vaksin yang selamat.

3) Procedures- pengurusan dan pengawalan pengedaran dan penggunaan vaksin.

ALIRAN, PEMBEKALAN, P ENJAGAANSE MASAPENGANGKUTANVAaksin disimpan dalam suhu 2°C-8°C semasa penghantaran menggunakan pengangkutan khas. Kemudian vaksin akan disimpan di stor pengedar( primary vaccine store). Di sini, vaksin

tersebut akan disimpan ke dalam bilik sejuk(2°C-8°C) dan bilik beku pada -15--25°C.

Selepas

itu, vaksin akan dihantar ke stor-stor daerah.Di stor daerah, vaksin akan disimpan ke dalam

bilik

sejuk(2°C-8°C) dan bilik beku pada -15--25°C sebelum dihantar ke pusat-pusat kesihatan.

Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan virus bagi manusia, disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.[1]

Bengkak pada kelenjar liur (secara klasik dikenali sebagai kelenjar parotid) merupakan ciri penonjolan biasa.[2] Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) dan rash juga mungkin berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak.[3][4][5] Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit.

Isi kandungan

[sorok] 1 Simptom 2 Prodrome

3 Tanda dan ujian

4 Penyebaran

5 Rawatan

6 Prognosis

7 Mengelak

8 Rujukan

9 Pautan luar

[sunting] Simptom

Perbandingan seseorang sebelum dan selepas mendapat beguk

Simptom beguk yang lebih biasa adalah:

Radang Parotid inflammation (atau parotitis) dalam 60–70% jangkitan dan 95% pesakit ada menunjukkan simptom.[2] Parotitis menyebabkan bengkak dan sakit setempat, terutama apabila mengunyah. Ia boleh berlaku pada satu sisi (unilateral) tetapi lebih biasa berlaku dalam 90% kes pada kedua-dua sisi (bilateral).[6]

Demam

Sakit kepala

Orchitis , merujuk kepada keradangan menyakitkan pada buah zakar.[7] Lelaki melepasi matang yang mengidap beguk mempunyai 30 peratus risiko orchitis.[8]

Simptom lain beguk termasuk mulut kering, muka dan/atau telinga perit dan kadang kala dalam kes lebih serius, kehilangan suara. Tambahan lagi, sehingga 20% orang yang dijangkiti dengan virus beguk tidak menunjukkan apa-apa simptom, dengan itu mampu dijangkiti dan menyebarkan virus tersebut tanpa disedari.[9]

Waktu terdedah sehingga timbul gejala penyakit ialah dari 14 sehingga 25 hari. Tempoh pengasingan yang disarankan selama 9 hari setelah bengkak timbul.

Pencegahannya ialah melalui imunisasi (MMR) pada usia 12 bulan dan 4 tahun.

[sunting] Prodrome

Demam dan sakit kepala merupakan simptom prodromal bagi beguk, bersama dengan malaise dan anorexia.

[sunting] Tanda dan ujian

Pemeriksaan fizikal mampu mengesahkan kehadiran kelenjar yang bengkak. Biasanya penyakit di diagnoses berdasarkan klinikal dan pengesahan ujian makmal tidak diperlukan. Jika terdapat kesangsian mengenai diagnosis, ujian air liur, atau serologi darah mungkin dilakukan; pengesahan diagnostik terbaru, menggunakan teknologi tindak balas jaringan polymerase masa benar ("real-time nested polymerase chain reaction - PCR"), juga telah dibangunkan.[10] An estimated 20%-30% of cases are asymptomatic.[11] Sebagaimana dengan sebarang keradangan kelenjar liur, serum amylase sering kali meningkat.[12][13]

[sunting] Penyebaran

Beguk merupakan penyakit berjangkit yang merebak antara orang kepada orang melalui hubungan dengan lendir pernafasan seperti dari air liur orang yang dijangkiti. Apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin, titisan menjadi semburan dan mampu memasuki mata, hidung, atau mulut orang lain. Beguk juga boleh tersebar melalui perkongsian makanan, minuman, dan bercium. Virus ini juga mampu hidup pada permukaan dan tersebar selepas hubungan dalam cara yang sama.

Mereka yang dijangkiti beguk mudah menjangkiti sejak sekitar 6 hari sebelum timbul simptom sehingga 9 hari selepas simptom bermula.[14][15] tempoh pengeraman (masa sehingga simptom timbul) boleh dari 14–25 hari tetapi biasanya 16–18 hari.[16]

[sunting] Rawatan

Tidak terdapat rawatan khusus bagi beguk. Simptom mungkin diringankan melalui penggunaan air batu atau haba sekali sekala kepada bahagian tengkuk yang terkena dan penggambilan acetaminophen/paracetamol (Tylenol) bagi meringan kesakitan. Aspirin tidak digunakan kerana kaitan hipothetikal dengan sindrom Reye. Berkumur dengan air garam suam, makanan lembut, dan pengambilan lebih cecair boleh membantu mengurangkan simptom.

Pesakit dinasihat untuk mengelakkan air buah atau sebarang makanan berasid, kerana ini akan merangsangkan kelenjar liur, yang boleh menyakitkan.

[sunting] Prognosis

Amat jarang berlaku kematian. Penyakit ini biasanya terhad, dan kebanyakannya berakhir dengan baik, sungguhpun jika organ lain terbabit.

Komplikasi beguk yang diketahui termasuk:

Jangkitan sistem organ lain Jangkitan virus beguk pada lelaki remaja dan dewasa membawa sehingga 30% risiko

bahawa zakar mungkin dijangkiti (orchitis atau epididymitis), yang boleh menjadikannya amat sakit; sekitar separuh daripada jangkitan ini mengakibatkan testicular atrophy,dan dalam sebilangan kecil kes kemandulan mungkin berlaku.[17]

Keguguran sepontan dalam 27% kes bagi trimester pertama kehamilan.[17]

Bentuk serdahana meningitis dalam sehingga 10% kes[17] (40% kes berlaku tanpa bengkak parotid)

Oophoritis (keradangan ovari) bagi sekitar 5% remaja dan wanita dewasa,[17] tetapi kesuburan jarang terjejas.

Pancreatitis dalam sekitar 4% kes, menonjol sebagai sakit bahagian perut dan muntah-muntah

Encephalitis (amat jarang, dan membawa maut dalam 1% kes apabila berlaku)[17]

Menonjol (91 dB atau lebih) tetapi kehilangan pendengaran rare sensorineural, sebelah atau kedua belah. Pekak kedua belah akut berlaku sekitar 0.005% kes.[17]

Selepas mengidapnya, kekebalan seumur hidup kepada begun biasanya berlaku; jangkitan semula boleh berlaku tetapi biasanya serdahana dan tidak biasa.[17]

[sunting] Mengelak

Kaedah mengelak paling biasa terhadap beguk adalah imunisasi dengan vaksin beguk. Vaksin boleh diberikan berasingan atau sebagai sebahagian dari vaksin MMR yang turut melindungi dari penyakit measles dan rubela. Di Amerika Syarikat, MMR kini telah digantikan dengan vaksin MMRV, yang turut memberi perlindungan tambahan terhadap penyakit cacar. The

WHO (World Health Organization) mencadangkan penggunaan vaksin beguk di semua negara dengan program vaksin kanak-kanak yang berfungsi dengan baik. Di United Kingdom ia biasanya diberikan kepada kanak-kanak pada usia 15 bulan. Akademi Amerika Kanak-kanak ("American Academy of Pediatrics") mencadangkan pemberian routin vaksin MMR pada usia 12–15 bulan dan pada 4–6 tahun.[18] Di sesetengah lokasi, vaksin diberikan sekali lagi pada usia 4 hingga 6 tahun, atau antara 11 dan 12 tahun jika tidak diberikan sebelumnya. Keberkesanan vaksin bergantung kepada jenis strain vaksin, tetapi biasanya sekitar 80%.[19],

[20] Strain Jeryl Lynn adalah paling biasa digunakan di negara maju tetapi terbukti kurang berkesan dalam keadaan wabak. Strain Leningrad-Zagreb biasanya digunakan di negara membangun kelihatannya lebih berkesan dalam keadaan wabak.[21]

Akibat berlaku jangkitan dalam persekitaran kolej dan universiti, banyak kerajaan menubuhkan program vaksin bagi menghalang jangkitan besar-besaran. Di Kanada, kerajaan wilayah dan Agensi Kesihatan Awam Kanada telah menyertai kempen kesedaran bagi menggalakkan pelajar dari grade 1 hingga kolej dan universiti untuk mendapatkan vaksin.[22]

Sesetengah anti vaksin membantah pemberian vaksin bagi beguk, mendakwa bahawa strain vaksin dilemahkan adalah merbahaya, dan/atau penyakit liar membawa kebaikan. Tidak terdapat bukti bahawa penyakit liar adalah baik, atau vaksin MMR adalah merbahaya. Dakwaan telah dibuat bahawa vaksin MMR dikaitkan dengan autism dan penyakit radang usus ("inflammotory bowel disease"), termasuk satu kajian oleh Andrew Wakefield yang menunjukkan kaitan antara penyakit perut, autism dan vaksin MMR. Bagaimanapun, semua kajian lanjut pada masa itu menunjukkan tiada kaitan antara vaksin MMR dan autism atau penyakit usus. Lebih lanjut lagi, hanya ada sedikit bukti yang mencadangkan autism berkait dengan penyakit usus besar, sungguhpun beberapa kajian ada menunjukkan kaitan lemah antara kedua penyakit. Oleh kerana bahaya penyakit diketahui dengan baik, sementara bahaya vaksin adalah minima, kebanyakan doktor mencadangkan pengambilan vaksin.

Tidak bersetuju, WHO, Akademi Amerika bagi Kanak-kanak ("American Academy of Pediatrics"), Advisory Committee on Immunization Practices of the Centers for Disease Control and Prevention, American Academy of Family Physicians, Persatuan Perubatan British ("British Medical Association") dan Royal Pharmaceutical Society of Great Britain pada masa kini mencadangkan pemberian vaksin secara routin kepada kanak-kanak terhadap beguk. Persatuan Perubatan British dan Royal Pharmaceutical Society of Great Britain sebelumnya mensyorkan menolak pemberian vaksin beguk awam, mengubah syor tersebut pada tahun 1987. Pada 1988 ia merupakan polisi kerajaan United Kingdom bagi memperkenalkan program vaksin baguk kanak-kanak secara besar-besaran menggunakan vaksin MMR, dan kini vaksin MMR diberikan secara berterusan di UK.

Sebelum pengenalan vaksin beguk, virus beguk merupakan punca utama meningoencephalitis virus di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, encephalitis jarang berlaku (kurang dari 2 setiap 100,000).[23] Dalam satu kajian terbesar yang diterbitkan, kebanyakan simptom meningoencephalitis beguk didapati sebagai demam (97%), muntah-muntah (94%) dan sakit kepala (88.8%).[24] Vaksin beguk diperkenalkan di Amerika Syarikat pada Disember 1967: sejak pengenalannya terdapat pengurangan berterusan dalam kejadian beguk dan jangkitan virus beguk. Terdapat 151,209 kes beguk dilaporkan pada tahun 1968. Sejak 2001, purata kes hanyalah 265 setiap tahun, tanpa mengambil kira >6000 kes wabak pada tahun 2006 disandarkan kebanyakkannya kepada jangkitan universiti dikalangan pemuda-pemudi.[25][26]

1. Prevention of Vaccine-Preventable Diseases, edisi 9th, Centers for Disease Control and prevention. Fulltext.

Difteria (bahasa Inggeris - Diphtheria, Greek διφθερα (diphthera)—“sepasang gulung kepingan kulit") adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput ( pseudomembrane) pada tonsils, pharynx, dan/atau rongga hidung.[1] Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditis (sekitar 20% kes) [2] dan neuropathy di sisi (sekitar 10% kes). [3] Ia berpunca dari Corynebacterium diphtheriae, bakteria gram-positif organisma anaerobik fakultative.[4]

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekita seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan[5] kerana DPT (Diphtheria–Pertussis–Tetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan. Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

Isi kandungan

[sorok] 1 Tanda dan simptom 2 Sejarah

3 Rujukan

4 Bacaan lanjut

[sunting] Tanda dan simptom

Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("Dysphagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi [6] and peripheral neuropathy (sensory type). [7] Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

[sunting] Sejarah

Pada 1878, anak Ratu Victoria, Puteri Alice dan keluarganya dijangkiti olehnya menyebabkan dua kematian, Puteri Marie dan Puteri Alice sendiri.

Pada 1920-am terdapat sekitar 100,000 hingga 200,000 kes sifteria setiap tahun di Amerika Syarikat, menyebabkan 13,000 hingga 15,000 kematian setiap tahun.[5] Kanak-kanak merupakan bilangan pesakit dan kematian terbesar. Satu daripada wabak diphtheria terkenal merupakan di Nome, Alaska; penghantaran serum pelalian 1925 ke Nome bagi penghantaran antitoksin diphtheria kini diraikan sebagai "Perlumbaan Agung Ehsan ("Great Race of Mercy")".

Salah satu rawatan pertama yang berkesan bagi diphtheria dijumpai pada 1880-an oleh doktor U.S. Joseph O'Dwyer (1841–1898). O'Dwyer membangunkan tiub yang dimasukkan ke dalam leher, dan menghalang mangsa dari tercekik akibat sarung selaput yang tumbuh pada dan menutupi saluran udara. Pada tahun 1884 Friedrich Loeffler menjumpai organisma punca (Corynebacterium diphtheriae.) Pada tahun 1890-an, doktor Jerman Emil von Behring membangunkan antitoksin yang tidak membunuh bakterium, tetapi meneuteralkan racun toksin yang dibebaska oleh bakterium kedalam tubuh. Von Behring mendapati bahawa darah haiwan memiliki antitoksin dalamnya dan dia mengambil darah, menyingkir agen pembekuan dan menyuntiknya ke dalam pesakit. Von Behring diberi anugerah Hadiah Nobel pertama dalam Perubatan bagi peranannya dalam jumpaan tersebut, dan pembangunan rawatan serum

bagi difteria. (William H. Park dari Amerika dan Anna Wessels Williams; dan ahli sains Institute Pasteur Emile Roux dan Auguste Chaillou turut secara bebas membangunkan antitoksin difteria pada tahun 1890-an.) Vaksin berjaya pertama bagi difteria dibangunkan pada tahun 1913 oleh Behring. Bagaimanapun, antibiotik bagi diphtheria tidak ada sehingga jumpaan dan pembangunan dadah sulfa.

Ujian Schick, dicipta antara 1910 dan 1911, merupakan ujian bagi menentukan samaada seseorang lemah atau tidak kepada jangkitan difteria. Dia dinamakan sempena penciptanya, Béla Schick (1877–1967), doktor bayi Amerika kelahiran Hungary. Kempen besar-besaran lima tahun diselaras oleh Dr. Schick. Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, 85 juta kepingan risalah diedarkan oleh Syarikat Insuran Metropolitan Life dengan rayuan kepada ibubapa bagi "Selamatkan anak anda dari diphtheria." Vaksin dibangunkan dalam dekad berikut, dan kematian mula menurun dengan banyaknya pada tahun 1924.[8]

[sunting] Rujukan

1. ↑ Ryan KJ, Ray CG (editors) (2004). Sherris Medical Microbiology, edisi 4th, 299–302, McGraw Hill. ISBN 0838585299.

2. ↑ Havaldar, PV, Sankpal MN, Doddannavar RP. (2000). "Diphtheritic myocarditis: clinical and laboratory parameters of prognosis and fatal outcome.". Ann Trop Paediatr. 20 (3): 209-15..

3. ↑ Solders, G, Nennesmo I, Persson A. (1989). "Diphtheritic neuropathy, an analysis based on muscle and nerve biopsy and repeated neurophysiological and autonomic function tests.". J Neurol Neurosurg Psychiatry 52 (7): 876-80..

4. ↑ Office of Laboratory Security, Public Health Agency of Canada Corynebacterium diphtheriae Material Safety Data Sheet. January 2000.

5. ↑ 5.0 5.1 Atkinson W, Hamborsky J, McIntyre L, Wolfe S, eds. (2007). Diphtheria. in: Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (The Pink Book), edisi 10, 59–70, Washington DC: Public Health Foundation.

6. ↑ Havaldar, PV, Sankpal MN, Doddannavar RP. (2000). "Diphtheritic myocarditis: clinical and laboratory parameters of prognosis and fatal outcome.". Ann Trop Paediatr. 20 (3): 209-15..

7. ↑ Solders, G, Nennesmo I, Persson A. (1989). "Diphtheritic neuropathy, an analysis based on muscle and nerve biopsy and repeated neurophysiological and autonomic function tests.". J Neurol Neurosurg Psychiatry 52 (7): 876-80..

8. ↑ "United States mortality rate from measles, scarlet fever, typhoid, whooping cough, and diphtheria from 1900–1965". HealthSentinel.com. http://www.healthsentinel.com/graphs.php?id=14&event=graphs_print_list_item. Retrieved 2008-06-30.

[sunting] Bacaan lanjut

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:Difteria

Holmes RK, "Diphtheria and other corynebacterial infections". In Harrison's Principles of Internal Medicine, 16th Ed. (2005).

"Antitoxin dars 1735 and 1740." The William and Mary Quarterly, 3rd Ser., Vol 6, No 2. p. 338.

Shulman ST, "The History of Pediatric Infectious Diseases", Pediatric Research. Vol. 55, No. 1 (2004).

Lihat penyakit

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Difteria"Kategori: Penyakit bakteria | Kesihatan | Penyakit

Batuk kokol atau juga dikenali dalam bahasa Inggeris (Pertussis), atau (whooping cough), adalam penyakit yang amat berjangkit dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian. Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. 90% semua kes berlaku di negara membangun.

Penyakit batuk kokol disebabkan bakteria Bordetelia pertussis dan berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun. Tanda-tandanya ialah batuk sekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokol berpanjangan dan akhirnya muntah.

Batuk kokol jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan otak. Terdapat kira-kira 40 juta kes baru setiap tahun dan mengakibatkan 340,000 kematian di mana satu peratus daripadanya dikalangan bayi berumur kurang setahun. Pembawa kuman pertussis ialah manusia dan kumannya hidup di saluran pernafasan.

Bakteria batuk kokol sensitif kepada faktor alam sekitar termasuk kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari dan mudah tersebar melalui pernafasan. Batuk kokol boleh menyebabkan pneumonia, konvulsi, pendarahan dan kekeringan.

Batuk kokol atau juga dikenali sebagai Pertusis, adalah penyakit yang cepat berjangkit dan merupakan salah satu daripada penyebab kematian utama bagi penyakit yang mempunyai vaksin pencegah kematian. Dianggarkan terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setiap tahun. 90% daripada kes berlaku dinegara membangun.

Penyakit batuk kokol mula dikenal pasti dan digambarkan seawal tahun 1578, dan organisma penyebabnya, Bordetella pertussis, telah diasingkan dalam kultur ditulenkan pada tahun 1906 oleh Jules Bordet dan Octave Gengou. Pasangan asas genome B. pertussis lengkap berjumlah 4,086,186 telah dipetakan turutannya pada tahun 2002.

Ciri-ciri benyakit batuk kokol adalah batuk, demam, bersin, dan hidung berair. Selepas beberapa minggu batuk bertukar sifat, dengan baruk ( paroxysms ) diikuti serta merta dengan bunyi "whooping". Gejala batuk Coughing fits berkemungkinan diikuti dengan muntah, yang

dalam kes teruk boleh menyebabkan kekurangan zat ( malnutrition ) . Kerumitan lain penyakit batuk kokol termasuk paru-paru berair ( pneumonia ) , encephalitis, dan ( superinfeksi ) bakteria kedua.

Penyakit batuk kokol merebak melalui semburan melalui udara dari selaput hingus ( mucous membranes ) pesakit. Rawatan penyakit kokol melalui antibiotik (sering kali erythromycin atau chloramphenicol) menyebabkan pesakit kurang berjangkit tetapi berkemungkinan tidak mengurangkan penyakit batuk kokol dengan berkesannya.

Vaksin batuk kokol mulanya diformula pada tahun 1926 sebagai persiapan sel lengkap tetapi sekarang terdapat sebagai persiapan asellular, yang menyebabkan kesan sampingan yang kurang. Vaksin batuk kokol menawarkan perlindungan hanya untuk beberapa tahun, dan diberikan agar keimune tahan sepanjang masa kecil( childhood ), masa pendedahan dan risiko terbesar. Imunisasi sering diberikan sebagai gabungan bersama kancing gigi ( tetanus ) dan keimune diphtheria, pada usia 2, 4, dan 6 bulan, dan kemudian pada usia 15-18 bulan dan 4-6 tahun. Persedian vaksin asellular sedang dikaji untuk keselamatannya pada remaja dan dewasa. Secara tradisi vaksin pertusis tidak diberikan selepas usia tujuh tahun, kerana peningkatan kes kesan sampingan yang dikaitkan dengan pelalian meningkat mengikut usia. Kesan sampingan pelalian adalah neurologi: ia termasuk sawan dan episod hypotonik.

Penyakit batuk kokol kurang jelas pada orang dewasa dan kebanyakan kes tidak dikesan ( undiagnosed ).

Kebanyakan kes batuk kokol disebabkan B. pertussis, pada awalnya dijangkakan sebagai punca tunggal batuk kokol manusia: bagaimanapun dalam sebahagian kes batuk kokol ia disebabkan oleh bakterium, B. parapertussis. Sindrom serupa dalam haiwan disebabkan oleh B. bronchiseptica dan bagi burung oleh B. avium dan B. hinzii.

Bordetella pertussis meningkatkan lagi faktor menular ( virulence factors ), termasuk toksin pertussis, toksin ( adenylate cyclase ), ( filamentous hemagglutinin, tracheal cytotoxin, fimbriae, dan pertactin.

[sunting] Pautan luar

Penyakit CampakDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Virus campak

Virus campak

Pengelasan virus

Group: Kumpulan V ((-)ssRNA)

Order: Mononegavirales

Keluarga: Paramyxoviridae

Genus: Morbillivirus

Jenis spesies

Penyakit Campak

ICD-10 B 05. .-

ICD-9 055

Pangkalan data penyakit

7890

MedlinePlus 001569

eMedicinederm/259 emerg/389 ped/1388

MeSH D008457

Virus campak

Penyakit campak atau lebih dikenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus Morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk.

Gejala penyakit:

Demam dengan suhu yang tinggi serta selsema Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya

ruam tumbuh pada tubuh badan

rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh

Langkah pencegahan:

Imunisasi campak had kan pergaulan

Cara mengubati

Mandikan pesakit dengan air kelapa muda