12
Sidang Editor Penasihat Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri Pn. Shahrom Md. Zain Ketua Editor Dr. Muhamad Nazri Borhan Editor Nor Azura Abdullah@Ghazali Editor Bersekutu Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar Jurufoto En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad Kandungan: Kenaikan Pangkat dan 02 Lantikan di JKAS Kolokium JKAS 2016 03 Temubual Pelajar Baru 05 Sesi 2016/2017 Simposium Penyelidikan 06 Tahun Akhir Pertandingan National 08 Science Challenge 2016 Pendaftaran Pelajar 10 Baru Sesi 2016/2017 Minggu Kualiti FKAB 2016 12 Menarik …. Terbaik…. Bilangan 2/2016 Buletin JKAS Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur

Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

Sidang Editor

Penasihat

Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri

Pn. Shahrom Md. Zain

Ketua Editor

Dr. Muhamad Nazri Borhan

Editor

Nor Azura Abdullah@Ghazali

Editor Bersekutu

Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar

Jurufoto

En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad

Kandungan:

Kenaikan Pangkat dan 02 Lantikan di JKAS Kolokium JKAS 2016 03 Temubual Pelajar Baru 05 Sesi 2016/2017 Simposium Penyelidikan 06 Tahun Akhir Pertandingan National 08 Science Challenge 2016 Pendaftaran Pelajar 10 Baru Sesi 2016/2017 Minggu Kualiti FKAB 2016 12

Menarik …. Terbaik….

Bilangan 2/2016

Buletin JKAS

Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur

Page 2: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

2

Sukacita Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur

mengucapkan tahniah kepada:

Prof. Dato’Ir. Dr. Othman A. Karim – pelantikan sebagai

penyelidik Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin, FST mulai 1

Mei 2016 sehingga 1 Mei 2019.

Dr. Suraya Sharil – pelantikan sebagai Penyelaras Siswazah

Penyelidikan mulai 3 Mei 2016 sehingga 2 Mei 2019.

Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud – pelantikan sebagai

Felo Penyelidik Bersekutu Pusat Penyelidikan Pendidikan

Kejuruteraan FKAB mulai 1 Jun 2016 sehingga 31 Mei 2018.

Dr. Suraya Sharil – pelantikan sebagai AJK Malaysia

Research Assessment (MyRA) FKAB mulai 1 Julai 2016

hingga 30 Jun 2018.

Dr. Muhamad Nazri Borhan – pelantikan sebagai AJK

Malaysia Research Assessment (MyRA) FKAB mulai 1 Julai

2016 hingga 30 Jun 2018.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim – pelantikan sebagai ahli

panel Board Effectiveness Assessment (BEA) oleh

Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 3 Ogos 2016 hingga 31

Disember 2017.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri – pelantikan sebagai ahli

panel Board Effectiveness Assessment (BEA) oleh

Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 3 Ogos 2016 hingga

31 Disember 2017.

.

KENAIKAN PANGKAT DAN LANTIKAN DI JKAS

Hidup biarlah

BERBAKTI,

walaupun tidak

DIPUJI

JKAS

Page 3: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

3

Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Pada 27-29 Mei 2016, JKAS telah menganjurkan satu kolokium

penyelidikan bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Tujuan kolokium ini diadakan adalah bagi merancang aktiviti

penyelidikan dan penerbitan ahli akademik di JKAS serta

perancangan untuk pertandingan KIK (Kumpulan Inovatif dan

Kreatif) bagi kakitangan teknikal dan pada masa yang sama

dijalankan program Hari Keluarga yang melibatkan kakitangan

sokongan dan keluarga semua kakitangan JKAS.

Kolokium ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan JKAS iaitu Prof. Dr.

Noor Ezlin Ahmad Basri serta diiringi aktiviti berkenalan bersama

keluarga kakitangan JKAS. Antara aktiviti yang dijalankan

sepanjang kolokium ini adalah perancangan bagi menggalakan

kakitangan akademik terlibat dalam permohonan geran

penyelidikan samada dari KPT, dalam negeri dan antarabangsa.

Setiap ketua kumpulan penyelidikan perlu membentangkan kertas

kerja penyelidikan iaitu tiga draf proposal yang berpotensi untuk

permohonan geran penyelidikan akan datang. Selain itu juga, bagi

kumpulan kakitangan sokongan, dua kumpulan telah

membentangkan projek yang akan dibawa ke pertandingan KIK

diperingkat fakulti dan seterusnya ke peringkat universiti.

Selain aktiviti di atas, terdapat juga aktiviti yang melibatkan keluarga semua kakitangan JKAS seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 11 tahun ke bawah, telematch dan juga cabutan bertuah. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ukhuwah dan persahabatan antara kakitangan JKAS dan keluarga dapat dijalinkan dengan lebih harmoni.

KO

LO

KIU

M J

KA

S 2

016

Page 4: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

4

KOLOKIUM JKAS 2016

Page 5: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

5

TEMUBUAL PELAJAR BARU SESI 2016/2017

Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2016, temuduga ambilan pelajar baru

JKAS untuk sesi 2016/2017 telah

dijalankan. Seramai 311 orang calon lepasan

Matrikulasi, Asasi Sains, STPM dan Diploma telah dipanggil untuk

ditemuduga. Bagi calon yang tinggal di Sabah

dan Sarawak, temuduga telah dijalankan melalui

panggilan telefon. Daripada 311 orang calon ini, hanya 130

orang sahaja yang akan diambil untuk mengikuti program Ijazah Sarjana

Muda Kejuruteraan Awam di UKM ini. Untuk membolehkan calon ini

terpilih mengikuti program Ijazah Sarjana

Muda Kejuruteraan Awam di UKM, terdapat beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh

universiti dan juga fakulti perlu dipenuhi oleh calon. Kriteria ini

bertujuan untuk memastikan hanya

calon yang benar-benar layak dan kompetitif sahaja dipilih.

Sesi pendaftaran bagi calon temuduga

Timbalan Naib Canselor Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pelajar yang sedang menunggu untuk ditemuduga

Para pelajar sedang

mengikuti sesi

temuduga

JKAS

Page 6: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

6

Simposium Penyelidikan Tahun Akhir atau lebih dikenali sebagai SIPINTAR 2016 yang diadakan pada 18 Julai 2016 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh JKAS sejak ia diadakan julungkalinya pada tahun 2013. Peserta bagi simposium ini merupakan pelajar tahun akhir bagi pelajar yang mengikuti kursus projek tahun akhir (KKKH/KKKW 4206).

Tujuan utama simposium ini adalah untuk melibatkan semua pelajar tahun akhir dan memberikan mereka pendedahan penyelidikan sebelum tamat pengajian dan sebagai persediaan untuk menghadapi persekitaran kerja. Simposium satu hari ini melibatkan semua pembentang yang terdiri daripada pelajar tahun akhir daripada dua program yang berbeza, iaitu Kejuruteraan Awam dan Struktur dan Kejuruteraan Awam dan Sekitaran.

Pembentangan simposium ini kategorikan mengikut 5 kumpulan penyelidikan iaitu Hidraulik, Hidrologi dan Sekitaran; Geoteknik dan Geosekitaran; Struktur dan Bahan; Pengangkutan dan Lebuhraya; dan Pengurusan Pembinaan. Pembentangan akan dilakukan secara serentak bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang penilai. Di akhir simposium, setiap peserta akan diberikan sijil penghargaan dari pihak jabatan di atas keterlibatan mereka dalam menjayakan simposium ini. Beberapa kertas simposium yang terpilih akan diterbitkan di dalam Jurnal Kejuruteraan dalam keluaran isu khas.

SIPINTAR

2016

SIMPOSIUM PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR

Page 7: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

7

JKAS

SIP

INTA

R 2

01

6

Page 8: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

8

Pada 11 Ogos 2016, sekumpulan pelajar pasca-siswazah bersama Dr Wan Hanna Melini Wan Mohtar mengambil bahagian sebagai pembangun modul bagi salah satu modul Pertandingan Akhir National Science Challenge (NSC) 2016. Akademi Sains Malaysia adalah penganjur utama dan untuk tahun ini Universiti Kebangsaan Malaysia bertindak sebagai penganjur bersama. Pertandingan akhir kali ini diadakan di UKM, memberikan ruang kepada jabatan untuk memberi pengenalan kepada peserta untuk mengenali jabatan dan fakulti. Modul yang telah dibangunkan diberi nama Fun Science Running Teen, mengambil inspirasi rancangan realiti popular iaitu Running Man dan Amazing Race.

Pelajar-pelajar Tingkatan Empat ini diwajibkan menjalani empat sub-modul iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik. Setiap sub-modul mempunyai dua aktviti dan dibangunkan oleh dua orang pelajar pasca siswazah. Setiap elemen difikirkan dengan mendalam agar dapat mencapai objektif utama NSC iaitu memupuk cintakan sains di dalam generasi muda Malaysia.

Beberapa orang pelajar pasca siswazah JKAS turut terlibat sebagai sukarelawan sepanjang program ini berjalan. Sukarelawan yang terlibat adalah Ahmad Nazrul Hakimi, Shahirah Hayati, Nurul Afina, Aziza, Muhammad Ariff Putra, Nurul Asmida, Muhamamad Aiman, Nazieha, Muhammad Imran Junaidi.

PERTANDINGAN NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2016 – PERINGKAT AKHIR

Pertandingan magic cart square wheel

JKAS

Page 9: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

9

JKAS

Sub-modul Aktiviti

Fizik (Where is my kinetic energy?)

20 minutes egg drop structure

Kimia (Oh no! Where is my lab coat?)

Bouncy challenge

Biologi (Where is my DNA?)

10 minutes picture speed test

Matematik (Where is my calculator?)

Magic squares

Pertandingan

delicious protein

Pertandingan roller coaster

Pertandingan

bouncy

challenge

PERTANDINGAN NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2016 – PERINGKAT AKHIR

Page 10: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

10

Pelajar baru Sesi 2016/2017 telah mendaftar di UKM pada hari Ahad 28hb Ogos 2016. Kali ini pendaftaran pelajar baru telah diadakan Fakulti dimana pelajar dan ibubapa datang untuk mendaftar di Bangunan Pentadbiran FKAB. Disamping pendaftaran, pelajar dan ibubapa juga akan didedahkan tentang pembelajaran dan persekitaran FKAB dan UKM oleh jabatan masing-masing. Pada sesi ini, JKAS telah menerima seramai 79 orang pelajar walaupun pada awalnya sebanyak 130 tempat ditawarkan oleh jabatan.

Pada 29hb Ogos, pelajar-pelajar sekali lagi dibawa ke Fakulti untuk proses orientasi fakulti dan jabatan. Aktiviti orientasi jabatan, pelajar-pelajar telah diberi taklimat berkaitan JKAS dan diperkenalkan kepada barisan pensyarah-pensyarah serta kaki tangan sokongan oleh Ketua

Jabatan iaitu Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri. Bagi memeriahkan lagi aktiviti oreintasi jabatan, terdapat juga beberapa aktiviti telah diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar berkaitan dengan JKAS. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti aktiviti rekabentuk berkumpulan dan pembentangan hasil rekabentuk yang dihasilkan. Struktur rekabentuk yang dihasilkan telah dinilai oleh barisan pensyarah JKAS sendiri.

Selain itu, terdapat juga sesi perkongsian bersama alumni JKAS. Pada sesi ini, beberapa

alumni JKAS telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang belajar di JKAS dan juga pengalaman mereka di dalam bidang pekerjaan.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2016/2017 JKAS

PE

ND

AF

TA

RA

N P

EL

AJA

R B

AR

U

20

16

/20

17

Page 11: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

11

JKAS

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2016/2017

Page 12: Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal melalui inovasi proses kerja/prototaip Amalan 5S makmal/studio/pejabat

12

MINGGU

KUALITI

FKAB

2016

Pada 22-25hb Ogos 2016, Bahagian Jaminan Kualiti (BJK) FKAB telah menganjurkan Minggu Kualiti FKAB 2016 yang bertemakan ‘Inovasi dan 5S Pemacu Kecemerlangan P&P’. Antara pertandingan yang dianjurkan sepanjang Minggu Kualiti FKAB terdiri daripada dua kategori iaitu:

Kategori Pensyarah

Menyediakan bahan untuk rekabentuk MOOC bagi sebarang

kursus.

Menghasilkan video pendek/slaid pengajaran bagi konsep

fundamental Kejuruteraan/Matematik/Senibina melalui kaedah Pembelajaran Induktif

Amalan 5S Bilik Pensyarah

Kategori Kakitangan Pentadbiran/Teknikal

Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal

melalui inovasi proses kerja/prototaip

Amalan 5S makmal/studio/pejabat

Pensyarah dan kakitangan teknikal JKAS telah turut serta menyertai pertandingan yang dianjurkan. Di bawah adalah senarai kejayaan yang telah dirangkul oleh wakil JKAS.

Prof. Ir. Dr. Fatihah Suja’ – Pemenang Hadiah Inovasi

Pengajaran (Pendekatan Induktif).

Puan Shahrom Md. Zain – Pemenang Hadiah Amalan 5S

Bilik Pensyarah.

Puan Nur Farhana Rohdizad, Pn. Fauziah Mohd. Tahir dan

En. Ashari Jani - Tempat Ke 3 Pemenang Hadiah Inovasi Penambahbaikan Proses Kerja.

Puan Nur Farhana Rohdizad, En. Mohd. Rizal Deris,

En. Ahmat Sulaiman, En. Fairul Mazhar Mahmood dan En. Muhammad Fahmi Abdul Karim – Tempat ke 3 Kategori 5S Pengurusan Makmal.

Tahniah diucapkan kepada pemenang yang berjaya mengharumkan nama JKAS.

Tahniah diucapkan !!!...