Upload
vampire88
View
24.680
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
This is about the misbehaviour in school. but this research is in Bahasa Malaysia (Malaysian)
Citation preview
PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM, Kampus Tuanku Bainun
1
Pengenalan
Salah satu cabaran guru yang amat besar sekali ialah pengurusan disiplin dan
bilik darjah. Guru sentiasanya dihantui oleh soalan-soalan berkonflik seperti “Adakah
saya ataupun murid-murid saya memerlukan peraturan untuk mengawal disiplin?” atau
“Adakah saya perlu menyediakan senarai konsekuen terhadap salah laku yang berlaku
dalam bilik darjah ini?”
Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah
dan disiplin adalah sinonim. Golongan ini sentiasa mentakrifkan pengurusan bilik darjah
sebagai kebolehan guru untuk (i) mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasa
pengajaran dan pembelajaran, dan (ii) mengurangkan tingkah laku
disruptif/mengganggu. Manakala, mereka yang cenderung kepada pendekatan
pemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah sebagai satu persediaan murid-
murid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti.
Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangat
dalam kalangan para pendidik dan orang ramai. Yang biasa menjadi isu ialah betapa
serius masalah-masalah disiplin di sekolah hari ini. Apakah sekolah-sekolah masa kini
jauh berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu? Apakah
kesan tingkah laku bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru
dalam bilik darjah?
Bab ini akan menghuraikan beberapa aspek berkaitan dengan masalah disiplin
dan tingkah laku bermasalah bilik darjah termasuk konsep, jenis-jenis masalah disiplin,
tingkah laku bermasalah bilik darjah dan punca-punca masalah disiplin dan tingkah laku
bermasalah bilik darjah.
2
PENGURUSAN BILIK DARJAH
MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM, Kampus Tuanku Bainun
3
4
5
Masalah Disiplin dan
Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah
Konsep
Jenis-jenis
masalah disiplin
Tingkah Laku
Bermasalah Bilik Darjah
Punca-
punca
Rajah 1: Masalah Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah
1.0 Konsep
Secara umum, disiplin merangkumi usaha anda dalam membantu murid-murid
berinteraksi dengan rakan-rakan kelas, mengajarmereka berkelakuan selaras dengan
norma dan piawaian sedia ada, memberikan mereka peluang belajar daripada
kesilapan, dan sedia menerima konsekuen akibat keputusan yang mereka buat.
Berdasarkan keterangan di atas, maka boleh dikatakan bahawa disiplin bertujuan
untuk membantu murid-murid menjadi individu yang bertanggungjawab dan
berkeyakinan diri, boleh berfikir untuk diri sendiri,prihatin terhadap orang lain, dan
menjalani hidup yang berguna serta membawa kepada kepuasan diri.
Sebagai penjelasan lanjut, kita akan mengkaji beberapa takrifan masalah disiplin
yang diutarakan oleh ahli-ahli teoris dalam bidang tersebut. Kindsvatter (Levin & Nolan,
2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah
mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau salah laku.
Feldhusen (Levin & Nolan, 2004) pula menggunakan istilah tingkah laku disruptif
yang ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran yang
lancar. Berpegang kepada pengertian ini, maka apa jua tingkah laku yang mengganggu
pengajaran guru boleh dianggap sebagai masalah disiplin. Bagi Emmer dan rakan-
rakan (Levin & Nolan, 2004) tingkah laku murid boleh ditakrifkan sebagai disruptif
apabila ia mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid
untuk satu jangka masa tertentu.
Manakala Shrigley (Levin & Nolan, 2004) menegaskan bahawa apa jua tingkah laku
yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi psikologi
mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Justeru, perbuatan
seperti perbuatan berbual-bual sesama rakan-rakan kelas, berbuat bising, berlari-lari
dalam makmal sains, tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa
6
menggunakan radas sains, mengugut murid-murid yang lain, membuli, dan ejek-
mengejek dikatakan tingkah laku bermasalah bilik darjah.
2.0 Jenis-jenis Masalah Disiplin
Kebanyakan individu hanya berfikir bahawa masalah disiplin ialah terhad kepada pihak
sekolah sahaja. Sebenarnya, masalah disiplin berhubung kait dengan alam sekeliling
kita seperti di rumah, hubungan antara guru dan pelajar, perasaan ketika pencapaian
kurikulum atau kokurikulum, peraturan yang terlampau ketat atau penindasan dan
sebagainya.
Dalam mengelaskan jenis-jenis masalah disiplin, terdapat pelbagai bentuk masalah
disiplin yang dianggap menyalahi peraturan-peraturan sekolah. Di bawah ini
disenaraikan beberapa jenis maslah disiplin yang berlaku di sekolah.
7
Jenis-jenis masalah disiplin
Jenayah
Kekemasan diri
Kepentingan masa
Kurang sopan dan biadap
Laku musnah
Penipuan
Rajah 2: Jenis-jenis Masalah Disiplin
2.1 Jenayah
Jenayah boleh dikelaskan sebagai mencuri, menumbuk guru, bergaduh sesama pelajar,
berjudi, mencuri kertas soalan ujian, melawan pengawas, membawa bahan lucah,
memeras ugut, memasuki kumpulan haram, menceroboh blok khas, mengadakan tunjuk
perasaan dan lain-lain.
2.2 Kekemasan diri
Pelanggaran disiplin yangmembabitkan kekemasan diri ialah berambut panjang, tidak
memaikai lencana sekolah, memakai selipar/sepatu dan stokin berwarna-warni, dan
tidak memasang butang baju.
2.3 Kepentingan masa
Meliputi perkara seperti datang lambat ke sekolah atau perhimpunan, berdiri di luar kels
dan berkumpul di pintu setelah tamat sesuatu subjek, berfoya-foya di kawasan sekolah,
makan di kanti bukan waktu rehat, dan meninggalkan asrama tanpa izin.
2.4 Kurang sopan dan biadap
Meliputi aspek menghisap dan menyimpan rokok, berkelakuan kasar dan kurang sopan
terhadap guru, mengganggu pelajar perempuan, menindas atau menyakat pelajar lain,
dan berbasikal di kawasan sekolah.
2.5 Laku musnah
Pelanggaran disiplin ini termasuklah merosakkan harta benda kerajaan/sekolah,
menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-
matahkan dahan pokok, mengotorkan kawasan sekolah, menyalahgunakan barang-
barang asrama, dan mengoyakkan baju kawan.
8
2.6 Penipuan
Pelanggaran disiplin dalam aspek ini melibatkan tindakan mengetepikan ujian dan
peperiksaan, ponteng, tiada dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar, memalsukan
surat cuti, menipu tandatangan, mengubah markah peperiksaan/ujian, tidak
menjalankan tugas dan lain-lain lagi.
3.0 Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah
3.1 Konsep Tingkah Laku Bermasalah
Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang
akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya
menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.
3.2 Definisi Masalah Tingkah Laku
Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau
tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam
bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka
masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran
murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik
darjah.
9
3.3 Kategori Tingkah Laku Bermasalah
Terdapat ahli teoris yang membincangkan tingkah laku bermasalah dari segi kategori
seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Antara kategori yang disyorkan
termasuk: bukan masalah; masalah ringan; masalah serius yang terhad skop dan
kesan; masalah yang meningkat serius atau merebak.
3.3.1 Bukan masalah
Merangkumi tempoh ketidaktumpuan perhatian yang ringkas, percakapan ringkas
semasa pertukaran waktu atau aktiviti kelas, berkhayal seketika, hentian singkat
semasa membuat tugasan. Tidak ditakrifkan sebagai tingkah laku bermasalah.
Disyorkan supaya tidak diendahkan.
10
T i n g k a h L a k u B e r m a s a l a h
Rajah 3: Tingkah Laku Bermasalah
3.3.2 Masalah ringan
Meliputi perbuatan yang melanggar peraturan dan prosedur bilik darjah. Misalnya,
bangun dari tempat duduk tanpa kebenaran, menghantar nota, makan gula-gula,
membuang kertas merata-rata dan bercakap tanpa berhenti semasa kerja individu.
Tidak berterusan dan hanya terhad kepada sebilangan kecil murid sahaja.
3.3.3 Masalah serius yang terhad skop dan kesan
Termasuk tingkah laku yang mengganggu aktiviti pembelajaran. Tidak kerap berlaku
dan hanya seorang atau dua orang murid sahaja. Misalnya, seorang murid yang tidak
mahu memberi tumpuan langsung pada hari tersebut sahaja, jarang menyempurnakan
tugasan, dan enggan membuat sebarang tugasan yang diberikan.
3.3.4 Masalah yang meningkat serius atau merebak
Termasuk segala masalah ringan yang telah menjadi amalan biasa atau rutin harian,
mengancam kawalan murid dan persekitaran pembelajaran. Misalnya, ramai murid yang
merayau-rayau dalam kawasan bilik darjah sambil memberi komen-komen yang bukan-
bukan, percapakan sosial yang berterusan walaupun disuruh berhenti oleh guru,
enggan bekerjasama dengan guru.
11
4.0 Punca-punca Masalah Disiplin
12
Punca-punca
Masalah Disiplin
Kaedah dan bahan pengajara
n tak sesuai
Keadaan fizikal
bilik darjah
Suasana sosio-
emosi yang kurang sihat
Kesihatan
murid
Kualiti guru
Persekitaran
sekolah
keluarga
Rakan sebay
a
Rajah 4: Punca-punca Masalah Disiplin
4.1 Kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai
Bahan pengajaran yang digunakan gagal menarik minat pelajar atau isi pelajaran itu
tidak bersesuaian dengan mereka. Mereka merasa bosan sekiranya isi pelajaran tidak
mencabar atau terlalu mudah. Kesukaran memahami isi pelajaran yang disampaikan
juga menjadikan mereka bosan dan gelisah.
4.2 Keadaan fizikal bilik darjah
Ketidakselesaan di bilik darjah boleh menggalakkan timbulnya masalah disiplin. Faktor
seperti panas, terlalu sesak, gelap atau tidak cukup cahaya boleh mengganggu pelajar
untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru.
4.3 Suasana sosioemosi yang kurang sihat
Amalan budaya autokratik dan dominan yang diamalkan guru akan menekan emosi
pelajar untuk merasa bimbang dan takut. Kesannya, penerimaan pelajar terhadap
pengajaran akan terganggu. Persahabatan yang tidak sihat juga menimbulkan masalah
disiplin.
4.4 Kesihatan murid
Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan selalunya gagal memberi tumpuan kepada
pengajaran dan pembelajaran guru. Keadaan ini boleh mengganggu kawalan guru di
bilik darjah. Pelajar tersebut tidak dapat menerima arahan guru yang diberikan dan
secara tidak langsung menimbulkan masalah disiplin.
13
4.5 Kualiti guru
Kesediaan guru juga menjamin ketenteraman dan disiplin pelajar. Guru yang kreatif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajar untuk terus
memberi perhatian sekaligus mengurangkan masalah disiplin.
4.6 Persekitaran sekolah
Bilangan pelajar yang ramai secara langsung mewujudkan suasana yang membenarkan
berlakunya masalah disiplin. Keadaan ini merumitkan tugas guru bagi mengawal disiplin
mereka. Di samping itu terdapat pelajar yang tidak mendapat layanan guru. Golongan
itu akan berasa kecewa dan seterusnya berusaha untuk mendapat p[erhatian guru.
Mereka tidak menghiraukan tindakan yang diambil.
4.7 Keluarga
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak. Tingkah laku
pelajar dipengaruhi juga oleh faktor keluarga. Didikan dan asuhan yang bermula di
rumah merupakan asas atau acuan untuk membentuk sikap anak-anak. Kegagalan ibu
bapa untuk menunaikan tanggungjawab yang diperlukan kanak-kanak, boleh
mendatangkan maslah disiplin ketika melangkah ke alam persekolahan. Seterusnya
menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan guru.
4.8 Rakan sebaya
Sikap rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan pelajar tersebut.
Rakan sebaya yang baik boleh membantu seseorang pelajar menjadi insan yang
mempunyai sifat-sifat sosial yang positif.
14
MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH
KESIMPULAN
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM, Kampus Tuanku Bainun
15
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, harus kita ingat bahawa apa jua intervensi yang digunakan
hendaklah setimpal dengan situasi yang berkenaan serta selaras dengan falsafah guru
tersebut. Satu-satu intervensi mungkin tidak sesuai bagi semua guru dan tidak ada satu
pun yang boleh dikatakan sebagai yang paling baik atau terbaik. Oleh itu, pelbagai
intervensi yang dicadangkan oleh ahli teoris harus digunakan oleh guru dalam
mengawal disiplin bilik darjah. Sehubungan itu, intervensi disiplin senantiasa
diperkembangkan serta dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak dak keperluan
pelbagai jenis murid. Intervensi yang terbaik ialah intervensi yang berlandaskan
pelbagai pendekatan.
Kebanyakan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam
bilik darjah bersifat pelbagai dimensi dan merupakan simptom-simptom masalah yang
dihadapi oleh murid-murid pada pelbagai aras. Sebagai seorang guru, kita harus boleh
bezakan bila sesuatu tingkah laku ditakrifkan sebagai yang bermasalah atau bukan
bermasalah. Jika bermasalah pun, tingkah laku atau disiplin tersebut mempunyai darjat
keseriusannya. Yang tidak kurang penting juga kita ketahui puncanya, kesan dan
implikasi tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah agar kita lebih memahami murid
yang menimbulkan masalah disiplin, seterusnya bertindak ke arah mengawasi situasi
bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran.
16
MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH
REFLEKSI
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM, Kampus Tuanku Bainun
17
Refleksi
Pada 23 Februari yang lalu, saya telah menerima KKBI bagi kursus EDU 3104
yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah. KKBI ini terbahagi kepada 2 bahagian, diaman
bahagian satu ialah kerja berkumpulan manakala bahagian kedua ialah kerja individu.
Untuk kerja berkumpulan, kami dikehendaki membentangkan tajuk “Masalah Disiplin
dan Tingkah Laku Bermasalah” manakala kerja individu, saya menulis laporan
mengenai pembentangan saya tersebut.
Kerja-kerja mencari bahan-bahan serta sumber rujukan bermula dari kerja
berkumpulan. Dalam kumpulan saya, kami berpecah ketika di perpustakaan untuk
mencari apa sahaja maklumat mengenai tajuk “Masalah Disiplin dan Tingkah Laku
Bermasalah”. Namun begitu, tidak banyak maklumat yang kami dapat cari
diperpustakaan Za’ba. Ketika dalam kebuntuan mencari maklumat bertulis, saya cuba
mengakses internet melalui portal WAP 3G di telefon bimbit saya. Melalui perisian
Opera, saya berjaya mencari 2 artikel serta ‘slide show’ mengenai topic “Pengurusan
Bilik Darjah”. Melalui 2 artikel itu, terdapat beberapa rujukan yang dapat kami buat. Pun
begitu, kami masih tidak puas hati kerana kekurangan sumber. Kami cuba mengakses
internet melalui beberapa portal yang terdapat di Malaysia. Terdapat beberapa sumber
yang kami cari berada dalam Bahasa Inggeris. Namun, itu tidak mematahkan semangat
kami untuk menterjemahkan bahan tersebut dan dimasukkan ke dalam pembentangan.
Apabila tiba kerja-kerja individu, kerja tersebut menjadi senang kerana banyak
maklumat telah kami capai.
Pelbagai ilmu ditimba ketika menyiapkan KKBI ini. Melalui KKBI ini, saya dapat ketahui
bahawa masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah kebanyakannya
dipengaruhi rakan sebaya, factor ekonomi, guru dan keluarga. Oleh itu, sebagai guru
kita harus mendekatkan diri dengan para pelajar kita agar kita tahu apa maslah yang
dihadapinya.
18
19
MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH
BORANG KOLABORASI
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM, Kampus Tuanku Bainun
20
Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus
Nama Pelajar : Mohd Ihsan bin Faharol Razi
No. Matrik :
Kumpulan : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan: Matematik
Semester : 3
Tahun : 2009
Kursus : EDU 3104
Pensyarah Pembimbing : En. Ridzuan bin Ahmad
Tarikh Perkara yang dibincangkan Komen Tandatangan
21
MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH
BIBLIOGRAFI
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM, Kampus Tuanku Bainun
22
23
MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH
LAMPIRAN
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM, Kampus Tuanku Bainun
24